8
Pendahuluan Kanak-kanak belajar memahami dunia dan persekitaran melalui interaksi dengan ahli keluarga, rakan sebaya, guru-guru dan persekitaran. Permainan ialah bahan asas pembelajaran dan perkembangan minda kanak-kanak. Permainan merupakan aktiviti yang menyeronokan bagi kanak-kanak. Mereka berpeluang memahami dan meneroka diri sendiri dan persekitaran dengan lebih baik. Kanak-kanak belajar pelbagai kemahiran sewaktu bermain. Ahli psikologi, Jean Piaget mengatakan sewaktu bermain kanak- kanak akan mendapat penemuan-penemuan baru dan belajar sendiri tanpa di ajar oleh orang lain. Berdasarkan pemerhatian beliau kanak-kanak sebaya sering melakiukan kesilapan yang sama, oleh itu, beliau berpendapat kanak-kanak patut di beri peluang melalui proses tersebut secara semulajadi. Lev vygotsky pula percaya kanak-kanak perlu diberi ransangan dengan aktiviti-aktiviti permainan yang mencabar minda kanak-kanak. Beliau juga bersependapat dengan Jean Piaget yang mengatakan bahwa sewaktu bermai, kanak-kanak menjadi sangat aktif meneroka pembelajaran mereka.

assg main

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hgfjhhv

Citation preview

Pendahuluan

Kanak-kanak belajar memahami dunia dan persekitaran melalui interaksi dengan ahli keluarga, rakan sebaya, guru-guru dan persekitaran. Permainan ialah bahan asas pembelajaran dan perkembangan minda kanak-kanak. Permainan merupakan aktiviti yang menyeronokan bagi kanak-kanak. Mereka berpeluang memahami dan meneroka diri sendiri dan persekitaran dengan lebih baik. Kanak-kanak belajar pelbagai kemahiran sewaktu bermain.

Ahli psikologi, Jean Piaget mengatakan sewaktu bermain kanak-kanak akan mendapat penemuan-penemuan baru dan belajar sendiri tanpa di ajar oleh orang lain. Berdasarkan pemerhatian beliau kanak-kanak sebaya sering melakiukan kesilapan yang sama, oleh itu, beliau berpendapat kanak-kanak patut di beri peluang melalui proses tersebut secara semulajadi.

Lev vygotsky pula percaya kanak-kanak perlu diberi ransangan dengan aktiviti-aktiviti permainan yang mencabar minda kanak-kanak. Beliau juga bersependapat dengan Jean Piaget yang mengatakan bahwa sewaktu bermai, kanak-kanak menjadi sangat aktif meneroka pembelajaran mereka.

Jenis permainan yang dipilih ialah pancing sukukata dan payung terjun berwarna. a) Permainan komunikasi permainan ini melibatkan pengunaan perkataan, pergerakan badan dan bunyi. Ia merangkumi aktiviti nyanyian, membaca, sajak, puisi, perbualan dan lakonan Kanak-kanak diberi peluang berinteraksi dengan rakan-rakan dan menambah perbendaharaan kata. Ia boleh dijalankan sevara kumpulan dan menggunakan muzik.b) Permainan kreatif permainan yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyalurkan maklumat atau melahirkan kreativiti mereka melalui kerja tangan dan kesenian. aktiviti kraftangan yang boleh dijalankan adalah seperti melukis, warna, membuat kolaj dan arca.c) permainan eksplorasi permainan eksplorasi merupakan permainan yang mana kanakkanak dapat meneroka dan memperoleh maklumat melalui penemuan kendiri kanak-kanak boleh belajar menggunakan barang atau alatan sendiri selagi tidak merbahaya kepada kanak-kanak. Contohnya aktivit payung terjun menggunakan plastik.d) permainan imaginasi permainan ini berlaku apabila kanak-kanak berimaginasi dan menjadi kreatif. kanak-kanak membayangkan kehidupan yang berbeza seperti plastik yang terbang seperti burung, rama-rama dan kapal terbange) permaian lokomotor permainan ini melibatkan pergerakan kanak-kanak dan diberi peluang untuk bermain dan bergerak bebas. - kanak-kanak boleh mencipta permainan mereka sendiri bersama kawan-kawan. Ia melibatkan ruang yang luas.- contohnya bermain di padang atau di tempat khas.f) permainan masteri permainan ini memberi peluang kepada kanak-kanak bermain dan mempelajari beberapa kemahiran.- kanak-kanak boleh bermain dengan alam semulajadi dan persekitaran, contohnya memancing dan memasukkan ikan ke dalam kotak.g) permainan objek permainan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memegang dan menggunakan alatan atau objek - kanak-kanak juga boleh manipulasikan objek tersebut.h) permainan sosial permainan ini berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama rakan sebaya.- kriteria dan peraturan bermain boleh di bina atau di ubah sewaktu bermain.- kanak-kanak terlibat dalam komunikasi dan peraturan dlam permainan boleh diubah mengikut persetujuan semua kanak-kanak yang bermain.i) permainan simbolik sewaktu permainan ini, kanak-kanak menggunakan objek sebagai simbol sesuatu seperti plastik manjadi payung atau straw sebagai batang pancing.

Objektif permainanPemainan pancing sukukata mengenal suku kata meningkatkan sosialisasi menigkatkan daya saing yang positif menarik minat ke sekolah menerapkan nilai kerjasama meningkatkan perkembangan fizikal halus dan kasar mengkoordinasi mata tangan Memadankan kad sukukata Menanam sikap menghormati di antara satu dengan yang lain

Permainan payung terjun berwarna mengenal warna meningkatkan sosialisasi menigkatkan daya saing yang positif menarik minat untuk belajar menerapkan nilai kerjasama meningkatkan perkembangan fizikal halus dan kasar Mengkoordinasi mata tangan Boleh melompat dengan baik Menanam sikap menghormati di antara satu dengan yang lain

Peralatan yang digunakan Pancing suku kata straw, benang, magnet, kad suku kata, kotakPayung terjun berwarna plastik, benang, bongkah plastik, kad berwarna Kaedah dan cara bermainPancing suku kata Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan Guru menerangkan cara permainan itu di jalankan Murid pergi ke arah kolam buatan yang terdapat ikan suku kata di dalamnya Murid dikehendaki memancing suku kata dan mengenal pasti sukukata itu sama ada kv/kvk/kvkv Murid mengeja dan menyebut sukukata yang di pancing Murid memasukkan sukukata tersebut didalam kotak yang disediakan Aktiviti ini dijalankan secara kumpulanPayung terjun berwarna Setiap murid akan diberi satu payung terjun yang mempunyai satu payung terjun yang mempunyai kad warna yang berbeza Setiap murid akan mencari kad warna yang sama dengan murid lain murid membentuk kumpulan mengikut warna guru akan memberi arahan melambung kepada murid mengikut kumpulan warna masing-masing murid akan melambung sambil menyebut warna

Kebaikan Dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah,khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranyai.mengalakkanimaginasiii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencubaiii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosialiv membina keyakinan diriv. berorientasikan proses bukan hasilcth bahan mencapah; Bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi

Langkah-langkah keselamatan