Assgmnt Bola Tampar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rujukan pun boleh

Citation preview

WAJ3108

1.0 SEJARAH DAN ASAL USUL BOLA TAMPAR

Sejarah atau bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia Tenggara. Melalui sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard Keith pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. pada tahun 1895 David McConnaugh telah memperkenalkan permainan Minton dan di bawa ke Amerika Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan pada tahun 1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula,permmainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh masyarakat.Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi Negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

1.1WILLIAM G. MORGAN ( 1870-1942 )

Merupakan anak kelahiran New York yang tercatat dalam sejarah sebagai pengasas permainan bola tampar dan nama asalnya ialah MINTONETTE. Ketika mudanya, Morgan melanjutkan pengajiannya di Spring field Collegeof The Young Mens Christian Association dan bertemu dengan James Naismith pada tahun 1891 iaitu pengasas permainan bola keranjang. Selapas menamatkan pengajian, beliau menghabiskan tahun pertamanya di Auburn( Maine ) YMCA. Kemudian selepas musim panas pada tahun 1896 beliau berpindah ke YMCA di Holyoke ( Massachusetts ) dan dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Jasmani. Jawatan ini telah telah memberi beliau peluang untuk memperkenal, memperkembang dan mengarahkan pelbagai program latihan dan kelas kesukanan untuk lelaki dewasa. Kepimpinan beliau telah diterima oleh semua pihak dan bilangan pelajar dikelas beliau semakin meningkat. Beliau menyedari bahawa beliau memerlukan sejenis permainan rekreasi dalam usaha untuk meneruskan program beliau.Permainan bola keranjang ketika itu baru berkembang dan sesuai untuk orang muda tetapi ia adalah satu keperluan untuk mendapatkan satu alternatif untuk orang yang lebih berumur dalam satu permainan yang kurang membebankan.(Less violent and less intense ).

1.2SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR DI MALAYSIA

Permainan bola tampar diperkenalkan di Pulau Pinang dan Selangor dalam masa yang lebih kurang sama, iaitu pada suku pertama abad ke-20. Di PulauPinang, permainan ini diperkembangkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang dari Universiti Chi-Nan, Shanghai. Pasukan Mekanik Pulau Pinang merupakan pasukan bola tampar yang pertama di Pulau Pinang, ditubuhkan di sekitar 1926/27. Dalam tahun 1927, pertandingan Liga Bola Tampar Selangor dimulakan. Pertandingan ini melibatkan pasukan-pasukan dari Klang dan Kuala Lumpur. Permainan ini bekembang dengan tertubuhnya Y.M.C.A. Tetapi pada masa-masa berikutnya, perkembangan sukan bola tampar di Selangor tidak begitu jelas, dan tidak banyak aktiviti yang dijalankan. Dalam tahun 1932, Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang ditubuhkan. Beberapa kejohanan kemudiannya telah dianjurkan dan sukan bola tampar menjadi popular seperti badminton dan bola keranjang khususnya di negeri ini. Dalam tahun 1935, pasukan bola tampar yang terdiri daripada orang-orang Cina Malaya telah menyertai Kejohanan Sukan (Mini Olimpik) di seluruh Cina di Shanghai. Peryertaan pasukan ini telah mendorong Persaturn Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang untuk memperluaskan pekembangan sukan ini terutama di kalangan masyarakat Cina. Seterusnya ia telah membawa kepada penubuhan Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Cina Malaya pada tahun 1935. Persatuan ini telah mengadakan pertandingan antara negeri-negeri dalam usaha untuk memperkembangkan sukan bola tampar. Pada bulanApril 1937, Kejohanan ini melibatkan behagian lelaki dan wanita. Singapura telah muncul sebagai johan, sementara naib johan ialah Pulau Pinang. Aktiviti sukan bola tampar tergendala semasa Perang Dunia Kedua, tetapiia dihidupkan kembali selepas perang. Walau bagaimanapun selepas kejohanan antara negeri pada tahun 1951, kegiatan sukan ini terhenti sekali lagi tanpa sebarang pertandingan. Pada tahun 1959, satu usaha untuk memupuk minat terhadap sukan ini dikaji oleh para perwakilan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam satu mesyuarat di Pulau Pinang. Hasil pertemuan itu, Persatuan Bola Tampar Amatur Malaya ditubuhkan. Persatuan ini telah menganjurkan kejohanan bola tampar kebangsaan (antara negeri) yang pertama pada tahun 1960. Pada tahun 1962,persatuan ini telah bergabung dengan Persekutuan Bola Tampar Dunia dan berikutnya telah menjadi ahli penuh dlam Majlis Olimpik Malaya. Pada tahun1966, persatuan ini telah menganjurkan kejohanan kebangsaan kedua di Bentong dan bahagian wanita turut dipertandingkan. Pada tahun 1962, buat pertama kalinya Malaya telah menyertai kejohanan peringkat antarabangsa, iaitu di Sukan Asia Keempat di Jakarta. Pada tahun1965, Malaysia telah mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur apabila sukan ini diperkenalkan.

2.0 PERKEMBANGAN DAN OBJEKTIFPermainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan (1870 1942) pada 9 Februari, 1895 di Young Mens Christian Association (YMCA) Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Permainan ini direka berdasarkan permainantenis (jaring) dan bola keranjang (bola), dan beliau menamakan permainan baru ini sebagai Mintonette.Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada Volley Ball setelah cadangan dibuat oleh Professor Alfred T. Halstead, dan diterima oleh Morgan dalam persidangan. Pada tahun 1952, Jawatankuasa Pentadbiran United States Volleyball Association (USVBA) telah memutuskan supaya nama permainan ini dieja sebagai satu perkataan, Volleyball. Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947. Kejohanan bola tampar sedunia bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di Prague pada tahun 1949 manakala Kejohanan bola tampar sedunia yang pertama untuk wanita telah berlangsung di Paris pada tahun 1951. Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai sukan berpasukan Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya dalam bahagian lelaki manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas dalam acara wanita. Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis sukan antarabangsa yang terbesar di dunia. FIVB kini mempunyai 220 negara yang menjadi ahli gabungan termasuk 53 dari Afrika, 65 dari Asia, 56 dari Eropah, 34 dari NORCECA (North, Central America and the Caribbean) dan 12 dari Amerika Selatan, telah merupakan persekutuan sukan antarabangsa yang paling besar di dunia.

3.0 PERALATAN-PERALATAN BAGI PERMAINAN BOLA TAMPAR

Peralatan Pemain Peralatan pemain terdiri daripada jersi, seluar pendek dan kasut sukan. Jersi dan seluar pendek mestilah seragam, bersih dan sama warna. Kasut mestilah ringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit.Jersi pemain-pemain mestilah benombor 1 hingga 18. nombor-nombor tersebut mestilah dilatakkan di tengah-tengah bahagian hadapan dan belakang jersi. Warna nombor mestilah berbeza daripada warna jersi.

3.1 JARING DAN TIANGKetinggian Jaring Terletak tegak atas garisan tengah adalah sebidang jaring di mana bahagian atasnya dipasangkan pada ketinggian 2.43 meter untuk lelaki dan 2.24 meter untuk wanita. Tingginya diukur dari tengah gelanggang permainan. Tinggi jaring (pada kedua-dua garisan tepi) mestilah sama dan tidak melebihi 2 cm daripada ukuran rasminya. Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat Majlis Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) ialah : Lelaki Bawah 18 tahun = 2.35 m : Lelaki Bawah 15 tahun = 2.25 m: Perempuan Bawah 18 tahun = 2.20 m: Perempuan Bawah 15 tahun = 2.15 m: Lelaki dan Perempuan Bawah 12 tahun = 2.00 m Penanda Tepi Dua jalur putih diletakkan secara menegak pada jaring dan diletak tegak atas setiap garis tepi. Ukurannya adalah 5 cm lebar dan 1 m panjang (5cm x1cm) adalah sebahagian daripada jaring. Antena ialah satu rod berukuran 1.8 m panjang dan berdiameter 10 mm, diperbuat daripada fibreglass atau bahan yang serupanya. Antena diikat pada pinggir luar setiap penanda tepi. Antena itu terletak pada sebelah jaring yang bertentangan. 80 cm bahagian atas antena menjangkaui di atas jaring dan ditandakan dengan jalur berukuran 10 cm yang berlainan warna merah dan putih digalakkan untuk jalur-jalur itu. Kedua-dua antena adalah sebahagian daripada jaring dan menghadkan ruang lintasan atas jaring.Tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 0.50 hingga 1.00 meter di luar garisan tepi. Ia berukuran 2.55 meter tinggi dan jenis mudah alih sekiranya boleh. Bagi pertandingan rasmi dan Dunia FIVB, tiang yang menunjang jaring diletak padajarak 1 meter di luar garisan tepi kecuali dipersetujui oleh FIVB. Tiang itu adalah membulat dan licin, dipasang ke atas lantai tanpa sebarang kabel. Tidak seharusnya mempunyai sebarang penghalang yang merbahaya.

3.2 BOLATaraf Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada satu lapisan kulit atau kulit sintetik yang fleksibel dengan satu pundi dalamannya diperbuat daripada getah atau bahan yang sama. Warnanya boleh seragam dan cerah atau kombinasi warna-warni. Lilitannya adalah 65 hingga 67 cm dan jisimnya 260 hingga 280 gram. Tekanan udara ialah 0.30 hingga 0.325 kg/cm2. Keseragaman bola pula, semua bola yang digunakan dalam satu-satu perlawanan mesti mempunyai taraf yang sama dari segi lilitan, berat, tekanan udara,dan jenis warna. Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB termasuk Kejohanan Kebangsaan atau Liga mesti menggunakan bola kelulusan FIVB kecuali dengan persetujuan FIVB.(Rujuk lampiran untuk melihat gambar lebih jelas)

4.0 GELANGGANG BOLA TAMPAR

Gelanggang bola tampar berbentuk segi empat tempat berukuran 18 meter panjang dan luasnya 9 meter 18m x 9m. Ia juga di kelilingi oleh ruang berukuran sekurang-kurangnya 3 meter lebarnya. Ruang ini dipanggil zon bebas. Ruang diatas gelanggang bola tampar mesti bebas dari sebarang gangguan, sekurang-kurangnya 7meter atas permukaan gelanggang bola tampar.

4.1 Permukaan Gelanggang Permukaan permainan mestilah rata, mendatar dan seragam. Ia mestilah tidak boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Pemain dilarang bermain di atas kawasan permukaan yang kasar dan licin. Warna muda juga harus digunakan untuk gelanggang bola tampar di dewan. Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan. Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB. Untuk gelanggang dalam dewan, permukaan permainan mestilah berwarna cerah, manakala Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, warna putih diperlukan untuk garisan. Warna lain yang berbeza di antara satu sama lain, diperlukan untuk gelanggang permainan dan zon bebas. Bagi gelanggang terbuka di luar, kecuraman 5 mm semeter dibenarkan untuk pengaliran air. Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal adalah dilarang. 4.2 Garisan Gelanggang Semua garisan adalah 5cm lebar. Ia mesti berwarna cerah dan lain warnanya daripada lantai dan garisan-garisan lain. Garisan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian sepertia) Garisan-garisan Sempadan Gelanggang permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan dua garisan belakang. Kedua-dua garisan tepi dan garisan belakang ini adalah termasuk di dalam ukuran gelanggang permainan.b) Garisan Tengah Paksi garisan tengah membahagikan gelanggang permainan kepada dua buah gelanggang yang sama ukuran 9m x 9m. Garisan ini terletak tepat di bawah jaring dan memanjang dari garisan tepi ke garisan tepi.

c) Garisan SerangPada setiap gelanggang, satu garisan serang di mana dilukis 3m dari paksi garisan tengah, menandakan zon depan dan untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIV, garisan serang dipanjangkan dengan tambahan garisan putus-putus dari garisan tepi, berukuran 15 cm lebar, dilukis 20 cm di antara satu sama lain sepanjang 1.75 meter

4.3 Zon Dan Kawasan Permainan a)Zon Depan Pada setiap gelanggang, zon depannya dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serang. Zon depan dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga hujung zon bebas.b) Zon Servis Zon servis adalah kawasan yang lebarnya 9 m di belakang setiap garisan hujung. Ia dihadkan oleh dua garisan pendek setiap satu 15 cm panjang dan di lukis 20 cm ke belakang garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi. Kedua-dua garisan pendek ini adalah termasuk dalam lebar zon servis.d) Zon Penggantian Zon penggantian dihadkan oleh jujuran kedua- dua garisan serang hingga ke meja pencatat skor.d) Kawasan Memanaaskan Badan. Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, kawasan memanaskan badan berukuran lebih kurang 3m x 3m, yang diletakkan pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon bebas.e) Kawasan Penalti Satu kawasan penalti, anggaran 1m x 1m siap dengan dua buah kerusi, terletak dalam kawasan kawalan, di luar garis unjuran garisan belakang. Ia dihadkan oleh garisan merah berukuran 5 cm.

5.0 TEKNIK DAN KEMAHIRANKemahiran asas permainan bola tampar ialah menyangga, servis, mengumpan, merejam, dan menghadang.

5.1 MenyanggaKemahiran menyangga penting agar kita dapat menguasai cara menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan ( a two-handed underhand pass ) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Ia digunakan untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mangambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala.Kemahiran dig juga digunakan untuk teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut, antara cara-cara menyangga ialah sepeti(a) Posisi bersedia Kaki dijarakkan dengan jarak seluas bahu Satu kaki berada di hadapan dan satu lagi kaki berada di belakang Lutut dibengkokkan sedikit Tubuh badan berada dalam keadaan tegak Tangan diluruskan Siku-siku memutar ke arah satu sama lain, dirapatkan ke badan dan terkunci (lock elbow) Letakkan bahagian belakang sebelah tangan di atas tapak tangan sebelah tangan yang lain Kedua-dua jari bertindih di atas satu sama lain di atas tapak tangan Pergelangan tangan terkunci ke bawah Kedua-dua lengan selari dengan paha Meletakkan berat badan pada bebola kaki tetapi masih dalam posisi yang seimbang(b) Pergerakan Bergerak ke arah bola Melangkah ke arah bola dengan lengan dan tangan di hulurkan Melangkah dengan kaki yang paling hamper dengan sasaran Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan dengan menyambut bola lambung yang lambat Menarik sedikit atau mengendurkan lengan untuk bola yang laju Melangkah ke sasaran dengan lutut, punggung dan bahu menuju ke arah bola yang hendak dihantar(c) Sentuhan Sentuh bola di hadapan badan dan diantara lutut Sentuh bola dengan bahagian lengan iaitu dua hingga enam inci ke atas dari pergelangan tangan Mata sentiasa memandang bola sepanjang masa penghantaran dibuat(d)Teknik-teknik menyangga (dig) Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama lain Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil Kendurkan bahagian atas tubuh Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain

5.2Hantaran servisServis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dihantar dari kawasan servis oleh seorang pemain yang memegang giliran untuk melakukan servis. Servis merupakan salah satu kemahiran terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain yang handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis.Keduanya ialah semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

a) Servis bawah tanganMerupakan servis yang mudah untuk dilakukan. Ia adalah tepat, konsisten dan memerlukan hanya sedikit tenaga fizikal sahaja. Pemain baru menceburkan diri dalam permainan ini biasanya diajar membuat servis ini kerana dia akan dapat mempelajari teknik membuat servis dengan mudah, tepat dan dapat menghantar bola ke tempat yang dikehendaki. Cara-cara membuat servis bawah tangan adalah seperti berikut :I. Posisi permulaan Berdiri tegak dengan kaki dibuka pada jarak lebih kurang luas bahu Kaki kiri diletakkan di bahagian hadapan untuk pemain servis yang biasa menggunakan tangan kanan Kaki hadapan diletakkan menghala kea rah di mana servis akan ditujukan Lutut dibengkokkan sedikit Badan menghadap ke gelanggan Letak bola pada tangan kiri di hadapan kanan badan untuk pemain yang ingin membuat servis menggunakan tangan kanan Berdiri sejauh antara 2-10 kaki dari garisan belakang

II. Lambungan Lutut kaki belakang dibengkokkan sedikit Pada masa yang sama boal dilambungkan terus ke atas di hadapan tangan yang memukul bola

III. Aksi tangan/sentuhan Semasa bola dilambungkan, tangan yang membuat servis di tarik ke belakang seperti pergerakan buah bandul jam Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan akan dipindahkan ke kaki hadapan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan Sentuh atau pukul bola dengan tangan, sama ada dengan menggunakan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau buku lima Memukul bola juga boleh dilakukan pada bahagian tengah dengan lengan atau bawah sedikit, dengan lengan diluruskan dengan siku dikunci Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan (limit follow through with serving arm) Pergelangan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola Mata hendaklah sentisa mengikut atau memerhatikan laluan bola selepas servis dilakukan

b) Servis atas kepalaServis ini mudah dilakukan dan ia baik sekiranya anda ingin mendapat kesan yang kuat. Ramai pemain menggunakan servis ini kerana ia mudah untuk dipelajari dan dikuasai. Selain itu, servis ini juga lebih kuat, tinggi dan berat berbanding dengan servis bawah tangan. Kelebihan servis atas kepala ialah tidak mudah tersangkut pada jaring semasa servis.I. Posisi mula Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu Kaki kiri diletakkan di hadapan untuk pemain servis yang menggunakan tapak tangan Pegang bola pada tangan lambungan (tossing hand) lebih kurang 1 kaki ke sebelah kanan muka pemain servis yang menggunakan tangan kanan Menyokong bola dengan tangan servis

II. Lambungan/Pemindahan beratan Bola dilambungkan lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan

III. Aksi tangan sentuhan(contact hand) Mata memberikan perhatian kea rah atau bahagian mana pada kawasan gelanggang musuh bola akan dihantar Apabial bola yang dilambungkan mula jatuh ke bawah, tangan yang membuat servis membuat sentuhan (pukulan) agar boal merentasi jaring dan masuk ke kawasan gelanggang pihak lawan Tangan ikut lajak ke hadapan bersama-sam ke arah boal

5.3 MengumpanMengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain setter akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi membolehkannya membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpanan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahamana yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari-jari lain mengucup.

I. Umpanan pukul KetisUmpanan ini dilakukan ke atas hantaran yang baik dan tepat dengan kedudukan pengumpan. Umpanan ini adalah lebih pantas dan dilakukan pada ketinggian yang sederhana tinggi untuk direjam. Ia banyak dilakukan dari bahagian hadapan gelanggang ke arah kiri atau kanan hadapan gelanggang untuk direjam.II. Umpanan Sentuhan PanjangUmpanan ini, pemain mengambil masa yang lebih lama untuk menyentuh bola dengan tepat. Cara ini biasanya digunakan ketika bola berada di garisan tengah. Boal juga diumpan ke mana-mana arah di gelanggang sendiri untuk direjam oleh rakan sepasukan yang lain ke gelanggang lawan.

5.4 MerejamKemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau mata dengan membuat pukulan smesyi(smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdekatan jaring dan menghadap kea rah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke gelanggang pihak lawan. Pergerakan ini samalah seperti smesyi dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi seandainya bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya menjejak ke lantai dalam gelanggang.

a) Merejam berdiri kemudian melompat

Perejam, dengan kerjasama pengumpan bersedia berdiri berhampiran dengan jaring. Pengumpan akan mula mengumpan bola ke tempat di mana perejam mampunyai peluang yang baik untuk merejam Perejam membengkokkan lutut untuk melonjakkan badan dengan menggunakan kedua-dua kaki setinggi yang mungkin Tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas kepala untuk merejam bola sekuat mungkin. Rejaman yang kuat, pantas dan tepat akan mengelirukan dan menyukarkan pihak lawan untuk mendapatkan bola itu Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan atau tapak tangn terbuka Pergerakan pergelangan tangan mengikut lajak adalah penting untuk mendapatkan bola menjunam turun

b) Merejam dengan berlari kemudian melompat

Perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jaring Berlari 3 langkah1. Langkah pertama adalah langkah bermasa2. Langkah kedua akan membawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hamper bersama3. Melonjak daripada kedua-dua kaki Tangan kanan dihayunkan ke belakang dan ke atas kepala untuk merejam bola sekuat mungkin Bola dipukul dengan buku lima atau tapak tangan terbuka ketika berada di awangan. Tangan ikut lajak.Cara-cara merejamKaedah-kaedah berikut merupakan cara-cara merejam yang betul(a) Posisi bersedia Berat badan diagihkan dengan seimbang Dalam posisi bersedia dan lutut dibengkokkan Bahagian atas tubuh badan mengendur Bahu kehadapan Jarak dari jaring di antara 2 hingga 3 meter(b) Pergerakan Bergerak ke arah bola Melangkah dengan kaki kiri umtuk pemain yang menggunakan tangan kanan Bergerak sambil melihat kelajuan dan sudut lontaran bola Turun badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk melakukan lompatan Lengan bergerak ke belakang dan ke atas Melangkah dengan kaki kanan dan hayunkan lengan ke bawah ke sisi badan(c) Lompatan Lompatan bermula dari tumit ke jari kaki Apabila kaki mula menolak badan ke atas, lengan dihayunkan ke atas Tangan merejam dan ikut lajak Lompatan haruslah tegak dan bertenagaTeknik merejam1. Dekatkan badan ke jaring dengan jarak 2-3 meter 2. Pada langkah yang terakhir, badan diturunkan sedikit dan lengan bersedia dan lengan bersedia untuk memukul3. Lonjakkan badan dengan menolak kedua-dua belah kaki4. Hayunkan kedua-dua lengan ke atas dengan kuat pada masa lonjakan5. Pastikan kedua-dua bahu menghadap kea rah jaring6. Tarik lengan yang akan melakukan rejaman ke belakang dengan siku ke depan7. Pergelangan tangan haruslah terkunci dan tapak tangan terbuka8. Bola dipukul dengan setinggi-tingginya di hadapan bahu tangan yang merejam9. Tangan merejam meliputi bola dengan ikut lajak oleh pergelangan tangan10. Jangan menyentuh jaring

5.5MengadangTeknik menghadang juga penting seandainya anda ingin mahir dalam permainan boal tampar. Menghadang adalah kemahiran yang digunakan untuk menghalang serangan pasukan lawan yang menggunakan teknik merejam. Seorang atau dua orang pemain akan cuba mengadang rejaman bola untuk dikembalikan semula ke gelanggang pihak lawan atau untuk dikurangkan kelajuannya dan memesong bola kepada pemain pasukan sendiri.Cara-cara menghadang(a) Posisi bersedia Berdiri dengan jarak sejangkau dari jaring Bengkokkan lutut dalam posisi sedikit menunduk Tangan diangkat lebih tinggi daripada bahu Mata mengawasi sudut penujuan perejam(b) Aksi Bengkokkan lutut sebelum melonjak dengan kedua-dua belah kaki Hulurkan tangan setinggi yang boleh melepasi jaring Kedua-dua belah tangan dan jari haruslah dibuka dan dalam keadaan tegak Menjangkakan bilakah masanya rejaman akan dibuat Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan bersedia untuk pukulan yang kedua sekiranya bola yang dihadang masuk kembali ke gelanggang pihak lawanTeknik-teknik menghadang1. Melangkah ke sisi di hadapan jaring2. Tangan diangkat sehingga lebih tinggi daripada bahu dan siku diletakkan berhampiran sisi badan3. Bersedia menghadang dengan bahu tangan perejam4. Awasi penujuan lintasan bola pemukul5. Dari kedudukan separuh mencangkung, badan dilonjakkan menggunakan kekuatan daripada kedua-dua kaki6. Menjangkau tangan melintasi jaring7. Sudutkan tangan luar supaya ia dapat memesongkan boal8. Elakkan daripada menyentuh jaring9. Pemain luar turut serta membuat hadangan dan akan membentuk penghadangan oleh dua orang pemain

6.0 CARA BERMAIN BOLA TAMPAR

Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan. Skor (Pengiraan Mata)Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai pemenang. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan. Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap pemain (atas), berpeluang melakukan servis. Pemain yang menghasilkan mata (bawah), akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika markah diperoleh.

7.0 KRITERIA PENILAIAN / PERATURAN PERMAINANPermainan mempunyai undang-undang atau peraturan tertentu. Peraturan-peraturan asas ini adalah suatu panduan kepada pemain, jurulatih serta peminat sukan bola tampar ini. Pengetahuan ini penting demi memberi gambaran yang lebih mendalam tentang permainan bola tampar supaya pemain dapat menghargai dan menikmati keseronokan permainan tersebut. Peraturan yang direka bentuk bagi sesuatu sukan dan permainan tiada ada tujuan lain selain daripada mewujudkan keadilan dan kepuasan pihak yang terlibat. Dengan itu juga untuk menetapkan sama ada menang, berjaya, kalah, atau gagal. Didalam permainan bola tampar juga terdapat undang-undang tertentu yang wajar diikuti oleh sesiapa yang menjadi pemainnya. *Bola tampar mempunyai undang-undang dan peraturan-peraturan khas yang diperakui oleh FIVB.Permainan bola tampar selain daripada peraturan umum, syarat-syarat dan peraturan yang menjadi kelazimannya ialah peralatan yang digunakan seperti gelanggang, jaring, tiang, antena, bola, pakaian seperti jersi dan kasut. Di samping itu, terdapat alatan lain yang turut memenuhi kelengkapan permainan ini iaitu bendera dan wisel bagi pengadil, pencatat skor dan penjaga garisan. Bendera yang biasanya digunakan hanyalah dua sahaja iaitu bendera merah dan putih. Bendera adalah untuk menandakan isyarat bola keluar dari garisan permainan. Manakala bendera putih pula sebagai isyarat bola masuk ke dalam gelanggang. Kedua-dua bendera tersebut akan dipegang bersama oleh 4 orang penjaga garisan. Wisel pula digunakan untuk pengadil pertama dan kedua. Ia bertujuan meneruskan atau menghentikan permainan. Jenis bunyi yang ditiup adalah berbeza. Misalnya, bagi kebenaran pasukan membuat servis, bunyinya seakan panjang sedikit manakala jika bola itu terkeluar atau mati, bunyi yang ditiup adalah pendek sambil pengadil memberikan arahan atau isyarat dengan tangan sama servis bertukar tangan atau memberi mata kepada pasukan lawan. Bagi pengadil kedua pula wisel digunakan sama seperti pengadil pertama namunsekadar digunakan jika terdapat kesilapan kecil dalam permainan seperti kesalahan rotation pemain, time out, pertukaran pemain dan sebagainya.Merujuk kembali kepada undang-undang permaina bola tampar, terdapat beberapa peraturan khas yang diguna pakai sehingga kini dan ditetapkan oleh FIVB. Antaranya ialah seperti susunan giliran atau rotation order, bola dalam dan keluar, kesalahan aksi pemain, bermainkan bola, sentuhan serentak, kesalahan pemain di jaring, servis pertama bagi set pertama, kesalahan servis, kesalahan pukulan serangan, kesalahan mengadang, gangguan biasa , dan jarak waktu di antara satu-satu set, dan juga sistem pemarkahan.a) Susunan giliran ( rotation order ) Ini merupakan keunikan permainan bola tampar kerana kedudukan 6 orang pemain yang berbeza dan bentuk giliran yang diamalkan. Kedudukan 6 pemain dalam satu pasukan adalah seperti berikut:

Susunan giliran setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan berbarisharuslah kekal di sepanjang set permainan. Tiga pemain iaitu pemain 4 ( posisikiri ), pemain 3 ( posisi tengah ) dan, pemain 2 ( posisi kan ) berada disepanjang jaring dikenali sebagai pemain depan. Manakala tiga pemain lain iaitu pemain 5 ( posisi kiri), pemain 6 ( posisi tengah ), dan pemain 1( posisi kanan )merupakan pemain belakang. Sebaik sahaja servis dilakukan, pemain dibenarkan bergerak bebas di kawasan gelanggang sendiri dan zon bebas. Apabila pasukan menerima servis mendapat hak untuk membuat servis, pemain-pemainakan berputar satu posisi mengikut arah jam. Contohnya :

Pemain 2 akan bergerak ke posisi pemain 3, manakala pemain 3 akan bergerak ke posisi pemain 4. begitulah seterusnya. Pemain 6 akan ke posisi 1 akan menjadi pemain yang akan membuat servis. Jikalau berlaku sesuatu kesalahan pada posisi atau giliran, kesalahan itu akan didenda dengan kekalahan rali dan seterusnya kesalahan dibetulkan. Kelazimannya kesalahan gikiran tersebut akan mudah dikesan oleh pengadilkedua dan pencatat skor. Ini kerana di awal sebelum permainan bermula, pengadil dan pencatat skor telah dimaklumlam senarai kedudukan pemain melalui borang rotation slip yang telah disi dan ditandatangani oleh pengurusdan ketua pasukan.

Bola dalam ( ball in ) Bola adalah dalam apabila ia menyentuh lantai gelangang bermain,termasuk garisan sempadannya.Bola Keluar ( Ball out ) Bola adalah keluar apabila sebahagian bola yang menyentuh lantai adalah di luar garisan sempadan gelanggang. Ia menyentuh sesuatu bahan atau objek, di luar gelanggang, siling, atau orang diluar gelanggang. Ia menyentuh antenna, tali, tiang atau bahagian jarring yang berada di luar antenna atau penjuru tepi. Ia berjaya melintasi satah tegak jaring ( vertical plane of the net ) dengan keseluruhan atau sebahagian bola berada di luar ruang gelanggang.

Kesalahan Aksi Bermain Sebarang aksi bermain yang melangari peraturan permainan bola tampar adalah kesalahan bermain dan ini akan membawa kepada suatu kekalahan dalm rali.Bermainkan Bola ( Playing the ball ) Setiap pasukan berhak melakukan tiga pukulan maksimum untuk mengembalikan bola melintasi jaring. Pukulan-pukulan pasukan termasuk pukulan sengaja oleh pemain dan sentuhan bola secara tidak sengaja. Seorang pemain dilarang memukul bola dua kali berturut-turut, kecuali semasa menghadang ( blocking ). Sentuhan menghadang tidak diambil kira sebagai satu pukulan pasukan. Selepas sesuatu sentuhan hadangan, pasukan itu berhak melakukan tiga pukulan untuk mengembalikan bola kepada pihak lawan sebagai serangan balas.Sentuhan Serentak Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola serentak. Apabila dua pemain dari pasukan yang sama menyentuh bola serentak, ia akan diambil kira sebagai dua satu pukulan kecuali menghadang. Namun jika pukulan serentak dua atau tiga pemain tadi, hanya seorang pemain yang menyentuhnya, maka ia dikira satu sentuhan atau pukulan sahaja. Untuk sentuhan serentak oleh kedua-dua pasukan di atas jaring dan bola masih kekal dalam gelanggang bermain, pasukan yang menerima bola berhak membuat tiga pukulan lagi. Manakala jika sentuhan serentak oleh kedua-dua pasukan dan mengakibatkan bola pegang ( held ball ), maka ia dikenali sebagai kesalahan serentak dan rali itu dimainka semula. Kesalahan Semasa Bermain Bola Pemain dilarang sama sekali memainkan bola seperti berikut; a. Empat sentuhan Sesuatu Pasukan memukul bola empat kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak lawan. b. Pukulan larang ( irregular hit ) Bola menyentuh bahagian di bawah lutut pemain. c. Pukulan terbantu ( assited ball ) Pemain yang menerima bantuan daripada rakan pasukan atau sebarang objek agar dapat mencapai bola dalam kawasan bermain. d. Bola pegang ( Held Ball ) Pemain tidak memukul bola dengan betul iaitu bola dipegang, diangkat, dibawa atau dilontar. e. Dua sentuhan ( double contact ) Pemain memukul bola dua kali berturut-turut atau bola menyentuh beberapa bahagian badannya secara berturutan. Kesalahan Bermain di Jaring Pemain dilarang bermain di jaring seperti situasi berikut; a. Pemain menyentuh bola atau pihak lawan dalam ruang lawan sebelum atau semasa pukulan serangan pihak lawannya. b. Pemain masuk ke ruang lawan di bawah jaring dan mengganggu pihak lawan.c.Pemain masuk gelanggang lawan. d. Pemain menyentuh jaring. Servis pertama bagi sesuatu set Servis pertama untuk set satu dan lima dilakukan oleh pasukan yang ditentukan oleh lambungan duit ( toss coin ). Set-set lain akan dimulakan dengan servis oleh pasukan yang tidak melakukan servis dahulu dalam set yang sebelumnya. Semasa lambungan duit tersebut, pasukan yang menang akan membuat keputusan untuk sama ada memilih servis, receiving, atau gelanggang.

a) Melakukan sevis

I. Peservis diberikan masa selam 5 saat untuk membuat servis selepas wisel dibunyikan oleh pengadil pertama.II. Servis tanpa kebenaran wisel pengadil akan dibatalkan dan diulangi semula.III. Bola akan dipukul dengan sebelah tangan atau sebarang bahagian lengan selepas bola dilambungkan atau dilepaskan (release) dan sebelum bola itu menyentuh permukaan bermain.IV. Semasa pukulan servis atu melonjak bagi servis melompat, peservis dilarang menyentuh gelangang ( termasuk garisan belakang ) atau lantai di luar zon servis. Selepas pukulannya, dia boleh memijak atau mendarat di luar zon servis atau di dalam gelanggang.

b) Kesalahan servis Kesalahan berikut akan mengakibatkan satu pertukaran servis walau pihak lawannya berada dalam posisi yang salah. Peservis ; I. Melangar susunan servisII. Tidak melakukan servis dengan betul III. Melanggar peraturan percubaan membuat servis.

Kesalahan Pukulan Serang Beberapa kesalahan pukulan serangan ( attack-hit fault ) seperti; 1. Pemain memukul bola dari ruang dalam bermain pihak lawan. 2. Pemain memukul bola keluar. 3. Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa pukulan dibuat. 4. Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras jaring.

Kesalahan Menghadang Berikut adalah contoh kesalahan semasa membuat hadangan. 1. Penghadang menyentuh bola dalam ruang lawan sama ada sebelum atau serentak dengan pukulan serangan lawan. 2. Bola menyentuh penghadang pada bawah lututnya, 3. Menghadang bola dalam ruang lawan dari luar antenna. 4. Menghadang bola servis pihak lawan. 5. Bola dihantar keluar melalui hadangan.

- 27 -