ASSIGNMENT INDIVIDU JUS 101.docx

  • Upload
    faez

  • View
    311

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN

JUS101 / 2

JUS101TG1

TERAS KEUSAHAWANAN

CORE ENTREPRENEURSHIP

Academic Session 2014/2015

TUGASAN TG1

NameMOHD.FAEZ BIN MD.ARSAD871106435867

Matric No.JK/9533/13

I.C No.871106435867

Regional Centre.MELAKA

Phone No.House :

H/P: 016-3385812

NOTE :

1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment. AS : Please use blue colour cover LR : Please use yellow colour cover

2. Complete all details.

3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the computer system.

SENARAI KANDUNGAN

1. NAMA USAHAWAN.2. SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PERNIAGAAN.3. PENGALAMAN.4. BIDANG PERNIAGAAN.5. CABARAN YANG DIHADAPI.6. INOVASI/PEMBAHARUAN YANG DIPELOPORI.7. APAKAH NASIHAT ANDA UNTUK USAHAWAN MUDA.8. LAMPIRAN

PendahuluanEncik Mohd Khairul Izwan Selamat adalah contoh usahawan berjaya di dalam perniagaan yang mengeluarkan daging burung puyuh yang bersistematik. Beliau memproses daging burung puyuh daripada baka IKTA iaitu baka kacukan puyuh tempatan dengan puyuh Sepanyol yang dihasilkan pada tahun 1992 oleh Institut Kemajuan Ternakan Ayam (IKTA). Dibawah jenama Puyumas Farmbest, beliau telah mengembangkan operasinya dan telah membuka dua syarikatnya iaitu Puyumas FarmBest Sdn. Bhd. dan Puyumas Hatchery Enterprise yang terletak di Lot 684 & 688, Batu 9 Bukit Balai, 76100 Durian Tunggal, Malaka. Beliau membuka perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM10 000 daripada pinjaman MARA dan mula beroperasi di sebuah bangsal sahaja. Pada hari ini, beliau boleh menarik nafas lega kerana telah memiliki enam bangsal ternakan burung puyuh dengan satu bangsal penetasan yang dipanggil breeder. Beliau mempunyai sembilan orang pekerja tetap untuk mengusaha perniagaan ini dan telah diketuai oleh Pengarah Urusan iaitu Azlin Takin. Bangsal penetasan tersebut mampu menghasilkan sehingga 11 000 ekor burung dalam tempoh seminggu dengan pembakaan 2 000 ekor burung puyuh betina untuk setiap pusingan. Penghasilan daging puyuh dilakukan dengan teliti melalui penyelidikannya selama lima tahun. Beliau menggunakan kaedah dan modul yang seragam, yang dihasilkannya sendiri dalam tiga peringkat iaitu peringkat penjagaan, peringkat pengoperasian dan peringkat pengeluaran. Burung puyuh memerlukan masa 40 hari untuk matang sebelum diproses untuk dijadikan daging puyuh dan beliau perlu membelanjakan sebanyak RM10 000 untuk satu pusingan ternakan bagi makanan puyuh yang berupa dedak khusus. Kini, perniagaan beliau mampu memproses kira-kira 42 000 ekor burung puyuh untuk satu pusingan ternakan dan kemudiannya dibungkus dalam satu bungkusan daging sepuluh ekor setiap pek. Beliau mempunyai tujuh gred pemasaran mengikut saiz atau berat diantara 1kg hingga 1.6kg setiap pek dimana gred A seberat 1.5kg setiap pek yang paling banyak dijual dengan harga runcit sebanyak RM24.00 satu pek. Kebanyakan pasarannya dalam negara ialah kedai sejuk beku (frozen food), kedai makan, pasar tani dan pasar raya. Kini, beliau telah melangkah jauh dan berharap tahun depan beliau dapat menjadikan perniagaan puyuh ini dibawah satu bumbung dan akan evolusikannya secara tempatan.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PERNIAGAAN.

Bagaimana beliau boleh terlibat dalam perniagaan sekarang?Usahawan yang dipilih dalam membuat tugasan yang diberikan ialah seorang usahawan menternak burung puyuh, Encik Khairul Izwan.Beliau merupakan perintis bagi pembukaan Puyumas Farmbest Sdn.Bhd. Saya telah berkesempatan menemuramah beliau di lokasi induknya yang bertempat di Batu 9 , Bukit Balai, Durian Tunggal. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lokasi induk merupakan ladang pembiak baka bagi burung puyuh tersebut manakala ladang ayam daging burung puyuh serta rumah pemprosesannya terletak di Lot 634, Tanah Rizab, Padang Ragut JPV, Jalan FELCRA Lembah Kesang, Semujuk.Sesi temuramah antara usahawan burung puyuh, Encik Khairul Izwan dengan saya berlangsung sekitar jam 9 pagi di tapak ladang pembiak baka. Soalan pertama yang diajukan kepada Encik Khairul Izwan ialah beliau dikehendaki menceritakan mengenai latar-belakang dirinya sebelum menceburkan diri dalam peniagaan burung puyuh. Sejurus kemudian, Encik Khairul Izwan menjawab pertanyaan saya dengan lagak bersahaja. Berdasarkan jawapan yang diberikan, Encik Khairul Izwan yang kini berusia 33 tahun dan berstatus bapa kepada dua orang anak merupakan graduan lepasan Diploma Sains Komputer dan pernah menjadi penuntut di Entrepreneur Development Institute. Tambahan pula, beliau pernah belajar dalam Bachelor Information Technology di UITM namun hanya separuh jalan.Selepas alam yang membolehkan beliau digelar sebagai pelajar, Encik Khairul Izwan meneruskan kehidupannya dalam bidang pekerjaan pula. Oleh itu, Encik Khairul Izwan memilih untuk berkhidmat di Kolej Yayasan Melaka sebagai Pengurus Pegawai selama 5 tahun lamanya. Di Kolej Yayasan Melaka tersebut, kebanyakan orang yang selalu berurusan dengan Encik Khairul Izwan ialah kakitangan kerajaan yang pastinya hanya makan gaji sahaja.Mereka terdiri daripada golongan cendekiawan iaitu pensyarah dan bukannya usahawan.Setelah 5 tahun berkecimpung dalam kerjaya sebagai Pengurus Pegawai, Encik Khairul Izwan merasakan beliau perlu membuat satu anjakan paradigma dalam kehidupannya. Hal ini disebabkan, beliau tidak mahu digelar orang yang makan gaji sahaja lantaran beliau boleh melibatkan diri dalam bidang keusahawan kerana mahukan kepuasan dalam mebuat sesuatu perkara. Mengapa memilih perniagaan ini?Antara faktor bidang keusahawanan dipilih ialah hasrat Encik Khairul Izwan sendiri yang tidak mahu menjadi kakitangan kerajaan dan makan gaji sahaja. Tambahan pula, bagi Encik Khairul, ladang penternakan burung puyuh bukanlah bidang yang dikomersialkan dan kurang menjadi pilihan oleh ramai penternak pada peringkat permulaan penternakan namun tekad dan keazaman yang kuat untuk menjadi pengeluar puyuh pendaging yang berkualiti tinggi bagi menampung pasaran tempatan dan antarabangsa sedikit sebanyak menjadi pendorong utama beliau menceburkan diri dalam usahawan penternakan burung puyuh.

PENGALAMAN DALAM PERNIAGAAN.

Pernahkah bekerja dengan orang lain?Sesi temuramah diteruskan lagi antara saya dengan pengusaha ternakan burung puyuh. Encik Khairul Izwan ditanya samada beliau mempunyai perniagaan mahupun pengalaman dalam bidang perniagaan ini. Selepas mendengar ulasan Encik Khairul Izwan, apa yang dapat kami simpulkan ialah semasa usia remaja, beliau tidak mempunyai sebarang perniagaan mahupun berkecimpung dalam mana-mana perniagaan. Meskipun berada diperingkat universiti, Encik Khairul Izwan tidak berjinak-jinak dalam menceburi aktiviti perniagaan yang rata-rata pelajar institut pengajian tinggi lakukan iaitu menceburkan diri dalam multi-level marketing. Seperti yang kita tahu, pelajar institut pengajian tinggi awam mahupun swasta sanggup berniaga bagi menampung perbelanjaan mereka diuniversiti. Namun, sebaliknya bagi Encik Khairul Izwan. Beliau tidak menjadikan perniagaan sebagai sumber mencari wang tambahan ketika belajar dahulu.Tambahan pula, ketika musim cuti semester universiti, Encik Khairul Izwan lebih memilih untuk bersuka ria bersama rakan-rakannya daripada bekerja. Mengikut ceritanya, dia pernah juga bekerja sekadar suka-suka sahaja iaitu bekerja di kedai snooker. Pada ketika itu, beliau merasakan kekosongan dalam hidupnya disebabkan tiada arah tuju dalam hidupnya. Zaman remajanya hanyalah zaman hedonisme baginya. Namun, masa dan keadaan merubah dirinya. Beliau kini bukanlah orang yang tidak mempunyai masa depan tetapi beliau mampu mencorak kehidupanya sendiri mengikut kehendaknya sendiri.

Berapa lama menceburi bidang perniagaan ini?Belaiu berkata, perniagaan ini dibangunkan pada tahun 2003 dengan bermodalkan sebanyak RM10 000 daripada pinjaman MARA dan mula menternak sebanyak 2000 ekor puyuh pada permulaan perniagaan.

Apakah faktor-faktor yang membantu kemajuan perniagaan anda?Beliau mengambil peluang untuk membangunkan perniagaan ini disebabkan oleh perniagaan ini tidak komersial pada suatu ketika dahulu. Tekad dan azam beliau untuk memajukan perniagaan ini telah membuahkan hasil yang positif dan juga mencelikkan mata orang ramai untuk mengikuti jejak beliau sebagai usahawan puyuh. Beliau juga sanggup mengambil pelbagai risiko dalam membangunkan perniagaan ini.

BIDANG PERNIAGAANApakah faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh seorang usahawan muda yang ingin menceburi bidang perniagaan?Bagi En. Mohd khairul Izwan, untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu perlulah melengkapkan diri dengan beberapa ciri-ciri tertentu. Ciri utama ialah memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi. Ini bermakna, seorang usahawan itu perlulah berusaha untuk mendapatkan semua maklumat yang penting mengenai perniagaan yang menjadi pilihan mereka seperti maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan, pasaran yang disasarkan, tentang persaingan, struktur kos, penetapan harga, kadar keuntungan dan sebagainya. Pemilihan bidang perniagaan ini tidak boleh dilakukan sacara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Beliau juga menekankan disini, kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama. Selain itu, seorang usahawan haruslah sanggup untuk mengambil risiko. Sekiranya, seorang usahawan itu tidak sanggup untuk mengambil sebarang risiko, maka usahawan itu tidak akan berjaya menjadi seorang ahli perniagaan. Hal ini kerana setiap hari, dunia perniagaan penuh dengan cabaran dan persaingan dan itu akan membuatkan usahawan akan berhadapan dengan pelbagai masalah yang mana seorang usahawan harus menyelesaikannya dengan kadar segera. Untuk menyelesaikan masalah ini, seorang usahawan perlulah bijaksana dan bersikap positif dalam membuat keputusan. Dengan cara ini, seorang usahawan, berkebolehan untuk melihat sesuatu masalah sebagai satu peluang, dan ianya berbeza pendapat yang mana ramai orang diluar sana yang sering menganggap peluang sebagai satu masalah. Beliau berkata, sekiranya kita sering menggangap peluang sebagai satu masalah, sampai bila kita akan berjaya dan akan berada diatas. Walaubagaimanapun, seorang usahawan haruslah pandai untuk menjadi pemimpin dan menyusun strategi perniagaannya untuk terus meningkat maju. Seterusnya, seorang usahawan perlulah memiliki ciri-ciri seperti sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan rajin dalam menguruskan sesuatu perniagaan. Sebagai contoh, En. Mohd khairul Izwan, beliau telah berpegang kepada falsafah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya yang bermaksud sesuatu impian tidak akan tercapai sekiranya kita tidak berusaha untuk mendapatkannya. Seorang usahawan yang berjaya tidak mengenal erti kata putus asa. Usahawan itu akan terus-terusan berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang diimpikan dengan cara yang betul. Beliau juga menekankan disini, kejayaaan tidak akan tercapai sekiranya kita hanya bergantung kepada nasib semata-mata tetapi kita akan berjaya sekiranya kita membuat perancangan yang jitu dan mantap. Beliau menambah lagi, untuk mencapai kejayaan yang besar, matlamat dan wawasan juga perlulah besar. Akhir sekali, beliau berkata seorang usahawan perlulah tawakal kepada yang masa esa. Dalam kita berusaha bersungguh-sungguh, kita perlulah berdoa agar perniagaan kita meningkat maju dan berjaya.

Ukuran kejayaan dalam perniagaan?Belaiu berkata, perniagaan ini dibangunkan pada tahun 2003 dengan bermodalkan sebanyak RM10 000 daripada pinjaman MARA dan mula menternak sebanyak 2000 ekor setiap pusingan. Kemudian, beliau telah menambah lagi bilangan ekor puyuh untuk pembakaan, pembelaan dan juga lepasan. Pada tahun 2011, beliau telah membuka ladang puyuh di Jasin dan pada tahun 2012, sebanyak 16 000 ekor burung puyuh dibuat pembakaan dan dapat menghasilkan sebanyak 70 000 ekor sebulan burung puyuh.

CABARAN YANG DIHADAPI.

Berapa modal permulaan, persaingan yang wujud serta tempat perniagaan?Setiap perniagaan memerlukan modal yang tinggi bagi memulakan sesuatu perniagaan.Sebelum beliau berjaya menjadi usahawan seperti sekarang beliau juga tidak terlepas daripada menghadapi kesukaran dan cabaran dalam menghadapi liku liku dalam dunia perniagaan. Bagi memulakan perniagaan burung puyuh ini, beliau hanya berbekalkan modal RM 10 000 hasil pinjaman beliau dari AGRO bank. Beliau hanya memulakan penternakan dengan hanya 2000 ekor burung puyuh.Kemudian beliau telah memohon geran daripada kerajaan sebanyak RM 670 000 untuk membeli fasiliti dan mesin menternak burung puyuh kerana beliau juga menjalankan kaji selidik terhadap burung puyuh bersama pihak veterinar negeri Melaka. Beliau juga ada meminjam dari 2 buah bank yang lain bagi menampung kos penternakan sebelum perniagaan beliau membuahkan hasil. Setakat ini beliau mempunyai hampir 16 000 ekor burung puyuh yang dapat menghasilkan purata 70 000 ekor telur puyuh sebulan.Kami juga bertanyakan kepada beliau adakah beliau telah mendapat pulangan daripada pelaburan beliau tersebut. Beliau menjawab dengan tersenyum bahawa beliau masih belum mendapat keuntungan modal beliau kembali tetapi beliau telah nampak masa depan yang cerah hasil perniagaan beliau sekarang. Sekarang beliau mempunyai sebuah lagi ladang burung puyuh yang berpengkalan di Jasin selain di Durian Tunggal.Bagi seorang usahawan, cabaran dan tekanan itu tidak boleh dipisahkan dalam bidang ini. Dalam setiap apa pekerjaan yang kita lakukan, kita akan meghadapi cabaran. Cabaran yang sering ditempuhi daripada seorang usahawan ialah pesaing perniagaan. Tidak semua orang gembira dengan kejayaan yang kita hadapi, sama juga seperti beliau. Beliau menyatakan bahawa persaingan di awal-awal perniagaan beliau amatlah sengit kerana beliau adalah orang baru dalam bidang tersebut, ramai pembeli yang masih tidak yakin dengan kemampuan beliau.Sehingga kini, beliau masih lagi berhati-hati dengan pesaing perniagaan yang beliau jalankan.Beliau juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah kewangan untuk menggaji pekerja dan menyediakan kemudahan kepada burung ternakan beliau.Tetapi setelah mendapt pinjaman daripada pihak kerajaan, semua masalah itu dapat diselesaikan.Selain daripada itu, pada permulaan perniagaan, banyak burung puyuh yang mati kerana beliau masih tidak arif tentang habitat burung puyuh.Selepas beberapa bulan beliau menjalankan pemerhatian terhadap burung puyuh dan mengkaji habitat burung puyuh daripada pihak veterinar, barulah keadaan perniagaan beliau menjadi agak stabil.Beliau juga membuat kajian mengenai penyakit burung puyuh, habitat burung tersebut dan sebagainya kerana beliau menjalankan penternakan burung puyuh kacukan perancis.Berbekalkan ilmu yang diperoleh, beliau mampu menternak burung puyuh dengan betul dan menghasilkan produk yang berkualiti.

APAKAH NASIHAT ANDA UNTUK USAHAWAN MUDA?seorang usahawan haruslah sanggup untuk mengambil risiko. Sekiranya, seorang usahawan itu tidak sanggup untuk mengambil sebarang risiko, maka usahawan itu tidak akan berjaya menjadi seorang ahli perniagaan. seorang usahawan perlulah bijaksana dan bersikap positif dalam membuat keputusan. Jangan terlalu gopoh untuk mengejar impian. Mula dari bawah, anda akan capai dipuncak juga.

KESIMPULAN

Berdasarkan temuramah terhadap pengusaha burung puyuh baka Perancis, Encik Khairul Izwan merupakan seorang usahawan muda yang berdaya saing. Berbekalkan semangat dan iltizam yang kuat, beliau tidak mudah melatah sebaliknya meneruskan perniagaan penternakan burung puyuhnya meskipun pada peringkat awal terdapat banyak kekangan yang dihadapi.Sikap optimis dan sanggup menghadapi risiko sedikit sebanyak mematangkan Encik Khairul Izwan untuk bergelar usahawan berjaya kelak.Beliau juga begitu komited dengan setiap perkara yang dilakukan kerana setiap usaha yang digembleng sudah tentunya beliau mahu menjadikan perniagaan burung puyuhnya sebagai pengeluar puyuh pendaging yang berkualiti tinggi dengan pengeluaran kuantiti yang besar bagi menampung pasaran tempatan dan antarabangsa.Hal ini disebabkan, selaras dengan misi dan visi perniagaan Puyumas Sdn.Bhd iaitu menjadikan perniagaan ini berlandaskan penternakan sebagai satu bidang komersial yang menguntungkan selain perniagaan yang berasaskan peruncitan dan perdagangan. Tambahan pula, moto syarikat ini ialah keinginan yang jitu untuk memastikan pengguna mampu membeli karkas puyuh pendaging yang mana khasiatnya lebih tinggi serta lebih rendah kolesterol berbanding dengan ternakan lain.Secara kesimpulannya, perniagaan penternakan burung puyuh ini mampu menjadi ladang contoh kepada belia, graduan, penganggur dan usahawan dalam memastikan ia sebagai satu tempat rujukan dalam pengurusan perniagaan yang berasaskan penternakan dan pertanian dalam menjadikan ia sebagai perniagaan utama dalam sektor ekonomi negara.

LAMPIRAN

16