Upload
yuhana-yusof
View
533
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
APLIKASI KONSEP PEMBEZAAN dalam kehidupan harian…..
PENGENALAN PEMBEZAAN Pembezaan adalah proses mencari kadar perubahan suatu kuantiti terhadap
suatukuantiti yang lain. Ia adalah satu cabang ilmu Kalkulus yang mula diperkenalkansejak
kurun ke 17. Ia digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai bidang misalnya
kejuruteraan, perubatan, perdagangan, pertanian dan lain-lain. Pada setiap hari Rabu, Unit
Polibriged politeknik dikehendaki berjogging mendaki sebuah anak bukit berhampiran
politeknik tersebut. Ahmad, seorang ahli Polibriged terpaksa berjogging dengan hati-hati
kerana kecerunan bukit yang berbeza-beza. Kadangkala Ahmad bergerak perlahan kerana
tanahnya yang curam dan kadang kala dia memecut kerana tanahnya lebih landai.
Kecerunan bukit pada titik-titik tertentu Ahmad menapak boleh ditentukan dengan proses
yang dinamakan PEMBEZAAN
Pembezaaan yang dikenali sebagai ‘differentiation’ atau ‘derivate’ adalah pengukuran
bagaimana sebuahfungsi perubahan sebagai perubahan daripada inputnya. Derivatif boleh
dianggap perubahan sesuatukuantiti sebagai tindak balas kepada perubahan dalam kuantiti
yang lain.Pembezaan merupakan salahsatu daripada aplikasi yang sangat berguna dalam
kehidupan kita. Pembezaan membantu kita dalammenyenangkan kehidupan kita dan
membantu dalam pengenalan pelbagai perkara baru dalammatematik dan juga dalam
kehidupan harian
Kalkulus adalah ilmu yang berkenaan dengan perubahan. Kalkulus mempunyai dua
cabang utama , iaitu Kalkulus Pembezaan dan Kalkulus Pengamiran. Pembezaan atau
terbitan merupakan suatu ukuran bagi perubahan dalam sesuatu fungsi yang diberi. Ianya
juga boleh dianggap perubahan sesuatu kuantiti sebagai tindak balas kepada perubahan
dalam kuantiti yang lain. Pembezaan adalah suatu bidang aplikasi yang sangat penting
dalam kehidupan manusia. Pembezaan membantu dalam memudahkan kehidupan manusia
dan membantu dalam memperkenalkan pelbagai perkara baru dalam matematik dan
kehidupan manusia. Ianya adalah kerana pembezaan dapat diaplikasikan dalam pelbagai
aspek yang berkaitan dengan pelbagai bidang seperti ekonomi, fizik, kimia mahupun
pelajaran.
Pembezaan dapat diaplikasikan dalam pebagai bidang. Sebagai contohnya adalah
dalam bidang ekonomi. Pembezaan dapat membantu kita mengenali keuntungan yang
dianggarkan dalam penjualan sesuatu barang atau modal yang perlu dikeluarkan dalam
membuat sesuatu barang berdasarkan jumlah kuantitinya. Pembezaan membantu
sesuatu peniaga untuk membuat keputusan dalam perniagaannya berdasarkan anggaran yang
dibuat berdasarkan persamaan yang dibuat menggunakan pembezaan.Daripada ini juga,
kita dapat mencari dan mengelakkan kerugian yang mungkin berlaku dalam
sesuatuperniagaan. Malah kita juga dapat menganggarkan sama ada sesuatu perniagaan
itu akan laris atau tidak berdasarkan pembinaan graf dan menganggarkan keputusan yang
boleh berlaku dalam masa depan. Iniamat membantu dalam ekonomi terutamanya pada
para usahawan. Disamping itu juga, pembezaandigunakan dalam menganggarkan nilai
maksimum dan minimum dalam sesuatu perkara. Sebagai contohadalah menganggarkan
keuntungan tertinggi dalam sesuatu ataupun juga kuantiti maksimum danminimum yang
boleh digunakan bagi mengelakkan kerugian.
Dalam pembinaan bangunan, seseorang usahawan perlu tahu kuantiti bahan
yang digunakan dan pembezaan membantu dalam mencari nilai maksimum atau minimum
bagi memastikan kualiti pengeluarannya adalah terjamin dan dalam masayang sama kita
tidak mengalami kerugian. Bukan itu sahaja, penggunaan tenaga kerja serta bahan juga
boleh dianggarkan menggunakan ppembezaan ini. Oleh itu, secara keseluruhannya,
penggunaanpembezaan daam ekonomi adalah tidak dapat dielakkan dan semestinya dapat
membantu kita dalammeningkatkan kualiti keusahawanan seseorang itu dan membantu
dalam membuat keputusan.
Disamping itu juga, pembezaan digunakan dalam menganggarkan nilai maksimum
dan minimum dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh dalam menganggarkan keuntungan
tertinggi dalam sesuatu perniagaan ataupun menganggar kuantiti maksimum dan minimum
yang boleh digunakan bagi mengelakkan kerugian.Pembezaan juga turut digunakan dalam
bidang perniagaan. Misalnya, seorang pengilang tin makanan perlu menentukan bentuk tin
yang paling ekonomi. Dia perlu menjimatkan kepingan logam yang digunakan untuk
membuat tin bagi isipadu kandungan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Dengan
mengaplikasikan kalkulus pembezaan ukuran optimum bagi setiap bentuk tin dapat
ditentukan dan dapat memilih bentuk tin yang paling optimum. Selain itu, dengan
menggunakan pembezaan juga, penggunaan tenaga kerja serta bahan juga boleh
dianggarkan dan dapat mengelakkan pembaziran dan kerugian. Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa ekonomi dan pembezaan memang tidak dapat dielakkan dan sangat membantu
seseorang usahawan itu membuat keputusan dalam perniagaannya.
Pembezaan turut memainkan peranan penting dalam bidang fizik yang mengkaji
mengenai had laju dan membolehkan kita menemui dan mengaplikasikan piston yang
digunakan dalam semua kenderaan. Piston adalah sumbat gelangsar yang dipasang di
dalam sebuah silinder enjin pembakaran dalam silinder hidraulik , pneumatik , dan silinder
pam . Pembezaan telah lama digunakan untuk membantu manusia menjalani kehidupan
dengan lebih baik terutama dalam pelayaran pada zaman dahulu. Dengan adanya kalkulus
ini, maka adalah lebih senang untuk pelayaran dilakukan dan arah yang ditujui dapat dibaca
dan dikenali dengan lebih senang. Hasil daripada perkembangan pembezaan ini adalah
sangat berguna dan penting kepada manusia. Penggunaan pembezaan dan pengamiran
juga turut didapati dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu untuk mengukur
amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik.
Dalam bidang kimia pula, ianya melibatkan konsep terbitan yang terdapat dalam
topik pembezaan. Pembezaan dapat digunakan untuk mencari kadar perubahan tidak kira
dalam tindak balas kimia mahupun benda lain. Pembezaan membantu seseorang untuk
mencari kadar tindak balas sesuatu bahan kimia terhadap bahan lain dan ini membantu kita
untuk penciptaan pelbagai peralatan atau bahan kegunaan harian. Perubahan dari segi
keadaan, suhu dan sebagainya boleh disukat dan dikaji menggunakan pembezaan.
Satu lagi contoh aplikasi pembezaaan adalah dalam penggunaan teknologi komputer
dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar memahami konsep pembezaan
itu sendiri. Penggunaan teknologi komputer sebagai contoh, penggunaan Geometer
Sketchpad (GSP) adalah bagi menyediakan suatu persekitaran pembelajaran altematif
dalam mempelajari konsep abtrak dalam kalkulus, iaitu konsep pembezaan, dy/dx sebagai
'tangen bagi suatu lengkuk pada suatu titik' dan juga sebagai 'kadar perubahan' .
Dalam kaedah pembelajaran tradisionaI, konsep-konsep begini diajar dan dipelajari
menggunakan pendekatan yang abstrak dan purely conceptual. Pendekatan tradisional
begini adalah sesuai bagi segolongan pelajar tertentu sahaja sementara ramai pelajar lain
mengalami kesukaran untuk menerima dan memahami maksud sebenar konsep yang
dipelajari dalam kalkulus pembezaan. Dalam hal ini, ramai pendidik matematik kontemporari
berpendapat bahawa teknologi komputer dapat membantu pelajar yang bermasalah
membina makna konsep berkenaan dengan 'rnelihat' (visualize) konsep berkenaan melalui
simulasi komputer yang menunjukkan maksud sebenar 'kadar 0' berbanding Qi-' or 'kadar
perubahan nilai-y berbanding nilai-x '. Penggunaan grafik komputer seperti ini terbukti
berkesan dalam membantu pelajar 'melihat' dan kemudiannya membina dan menghayati
konsep pembezaan melalui pembesaran suatu bahagian tertentu lengkuk berkenaan yang
kelihatan sebagai suatu garis lurus, iaitu tangen bagi lengkuk pada titik berkenaan (Vui,
1996). Penggunaan pendekatan P&P alternatif seperti ini sebenarnya telah mula tersebar
luas merentasi pendidikan matematik moden, khususnya di negara maju dan telah memberi
kesan terhadap kefahaman yang mendalam dalam konsep pembezaan.
Segala-galanya tentang konsep pembezaan dapat diaplikasikan dalam penciptaan
bahan kegunaan harian yang kita gunakan sekarang. Sebagai contoh di dalam empangan,
paras air boleh disukat dan dikawal dengan menyesuaikan saiz lubang dan ini dapat disukat
menggunakan pembezaan. Aplikasi pembezaan yang digunakan pada empangan adalah
sangat penting supaya tidak ada tekanan berlebihan keatas empangan tersebut ataupun
juga air yang mengalir secara berlebihan di dalam empangan dan boleh menyebabkan
banjir di kawasan berhampiran.
Pembezaan juga membolehkan kita mengetahui masa yang perlu diambil untuk ke
suatu tempat sekiranya kita bergerak dalam kelajuan yang tertentu dan juga ini memang
diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contohnya, kita dapat mengetahui jumlah masa yang
diambil untuk sampai ke sesuatu destinasi dengan hanya melihat kelajuan atau kita juga
boleh menganggarkan masa yang akan kita ambil untuk sampai ke sesuatu destinasi.
Selain itu, pembezaan juga turut diaplikasikan dalam GPS atau Global Positioning System
dimana kita dapat mencari jalan dengan cepat dan betul ke arah tempat yang dituju tanpa
perlu merujuk pada peta untuk sampai ke dentinasi.
Banyak faedah yang diperolehi oleh manusia hasil daripada penggunaan konsep
pembezaan. Antaranya meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan produktiviti,
mengurangkan kos, membantu dalam pengurusan sumber, meningkatkan perkhidmatan
pelanggan, membawa kelebihan kompetatif, meningkatkan komunikasi, kualiti produk dan
perkhidmatan serta keselamatan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pembezaan bukanlah
sekadar konsep atau teori semata-mata, bahkan memainkan peranan yang penting dalam
menyelesaikan masalah kehidupan manusia.
Pembezaan dapat diaplikasikan dalam mengetahui had laju kenderaan, terbitan bagi
pergerakan jasad yang melibatkan had laju. Tambahan lagi, reaksi kimia turut melibatkan
konsep terbitan yang terdapat dalam topik pembezaan dan terbitan juga digunakan bagi
mencari titik minima dan maksima bagi sesuatu fungsi graf. Berdasarkan aplikasi-aplikasi
tersebut, jelaslah bahawa pembezaan amat penting dan bermanfaat dalam kehidupan,
bukanlah sekadar ilmu atau teori semata-mata tetapi sebagai pemudahcara dalam
kehidupan seharian manusia.
Banyak kelebihan pembezaan yang kita ketahui dalam kehidupan. Ianya menjadi
satu titik tolak bagi seseorang untuk merancang atau mengkaji sesuatu perkara untuk
kegunaan ramai. Sebagai seorang gurur atau tenaga pengajar , kita tidak harus
memahirkan diri murid untuk mencari nilai dy/dx secara prosedur sahaja .Pelajar perlu
tahu makna dy/dx dan kosep-konsep penting yang berkaitan dengannya serta aplikasinya
dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan dan fizik dan juga mengaitkan konsep
pembezaan(differentiation) dengan beberapa prosedur matematik yang lain untuk mencari
kecerunan tangen atau garislurus yang pernah mereka pelajari sebelumnya.Apabila kita
mengajar berasaskan logik minda pelajar, mereka akan juga nampak logik dalam tajuk
pembezaan yang mereka pelajari.Jika ini berlaku akan lebih mudah bagi kita sebagai
pendidik untuk membina pemikiran kritis dan kritis berasaskan logik yang terbina dalam
minda mereka dan seterusnya membolehkan mereka berfikir tentang kandungan
pengetahuan yang mereka pelajari.
1) Graf GSPDengan menggunakan perisian GSP atau lain yang sesuai. Lukiskan graf bagi fungsi yang berikut pada system koordinat yang berbeza
LAMPIRAN
YUHANA BT YUSOF
790804-10-5422
Refleksi
Bersyukur kehadrat Ilahi akhirnya dapat juga saya menyelesaikan tugasan
Matematik MTE 3108 iaitu Kalkulus Asas ini dengan kerjasama diantara pensyarah dan
juga rakan sekumpulan. Banyak pengalaman suka duka yang telah saya tempohi bagi
tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Terdapat dua tugasan yang
diberikan kepada saya iaitu Perancangan Pelajaran Matematik dan yang kedua ialah Teori
Pembelajaran, teknik dan Kaedah Pengajaran Matematik.
Bagi subjek MTE 310 iaitu Kalkulus Asas banyak mendedahkan saya tentang
pembezaan anatara fungsi dan bukan fungsi, melakar graf menggunakan perisian GSP
yang diterima oleh pensyarah , mengenal pola perhubungan, menentukan fungsi
songsangan, mencari terbitan pertama dan kedua serta kamiran bagi fungsi.
Saya juga dikehendaki menyediankan satu laporeang mengenai aplikasi konsep
pembezaan dalam kehidupan harian. Pada mulanya agar sukar unutk saya mendapatkan
bahan tersebut. Dengan adanmya kemudahan internet dan juga bantuan daripada rakana-
rakan akhirnya dapat juga saya mendapatkan bahan-bahan ilmiha yang berguna unutk
kegunaan aplikasi pembezaan ini. Tugasan ini memerlukan saya unutk membuat
pembacaan yang mendalam tentang tajuk pembezaan yang diberikan. Terdapat banyak
sekali kegunaan konsep pembezaan ini dalam kehidupan seharian kita.
Pensyarah juga telah banyak membantu kami dengan memberikan nota tambahan
bagi meningkatkan mutu kefahaman bagi tajuk yang diajar. Segala penerangan yang
disampaikan di dalam kelas telahpun saya catatkan pada buku nota sebagai rujukan saya
kelak. Melalui teguran daripada pensyarah untuk kami mengaitkan kegunaan pembezaan
yang bersesuaian dengan topic yang digunakan dapat memberikan kami lebih input dan
kebaikan dalam pengajaran nanti.
Kekurangan yang saya dapati sepanjang pembelajaran saya ini ialah dari segi masa
dan juga latihan kendiri yang sangat minima. Dengan peruntukan masa yang terhad dan
juga sesi perjumpaan yang singkat bersama pensyarah menjadi sedikit halangan yang perlu
saya harungi. Namun saya sentiasa berfikir positif bagi membendung perasaan yang
kurang selesa agar dapat meneruskan pengajian saya dengan lebih cemerlang lagi.
Segalanya boleh diatasi jikat lebih berusaha dan berfikiran positif.
Impak atau kesan yang saya dapati bagi keseluruhan pengajian saya bagi subjek
MTE 3108 telah menjadikan saya lebih yakin berdepan dengan pelbagai persoalan dan
pandangan seseorang tentang Kalkulus Asas dan juga permasalahan yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran. Harapan saya agar dapat menguasai dan
mendalami dunia pendidikan agar seiring dengan kemajuan yang ada sekarang. Saya juga
berharap agar pada masa akan datang segala pembelajaran dan juga tugasan yang
diberikan dapat saya hasilkan dengan lebih baik dan cemerlang.
Rujukan
1) http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/ CARA_PEMBENTUKAN_MINAT_KEPADA_PELAJARAN_MATEMATIK.html
2) Noraini Idris. (2001). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
3) Margetson, D. (1997). Wholeness and educative learning: the questions of
problem in changing to problem-based learning. Uxbridge. UK.
4) Tan Ai Lee (2000) Pembinaan Prototaip Perisian DisAP Berasaskan
Pembelajaran Bercorak Penemuan Terbimbing Dalam Konsep Asas Luas
dan Perimeter. Tesis M.Ed.(Maths. Ed.). Tidak diterbitkan. Universiti
Teknologi Malaysia.
5) Khairi Aziz.(1985). Kegunaan Pembezaan . Penerbit fajar Bakti.Kuala
lumpur.
Bahagian acara padang
Acara padang terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat
bergalah dan lompat kijang) dan acara balingan (melontar peluru, merejam lembing,
melempar cakera dan membaling tukul besi).
Acara-acara lain pula ialah berjalan kaki (5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan
sebagainya), acara separa maraton (21.0975 kilometer), maraton (42.195 kilometer),
heptatlon (7 acara untuk wanita) dan dekatlon (10 acara untuk lelaki).
PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN OLAHRAGA
Sebagai seorang guru satu ketika nanti, sudah pasti anda akan di beri tugas sebagai
pegawai teknikal.
Keringat semua guru di peringkat sekolah ditagih dalam membantu urusan mengelola dan
mengendalikan
kejohanan olahraga peringkat sekolah. Dalam kejohanan peringkat sekolah-sekolah daerah,
negeri dan negara kebanyakan guru-guru terlibat sebagai pegawai teknikal. Selain daripada
itu terdapat juga guruguru tertentu dilantik sebagai pengelola dan pengurus kejohanan. Dari
pengalaman yang luas ini tidak
teknik.
Pegawai-pegawai teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang
mempunyai tauliah
daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Pegawai-pegawai teknikal
merupakan mereka yang berperanan penting ketika acara olahraga berlangsung. Pegawai
teknikal bertanggungjawab memastikan peserta dalam sesuatu acara tidak melanggar
amnya pegawai teknikal boleh di bahagikan kepada empat kumpulan umum iaitu:
(a) Kumpulan Pengurusan
(a) Pengurus Kejohanan
(b) Pengurus Teknik
(c) Setiausaha Kejohanan
SEMAK KENDIRI 8.1(b) Kumpulan Juri Rayuan
Dianggotai oleh tiga hingga lima orang ahli juri rayuan. Kalau di peringkat sekolah juri
rayuan di pengerusikan oleh pengetua sekolah dan setiausaha juri rayuan biasanya
merupakan setiausaha sukan sekolah. Ahli juri rayuan biasanya orang yang berpengalaman
dan berpengetahuan dalam kejohanan olahraga. Juri rayuan juga perlu bebas atau tidak
mempunyai kepentingan dengan manamana pasukan yang bertanding.
(c) Kumpulan Pertandingan
(i) Seorang pengadil bagi acara balapan
(ii) Seorang pengadil bagi acara padang
(iii) Seorang pengadil bagi acara jalan kaki
(iv) Hakim-hakim bagi acara balapan
(v) Hakim-hakim bagi acara padang
(vi) Hakim-hakim bagi acara jalan kaki
(vii) Pengadil-pengadil balapan
(viii) Seorang ketua penjaga masa
(ix) Penjaga-penjaga masa
(x) Pelepas
(xi) Penolong pelepas
(xii) Pencatat pusingan
(xiii) Perakam
(xiv) Pengawas-pengawas balapan
(xv) Penyelia peserta
(d) Kumpulan Pegawai-pegawai Tambahan
(i) Juru acara
(ii) Seorang juru ukur rasmi
(iii) Juru teknik alat penyukat angin
(iv) Pasukan pembantu padang
Tanggungjawab pegawai teknik secara amnya semasa kejohanan olahraga ialah:
• Semua pegawai yang bertugas hendaklah hadir 20 minit sebelum kejohanan dimulakan
bagi sesi taklimat.
• Ketua pegawai teknikal perlu memberi taklimat kepada pegawai tentang masalah dan
etika.
• Ketua pegawai teknikal perlu memastikan dan mencatat kehadiran pegawai. Sekiranya
ada pegawai yang tidak dapat hadir ketua pegawai teknikal boleh merujuk kepada urus
setia untuk penggantian pegawai.
• Ketua pegawai teknikal perlu memastikan bahawa pegawai bertugas di setiap tempat
pertandingan adalah mencukupi bagi melancarkan lagi kejohanan.Bidang Tugas Pegawai
Teknikal Pegawai teknik biasanya di lantik daripada individu yang bertauliah,
berpengetahuan dan mempunyai pengalaman luas dalam satu temasya olahraga.
Sekiranya perlu pegawai yang dilantik hendaklah menjalani kursus sebelum kejohanan bagi
melicinkan lagi pengelolaan kejohanan. Berikut di antara bidang tugas pegawai teknik:
1. Pengurus Kejohanan
• Bertanggungjawab terhadap kelicinan dan kelancaran perjalanan kejohanan olahraga.
• Berkuasa dalam menentukan dan mengendali keseluruhan perjalanan majlis.
• Memastikan kehadiran pegawai teknikal yang bertugas serta mendapat pengganti
sekiranya ada di antara pegawai teknikal tidak dapat hadir.
• Memastikan keselamatan perjalanan kejohanan.
• Mengaturkan perjumpaan dan taklimat dengan pegawai-pegawai pengurusan dan teknikal
kejohanan olahraga.
• Menentukan hanya mereka yang berkenaan sahaja dibenarkan berada di arena.
2. Penolong Pengurus Kejohanan
• Membantu tugas- tugas Pengurus Kejohanan.
• Mencatatkan kedatangan pegawai pada setiap sesi.
• Mencatat masa mula dan berakhirnya setiap sesi.
• Menilai tugas pegawai, kekuatan dan kelemahan-kelemahannya.
• Membantu pengelolaan Majlis Penyampaian Hadiah.
• Membantu pengagihan cenderamata jika ada.
• Mengagihkan kain lengan pegawai.
3. Pengurus teknik
• Memastikan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
• Memastikan ukuran gelanggang balapan dan padang menepati piawaian.
• Memastikan alatan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh
digunakan.
• Memastikan borang-borang teknikal untuk kegunaan pegawai-pegawai teknikal tersedia.
4. Setiausaha Kejohanan
• Bertanggungjawab menguruskan urusan mesyuarat-mesyuarat jawatan kuasa induk dan
mesyuarat yang berkaitan dengan pengelolaan kejohanan.
• Membuat catatan dan penyediaan minit mesyuarat.
• Menguruskan perjalanan surat-menyurat.
• Menyediakan laporan perjalanan mesyuarat.5. Juri Rayuan
• Menerima masalah, bantahan dan rayuan daripada peserta dan pasukan yang bertanding.
• Menyelesaikan masalah bantahan dan rayuan yang dikemukakan daripada peserta dan
pasukan yang bertanding.
• Keputusan juri rayuan adalah muktamad.
6. Pengadil
• Memastikan dan menentukan peraturan pertandingan dipatuhi di dalam kejohanan
olahraga.
• Membuat keputusan dari aspek teknikal yang berbangkit terutama sekiranya masalah ini
tiada terdapat dalam peraturan-peraturan pertandingan.
• Merupakan orang yang di rujukan dan seterusnya membuat keputusan dalam satu
pertelingkahan teknikal sekiranya hakim tidak dapat membuat keputusan.
• Pengadil perlu memastikan terdapat hakim yang bertugas bagi acara-acara tertentu,
sekiranya belum terdapat lantikan hakim bagi acara-acara tertentu pengadil perlu membuat
pelantikan.
• Membuat taklimat kepada hakim-hakim dan pegawai teknikal tentang aspek teknikal
sebelum memulakan kejohanan.
• Mengawasi pengukuran yang dilakukan dalam acara padang dan memeriksa
keputusankeputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.
• Mengawasi cara mengambil masa dalam acara balapan dan seterusnya memeriksa
keputusankeputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.
• Mengesahkan semua catatan rekod dan menandatanganinya.
• Memastikan semua keputusan dicatat dengan betul sebelum diserahkan kepada pencatat.
(Ketua Hakim perlu membantu).
• Pengadil berkuasa memberi amaran kad kuning dan kad merah dengan itu pengadil
berkuasa untuk menyingkirkan peserta dari kejohanan atas sebab-sebab tertentu.
• Pengadil berkuasa membatalkan acara dan mengatur semula pertandingan pada masa
yang sama mengikut budi bicara.
• Pengadil berkuasa menukarkan tempat pertandingan dalam acara padang jika pada
pendapatnya keadaan memerlukan dengan syarat sesuatu pusingan itu ditamatkan dahulu.
• Berkuasa menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak bersopan dan memutuskan
semua
bantahan mengenai seseorang peserta pada ketika itu juga.
7. Ketua Hakim
Bagi membantu pengadil menjalankan tugas yang agak berat dari segi teknikal ketua hakim
biasanya dilantik bagi membantu pengadil. Ketua hakim akan membantu pengadil dari segi
memantau dan memastikan perjalanan kejohanan olahraga di laksanakan dengan licin serta
mengurangkan masalah teknikal. Di balapan ketua hakim akan mengumpulkan keputusan
sebelum diserahkan kepada pengadil untuk ditandatangani.
8. Hakim Balapan
Hakim balapan bertanggungjawab menghakimi semua acara balapan. Antara tugasnya
ialah:
• Menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara.•
Mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan untuk tindakan
ketua hakim.
• Memerhati kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara jarak jauh
dengan bantuan pencatat.
• Mencatatkan nombor dan kedudukan peserta serat-merta sebaik sampai di garisan
penamat.
• Hakim balapan tidak digalakkan berbincang kedudukan peserta dengan hakim lain.
9. Hakim Padang
Hakim padang akan bertugas di bawah seorang ketua hakim, di antara tugasnya hakim
padang ialah:
• Menghakimi acara padang mengikut peraturan.
• Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh peserta
• Menyemak catatan pada akhir setiap pusingan
• Mengesahkan balingan atau lompatan
10. Pengadil Lorong
Sentiasa berada di sesuatu tempat seperti yang telah ditetapkan oleh Pengadil atau Ketua
pengadil Lorong. Mereka bertugas dibawah seorang ketua pengadil dan membantu
pengadil dalam membuat membuat sebarang keputusan dan melaksanakan undang-
undang dalam sesuatu kejohanan. Namun pengadil lorong tiada mempunyai kuasa dalam
pembatalan dan membuat keputusan. Sebaliknya tugasnya adalah melapurkan kesalahan
kepada pengadil untuk diambil tindakan. Di antara tugasnya ialah:
• Memerhati bahawa semua peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan ketika
mengambil bahagian dalam perlumbaan
• Pengadil lorong perlu memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing dari
mula sampai penamat
• Mengawasi kawasan pertukaran baton semasa acara lari berganti-ganti di patuhi mengikut
peraturan pertandingan
• Mengangkat bendera merah sebagai isyarat adabila berlaku pelanggaran peraturan ketika
bertugas
• Melapor kepada pengadil semua peristiwa atau kejadian yang berlaku untukmembolehkan
pengadil membuat keputusan
11. Penjaga Masa
Tugas utama penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang di lakukan oleh pelumba lari
dan pelumba jalan kaki dari permulaan hingga ke penamat. Masa akan mula diambil
daripada daripada kilat atau cahaya tembakan pistol (cahaya bergerak lebih cepat dari
bunyi) sehingga detik badan (torso) peserta itu sampai ke garis penamat seperti yang di
syarat dalam buku peraturan.
Memandangkan tugasnya yang memerlukan tumpuan sepenuhnya terhadap pergerakan
permulaan sehingga tamat seorang atlit bisanya penjaga-penjaga masa ditempatkan di luar
balapan iaitu bertentangan dengan garisan penamat. Mereka duduk di atas pentas yang
bertingkat dan mengadap barisan hakim balapan. Seorang ketua penjaga masa akan
mengawasi para penjaga masa yang bertugas. Di antara tugasan penjaga masa ialah:•
Sebelum bertugas penjaga masa perlu memeriksa dan memastikan jam yang digunakan
dalam keadaan baik.
• Setiap jam mempunyai butang arahan yang berlainan oleh itu penjaga masa perlu
membuat latihan serta memahami fungsi butang yang terdapat pada jam.
• Mengambil dan mencatat masa perlumbaan peserta yang di tetapkan oleh ketua penjaga
masa dalam acara balapan
• Mencatat maklumat ke dalam ‘borang penjaga masa’ untuk di serahkan kepada ketua
penjaga masa
• Untuk mengelakkan bias ketika menjalankan tugas penjaga masa hendaklah bertugas
sendirian, mereka tidak di galakan berbincang, membanding atau menujukan masa yang
dicatatkan kepada penjaga masa yang lain.
• Penjaga masa perlu menunjukkan jamnya kepada ketua penjaga masa yang akan
memeriksa jam untuk menentukan masa yang di laporkan sama dengan masa di jam. Oleh
itu penjaga masa tidak di benarkan untuk balikkan jarum jam (reset) sehingga diperiksa atau
diarah oleh Ketua
Penjaga Masa.
12. Ketua Penjaga Masa
Ketua penjaga masa bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkaitan masa rasmi
yang di catat oleh setiap peserta dengan mengisi semula maklumat yang di perlukan dalam
borang laporan ketua penjaga masa. Biasanya terdapat tiga atau dua jam digunakan untuk
mengambil masa seorangpeserta. Dalam keadaan dua daripada tiga jam rasmi
menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga mencatatkan masa berlainan, maka masa
rasmi adalah masa yang di tunjukkan oleh dua jam yang sama. Jika ketiga-tiga jam
menunjukkan masa yang berlainan maka jam yang menunjukkan masa di tengah-tengah di
ambil sebagai masa rasmi. Sekiranya dua jam di gunakan masa jam yang lebih lambat di
terima sebagai masa rasmi. Namun dalam keadaan tertentu ketua penjaga masa akan
mengambil sendiri masa perlumbaan, sekiranya terdapat perbezaan yang nyata ketua
penjaga masa boleh mengambil masa yang diambilnya sebagai masa rasmi.
13. Pelepas dan Pelepas Panggil Balik
Pelepas dan pelepas panggil balik biasanya terdiri daripada individu yang mempunyai lesen
khas dalam mengendali pistol. Di antara tugas pelepas ialah:
• Pelepas bertanggung jawab membuat pelepasan semua peserta bagi setiap acara
balapan
mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.
• Pelepas bersama-sama dengan pembantu perlu mengawal semua peserta yang
bertanding dari sebelum masa ke garisan sehingga peserta berlepas.
• Pelepas atau pelepas panggil balik boleh bertindak sekiranya terdapat pelanggaran
peraturan ketika proses pelepasan.
• Pelepas panggil semula bertugas membantu pelepas mengawasi peraturan pelepasan di
patuhi oleh peserta.
• Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol pelepas atau pelepas panggil
semula perlu melepaskan tembakan sebagai syarat memanggil semula peserta-peserta
yang berlepas
• Amaran dan penyingkiran hanya boleh di berikan oleh pelepas
• Pelepas perlu memastikan para hakim dan penjaga masa bersedia sebelum memulakan
pelepasan.• Pelepas juga perlu memastikan arahan yang di berikan dapat di dengari oleh
kesemua peserta.
• Pelepas perlu mengambil masa yang bersesuaian ketika memberi arahan dalam keadaan
‘ke
garisan’, dan’ "Sedia”.
14. Penolong Pelepas
Penolong pelepas bertugas membantu pelepas, antara tugas ini ialah:
• Memeriksa dan memastikan hanya peserta-peserta yang sah dan didaftarkan sahaja
bertanding atau mengambil bahagian dalam sesuatu perlumbaan atau acara tertentu.
• Menentukan peserta-peserta memakai nombor mengikut peraturan yang telah di tetapkan
di bahagian hadapan dan belakang bajunya seseorang peserta.
• Memastikan dan mengawas peserta-peserta sentiasa berada di lorong dan tempat
permulaan yang betul seperti yang di tetapkan dalam borang pelepas (Borang laporan
penyeliaan peserta).
• Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah pelepas
memberi isyarat ke garisan. Jika ada, penolong pelepas hendaklah memberi isyarat kepada
pelepas.
• Memastikan baton-baton telah tersedia bagi pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti.
• Sekiranya segala peraturan pelepas sudah di patuhi penolong pelepas perlu memberi
isyarat kepada pelepas bahawa semua peserta sudah sedia.
15. Pencatat Pusingan
Dalam acara yang melibatkan pusingan yang banyak contohnya acara jarak jauh seperti
acara 5000m atau 10000m pencatat pusingan di perlukan bagi mengelak kekeliruan. Tugas
utama pencatat ialah mencatat bilangan pusingan yang di buat oleh tiap-tiap peserta dan
pencatat pusingan juga bertanggungjawab untuk memberitahu peserta bilangan pusingan
yang perlu di sempurnakan.
Catatan ini akan di buat dalam borang pencatat pusingan. Loceng akan di bunyikan sebagai
tanda kepada peserta yang beliau perlu menghabis satu pusingan sahaja lagi. Biasanya
seorang pencatat pusingan akan di tugaskan untuk mengawasi seorang peserta.
16. Perakam
Perakam bertugas untuk membuat catatan terhadap keputusan dalam kejohanan olahraga.
Antara
tugas perakam ialah:
• Mendapatkan keputusan semua pertandingan daripada Ketua Hakim yang telah disahkan
oleh
Pengadil.
17. Marsyal
Marsyal merupakan orang yang bertanggung jawab terhadap keselamatan gelanggang.
Dengan kata lain marsyal berkuasa penuh mengawasi arena pertandingan dan tidak
membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan berkumpul atau berada dalam kawasan
pertandingan. Ini termasuk pegawaipegawai teknik yang tidak bertugas dan sepatutnya
berada di tempat yang dikhaskan kepada mereka. Antara tugas marsyal ialah:
• Berkuasa penuh mengarahkan penonton dan pegawai yang tidak berkenaan supaya
meninggalkan gelanggang.
• Mengagihkan pembantu-pembantu padang dan memaklumkan tugas mereka.
• Mengawas supaya tiada gangguan berlaku di tempat pertandingan.
• Menyediakan prosedur keluar dan masuk peserta dan pegawai serta majlis penyampaian
hadiah.
18. Pembantu Marsyal
Pembantu marsyal biasanya terdiri daripada pelajar atau ahli-ahli badan-badan uniform
antara tugas pembantu marsyal:
• Membantu marsyal menjalankan tugas-tugas mengawal keselamatan gelangang
permainan.
• Membantu pengelola peserta membawa dan mengiringi peserta-peserta ke tempat
pertandingan dan balik.
• Membantu pengelola jawatan kuasa hadiah membawa pemenang ke tempat penyampaian
hadiah dan balik.
19. Penyelia Peserta
Di antara tugas penyelia peserta ialah:
• Mendapatkan semua borang penyertaan daripada Pengerusi Teknik Pertandingan.
• Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding dalam
sesuatu acara.
• Membuat panggilan dan mengumpulkan peserta untuk ke gelanggang.
• Mendapat bantuan pembantu marsyal untuk menghantar peserta ke gelanggang.
• Menyusun peserta masuk ke padang mengikut lorong bagi memudahkan tugasan pelepas
atau hakim.
• Menulis di papan markah bertujuan mengingatkan pengurus pasukan menyediakan
pesertauntuk pertandingan.• Mencatat maklumat jika terdapat dalam borang penyelia
peserta (misalnya peserta yang menarik diri) untuk makluman dan perhatian penolong
pelepas.
• Menjalankan tugas mengumpul pemenang-pemenang hadiah untuk upacara penyampaian
hadiah.
• Menyusun pemenang hadiah mengikut kedudukan tempat bagi memudahkan acara
penyampaian hadiah.
20. Juru acara
Antara tugas juruacara ialah:
• Juru acara akan membuat pengumuman kepada orang ramai maklumat yang berkaitan
dengan peserta yang mengambil bahagian dalam satu acara.
• Juru acara biasanya membuat pengumuman dalam bentuk nama peserta, nombor,
pasukan, lorong dan saringan.
• Juruacara juga akan menghebahkan keputusan sesuatu acara yang di pertandingkan
sebaik saja menerima maklumat yang sah daripada perakam atau pencatat.
• Juru acara juga perlu mengumumkan upacara penyampaian hadiah berdasarkan
kenyataan pada borang penyampaian hadiah.
• Juru acara akan membacakan keputusan dengan menyatakan acara, pemenang, pasukan
dan pencapaian yang dibuat
• Semasa membuat pengumuman- perhatikan di tempat-tempat pertandingan juru acara
perlu mengelakkan dari membuat ulasan selari semasa peserta sedang bertanding.
• Juru acara kejohanan juga tidak di galakan menggunakan bahasa yang berbunga- bunga
dan berbelit-belit.
• Umumkan sebarang kesilapan sebaik sahaja disedari.
• Selain daripada maklumat berkaitan dengan pertandingan juru acara juga diarahkan untuk
membuat pengumuman yang tertentu berkaitan dengan kejohanan atau perkara-perkara
lain yang perlu di hebahkan.
21. Juru Ukur Rasmi
Juru ukur bertugas sebelum kejohanan olahraga bermula:
• Beliau bertanggungjawab mengukur dan memastikan ukuran balapan dan semua bulatan
lontaran termasuk sektornya memenuhi spesifikasi rasmi.
• Beliau akan menyerahkan sijil pengesahan yang menyatakan semua ukuran kawasan
pertandingan adalah betul kepada pengurus kejohanan, pengurus teknik dan pengadil
setelah berpuas hati terhadap semua ukuran gelanggang pertandingan.
22. Pegawai Perubatan
Pegawai perubatan yang di bantu oleh pasukan sukarela amat perlu untuk memberi bantu
mula dan merawat kecederaan kecil. Pegawai perubatan bertugas memberi rawatan
kepada peserta-peserta yang tercedera atau memerlukan perhatian perubatan ketika
kejohanan berlangsung.23. Juru teknik Alat Penyukat Angin
• Juru teknik perlu menempatkan alat penyukat angin di tempat yang sesuai seperti yang
disyaratkan oleh pihak pengelola dan mengikut undang-undang KOAM.
• Tugas rasmi beliau ialah memerhati dan mencatat kelajuan angin dan arah larian ketika
sesuatu acara berlangsung.
• Catatan ini akan di serahkan kepada ketua hakim balapan dan padang yang berkenaan
bagi menentukan dan mengesahkan apakah terdapat bantuan angin dalam sesuatu acara.
Ini penting dalam mengesahkan rekod kejohanan.
(Di antara acara olahraga yang memerlukan kelajuan di sukat ialah 100 meter, 200 meter,
100, 110 meter lompat pagar, lompat jauh dan lompat kijang).
24. Pengawas Wartawan
• Dalam kejohanan besar seorang pegawai akan di lantik oleh pengelola sebagai pegawai
perhubungan antara pihak pengelola kejohanan dengan pihak wartawan.
• Maklumat untuk sebaran akan di hantar kepada pihak akhbar melalui pengawas
wartawan.
25. Pengawas Pembantu Padang
(a) Pengurus Kejohanan
(b) Pengurus Teknik
(c) Setiausaha Kejohanan
uk pertandingan dan menyimpannya selepas pertandingan.