Upload
yusuf-nur
View
229
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Dadaisme
Citation preview
Apa itu Dadaisme?
Dadaisme ialah satu era seni yang bermula pada tahun 1916 di Zurich dan berakhir
pada tahun 1922.Ia terjadi selepas kejatuhan zaman Futurisme.Dadaisme atau
Dada adalah luahan protes kemarahan dan ketidakadilan pada masa zaman itu.Ia
merupakan respon golongan artis terhadap kesan Perang Dunia Pertama.
Kata Dada menurut kamus Jerman membawa maksud keriangan kanak-
kanak.Kononnya ungkapan kata “da…da..”adalah ungkapan yang sering terlafaz
bagi kebanyakkan kanak-kanak ketika mereka dalam keadaan gembira.Di Perancis
pula,kata dada diertikan sebagai hobi,persaingan dan obsesi.Kata “Dada” juga
menggambarkan keadaan yang huru-hara akibat perang.
Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa kata Dada ini dipetik secara
rambang dan tidak membawa apa-apa makna.Pergerakkan Dadaisme
memperjuangkan konsep seni tidak bermakna.Ringkasnya seni itu adalah kosong
dan tidak menyumbang sebarang faedah kepada masyarakat pada zaman
pancaroba itu.
Walaupun kata Dada ini lahir daripada pelbagai sumber namun secara
keseluruhannya perjuangan ini bertujuan untuk mengolok-olokkan sesuatu perkara
khasnya isu-isu yang berkaitan dengan Perang Dunia Pertama.
Faktor Kebangkitan Gerakan Dadaisme
Berikut ini merupakan faktor yang menyumbang kepada kebangkitan gerakkan
Dadaisme ini:-
1. Kegiatan Penerbitan
Kegiatan penerbitan yang pesat telah mencetuskan satu revolusi dalam seni
moden Eropah awal abad ke-20.Kewujudan syarikat penerbitan majalah di Eropah
ini mempercepatkan proses mencetak karya-karya seni Dadaisme pada masa itu.
2. Protes Terhadap Kemusnahan Akibat Perang
Kesan daripada Perang Dunia Pertama di Eropah adalah kemusnahan harta
benda,bangunan,khazanah seni,alam sekitar dan kematian beribu-ribu penduduk
Eropah.Banyak bangunan termasuk galeri-galeri seni lukis di Eropah telah musnah
akibat perang itu.Ekoran daripada itu,para artis dan penyair telah mengambil
subjek kejadian perang itu sebagai sumber inspirai dan saluran untuk meluahkan
rasa protes,kemarahan dan ketidakpuasaan.
3. Gerakan Politik
Penglibatan golongan ahli politik dalam gerakan kesenian Dadaisme mempunyai
agenda lain iaitu untuk kepentingan perniagaan dan pengaruh kuasa mereka
dalam politik.Dengan kata lain mereka bukannya mahu memperjuangkan Dadaisme
itu,tetapi memperalatkannya sebagai senjata perjuangan mereka.
Media dan Teknik Penghasilan Karya
Karya dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media.Ini secara tidak langsung
membawa mereka meneroka teknik penghasilan seni yang baru.Antara teknik baru
yang diterokai ialah teknik montaj foto.Karya yang terhasil semasa zaman
Dadaisme ini terdiri daripada catan,arca,poster dan penulisan sastera seperti puisi
serta gambarfoto.
Karya catan Dadaisme menggunakan teknik penghasilan dan rayograf.Teknik
montaj foto ialah dihasilkan dengan memotong gambar yang lain kemudian
digabungkan dengan gambar yang satu yang mempunyai kaitan dengan sesuatu
peristiwa.
Sementara itu mix media yang digunakan pula adalah keratan
akhbar,poster,pembalut-pembalut buku,pelbagai bentuk fon tulisan yang diperolehi
daripada majalah yang pernah diterbitkan pada masa itu dan bahan-bahan
terbuang.
Bagi karya seperti arca para artis Dadaisme menggunakan kayu,besi dan kertas
tebal untuk menghasilkannya.Selain daripada itu mereka juga menggunakan bahan
terbuang untuk digabungkan menjadi satu arca secara spontan.
Terdapat satu lagi cara penghasilan karya Dadaisme iaitu menconteng sesuatu
pada bahagian tertentu gambar atau poster yang sedia ada.Contohnya,naskah
lukisan potert Monalisa yang telah diconteng oleh Marcell Duchamp dengan
membentuk misai di bawah hidungnya.
Contoh karya
Potret Monalisa yang di conten Teknik Montaj Foto
Ciri-Ciri Karya Dadaisme
Kecenderungan para artis apabila mereka menghasilkan karya pada era Dadaisme
ini ialah kespontanan,intuitif,dan fantastik.Adakalanya karya mereka bersifat
absurd,sardonic dan jenaka melampau.Selain daripada itu bagi karya catan ia
sedikit di pengaruhi oleh aliran seni sebelumnya iaitu aliran Kiubisme dan Futurisme
dari segi gaya persembahan dan olahan karya.
“Garfu Dan Spoon” Kespontanan dalam karya
Hans Arp,1924
Bercirikan aliran Kiubisme.
Mesej dan Tema Karya
Mesej yang disampaikan lebih kepada protes dan rasa tidak berpuas hati terhadap
sesuatu perkara.Tema karya berkait langsung dengan kebinasaan yang berlaku
kesan Perang Dunia Pertama.Luahan perasaan pengkarya jelas menggambarkan
kebodohan,kerugian,penderitaan dan kekejaman semasa perang.Kesemua karya
tidak kira catan,montaj foto,arca ,poster mahupun sastera mengangkat mesej dan
tema yang sama.Subjek perang adalah isu utama dalam perbicaraan apresiasi seni.
Montaj foto yang bertemakan “Pancutan”, 1917,
Kemusnahan, dan kematian akibat perang Marcel Duchamp
Tokoh Pelopor Gerakan Seni Dadaisme
1.Marcehel Duchamp
Marchel Duchamp atau juga dikenali sebagai Henri Robert dilahirkan pada 28 Julai
1887 di Blainville-Crevon,Perancis.
Beliau adalah salah seorang tokoh yang terkenal dalam gerakan seni Dadaisme
ini.Pada awal kerjayanya sebagi pelukis,gaya karyanya banyak dipengaruhi oleh
aliran seni sebelumnya iaitu Fauisme,Kubisme dan Futurisme.Beliau dilahirkan
dalam keluarga yang mencintai seni dan kegiatan kebudayaan.Ibunya,Emile Nicolle
adalah seorang pelukis dan tukang ukir.Sementara itu datuknya dan ahli keluarga
yang lain meminati permainan catur,membaca buku,mengecat dan bermain muzik.
Pada tahun 1905,beliau bekerja di sebuah syarikat percetakkan buku.Di sinilah
beliau mula mempelajari teknik tipografi dan proses percetakkan.Marchel Duchamp
adalah anak yang ke-3.Ketika zaman kanak-kanaknya beliau berjauhan dengan
abangnya yang bersekolah di Rouen jauh dari tempat tinggal mereka.Beliau selalu
merasa kesunyian dan hanya kakaknya Suzanne yang menjadi sumber
inspirasinya dalam melukis.
Ketika berumur 7 tahun beliau telah bersekolah dan pembelajarannya lebih
tertumpu kepada perkembangan intelek.Beliau mahir dalam bidang Matematik dan
pernah dua kali memenangi hadiah Matematik di sekolahnya itu.
Pada tahun 1903 dan 1904,beliau telah memenangi hadiah melukis di
sekolahnya.Kemudian beliau pun belajar teknik melukis daripada seorang guru seni
lukis yang beraliran Impersionisme dan Post-Impersionisme.Sikap keseriusan beliau
dalam kegiatan seni lukis jelas terbukti apabila beliau dengan pertama kalinya
melakukan percubaan melukis aksi –aksi kakaknya,Suzanne Duchamp dengan
menggunakan media cat air.
Sepanjang hidupnya beliau terkenal berkarya dalam bidang lukisan,arca dan
filem.Beliau juga adalah seniman yang menyumbang kepada gerakan Surelisme
iaitu aliran selepas Dadaisme.Beliau yang asalnya dari Perancis telah menjadi
warganegara Amerika Syarikat pada tahun 1955.Sumbangan beliau dalam bidang
seni mendapat pengiktirafan antarabangsa pada tahun 1960.
Namun walaupun cemerlang dalam bidang seni ,namun beliau tidak cemerlang
dalam rumahtangganya.Dipercayai beliau terpaksa menceraikan isteri pertamanya
yang bernama Sarazin-Lavassor kerana berlaku curang dengannya.
Sehinggalah pada tahun1954,beliau berkahwin dengan Alexina Sattler dan hidup
bersamanya sehingga beliau meninggal dunia pada 2 Okteber 1968 di Neuilly-
Surseine,Perancis,pada umur81 tahun.
Berikut adalah antara karya-karya Dadaisme daripada Marchel Duchamp:-
“Menuruni Tangga” 1912 “Biscllye Whell”
1913
“ Hydrometric”
1920 “Peluncur Kincir Air”
1913
Hans Arp.
2.Hans Arp
Hans Arp atau Jean Hans Arp adalah seorang pengukir,pelukis,dan penyair.Beliau
lahir pada 16 September 1887 di Straburg.
Pada tahun 1904,Hans Arp telah pergi melawat Paris dan beliau sangat tertarik
pada lukisan-lukisan moden yang terdapat di galeri Paris.Oleh sebab tertarik
dengan lukisan moden,Hans Arp telah pergi mengikuti kursus melukis lukisan
moden di bawah bimbingan Professor Ludwig Von Hoffmann iaitu seorang professor
dalam bidang lukisan moden.
Sepanjang hidupnya dalam berkarya serta mencari ilham dalam melukis,Hans Arp
seoarng yang banyak berkelana untuk menambah ilmu pengetahuannya.Pada
tahun1908,Hans Arp telah sekali lagi melawat Paris lalu menubuhkan akademi
lukisan moden di sana yang dikenali sebagai Julian Akademi Paris.Kemudian pada
tahun 1911,beliau telah mengasaskan persatuan lukisan moden yang dikenali
sebagai Liga Moden di Switzerland.Antara ahli-ahli peluki s dalam persatuan ini
ialah.Amiet,Friesz,Gauguin,W Gimmi,Helbig,Hodler,Mattise dan Picasso.
Hans Arp banyak menyertai pameran seni lukisan moden.Antaranya ialah menyertai
pameran di Berlin bersama dengan ahli-ahli persatuan Liga Moden.Ketika beliau
menyertai pameran ii,beliau telah bekenalan dengan seorang wanita yang dikenali
sebagai Sophie Taeuber yang akhirnya mereka pun berkahwin.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1966 pada usia 79 tahun.
Berikut adalah antara karya-karya Hans Arp:-
“Tatarajah” “Bentuk Daratan” “Draf For
Tearom”
1927-1928 1917
1926
“Monsand” “ Before My Birth” “Human”
1966 1914 1933
Kronologi Gerakan Seni Dadaisme
Dadaisme bermula dari Zurich kemudian tersebar di negara-negara lain seperti New
York,Jer-man,dan Paris.
Sumber Rujukan
1.Sejarah Seni Zaman Pertengahan Hingga Abad ke-20
Penulis:Muliyadi Mahamood
Diterbitkan Oleh Univision Press Sdn.Bhd
Cetakan ketiga,2007
2.Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual(Tingkatan 4-5)
Penulis :Zailani Yaccob dan Azimah A.Samah
Diterbitkan Oleh Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Cetakan 2004
3.Sejarah Seni Lukis(Sepintas Lalu)
Penulis:Ahmad Rashidi Hasan
Diterbitkan Oleh Karisma Publication Sdn.Bhd.
Cetakan 2001
4.Sejarah Seni Eropah
5. Art in Morden Culture
Penulis:Franscina
6.Http//:www.peak.org/Dadaist/Art/index.html
7.http//:www.wikinfo.org/index.php/Dadaism
8.http//:www.en.wikipedia.org/Dadaism
9.Rujukan Melalui Terjemahan,
www.citcat.com
Rumusan
Dadaisme atau Dada adalah luahan protes kemarahan dan ketidakadilan pada
masa zaman selepas perang yang berlaku antara tahun1916 hinngga tahun 1922.
Aliran ini juga dikatakan tidak mempunyai apa- apa makna atau lebih tepat lagi
aliran yang kosong serta memperjuangkan konsep seni yang tidak bermakna.
Walaupun aliran Dadaisme ini lahir daripada pelbagai sumber namun secara
keseluruhannya perjuangan ini bertujuan untuk mengolok-olokkan sesuatu perkara
khasnya isu-isu yang berkaitan dengan Perang Dunia Pertama. Secara
keseluruhannya aliran dadaisme ini berfungsi sebagai propaganda bagi peperangan
pada zaman tersebut.
Pendahuluan
Sejarah seni khususnya seni catan sebenarnya bermula sejak zaman pra sejarah di mana manusia melukis pada dinding-dinding gua.Segala penceritaan tersebut semuanya telah dicatatkan dalam Sejarah Seni Barat yang menceritakan tentang asal-usul dan penerokaan sesuatu gerakan seni atau aliran.
Antara aliran tersebut ialah Realisme,Renaissme,kiubisme,Futurisme,Surelisme,Pop Art,Ekpressionisme,Barok,Fotorealisme , Dadaisme dan sebagainya.Kebangkitan sesuatu aliran atau gerakan seni pada sesuatu zaman disebabkan oleh beberapa faktor dan kepentingan dalam perjuangannya.Contohnya gerakan seni Dadaisme yang saya kaji adalah memperjuangkan seni yang kosong dan tidak bererti.Ia juga dikenali sebagai aliran anti seni.Aliran ini lahir akibat luahan sikap protes,kemarahan dan kejengkelan rakyat terhadap kemusnahan dan ketidakadilan dalam perang Dunia Pertama.Aliran ini bangkit sebaik sahaja tamat perang Dunia Pertama di Eropah pada tahun 1916.
Adalah begitu penting bagi seseorang artis seni catan untuk mengetahui sejarah sesuatu seni itu.Jika tidak ia tidak akan tahu asal-usul dan pengasas gerakan seni tersebut.Ekoran daripada itu,dia tidak akan dapat mencapai pembaharuan atau penerokaan baru dalam karya seninya.Selain daripada itu pengetahuan tentang sejarah seni amat penting agar seseorang artis itu akan dapat membentuk identitinya serta stylenya sendiri dalam penghasilan karyanya khasnya seni catan.
Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencari maklumat-maklumat mengenai dengan aliran atau gerakan seni yang dikhaskan dalam setiap kumpulan.Laporan ini adalah laporan bagi tugasan dalam kumpulan,tetapi ia ditulis dan diolah dengan cara penyampaian tersendiri untuk dinilai oleh pensyarah dalam pemarkahan individu
Sekian.
SEJARAH SENI BARAT
“ALIRAN DADAISME”
NAMA: ALBERT ULANA
NO MATRIK: SV 2008- 010
PENSYARAH: CIK SANIAH AHMAD
SEMESTER TIGA