Upload
skrudrebar
View
276
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
semester 3 kohort 2
Citation preview
Soalan 1
Pengajaran di sekolah-sekolah masih berpusatkan guru. Bincangkan secara kritis
bagaimana “Pengajaran Berpusatkan murid” dapat diperluaskan. Jawapan anda
boleh dibahagikan seperti berikut:
a). Apa itu pengajaran berpusatkan murid?
b). Strategi dan kaedah yang melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
c). Kaedah penilaian yang selaras pengajaran berpusatkan murid.
d). Isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran berpusatkan murid.
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 1
1.0 Apakah itu pengajaran berpusatkan murid?
Aspek utama daripada fasa pengajaran dalam Model perancangan-pengajaran-
penilaian ialah pelbagai strategi pengajaran yang digunakan oleh guru. Kepelbagaian
strategi pengajaran Pembelajaran perlu dilakukan oleh guru untuk menjadikan proses
pengajaran pembelajaran menarik dan efektif. Pembelajaran berpusatkan guru adalah
dimana guru mengawal keseluruhan proses pengajaran pembelajaran, murid pasif semasa
guru mengendalikan pengajaran. Sementara pembelajaran berpusatkan murid pula, proses
pengajaran pembelajaran adalah daripada aktiviti yang telah dirancang dan dilakukan oleh
murid.
Pembelajaran berpusatkan murid atau pengajaran berpusatkan murid adalah satu
pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian
berfokuskan kepada murid itu sendiri. Murid merupakan tumpuan utama dalam model
pembelajaran berpusatkan murid. Bagi model pembelajaran berpusatkan murid, fungsi
kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga
mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan pensyarah ataupun guru
pula berubah daripada berperanan memberi kepada menjadi fasilitator ataupun
pembimbing. Tanggungjawab untuk belajar pula berpindah daripada guru kepada murid.
Proses dan tujuan penilaian bukan hanya memberi gred tetapi termasuk memberi maklum
balas untuk penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran.
Selain itu, menurut (Borich & Tombari 1997) telah mendefinisikan pengajaran
berpusatkan murid sebagai satu pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang
kepada murid untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan
mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari. Pengajaran
berpusatkan burid merangkumi beberapa prinsip yang perlu dipatuhi. Antara prinsipnya
ialah daya berfikir, minat dan perbezaan individu murid merupakan pertimbangan utama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dirancang untuk melibatkan murid secara aktif dimana guru hanya sebagai fasilitator dan
penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 2
2.0 Strategi dan kaedah yang melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
Melalui kaedah pengajaran berpusatkan murid, murid akan lebih bersungguh-sungguh
dalam menguasai pelajaran mereka. Murid mempunyai peranan yang lebih penting dalam
merangka dan merancang pembelajaran, membuat kajian, menilai hasil kerja serta
berinteraksi dengan guru dan sesama rakan semasa proses pembelajaran dilaksanakan.
Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid, murid akan diberikan tugasan
secara individu atau kumpulan mengikut tahap kebolehan mereka. Murid kemudiannya
akan mencari dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyelesaikan
tugasan yang diberi sebelum dibentangkan di dalam kelas. Ketika pembentangan di dalam
kelas, murid-murid lain digalakkan memberi perhatian dan pendapat atau mengemukakan
soalan kumpulan tersebut. Suasana ini menggalakkan pemikiran secara kritis di kalangan
murid-murid.
Menurut Freiberg, 1996 dalam Giam Kah How, 2000 terdapat strategi yang
berpusatkan murid seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif. Berikut adalah
antara strategi pembelajaran berpusatkan murid antaranya ialah:
a) Kaedah Koperatif
Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk
belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (Suhaida Abdul Kadir,
2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan murid boleh dikuasai oleh
seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah
merupakan pandangan seorang sahaja,semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah tersebut, juga dalam pembelajaran koperatif, mesti ada
tanggungjawab berkongsi dikalangan murid.
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 3
Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada
kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk
mencapai sesuatu matlamat. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,,
bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga
hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu
ahlikumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif.
b) Pendekatan Kumpulan
Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan
dan dinamik kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu
tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu
murid mencapai objektif spesifik, tanggungjawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang
sesuai untuk kerja kumpulan,penglibatan murid secara aktif dalam kumpulan, kerja
kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab, Semangat
berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk.
c) Teknik Perbincangan
Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana murid berinteraksi
sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciri pentingnya, murid
berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan
guru bersama murid akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan, murid akan
memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan
dibawah kawalan guru,perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan
sebarang situasi bilik darjah dan tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan
murid mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat,menyoal
serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009).
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 4
d) Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu
berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan langkah langkah
tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-
satu situasi yang sukar, mengatasi halangan,menghasilkan sesuatu yang diingini, dan
menyelesaikan sesuatu yang rumit. 9 aspek penting yang perlu diketahui ialah tujuan
penyelesaian masalah ialah iamembolehkan murid berfikir secara rasional, logik dan
objektif apabila menghadapi masalah, mempertingkatkan daya berfikir murid secara kreatif
dan kritis dan kelebihannya adalah mewujudkan proses pembelajaran yangberpusatkan
murid dan mengakibatkan penglibatan aktif murid dalam pelajaran.
e) Kaedah Simulasi
Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang
memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing masing untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-ciri Pentingnya, ia merupakan satu
pembelajaran melalui pengalaman. peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk
meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya,dalam simulasi, peranan peserta agak
luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang
ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-
perserta bagi membuat keputusan, peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam
sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi,
tujuan simulasi ialah ia membolehkan murid menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi
dan memberi murid peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan, kebaikan
teknik ini ialah ia membolehkan murid berbincang danberfikir secara kreatif, analisis dan
kritis.
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 5
f) Kaedah Strategi Main Sambil Belajar
Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang
membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran
pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa, permainan manipulatif
termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dancongak, permainan fizikal dalam
pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi,
kecekapan, dan kemahiran fizikal,permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-
pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan
daya kreativiti murid untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan
bermakna,10 kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada
keseronokkan bermain dan ia juga mengembangkan daya imaginasi untukmembantu
kanak-kanak menyelesaikan masalah.
g) Kaedah Projek
Projek adalah satu kaedah yang mana murid menjalankan sesuatu eksperimen atau
aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ia merupakan sesuatu
aktiviti dijalankan oleh murid didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui
proses menghasilkan sesuatu. Ciri-ciri pentingnya, tujuan kaedah projek ialah
memperkembangkan daya kreatif muriddan meluaskan pengalaman murid semasa
menjalankan projek, ia juga membantu murid bekerjasama dan menanamkan sikap positif
dalam menghasilkan sesuatu projek, memperkembangkan pembelajaran melalui
pengalaman melaksanakan aktiviti, projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan
membawa manfaat kepada murid, bahan-bahan yang diperlukanuntuk projek hendaklah
mudah diperolehi, projek yang sesuai dengan objektif muridan, kelebihan kaedah projek
ialah murid memperoleh kejayaan dan perasaan dan kepuasan jika dapat meyelesaikan
projek serta pengetahuan yang diperolehi kekal dan berkesan.
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 6
h) Kaedah Lawatan
Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan murid memerhati apa yang
mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Murid dapat mengumpul maklumat secara
langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak bolehdibawa masuk ke dalam bilik
darjah, tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman
secara langsung menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada
pembelajaran, memberi peluang kepada murid untuk memerhati perkaitan antara bahan
maujud dan proses-proses yang berlaku, kaedah ini juga menggalakkan murid untuk
mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah.
Tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid adalah seperti berikut :
1. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat murid serta
menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Memberikan peluang kepada murid untuk belajar secara individu, kumpulan dan
kelas.
3. Melibatkan murid dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan
berasaskan kekuatan dan kelemahan muridr.
4. Memberi murid kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti
pembelajaran.
5. Mewujudkan prosedur pemantauan agar murid bertanggungjawab ke atas apa yang
dipelajari oleh mereka.
6. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 7
3.0 Kaedah penilaian yang selaras pengajaraan berpusatkan murid
Pembelajaran aktif dalam pembelajaran berpusatkan murid memerlukan beberapa
teknik penilaian murid yang berkualiti . Persekitaran penilaian berpusatkan murid
menyediakan peluang untuk memberi maklum balas dan penambahbaikan sepanjang proses
pembelajaran. Penilaian yang berbentuk formatif ini akan menyumbang kepada penilaian
dan penaksiran di penghujung proses pembelajaran. Antara teknik penilaian bersifat
formatif yang berpusatkan murid adalah penulisan jurnal dan log, persediaan portfolio (e-
portfolio), penilaian rakan sebaya, projek, dan kerja kumpulan. Penggunaan penilaian
berasaskan rubrik perlu digalakkan untuk penilaian yang objektif dan berkesan dalam
menilai tugasan murid.
4.0 Isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran berpusatkan murid
Pengajran berpusatkan murid telah bertpak lama di dalam dunia pendidikan. Pengajaran
seumpama ini telah diamalkan sejak dahulu lagi secaralangsung dan juga tidak langsung.
Disebalik pengajaran yang berpusatkan murid ini, isu mula timbul yang seba sedikit
mempersolakan keberkesananan kaedah pengajaran seumpama ini.
Antara isu yang ingin diketegahkan ialah isu mengenai tahap kesediaan guru sendiri
dalam mengubah cara pengajaran yang tradisioanl kepada pengajaran yang lebih moden
iaitu pengajaran berpusatkan murid. Tahap kesediaan guru dari persediaan bahan, cara
perlaksanaan dan apakah tugas yang perlu dibawa oleh seorang guru ketika proses
pelaksanaan pengajaran berasaskan murid dijalankan merupakan satu perkara yang amat
serius perlu dipertimbangkan. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu yang tinggi
untuk menjadi fasilitator kepada murid ketika cara pengajaran ini dilaksanakan dan guru
hendaklah memilih strategi pengajaran sama ada menggunakan kaedah projek ataupun
kaedah lain dalam melaksanakan pegajaran berasaskan murid ini.
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 8
Antara isu yang lain adalah mengenai murid itu sendiri. Adakah mrid telah bersedia dari
segi fizikal dan juga mental untuk menerima corak pengajaran seumpama itu. Langkah
yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan murid ialah pembentangan hasil tugasan
Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan memberi pendapat, pandangan atau
mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di
kalangan para murid. Sehubungan dengan itu, murid haruslah dilatih dengan kemahiran
berfikir pada peringkat yang lebih tinggi. Murid harus dilatih dengan kemahiran berfikir
secara kritikal, menganalisa maklumat serta mengsistesiskan maklumat bagi menyelesaikan
masalah dalam pelbagai konteks.
Selain itu murid-murid juga harus diberitahu terlebih dahulu mengenai isi
kandungan dan juga apa yang akan dipelajari sebelum menjalankan sesuatu aktiviti agar
mereka dapat membuat persediaan yang sewajarnya. Murid akan dapat membuat rujukan
serta mencari bahan yang sesuai untuk digunakan semasa di dalam kelas setelah maklumat
yang lebih awal diperolehi. Guru harus memberikan masa yang secukupnya kepada murid-
murid untuk mencari dan mengumpulkan bahan-bahan . Apabila murid dan guru telah
bersedia proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid ini dapat dijalankan
dengan sebaiknya tanpa gangguan yang boleh mengganggu tumpuan murid-murid.
Kesimpulan
Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu medan, tempat melahirkan insan-
insan berkualiti mulia, sebagaimana yang diharapkan di dalam falsafah pendidikan
Negara.Selaras dengan itu, isu kaedah pengajaran merupakan isu yang tidak lapuk, ia
sentiasa dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pendidikan Negara berada
ditahapyang diharapkan.
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 9
SOALAN 2: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Sediakan satu RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN yang memberi tumpuan kepada
PEMBELAJARAN KOLABORATIF. Masa mengajar yang dicadangakan ialah dua masa (35
+ 35 minit). Gunakan bahan pembelajaran sebagai panduan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tajuk Pendidikan Jasmani
Peringkat Kelas: K 4(High function)
Masa: 8.00am-9.10am
Bilangan murid 8 orang
Standard kandungan 1.4 Mengenal permainan dan memainkannya mengikut peraturan
Standard pembelajaran 1.4.2 Permainan luaran(Menggelecek longgar dalam hoki)
Objektif pelajaran: Psikomotor : menguasai teknik kemahiran yang diajar dengan betul
Kognititf :mengenal otot yang terlibat dalam kemahiran menggelecek
Afektif : memupuk keyakinan diri dan semangat yang tinggi dalam
mempelajari kemahiran yang diajar.
Pengisian kurikulum Ilmu : sains
Nilai : bersyukur,mendengar arahan dan berhati-hati
Elemen merentas kurikulum Pendidikan sivik dan kewarganegaraaan
Unsur terapi Psikomotor dan pergerakan kreatif
Pengetahuan sedia ada murid Murid pernah melihat orang bermain hoki
Bahan Pembelajaran & Pengajaran: 4 buah kon
8 bola hoki
8 kayu hoki
20 skittel
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 10
Permulaan
(10) Minit
Pemanasan badan : larian pelbagai variasi
1. Di dalam kawasan yang ditanda oleh guru menggunakan 4
buah kon, murid akan :
Lompat seperti arnab
Terbang macam burung
Jalan seperti gajah
Terbang seperti kapal tterbang
Jalan seperti penguin
2. Aktiviti akan diulang sebanyak 4 kali
3. Murid akan membuat pergerakan secara berpasangan
Regangan tangan dan bahu
1. Secara berpasangan murid akan luruskan tangan di atas
kepala dan tahan selama 8 saat sambil dibantu pasangan.
2. Bengkokkan lengan dan capai ke belakang.
3. Pasangan yang belum melakukan regangan akan melakukan
regangan dan pasangan yang sudah melakukan regangan akan
membantu pula.
Regangan pinggang
1. Bengkokkan badan ke kanan dan tekan
2. Tegakkan badan dan bengkokkan ke kiri
3. Regangan dilakukan sambil di bantu pasangan
Perkembangan langkah 1 Gerak kerja kelas :
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 11
KON
GUR
MURI
(20 minit)
a) ansur maju teknik menggelecek longar(digunakan apabila
pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat untuk
melepaskan diri dari pihak lawan)
1. Guru menunjukkan cara menggelecek longar dan murid akan
memerhatikannya dahulu.
2. Murid diajar tangan kiri di hujung kayu hoki
3. Tangan kanan di kawasan tengah kayu hoki dan belakang
tangan menghadap luar.
4. Longgarkan sedikit pergelangan tangan
5. Badan dibongkokkan sedikit
6. Mata pandang bola semasa membuat tolakan
7. Boa hoki di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.
8. Kedudukan kayu hoki 45 darjah ke tanah
9. Bola ditolak perlahan ikut lajak.
10. Meenggelecek longar secara ke kiri dan ke kanan
b) Latihan menggelecek longar secara berpasangan
1. Secara berpasangan, seorang murid akan menggelecek longar
ke kiri dan ke kanan dalam kawasan yang disediakan
2. Pasangan akan ikut dari belakang dan memerhatikan
kesalahan yang dilakukan pasangan yag menggelecek.
3. Sebarang kesilapan yang dilakukan pasangan akan ditegur
terus dan membetulkan kesilapan tersebut.
4. Sampai di penghujung kon, pasangan yang mengikut tadi
akan menggelecek pula dan akan diekori pasangan yang
sudah menggelecek tadi.
5. Aktiviti diteruskan sehingga guru meniupkan wisel.
Langkah 2 Menggelecek longar secara berganti-ganti
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 12
(20 minit) 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan
2. Murid berdiri di tempat masing-masing
3. Murid pertama akan menggelecek ke arah murid kedua
4. Pada masa yang sama murid kedua akan menggelecek ke arah
murid pertama.
5. Murid perlu menggelecek ke arah bertentangan tanpa
melanggar murid yang lain.
Permainan kecil
(10 minit)
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan
2. Dua kumpulan akan bertanding da ahli di dalam asukan
hendaklah bekerjasama dengan menggelecek bola di antara
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 13
ARAH PERGERAKAN MENGGELECEK
skittel yang disediakan secara berdua-dua tanpa melanggar
antara satu sama lain.
3. Apabila guru meniup wisel, 2 orang murid dari setiap
kumpulan akan menggelecek melepasi skittel yang
disediakan secara serentak hingga ke hujung dan patah balik
kepada tempat asal.
4. 2 orang murid lagi akan melakukan perkara yang sama
setelah 2 orang murid pertama sampai di tempat asal.
5. Pemenang ditentukan setelah kumpulan tersebut berjaya
membuat 5 pusingan menggelecek.
Penutup
(10 minit)
Gerak kendur
1. Secara berpasangan murid akan melakukan gerak kendur
dengan diperhatikan oleh guru.
2. Berdiri tegak, kaki seluas bahu
3. Tangan di depakan ke depan
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 14
4. Kuncikan jari jemari tangan kanan dan kiri
5. Bongkokkan badan 90 darjah ke bawah
6. Tarik nafas
7. Semua aktiviti dilakukan dalam kiraan 4
Refleksi
1. Guru menyoal apa yang mereka telah pelajari pada hari ini.
2. Murid diminta menunjukkan sedikit teknik latihan yang telah
diajarkan kepada mereka.
Rujukan:
Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran: Keseluruhan Otak Dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publicators and Distributors Sdn.
Bhd
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 15
Azela Abdullah, 2009. Kepelbagaian, Gaya Pembelaran Dan Budaya. DiterimaDaripada http://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah Pada 06/12/2012.
Bahan modul yang dibekalkan AeU.
Bee, H. (1995). The Developing Child (7th edition). New York: Harper Collins College Publishers.
Borich & Tombari (1997).Educatioanl Psychology : a contemporary approach Longman
Giam Kah How, (2000). Gaya pemebelajaran dan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran, jabatan sain dan matematik MPSK
Nota Pembelajaran. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. Diperoleh November 20, 2012 from http://jtp.ipgkti.edu.my/ppy/resosbestari/PENDEKATAN/scl/5%20nota%20PBP.pdf
Partos Timisoara Bucharest, 2010.Student Centered Learning An Insight Into Theory And Practice. Diperoleh November 30, 2012, from http://download.eiie.org/SiteDirectory/hersc/Documents/2010%20T4SCL%20Stakeholders%20Forum%20Leuven%20%20An%20Insight%20Into%20Theory%20And%20Practice.pdf
Siti Khadijah (2012). Meningkatkan Penguasaan Kata Adjektif Dalam Kalangan Murid Tahun Empat Sayang Bermasalah Pendengaran Dengan Menggunakan Kaedah Multisensori, 1-10.
Student Centered Learning. Jusi Valimaa. Diperolehi November 28, 2012, from http://ebookbrowse.com/valimaa-student-centred-learning-pdf-d365174525
Suhaida Abdul Kadir et.al, 2006. Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif terhadap Prestasi Pelajar Dalampendidikan Perakaunan. Universiti Putra Malaysia: Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya.
.
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 16
TUGASAN EPM 233 (2012) Page 17