Upload
afik-aziz
View
539
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
hubungan antarabangsa
Citation preview
PENGENALAN
Dalam Sistem Ekonomi Antarabangsa yang melibatkan ekonomi pasaran dunia ianya
adalah dapat dilihat melalui tiga perspektif utama iaitu merkantilisme (mercantilism),
Liberalisme (Liberalism) dan Sturukturalisme (Structuralism). Dalam perspektif pertama iaitu
merkantalisme pada abad ke-17 dan 18 kewujudan ideologi ini adalah amat berpengaruh.
Merkantilisme adalah satu teori ekonomi yang sudah lupus yang mempercayai bahawa
kesejahteraan sesuatu negara hanya ditentukan oleh jumlah modal yang tersimpan di mana
jumlah perdagangan sedunia sebagai tidak berubah. Modal negara dapat digambarkan secara
nyata dengan jumlah kapital seperti mineral berharga, emas mahupun komoditi-komoditi lain
yang dimiliki oleh negara. Modal ini boleh diperbesarkan jumlahnya dengan meningkatkan
eksport dan mengurangkan import supaya nilai bersih perdagangan luar sentiasa positif.
Pemerintahan suatu negara harus mencapai tujuan ini dengan melakukan perlindungan terhadap
ekonomi dengan mendorong eksport dan mencegah import.1
Liberalisme adalah satu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik
yang tertinggi.2 Walaupun liberalisme berakar umbi dari Zaman Kebangkitan Barat, ia sekarang
mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Seseorang yang menerima
fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal
mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.3 Ideologi ini mula berkembang sekitar
lewat abad ke-18 dan 19 dengan mendesak negara atau kerajaan supaya tidak campur tangan
1 http://ms.Wikipedia.org/wiki/Merkantilisme <10.mac.2008>2Coady, C. A. J. Distributive Justice, A Companion to Contemporary Political Philosophy, editor: Goodin, Robert E. and Pettit, Philip. Blackwell Publishing, 1995,hlm, 440.3http://ms.Wikipedia.org/wiki/Merkantilisme <10.mac.2008>
(1)
dalam sektor ekonomi. Ideologi Liberalisme ini banyak berakar umbi dan bertapak di Negara-
negara seprti Great Britain, Amerika Syarikat dan Eropah barat. Secara logiknya Liberalisme
boleh didefinisikan sebagai satu doktrin yang berprinsip untuk mengorganisasikan dan
menguruskan pasaran ekonomi dengan matlamat untuk memperolehi keuntungan yang
maksimum, perkembangan ekonomi yang pesat, dan mengutamakan kepentingan individu.
Liberalisme adalah merangkumi banyak bentuk seperti klasik, neo klasik, Keynesian, Monetarist,
Austrian dan sebagainya.4
Perspektif ketiga pula iaitu Strukturalisme (structuralism), ideologi ini banyak
dipengaruhi oleh Marixim dan Lenisme, walau bagaimanapun strukturalisme tidak boleh
dianggap sebagai Marxisme secara sepenuhnya. Strukturalisme juga merangkumi aspek-aspek
yang mengkritik sistem ekonomi kapitalis. Namun demikian secara lebih jelasnya perspektif
strukturalisme ini memperlihatkan pendedahan berkenaan dengan sistem ekonomi kapitalis.
Terbahagi kepada beberapa aspek penting tetapi aspek yang perlu ditekankan dalam
structuralisme ini ada tiga aspek penting iaitu: Marixim, Lenin, Imperialism.5
PERSPEKTIF MERKANTALISME
Terdapat 5 ciri Merkantilisme.
1.Fokus Ekonomi
4 Gilpin, Robert. The Political Economy of International Relations, Princeton,N.J: Princeton University Press, 1987, hlm, 26.5Nota Kuliah Political Economy International, Puan……….. (2)
Dalam perspektif merkantilisme ciri paling penting dapat dilihat menerusi fokus
ekonominya yang lebih mengutamakn keselamatan dan kekuatan negara.6 Untuk menentukan
pembangunan ekonomi negara kedudukan pelaku (actor) negara dianggap paling dominan dan
penting sekali. Idea utama merkantilisme adalah aktiviti ekonomi seharusnya terletak di bawah
matlamat kepentingan negara. Kepentingan sumber ekonomi juga diperlukan untuk membentuk
kekuatan sesebuah negara, dengan ini negara akan sentiasa mengejar kekayaan untuk
menambahkan kuasa negara (Hwatey.1952). Situasi ini dapat diperhatikan pada abad ke-16,17
dan 18 dengan kemunculan negara-negara yang kuat sentiasa bersaing sesama lain. Objektif
utama mereka adalah untuk menjadi Negara industri (sen,1984).7 Contoh Negara yang kuat pada
ketika itu ialah Portugis, Great Britain, Sepanyol, dan Belanda.
2..Merkantilisme berprinsip imbangan perdagangan yang positif.
Merkantilisme punya ciri iaitu sentiasa mengamalkan imbangan perdagangan yang positif
dimana jumlah barang export adalah lebih daripada import. Sesebuah negara yang mengunakan
teori merkantilisme selalunya akan sentiasa berusaha untuk melakukan promosi serta memberi
galakan terhadap barangan eksport seterusnya mengehadkan barangan import supaya tidak
melebihkan jumlah barang eksport.8 Dalam situasi ini alat-alat perlindungan tempatan adalah
amat penting untuk menggalakkan barangan eksport dan sebaliknya berusaha mengehadkan
barang import supaya tidak melebihkan barangan eksport. Peranan bantuan subsidi juga penting,
kerana barang yang dikeluarkan adalah lebih murah seterusnya mendapat permintaan dari luar. 6 Balam, David. N., Introduction To International Political Economy, (Upper Saddle River, N.J.:Person/Prentice Hall,2005),hlm,31.7 Gilpin, Robert, The Political Economy of International Relation (Princeton,N.J:Pinceton University Press, 1987), hlm,31. 8Frieden, Jeffry A. International Political Economy: Perspectives On Global Power and Wealth, (4th edition), (Boston:Bedford/St.Martin, 2000),p.64. (3)
Melalui situasi yang berbeza dalam mengehadkan barangan import pula kadar tarif yang tinggi
akan dikenakan oleh kerajaan ke atas barangan import yang bertujuan supaya barangan import
lebih mahal berbanding barangan tempatan. Disamping itu kouta yang dikenakan ke atas
barangan import juaga bertujuan menentukan jumlah kemasukan barangan import dalam negara.
3.Polsi ekonomi (kerajaan melindungi industri tempatan)
Melalui ciri pelaksanaan polisi ekonomi bagi ekonomi merkantilisme, kerajaan akan
membentuk polisi yang bermatlamat untuk melindungi serta mengekalkan keselamatan. Sistem
perlindungan ini biasanya digunakan untuk melindungi industri muda tempatan. Alat
perlindungan paling lazim digunakan adalah seperti tarif (cukai), kouta (kawalan), Subsidi
(bantuan). Tarif merupakan cukai yang dikenakan keatas barang import tujuannya supaya harga
barang import lebih mahal dan mengurangkan permintaan terhadapnya. Keadaan ini dapat
memperbaiki imbangan pembayaran dan pendapatan negara.9 Situasi ini akan mendatangkan
kesan positif ke atas sesebuah negara tersebut.
4.Emas dan Perak jadi pengukur kekayaan sesebuah Negara.
Dalam teori merkantilisme, jumlah pendapatan sesbuah negara adalah diwakili oleh
“bullion” iaitu emas dan perak.10 Kekayaan sesebuah negara itu juga diukur melalui perolehan
‘buillion’ Negara tersebut. Maka dapat dilihat bahawa Negara yang kuat sudah semestinya
memiliki “buillion” yang banyak. Kedudukan emas dan perak sebagai pengukur kekayaan juga
9Gilpin, Robert, The Political Economy of International Relation (Princeton,N.J:Pinceton University Press, 1987), hlm,127. 10 Williamson, J. and Milner, Chris, The World Economy (New Yourk: Harvester Wheatseaf, 1991), hlm, 20. (4)
menjadi satu kesalahan seandainya ianya dijual ke luar negara. Sebagai contoh Sepanyol, pada
abad ke-16, hukuman dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang mengeksport emas dan perak iaitu
pesalah dikenakan hukuman mati.11 Peperangan juga sering berlaku untuk merebut sumber emas
dan perak. Ini kerana “Bullion” adalah sangat penting bagi menampung perbelanjaan
peperangan.12 Sehinggakan industri perkapalan dan pelayaran juga turut dibina untuk tujuan
penerokaan emas dan perak pada abad ke-17 dan 18.13
Tidiga merkantilister anammade bullionism, tron att måttet på ett lands rikedom var mängden guld och silver.
Senare merkantilister utvecklade en annorlunda teori.14
5.Zero-sum game
Berdasarkan ciri merkantilisme iaitu dapat dilihat juga bahawa merkantilisme punya ciri
dimana ianya melihat perdagangan itu sebagai satu “zero-sum game” iaitu “where a gain by one
party requires a loss by another”. Secara ringkas, ia bermaksud hanya satu pihak pemenang
11Frieden, Jeffry A. International Political Economy: Perspectives On Global Power and Wealth, (4th edition), (Boston:Bedford/St.Martin, 2000),hlm.23.12 Williamson, J. and Milner, Chris, The World Economy (New Yourk: Harvester Wheatseaf, 1991), hlm,20. 13 M, Javed. , International Political Economy and Globalization (Singapore: World Scientific, 2000),hlm,69. 14 http://sv.wikipedia.org/wiki/Merkantilism <10.mac2008> (5)
danyang pihak lain gagal mendapatkan faedah. Dan konsep ini telah diperaktikan lebih kurang
dua abad. Ahli mercantilist percaya, hanya dengan cara ini sahaja, keuntungan dapat diperoleh
(the sallers gains the buyers loss).15 Dalam hal ini nyata bahawa akan wujud satu pihak yang
dilihat sebagai pemenang apabila Berjaya memperoleh faedah berbanding pihak lain.
PERSPEKTIF LIBERALISME
Liberalisme dari aspek ekonomi memperlihatkan nama-nama tokoh seperti Adam Smith,
David Ricardo adalah tidak dapat dielak apabila membincangkan ideologi liberalisme. Namun
secara umumnya, liberalisme boleh dibahagikan kepada dua iaitu liberal klasik dan liberalism
moden. Tokoh liberal klasik adalah seperti Thomas Paine, John Locke. Manakala tokoh liberal
moden ialah John Stuart Mill, John Dewey dan sebagainya.16 Terdapat juga tokoh-tokoh terkenal
dalam persepktif liberalism iaitu sperti Adam Smith, David Ricardo, J.S Mill, J.a. Hobson, J.M
Keynes, David Mitrany, Friedrich Hayek, J.K. Galbraith, Milton Friedman dan Robert
Keohane.17
Ciri-ciri Liberalisme
1.Mengutamakan hak-hak peribadi masyarakat
Liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi serta kesamarataan terhadap peluang
untuk semua. Falsafah ini ingin membentuk satu masyarakat yang mempertahankan
pemikiran yang bebas untuk setiap orang, batasan kepada kuasa khususnya kuasa kerajaan
15 http://en.wikipedia.org/wiki/mercantilism<10.mac.2008>16Terence Ball & Richard Dagger.(1995). Idea And Ideologies:A Reader (2nded). Harper Collins College Publisher. Hlm, 67-69. 17Spyros Economides & Peter Wilson, The Political Economic Factor In International Relation, London: I.B. Tauris & Co Ltd, 2001, hlm, 16. (6)
dan agama, kedaulatan undang-undang, pendidikan awam yang percuma, kebebasan bertukar
fikiran, ekonomi pasaran yang memberikan kebebasan menjalankan perusahaan peribadi dan
sistem kerajaan yang terbuka yang melindungi hak-hak semua rakyat secara adil dan
saksama. Di dalam masyarakat moden, mereka yang liberal mengemari sistem pengundian
yang adil dan terbuka di dalam sistem demokrasi liberal di mana semua rakyat mempunyai
hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang dan peluang yang saksama untuk berjaya.18
2.Pasaran Bebas
Dalam perspektif liberalisme ciri paling utama yang ketara adalah pasaran bebas dan
campur tangan karajaan yang terhad. Ahli-ahli liberal menuntut pembukaan pasaran bebas
kerana mereka percaya ia mampu memperbanyakkan pilihan barang dan perkhidmatan yang
boleh diperoleh oleh pengguna.19 Dengan cara berprinsip, ekonomi pasaran adalah ditentukan
oleh peraturan permintaan (law of demand). Peraturan ini menerangkan bahawa individu akan
membeli lebih banyak barang apabila harga relative menurun atau berkurangan apabila haraga
meningkat. Tetapi jika pendapatan relatif meningkat individu masih berkecenderungan untuk
membeli lebih banyak barang.
3.Keadaan Pasaran.
18http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme <26.mac.2008> 19 Gilpin, Robert, The Political of International Relation (Prienceton, N.J Prienceton University Press, 1987),hlm,26. (7)
Melalui ciri pasaran bebas dalam perspektif liberalisme ini juga, Perspektif liberalisme
juga beranggapan bahawa kewujudan pasaran adalah disebabkan oleh individu yang mempunyai
informasi yang cukup terhadap keadaan pasaran. Menurut ahli liberal lagi, individu yang
mempunyai informasi yang cukup membolehkan mereka membuat pilihan berdasarkan faedah
yang akan diperolehinya.20 Harga di pasaran juga ditentukan menerusi mekanisme harga.21
4.Campur tangan kerajaan dalam ekonomi yang terhad.
Ciri liberalisme ini dapat dilihat melalui anggapan bagi pihak neo-liberalisme, dimana
mereka menggangap kerajaan seharusnya tidak melibatkan diri dalam sektor ekonomi kecuali
apabila timbul kegagalan dalam pasaran (Baumol,1965). Calson pada tahun 1965, berpendapat
bahawa kerajaan hanya diperlukan untuk menyediakan barang awam atau barang bersama.22 Ahli
falsafah Francis, Franncois Quesnay (1694-1774), mengutuk kerajaan yang campur tangan dalam
pasaran kerana berangapan ia akan membawa keburukan kepada masyarakat. Slogan yang
dilontar olehnya ialah “laissez fire, laissez paisser” yang bermakna “let be, let pass”.23 Walau
bagaimanapun, John Stuart Mill (1806-1873), mencadangkan yang kerajaan seharusnya
menggambil langkah untuk member bantuan tambahan kepada pasaran tetapi dalam kadar yang
terhad. Menurut Mill, terdapat perkara seperti pendidikan, kesihatan mahupun sosial harus
dimainkan oleh kerajaan. Berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh 3 orang ahli liberal
20Gilpin, Robert, The Political of International Relation (Prienceton, N.J Prienceton University Press, 1987),hlm,26. 21 M.Javed, International Political and Economy and Globalization (Singapore: World Scientific, 2000), hlm,469.22 Gilpin, aRobert, The Political E conomy of International Relation (Priencton,N.J:Princeton University Press, 1987),hlm,29. 23Balaam. David. N., Introduction To International Political Economy, (Upper Saddle River, N.J:Person/Prentice Hall, 2005), hlm, .47. (8)
ini, dapat di simpulkan bahawa semuanya bersetuju terhadap campur tangan kerajaan yang
terhad dalam ekonomi liberalism.24
5..Memaksimumkan Keuntungan.
Disamping itu liberalisme juga bercirikan memaksimumkan keuntungan dengan
menggunakan kos yang terendah. Ekonomi liberalisme juga mengeluarkan barangan yang dapat
memberi kepuasan kepada pengguna. Individu dianggap berupaya bertindak secara rasional dan
berusaha memaksimumkan kepuasan dengan pembelian barangan pada nilai yang paling
terendah. Menurut liberalisme, individu akan mendapatkan objektifnya apabila keseimbangan
pasaran dicapai. Keseimbangan pasaran hanya dicapai apabila jumlah kos pengeluaran
bersamaan dengan jumlah keuntungan.25 Situasi ini membuktikan ekonomi liberalism
mempynyai objektif tersendiri iaitu memaksimumkan keuntungan.
6.Ahli liberalisme percaya perdagangan yang membawa keharmonian antara Negara.
Seterusnya liberalisme juga punya ciri iaitu ahli-ahlinya percaya yang perdagangan bebas
mampu membawa kepada keadaan yang harmoni dan damai antara negara. Keadaan ini berlaku
kerana keuntungan dan faedah yang diperoleh negara menerusi perdagangan akan memaksa
negara untuk mengekalkan keuntungan hubungan baik serta bekerjasama supaya tidak
merugikan sesama lain. Menurut liberalisme lagi, politik cuba untuk memisahkan, manakala
24Balaam. David. N., Introduction To International Political Economy, (Upper Saddle River, N.J: Person/Prentice Hall, 2005), hlm, 54. 25Gilpin, Robert., The Political Economy of International Relation (Princeton,N.J:Princeton University Press, 1987)hlm, 26. (9)
ekonomi cuba untuk menyatukan manusia.26 Adam Smith melihat perdagangan bebas seharusnya
dilakukan menerusi pengkhususan barangan. Negara harus mengkhusus menghasilkan barangan
yang mereka mahir serta menggunakan kos yang kurang. Hasil daripada pengkhususan, negara
yang terlibat akan mendapat keuntungan yang dikenali sebagai faedah mutlak seperti yang
didakwa oleh Adam Smith.27
6.Liberalisme Mengalakkan Persaingan
Liberalisme juga punya ciri dimana ianya menggalakkan persaingan (competition).
Menurut Smith, persaingan adalah amat penting dalam ekonomi kerana ia mampu menyekat
mana-mana pihak dari terlalu berkuasa. Di samping itu akibat daripada persaingan antara
individu dalam pasaran, ia telah memaksa para pesaing supaya tidak mengenakan haraga yang
terlalu tinggi dalam pasaran, ia telah memaksa pesaing supaya tidak mengenakan haraga yang
terlalu tinggi di pasaran. Selain harga, persaingan juga melibatkan aspek kualiti barang.28 Hasil
daripada persaingan yang timbul maka hanya barang yang berkualiti sahaja yang akan
dipasarkan. Hal ini bertujuan untuk memastikan kebolehan sesuatu barangan itu untuk bersaing
dalam pasaran.
7.Menentang campur tangan kerajaan dalam ekonomi
Secara lebih terang lagi bentuk atau ciri neo-liberalisme ini dapat dilihat dengan jelas
bahawa ianya adalah amat menentang campur tangan kerajaan dalam ekonomi dan ia menuntut
26Gilpin, Robert., The Political Economy of International Relation 9princeton, N.J:Princeton University Press, 1987),p.29. 27 Frieden, Jeffry A, International Political Economy: Perspectives On Global Power and Wealth, (4th edition), (Boston: Bedford/St.Martin,2000),hlm,64.28 Gilpin, Robert., The Political Economy of International Relation (Prienceton,N.J:Princeton University, Press,1987),hlm,, 28. (10)
cukai dan pengawalan yang minimal.Sepertimana di Barat, neo-liberalisme menekankan
“welfare state” seharusnya terbuka secara global supaya banyak pasaran dapat memasuki ke
dalam Negara-negara membangun dan kurang membangun. Neo-liberalisme dipraktikan semasa
pentadbiran Reagan di Amerika Syarikat dan Margaret Thatcher di Britain.29 Situasi ini
membuktikan bahawa unsur penentangan terhadap campur tangan kerajaan terhadap ekonomi
sesebuah negara.
PERSPEKTIF STRUKTURALISME
1.Pandangan Karl Marx.
Dalam perspektif Strukturalisme, Karl Marx dan Lenin mesti diketengahkan, ini kerana
mereka banyak menyumbang idea-idea dalam strukturalisme. Pada (1818-1883) Karl Marx
banyak membuat analisis berkenaan dengan struktur kelas hasil daripada eksploitasi, konflik
kelas dalam ekonomi. Perspektif strukturalisme juga adalah lebih menumpukan perhatian kepada
analisis sesuatu masalah, isu dan peristiwa. Karl Marx juga berpendapat bahawa bahawa
struktur hubungan manusia ditentukan oleh kilang (pembawa kepada kelas (proletariat dan
bourgeoisie) yang menggambarkan seluruh masyarakat dimana ploretariat ialah golongan
bawahan dan borguise adalah golongan atasan.
Pandangan Karl Marx juga ada menyatakan sendiri tentang ekonomi oloitik domestic
berkaitan tentang masyarakat kapitalis. Semua pandangan tentang Marxism siap bagaimanapun
adalah berbeza atau berlainan pendapat tentang dengan tepat dari liberalism klasik dalam
29 http://en.wekipedia.org/wiki/Neo-liberalisme<10.mac.2009>
(11)
keupayaannya pandangan tentang alamberkaitan aktiviti ekonomi dalam dunia kapitalis.
Hubungan bersebelahan ekonomi dan politik dapat hidup bersendirian dan bergantung pada
kebolehterimaan tentang sistem ekonomi laissez-fire.30 Akan tentang zaman saling bergantung
dan kepentingan tentang aspek menyeluruh iaitu globalization dianggap penting.31
Menurut Marx, struktur kelas ada dua peringkat iaitu peringkat pertama golongan atasan
dan peringkat kedua golongan bawahan. Golongan atasan dikenali sebagai bourgouise yang
mengendalikan ekonomi seperti pengusaha dan peniaga. Manakala, kelas bawahan juga dikenali
sebagai proletariat terdiri daripada golongan pekerja. Kewujudan struktur kelas maka dapat
dilihat bahawa berlaku kecenderungan perkara-perkara eksploitasi dan penindasan dari pihak
bourgeoisie ke atas pihak proletariat sehingga mewujudkan jurang prbezaan ketidakseimbangan
kelas yang mengambarkan golongan atasan amat berkuasa, manakala golongan bawahan amat
miskin. Sumber kekayaan dan harta adalah dimiliki oleh golongan atasan.32
Marx juga tidak bersetuju dengan konsep Supplay and Demond. Mengikut Marx
golongan-golongan Kapitalis akan mengeluarkan barangan berlebihan dan selalunya ada tradisi
diantara kapasiti dan keupayaan untuk keluarkan barangan dan kapasiti kepada pengguna
membeli barangan tersebut menyebabkan sering berlaku ketidakseimbangan diantara barangan
dan penggunaan. Bagi Marx ini menyebabkan kegawatan dan turun naik ekonomi.33
Akibat daripada ketidakseimbangan kelas dan masalah-masalah seperti eksploitasi dan
penindasan Marx telah melakukan ramalan yang menyatakan golongan tertindas iaitu proletariat
30M.C. Howard and J.E. King, The Political Economy of Marx (Harlow: Longman, 1975).31R.J.Barry Jones, Globalization And Interdependence In The International Political Economy, Great Britain: St. Martin’s Press, Inc., 1995. 32Nota Kuliah The Political Economy , Puan….33 Nota Kuliah The Political Economy, Puan…… (12)
akan bangkit untuk memberontak terhadap golongan atasan dan sistem ekonomi yang
diperaktikkan kapitalis akan mewujudkan persaingan yang menyebabkan para pengusaha
mengurangkan kos pengeluaran terutamanya tenaga buruh. Dalam hal ini, pengusaha
mengantikan tenaga buruh menerusi alat-alat mesin. Secara tidak sedar, keadaan ini akan
meningkatkan kadar pengangguran di kalangan pekerja. Maka, revolusi tentu akan dilancarkan
pada puncak ketegangan itu.34
2.Pandangan Lenin.
Mengikut pandangan Lenin beliau mengatakanjangkaan atau pandangan Marx tidak jadi
kenyataan kerana terdapat perbezaan atau perubahan yang berlaku setelah penulisan Marx
sendiri dimana Lenin mengatakan Marx hanya membataskan kapitalisme di Eropah Barat iaitu
satu sistem ekonomi yang tertutup. Semasa Low of Motion Marx punya pandangan bahawa
kapitalisme terdiri daripada syarikat-syarikat atau industry kecil-kecilan yang kompetitif, walau
bagaimanapun semasa Lenin ekonomi kapitalis didominasi oleh gabungan syarikat-syarikat atau
industry yang dikawal dan disokong oleh industry perbankan yang kuat. Lenin juga turut
menyatakan bahawa aktiviti penjajahan akan akhirnya menghancurkan sistem kapitalis
antarabangsa.35
Pada tahun 1917, V.I Lenin (1870-1924) telah menerbitkan sebuah rumusan iaitu
“imperialism: The Highest Stage Of Capitalisme”. Ramalan Marx, bahawa revolusi akan
34Balaam. David. N.,International To Political Economy, (Upper Saddle River, N.J: Pearson/Prentice Hall, 2005), hlm, 73-76. 35Nota Kuliah The Political Economy, Puan….. (13)
dilakukan tetapi ia tidak berlaku. Sebagai reaksi menyokong marx,Lenin mengemukakan alasan
bahawa kapitalis Berjaya melepasi elakkan tersebut menerusi imperialisme. Menurut Lenin,
imperialism membolehkan kapitalis memasarkan barangan lebihan di kawasan tanah jajahan
mereka. Malah, hasil daripada pelaburan di kawasan tanah jajahan terlalu bergantung kepada
para penjajah. Lenin berpendapat bahawa dengan munculnya imperialism, persaingan dalam
Negara akan berkurangan dan sebaliknya monopoli akan semakin meningkat. Lenin
mengemukakan alasan lagi bahawa kapitalisme melambat-lambatkan lagi krisis yang tidak dapat
dielakkan itu.36
Melalui, “modern world system Theory” yang dikemukakan oleh Immanuel Wallerstein
dalam perspektif strukturalisme ianya beranggapan dunia seperti satu bulatan yang terbahagi
kepada 3 kawasan iaitu core, semi-periphery. Core bermaksud Negara-negara kapitalis yang
maju serta berteknologi, ekonomi yang berlandaskan perindustrian, penggunaan jentera dan
mereka telah mengeksploitasi Negara-negara semi-periphery untuk memperoleh bahanmentah
serta tenaga manusia. Contoh Negara core ialah Negara G-8 Amerika Syarikat, Jepun dan Korea
Selatan dimana Negara-negara ini terdiri daripada negara maju.
Negara-negara membangun serta Negara-negara perindustrian yang dikenali sebagai
semi-periphery adalah dianggap Negara yang masih berada di belakang jika dibandingkan
dengan Negara-negara maju di core. Negara-negara semi-periphery bergantung kepada Negara
36Balaam. David. N.,International To Political Economy, (Upper Saddle River, N.J:Pearson/Prentice Hall, 2005), hlm, 80-82.
(14)
core untuk teknologi, pelaburan, dan barangan siap, mereka menyediakan bahan-bahan mentah
separuh siap serta tenaga buruh kepada Negara maju. Malah mereka dieksploitasi oleh Negara
core, tetapi pada masa yang sama, mereka turut mengeksploitasi Negara-negara periphery.Antara
contoh Negara semi periphery adalah seperti Malaysia, Argentina, dan Brazil yang juga lebih
dikenali sebagai Negara-negara membangun.
KRITIKAN MERKANTILISME
1.Mengejar Kuasa
Melalui perspektif merkantilisme kritikan yang dapat dilihat ialah teori merkantilisme ini
adalah terlalu mengejar kuasa dengan menjadikan kekayaan sebagai ukurannya. Dalam Keadaan
ini selalunya pelbagai konflik atau masalah seperti berlakunya peperangan perebutan kawasan
yang kaya dengan sumber kekayaan seperti emas dan perak sesama negara bangsa. Dengan
wujud dan berlakunya peperangan maka ianya turut menyebabkan kelemahan kepada Negara
yang terlibat dalam peperangan tersebut. Ini kerana disebabkan Negara tersebut terpaksa
menggunakan perbelanjaan atau kos yang banyak dalam peperangan dimana banyak wang
negara dibelanjakan untuk bekalan makanan, peralatan senjata, perubatan dan sebagainya.
(15)
2.Ekonomi antarabangsa sebagai zero-sum game
Dengan ideologi merkantilisme juga kritikan berkenaan dengan kecenderungan
menggangap ekonomi antarabangsa sebagai satu “zero-sum game”, iaitu apabila sesebuah negara
memperoleh sesuatau, negara yang lain mesti disusuli dengan kerugian. Persepsi ini dapat
disangkal dengan melihat pesepktif liberalisme dimana menurut liberalisme setiap negara yang
terlibat dalam perdagangan mesti memperoleh keuntungan walaupun ianya kemungkinan dalam
kadar yang tidak sama. Maka persepsi merkantilisme terhadap perdagangan adalah pesimistik
dan sempit.37
4.Pembangunan industri tanpa pasaran merugikan Negara.
Melihat kepada kritikan merkantilisme juga dapat dilihat bahawa pembangunan industry
tanpa pasaran antarabangsa turut membawa kerugian kepada Negara. Sebagai contoh jika
seandainya barangan keluaran tempatan tidak dapat dipisahkan secara meluas ke Negara luar,
maka ianya hanya dapat dipasarkan dalam negara sahaja. Situasi ini akan merugikan Negara.
Seterusnya pemilihan pengguan terhadap sesuatu barangan permintaan mereka juga akan
menjadi terhad dan terbatas. Manakala penolakan perdagangan bebas turut menyebabkan
sesebuah Negara tidak berupaya menikmati faedah mutlak dan berbanding seperti yang didakwa
oleh Adam Smith dan Ricardo.
5.Kritikan polisi perlindungan.
Kritikan merkantilisme juga dapat dilihat melalui polisi perlindungan dalam sistem
ekonomi ini dimana polisi perlindungan yang diamalkan sememangnya tidak dapat menafikan
37 Balaam.David. N., Introduction To International Political Economy, (Upper Saddle River, N.J:Pearson/Prentice Hall,2005), hlm,49.
(16)
kebanyakan industri yang baru berkembang adalah mendapat perlindungan yang terlalu tinggi
maka ianya turut menyebabkan industri tidak cekap dan efisen.38
KRITIKAN LIBERALSME
1.Kritikan hak asasi manusia.
Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas yang dapat dibaca di dalam hampir
semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan ,
status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Hak-hak asasi manusia yang
disokong oleh semua liberal termasuk hak untuk hidup, kebebasan dan kehartaan.39
2.Perdagangan bebas
Kritikaan liberalism yang pertama dapat dilihat melalui teorinya yang menggalakkan
perdagangan bebas. Dalam konsep liberalisme ianya percaya bahawa perdagangan bebas
merupakan satu aktiviti ekonomi yang dapat memberi faedah kepada pengguna dan
memaksimumkan kekayaan global. Perdagangan bebas mampu memaksimumkan pilihan
pengguna serta menggunakan sumber secara cekap. Namun perdagangan bebas telah mendapat
kritikan daripada merkantilisme dan Marxisme. Misalnya, dalam kritikan Merkantilisme ia
melihat bahawa aktiviti perdagangan bebas menyebabkan Negara bergantung dan lemah. Situasi
38 Gilpin.Robert. The Political Economy of International Relation (Princeton.N.J:Princeton University Press. 1987), hlm, 47-49.
39 http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme <26.mac.2008> (17)
ini seolah-olah terikat dengan Negara yang digantung itu sama ada dari segi barangan ataupun
bantuan.40
2.Campur tangan kerajaan dalam ekonomi
Kritikan yang kedua terhadap liberalism adalah berkaitan dengan campur tangan
kerajaan dalam ekonomi Negara. Sebenarnya campur tangan kerajaan dalam ekonomi Negara
adalah penting dalam sesebuah Negara. Namun sebaliknya liberalism mendakwa bahawa campur
tangan kerajaan dalam ekonomi adalah tidak penting dimana liberalism ini turut mengasingkan
kerajaan daripada melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Maka dalam hal ini dapat dilihat
sebuah ekonomi yang tidak ada kawalan kerajaan maka bagaimana industri-industri dalam
Negara mampu dilangsungkan. Sedangkan manusia sememangnya tidak dapat mengelak
daripada sifat ketamakan dalam perniagaan yang dijalankan. Maka dalam hal ini nyata sekali
kerajaan amat perlu untuk campur tangan dalam ekonomi untuk mengelakkan sebarang aktiviti
eksploitasi dan penindasan berlaku dalam Negara.
3.Persaingan dalam aktiviti ekonomi.
40 Balaam.David.N.,Introduction To International Political Economy, (Upper Saddle River ,N.J:Pearson/Prentice Hall,2005),p.31.
(18)
Kritikan ketiga dalam persepktif liberalisme dapat dilihat melalui pengekalan
liberalisme untuk bersaing dalam aktiviti ekonomi. Namun demikian penggalakkan ini telah
dikritik oleh Marixim. Menurut Marx, akibat daripada persaingan antara pengusaha dalam
aktiviti ekonomi atau pengeluaran barangan, pengusaha akan berusaha untuk mengurangkan kos
pengeluarn supaya memaksiumkan keuntungan. Situasi ini menyebabkan para pengusaha
mengurangkan pengambilan buruh dan upah buruh serta mengantikan tenaga buruh dengan
pengguna mesin (teknologi). Apabila berlaku pengurangan kos maka permintaan buruh di
pasaran akan berkurang, namun pada masa yang sama akan berlakunya penawaran buruh lebihan
di pasaran. Maka, implikasi daripada pendekatan pengurangan kos turut membawa kepada
penganguran di kalangan pekerja. Hal ini seterusnya akan mengundang kepada pemberontakan
para pekerja yang tertindas.41
4.Pengagihan kekayaan tidak seimbang.
Kritikan yang keempat terhadap liberlisme adalah berkaitan dengan sistem pengagihan
kekayaan yang tidak seimbang. Hal ini dapat dilihat bahawa kumpulan yang kaya berada pada
bilangan yang kecil maka kumpulan miskin adalah pada bilangan yang besar. Hal ini
menyumbang kepada terbentuknya dua kelas social iaitu bourgeoise(golongan kaya) dan
proletariat(golongan miskin) berdasarkan perspektif strukturalisme. Keadaan yang tidak
seimbang ini juga membawa kepada penindasan dan eksploitasi golongan bourgeoise kepada
proletariat. Maka, ekonomi adalah tidak stabil kerana sering berlaku pergelutan dan
41 Spyros Economides & Peter Wilson, The Political Economic Factor In International Relation, London: I.B. Tauris & Co Ltd, 2001, hlm, 16-23.
(19)
pertentangan kelas.42 Situasi ini juga dilihat sebagai jurangperbezaan antara bourgouise dan
proletariat.
KRITIKAN STRUKTURALISME
Dalam persepktif strukturalisme teori Marxisme ada mengatakan bahawa konflik adalah
dicetuskan oleh sistem kapiatalis. Sebagai contoh, Negara kurang membangun juga boleh
berperang sesama sendiri dan bukan semestinya dengan Negara yang maju. Kemunculan teori
Marxisme pada abad ke dua puluh juga telah menarikperhatian segenap masyarakat dunia dalam
aspek ekonomi strukturalisme.43 Maka kenyataan ini adalah menentang dan menolak apa yang
didakwa Lenin tentang punca perang dunia pertama adalah disebabkan sistem ekonomi yang
diperaktikan oleh kapitalisme. Malah, jika berdasarkan perspektif Strukturalisme, ia kelihatan
terlalu pesimistik terhadap ekonomi kapitlisme.
Ekonomi kapitalisme juga menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang,
membawa kepada peperangan, permusuhan Negara, dan sebagainya. Jika ia meneliti secara
mendalam dalam sistem ekonomi kapitalisme, dakwaan-dakwaan yang dikemukakan oleh
persepktif strukturalisme juga tidak semestinya smunya benar. Dalam persepktif Liberalisme, ia
menggalakkan perdagangan antara Negara. Keadaan ini membawa kepada kerjasama dan
membentuk satu hubungan berbaik-baik antara Negara. Ini kerana, peperangan hanya akan
42 Balaam.David.N.,Introduction To International Political Economy, (Upper Saddle River ,N.J:Pearson/Prentice Hall,2005), hlm, 73-76.
43 R.J Barry Jones, Globalization And Interdependence In The International Political Economy, Great Britain: St. Martin’s Press, Inc., 1995, hlm 10.
(20)
membawa kepada kerugian kerana peperangan yang berlaku menelan perbelanjaan kos yang
banyak.
Seterusnya perspektif liberalism ini juga dapat dilihat bahawa penindasan golongan
(borgouise) atasan terhadap golongan bawahan (proletariat) seperti yang didakwa oleh
strukturalisme juga tidak boleh ditrima secara berbulat-bulat. Hal Ini kerana disebabkan aspek
kecekapan sering dijadikan perkara yang penting dalam pengeluaran barangan ataupun
pekerjaan. Maka dalam hal ini penindasan yang berlaku antara kedua-dua kelas golongan atasan
dan bawahan juga turut membantutkan kecekapan pekerja, seterusnya menghasilkan produk dan
hasil kerja yang tidak berkualiti. Hal ini adalah bertentangan dengan sistem ekoniomi
kapitalisme.44
44 Gilpin,Robert, The Political Economy of International Relations (Princeton,N.J:Princeton University Press, 1987), hlm, 50-53.
(21)
Kesimpulan
Secara kesimpulannya berdasarkan hujah serta huraian dan diikuti contoh yang nyata
dapat kita lihat bahawa ketiga-tiga aspek perspektif iaitu merkantalisme, liberalism dan
strukturalisme masing-masing mempunyai idea serta kerasionalannya yang tersendiri. Kesemua
aspek ini juga mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membentuk satu sistem ekonomi yang
dirasakan paling ideal dan sesuai bagi masyarakat serta mendedahkan kelemahan perspektif
ekonomi yang lain.
Melalui Ketiga-tiga persperktif dapat dilihat bahawa aspek merkantilisme adalah
mempunyai cirri-ciri seperti mempraktikkan polisi perlindungan, menjadikan buillion sebagai
ukuran kekayaan, dan mementingkan actor Negara. Manakala perspektif Liberalisme pula,
mempunyai ciri-ciri seperti mempraktikkan aspek pasaran, perdagangan bebas, pengumpulan
modal, persaingan dan sebagainya. Perspektif ketiga pula iaitu strukturalisme adalah memiliki-
ciri kelas social, exploitasi dan penindasan kelas, pembahagian dunia kepada tiga kawasan dan
sebagainya. Melalui ciri-ciri setiap perspektif ianya memperlihatkan perbezaan ketiga-tiga teori
ini.
Dalam aspek kritikan pula dapat disimpulkan bahawa kewujudan ketiga-tiga perspektif ini
iaitu merkantilisma, liberalism dan strukturaliisme memperlihatkan bahawa tidak ada satu idea
yang ideal atupun terbaik. Namun keberkesanan ketiga-tiga idea ini adalah bergantung kepada
Peninjauan yg dilakukan terhadap peralihan masa. Namun melihat kesesuaian perspektif masa
kini perspektif lberalisme adalah lebih sesuai dipraktikkaan pada masa kini.
(22)
BIBLIOGRAFI (SUMBER BERTULIS)
1.Gilpin, Robert., The Political Economy of International Relations, Princeton,N.J:Princeton
University Press,1987.
2.Balam, David.N., Introduction To International Political Economy, Upper Saddle River, N.J.:
Person/Prentice Hall, 2005.
3.Williamson, J. and Milner, Chris, The World Economy, New Yourk: Harvester Wheatseaf,
1991.
4.Frieden, Jeffry A. International Political Economy: Perspectives On Global Power and Wealth,
(4th edition), (Boston:Bedford/St.Martin, 2000).
5. M, Javed. , International Political Economy and Globalization, Singapore: World Scientific,
2000.
6.Terence Ball & Richard Dagger.(1995). Idea And Ideologies:A Reader (2nded). Harper Collins
College Publisher.
7.Spyros Economides & Peter Wilson, The Political Economic Factor In International Relation,
London: I.B. Tauris & Co Ltd, 2001.
8.R.J Barry Jones, Globalization And Interdependence In The International Political Economy,
Great Britain: St. Martin’s Press, Inc., 1995.
9.M.C. Howard and J.E. King, The Political Economy of Marx, Harlow: Longman, 1975.
(23)