Upload
lyne
View
240
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
just4share
Citation preview
APLIKASI BEAM SEBAGAI INTERVENSI KEMAHIRAN MENULIS HURUF KECILBAGI MURID PEMULIHAN TAHUN SATU
MALIEN ANAK MILOS
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi kemahiran menulis huruf kecil yang ditulis secara terbalik dan bentuk tidak sempurna.Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di daerah Kapit.Selepas ujian pra dilaksanakan, pengkaji mendapati responden mengalami kerumitan untuk menulis huruf kecil b, d dan r dengan betul dan sempurna.Oleh itu, pengkaji telah menggunakan BEAM sebagai alat bagi mengatasi masalah tersebut. BEAM berfungsi ala-ala Overhead Projector (OHP) yang memancarkan cahaya kepada bentuk-bentuk huruf yang disediakan. Responden mengikut bentuk huruf menggunakan jari telunjuk dan seterusnya menulis di atas bentuk yang dipancarkan. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, analisis dokumen, ujian pra dan ujian pos serta temu bual dalam proses pengumpulan data kajian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi BEAM dapat membantu responden menulis huruf b, d dan r dengan betul dan sempurna. Pada masa akan datang, saya ingin melanjutkan kajian ini di mana saya ingin mengkaji kesan penggunaan aplikasi BEAM ke atas penguasaan kemahiran saintifik dalam kalangan murid di SK Temenggong Koh, Kapit.
1.0 PENDAHULUAN
Peranan tulisan sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana tulisan
bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran
seseorang. Masalah kemahiran menulis selalunya timbul dalam kalangan murid-murid
pemulihan.Mereka sering menghadapi masalah dalam kemahiran menulis seperti saiz tulisan
yang tidak sekata, jarak di antara perkataan tidak seragam, huruf terbalik dan bentuk huruf yang
tidak sempurna.
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pengkaji telah berpeluang menjalankan kajian terhadap responden di sekolah tempat pengkaji
mengajar. Pengkaji mendapat kerjasama yang amat baik daripada pentadbir sekolah termasuk
guru pemulihan.Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, pengkaji telah
membuat pemerhatian terhadap tulisan murid. Masalah kemahiran menulis huruf kecil yang
menjadi fokus adalah mengenai tulisan yang terbalik dan bentuk huruf yang tidak sempurna.
2.0 FOKUS KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji mendapati terdapat seorang murid pemulihan tahun satu menghadapi
masalah tulisan.Pengkaji memilih murid ini sebagai responden untuk kajian yang
dijalankan.Responden seorang murid yang pendiam di dalam kelas tetapi murid ini juga kerap
menimbulkan masalah di dalam kelas apabila responden memukul dan mengganggu
rakannya.Berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan pada minggu pertama, responden dapat
menguasai kemahiran mengenal huruf besar dan huruf kecil dengan memuaskan.Oleh itu,
responden dapat menguasai kemahiran mengenal huruf tanpa banyak masalah.
Masalah mula timbul apabila ujian diagnostik bertulis dijalankan.Ia berada pada skala paling
rendah apabila responden tidak menulis apa-apa pada kertas ujian. Kemudian, pengkaji
memberikan bimbingan bagi membantu responden.Bimbang dengan masalah penulisan yang
dihadapi responden, pengkaji meminta murid ini membuat lembaran kerja yang disediakan untuk
menilai dengan lebih terperinci kelemahan responden.
Berdasarkan lembaran kerja tersebut, pengkaji mendapati responden mengalami kesukaran untuk
menulis huruf-huruf kecil yang sangat kritikal.Hampir semua huruf yang ditulis adalah dalam
keadaan yang terbalik dan bentuk tidak sempurna.
2.1 Tinjauan Masalah
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah menulis huruf kecil dalam kalangan murid
pemulihan dengan menggunakan kaedah BEAM. Aplikasi ini akan membantu murid dan
bertindak sebagai intervensi kemahiran menulis sebelum murid dapat menulis tanpa bimbingan
guru.Responden menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat
lemah. Responden juga didapati sukar menulis huruf-huruf dengan betul dan juga cara menulis
huruf yang salah.
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman
yang bertajuk Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah
Rendah mengetengahkan respon guru yang bersetuju bahawa mengajar kemahiran menulis
merupakan tanggungjawab yang mencabar.Dari segi pengaplikasian strategi pengajaran pula,
guru bersetuju bahawa mereka mengajarkan murid kemahiran penulisan yang mudah kepada
sukar.Kajian tindakan oleh Lim Chen Yin dan rakan-rakannya yang bertajuk Genggaman Pensel
Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis telah
mengkaji jenis-jenis genggaman pensel dan menentukan perbezaan genggaman pensel mengikut
kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran.Beliau menyatakan kecekapan menulis semasa
belajar adalah penting kepada setiap murid kerana kegagalannya boleh membawa kesan negatif
kepada keyakinan diri dan pencapaian akademik.
3.0 OBJEKTIF / SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
i. Mengenal pasti daerah kelemahan responden dalam kemahiran menulis huruf kecil yang
ditulis secara terbalik dan bentuk tidak sempurna.
ii. Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf kecil yang ditulis secara terbalik dan
bentuk tidak sempurna.
iii. Menguji keberkesanan penggunaan BEAM untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
menulis huruf kecil yang ditulis secara terbalik dan bentuk tidak sempurna.
3.2 Soalan Kajian
i. Apakah daerah kelemahan responden dalam kemahiran menulis huruf kecil yang ditulis
secara terbalik dan bentuk tidak sempurna?
ii. Bagaimanakah penggunaan BEAM dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis
huruf kecil yang ditulis secara terbalik dan bentuk tidak sempurna?
iii. Sejauh manakah penggunaan BEAM dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis
huruf kecil yang ditulis secara terbalik dan bentuk tidak sempurna?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Dalam kajian ini, pengkaji memilih seorang murid pemulihan tahun satu yang
menghadapi masalah tulisan sebagai responden untuk kajian yang
dijalankan.Berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan pada minggu pertama,
responden dapat menguasai kemahiran mengenal huruf besar dan huruf kecil dengan
memuaskan.Oleh itu, responden dapat menguasai kemahiran mengenal huruf tanpa
banyak masalah.Berdasarkan lembaran kerja tersebut, pengkaji mendapati responden
mengalami kesukaran untuk menulis huruf-huruf kecil yang sangat kritikal.Hampir
semua huruf yang ditulis adalah dalam keadaan yang terbalik dan bentuk tidak sempurna.
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.1 Prosedur Tindakan
Pengkaji mengambil keputusan untuk mengaplikasikan Model Kemmis dan McTaggart (1988)
dalam kajian tindakan.Model 'action research cycle' merupakan model yang biasa digunakan
untuk menjalankan kajian tindakan.Terdapat empat langkah dalam model ini iaitu merancang,
bertindak, memerhati dan mereflek.
5.2 Cara Mengumpul Data
Kajian yang dijalankan berfokus kepada kemahiran menulis.Sasaran bagi kajian adalah khusus
kepada seorang responden yang menghadapi masalah menulis huruf kecil secara terbalik dan
bentuk tidak sempurna. Dalam mengumpul data, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian,
analisis dokumen serta ujian pra dan ujian pos.Hasil analisis menjadi asas kepada pengkaji untuk
mengesan perubahan positif atau negatif tentang penggunaan BEAM dalam mengatasi masalah
kemahiran menulis huruf kecil dalam keadaan terbalik dan bentuk tidak sempurna.
Jadual 1
Langkah-langkah Tindakan Intervensi
____________________________________________________________________________
MINGGU INTERVENSI____________________________________________________________________________ Minggu Kedua Menggunakan BEAM untuk sesi pengajaran dan
Pembelajaran dalam kelas pemulihan Menjawab soalan lembaran kerja yang disediakan. _________________________________________________________________________ Minggu Ketiga Menggunakan BEAM sebagai aktiviti pengukuhan
dalam kelas pemulihan Menjawab soalan lembaran kerja yang disediakan ___________________________________________________________________________ Minggu Keempat Menggunakan BEAM untuk interaksi dan aktiviti
pengukuhan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pemulihan
Menjawab soalan lembaran kerja yang disediakan ____________________________________________________________________________
6.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI DATA
6.1 Cara Mengumpul Data
6.1.1 Pemerhatian
Pengkaji membuat perbandingan huruf-huruf kecil yang ditulis berdasarkan ujian pra dan ujian
pos dalam bentuk jadual. Perbandingan ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti perubahan
sama ada responden berjaya atau tidak berjaya menulis huruf-huruf kecil yang
difokuskan.Berdasarkan perubahan tersebut, pengkaji akan membuat analisis.Langkah terakhir
yang dilakukan ialah menulis laporan dan kesimpulan. Pengkaji akan menggunakan data atau
maklumat untuk menyokong kajian ini sama ada berjaya atau tidak. Data dan maklumat yang
dikumpul membuktikan penggunaan BEAM dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis
huruf kecil dalam kalangan murid pemulihan tahun satu. Kemudian, laporan akan disediakan
mengikut format.
Lampiran A
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN
BIL. ITEM
PEMERHATIAN
CATATAN
1. Bentuk huruf tidak sempurna
2. Huruf terbalik
1 32
Lampiran B
SENARAI SEMAK ANALISIS DOKUMEN RESPONDEN
SEBELUM / SELEPAS TINDAKAN INTERVENSI
BIL. HURUF
ITEM
KEKERAPAN
KESALAHAN
Tidak
Sempurna
Terbalik
1. b
2. d
3. r
6.1.2 Temu Bual
Hasil daripada temu bual dengan guru pemulihan telah mendedahkan lebih banyak informasi
berkenaan responden.Berbanding di dalam kelas pemulihan, skala pemerhatian agak singkat. Di
dalam bilik darjah biasa, responden sering kali mengganggu murid lain dan sering dimarahi guru
kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Responden juga akan menjadi seorang yang pendiam
apabila diminta menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Bagi pengkaji, ini adalah simptom
paling ketara yang menunjukkan responden 'melarikan' diri dan 'bersembunyi' di sebalik masalah
utamanya.
6.1.3 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian pra dan ujian pos dijalankan sebagai kayu pengukur tahap penguasaan responden sebelum
tindakan intervensi dilaksanakan.Jadual2 menunjukkan huruf-huruf yang dikuasai oleh
responden dalam ujian pra dan ujian pos.
Jadual 2
Pemerhatian Terhadap Penguasaan Kemahiran Menulis Huruf Kecil
__________________________________________________________________
PEMERHATIAN_________________________
Bil. ITEM 1 2 3 CATATAN___________________________________________________________________1. Bentuk huruf b, d, k, r Tiada Pemerhatian 1
tidak m, n, w
sempurna Terdapat beberapahuruf yang telah dikenalpasti
ditulis dalam keadaan bentukyang tidak sempurna.
Pemerhatian 2
Terdapat satu huruf yang dikenalpastiditulis dalam keadaanbentuk yang tidaksempurna.
Pemerhatian 3
Setelah respondenmenjalani tindakanintervensi dan ujian posbentuk huruf ditulis dalam keadaan bentukyang sempurna.
___________________________________________________________________
2. Huruf e, j, s, b, d Tiada Pemerhatian 1
terbalik Terdapat beberapa huruf yang telahdikenalpasti ditulisdalam keadaanterbalik.
Pemerhatian 2
Terdapat dua huruf
yang dikenalpastiditulis dalam keadaanterbalik.
Pemerhatian 3
Setelah respondenmenjalani tindakan intervensi dan ujian poshuruf-huruf dapat ditulisdengan baik dan betul.
___________________________________________________________________
Pemerhatian pertama terhadap responden menunjukkanresponden mengalami masalah dan
kerumitan untuk menulis huruf-huruf kecil seperti b, d, e, j, k, m, n, s, v dan w. Hampir semua
huruf-huruf tersebut adalah tidak sempurna bentuknya serta terbalik.Untuk pemerhatian yang
kedua pula, ia dilakukan semasa ujian pra dilaksanakan. Pengkaji mendapati responden sudah
ada peningkatan dari segi menulis huruf-huruf kecil.Hanya ada segelintir huruf yang masih perlu
diperbaiki dan diberi tumpuan untuk dibetulkan seperti huruf b, d dan r.
Bagi pemerhatian yang ketiga, ia dilakukan sepanjang proses tindakan intervensi sehinggalah
ujian pos dilaksanakan. Responden menunjukkan kemajuan dalam menulis huruf-huruf kecil
dengan bentuk yang sempurna dan betul.Berdasarkan kepada ketiga-tiga pemerhatian tersebut,
penguasaan responden dalam kemahiran menulis huruf-huruf kecil pada awalnya sangat lemah.
Semasa proses tindakan intervensi sehinggalah ujian pos dilaksanakan, terdapat perubahan
kepada hasil tulisan responden seperti yang diinginkan iaitu bentuk yang sempurna dan tidak
terbalik.Oleh itu, fokus utama pengkaj dalam kajian yang dijalankan ini adalah untuk membantu
responden menangani kesukaran dan kerumitan untuk menulis huruf-huruf kecil iaitu b, d dan r
berdasarkan pemerhatian kedua yang dijalankan.
LAMPIRAN C
LEMBARAN KERJA 1/2/3 ( SEBELUM/ SELEPAS )
Nama: __________________________ Tarikh: _________________
Arahan: Tulis semula huruf-huruf tersebut di dalam ruangan yang disediakan.
bdr
7.0 DAPATAN KAJIAN
Jadual 3
Keputusan Soalan Lembaran Kerja
_________________________________________________________________________________________________________
ITEM__________________________________
BIL. HURUFTidak Sempurna Terbalik KEKERAPAN
KESALAHAN ____________________________________________________________________________________ 1. b / /// ____________________________________________________________________________________ 2. d / ////____________________________________________________________________________________ 3. r / //// ____________________________________________________________________________________
Untuk huruf b, responden menulis dengan betul dua daripada lima soalan. Huruf d dan r pula,
jawapan responden adalah semua satu betul daripada lima soalan yang diajukan.Selepas tindakan
intervensi dilaksanakan, pengkaji memberi semula set soalan yang sama kepada responden. Pada
kali ini, terdapat sedikit perubahan kepada hasil tulisan responden.Pada minggu ketiga, pengkaji
menguji responden dengan mengedarkan Lembaran Kerja 2. Prosedur yang sama digunakan iaitu
menguji responden terlebih dahulu sebelum tindakan intervensi menggunakan BEAM
dijalankan.Ini menunjukkan responden sudah mula dapat mengingat cara untuk menulis huruf b,
d dan r dengan betul.Pada minggu keempat, pengkaji menggunakan prosedur yang sama untuk
menguji responden dengan mengedarkan Lembaran Kerja 3. Lembaran kerja yang diedarkan ini
adalah yang terakhir sebelum ujian pos dilaksanakan.Responden berjaya menulis semua huruf
daripada lima soalan dalam keadaan yang baik dan betul dalam Lembaran Kerja 3 selepas
tindakan intervensi dijalankan. Ini menunjukkan bahawa responden berjaya menulis ketiga-tiga
huruf tersebut dengan betul dan sempurna, malah dapat mengingat cara menulis dengan betul.
Hasil daripada pengaplikasian BEAM, ia mampu membolehkan responden menulis huruf b, d
dan r dalam keadaan bentuk yang sempurna dan betul.Melalui penelitian dokumen sebelum dan
selepas tindakan intervensi dilaksanakan, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa
responden berjaya menulis huruf b, d dan r dengan baik dan betul.Jelas menunjukkan bahawa
responden telah berjaya mengurangkan kekerapan kesalahan yang dilakukan dalam lembaran
kerja yang diberikan.Pengaplikasian BEAM yang dijalankan dapat membantu menangani
masalah menulis huruf kecil yang terbalik dan bentuk tidak sempurna.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Pengaplikasian BEAM yang dilaksanakan terhadap seorang responden untuk mengatasi masalah
menulis huruf b, d dan r adalah berkesan.Ini kerana, huruf b dan d tidak lagi ditulis secara
terbalik manakala huruf r juga dapat ditulis dalam keadaan bentuk yang sempurna.Pengkaji
berharap agar kajian ini tidak terhenti setakat ini, sebaliknya pengkaji-pengkaji lain dapat
memanfaatkan kajian ini untuk mengatasi masalah tulisan dalam kalangan murid-murid.
Untuk meneruskan kajian, beberapa cadangan kajian seterusnya boleh dilaksanakan iaitu:
a. Menggunakan BEAM untuk mengajar kemahiran lain.
Pengkaji memfokuskan kajian ini untuk mengatasi kemahiran menulis huruf kecil b, d
dan r. Pengkaji yang lain boleh meluaskan penggunaan BEAM untuk mengajar
kemahiran yang lain seperti kemahiran menulis huruf besar.
b. Membina BEAM dengan lebih menarik
Pengkaji juga menyarankan sekiranya pengkaji lain menggunakan BEAM untuk
menjalankan kajian seterusnya perlu membuat penambahbaikan terhadap bahan.
Penggunaan cahaya yang pelbagai seperti warna kuning, biru, merah dan sebagainya
akan menghasilkan visual yang lebih menarik supaya dapat memberikan keseronokan dan
motivasi kepada sampel kajian untuk belajar.
c. Meluaskan pemilihan responden kajian agar tidak dibataskan kepada muridpemulihan Tahun Satu.
Penggunaan cahaya dalam BEAM merupakan satu terapi yang boleh digunakan untuk mengajar
kemahiran-kemahiran yang sesuai.Kesimpulannya, diharapkan agar kajian ini dapat membantu
mempertingkatkan kualiti pendidikan negara dan dapat membantu mencetus idea kepada
pengkaji-pengkaji lain untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi di
sekolah.
SENARAI RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis
Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 1-2.
Ahmad Nazir Muhammad Ali (2006). Penyelidikan tentang pembelajaran visual
dalam mempertingkatkan pemahaman murid.
Carl, W. & Kemmis, S. (1986). Becoming critical education, knwwledge and action
research.London: Falmer Press.
Che Zanariah Che Hassan & Fadzillah Abd Rahman (2011).Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. UKM
Chia Mei Yin, Ismail Saliyan et.al. (2013). Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid-murid
Pemulihan Khas dalam Penulisan Rumi menggunakan Kid "Dorating".2nd
International Seminar on Quality and Affordable Education
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011).Kajian Tindakan: Konsep & Amalan
dalam Pengajaran. Penerbitan Multimedia: Selangor
Christopher Lu Wei Wang (2012). Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Visual
Dalam Pengajaran Subjek Sains Tahun Tiga. Seminar Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2012, ms. 87-101. Diambil daripada
http://www..ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/9.%20CHRI
STOPHER%20LU%WEI%20WANG.pdf
Gheda Ismail (2012). Look at Me, I Can Read At 3: A Step-By-Step Guide to Teaching
Your 3 Year Old to Read and Write. Xlibris Corporation
Hamm, M. dan Adam, D m. (1994).New Design For Teaching And Learning In
Tommorow’s Schools, San Francisco, California. Ms 98-99.
Johnson, D. W. dan Roger, T. J (1989). Cooperation And Competition: Theory And
Research. Edina, Minn.: Interaction Book co.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988).The action research planner. Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press.
Mariayee a/p Suppiah (2011).Meningkatkan Kemahiran Menulis Bentuk Huruf
dalam Bahasa Melayu bagi Murid Tahun 1. SJK Tamil Sungai Salak: Negeri
Sembilan
Lim Chen Yin et.al. ( ). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: Genggaman Pensel
Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Dalam Meningkatkan Kemahiran
Menulis. Kementerian Pelajaran Malaysia
Mohammad Faizal bin Latip (2012). Teknik Menulis Huruf Dengan Betul
Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid Pemulihan. IPGKBL: Kuching
Rohaini binti Abdullah (2005).Bayi Cerdik. PTS: Kuala Lumpur
Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan: Kajian dan Penulisan. Freemind
Horizons: Kuala Lumpur