Upload
others
View
8
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ANALISIS DOMAIN SEMANTIK KATA CINTA:
DEFINISI DAN KOLOKASI
OLEH
MOHD SHAHDAN BIN SADIN
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
2019
ANALISIS DOMAIN SEMANTIK KATA CINTA:
DEFINISI DAN KOLOKASI
OLEH
MOHD SHAHDAN BIN SADIN
Kertas projek tahun akhir ini diserahkan bagi memenuhi
keperluan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa
Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa
Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
DISEMBER 2019
i
ABSTRAK
Kajian ini menekuni aspek definisi kata cinta dan kolokasi berdasarkan analisis
domain semantik yang merupakan salah satu cabang dalam bidang semantik. Dalam
meneliti aspek tersebut, sebanyak 18 buah lagu nasyid bertemakan cinta dipilih sebagai
korpus kajian. Kajian ini mengaplikasi analisis domain semantik berdasarkan kerangka
konseptual dalam kajian Indirawati Zahid (2018) dalam “Definisi Kata Cantik: Analisis
Kolokasi”. Metodologi dalam penelitian ini ialah kaedah kepustakaan, kaedah
pemilihan bahan, kaedah analisis teks dan, kaedah penjadualan data. Objektif kajian ini
adalah untuk mengenal pasti kata yang mendefinisikan cinta dan menganalisis kata yang
berkolokasi dengan kata tersebut berdasarkan domain semantik. Dapatan
memperlihatkan bahawa definisi bagi kata cinta terbahagi kepada dua fitur, iaitu fitur
[+Tuhan] dan [+manusia]. Setiap fitur tersebut pula mencakupi tiga domain semantik,
iaitu domain perasaan, perlakuan dan sifat yang menunjukkan ciri positif manakala ciri
yang menunjukkan pertentangan, iaitu negatif diklasifikasikan sebagai tidak menepati
makna kata cinta. Dalam hal ini, domain perasaan mendominasi dengan kolokasi kata
“kasih” yang paling signifikan bagi mendefinisikan kata cinta. Kesimpulannya, kajian
ini telah berjaya mengetengahkan perkataan yang berkolokasi dengan kata cinta
menerusi lagu nasyid yang terpilih.
ii
ABSTRACT
This study investigates the semantics domain of the word “love”. The data selected were
18 nasyid songs which were analysed using the semantics domain based on Indirawati
Zahid’s conceptual framework in her research entitled “Definisi Kata Cantik: Analisis
Kolokasi”. The objectives of this study are to identify the meaning of the word love and
to analyse the collocation of other words that is relatable to love. The findings have
shown two main features of love depicted from the data are Man and God. Each of the
features encompassed three different domains; emotion, behaviour and characteristics
which are considered to be a positive element. However, the negative aspect of the three
domain were not relevant to the study. Hence, in this context, the most significant word
that can define love is the word “kasih”.
iv
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN
Saya dengan ini memperakui bahawa kertas projek tahun akhir ini adalah hasil kajian
saya sendiri, kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Apa-apa penggunaan mana-mana hasil
kerja yang mengandungi hak cipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi
maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan, atau pengeluaran
semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah
dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan pengiktirafan tajuk hasil kerja
tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan dalam kajian ini. Saya juga
memperakui bahawa sebelum ini atau secara serentak kajian ini belum pernah
diserahkan secara keseluruhan untuk sebarang ijazah lain di UIAM atau institusi lain.
Mohd Shahdan bin Sadin
Tandatangan: ........................................... . Tarikh: .......................................
31 Disember 2019
v
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
PERAKUAN HAK CIPTA DAN PENGESAHAN KEGUNAAN
KAJIAN YANG TIDAK DITERBITKAN
ANALISIS DOMAIN SEMANTIK KATA CINTA:
DEFINISI DAN KOLOKASI
Saya mengaku bahawa pemegang hak cipta kertas projek tahun akhir ini dimiliki
bersama pelajar dan UIAM.
Hak cipta © 2019 oleh Mohd Shahdan bin Sadin dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hak cipta
terpelihara.
Tiada bahagian penyelidikan yang tidak diterbitkan ini boleh diterbitkan semua,
disimpan, dalam sistem pengambilan semula, atau dihantar, dalam apa jua bentuk atau
dengan apa jua cara, elektronik, mekanik, salinan, rakaman, atau sebaliknya tanpa izin
bertulis terlebih dahulu daripada pemegang hak cipta kecuali seperti yang dinyatakan
di bawah:
1. Sebarang bahan yang terkandung dalam atau diperolehi daripada penyelidikan
yang tidak diterbitkan ini hanya boleh digunakan oleh orang lain dalam tulisan
mereka dengan pengakuan yang wajar.
2. UIAM atau perpustakaannya mempunyai hak untuk membuat dan menghantar
salinan (cetak atau elektronik) untuk tujuan institusi dan akademik.
3. Perpustakaan UIAM akan mempunyai hak untuk membuat, menyimpan dalam
sistem pengambilan dan membekalkan salinan penyelidikan yang tidak
diterbitkan ini jika diminta oleh universiti lain dan perpustakaan penyelidikan.
Dengan menandatangani borang ini, saya mengakui bahawa saya telah membaca dan
memahami dasar Hak Pengkomersialan dan Pengkomersialan Harta Intelek UIAM.
Disahkan oleh Mohd Shahdan bin Sadin
.......................................................................................................................................
......... Tandatangan....................................................................Tarikh
31 Disember 2019
vi
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirrahim, syukur kepada Allah SWT kerana telah mengizinkan saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Di sebalik kejayaan ini, saya ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah
membantu dan memberikan sokongan kepada saya dalam menyiapkan Projek Tahun
Akhir ini. Justeru, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya,
iaitu Sadin bin Serudin dan Nisah binti Awang yang tidak berputus asa memberikan
sokongan dari segi kewangan dan sokongan moral. Tidak dilupakan kepada penyelia
saya, iaitu Dr Arina binti Johari yang sangat berdedikasi mendidik dan membimbing
saya dalam menyiapkan tugasan akhir tahun ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada
pensyarah saya, iaitu Dr Zuber bin Ismail dan Dr Nor Zainiyah yang selalu memberi
sokongan moral dan ilmu kepada saya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya
ucapkan kepada sahabat baik saya, iaitu Akhmal Hakim bin Mohamad dan Nomadihah
binti Harun yang turut membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan
ini menjadi pembakar semangat kepada saya dan rakan-rakan untuk terus berusaha
mencapai kejayaan.
vii
SENARAI KANDUNGAN
Abstrak ............................................................................................................................ i Abstract .......................................................................................................................... ii Pengesahan .................................................................................................................... iii Perakuan Keaslian Penulisan ........................................................................................ iv Perakuan Hak Cipta dan Pengesahan Kegunaan Kajian yang Tidak Diterbitkan.......... v
Penghargaan .................................................................................................................. vi Senarai Rajah ................................................................................................................ ix Senarai Jadual ................................................................................................................ x Senarai Pemendekan Kata ............................................................................................. xi
Senarai Simbol ............................................................................................................. xii
BAB SATU: PENDAHULUAN .................................................................................. 1
1.1 Pengenalan .................................................................................................... 1
1.2 Latar Belakang Kajian .................................................................................. 1 1.3 Pernyataan Masalah ...................................................................................... 4
1.4 Persoalan Kajian ........................................................................................... 5 1.5 Objektif Kajian ............................................................................................. 6 1.6 Kepentingan Kajian ...................................................................................... 6
1.7 Definisi Operasional ..................................................................................... 8
1.7.1 Kolokasi ............................................................................................. 8 1.7.2 Domain Semantik ............................................................................... 9
1.7.3 Lagu Nasyid ..................................................................................... 10
1.7.4 Lirik .................................................................................................. 10
1.8 Rumusan ..................................................................................................... 11
BAB DUA: SOROTAN LITERATUR ..................................................................... 12
2.1 Pengenalan .................................................................................................. 12 2.2 Kajian Lepas ............................................................................................... 13
2.2.1 Kajian Lepas dalam Aspek Cinta ..................................................... 13 2.2.2 Kajian Lepas dalam Aspek Domain Semantik dan Kolokasi .......... 14 2.2.3 Kajian Lepas dalam Lirik Lagu........................................................ 16
2.3 Rumusan ..................................................................................................... 18
viii
BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN ................................................................... 19
3.1 Pengenalan .................................................................................................. 19 3.2 Reka Bentuk Kajian .................................................................................... 20 3.3 Kaedah Kajian ............................................................................................ 20
3.3.1 Kaedah Kepustakaan ........................................................................ 20 3.3.2 Kaedah Memilih Bahan ................................................................... 21 3.3.3 Kaedah Analisis Teks ....................................................................... 21
3.4 Batasan Kajian ............................................................................................ 22 3.5 Bahan Kajian .............................................................................................. 22 3.6 Kerangka Konseptual.................................................................................. 23 3.7 Rumusan ..................................................................................................... 24
BAB EMPAT: ANALISIS KAJIAN ........................................................................ 25
4.1 Pendahuluan ................................................................................................ 25 4.2 Dapatan Kajian ........................................................................................... 25
4.2.1 Definisi Kata Cinta Perasaan (Manusia) .......................................... 27 4.2.2 Definisi Kata Cinta -Perasaan (Tuhan) ............................................ 30 4.2.3 Definisi Kata Cinta- Perlakuan (Manusia) ....................................... 33 4.2.4 Definisi Kata Cinta -Perlakuan (Tuhan) .......................................... 35
4.2.5 Definisi Kata Cinta -Sifat (Manusia) ............................................... 38 4.2.6 Definisi Kata Cinta -Sifat (Tuhan) ................................................... 41
4.3 Kesimpulan Dapatan Kajian ....................................................................... 43
BAB LIMA: PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN ..................... 44
5.1 Pengenalan .................................................................................................. 44
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian..................................................................... 44 5.3 Implikasi Dapatan Kajian ........................................................................... 46 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan ......................................................................... 46
5.5 Rumusan ..................................................................................................... 47
BIBLIOGRAFI .......................................................................................................... 48
LAMPIRAN A1 .......................................................................................................... 50
ix
SENARAI RAJAH
Rajah 1: Domain Semantik Kata “Cinta”………………………………………………4
x
SENARAI JADUAL
Jadual A: Lagu-lagu Nasyid dan Kodnya……………………………………………..23
Jadual 1: Fitur Kata Cinta dalam Lagu Nasyid………………………………………..26
Jadual 2: Kolokasi Kata Cinta – Perasaan (Manusia)…………………………………27
Jadual 3: Contoh bagi Kolokasi Kata “Kasih”………………………………………..28
Jadual 4: Kolokasi Kata Cinta – Perasaan (Tuhan)……………………………………30
Jadual 5: Contoh bagi Kolokasi Kata “Kasih”………………………………………...31
Jadual 6: Kolokasi Kata Cinta – Perlakuan (Manusia)………………………………..33
Jadual 7: Contoh bagi Kolokasi Kata “Setia”…………………………………………34
Jadual 8: Kolokasi Kata Cinta – Perlakuan (Tuhan)………………………………….35
Jadual 9: Contoh bagi Kolokasi Kata “Menyubur Harapan”, “Restu”, “Mungkir Janji”,
“Setia” dan “Mendamaikan Jiwa”…………………………………………..36
Jadual 10: Kolokasi Kata Cinta – Sifat (Manusia)…………………………………….38
Jadual 11: Contoh bagi Kolokasi Kata “Indah”……………………………………….39
Jadual 12: Kolokasi Kata Cinta – Sifat (Tuhan)………………………………………41
Jadual 13: Contoh bagi Kolokasi Kata “Teragung”…………………………………..42
xi
SENARAI PEMENDEKAN KATA
AS Alaihis Salam
N Nasyid
SWT Subhanahu Wa Taala
xii
SENARAI SIMBOL
Ø Tidak mempunyai makna yang dirujuk
1
BAB SATU
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Bab ini memfokuskan aspek-aspek yang terkandung dalam bahagian pendahuluan
seperti latar belakang kajian, pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian,
kepentingan kajian kemudian, diikuti dengan definisi operasional dan akhir sekali ialah
rumusan keseluruhan bab. Latar belakang kajian ini akan memperincikan tentang
bidang yang dikaji berserta kerangka konseptual yang digunakan sebagai asas pada
kajian. Perbincangan diteruskan dengan memperlihatkan permasalahan kajian yang
timbul berkaitan dengan bidang kajian sehingga penyelidikan harus dijalankan.
Persoalan kajian turut dipaparkan diikuti dua objektif yang perlu dicapai dalam kajian
ini. Definisi operasional mengenai tema yang diketengahkan turut dijelaskan pada
bahagian yang seterusnya. Akhir sekali, rumusan keseluruhan bab bakal dihuraikan
pada bahagian yang terakhir.(Nor Saadah Mohd Salleh, 2015)
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Perkataan semantik pertama kali digunakan oleh seorang ahli filologi Perancis, iaitu
Michel Breal seawal tahun 1883 (Keith D. Foote, 2016). Menurut Breal, semantik boleh
digunakan untuk menerangkan perihal sesuatu perkataan yang mempunyai pelbagai
makna kepada orang yang berlainan seiring dengan pengalaman dan latar belakang
emosi mereka. Hal ini menjelaskan akan kepentingan bidang semantik dalam mengkaji
2
makna sesuatu leksikal yang menjadikan bidang tersebut sebagai salah satu tunjang
dalam ilmu linguistik. Hal ini seiring dengan pendapat Nor Saadah Mohd Salleh (2015)
dalam tesisnya yang menyatakan bahawa bidang semantik menjadi sebahagian daripada
ilmu linguistik yang sangat penting memandangkan kajian bahasa tidak akan sempurna
jika tidak ada unsur makna. Menyedari hakikat ini, ramai pengkaji barat mahupun
tempatan meneroka bidang semantik dalam pelbagai aspek antaranya seperti medan
semantik (semantics field), perluasan dan penyempitan makna, perubahan makna,
makna konotatif dan makna denotatif, aspek kolokasi dan banyak lagi aspek penting.
Dalam bidang semantik, ramai pengkaji tempatan mahupun antarabangsa telah
menjalankan penyelidikan berkenaan lirik lagu sebagai korpus kajian. Sebagai contoh,
kajian yang telah dijalankan oleh Masitah Mad Daud et al., (2017) bagi melihat bentuk
pemikiran orang Melayu menerusi makna yang terkandung dalam lagu-lagu nyanyian
Siti Norhaliza. Selain itu, kajian dalam bahasa Inggeris oleh Nelyska Nisyana (2018)
yang menggunakan analisis semantik terhadap lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Celine
Dion bagi melihat makna leksikal dan makna kontekstual. Berdasarkan contoh-contoh
yang diberikan, pengkaji mengambil inisiatif untuk melihat pula aspek kolokasi dalam
lagu-lagu nasyid tempatan. Hal ini disebabkan korpus kajian yang menggunakan lirik
lagu-lagu nasyid masih kurang dijalankan kerana menurut pengamatan pengkaji,
kebanyakan lagu yang dikaji terdiri daripada lagu-lagu klasik, kontemporari dan lagu
rakyat. Selain itu, sungguhpun kajian yang melibatkan aspek definisi makna leksikal
dan kolokasi telah banyak dijalankan, namun kajian lirik lagu berkenaan aspek tersebut
masih lagi terhad. Justeru, pengkaji memilih untuk melihat aspek definisi kata ‘cinta’
dan perkataan-perkataan yang berkolokasi dengannya menerusi lagu-lagu nasyid
tempatan. (Nelyska Nisyana, 2018)
3
Melihat kepada makna kolokasi, hal tersebut dijelaskan sebagai perkataan yang
lazim digunakan secara bersama-sama (Indirawati Zahid, 2018). Misalnya perkataan
“ikal” sering dikolokasikan dengan perkataan “rambut” menjadi “ikal rambut” tetapi
tidak dikolokasikan dengan bentuk badan menjadi “ikal bentuk badan”. Kolokasi turut
dijelaskan oleh Susi Yuliawati (2014) sebagai kata-kata tertentu yang cenderung untuk
berkombinasi dengan kata-kata yang lain pula dalam sesuatu konteks tertentu. Hal ini
menjelaskan bahawa kolokasi ialah kata yang wujud secara bersama-sama sehingga
membentuk satu makna perkataan yang mantap dan boleh difahami. (Susi Yuliawati, 2014)
Domain semantik atau dikenali sebagai semantic field pula merujuk kepada
sejumlah kata yang mempunyai komponen makna yang sama, iaitu sekurang-kurangnya
satu kata. Pengertian ini diperkuat lagi oleh takrifan yang diberikan oleh Indirawati
Zahid (2018) dengan menjelaskan bahawa domain semantik dapat difahami melalui
hubungan kata yang lazim digunakan secara bersama-sama. Beliau turut memberikan
contoh seperti “manusia” yang mempunyai sejumlah kata didalamnya, iaitu lelaki,
wanita, kanak-kanak, orang tua dan sebagainya. Semua kata tersebut berkongsi ciri-ciri
yang ada pada makhluk yang digelar “manusia” misalnya mempunyai fitur [+hidup]
dan [+berakal].
Menekuni takrifan tersebut, medan semantik kata cinta akan dianalisis untuk
melihat definisi kata cinta dan perkataan yang berkolokasi dengan kata tersebut.
Penentuan fitur-fitur makna kata cinta dilakukan dengan merujuk pada tafsiran makna
kata cinta yang terdapat dalam lagu nasyid. Maka, fitur-fitur seperti [+Tuhan] dan
[+manusia] dikenal pasti bagi menentukan domain semantik kata cinta. Setiap satu kata
yang menjadi ahli dalam domain semantik kata tersebut mempunyai kolokasi yang
tersendiri bagi menjelaskan makna kata cinta, iaitu “perasaan”, “perlakuan” dan
4
“sifat’”. Kemudian, setiap satu domain tersebut dilihat pula perkataan yang berkolokasi
dengan kata ‘cinta’. Perincian adalah seperti berikut:
Rajah 1: Domain Semantik Kata Cinta
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Kamus, diketahui umum sebagai bahan bersifat rujukan dan bukan bahan bacaan.
Kamus secara dasarnya berfungsi membantu para ahli akademik untuk memberikan
makna kata, membezakan makna kata, etimologi kata, cara penyebutan, iaitu
penyediaan transkripsi fonetik dan memaparkan penggunaan kata secara ringkas
(Indirawati Zahid, 2018). Sungguhpun mempunyai fungsi tetap, sebuah kamus yang
dihasilkan hanya menerangkan makna secara dasar dan umum sahaja. Pandangan ini
dipetik berdasarkan pernyataan oleh Indirawati (2018) dalam kajiannya untuk melihat
makna kata ‘cantik’. Dalam kajian tersebut, beliau telah mengemukakan makna kata
‘cantik’ berdasarkan Kamus Dewan (2007) yang dianggap hanya memberi penerangan
5
makna tersebut secara umum. Tambahan lagi, beliau menyatakan bahawa paparan
definisi kata cantik yang diberikan tidak memperlihatkan penghuraian terperinci
tentang fitur makna kata ini. Bertitik tolak dengan permasalahan tersebut, kajian ini
meneliti makna kata ‘cinta’ dan kolokasi kata tersebut menerusi lagu-lagu nasyid.
Perkataan cinta seperti yang diterangkan dalam kamus, iaitu;
1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua,
kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap
mengangkat senjata kalau dicerobohi;
2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara
lelaki dan perempuan
Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ini
memberikan definisi kata ‘cinta’ secara umum tanpa memberi fitur-fitur makna secara
lebih lanjut. Hal ini dilihat menyukarkan para pelajar bahasa (bahasa kedua mahupun
asing) untuk memberikan definisi sesuatu kata jika tidak disertakan penghuraian yang
lebih terperinci (Indirawati Zahid, 2018). Permasalahan ini membuatkan pengkaji
terpanggil mengetengahkan perkataan ‘cinta’ untuk dianalisis bagi melihat kata yang
berkolokasi. Hal ini bertujuan supaya pemahaman kata tersebut menjadi lebih jelas dan
mudah difahami. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007)
1.4 PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah kata yang digunakan untuk mendefinisikan kata cinta dalam lagu nasyid?
2. Apakah domain semantik bagi kata cinta dalam lagu nasyid?
3. Apakah kata yang berkolokasi dengan domain kata cinta dalam lagu nasyid?
6
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini memfokuskan kepada dua objektif seperti yang berikut:
1. Mengenal pasti kata-kata yang digunakan untuk mendefinisikan kata cinta
2. Menganalisis kolokasi kata dalam domain kata cinta
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Begitu juga
kajian di bawah bidang semantik ini khususnya bagi melihat aspek definisi kata cinta
dan kolokasi dalam lagu-lagu nasyid tempatan. Secara ringkasnya, kajian ini mengkaji
definisi kata cinta dan perkataan yang berkolokasi dengan makna kata tersebut
berdasarkan domain semantik dalam lagu nasyid bertemakan cinta. Hal ini bertujuan
untuk memberi kefahaman lagi akan definisi kata ‘cinta’ yang dilihat tidak diterangkan
fiturnya secara rinci dalam kamus. Justeru, kajian ini dilihat penting kepada bidang
semantik khususnya semantik bahasa Melayu untuk menambahkan lagi dokumentasi
berkaitan.
Selain memberi kepentingan dalam bidang semantik, kajian ini turut memberi
manfaat kepada ahli akademik khususnya golongan mahasiswa/i untuk menambah ilmu
pengetahuan dalam bidang semantik. Ramai dalam kalangan pelajar atau pengkaji
baharu masih tidak mempunyai gambaran mahupun buah fikiran untuk menjalankan
sesebuah penyelidikan. Dengan wujudnya kajian ini, hal tersebut sedikit sebanyak dapat
memberi jalan kepada para pengkaji untuk mengembangkan lagi kajian yang berkaitan.
Selain itu, kajian ini turut mengemukakan beberapa definisi yang berkaitan dengan ilmu
7
semantik misalnya fitur, medan makna, kolokasi dan sebagainya. Justeru, para pelajar
boleh menjadikannya sebagai rujukan dalam bahasa Melayu.
Dalam mempelajari sesuatu bahasa, guru berperanan menerapkan pelbagai
kaedah supaya sesi pembelajaran tersebut dapat difahami oleh pelajar. Menerusi
pernyataan tersebut, kajian yang berorientasikan kolokasi dan medan makna ini dilihat
mampu membantu para pelajar dalam menguasai bahasa. Hal ini turut diterangkan oleh
Webb dan Kagimoto dalam Indirawati (2018) yang mengakui bahawa dalam
mempelajari bahasa bagi pelajar bahasa kedua, pengetahuan tentang kolokasi
merupakan aspek yang penting. Oleh hal demikian pengkaji berharap dengan
terhasilnya kajian ini, para pelajar mampu memahami peranan dan kepentingan aspek
kolokasi dalam pembelajaran sesuatu bahasa khususnya bahasa Melayu.
Akhir sekali, kajian ini dilihat dapat memberi manfaat kepada masyarakat
melalui penghasilan bahan bacaan tambahan dalam bahasa Melayu. Hal ini penting
untuk menggalakkan masyarakat memahami ilmu yang terkandung dalam bahasa
Melayu khususnya dalam bidang kajian makna. Justeru, kajian ini diharap dapat
membantu masyarakat yang mula berjinak-jinak dengan dunia penyelidikan dan
pendidikan.
8
1.7 DEFINISI OPERASIONAL
Bahagian ini akan menghuraikan istilah-istilah yang berkaitan dalam kajian, iaitu:
1.7.1 Kolokasi
Istilah ‘kolokasi’ atau dalam bahasa Inggeris disebut Collocation pertama kali
digunakan dalam bidang linguistik oleh John Rupert Firth sekitar tahun 1890 hingga
1960 yang bermaksud ‘place together’ dalam bahasa Latin (Nordquist, 2019). John
Rupert Firth dalam (Nordquist, 2019) menerangkan bahawa kolokasi merujuk kepada
sekumpulan item yang hadir bersama-sama sesuatu perkataan. Contoh yang diberikan
ialah perkataan ‘Blond’ yang berkolokasi dengan hair, flock (sheep), neigh (horse).
Beekman dan Callow (1974) dalam (Mona Baker, 2011) menyatakan terdapat
dua faktor utama yang mempengaruhi kepelbagaian kolokasi, iaitu tahap pengkhususan
sesuatu perkataan dan bilangan ‘deria’ yang dimiliki oleh sesuatu perkataan. Faktor
pertama, iaitu tahap pengkhususan sesuatu perkataan bermaksud, semakin umum
sesuatu perkataan itu maka semakin luas kepelbagaian kolokasi yang dimiliki sebagai
contoh perkataan “bury” memiliki makna kolokasi yang luas seperti “bury people”,
“bury a treasure”, “bury memories”, “bury your feelings”. Faktor yang kedua pula,
iaitu bilangan ‘deria’ yang dimiliki oleh sesuatu perkataan bermaksud, sesuatu
perkataan mempunyai pelbagai ‘deria’ dan cenderung berkait dengan set kolokasi yang
berbeza dalam setiap ‘deria’. Contoh yang diberi ialah perkataan ‘manage’ yang
berkolokasi dengan ‘business’, ‘institution’ dan ‘company’
Makna kolokasi turut dijelaskan oleh Nor Saadiah Mohd Salleh (2015) sebagai
pembatasan perkataan yang boleh digunakan secara bersama-sama. Menurut beliau,
9
kolokasi juga tertumpu kepada hubungan makna yang wujud antara sesuatu bentuk
perkataan dengan perkataan lain yang hadir bersama-sama perkataan tersebut dalam
ayat. Bagi menjelaskan lagi penyataan tersebut, beliau memberi contoh perkataan “awet
muda”, “rahsia kecantikan” dan “selembut sutera”. Contoh perkataan ini dianggap
berkolokasi kerana gandingan kedua-dua perkataan tersebut sesuai digunakan dan
diterima sebagai perkataan yang mantap.
Menurut Indirawati Zahid (2018) pula, kolokasi merupakan kata yang lazim
digunakan secara bersama-sama ataupun secara paradigma misalnya antonimi, sinonimi
dan sebagainya. Beliau turut memberi contoh hubungan secara paradigma yang
memperlihatkan perbezaan seperti perkataan ‘lelaki’ dan ‘perempuan’, ‘dewan
peperiksaan’ dan ‘perpustakaan’.
1.7.2 Domain Semantik
Medan semantik atau dikenali sebagai semantic field merujuk kepada kawasan
makna yang spesifik, terkandung di dalamnya sejumlah kata yang berkongsi komponen
makna yang sama (Indirawati, 2018). Penerangan mengenai penyataan tersebut
ditambah dengan penjelasan yang dikemukakan oleh Adrienne Lehrer (1985) yang
menyatakan semantic field more specifically as "a set of lexemes which cover a certain
conceptual domain and which bear certain specifiable relations to one another".
Contoh yang jelas untuk memahami maksud medan semantik ini adalah dengan meneliti
sesuatu leksikal yang berkongsi sekurang-kurangnya satu makna secara bersama-sama.
Sebagai contoh, domain semantik kata “organ” yang mempunyai sejumlah kata di
dalamnya, iaitu ‘kulit’, ‘tangan’, ‘jantung’, ‘perut’, ‘otak’ dan sebagainya yang
berkongsi ciri-ciri dan fungsi yang penting dalam tubuh badan manusia. Begitu juga
10
bagi domain semantik kata “universiti” (seperti yang diterangkan dalam Indirawati
Zahid, 2018) mengandungi sejumlah kata di dalamnya, iaitu dekan, pensyarah, pelajar,
bilik seminar, dewan peperiksaan dan sebagainya yang turut memperlihatkan hubungan
dan kaitan. Justeru, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat medan makna
yang tercakup dalam makna kata ‘cinta’.
1.7.3 Lagu Nasyid
Lagu ditakrifkan oleh Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2007) sebagai
irama suara sama ada dalam bacaan, nyanyian atau percakapan. Nasyid pula
diterangkan sebagai nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan
mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah, dan yang seumpamanya
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Dalam kajian ini, lagu nasyid merujuk kepada
sebuah genre lagu yang berlandaskan keagamaan yang menceritakan perihal cinta
kepada Allah atau kepada manusia.
1.7.4 Lirik
Lirik ditakrifkan sebagai a short poem that expresses the personal thoughts and feelings
of the person who wrote it (Cambridge Advanced Learner's Dictionary, 1995). Lirik
dilihat mempunyai pelbagai fungsi dalam menghasilkan puisi seperti, sajak, cerpen,
gurindam, seloka dan sebagainya. Selain itu, makna yang sering terbayang dalam
minda apabila menyebut perkataan ‘lirik’ sudah tentunya berkaitan dengan lagu sebagai
contoh lirik lagu yang membawa maksud luahan perasaan dalam bentuk tulisan menjadi
11
sebuah lagu. Lirik dalam kajian ini merujuk puisi pendek tentang cinta kepada tuhan
dan manusia.
1.8 RUMUSAN
Penerangan mengenai aspek yang terkandung dalam bab ini diharap dapat memberi
kefahaman yang mendalam berkaitan perlaksanaan kajian ini. Hal tersebut penting
kepada para pembaca untuk memahami tujuan kajian ini dijalankan, seterusnya dapat
meneruskan penyelidikan dalam bidang semantik khususnya dibawah aspek kolokasi.
12
BAB DUA
SOROTAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Sorotan literatur atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Literature review
merupakan salah sebuah aspek yang penting dalam menjalankan sesebuah
penyelidikan. Sorotan literatur dijelaskan oleh Aveyard (2010) sebagai "comprehensive
study and interpretation of literature that addresses a specific topic" atau sebuah
tinjauan penyelidikan secara menyeluruh berkaitan sesebuah topik kajian. Sorotan
literatur turut digunakan untuk memahami bidang kajian yang akan dijalankan sekali
gus dapat mengelakkan para pengkaji terpesong daripada landasan kajian tertentu.
Tambahan lagi, dengan adanya sorotan kajian lepas para pengkaji mudah menjana idea
dan mampu menghasilkan pemikiran yang kritis hasil daripada penelitian kajian-kajian
lepas. Hal ini berhubung dengan kemampuan seseorang pengkaji dalam mengenal pasti
dan mengesan kelebihan serta kelompongan sesebuah kajian. Setelah dapat mengesan
kedua-dua kelebihan dan kekurangan tersebut, maka secara tidak langsung pengkaji
dapat memikirkan idea untuk menutup kelompongan tersebut. Oleh itu, aspek sorotan
kajian lepas ini wajar dikemukakan bagi mengelak pertindanan idea dengan kajian
pengkaji-pengkaji lepas. (Literature Review, 2019)
13
2.2 KAJIAN LEPAS
Kajian yang berkaitan dengan bidang semantik khususnya di bawah tajuk kolokasi
sudah tidak asing lagi dalam dunia penyelidikan bahasa. Sungguhpun begitu, kajian
dalam aspek ini masih lagi penting dan relevan untuk dilaksanakan memandangkan
ramai pengkaji muda yang masih kekurangan idea untuk menjalankan sesebuah
penyelidikan. Justeru, dengan meneliti kajian yang pernah dilakukan oleh pengkaji-
pengkaji sebelum ini, hal tersebut bukan sahaja mampu memberi gambaran dengan jelas
kepada pengkaji malah turut membantu para pembaca khususnya pelajar-pelajar
linguistik memahami penyelidikan yang dijalankan. Oleh hal demikian, beberapa kajian
lepas yang berkaitan bakal dihuraikan dalam bahagian ini.
2.2.1 Kajian Lepas dalam Aspek Cinta
Penelitian terhadap perspektif dan konsep cinta telah dilaksanakan oleh
Nurulwahidah Fauzi et. al (2015) dengan tajuk kajian, iaitu “Konsep dan Perspektif
Cinta Hakiki: Empat Pendekatan Cinta dalam Mursyid Al-Syabab oleh Bediuzzaman
Said Nursi dan Al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin”. Pengumpulan data bagi kajian
ini dilaksanakan dengan kaedah penyelidikan perpustakaan dan analisis yang
diaplikasikan oleh para pengkaji adalah berdasarkan kaedah analisis induktif dan
deduktif. Kajian ini dijalankan bagi membincangkan cinta berdasarkan pendapat ahli
falsafah dan orientalis. Selain itu, kajian ini turut dijalankan bagi memberikan
penjelasan mengenai pendekatan cinta berdasarkan perspektif Islam dan menganalisis
perspektif tersebut menggunakan pendekatan cinta oleh Said Nursi dan Imam al-
Ghazali.
14
Hasil kajian mendapati bahawa konsep cinta berdasarkan perspektif agama
Islam merupakan perasaan tertinggi seorang hamba kepada tuhannya, iaitu Allah SWT
yang telah menciptakan alam semesta. Di samping itu, hasil kajian mendapati bahawa
meskipun terdapat pelbagai makna dan emosi berkaitan cinta, namun makna dan emosi
tersebut ditujukan kepada Allah SWT. Nurulwahidah Fauzi et. al. (2015) turut
berpendapat bahawa keistimewaan cinta menurut perspektif Islam berbanding dengan
yang lainnya, ialah cinta dalam Islam adalah berpaksikan kerinduan dan keinginan yang
harus hadir bersama-sama keikhlasan.
2.2.2 Kajian Lepas dalam Aspek Domain Semantik dan Kolokasi
Kajian dalam bidang semantik yang melihat makna kolokasi kata ‘cantik’ telah
dijalankan oleh Indirawati Zahid (2018). Dalam kajiannya yang bertajuk “Definisi Kata
Cantik: Analisis Kolokasi”, beliau mengkaji makna ‘cantik’ menurut perspektif
masyarakat Melayu menerusi iklan produk-produk kecantikan tempatan. Kajian
tersebut menggunakan empat kaedah kajian, iaitu kaedah pustaka, syot layar, analisis
teks dan kuantitatif, beliau membahagikan dapatan kajian tersebut kepada enam
kategori yang terdiri daripada kulit (muka), telapak kaki dan tumit, bibir, rambut,
anggota badan dan akhir sekali ialah kuku. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa
penghasilan produk kecantikan tempatan lebih tertumpu pada kecantikan rupa paras
namun tidak dinafikan penghasilan produk pelangsingan dan kesihatan dalaman.
Dapatan kajian turut memperlihatkan definisi cantik bagi masyarakat Melayu dalam
aspek kecantikan kulit adalah cerah, gebu, putih, tiada parut jerawat dan tidak kering.
Bagi kecantikan bentuk badan pula mestilah langsing manakala aspek bibir perlu
berwarna merah dan tidak kering. Makna cantik turut dilihat menerusi rambut yang
15
lebat, berwarna hitam dan harum sementara kecantikan kuku semestinya kuat, iaitu
tidak mudah patah dan akhir sekali tumit kaki yang cantik mestilah lembut dan tidak
kering. Kesimpulan daripada kajian ini memperlihatkan definisi kata ‘cantik’ yang
dianggap sebagai subjektif telah terjawab berdasarkan perspektif masyarakat Melayu.
Makna kata cantik juga dapat difahami dengan memberi fitur-fitur yang telah
dinyatakan melalui perkataan yang berkolokasi.
Kajian yang mengkaji aspek kolokasi dalam iklan produk kecantikan turut
dijalankan oleh Nor Saadah Mohd Salleh (2015) dalam tesis PhD beliau bertajuk
“Kolokasi Makna Leksikal dalam Iklan Produk Kecantikan”. Kajian ini
mengaplikasikan teori Makna Teks dan teori Fungsi Tatabahasa Sistematik untuk
melihat frasa dalam iklan kecantikan yang terdapat dalam 96 buah majalah Mingguan
Wanita. Hasil kajian ini mendapati bahawa sebahagian besar leksikal yang terdapat
dalam iklan produk kecantikan memberi pengaruh kepada wanita untuk memperoleh
produk yang diiklankan. Menurut pengkaji lagi, terdapat frasa yang digunakan tidak
berkolokasi dengan iklan kecantikan namun mempunyai keserasian dalam aspek
kolokasi. Secara kesimpulannya, kajian ini berjaya menganalisis frasa dalam iklan
kecantikan untuk melihat makna yang cuba disampaikan sekali gus berjaya
menghasilkan perkataan berkolokasi baharu yang tercakup di bawah slogan kecantikan
sesebuah produk. (Lily Hanefarezan, Ashinida, Maimun Aqsha, Mu'ab , 2019)
Seterusnya, kajian berkaitan aspek kolokasi bertajuk “Strategi Pembelajaran
Kolokasi Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam Malaysia” turut
dijalankan oleh Lily Hanefarezan Asbulah et al., (2019) bagi meneliti tahap penggunaan
strategi pembelajaran kolokasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar bahasa Arab di
universiti awam Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan substrategi pengecaman, masteri
teknik, iaitu melibatkan kefahaman, pengulangan, penonjolan, kamus, sosial dan imejan
16
serta aplikasi. Kajian yang menggunakan sampel kajian seramai 344 orang pelajar tahun
akhir dari lapan buah universiti ini mendapati bahawa, strategi pembelajaran kolokasi
dalam bahasa Arab adalah pada tahap yang dominan. Sungguhpun begitu, skala
penggunaan strategi ini pada tahap sederhana sekali gus memerlukan para pelajar untuk
memanfaatkan strategi tersebut dalam pembelajaran bahasa Arab dengan lebih kerap.
Satu kajian yang turut melihat aspek kolokasi dijalankan oleh Susi Yuliawati
(2014) dalam kajian beliau bagi melihat kolokasi kata dalam bahasa Sunda, iaitu
perkataan “awewe”, “istri” “mojang”, “pamajikan” dan “wanoja” yang bermaksud
perempuan. Semua perkataan tersebut diperoleh daripada Majalah Mangle terbitan
tahun 2012 – 2013. Kajian yang bertajuk “Analisis Berbasis Korpus: Kolokasi Kata-
Kata Bermakna ‘Perempuan’ dalam Media Sunda (Majalah Mangle 2012-2013)”
tersebut dijalankan bagi mengenal pasti kekerapan penggunaan lima perkataan tersebut
dan perkataan yang berkolokasi berdasarkan frekuensi dan MI Score. Hasil kajian beliau
mendapati bahawa perkataan “pamajikan” mempunyai kekerapan yang tinggi jika
dibandingkan dengan empat perkataan lain bagi merujuk kepada perempuan. Susi
Yuliawati juga mendapati bahawa penggunaan kelima-lima perkataan tersebut
dipengaruhi oleh perbezaan penggunaan semantik dan kecenderungan topik yang
dibincangkan. (Masitah, Zulkifley Hamid, Nirwana, Nik Zulaiha, 2017)
2.2.3 Kajian Lepas dalam Lirik Lagu
Kajian yang melibatkan lirik lagu sebagai bahan kajian telah dijalankan oleh Masitah
Mad Daud, Zulkifley Hamid, Nirwana Sudirman & Nik Zulaiha Zakaria (2017) dalam
kajian mereka yang bertajuk “Perenggu Minda Melayu Dalam Lirik Lagu: Satu
Analisis Makna”. Kajian ini dijalankan untuk melihat bentuk pemikiran orang-orang
17
Melayu melalui lagu-lagu yang didendangkan sekitar tahun 1996 hingga 2010 oleh
Dato’ Siti Nurhaliza yang dipilih secara rawak. Kajian yang mengaplikasikan konsep
tujuh jenis makna yang diperkenalkan oleh Geoffery Leech (1974) dan model Six
Thinking Hats yang dikemukakan oleh Edward De Bono (1992) memperlihatkan
terdapat enam daripada tujuh penggunaan makna yang dikemukakan oleh Leech, iaitu
tematik, kolokatif, reflektif, afektif, stilistik dan konotatif. Dapatan menunjukkan
bahawa fungsi bait-bait dalam sesebuah lagu bukan sahaja bertujuan untuk
menghiburkan, akan tetapi berfungsi mewujudkan suasana yang tenang di samping
mendidik para pendengar dengan nilai-nilai murni. Bertitik tolak dengan pernyataan
tersebut, lirik lagu Melayu dapat memberi gambaran tentang pemikiran orang-orang
Melayu.
Kajian yang menggunakan lirik lagu sebagai korpus kajian turut dilakukan oleh
Hairul Anuar bin Harun dalam kajian sarjananya bertajuk “Estetika Kerohanian dalam
Seni Kata Lagu S. Amin Shahab”. Kajian tersebut meneliti hubungan kerohanian dan
kesepaduan yang terdapat dalam lagu S. Amin Shahab dengan menggunakan kerangka
konsep Estetika Bersepadu yang diasaskan oleh Abdul Halim Ali. Dapatan kajian
tersebut turut berpandukan aspek gaya kata oleh Ali Imron dan gaya bahasa oleh
Tarigan. Hasil kajian mendapati terdapat enam kelompok kata dan 10 gaya bahasa yang
dikenal pasti berhubung dengan bentuk pemikiran S. Amin Shahab menerusi lagu-lagu
beliau. Aspek kerohanian dan kesepaduan didapati mempunyai hubungan sehingga
membuktikan bahawa lagu-lagu yang dihasilkan mempunyai nilai estetika yang tinggi
dalam bidang sastera.
Akhir sekali, penelitian mengenai lirik lagu telah dijalankan menerusi kajian
yang bertajuk “Estetika dalam Lirik Lagu-Lagu Nyanyian P. Ramlee” oleh Arba’ie
Sujud. Kajian ini turut melihat aspek estetika dengan menjelaskan ciri-ciri aspek
18
tersebut yang terdiri daripada keutuhan, kesempurnaan, keselarasan dan keseimbangan
serta aspek kejelasan. Dapatan kajian memperlihatkan unsur kesempurnaan dan
keutuhan merupakan unsur yang dominan digunakan dalam kebanyakan lagu P Ramlee.
Selain itu, unsur kejelasan dipaparkan menerusi pemilihan unsur tersurat atau tersirat
yang berfungsi membawa kesan mendalam terhadap mesej yang ingin disampaikan.
Pemilihan kata dalam lirik didapati beraneka ragam dan berfungsi untuk menyampaikan
isi kandungan dan mesej dalam lagu. (Arba'ie Sujud, 1999) (Hairul Anuar Harun, 2017)
2.3 RUMUSAN
Kesimpulannya, penyelidikan yang dilakukan oleh Susi Yuliawati (2014), Nor
Saadah Mohd Salleh (2015), Masitah Mad Daud et al., (2017), Indirawati (2018) Lily
Hanefarezan Asbulah et al., (2019), Hairul Anuar Harun (2017) dan Arba’ie Sujud
(1999) telah menunjukkan bahawa kajian dalam bidang semantik masih relevan dan
penting untuk dilaksanakan. Berdasarkan seluruh kajian tersebut, didapati bahawa
kajian tersebut menggunakan korpus iklan, majalah, strategi dalam pembelajaran dan
lirik lagu moden bukan dalam kategori nasyid. Oleh itu, kajian ini akan menggunakan
korpus lirik lagu nasyid Malaysia bagi meneliti kolokasi kata cinta. Penelitian perkataan
yang berkolokasi dengan kata cinta dalam lagu nasyid merupakan penerokaan ilmu
baharu dalam bidang semantik. Hal ini kerana sifat bahasa adalah sentiasa berubah-
ubah (Alias Ismail, 2018). Justeru, kajian yang berkaitan aspek kolokasi ini dilihat
sebagai satu platform yang baik dalam memahami fenomena bahasa.
19
BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan aspek-aspek yang terkandung dalam metodologi kajian.
Metodologi kajian atau dikenali sebagai kaedah kajian merupakan salah satu aspek yang
penting dalam menjalankan sesebuah penyelidikan. Menurut Othman Mohamed (2001),
metodologi merupakan suatu prosedur sistematik yang menggabungkan penyesuaian
pendekatan kajian serta analisis data yang sealiran dengan peraturan tersendiri bagi
memastikan prestasi penyelidikan dicapai dengan baik dan sempurna. Metodologi juga
digunakan untuk memandu sesebuah kajian supaya mudah difahami dan jelas
pelaksanaannya berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.
Aspek-aspek yang terkandung dalam bab ini dihuraikan mengikut urutan
bermula dengan reka bentuk kajian. Reka bentuk kajian dibahagikan kepada tiga
bentuk, iaitu reka bentuk kajian kualitatif, kuantitatif dan kaedah gabungan (Othman
Mohamed, 2001) walau bagaimanapun, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian
kualitatif. Seterusnya perbincangan dilanjutkan dengan menghuraikan kaedah yang
digunakan dalam menjalankan kajian ini. Batasan kajian dalam penyelidikan ini pula
dihuraikan dalam bahagian seterusnya kemudian diikuti dengan bahan yang digunakan,
iaitu skrip lagu-lagu nasyid yang bertemakan cinta. Akhir sekali, semua bahagian yang
telah dihuraikan akan disimpulkan dalam bahagian yang terakhir, iaitu bahagian
rumusan.
20
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kualitatif ialah proses penyelidikan ke arah pemahaman yang didasari
kaedah pengumpulan data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu
permasalahan sosial (Creswell, 1994). Reka bentuk kualitatif juga lazimnya tidak
melibatkan angka atau penomboran seperti reka bentuk kuantitatif malah, reka bentuk
kualitatif lebih sesuai digunakan untuk kajian penerokaan seperti yang diterangkan oleh
Crawford & Irving (2009). Dalam kajian ini, reka bentuk kualitatif digunakan dengan
menganalisis lirik lagu-lagu nasyid yang dipilih untuk melihat makna kolokasi kata
‘cinta’ berdasarkan dua tema iaitu tema ketuhanan dan tema kemanusiaan. Perkataan-
perkataan yang berkolokasi tersebut dihuraikan satu persatu fungsinya berdasarkan
makna semantik yang ingin disampaikan sama ada berdasarkan rangkap atau
keseluruhan lirik. Setelah itu, perkataan yang berkolokasi tersebut dijelaskan
perkaitannya dengan perkataan ‘cinta’.
3.3 KAEDAH KAJIAN
Kajian ini memfokuskan tiga kaedah, iaitu kaedah kepustakaan, kaedah memilih bahan
dan kaedah analisis teks terhadap lagu-lagu nasyid yang dipilih. Ketiga-tiga kaedah ini
menjadi tunjang dalam menganalisis dapatan yang diperolehi.
3.3.1 Kaedah Kepustakaan
Kaedah kepustakaan merupakan kaedah yang paling dominan digunakan dalam
sesebuah penyelidikan sains sosial. Kaedah ini penting untuk mendapatkan maklumat
21
yang tepat daripada kajian-kajian lepas atau merujuk sumber data yang sahih daripada
pengkaji asal. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan dengan
merujuk dan membuat pembacaan terhadap bahan-bahan sekunder seperti buku-buku
yang berkaitan dengan penyelidikan, jurnal, laman web rasmi, makalah, prosiding dan
artikel-artikel berkaitan dengan bidang semantik khususnya di bawah tajuk kolokasi.
3.3.2 Kaedah Memilih Bahan
Dalam kajian ini, sebanyak 18 lirik lagu nasyid tempatan yang bertemakan ‘cinta’
sebagai bahan kajian. Pemilihan tema tersebut ditentukan melalui tajuk lagu yang
dikenal pasti mempunyai perkataan ‘cinta’. Sebagai contoh, lagu bertajuk ‘Destinasi
Cinta’, ‘Demi Cinta Yang Suci’, ‘Atas Nama Cinta’ dan sebagainya. Selain itu, setiap
rangkap dan makna dalam lirik lagu turut diamati bagi memastikan pemilihan setiap
lagu tersebut bertepatan dengan tema. Lirik lagu diperoleh daripada sebuah laman
Youtube milik syarikat IMAN EVI SDN BHD, iaitu sebuah syarikat yang
membangunkan produk-produk Islamik termasuk penghasilan video zikir, video bacaan
ayat suci Al Quran dan lagu-lagu nasyid tempatan. Kesemua 18 lirik lagu yang dipilih
dicetak (rujuk lampiran) kemudian dianalisis berdasarkan domain semantik kata ‘cinta’.
3.3.3 Kaedah Analisis Teks
Kaedah analisis teks dilakukan dengan mencetak 18 lirik lagu yang dipilih untuk
dianalisis mengikut objektif kajian yang telah ditetapkan. Kesemua lirik lagu tersebut
diteliti bagi mengenal pasti perkataan yang berkolokasi berdasarkan domain semantik.
Proses mengenal pasti perkataan berkolokasi dilakukan dengan menentukan fitur-fitur
22
yang tercakup di bawah kata ‘cinta’. Kemudian, setiap fitur tersebut dipecahkan pula
kepada tiga domain sebelum mengenal pasti kolokasi yang tercakup dibawahnya.
Penentuan perkataan yang berkolokasi tersebut dilakukan dengan mengamati
perkataan-perkataan yang menggambarkan makna kata ‘cinta’.
3.3.4 Kaedah Penjadualan Data
Kajian ini menggunakan kaedah penjadualan data, iaitu memperlihatkan dapatan data
dalam bentuk jadual dan peratusan. Hal ini bertujuan memberikan presentasi data yang
lebih sistematik dan mudah difahami.
3.4 BATASAN KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji hanya memfokuskan lagu-lagu nasyid yang bertemakan
cinta sama ada cinta kepada tuhan atau cinta kepada manusia. Sebanyak 18 buah lagu
nasyid tempatan dipilih sebagai bahan kajian. Kesemua data yang dianalisis
menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
3.5 BAHAN KAJIAN
Bahan yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 18 buah lagu nasyid yang
bertemakan cinta. Dalam melihat makna kata ‘cinta’, pemilihan lagu-lagu nasyid yang
bertemakan cinta adalah wajar dijadikan sebagai bahan kajian kerana setiap daripada
lagu tersebut memapar tema percintaan sama ada rasa cinta kepada Pencipta atau
kepada manusia. Justeru, setiap kata yang dikenal pasti berkolokasi dengan kata cinta
23
akan dianalisis berdasarkan domain semantik. Lagu-lagu nasyid yang dipilih ini terdiri
daripada 18 buah lagu nasyid tempatan seperti berikut:
Jadual 3.1: Lagu-lagu Nasyid dan Kodnya
Kod Tajuk Lagu Nasyid Penyanyi
N1 Saat Lafaz Sakinah Far east
N2 Atas Nama Cinta UNIC
N3 Aku Tanpa Cinta-Mu Mirwana & Jay-jay
N4 Impian Kasih Inteam
N5 Kasih Kekasih Inteam
N6 Bidadari Munif (Hijjaz)
N7 Permaisuri Hatiku Hijjaz
N8 Nota Cinta Saujana
N9 Hanya Tuhan Yang Tahu UNIC
N10 Nur Kasih Inteam
N11 Setanggi Syurga Inteam
N12 Kalimah Cinta Inteam
N13 Demi Cinta Suci UNIC
N14 Destinasi Cinta Mestica
N15 Layar Keinsafan Mestica
N16 Surat Cinta Inteam
N17 Kau Pemilik Cinta Hijjaz
N18 Cahaya Cinta UNIC
3.6 KERANGKA KONSEPTUAL
Kajian ini menggunakan kerangka konseptual dalam kajian yang dilakukan oleh
Indirawati (2018), iaitu Definisi Kata Cantik: Analisis Kolokasi yang menggunakan
pendekatan medan semantik dan kolokasi. Dalam kajian tersebut, perkataan yang
diperoleh daripada slogan/motto dan ayat yang digunakan dalam iklan produk
kecantikan tempatan dikenal pasti dan dianalisis bagi melihat definisi kata cantik
menurut masyarakat Melayu. Perkataan yang dikenal pasti tersebut merangkumi fitur-
fitur makna kata cantik yang diterangkan dalam iklan produk yang dipilih. Misalnya
24
perkataan ‘anjal’, ‘gebu’ dan ‘licin’ yang dianggap sebagai fitur cantik bagi kulit.
Perkataan-perkataan lain yang melibatkan anggota badan termasuk rambut dan kuku
turut dikenal pasti perkataan yang berkolokasi dengan makna kata cantik. Bertitik tolak
dengan kajian tersebut, pengkaji akan melihat makna kata ‘cinta’ menerusi lagu-lagu
nasyid yang berorientasikan cinta. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Indirawati
Zahid tersebut, maka kajian ini akan menggunakan kerangka konseptual yang sama
untuk menganalisis kolokasi kata menerusi domain semantik kata ‘cinta’.
3.7 RUMUSAN
Berdasarkan metodologi kajian yang telah diterangkan, diyakini kajian ini mampu
dijalankan dengan tepat dan sistematik kerana pelaksanaannya jelas dan mudah
difahami. Semua lagu nasyid yang dipilih memaparkan tema percintaan dengan jelas.
Hal tersebut memudahkan pengkaji mengenal pasti dan menganalisis perkataan yang
berkolokasi dengan makna kata cinta. Bahan kajian yang diperoleh daripada sumber
yang boleh dipercayai memudahkan pengkaji melaksanakan kaedah-kaedah kajian yang
telah ditetapkan. Justeru, pengkaji berharap kajian ini dapat difahami dan jelas
perlaksanaannya sekali gus mampu menjadi rujukan kepada pengkaji-pengkaji yang
akan datang.
25
BAB EMPAT
ANALISIS KAJIAN
4.1 PENDAHULUAN
Dalam bahagian ini, analisis akan dihurai berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.
Pada bahagian pertama, setiap perkataan yang dikenal pasti memberi definisi kepada
kata cinta akan diperlihat dalam bentuk jadual bersama-sama peratusan kekerapan.
Perkataan yang tinggi kekerapannya adalah perkataan yang paling signifikan bagi
mendefinisikan kata cinta. Pada bahagian kedua pula, setiap perkataan tersebut akan
dianalisis kolokasi kata berdasarkan domain semantik kata cinta.
4.2 DAPATAN KAJIAN
Dapatan analisis memperlihatkan bahawa definisi kata cinta dipecahkan berdasarkan
kepada tiga fitur, iaitu [+manusia], [+Tuhan] dan [-alam]. Fitur-fitur ini wujud dalam
tiga keadaan berdasarkan sifat data, iaitu [+manusia] sahaja, [+Tuhan] sahaja dan
gabungan di antara fitur [+manusia] dengan fitur [+Tuhan]. Definisi kata cinta
berdasarkan fitur [+manusia] hadir dalam lima lagu nasyid, fitur [+Tuhan] dalam lima
lagu nasyid manakala gabungan fitur [+manusia] dengan [+Tuhan] hadir dalam analisis
lapan lagu nasyid. Fitur [-alam] pula didapati tidak signifikan, iaitu tidak memiliki fitur
makna yang dirujuk dalam lagu-lagu nasyid terpilih. Dapatan juga memperlihatkan
bahawa domain semantik bagi kata cinta terdiri daripada tiga domain, iaitu perasaan,
26
perlakuan dan sifat. Perincian bagi dapatan yang dinyatakan terdapat dalam paparan
jadual 1 di bawah.
Jadual 4.1: Fitur Kata Cinta dalam Lagu Nasyid
Bil. Fitur kata cinta Domain Semantik Jumlah Peratus
(%) DS1 DS2 DS3
1. Tuhan 17 5 14 36 43.3
2. Manusia 24 7 16 47 57.0 Jumlah Keseluruhan 41 12 30 83 100
Petunjuk:
DS1: Perasaan
DS2: Perlakuan
DS3: Sifat
Jadual di atas memperlihatkan bahawa fitur kata cinta terbahagi kepada dua, iaitu
fitur [+Tuhan] dan [+manusia] dengan jumlah keseluruhan sebanyak 83 kata. Dapatan
turut mengenal pasti tiga domain semantik kata yang mendefinisikan kata cinta, iaitu
perasaan (DS1), perlakuan (DS2) dan sifat (DS3). Setiap domain tersebut berkolokasi
dengan kata-kata tertentu untuk melihat definisi kata cinta secara holistik. Fitur
[+manusia] diwakili oleh DS1 sebanyak 24 kata, DS2 tujuh kata dan DS3 sebanyak 16
kata dengan jumlah keseluruhan sebanyak 47 kata atau 57.0%. Fitur [+Tuhan] pula
diwakili oleh DS1, iaitu 17 kata, DS2 sebanyak lima kata dan DS3 sebanyak 14 kata
dengan jumlah keseluruhan sebanyak 36 kata atau 43.3%. Huraian bagi setiap domain
beserta kolokasi kata yang mengikutinya akan dipaparkan secara berturutan, iaitu
perasaan, perlakuan dan sifat [+manusia] diikuti [+Tuhan] dalam subtopik selanjutnya.
27
4.2.1 Definisi Kata Cinta Perasaan (Manusia)
Dapatan memperlihatkan definisi kata cinta bagi domain perasaan diwakili oleh
perasaan yang bersifat positif, iaitu sesuatu yang tulus, bahagia, ikhlas dan sebagainya.
Manakala perasaan yang negatif seperti keresahan, kekecewaan dan penderitaan
didapati tidak mempunyai fitur makna yang dirujuk serta ditandai dengan “Ø”.
Perincian mengenai dapatan ini akan dipaparkan dalam Jadual 2.
Jadual 4.2: Kolokasi Kata Cinta -Perasaan (Manusia)
Bil. Perasaan Jumlah Peratus (%)
1. Sayang 4 16.7
2. Keasyikan 1 4.2
3. Setulus hati 1 4.2
4. Bahagia 2 8.3
5. Ø resah 2 8.3
6. Ikhlas 1 4.2
7. Ø Kecewa 1 4.2
8. Ø Menderita 1 4.2
9. Rasa hati 1 4.2
10. Kasih 6 25.0
11. Ø Sengsara 1 4.2
12. Rindu 2 8.3
13. Tulus 1 4.2
Jumlah Keseluruhan 24 100
Petunjuk: Ø – Tidak Mempunyai Fitur Makna Kata yang Dirujuk
Jadual 2 di atas memperlihatkan senarai kolokasi kata dalam fitur cinta
[+manusia] dalam domain ‘perasaan’, iaitu sebanyak 24 kata. Berdasarkan jumlah
tersebut, kolokasi kata kasih memperlihatkan jumlah yang dominan dengan kekerapan
tertinggi, iaitu sebanyak enam (25.0%). Ini diikuti dengan kolokasi kata sayang yang
berjumlah empat (16.7) manakala kolokasi kata seperti bahagia, Ø resah dan rindu
28
masing-masingnya berjumlah dua (8.3). Selebihnya mempunyai jumlah yang paling
minimum, iaitu berjumlah satu kata atau mewakili 4.2%.
Dalam konteks lagu-lagu nasyid yang dianalisis, kolokasi kata kasih sering
dikaitkan dengan perasaan cinta. Hal ini sesuai dengan mesej yang disampaikan dalam
lagu nasyid yang menceritakan tentang perasaan kasih. Contoh ayat dalam lirik lagu
adalah seperti berikut:
Jadual 4.3: Contoh bagi Kolokasi Kata “Kasih”
Perasaan Jumlah /.Peratus
(%)
Kod Lagu Nasyid Contoh Rangkap
Kasih 6 (25.0%) N9 Kupendamkan
perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati
ini
Melindungkan kasih
yang berputik
N9 Kerana batasan adat
dan syariat menguji
kekuatan keteguhan
iman insan yang
berkasih
N9 Berikanlah
ketenangan abadi
Untukku
menghadapi
Resahnya hati ini
mendambakan kasih
Insan yang kusayang
N4 Hanya itu yang
kuinginkan
Dari insan yang amat
kusayang
Damaikanlah resah
hatiku
Aku rindu kasih dan
sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan
pelamin hidupmu
29
N5 Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang
kau beri
Kita saling kasih
mengasihi
Dengan setulus hati
N13 Mencarimu kasih
bagai mencari
mutiara putih
Walau ke dasar
lautan sanggup ku
selami
Namun tak percaya
apa yang telah aku
terjumpa
Kau sebutir pasir tak
berharga
Petunjuk: N9 -Hanya Tuhan yang Tahu, N4 -Impian Kasih, N5 -Kasih Kekasih,
N13 -Demi Cinta yang Suci
Berdasarkan jadual 3 di atas, kolokasi kata kasih dipamerkan menerusi N9, N4,
N5 dan N13. Analisis N9 yang pertama menceritakan seorang lelaki yang
memendamkan rasa cintanya kepada seorang wanita kemudian meminta petunjuk
daripada Allah SWT supaya dihadirkan pasangan yang sejati. N9 yang kedua pula
menceritakan bahawa batasan adat dan syariat yang ditetapkan dalam Islam telah
dijadikan sebagai panduan oleh pasangan yang bercinta supaya tidak terpesong daripada
ajaran agama. selain itu, N9 yang ketiga pula merupakan kegurasan yang dirasai oleh
seorang lelaki untuk mendapatkan pasangan yang dicintai. Analisis N4 pula
menceritakan keinginan seorang insan untuk mendapat kasih sayang daripada
pasangannya melalui ikatan perkahwinan. Seterusnya, analisis N5 merupakan
penyataan seorang insan bahawa dia tidak pernah meragui cinta yang diberikan oleh
pasangannya begitu juga dengan dirinya. Akhir sekali, analisis N13 menceritakan
30
kesukaran mencari seorang kekasih sehingga digambarkan ibarat mencari mutiara di
dasar laut, namun begitu usaha tersebut sia-sia apabila cinta yang diperoleh tidak kekal.
Berdasarkan contoh yang diperlihatkan dalam setiap rangkap di atas, kolokasi
kata kasih disinonimkan dengan makna kata cinta kerana makna kedua-dua kata
tersebut mempunyai persamaan makna jika dirujuk menerusi Kamus Dewan. Selain itu,
kolokasi kata kasih turut digunakan bagi menggantikan kata cinta berdasarkan rangkap
yang ditunjukkan.
4.2.2 Definisi Kata Cinta -Perasaan (Tuhan)
Definisi kata cinta bagi domain perasaan dalam fitur [+Tuhan] memperlihatkan
bahawa setiap perkataan yang berkolokasi dengan makna kata cinta terbahagi kepada
perasaan yang positif dan perasaan negatif. Perasaan ini menggambarkan rasa cinta
manusia kepada Tuhan. Justeru, perasaan positif diwakili dengan perkataan “bahagia”,
“kasih”, “nikmat”, “indah” dan sebagainya manakala perkataan negatif yang diwakili
perkataan “kecewa” ditandai dengan simbol “Ø”. Penerangan mengenai dapatan ini
adalah seperti berikut:
Jadual 4.4: Kolokasi Kata Cinta -Perasaan (Tuhan)
Bil. Perasaan Jumlah Peratus (%)
1. Nur kasih 1 5.9
2. Bahagia 3 17.6
3. Nikmat 2 11.8
4. Rahmat 2 11.8
5. Kasih 4 23.5
31
6. Indah 1 5.9
7. Ø Kecewa 2 11.8
8. Reda 1 5.9
9. Jiwa merindu 1 5.9
Jumlah keseluruhan 17 100
Petunjuk: Ø – Tidak Mempunyai Fitur Makna Kata yang Dirujuk
Jadual 4 menunjukkan dapatan kolokasi kata cinta dalam domain perasaan bagi
fitur cinta [+Tuhan] yang berjumlah 17 kata. Berdasarkan jumlah tersebut, kolokasi kata
kasih mempunyai jumlah kekerapan yang tertinggi, iaitu sebanyak empat (23.5%)
manakala kolokasi kata bahagia diwakili tiga atau 17.6%. Kolokasi kata nikmat, rahmat
dan Ø kecewa masing-masingnya berjumlah dua (11.8%) diikuti kolokasi kata Nur
Kasih, indah, reda dan jiwa merindu, iaitu sebanyak satu atau 5.9%. Berdasarkan
konteks lagu-lagu nasyid yang dianalisis, kolokasi kata kasih sering dikaitkan dengan
perasaan cinta seperti yang diperlihatkan dalam jadual 5.
Jadual 4.5: Contoh bagi Kolokasi Kata ‘Kasih’
Perasaan Jumlah/ Peratus (%) Kod Lagu Nasyid Contoh Rangkap
Kasih 4 (23.5) N12 Betapa sucinya kasih-
Mu tuhan
Betapa agungnya
kebesaran-Mu
Diri ini mengharapkan
cinta-Mu
Kekalkan rasa
kehambaan-Ku
N14 Kugelintar segenap
maya
Dambakan sebutir
hakikat
Untukku semai
menjadi sepohon
makrifat
Moga dapatku
32
berteduh di rendang
kasih-Mu
N17 Semua persoalan
bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan
mengganggu fikiran
Kesyukuran ini
melimpah di hati
Betapa agungnya
kasih-Mu Ilahi
N8 Kiranya aku hilang
arah jalan hidupku
berubah pula namun
kasih-Nya tak pernah
akan musnah belas
rahmatnya terus
mencurah-curah nur
hidayah-Nya semakin
cerah
Petunjuk: N12 -Kalimah Cinta, N14 -Destinasi Cinta, N17 -Kau Pemilik Cinta, N8
-Nota Cinta
Jadual 5 memperlihatkan kolokasi kata kasih menerusi rangkap lagu-lagu nasyid
yang terdiri daripada N12, N14, N17 dan N8. Analisis N12 memperlihatkan contoh
penggunaan kata kasih yang menceritakan seorang hamba memohon agar ketaatan dan
rasa kehambaan dalam hatinya dikekalkan supaya sentiasa memperoleh kasih dan reda
Allah SWT. Rasa tenang yang diperoleh menyebabkannya sentiasa bersyukur dengan
memuji kebesaran Allah SWT. Dalam N14 pula menceritakan seorang hamba yang
mencari erti cinta yang sebenar setelah menyedari bahawa hakikat cinta yang alpa
dengan dosa hanya memberikan kekecewaan. Justeru, dia nekad mencari erti cinta
sebenar, iaitu cinta kepada Allah SWT. N17 pula menceritakan kebuntuhan yang dirasai
oleh seorang hamba dalam menemukan jodoh. Setelah dipertemukan dengan jodoh
tersebut, dia berasa syukur dengan memuji Maha Pencipta, iaitu Allah SWT yang telah
mencurahkan kasih-Nya kepada hamba tersebut. Akhir sekali, N8 berkenaan kasih
33
sayang Allah SWT yang sentiasa hadir untuk hamba-Nya walaupun hamba tersebut
berada dalam keadaan hina dan hilang pedoman hidup.
Berdasarkan contoh rangkap yang dikemukakan di atas, perkataan kasih dikenal
pasti berkolokasi dengan kata cinta menerusi domain perasaan. Hal ini demikian kerana
perkataan kasih bersinonim dengan perkataan cinta. Tambahan lagi, hubungan antara
kedua-dua kata tersebut adalah saling berturutan, iaitu apabila wujud perasaan cinta
secara langsung perasaan kasih hadir bersama-sama.
4.2.3 Definisi Kata Cinta- Perlakuan (Manusia)
Definisi kata cinta menerusi domain perlakuan [+manusia] menggambarkan rasa cinta
manusia kepada manusia lain. Berdasarkan jadual yang dipaparkan, kolokasi kata cinta
terdiri daripada perlakuan yang positif seperti berkasih, menyubur harapan, setia dan
sebagainya. Penerangan mengenai dapatan ini adalah seperti berikut:
Jadual 4.6: Kolokasi Kata Cinta -Perlakuan (Manusia)
Bil. Perlakuan Jumlah Peratus (%)
1. Berkasih 1 14.3
2. Menyubur harapan 1 14.3
3. Setia 2 28.6
4. Menyayangi 1 14.3
5. Janji manis 1 14.3
6. tulus 1 14.3
Jumlah Keseluruhan 7 100
Jadual 6 di atas merupakan dapatan kolokasi kata cinta dalam domain perlakuan
bagi fitur cinta [+manusia] yang berjumlah tujuh kata. Berdasarkan jumlah tersebut,
kolokasi kata setia memiliki kekerapan tertinggi, iaitu sebanyak dua atau 28.6%
34
manakala kolokasi kata berkasih, menyubur harapan, menyayangi, janji manis dan tulus
menunjukkan jumlah yang minimum, iaitu sebanyak satu (14.3%). Analisis lagu nasyid
memperlihatkan kata setia dikenal pasti berkolokasi dengan kata cinta seperti yang
dipamerkan dalam jadual 7.
Jadual 4.7: Contoh bagi Kolokasi Kata “Setia”
Perasaan Jumlah/ Peratus (%) Kod Lagu Nasyid Contoh Rangkap
Setia 2 (28.6) N12 Adam Hawa bercinta di
Syurga
Angkara Iblis terpisah
menderita
Kerana cinta mereka
setia bertemu di dunia
N18 Cintamu tulus setia
Kasihmu tiada tara
Bertakhta buat
selamanya
Petunjuk: N12 -Kalimah Cinta, N18 -Cahaya Cinta
Jadual 7 di atas memperlihatkan kata setia yang dikenal pasti berkolokasi dengan
makna kata cinta menerusi N12 dan N18. Berdasarkan jadual tersebut, N12
mengisahkan Nabi Adam AS bersama-sama isterinya Siti Hawa yang telah dihasut oleh
syaitan sehingga mereka diturunkan dari Syurga dan terpisah di dunia. Namun begitu,
kesetiaan cinta antara kedua-dua insan mulia tersebut telah mempertemukan mereka
kembali. N18 pula menceritakan cinta seorang isteri yang digambarkan tulus setia
sehingga perasaan tersebut kekal selama-lamanya. Berdasarkan N12 dan N18 yang
dipaparkan dalam jadual, kolokasi kata setia mempunyai hubungan berkaitan antara
35
perasaan dan perbuatan, iaitu apabila wujud perasaan cinta, maka kesetiaan menjadi
ukuran.
4.2.4 Definisi Kata Cinta -Perlakuan (Tuhan)
Definisi kata cinta menerusi domain perlakuan dalam fitur [+Tuhan] menunjukkan
perbuatan seorang manusia untuk menggambarkan rasa cintanya kepada tuhan. Setiap
perkataan yang berkolokasi tersebut terdiri daripada aspek positif seperti “menyubur
iman”, “restu”, “setia” dan “mendamaikan jiwa”. Aspek negatif pula diwakili perkataan
“mungkir janji” dengan simbol “Ø”, iaitu tidak mempunyai fitur makna yang dirujuk.
Perincian mengenai dapatan ini ditunjukkan dalam jadual 8.
Jadual 4.8: Kolokasi Kata Cinta -Perlakuan (Tuhan)
Bil. Perlakuan Jumlah Peratus (%)
1. Menyubur iman 1 20.0
2. Restu 1 20.0
3. Ø Mungkir janji 1 20.0
4. Setia 1 20.0
5. Mendamaikan jiwa 1 20.0 Jumlah keseluruhan 5 100
Petunjuk: Ø – Tidak Mempunyai Fitur Makna Kata yang Dirujuk
Jadual 8 memperlihatkan senarai perkataan yang berkolokasi dengan kata cinta
menerusi domain ‘perlakuan’ dalam fitur [+Tuhan] yang berjumlah lima kata.
Berdasarkan jumlah tersebut didapati kesemua perkataan mempunyai bilangan yang
sama, iaitu satu kata atau masing-masingnya 20.0%. Setiap kata yang berkolokasi
36
tersebut mendukung makna yang signifikan bagi mendefinisikan kata cinta. Perincian
dapatan ini dijelaskan dalam jadual 9.
Jadual 4.9: Contoh bagi Kolokasi Kata “Menyubur Harapan”, “Restu”,
“Mungkir Janji”, “Setia” dan “Mendamaikan Jiwa”
Perasaan Jumlah/ Peratus (%) Kod Lagu Nasyid Contoh Rangkap
Menyubur
iman
1 (20.0) N13 Baru kini ku rasai
nikmatnya cinta
yang suci
Tiada terbanding
dengan cinta yang
kau beri
Ranjau yang
berduri akan aku
tabah
menempuhnya
Menyubur iman di
dalam jiwa
Restu 1 (20.0) N10 Nur Kasih-Mu
mendamai di kalbu
Jernih setulus
tadahan doaku
Rahmati daku dan
permintaanku
Untuk bertemu
didalam restu
Ø Mungkir
janji
1 (20.0) N3 Telahku mungkiri
janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan
tempuh lagi
Apakah kauterima
cintaku lagi
Setelahku
berpaling
Dari pandangan-
Mu
Yang kabur kerana
jahilnya aku
Setia 1 (20.0) N8 Cintaku kepada
Dia
Rinduku hanya
pada-Nya
37
Kasihku tulus
buat-Nya
Setiaku balas
kasih-Nya
Kasihku kasih
yang setia
Pada yang punya
Mendamaikan
jiwa
1 (20.0) N18 Gemilang cahaya
cinta
Kemilau
pancawarnanya
Bagaikan kejora
Kudus sinarannya
mendamai jiwa
Petunjuk: N13 -Demi Cinta Suci, N10 -Nur Kasih, N3 -Aku Tanpa Cinta-Mu,
N8 -Nota Cinta, N18 -Cahaya Cinta
Jadual 9 di atas memperlihatkan contoh kolokasi kata bagi fitur cinta
[+perlakuan] manusia terhadap tuhan yang dilihat menerusi N13, N10, N3, N8 dan N18.
Analisis N13 menceritakan insan yang akhirnya menemui nikmat cinta daripada Allah
SWT sehingga setiap ujian yang dilalui membuatkan iman di dalam hati kian subur.
Justeru, kolokasi kata menyubur iman dikenal pasti berkolokasi melalui kaitan semakin
cinta terhadap sang Pencipta, maka semakin kuatlah iman dijiwa.
N10 pula menceritakan kasih sayang daripada Allah SWT yang membuatkan
hati manusia menjadi tenang ketika memanjatkan doa meminta direstui. Oleh hal
demikian, kolokasi kata restu dikenal pasti mempunyai hubungan, iaitu apabila
perasaan cinta wujud, maka restu daripada Allah akan wujud dalam kehidupan
seseorang hamba-Nya.
N3 menceritakan perlakuan seorang hamba yang berasa menyesal kerana telah
memungkiri janji dalam mentaati perintah Allah SWT disebabkan kejahilan dirinya.
Justeru, kolokasi kata Ø mungkiri janji dikenal pasti tidak memiliki fitur makna yang
38
dirujuk, iaitu janji tidak akan dimungkiri sekiranya rasa cinta wujud dalam diri
seseorang.
Analisis N8 merupakan penyataan kesetiaan terhadap rasa cinta, rindu dan kasih
seorang manusia terhadap tuhan. Kolokasi kata setia mempunyai hubungan antara
perbuatan dengan perasaan, iaitu kesetiaan akan membuktikan kecintaan.
Akhir sekali, N18 pula menceritakan perihal cinta yang datang daripada Allah
SWT yang dirasa mendamaikan jiwa oleh seorang hamba. Justeru, kolokasi kata
mendamai jiwa mempunyai hubung kait, iaitu apabila timbul perasaan cinta, maka hati
akan merasakan kedamaian.
4.2.5 Definisi Kata Cinta -Sifat (Manusia)
Dapatan memperlihatkan definisi kata cinta bagi domain perasaan dalam fitur
[+manusia] diwakili oleh perasaan positif dan negatif. Contoh kolokasi kata dari aspek
positif terdiri daripada fitrah, indah, suci, abadi, tidak pernah sepi dan murni manakala
dari aspek negatif diwakili dengan perkataan keterpaksaan, tidak berharga dan
sebagainya yang ditandai simbol “Ø”. Analisis dapatan akan dihuraikan dalam bahagian
selanjutnya
Jadual 4.10: Kolokasi Kata CInta -Sifat (Manusia)
Bil. Sifat Jumlah Peratus (%)
1. Ø Keterpaksaan 1 6.3
2. Fitrah 1 6.3
3. Indah 3 18.8
4. Ø fana 1 6.3
5. Suci 2 12.5
6. Tidak pernah sepi 1 6.3
7. Abadi 1 6.3
8. Ø Buta melalaikan 1 6.3
9. Ø Penuh duri 1 6.3
10. Ø tidak berharga 1 6.3
39
11. Murni 1 6.3
12. Mendamaikan 1 6.3
13. Tiada tara 1 6.3
Jumlah keseluruhan 16 100
Petunjuk: Ø – Tidak Mempunyai Fitur Makna Kata yang Dirujuk
Jadual 6 memperlihatkan kolokasi kata cinta dalam domain sifat bagi fitur
[+manusia] yang mempunyai jumlah keseluruhan sebanyak 16 kata. Berdasarkan
jumlah tersebut didapati kata indah memiliki jumlah tertinggi, iaitu sebanyak tiga
(18.8%) diikuti dengan jumlah kata ‘suci’ sebanyak dua (12.5%). Perkataan selebihnya
pula masing-masingnya mempunyai nilai yang minimum, iaitu sebanyak satu kata atau
6.3%. Perincian dapatan ini akan dihurai berdasarkan jadual 11.
Jadual 4.11: Contoh bagi Kolokasi Kata “Indah”
Perasaan Jumlah/ Peratus (%) Kod Lagu Nasyid Contoh Rangkap
Indah 3 (18.8) N12 Dengan cinta kenal
pencipta
Dengan cinta kenal
Rasul-Nya
Kerana cinta kenal
saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta
N5 Kautahu
kumerinduimu
Kutahu
kaumencintaiku...
oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indahkan
menjelma jua
Kita akan
disatukan dengan
ikatan pernikahan
oh kasih disana
kita bina tugu cinta
mahligai bahagia
40
N2 Rela aku
pendamkan
Impian yang
tersimpan
Engganku
keasyikan
Gusar
keindahannya
Merampas rasa
cinta
Pada Dia yang
lebih sempurna
Petunjuk: N12 -Kalimah Cinta, N5 -Kasih Kekasih, N2 -Atas Nama Cinta
Jadual 11 di atas memperlihatkan kolokasi kata indah menerusi rangkap dalam
lagu nasyid terpilih, iaitu N12, N5 dan N2. Analisis menerusi N12 memperlihatkan
contoh penggunaan kata indah yang menyatakan bahawa dengan wujudnya perasaan
cinta dalam diri seseorang, maka dia akan lebih mengenal Allah SWT, Rasul bahkan
saudaranya yang akan menjamin kebahagian dalam keluarga. Makna saat indah dalam
N5 pula membawa maksud perkahwinan yang akan berlaku setelah sekian lama dua
insan menyemai perasaan cinta. Akhir sekali, N2 menceritakan keinginan rasa cinta
dalam diri seseorang yang terpaksa dipendam kerana takut akan keindahan perasaan
tersebut yang mampu menghakis rasa cinta kepada Allah SWT.
Berdasarkan keseluruhan rangkap yang ditunjukkan dalam jadual, kolokasi kata
indah dikenal pasti mempunyai hubungan antara perasaan dengan sifat perasaan itu
sendiri, iaitu gambaran akan keindahan rasa cinta dalam diri sesama manusia.
41
4.2.6 Definisi Kata Cinta -Sifat (Tuhan)
Dapatan analisis memperlihatkan kolokasi kata menerusi domain sifat cinta kepada
[+Tuhan] yang terdiri daripada sifat positif. Sifat-sifat tersebut terdiri daripada
mendamai di kalbu, subur, sempurna dan sebagainya. Analisis dapatan selanjutnya
diperlihatkan dalam jadual 12
Jadual 4.12: Kolokasi Kata Cinta -Sifat (Tuhan)
Bil. Sifat Jumlah Peratus (%)
1. Mendamai di kalbu 1 7.1
2. Subur 1 7.1
3. Sempurna 1 7.1
4. Hakiki 2 14.3
5. Teragung 3 21.4
6. Suci 2 14.3
7. Tiada terbanding 1 7.1
8. Kekal abadi 1 7.1
9. murni 1 7.1
10. Tiada penghujung 1 7.1
Jumlah keseluruhan 14 100
Perkataan yang berkolokasi dengan kata cinta dalam fitur [+Tuhan] menerusi
domain ‘sifat’ pula berjumlah 14 kata. Jumlah tersebut mempamerkan bahawa kolokasi
kata ‘teragung’ mempunyai jumlah kekerapan yang tertinggi, iaitu sebanyak tiga
(21.4%) kemudian perkataan ‘hakiki’ dan ‘suci’ pula masing-masing berjumlah dua
kata atau 14.3%. perkataan selebihnya berjumlah 7.1% atau mewakili satu kata sahaja.
Perincian analisis diterangkan dalam bahagian selanjutnya.
42
Jadual 13: Contoh bagi Kolokasi Kata “Teragung”
Perasaan Jumlah/ Peratus (%) Kod Lagu Nasyid Contoh Rangkap
Teragung 3 (21.4) N11 Puncak cinta
teragung
Izinkan aku
melafazkan kata
Bicara hati yang
mudah diterjemah
Betapa aku gerun
pada teduh untuk
menaung
kerana awan itu
rapuh
N11 Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta
yang teragung
N16 Hidupkanlah hatiku
ini selalu
Dengan kalimah-Mu
Kalimah cinta
teragung
Petunjuk: N11 -Setanggi Syurga, N16 -Surat Cinta
Jadual 13 di atas memperlihatkan kolokasi kata teragung menerusi rangkap yang
diwakili N11 dan N16. Analisis N11 yang pertama memberi gambaran bahawa cinta
yang bersifat agung merupakan cinta yang datang daripada tuhan yang Esa. Analisis
dalam N11 yang kedua pula menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang memperoleh cinta
daripada Allah SWT akan mendapat kebahagiaan yang sebenar. Akhir sekali, N16 pula
merupakan doa seorang hamba yang meminta agar hatinya sentiasa hidup dengan
kalimah cinta Allah yang teragung, iaitu Al-Quran.
Setelah melihat contoh rangkap lagu yang dipaparkan di atas, dapat difahami
bahawa kolokasi kata agung didapati mempunyai hubungan berdasarkan sifat perasaan
cinta yang hanya datang daripada tuhan. Oleh sebab itu, kolokasi kata agung hanya
sesuai untuk menggambarkan makna cinta tuhan berbanding manusia.
43
4.3 KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN
Sebagai rumusan, analisis kata cinta berdasarkan lagu-lagu nasyid dapat dipecahkan
kepada dua fitur, iaitu fitur [+manusia] dan fitur [+tuhan]. Setiap fitur ini mempunyai
domain semantik yang terbahagi kepada tiga, iaitu domain perasaan, perlakuan dan
sifat. Berpandukan ketiga-tiga domain tersebut, perkataan yang berkolokasi dengan
makna kata cinta telah dikenal pasti. Setiap perkataan yang berkolokasi dengan makna
kata cinta didapati jelas mendefinisikan kata cinta berdasarkan fitur makna yang
dirujuk. Oleh itu, diharap kajian ini mampu memberi kefahaman yang mendalam
kepada ahli akademik khususnya kepada pelajar-pelajar asing untuk memahami makna
kata cinta dalam bahasa Melayu.
44
BAB LIMA
PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan kajian secara holistik bermula daripada bab satu sehingga bab
lima, iaitu perbincangan dapatan keseluruhan kajian. Hal ini diikuti dengan kesimpulan
kajian yang membincangkan rumusan dapatan dalam bab empat kemudian
perbincangan mengenai implikasi dapatan kajian yang diperlolehi. Bahagian seterusnya
pula merupakan cadangan berkenaan kajian lanjutan yang berkaitan dengan aspek
kolokasi, medan makna dan sebagainya sebelum membuat rumusan terakhir.
5.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan analisis objektif yang pertama dalam bab empat, fitur [+manusia]
mempunyai perkataan berkolokasi yang tertinggi dengan jumlah sebanyak 47 kata atau
57.0% berbanding fitur [+tuhan] yang berjumlah 36 kata atau 43.4%. Kedua-dua fitur
[+manusia] dan [+tuhan] masing-masing mempunyai domain semantik yang terdiri
daripada domain perasaan, perlakuan dan sifat. Analisis mendapati bahawa domain
perasaan daripada kedua-dua fitur merupakan domain yang paling mendominasi bagi
mendefinisikan kata cinta. Hal ini demikian kerana, definisi kata cinta dilihat lebih
menjurus kepada perasaan yang menyatakan bahawa cinta adalah sebahagian daripada
luahan emosi yang mempunyai kepelbagaian untuk menggambarkan kasih sayang dan
ketertarikan kepada seseorang. (Oxford Illustrated American Dictionary, 1998)
45
Berdasarkan analisis objekif yang kedua memperlihatkan bahawa domain
perasaan daripada kedua-dua fitur yang dianalisis, iaitu kolokasi kata “kasih”
mempunyai kekerapan tertinggi dengan jumlah fitur perasaan [+manusia] sebanyak
enam (25.0%) dan jumlah domain perasaan bagi fitur [+Tuhan] sebanyak empat
(23.5%). Hal ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa lagu-lagu nasyid bukan
sahaja memperlihatkan cinta kepada tuhan semata-mata, tetapi juga kepada manusia.
Jumlah tertinggi bagi kolokasi kata “kasih” bagi fitur manusia membuktikan bahawa
cinta adalah sesuatu yang dipandang tinggi dan menjurus kepada tautan dua hati serta
tiada dorongan nafsu. Hal ini disokong oleh Nurulwahidah Fauzi et.al (2015), iaitu cinta
yang dipandang tinggi merupakan cinta yang memperlihatkan hubungan dua hati dan
bebas daripada nafsu ragawi.
Di samping itu kolokasi kata “kasih” bagi fitur [+Tuhan] memperlihatkan
bahawa perasaan tersebut tidak dapat dipisahkan kerana ia sering digunakan untuk
menggambarkan kasih sayang Allah SWT. Pernyataan ini bertepatan seperti yang
dinyatakan dalam surah Al Hud ayat ke-90 yang bermaksud “Dan mintalah ampun
kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku
Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih". dan surah Al Buruj ayat ke-14 “Dan Dialah
yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih” dalam Al Quran. Tambahan lagi, setiap
surah yang terkandung dalam Al Quran (kecuali surah At-Taubah) dimulai dengan
kalimah “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”. Hal ini
cukup memberi gambaran akan penggunaan kolokasi kata ini dengan fitur cinta
[+Tuhan]
46
5.3 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Seperti yang telah dinyatakan dalam bab sebelumnya, Kamus Dewan Edisi Keempat
(2007) hanya memberi definisi kata cinta secara dasar sahaja tanpa melihat fitur-fitur
makna yang dirujuk secara mendalam. Justeru, kajian ini dilihat mampu memberikan
impak yang positif dengan memberikan definisi kata cinta secara lebih berstruktur, iaitu
melalui kerangka konseptual domain semantik beserta kolokasi. Kaedah analisis ini
dilihat lebih membantu meningkatkan kefahaman kepada para pelajar khususnya
pelajar asing supaya memahami makna kata cinta dalam bahasa Melayu dengan lebih
jelas. Selain itu, kajian ini dilihat mampu memberikan kefahaman yang mendalam
kepada para pelajar linguistik untuk mendalami ilmu semantik khusus aspek medan
makna dan kolokasi. Hal ini secara langsung dapat memperkayakan lagi bahan bacaan
dalam bidang semantik bahasa Melayu
5.4 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Kajian yang menekuni domain semantik dan aspek kolokasi telah banyak dijalankan
dalam pelbagai sudut. Namun begitu, menurut pemerhatian pengkaji, kajian yang
menggunakan lirik lagu-lagu nasyid masih lagi terhad dijalankan memandangkan kajian
lebih tertumpu pada lagu-lagu klasik dan kontemporari. Oleh itu, kajian yang
menggunakan korpus lagu nasyid haruslah dijalankan dengan giatnya.
Selain itu, kajian yang menggunakan korpus lagu nasyid haruslah diperluaskan
dengan penggunaan perkataan lain bagi mengkaji kolokasinya selain daripada kata
cinta. Hal ini bertujuan memperkayakan lagi kajian yang meneliti kolokasi kata dalam
47
lagu nasyid. Di samping itu, kajian yang membandingkan kolokasi kata cinta bagi lagu
nasyid, lagu kontemporari dan lagu klasik haruslah dijalankan bagi memperlihatkan
perbezaan kata cinta dalam lagu-lagu tersebut.
5.5 RUMUSAN
Rumusannya, bab ini telah membincangkan kajian secara terperinci berdasarkan
Kerangka Konseptual Indirawati Zahid (2018). Kesimpulan terhadap dapatan kajian
secara keseluruhan serta implikasi dan cadangan telah dibincangkan. Pengkaji berharap
agar kajian ini dapat memberikan inspirasi kepada pengkaji lain bagi meneliti aspek
kolokasi dalam korpus berlainan.
48
BIBLIOGRAFI
Alias Ismail. (2018). Perluasan Makna Kata 'Dedak': Satu Analisis Semantik Kognitif.
International Journal of Education, Psychology and Counceling, 28-39.
Retrieved 4 Disember, 2019
Arba'ie Sujud. (1999). Estetika dalam Lirik Lagu-Lagu Nyanyian P. Ramlee. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Cambridge Advanced Learner's Dictionary. (1995). England: Cambridge University
Press. Retrieved from Cambridge Dictionary.
Creswell, J. W. (1994). Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches.
California: SAGE Publishers.
Hairul Anuar Harun. (2017). Estetika Kerohanian dalam Seni Kata Lagu S. Amin
Shahab. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Retrieved 9
Disember, 2019
Indirawati Zahid. (2018). Definisi Kata Cantik. Language Studies, 12-13. Retrieved 1
Mei, 2019, from
http://www.ils.unimas.my/images/pdf/v7n1/ILSVol7no1_Zahid.pdf
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keith D. Foote. (12 Mei, 2016). A Brief History of Semantics. Retrieved 1 November,
2019, from Dataversity: https://www.dataversity.net/brief-history-semantics/
Lily Hanefarezan, Ashinida, Maimun Aqsha, Mu'ab . (2019). Strategi Pembelajaran
Kolokasi Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam Malaysia.
GEMA Online® Journal of Language Studies, 139-159.
Literature Review. (29 Oktober, 2019). Retrieved 3 November, 2019, from Library &
Learning Commons: https://bowvalleycollege.libguides.com/literature-reviews
Masitah, Zulkifley Hamid, Nirwana, Nik Zulaiha. (2017). Perenggu Minda Melayu.
Journal of Social Sciences and Humanities , 175-187.
Mona Baker. (2011). In Other Words. England: Routledge. Retrieved 3 November,
2019, from https://www.docdroid.net/9ai3/in-other-words-by-mona-baker.pdf
Nelyska Nisyana. (2018). A Semantics Analysis on Celine Dion's Songs in Beauty and
The Beast, How Does A Moment Last Forever and A New Day Has Come.
Mataram: Universitas Mataram. Retrieved 4 Disember, 2019
49
Nor Saadah Mohd Salleh. (2015). Kolokasi Makna Leksikal Dalam Iklan Produk
Kecantikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Nordquist, R. (20 September, 2019). Collocation. Retrieved 3 November, 2019, from
ThoughtCo.: https://www.thoughtco.com/what-is-collocation-words-1689865
Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis dalam Bidang Sains Sosial Terapan.
Serdang: University Putra Malaysia.
Oxford Illustrated American Dictionary. (1998). Oxford University Press.
Susi Yuliawati. (Julai, 2014). Analisis Berbasis Korpus: Kolokasi Kata-Kata Bermakna
"Perempuan" dalam Media Sunda. Ranah Jurnal Kajian Bahasa, 107-123.
50
LAMPIRAN A1
Saat Lafaz Sakinah
Far East
Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang kuberikan kepadanya
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Kuakur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
51
LAMPIRAN A2
Atas Nama Cinta
UNIC
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Engganku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan kucuba
Menghindarkan pesona maya
Kerana tak upayaku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerana sesungguhnya hakikat cinta
Hanya…Dia yang esa
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga kurasai
Nikmat-Nya…syurga-Nya…cinta-Nya
52
LAMPIRAN A3
Aku Tanpa Cintamu
Mirwana, Jay Jay
Telahku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kauterima cintaku lagi
Setelahku berpaling
Dari pandangan-Mu
Yang kabur kerana jahilnya aku
Mengapa cinta-Mu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cinta-Mu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telahku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelahku berpaling
Dari pandangan-Mu
Yang kabur kerana jahilnya aku
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasih-Mu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sinikan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cinta-Mu
Walau ranjaunya menusuk pedih
53
LAMPIRAN A4
Impian Kasih
In-Team
Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realiti
Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami
Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga
Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu
Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu
Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga
Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Kupasrahkan segala kerana takdir yang akan menentukan impian kasih
54
LAMPIRAN A5
Kasih Kekasih
In-Team
Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati
Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi
Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahagia
Kautahu kumerinduimu
Kutahu kaumencintaiku... oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indahkan menjelma jua
Kita akan disatukan dengan ikatan pernikahan oh kasih disana kita bina tugu cinta
mahligai bahagia
Semoga cinta kita didalam redha ilahi Berdoalah selalu moga jodoh berpanjangan
Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahagia
Kautahu kumerinduimu
Kutahu kaumencintaiku... oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indahkan menjelma jua
Kita akan disatukan dengan ikatan pernikahan oh kasih disana kita bina tugu cinta
mahligai bahagia
Semoga cinta kita didalam redha ilahi Berdoalah selalu moga jodoh berpanjangan
55
LAMPIRAN A6
Bidadari
Munif Hijjaz
Bidadari…bidadari
Temanilah resahku
Bidadari…bidadari
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku
Bidadari…bidadari
Jadilah pedampingku
Bidadari…bidadari
Jadilah sang setia
Kerana cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga
Kauumpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kauberi harapan saatku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta
abadi hanya di syurga
Kauumpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kauberi harapan saatku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta
abadi hanya di syurga
56
LAMPIRAN A7
Permaisuri Hatiku
Hijjaz
Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi
Diantara diriku juga dirimu
Hanya mengharapkan cinta yang Satu
Kubinakan mahligai impianmu
Oh sayang ikhlaskanlah hatimu
Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi
Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga
Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi
Oh kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Kupasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan kuberi
kau hadiahkanku cahaya hati
Kupimpin tanganmu oh kasih meniti hari semoga kita dapat bersama sampai kepada-
Nya di syurga sana
57
LAMPIRAN A8
Nota Cinta
Saujana
Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri
Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya
Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina pada pencipta
Kiranya aku hilang arah jalan hidupku berubah pula namun kasih-Nya tak pernah akan
musnah belas rahmatnya terus mencurah-curah nur hidayah-Nya semakin cerah
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya
Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina pada pencipta
Andainya dapatku menulis nota-nota cinta buat diri-Nya
58
LAMPIRAN A9
Hanya Tuhan Yang Tahu
UNIC
Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi didasar hati
Kupohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang kusayang
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang kusayang
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan adat dan syariat menguji kekuatan keteguhan iman insan yang
berkasih
59
LAMPIRAN A10
Nur Kasih
In-Team
Bagaikan permata dicelahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan kupasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur Kasih-Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu didalam restu
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti... dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih
Ya Allah...
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti... dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup disirami Nur kasih
Ditangan-Mu tuhan kusandar impian penentuan jodoh pertemuan
seandai dirinya tercipta untukku relaku menjadi miliknya
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti... dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup disirami Nur kasih
60
LAMPIRAN A11
Setanggi Syurga
In-Team
Percaya kata janji-Mu
Keranaku yakin apa digenggam-Mu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati
ouhh.
Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian harum baunya
Tak menggugat keteguhan iman
Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung
Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk menaung
kerna awan itu rapuh
Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
huu.huu.
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi
Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung
Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk menaung
Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerana dosa itu lebih hitam dan kelam
Kuanyam rindu menjadi hamparan
Keranaku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan
Percaya kata janji-Mu
Keranaku yakin apa digenggam-Mu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati
61
LAMPIRAN A12
Kalimah Cinta
In-Team
Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia
Siapalah aku menolak cinta yang hadir
Di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna tanpa cinta
Dari tuhan yang esa
Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara Iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia bertemu di dunia
Dengan cinta kenal pencipta
Dengan cinta kenal Rasul-Nya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta
Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara Iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia bertemu di dunia
Dengan cinta kenal pencipta
Dengan cinta kenal Rasul-Nya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta yang merajai jiwa
Dibatasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian
Betapa sucinya kasih-Mu tuhan
Betapa agungnya kebesaran-Mu
Diri ini mengharapkan cinta-Mu
Kekalkan rasa kehambaan-Ku
62
LAMPIRAN A13
Demi Cinta Suci
UNIC
Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi
Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah ertinya cinta murni
Andai kata-kata sering didustai
63
LAMPIRAN A14
Destinasi Cinta
Mestica
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha
nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telahku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenangku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Kugelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon
makrifat
Moga dapatku berteduh di rendang
kasih-Mu
Yaaaaa...
Lillahi rabbi
Destinasi cinta yang kucari
sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa didalam hati
ohhhhhh...
Kugelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon
makrifat
Moga dapatku berteduh di rendang
kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana Syaitankan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
Lestarikan wadi kalbuku ya tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-
Mu
Namun masihku mengharap ampunan-
Mu
Wahai tuhanku ya Allah
64
LAMPIRAN A15
Layar Keinsafan
Mestica
Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak
kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Kutewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasih-Mu ku berteduh
Kepada-Mu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepada-Mu
Tuhan layarkanku ke arah cinta-Mu
Tuntuniku menggapai redha-Mu
Rimbunan kasih-Mu ku berteduh
KepadaMu ya tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
Harapanku moga dikurniakan
manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untukku berlayar
65
LAMPIRAN A16
Surat Cinta
In-Team
Telah ku terima surat-Mu
Yang telah Kau utus dahulu
Ayat-ayat cinta dari cahaya-Mu
Menyelimuti seluruh hatiku
Telah ku terima surat-Mu
Yang telah Kau utus dahulu
Berulang-ulang kali difikiranku
Betapa Kau mencintaiku
Pastinya
Bilaku merindu
Pada-Mu
Surat-Mu kanku baca selalu
Ku harap Kau akan menyebut namaku
Detikku rindu
Saatku baca surat-Mu
Hidupkanlah hatiku ini selalu
Dengan kalimah-Mu
Kalimah cinta teragung
Telah ku terima surat-Mu
Yang telah Kau utus dahulu
Ayat-ayat cinta dari cahaya-Mu
Sesegar murni syurga hatiku
Pastinya
Bilaku merindu
Pada-Mu
Surat-Mu kanku baca selalu
Ku harap Kau akan menyebut namaku
Detik ku rindu
Saat ku baca surat-Mu
Hidupkanlah hatiku ini selalu
Dengan kalimah-Mu
Kalimah cinta teragung
Sungguh makna cinta-Mu tiada penghujung
Surat-Mu kanku baca selalu
66
LAMPIRAN A17
Kau Pemilik Cinta
Hijjaz
Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan
dirinya
Peneman menuju syurga...
Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu
fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi
Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan
dirinya
Peneman menuju syurga...
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas
pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha
Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...
Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi
Oh tuhan Kau yang maha tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Kupinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya di syurga-Mu
Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi
Oh tuhan Kau yang maha tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Kupinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya di syurga-Mu
67
LAMPIRAN A18
Cahaya Cinta
UNIC
Desiran angin yang bertiup
Membawa bersama khabaran rindu
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan cintaku padanya
Cintamu tulus setia
Kasihmu tiada tara
Bertakhta buat selamanya
Di tugu kasih dan sayang
Kau ukirkan keimanan
Moga bertemu keredhaan
Gemilang cahaya cinta
Kemilau pancawarnanya
Bagaikan kejora
Kudus sinarannya mendamai jiwa
Apakah kan ku temui
Insan semulia pekerti
Setandingmu kasih
Di alam semesta yang fana ini
Kuserahkan kepada tuhan sebuah harapan bernama doa
Membisikkan kata-kata menjelmakan rinduku padanya...
Kepadanya
Cintamu tulus setia
Kasihmu tiada tara
Bertakhta buat selamanya
Di tugu kasih dan sayang
Kau ukirkan keimanan
Moga bertemu keredhaan
Gemilang cahaya cinta
Kemilau pancawarnanya
Bagaikan kejora
Kudus sinarannya mendamai jiwa
Apakah kan ku temui
Insan semulia pekerti
Setandingmu kasih
Di alam semesta yang fana inI
Semogakan menyala api cinta setia tulus membara selamanya