24
HOME ABOUT ME MOTIVASI PENAFIAN BERITA SEMASA BERITA SEMASA (1) (1) BICARA AGAMA BICARA AGAMA (2) (2) GURU GURU (7) (7) ICT ICT (2) (2) KAJIAN KAJIAN (1) (1) KEPIMPINAN KEPIMPINAN (3) (3) KESIHATAN KESIHATAN (1) (1) LAWATAN LAWATAN (1) (1) MOTIVASI MOTIVASI (4) (4) PENDIDIKAN PENDIDIKAN (10) (10) PENGURUSAN PERUBAHAN PENGURUSAN PERUBAHAN (1) (1) SEMINAR SEMINAR (1) (1) TAMADUN TAMADUN (1) (1) YOU TUBE YOU TUBE (1) (1) Guru-Guru Besar Ranau 2009 - Hiasan Monday, 19 November 2012 Monday, 19 November 2012 Kepimpinan Guru Besar Di Sekolah (Oleh : Kolaborasi Ilmu) 1.0. PENGENALAN Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa. Maju mundurnya sesebuah negara berkaitrapat dengan sistem pendidikan yang diterima oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke arah negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan Negara (FPN), ia diikuti pula dengan wawasan 2020 yang akan mencitrakan masyarakat . . Tajuk 775: Perghhh... 8 perkara kenapa calon Tajuk 775: Perghhh... 8 perkara kenapa calon PhD / Master selalu PERASAN ! PhD / Master selalu PERASAN ! - - Pertama: Pertama: Yang anda perasan - anda memulakan Yang anda perasan - anda memulakan pengajian semester pertama dengan penuh pengajian semester pertama dengan penuh bergaya dimulakan dgn menayang surat lulus bergaya dimulakan dgn menayang surat lulus permohonan. Then anda ambil ... permohonan. Then anda ambil ... 3 days ago 3 days ago TENTANG DIRI KU TENTANG DIRI KU ILMU ILMU Sekali lagi ku katakan aku menulis Sekali lagi ku katakan aku menulis bukan kerana nama. Kerana sifat bukan kerana nama. Kerana sifat kasih..pada pena dan kalam. aku kasih..pada pena dan kalam. aku ingin menulis dan terus menulis hingga pena ku ingin menulis dan terus menulis hingga pena ku rosak atau jari jemari ku telah terhenti... rosak atau jari jemari ku telah terhenti... VIEW MY COMPLETE PROFILE VIEW MY COMPLETE PROFILE MY FAVOURITE BLOGS MY FAVOURITE BLOGS

anana

Embed Size (px)

DESCRIPTION

annasjs

Citation preview

  • HOME ABOUT ME MOTIVASI PENAFIAN

    BERITA SEMASABERITA SEMASA (1)(1) BICARA AGAMABICARA AGAMA (2)(2) GURUGURU (7)(7) ICTICT (2)(2) KAJIANKAJIAN (1)(1) KEPIMPINANKEPIMPINAN (3)(3) KESIHATANKESIHATAN (1)(1) LAWATANLAWATAN (1)(1) MOTIVASIMOTIVASI (4)(4)

    PENDIDIKANPENDIDIKAN (10)(10) PENGURUSAN PERUBAHANPENGURUSAN PERUBAHAN (1)(1) SEMINARSEMINAR (1)(1) TAMADUNTAMADUN (1)(1) YOU TUBEYOU TUBE (1)(1)

    Guru-Guru Besar Ranau 2009 - Hiasan

    Monday, 19 November 2012Monday, 19 November 2012

    Kepimpinan Guru Besar Di Sekolah

    (Oleh : Kolaborasi Ilmu)

    1.0. PENGENALAN

    Pendidikan merupakan nadi penggerak ke

    arah peningkatan tamadun sesuatu

    bangsa. Maju mundurnya sesebuah

    negara berkaitrapat dengan sistem

    pendidikan yang diterima oleh rakyatnya.

    Di negara kita, banyak perubahan dan

    pendekatan baru telah diterapkan dalam

    sistem pendidikan selaras dengan aspirasi

    negara ke arah negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan

    Negara (FPN), ia diikuti pula dengan wawasan 2020 yang akan mencitrakan masyarakat

    ..

    Tajuk 775: Perghhh... 8 perkara kenapa calonTajuk 775: Perghhh... 8 perkara kenapa calon

    PhD / Master selalu PERASAN !PhD / Master selalu PERASAN ! - - Pertama:Pertama:

    Yang anda perasan - anda memulakanYang anda perasan - anda memulakan

    pengajian semester pertama dengan penuhpengajian semester pertama dengan penuh

    bergaya dimulakan dgn menayang surat lulusbergaya dimulakan dgn menayang surat lulus

    permohonan. Then anda ambil ...permohonan. Then anda ambil ...

    3 days ago3 days ago

    TENTANG DIRI KUTENTANG DIRI KU

    ILMUILMU

    Sekali lagi ku katakan aku menulisSekali lagi ku katakan aku menulis

    bukan kerana nama. Kerana sifatbukan kerana nama. Kerana sifat

    kasih..pada pena dan kalam. akukasih..pada pena dan kalam. aku

    ingin menulis dan terus menulis hingga pena kuingin menulis dan terus menulis hingga pena ku

    rosak atau jari jemari ku telah terhenti...rosak atau jari jemari ku telah terhenti...

    VIEW MY COMPLETE PROFILEVIEW MY COMPLETE PROFILE

    MY FAVOURITE BLOGSMY FAVOURITE BLOGS

  • Malaysia yang maju pada tahun 2020. Kemudian tampil pula agenda pengisian yang

    mengemukakan cabaran-cabaran kepada para guru, Sekolah Bestari dan Koridor Raya

    Multimedia.

    Dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan ini, kepimpinan Guru Besar

    sering dilihat sebagai fokus utama. Dapatan-dapatan yang ditemui dalam penyelidikan

    tentang keberkesanan sekolah juga menunjukkan penentu utama bagi kejayaan sesebuah

    sekolah adalah kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru Besar. Ini bererti bahawa Guru Besar

    sering dilihat sebagai punca masalah atau sebagai penyelesai masalah atau pemangkin dalam

    pelaksanaan program pendidikan ke arah merealisasikan sekolah yang cemerlang

    2.0. DEFINISI

    2.1. Kepimpinan

    Sebenarnya untuk mentakrif maksud kepimpinan adalah terlalu sukar (Yukl 1999, Bass 1990).

    Pada kebiasaannya makna dan takrif kepimpinan itu adalah berdasarkan point of view ,

    weltanchaung dan world view para pentakrifnya. Justeru itu De Pree (1989) dalam

    Zawawi (1999) menyatakan;

    Leadership is much more an art, a belief, a condition of the heart than a set of things to

    do. The visible signs of artful leadership are expressed, ultimately, in its practices.

    anakala Bass (1990) pula menyatakan Leadership is an interaction between two or more

    members of a group that often involves a structuring or restructuring of the situation and

    perceptions and expectations of the members.

    Menurut Fleishman (1973), kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh perseorangan yang

    diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Hersey dan

    Belajar Ilmu KomputerBelajar Ilmu Komputer

    Ilmu Membongkar LaptopIlmu Membongkar Laptop - - IlmuIlmu

    Membongkar Laptop - SemuaMembongkar Laptop - Semua

    jenis dan merek laptop, netbookjenis dan merek laptop, netbook

    tidak jauh berbeda rakitannya,tidak jauh berbeda rakitannya,

    oleh karena itu untukoleh karena itu untuk

    mempelajari cara bongkarmempelajari cara bongkar

    sebuah laptop ...sebuah laptop ...

    1 month ago1 month ago

    BTP PortalBTP Portal

    Peluang KerjayaPeluang Kerjaya - - Iklan kekosongan jawatanIklan kekosongan jawatan

    Penolong Pengarah Gred DG41 di BahagianPenolong Pengarah Gred DG41 di Bahagian

    Teknologi Pendidikan, KPMTeknologi Pendidikan, KPM

    3 months ago3 months ago

    KOLABORASI ILMU RSS FeedKOLABORASI ILMU RSS Feed

    Mengakihi Program Sandaran SK. SungaiMengakihi Program Sandaran SK. Sungai

    Buloh, SelangorBuloh, Selangor - - Setelah dua bulan bersamaSetelah dua bulan bersama

    dengan warga SK. Sungai Buloh Selangor,dengan warga SK. Sungai Buloh Selangor,

    hari ini adalah hari terakhir saya bertugas dihari ini adalah hari terakhir saya bertugas di

    sini. Minggu hadapan akan kembali ke Insti...sini. Minggu hadapan akan kembali ke Insti...

    8 months ago8 months ago

    Popular PostsPopular Posts

    Kepimpinan Guru Besar Di SekolahKepimpinan Guru Besar Di Sekolah

    Guru-Guru Besar Ranau 2009 -Guru-Guru Besar Ranau 2009 -

    Hiasan (Oleh : Kolaborasi Ilmu) 1.0.Hiasan (Oleh : Kolaborasi Ilmu) 1.0.

    PENGENALAN Pendidikan PENGENALAN Pendidikan

    merupakan nadi penggerak ke arah...merupakan nadi penggerak ke arah...

    Motivasi Intrinsik dan EkstrinsikMotivasi Intrinsik dan Ekstrinsik

    Selalu kita dengar dua jenis motivasi Selalu kita dengar dua jenis motivasi

    ini. Intrinsik dan ekstrinsik. Apakahini. Intrinsik dan ekstrinsik. Apakah

    maksudnya? Saya cuba jelaskanmaksudnya? Saya cuba jelaskan

    satu persatu.. Motivasi in...satu persatu.. Motivasi in...

  • Blanchard (1977) pula menyatakan kepimpinan adalah proses mempengaruhi kegiatan individu

    atau kumpulan dalam usaha mencapai matlamat dalam sesuatu tindakan.

    Hollander (1978) mendefinisikan kepimpinan sebagai satu proses pengaruh

    mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa

    tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pemujukan (persuasion) daripada

    paksaan. Proses kepimpinan selalunya melihatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah

    dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Koontz dan Wiehrich

    (1992) menjelaskan kepimpinan sebagai suatu seni atau proses mempengaruhi orang supaya

    mereka akan berjuang atau melakukan sesuatu dengan relahati dan penuh semangat ke arah

    pencapaian matlamat kumpulan.

    Kepimpinan menurut Islam berteraskan konsep khalifah iaitu setiap manusia adalah

    pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarga dan ahli-ahli di bawahnya;

    Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang rakyat yang

    dipimpinmu. (Riwayat Bukhari Muslim 1528).

    Oleh yang demikian tugas utama pemimpin menurut Islam bukanlah untuk

    mempengaruhi (to influence) para pengikutnya sebagaimana diterangkan oleh banyak

    pengarang Barat, tetapi untuk menegakkan ummah dan melaksanakan sistem kehidupan

    kerana Allah menurut nilai-nilai Islam (Yusof Ismail, 1991).

    Dalam konteks pendidikan, Campbell (1983) menyatakan kepimpinan ialah satu proses

    bagi seorang Guru Besar mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah penyempurnaan

    matlamat tertentu.

    2.2. Guru Besar

    Pengajaran & PembelajaranPengajaran & Pembelajaran

    BerkesanBerkesan

    (Sebuah Sekolah Terpencil Di(Sebuah Sekolah Terpencil Di

    Ranau) APAKAH PENGAJARANRanau) APAKAH PENGAJARAN

    DAN PEMBELAJARAN BERKESAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

    (Oleh : Kolaborasi Ilmu) 1.1 Pendahuluan D...(Oleh : Kolaborasi Ilmu) 1.1 Pendahuluan D...

    Inovasi Sistem Maklumat Dalam Bidang PendidikanInovasi Sistem Maklumat Dalam Bidang Pendidikan

    PENDAHULUAN Perkembangan bidang Teknologi PENDAHULUAN Perkembangan bidang Teknologi

    Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh duniaMaklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh dunia

    telah memberikan kesan langsung kepada M...telah memberikan kesan langsung kepada M...

    Bagaimana Mengurus PerubahanBagaimana Mengurus Perubahan

    Mengikut Kurt Lewin 1952Mengikut Kurt Lewin 1952

    Mungkin hari ini seorang pemimpinMungkin hari ini seorang pemimpin

    baru berhadapan dengan satu situasibaru berhadapan dengan satu situasi

    yang kurang kondusif di sekolah.yang kurang kondusif di sekolah.

    Lebih-lebih lagi jika 'boss'...Lebih-lebih lagi jika 'boss'...

    Pembangunan Sistem Maklumat Bidang PendidikanPembangunan Sistem Maklumat Bidang Pendidikan

    Pembangunan Sistem Maklumat Untuk BidangPembangunan Sistem Maklumat Untuk Bidang

    Pendidikan Mengalami Pelbagai Masalah danPendidikan Mengalami Pelbagai Masalah dan

    Cabaran. Bincangkan. (Oleh : Kolaborasi Ilmu) 1...Cabaran. Bincangkan. (Oleh : Kolaborasi Ilmu) 1...

    Islam Di ChinaIslam Di China

    Wilayah berwarna merah terangWilayah berwarna merah terang

    pernah menjadi wilayah Islam. I S Lpernah menjadi wilayah Islam. I S L

    A M D I C H I N A ( Hasil Kajian,A M D I C H I N A ( Hasil Kajian,

    Pembacaan dan Penulis...Pembacaan dan Penulis...

    Pendidikan Berkualiti Penjana ModalPendidikan Berkualiti Penjana Modal

    InsanInsan

    Pandangan Ybhg. Profesor Dr IsmailPandangan Ybhg. Profesor Dr Ismail

    Jusoh mengenai isu kualitiJusoh mengenai isu kualiti

    pendidikan di negara ini danpendidikan di negara ini dan

  • Dalam banyak hal, Guru Besar sekolah ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di

    sesebuah sekolah. Dia ialah orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang

    berlaku di sekolah. Kepimpinannyalah yang menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran,

    tahap professionalisme dam moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa depan

    pelajar. (Rosemblum dalam Hussein Mahmood, 1993).

    Menurut Ibrahim Mamat (1998), Guru Besar ialah orang yang mengetuai atau

    memimpin sesebuah sekolah. Pada diri seorang Guru Besar itu sebenarnya terdapat ciri-ciri

    ketua dan ciri-ciri orang tua. Sabri Salleh (1998) menyatakan Guru Besar merupakan orang

    yang bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif bagi menggerakkan perubahan di

    sekolahnya. Penampilan seorang Guru Besar yang hebat dan disegani berkaitrapat dengan

    stail kepimpinan yang dipaparkan.

    2.3. Sekolah

    Sekolah terdiri dari elemen-elemen manusia dan bukan manusia; kawasan, bangunan, alatan

    dan sebagainya (Ibrahim Mamat (1998).

    3.0. KONSEP PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

    Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya Pemimpin Dalam Kepimpinan Pendidikan (1999)

    menyatakan pemimpin adalah individu manusia yang diamanahkan memimpin subordinat

    (pengikutnya) ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pendekatan mempengaruhi

    subordinat melalui proses ransangan untuk mereka berusaha secara relahati bagi mencapai

    matlamat bersama menampilkan ciri kepimpinan yang baik dan unggul. Penyerlahan

    penampilan keupayaan (kebolehan dan pencapaian) individu pemimpin dalam menjayakan

    kepimpinannya dikenalpasti sebagai stail kepimpinan.

    kaitannya dengan produk (modal insan) yang b...kaitannya dengan produk (modal insan) yang b...

    Pelan Pembangunan PendidikanPelan Pembangunan Pendidikan

    Malaysia 2013-2025Malaysia 2013-2025

    Alhamdulillah, saya baru sahajaAlhamdulillah, saya baru sahaja

    menyiapkan slaid Bab 1 PPPMmenyiapkan slaid Bab 1 PPPM

    2013-2025 yang akan dibentangkan2013-2025 yang akan dibentangkan

    pada minggu hadapan dalam kuliah Isu-isu Kh...pada minggu hadapan dalam kuliah Isu-isu Kh...

    Pelajar Tidak Sarapan Boleh MenjejaskanPelajar Tidak Sarapan Boleh Menjejaskan

    PembelajaranPembelajaran

    Gambar Pelajar Bersarapan...(Rujukan : UtusanGambar Pelajar Bersarapan...(Rujukan : Utusan

    Malaysia, 12/11/12) Saya tertarik kepada satuMalaysia, 12/11/12) Saya tertarik kepada satu

    artikel yang ditulis dalam Arkib Pend...artikel yang ditulis dalam Arkib Pend...

    PengunjungPengunjung

    LabelsLabels

    Berita SemasaBerita Semasa (1)(1)

    Bicara AgamaBicara Agama (2)(2)

    GuruGuru (7)(7)

    ICTICT (2)(2)

    KajianKajian (1)(1)

    KepimpinanKepimpinan (3)(3)

    KesihatanKesihatan (1)(1)

  • Menurut Ramaiah (1999) elemen asas proses kepimpinan ialah pengikut. Proses

    kepimpinan tidak boleh berlaku dengan seorang sahaja kerana proses ini memerlukan

    sekurang-kurangnya dua orang, seorang yang memimpin dan seorang lagi mengikut. Kalau

    tidak ada pengikut maka tidak ada pemimpin. Selain itu, kesetiaan pengikut adalah penting

    kepada pemimpin. Proses kepimpinan akan runtuh begitu sahaja sekiranya pengikut tidak

    setia kepada pemimpin. Kejayaan proses kepimpinan bergantung dan berkaitan dengan

    kesetiaan pengikut kepada pemimpin.

    4.0. KONSEP KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN

    Di sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh (Ramaiah

    1999). Kepimpinan Guru Besar adalah bergantung kepada kedudukan formal dalam struktur

    organisasi sekolah. Kepimpinan jenis ini dinamakan kepimpinan formal. Jawatan Guru Besar

    diberi pengiktirafan dan status yang berwibawa dalam kedudukan organisasi sekolah sebagai

    ketua sekolah serta mempunyai kuasa atas segala aspek pengurusan sekolah. Apabila Guru

    Besar meninggalkan jawatan tersebut, status kepimpinan turut lenyap.

    Dalam kontek kepimpinan dalam pendidikan, Guru Besar perlu melaksanakan

    dasar-dasar yang digubal oleh Kementerian dan Jabatan. Guru Besar perlu memastikan

    bahawa semua dasar adalah jelas kepada semua anggota di sekolah, dan sebarang

    peraturan yang digubalnya mestilah bersesuaian atau berharmoni dengan dasar yang sedia

    ada di mana dasar-dasar ini adalah petunjuk arah serta kenyataan visi.

    5.0. PERANAN GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN DI SEKOLAH.

    Mengikut Hussein (1993), peranan yang perlu dimainkan oleh Guru Besar itu meliputi

    tiga aspek iaitu sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin. Sebagai pengurus, Guru Besar

    bertanggungjawab terhadap belanjawan dan kewangan sekolah, pengagihan sumber dan

    sebagainya. Sebagai pentadbir Guru Besar bertanggungjawab terhadap tugas-tugas

    LawatanLawatan (1)(1)

    MotivasiMotivasi (4)(4)

    PendidikanPendidikan (10)(10)

    Pengurusan PerubahanPengurusan Perubahan (1)(1)

    SeminarSeminar (1)(1)

    TamadunTamadun (1)(1)

    You TubeYou Tube (1)(1)

    Cbox SMSCbox SMS

    Welcome to Cbox! To post a

    message, click in the boxes below

    and type!

    [Get a Cbox] refresh

    name e-mail / url

    message Go

    help smilies cbox

    Lokasi PengunjungLokasi Pengunjung

  • pentadbiran yang meliputi penilaian kerja-kerja stafnya, pengurusan ha-hal rasmi,

    penjadualan kerja dan waktu belajar. Guru Besar juga harus pakar dalam pendidikan. Dia

    diharapkan dapat menjalankan peranan sebagai pemimpin. Tugas memimpin ini perlu

    ditumpukan kepada aspek teras teknik. Oleh itu ia perlu menunj ukajar para guru di

    sekolahnya dalam hal-hal kurikulum dan pedagogi. Ia juga perlu memberi semangat,

    mendorong dan memberansangkan guru dan pelajar di bawah jagaannya supaya bekerja dan

    belajar bersungguh-sungguh. Guru Besar sendiri perlu menunjukkkan contoh teladan yang

    boleh diikuti dan disegani oleh para guru dan pelajar sekolahnya. Tugas ini merupakan tugas

    pemimpin.

    Mc Pherson dan Crowson (1987) menyatakan peranan seorang Guru Besar bertindan-

    tindih sebagai seorang guru, pengurus dan pemimpin. Walau apa pun Guru Besar tidak boleh

    melarikan diri daripada melaksanakan peranan utamanya dalam aktiviti pengajaran.

    Peranan Guru Besar mengikut Drake dan Roe (1980) adalah functionally-dualistic;

    melihat peranan Guru Besar dari dua dimensi iaitu pentadbiran-pengurusan dan pemimpin

    pendidikanpengajaran. Sebagai pentadbir dan pengurus sekolah, Guru Besar

    bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan sesebuah sekolah dan kemajuannya.

    Manakala sebagai pemimpin pendidikan-pengajaran ialah memberi kepimpinan, galakan,

    sokongan kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang

    sama Guru Besar perlu berusaha memimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran sosial

    yang sihat dan memberansangkan pengajaran dan pembelajaran.

    Lipham, et al., (1985) dalam bukunya yang bertajuk The Principalship : Concept,

    Competencies and Cases menganggap Guru Besar mempunyai potensi yang besar dalam

    kepimpinannya. Sebagai pemimpin pendidikan di sekolah tugas utama seorang Guru Besar

    adalah menjalankan kepimpinannya dalam bidang pendidikan. Mereka mengemukakan lima

    peranan kepimpinan Guru Besar: menentukan matlamat sekolah; mengelola sekolah;

    memajukan lagi cara-cara membuat keputusan; dan melaksanakan perubahan pendidikan

    Live Traffic Feed

    Real-time view Get Feedjit

    A visitor from Sibu, Sarawak

    viewed "Kepimpinan Guru

    Besar Di Sekolah | Kolaborasi

    Ilmu 2" 6 hrs 21 mins agoA visitor from Johor Bahru,

    Johor viewed "Islam Di China |

    Kolaborasi Ilmu 2" 6 hrs 52

    mins agoA visitor from Malaysia viewed

    "Kepimpinan Guru Besar Di

    Sekolah | Kolaborasi Ilmu 2" 8

    hrs 38 mins agoA visitor from Pantai, Negeri

    Sembilan viewed "Motivasi

    Intrinsik dan Ekstrinsik |

    Kolaborasi Ilmu 2" 9 hrs 16

    mins agoA visitor from Sheung Wan

    viewed "Kepimpinan Guru

    Besar Di Sekolah | Kolaborasi

    Ilmu 2" 13 hrs 30 mins agoA visitor from Kuala Lumpur

    viewed "Inovasi Sistem

    Maklumat Dalam Bidang

    Pendidikan | Kolaborasi Ilmu 2"

    14 hrs 14 mins ago

    A visitor from Malaysia viewed

    "Motivasi Intrinsik dan

    Ekstrinsik | Kolaborasi Ilmu 2"

    14 hrs 28 mins agoA visitor from Johor Bahru,

    Johor viewed "Islam Di China |

    Kolaborasi Ilmu 2" 15 hrs 40

    mins agoA visitor from Kuala Lumpur

    viewed "Pelan Pembangunan

    Pendidikan Malaysia 2013-2025

    | Kolaborasi Ilmu 2" 15 hrs 47

    mins ago

    A visitor from Kuala Lumpur

    viewed "Pendidikan Berkualiti

    Penjana Modal Insan |

  • Menurut Robiah Sidin & Warnoh Katiman (1999) peranan Guru Besar boleh dibahagikan

    kepada dua kategori iaitu:

    (a)Peranan Pentadbiran dan pengurusan:

    (i) Hal perkhidmatan kakitangan

    (ii) Hal kewangan

    (iii) Hal bangunan dan pembangunan

    (iv) Perbekalan

    (v) Hal perhubungan dengan pihak atasan.

    (b)Peranan Profesional:

    (i) Pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum

    (ii) Perkembangan staf

    (iii) Pembimbing dan kaunselor.

    (iv) Perhubungan antara sekolah dengan komuniti.

    (v) Penyeliaan dan penilaian.

    (vi) Pemimpin pengajaran

    (vii) Hal ehwal pelajar.

    Blog ArchiveBlog Archive

    2013 2013 (1)(1)

    2012 2012 (15)(15)

    December December (1)(1)

    November November (14)(14)

    Nov 22 Nov 22 (2)(2)

    Nov 20 Nov 20 (1)(1)

    Nov 19 Nov 19 (5)(5)

    Untuk Guru-Guru Ku ... For My TeachersUntuk Guru-Guru Ku ... For My Teachers

    Kepimpinan Guru Besar Di SekolahKepimpinan Guru Besar Di Sekolah

    Pendidikan Berkualiti Penjana ModalPendidikan Berkualiti Penjana Modal

    InsanInsan

    Lawatan Ke SK Sri Gaya Kota KinabaluLawatan Ke SK Sri Gaya Kota Kinabalu

    Pengajaran & Pembelajaran BerkesanPengajaran & Pembelajaran Berkesan

    Nov 18 Nov 18 (4)(4)

    Nov 17 Nov 17 (2)(2)

  • Peranan pengurusan kurikiulum, bimbingan dan kaunseling, perkembangan staf,

    penyeliaan boleh dikategorikan sebagai pemimpin pengajaran.

    Kajian oleh Ramlah Sulaiman (1988) tentang Peranan Unggul Dan Sebenar Guru Besar

    Sekolah telah mengenalpasti lima kategori fungsi Guru Besar yang merupakan fungsi

    pentadbiran-pengurusan dan satu kategori sahaja yang dikenali sebagai fungsi pengajaran.

    Lima kategori fungsi pentadbiran pengurusan itu ialah yang berkaitan dengan:

    (a) Staf sekolah.

    (b)Murid sekolah

    (c) Kewangan dan kemudahan fizikal

    (d) Perhubungan sekolah dan masyarakat.

    Noran Fauziah (1990) menyatakan Guru Besar memainkan dua peranan utama iaitu

    sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran. Kesimpulannya peranan Guru Besar

    meliputi pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran bukan pengajaran (non-instructional)

    dan pelbagai aspek pengajaran (instructional).

    6.0. GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENTADBIRAN

    Barrow (1977) menyatakan kepimpinan pentadbiran ialah pola-pola tingkahlaku (secara relatif)

    yang bersekutu dengan kedudukan seseorang itu sebagai seorang pemimpin. Tingkahlaku ini

    adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau mengarah individu atau kumpulan bagi mencapai

    tugasan dan objektif yang ditetapkan terlebih dahulu untuk organisasi. Dalam organisasi

    formal tingkahlaku ini adalah berkaitan dengan peranan-peranan formal seorang pemimpin

    itu.

  • Merujuk kepada kertaskerja Institut Aminuddin Baki bertajuk Kepimpinan Guru Besar

    Sekolah (1997) dhuraikan beberapa tugas Guru Besar sebagai pemimpin pentadbiran iaitu:

    (a)Kewangan dan bekalan

    Dalam konteks pentadbiran kewangan sekolah, Guru Besar tertakluk kepada peruntukan yang

    terdapat di bawah Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Audit Rules 1962. Guru Besar

    bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan. Guru Besar perlu

    mempunyai pengetahuan yang mendalam dan jelas dalam pengurusan hal-hal kewangan

    sekolah dengan memastikan penggunaan wang secara optima. Guru Besar perlu mengagihkan

    peruntukan kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi keperluan kurikulum, pembelian alat

    dan kelengkapan sekolah

    (b)Pembangunan Fizikal

    Sebagai pemimpin Guru Besar juga berperanan mengetahui keperluan fizikal untuk memenuhi

    segala kehendak kurikulum. Peranan utama Guru Besar ialah memastikan wujud bilik darjah

    yang beriklim selesa seperti saiz bilik darjah dan ketinggian kerusi meja yang sesuai.

    (c)Penyebaran maklumat

    Tugas pentadbiran Guru Besar juga dilihat dari segi kebolehannya menyebarkan maklumat-

    maklumat tertentu kepada guru-guru, kakitangan, ibubapa dan masyarakat setempat

    mengenai ordinan-ordinan pelajaran, buku panduan sekolah dan surat-surat pekeliling seperti

    pakaian dan dan persatuan. Pemimpin pentadbiran juga kadangkala berperanan sebagai

    resource providers atau brokers.

    (d)Perkembangan kakitangan

  • Seorang Guru Besar mesti dapat mengawal dan mendorong supaya wujud suasana kerjasama

    di kalangan guru dan kakitangan.. Andrew dan Soder (1987) menyatakan pemimpin

    pentadbiran mengambil tindakan mengarah staf, menggunakan sumber-sumber yang ada di

    sekolah masing-masing supaya visi dan matlamat sekolah dapat dicapai. Sebagai pemimpin

    pentadbiran para Guru Besar perlu memberi pertolongan kepada staf kerana fungsi utama

    kepimpinan pentadbiran ialah untuk memudahkan pencapaian matlamat dan objektif sekolah

    (Sergiovanni 1977). Ini dapat dibuat dengan menyediakan sistem maklumat tentang dasar,

    peraturan dan undang-undang dan sebagainya untuk guru-guru.

    7.0. GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENGAJARAN

    7.1. Konsep Dan Matlamat Kepimpinan Pengajaran

    Kepimpinan pengajaran sangat penting bagi seseorang Guru Besar bagi merealisasikan

    sekolah cemerlang. Tujuannya ialah untuk meningkatkan mutu pengajaran dalam sistem

    pembelajaran. Mengikut Bevoise (1984) dan Duke (1987), kepimpinan pengajaran

    melibatkan empat aspek utama:

    (a) Pembangunan staf.

    (b) Bimbingan atau pengurusan pembelajaran.

    (c) Sokongan pengajaran.

    (d) Kawalan mutu yang dilakukan melalui pengesanan dan penilaian terhadap prestasi guru

    dan pelajar dengan kerjasama semua staf.

    Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger dan Murpy (1987) adalah

    merujuk kepada peranan Guru Besar dalam menentukan matlamat sdekolah, mengurus

    program pengajaran dan mewujudkan iklim pembelajaran untuk meningkatkan pengajaran

  • dan pembelajara di sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut meliputi sebelas fungsi iaitu:

    (a) Penentuan matlamat sekolah.

    (b) Penyebaran matlamat sekolah.

    (c) Pencerapan dan penilaian pengajaran.

    (d) Penyelarasan kurikulum.

    (e) Pengawasan kemajuan pelajar.

    (f) Penjagaan waktu pengajaran

    (g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran.

    (h) Pengukuhan usaha guru

    (i) Penggalakan perkembangan profesional.

    (j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar.

    (k) Pemberian insentif untuk pembelajaran.

    Morgan dan Hall (1982) dalam Ramaiah (1999) mengkategorikan peranan-peranan Guru

    Besar sebagai pemimpin pengajaran seperti di bawah:

    (a) Profesional pendidikan

    Merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal berkaitan dengan

  • pendidikan yang meliputi tugas-tugas menetapkan matlamat, kurikulum dan

    pengurusan sumber fizikal.

    (b) Pengurusan operasi

    Merujuk kepada tugas-tugas seperti merancang, mengorganisasi, mengawal dan

    menyelaras, pengagihan tugas; penilaian pengajaran dalam bilik darjah dan penyelenggaraan

    sumber fizikal sekolah.

    (c) Pengurusan sumber manusia

    Merujuk kepada tugas-tugas motivasi kakitangan akademik dan pelajar, perkembangan

    kakitangan ; resolusi konflik; dan komunikasi.Peranan sebagai pemimpin pengajaran dan

    kurikulum ini meliputi pelbagai tugas termasuk penyeliaan dan cerapan serta penilaian

    pengajaran pembelajaran di bilik darjah

    7.2 Kecekapan-kecekapan Guru Besar Dalam Kepimpinan Pengajaran.

    Terdapat beberapa ciri penting yang diperlukan Guru Besar bagi menjalankan kepimpinan

    pengajaran dengan cara yang berkesan. Aspek itu ialah sikap, pengetahuan dan kemahiran

    Guru Besar. Seorang Guru Besar tidak mungkin dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan

    jika dirinya tidak mempunyai cukup pengetahuan, kemahiran dalam bidang atau tugas yang

    hendak disempurnakannya. Prestasi Guru Besar dalam kepimpinan pengajaran merupakan

    penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang relevan yang dimilikinya dan ditunjukkan atau

    dilakukan menerusi tindakan atau tingkahlakunya. Terdapat lima kecekapan fungsian Guru

    Besar yang disarankan dalam kepimpinan pengajaran iaitu:

    7.2.1 Menetapkan wawasan sekolah

  • Seorang Guru Besar perlu mempunyai kebolehan mewawasankan sekolahnya. Wawasan ini

    akan memberi panduan bagi tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Guru Besar.

    Kebolehan untuk menetapkan misi dan wawasan sekolah merupakan keperluan yang

    semestinya ada pada Guru Besar sekolah untuk mencapai matlamat.

    7.2.2 Kurikulum dan pengajaran.

    Guru Besar perlu mahir dalam tugasan pengajaran. Analis kajian juga menunjukkan

    kemahiran perlu dalam empat bidang iaitu pengajaran, penilaian, penyeliaan dan

    perkembangan staf (Keefe (1987) & Duke (1982). Ini bermakna kemahiran dan kecekapan

    dalam kandungan kurikulum, pemilihan jenis penilaian kurikulum dan aktiviti pembelajaran,

    kaedah pengajaran dan pengurusan kelas yang berkesan dikatakan syarat penting untuk

    melaksanakan peranan sebagai pemimpin pengajaran. Seorang Guru Besar dikatakan harus

    berpengetahuan dan berkemahiran dalam perkembangan atau kemajuan kurikulum serta

    berkebolehan dalam meningkatkan mutu pengajaran di sekolahnya.

    7.2.3 Kemahiran pengurusan.

    Kemahiran dalam perancangan meliputi kebolehan untuk membuat ramalan , menganalisis

    atau mentafsir maklumat, membuat program dan penilaian program. Leithwood dan

    Montgomery (1968) dalam Hussein (1993) mendapati Guru Besar yang berkesan mahir dalam

    merancang strategi di sekolah. Selain itu Guru Besar juga perlu mahir mengelola untuk

    mengelakkan kegagalan pelaksanaan sesuatu program.

    7.2.4 Hubungan manusia dan komunikasi.

  • Seorang Guru Besar juga perlu cekap dalam hubungan manusia iaitu hubungan personal dan

    komunikasi dalam pengurusan. Kemahiran ini amat penting dalam kepimpinan pengajaran

    kerana Guru Besar perlu berinteraksi dan meminpin ahli-ahli yang sama di dalam dan di luar

    kelas. Kemahiran komunikasi yang diperlukan Guru Besar meliputi kemahiran dalam

    menyuruh, memotivasi dan berunding dengan orang lain.

    7.2.5 Sikap.

    Sikap memandu tingkahlaku. Dalam kajian sekolah berkesan, para Guru Besar yang

    dilabelkan sebagai pemimpin pengajaran mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran

    pelajar. Mereka mempercayai bahawa setiap pelajar boleh belajar dan boleh diajar.

    Smith dan Andrew (1989) menyatakan terdapat beberapa kriteria yang patut dilakukan

    oleh orang yang bertindak sebagai pemimpin pengajaran untuk mempastikan pencapaian

    akademik pelajar iaitu:

    (a) Memastikan penggunaan sumber yang berkesan. Guru Besar haruslah mengenalpasti

    kekuatan dan kelemahan yang ada pada seseorang guru.

    (b) Guru Besar harus mengetahui keberkesanan sesuatu pengajaran.

    (c) Komunikasi yang baik di antara Guru Besar dengan guru-guru.

    (d) Guru Besar harus mengetahui matlamat semasa yang harus dicapai oleh sekolah.

    Untuk menjadi seorang pemimpin pengajaran yang berjaya, seorang Guru Besar juga

    haruslah mempunyai kewibawaan dan kekuasaan dalam membuat sebarang keputusan.

    Dwyer, et al (1984) dan Blumberg dan Greenfield (1986) mendapati antara ciri-ciri utama

    pemimpin pengajaran yang berjaya ialah:

  • (a) Mereka memberi perhatian berat kepada pelajar

    (b) Mampu mengubahsuai cara mereka apabila diperlukan.

    (c) Pembaharu yang mengekalkan matlamat asas.

    7.3 Mengapa Guru Besar Perlu Menjadi Pemimpin Pengajaran.

    Kajian-kajian mengenai sekolah berkesan menyarankan bahawa Guru Besar sekolah

    seharusnya berperanan sebagai pemimpin pengajaran (instructional leaders) kerana

    kepimpinan pengajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan (Cawelti 1980) dan

    prestasi akademik yang cemerlang. Ertinya jika Guru Besar memainkan peranannya sebagai

    pemimpin pengajaran di sekolahnya maka proses pengajaran dan pembelajaran yang

    berkesan di bilik darjah akan berlaku. Kajian kajian sekolah berkesan menghuraikan

    tingkahlaku-tingkahlaku kepimpinan Guru Besar yang dikatakan berkesan, iaitu tingkahlaku-

    tingkahlaku yang positif yang mendorong ke arah berlakunya proses pengajaraan

    pembelajaran yang berkesan yang seterusnya mempengaruhi prestasi murid untuk menjadi

    baik. Tingkahlaku-tingkahlaku ini termasuklah;

    (a) Mengutamakan pencapaian prestasi murid.

    (b) Menetapkan strategi-strategi pengajaran yang berkaitan dengan pencapaian prestasi

    murid.

    (c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang teratur dan baik.

    (d) Sentiasa menilai pencapaian murid.

    (e) Menyelaras program pengajaran pembelajaran.

  • (f) Memberi sokongan kepada guru.

    Guru Besar yang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan dapat memberi

    galakan dan dorongan yang kuat kepada guru untuk merancang dan melaksanakan tugas

    pengajaran. Cooperman (1994) dalam kajiannya The Principal : An Educational Leader

    menekankan terdapat tiga perkara asas yang mesti dilaksanakan oleh Guru Besar untuk

    mempertingkatkan pembelajaran di sekolah iaitu:

    (a) Disiplin - iaitu mewujudkan iklim pembelajaran.

    (b) Kursus-kursus yang diajar terangkan dengan jelas apa yang akan diajar.

    (c) Penyeliaan pengajaran - mempastikan apa yang perlu diajar telah diajar dengan

    baik.

    Jelasnya Guru Besar mesti mewujudkan persekitaran pembelajaran di sekolah. Selepas itu

    mereka perlu memastikan isi kandungan pembelajaran adalah kukuh dan tekal. Kepimpinan

    pengajaran dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran malahan pemupukan

    kebolehan guru serta membentuk dan menyelaras daya usaha guru. Yang penting Guru Besar

    mesti memainkan fungsi pengajaran (Edmond 1979, Ubbens dan Hughes (1997).

    8.0 CIRI-CIRI KEPIMPINAN GURU BESAR SEKOLAH CEMERLANG

    8.1 Kualiti Pemimpin Berkesan

    Bagi melahirkan sekolah berkesan dan cemerlang kepimpinan Guru Besar hendaklah

    menunjukkan kualiti yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kepimpinan Guru Besar

    bergantung kepada banyak faktor. Hussein Mahmood (1993) mengatakan antaranya

  • termasuklah faktor keGuru Besaran sendiri, sikap dan orientasi (reaktif atau proaktif),

    komitmen dan gaya kepimpinan.

    Guru Besar yang berkesan akan dapat memastikan kejayaan dan perlaksanaan strategi di

    sesebuah sekolah cemerlang. Ainscow (1991) menyatakan seorang Guru Besar yang berkesan

    harus mempunyai kualiti berikut:

    (a) Mempunyai visi untuk organisasi.

    (b) Berkebolehan untuk menyampaikan visi untuk memperolehi komitmen staf.

    (c) Menukarkan visi kepada tindakan.

    (d) Stail pengurusan terbuka tetapi tegas.

    (e) Percaya kepada kebolehan staf.

    (f) Keazaman menetapkan objektif yang mencabar.

    (g) Kebolehan merancang dengan fleksible.

    (h) Kebolehan memperolehi segala sumber terutamanya sumber manusia.

    (i) Kebolehan memberi motivasi kepada staf.

    Menurut Clark F (1996) pemimpin berkualiti ialah mereka yang mempunyai halatuju yang

    jelas, dapat menyesuaikan diri dengan perubahan, dapat menyusun, memotivasi dan

    memberi dorongan kepada stafnya. Jelasnya pemimpin ini mempunyai strategi, dasar,

  • struktur dan budaya.

    Ubben dan Hughes (1997) juga menyatakan Guru Besar sekolah cemerlang menunjukkan

    gaya kepimpinan yang mantap, tegas, berwibawa dan berkemampuan mengawal suasana

    yang teratur serta penekanan pada pencapaian kecemerlangan. Sementara Zaidatol (1990)

    menyatakan pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang mengambilkira kebajikan pekerja

    dan berkebolehan merancang dan mengelola serta mengawasi perjalanan sesuatu organisasi.

    Persell dan Cookson (1982) telah menjalankan kajian tentang keberkesanan kepimpinan di

    sekolah. Mereka telah mengenalpasti lapan ciri yang ada pada Guru Besar yang dapat

    mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan. Lapan ciri itu ialah:

    (a) Menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap matlamat sekolah.

    (b) Mewujudkan iklim jangkaan yang tinggi.

    (c) Berfungsi sebagai ketua institusi.

    (d) Bersedia berbincang secara berkesan dengan rakan lain.

    (e) Dapat mewujudkan suasana yang teratur dan berdisiplin.

    (f) Berupaya menggerakkan sumber.

    (g) Dapat menggunakan masa yang baik.

    (h) Boleh menilai keputusan.

    Kajian tentang sekolah berkesan pula banyak menyarankan tentang kepimpinan cara

  • demokratik yang dikatakan lebih berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kajian-kajian

    lain juga menunjukkan produktiviti sesebuah firma lebih bergantung kepada gaya kepimpinan

    ketuanya yang dikatakan lebih bercorak kepada gaya orientasi tugas (task oriented) dan

    orientasi manusia (person oriented). Ini bermakna kedua gaya kepimpinan iaitu gaya

    orientasi tugas dan orientasi manusia perlu digunakan mengikut keperluan keadaan. Pengkaji-

    pengkaji dalam bidang kepimpinan organisasi memang bersetuju tentang penggunaan

    pelbagai gaya kepimpinan oleh pemimpin mengikut keadaan. Hoyle (1986) menganggap

    seorang pemimpin berkesan bukan sahaja dinilai dari segi perhubungan peribadi tetapi juga

    dari segi kepekaan tentang prestasi tugas yang telah dilaksanakan.

    Hodgkinson (1983) menyenaraikan empat petunjuk keberkesanan kepimpinan seorang

    pemimpin iaitu perlu tahu bidang tugas, situasi, rakan sejawat dan kenal diri sendiri.

    Keempat-empat petunjuk itu dapat dibahagikan kepada dua rumpun:

    (a) Di peringkat sekolah atau jabatan, seorang Guru Besar mesti mempunyai pengetahuan

    apa yang berlaku dalam dunia pendidikan. Ini termasuk pengetahuan tentang dasar-dasar

    pendidikan yang dapat diperolehi melalui bacaan, kursus, seminar serta melalui interaksi

    dengan Guru Besar-Guru Besar yang lain.

    (b) Pengetahuan tentang sekolah, iaitu latarbelakang sosial pelajar, aspirasi ibubapa,

    sumber yang ada pada komuniti dan peluang pekerjaan.

    Berdasarkan kajian tentang sekolah berkesan, Sweeney (1983) mengenalpasti enam ciri

    kepimpinan Guru Besar yang tekal kaitannya dengan keberkesanan sekolah. Ciri-ciri tersebut

    ialah:

    (a) Guru Besar memberi penekanan terhadap pencapaian para pelajar dalam bidang

    akademik.

    (b) Guru Besar menyusun dan menetapkan strategi pengajaran.

  • (c) Guru Besar menyelia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah.

    (d) Guru Besar menyelaras program pengajaran.

    (e) Guru Besar kerap menilai pencapaian pelajaran para pelajarnya.Guru Besar membantu dan

    memberi semangat kepada para guru.

    Menurut Hoy & Miskel (1987) terdapat lima dimensi kepimpinan yang boleh dikaitkan dengan

    sebuah sekolah yang cemerlang iaitu;

    (a) Aspek teknikal - pemimpin teknikal ialah seorang yang menguasai teknik-teknik

    pengurusan yang cekap seperti pengurusan masa.

    (b) Aspek kemanusiaan sentiasa memberi dorongan serta peluang untuk maju kepada

    guru-guru dan staf sokongannya.

    (c) Aspek pendidikan Guru Besar sebagai pemimpin pendidikan perlu mempunyai

    kepakaran dan pengetahuan bidang profesional dan cekap dalam mengenalpasti

    masalah-masalah pendidikan serta memahami kehendak kurikulum.

    (d) Aspek simbolik - menyedarkan masyarakat sekolah tentang nilai-nilai yang dianggap

    penting seperti kerajinan.

    (e) Aspek budaya - Guru Besar perlu mengukuhkan segala nilai dan unsur positif yang

    memberi identiti kepada sekolah.

    8.2 Sifat Guru Besar Unggul

  • Sebagai pemimpin dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Guru Besar

    bertanggungjawab kepada pemerintah yang melantiknya, kepada ibu bapa yang menyerah

    anak-anak kepadanya, kepada guru-guru yang diajak bekerjasama, kepada murid-murid

    yang menyerahkan pendidikan mereka kepadanya. Justeru itu Guru Besar wajib memiliki

    syarat-syarat dan sifat pemimpin yang baik (Ibrahim Mamat 1998):

    (a) Syarat lahiriah - yang paling penting ialah kelulusan akademik dan profesional yang

    sesuai.

    (b) Syarat Rohani rasa tanggungjawab terhadap tugas.

    (c) Kewibawaan - peribadi, pengetahuan, budi pekerti, pengalaman, sikap terhadap Tuhan

    dan sesama makhluk.

    (d) Dedikasi - semangat pengabdian terhadap tugas.

    (e) Kebolehan - supaya dapat berhadapan dengan cabaran.

    (f) Keyakinan pada diri.

    (g) Kerendahan hati.

    (h) Keberanian, ketangkasan dan kegigihan

    Oleh itu dalam keadaan yang mencabar ini, corak kepimpinan Guru Besar sekolah

    mesti berubah:

    (a) Guru Besar harus tahu bentuk-bentuk kepimpinan dan pengurusan moden.

  • (b) Guru Besar harus sedar dengan realiti yang ada yang boleh mempengaruhi kepimpinannya

    di sekolah.

    (c) Guru Besar mesti tahu selok belok pengajaran dan pembelajaran yang terbaharu supaya

    dia dapat mengawasi perkembangannya.

    (d) Guru Besar harus bersikap terbuka dan berterus terang serta boleh pula bertimbang rasa.

    (e) Guru Besar harus pandai berhubung dengan guru, murid, masyarakat dan orang atasan.

    Seorang Guru Besar juga perlu mewujudkan personaliti yang baik, jujur, ikhlas,

    berprofesional, ada matlamat dan senang berinteraksi dengan orang ramai (Mohd. Salleh

    Lebar 2000). Walau bagaimanapun dapatan yang menarik tentang kepimpinan Guru Besar

    ialah kajian yang dijalankan oleh Dinham et. al (1995) di Australia bertajuk School climate and

    leadership di tiga buah sekolah menengah. Beliau mendapati sebenarnya tidak ada satu

    resepi untuk berjaya bagi seorang Guru Besar.

    9.0. PENUTUP

    Sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan selaras dengan perkembangan negara

    dalam aspek pembangunan, sosial, ekonomi dan budaya. Sehubungan dengan itu peranan

    dan tanggungjawab Guru Besar juga telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan

    mereka perlu berusaha mengubahnya mengikut masa dan situasi. Jika seseorang Guru Besar

    mempunyai ciri-ciri berkesan sebagaimana yang diterangkan di atas, kita yakin misi dan visi

    untuk menjadikan sesebuah sekolah cemerlang akan tercapai. Sebaliknya jika seseorang Guru

    Besar mempunyai ciri-ciri yang lemah dalam kepimpinannya maka akan mendatang kesan

    yang tidak baik kepada pencapaian sesebuah sebuah sekolah.

    (Rujukan tidak disertakan)

  • Newer Post Older Post

    Posted by ilmu at 12:15

    Labels: Guru, Kepimpinan, Pendidikan

    Reactions:

    0 comments:

    Post a Comment

    Links to this post

    Create a Link

    Home

    BlogMalaysia Blog Archive

    2013 (1)

    2012 (15)

    December (1)

    November (14)

    Nov 22 (2)

    Nov 20 (1)

    Nov 19 (5)

    Untuk Guru-Guru Ku ... For My Teachers

    Kepimpinan Guru Besar Di Sekolah

    Pendidikan Berkualiti Penjana Modal

    Hit

    glassfish hosting | presupuesto logotipo

  • Insan

    Lawatan Ke SK Sri Gaya Kota Kinabalu

    Pengajaran & Pembelajaran Berkesan

    Nov 18 (4)

    Nov 17 (2)

    Copyright 2015 Kolaborasi Ilmu 2. Template sponsored by College Address along with Radio Directory, contact corporate office and Things to do in Honolulu