Upload
rozihan-ismail-fathi
View
155
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
LAMPIRAN 1
KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
TAJUK TUGASAN 1 DAN 2
KUMPULAN
EL – A04
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO ID NO TELEFONROZIHAN BT ISMAIL FATHI D2011049501 014-2396421
NAMA TUTOR E – LEARNING : DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALI
TARIKH SERAH : 19.11.2012
TUGASAN 1 :
SECARA TERPERINCI HURAIKAN PUNCA-PUNCA KECACATAN, CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN SOSIAL KATEGORI:
a) BERMASALAH PENDENGARANb) ADHDc) BERMASALAH PENGLIHATANd) BERMASALAH FIZIKAL
TUGASAN 2:
BINCANGKAN STRATEGI DAN KAEDAH MEMBANTU MURID PENDIDIKAN KHAS MENGIKUT MODEL SOSIAL(social model) dan MODEL PERUBATAN (medical model)
PEMARKAHAN
2. ESEI:
(a)
(b)
3. FORUM
JUMLAH
ISI KANDUNGAN
Halaman
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Murid –murid Berkeperluan Khas
2.1 Punca – punca Kecacatan
2.2 Ciri – ciri Perkembangan Fizikal dan Sosial
3.0 Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran 2
4.0 Kanak-kanak ADHD 6
5.0 Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan 10
6.0 Kanak-kanak Bermasalah Fizikal
FORUM E-LEARNING
1 Tajuk Forum 1
2 Tajuk Forum 2
3 Tajuk Forum 3
4 Tajuk Forum 4
PENGENALAN
1.0 Kanak-kanak BermasalahPendengaran
Pendidikan Khas Malaysia juga mengkategorikan kanak-kanak bermasalah pendengaran
sebagai masalah bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Menurut Jamila Mohamed (2006),
kecacatan di bahagian telinga ini terjadi akibat daripada kerosakan pada telinga dalam.
Bunyi-bunyi yang masuk melalui salur auditori ke gegendang telinga yang kemudiannya
menyebabkan tiga tulang kecil dalam telinga bergetar dan menghantar bunyi ke telinga
dalam mungkin terganggu akibat wax iaitu tahi telinga atau sebarang kecacatan yang
menyebabkan berlaku gangguan. Gegendang telinga yang pecah, luka ataupun berlubang
juga menyebabkan berlakunya masalah pekak. Pekak jenis ini biasanya dapat dibantu
dengan alat bantu pendengaran.
Menurut Chua (1996) pula menyatakan masalah pembelajaran kanak-kanak bermasalah
pendengaran bergantung kepada cara mereka mendapat kecacatan dan juga kepada faktor
umur dan tahap kehilangan masalah pendengaran yang mereka alami, hal ini akan
menyebabkan perkembangan pertuturan dan bahasanya terganggu ataupun lambat.
Kelambatan ini mempengaruhi juga perkembangan mentalnya. Oleh kerana kanak-kanak
bermasalah pendengaran ini tidak dapat mendengar, mereka juga tidak dapat berfikir seperti
kanak-kanak normal yang lain.
Keadaan ini berlaku kerana mereka tidak mendapat maklumat yang sepenuhnya ketika
disampaikan. Sering tertanya-tanya dengan setiap pertanyaan dan perbincangan yang
dihadiri dan akhirnya kanak-kanak ini merasa bosan untuk memikirkan apa yang mereka
kurang faham kerana kekurangan info tentang sesuatu perkara.Pendengaran merupakan
saluran yang paling penting bagi manusia untuk menerima pelbagai ilmu dan
pemberitahuan.
Menurut Lindblack dan Macdonel (1995), ketidakupayaan mendengar pertuturan, bahasa,
muzik dan bunyi-bunyi alam sekeliling adalah berkaitan dengan masalah psiko-sosial yang
memberi kesan terhadap fungsi dan kualiti kehidupan seharian.Orang yang bermasalah
pendengaran sering disalah anggap oleh masyarakat sekeliling yang normal kerana
kecacatan mereka tidak ketara seperti mereka yang mengalami kecacatan penglihatan atau
terencat akal yang begitu jelas fizikalnya. Mereka juga kurang mendapat simpati kerana
kelihatan normal seperti orang normal yang lain. Masalah pendengaran adalah disebabkan
oleh beberapa punca yang berlainan.
(1)
1.1 Punca Masalah Pendengaran
1.1.1 Kerosakan Bahagian Telinga Luar
Walaupun kerosakan dibahagian telinga luar tidak begitu serius tetapi ia juga boleh
menyebabkan seseorang mengalami masalah pendengaran Sebagai contoh , setengah
kanak-kanak mempunyai fizikal cuping telinga yang tidak sempurna (atresia),boleh
menghadapi masalah ini. Selain itu , jangkitan terhadap saluran luar telinga boleh
menyebabkan pendengaran kanak-kanak terjejas. Tumor atau ketumbuhan juga boleh
menyebabkan seseorang itu mengalami masalah pendengaran.
1.1.2 Kerosakan Bahagian Telinga Tengah
Kehilangan pendengaran berpunca dari kerosakan telingan tengah adalah disebabkan
tindakan mekanikal tulang-tulang osikel. Kerosakan bahagian ini boleh dirawat melalui
perubatan atau pembedahan. Masalah ini adalah otitis media iaitu jangkitan di ruang telinga
tengah disebabkan oleh jangkitan. Otitis media sering dihadapi oleh kanak-kanak Sindrom
Down atau kanak-kanak sumbing kerana ketidaksemputnaan tiub eustachio. Jangkitan salau
ini menyebabkan nanah-nanah terkumpul dalam rongga telinga tengah dan menyebabkan
sakit telinga yang teruk.
1.1.3 Kerosakan Bahagian Telingan Dalam
Kehilangan pendengaran melibatkan kerosakan telingan dalam boleh mempengaruhi
keseimbangan badan serta mengakibatkan keadaan vertigo (pening, mual dan muntah).Ada
kalanya , kanak-kanak yang mengalami kerosakan telingan dalam sering mendengar bunyi
berdesing dan bising. Ada kes kepekakan di kalangan kanak-kanak berpunca daripada
keturunan (Schildroth, Rawlings & Allen, 1989).
1.1.4 Jangkitan dan Faktor-faktor Lain
Kerosakan ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sebelum kelahiran,
semasa kelahiran dan selepas kelahiran. Sebelum kelahiran antara punca masalah
pendengaran ialah disebabkan oleh gen, jangkitan semasa hamil terutama oleh virus seperti
rubella, demam glanduhar dan juga selsema. Ibu yang mengalami penyakit seperti biri-biri
atau kencing manis ketika hamil atau pengambilan dadah dan bahan kimia serta masalah
kerap hamil menyumbang kepada masalah pendengaran ini. Semasa kelahiran pula, situasi
(2)
semasa kelahiran yang terlalu lama ataupun kesukaran ketika bersalin yang menyebabkan
tekanan yang kuat pada bahagian telinga, kelahiran tidak cukup bulan.
Berlaku kecederaan ketika dilahirkan terutama pada bahagian telinga akan
menyebabkan bayi mengalami masalah pendengaran. Penyakit hemolisis selalunya yang
disebabkan oleh faktor Rh. Manakala selepas kelahiran, kemungkinan mendapat kecacatan
pendengaran juga boleh dikesan dengan punca-punca yang tersendiri. Antaranya kanak-
kanak yang mengidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus seperti
beguk dan demam campak. Penyakit ini akan mengganggu sistem pendengaran dan tidak
mustahil boleh kehilangan pendengaran.
1.1.5 Punca Kemalangan
Terlibat dalam kemalangan juga boleh terjadi kehilangan pendengaran, jika kecederaan
yang teruk berlaku di bahagian telinga. Pengambilan antibiotik seperti streptomycin yang
berlebihan atau dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pemakannya
mengidap pekak. Begitu juga jika kita selalu terdedah dengan bunyi yang sangat kuat dalam
jangkamasa yang lama. Kehilangan pendengaran terbahagi kepada beberapa tahap. Iaitu
tahap kurang pendengaran dan tahap pekak. Tahap kurang pendengaran terbahagi kepada
tiga iaitu tahap ringan merangkumi tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB.
Pada tahap ini, individu masih memahami perbualan tetapi mengalami kesulitan mendengar
bunyi – bunyi yang perlahan dan jauh. Untuk mengatasinya kanak-kanak istimewa ini
memerlukan terapi pertuturan.
Pada peringkat sederhana kehilangan pendengaran tahap kehilangan antara 42 hingga 55
dB. Peringkat ini kanak-kanak boleh mendengar bunyi antara 1 hingga 1.5 meter. Namun
pada tahap ini, kanak-kanak ini masih memahami perbualan. Walau bagaimanapun kanak-
kanak ini agak sukar untuk melibatkan diri dalam perbincangan kelas.Pada tahap ini kanak-
kanak boleh menggunakan alat bantu pendengaran. Terapi pertuturan juga disaran turut
boleh digunakan untuk memperbaiki pertuturan.
Peringkat yang ketiga dalam kehilangan pendengaran ialah tahap sederhana teruk, di
mana kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 hB. Pada tahap ini kanak-kanak
memerlukan alat bantu pendengaran dan turut menghadirkan diri dalam latihan dalam
(3)
kategori ini mungkin tidak sempurna kerana pengalaman pendengaran yang terhad.
Pengalaman pendengaran yang tiada menjadikan kanak-kanak ini pasif dan tidak aktif dalam
mengeluarkan idea bersama-sama kawan kerana tidak dengar dan tidak faham.
Selain kehilangan pendengaran, pekak dianggap tahap yang seterusnya: terbahagi
kepada dua iaitu teruk, di mana kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90dB. Seseorang
itu dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak antara sifar hingga 30.5 sentimeter
daripadanya. Pada tahap ini, kanak-kanak hanya dapat membezakan sesetengah bunyi
sahaja. Kanak-kanak pada tahap ini menghadapi masalah pada pertuturan dan memerlukan
alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi seterusnya memerlukan kelas
Pendidikan Khas.
Tahap pekak yang serius adalah kategori sangat teruk di mana kehilangan pendengaran
lebih daripada 90dB. Pada tahap ini kanak-kanak sukar untuk mendengar walaupun bunyi
yang kuat. Mereka memerlukan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan. Kanak-kanak
yang kehilangan pendengaran sebelum memperoleh kemahiran bertutur dan berbahasa
adalah dalam kategori pekak pralingual yang biasanya menyebabkan masalah dalam
pembelajaran.
Manakala kehilangan pendengaran selepas dapat meguasai kemahiran bertutur dan
berbahsa diistilahkan sebagai pekak pascalingual. Kehilangan pendengaran dapat
ditentukan melalui ujian pendengaran dengan menggunakan audiometer.Terdapat dua jenis
kehilangan pendengaran utama iaitu kehilangan pendengaran konduktif atau bahagian
penerimaan. Kecacatan ini terjadi kerana kerosakan pada telinga luar atau telinga tengah
yang menyebabkan kekurangan intensiti bunyi sampai ke telinga dalam. Bunyi-bunyi yang
masuk melalui salur auditori ke gegendang telinga yang kemudiannya menyebabkan tiga
tulang kecil dalam telinga tengah bergetar dan menghantar bunyi ke telinga dalam mungkin
terganggu akibat wax atau kecacatan.
Pekak jenis ini biasanya boleh dibantu dengan penggunaan alat bantu
pendengaran.Kehilangan pendengaran utama yang seterusnya ialah kehilangan
pendengaran sensori-neural atau dibahagian tanggapan. Kecacatan ini terjadi akibat
kerosakan pada telinga dalam atau saraf auditori yang membawa impuls iaitu getaran ke
otak.
(4)
2.0 Ciri-ciri Perkembangan Fizikal dan Sosial
Kanak-kanak bermasalah pendengaran dapat dikesan dengan tanda-tanda yang
terdapat daripadanya. Kanak-kanak bermasalah pendengaran ini kurang memberikan
perhatian di dalam kelas. Mereka kelihatan selalu berkhayal dan mempunyai butir
percakapan yang tidak jelas dan janggal.
Kanak-kanak ini sering terkejut jika dihampiri dari arah belakang. Ianya juga sering tidak
memahami dan mengikut arahan yang diberikan. Murid ini juga mengelak dari meyertai
aktiviti yang memerlukan kemahiram bertutur. Sering bertanya tugasan yang diberikan
walaupun telah dijelaskan dan mendapat pencapaian yang lemah terutama yang berkaitan
dengan bahasa.
Kanak-kanak bermasalah pendengaran ini, juga mempunyai masalah sampingan di
mana selalunya mereka akan mempunyai masalah dalam pembelajaran. Terdapat banyak
kesan jika keadaan telinga tegak terhad perkembangannya. Kanak-kanak akan mempunyai
masalah berkomunikasi dan berkemahiran lisan dalam membaca dan menulis. Malah
memberi kesan juga kepada perkembangan yang lebih luas seperti penyesuaian.sosial dan
kematangan emosi.Bahasa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Pekak
bukan sahaja memberi kesan kekurangan dalam input sensori tetapi juga gangguan
gangguan dalam interaksi serta hubungan antara orang dewasa dan kanak-kanak.
PENGENALAN
2. KANAK-KANAK DENGAN ATTENTION DEFICIT-HIPERACTIVITY DISODER(ADHD).
Kanak-kanak Attention Deficit-Hiperactivity Disoder (ADHD) adalah satu daripada
kategori kanak-kanak hiperaktif yang mengalami maslaah pembelajaran. Kanak-kanak
ADHD ini bertingkah laku terlampau aktif dan selalu menimbulkan kekecohan dan
memeningkan kepala ibu bapa dan pengasuh akibat tingkah laku mereka yang tersangat
aktif dan sukar diramal. Di sekolah mereka ditempatkan di dalam kelas Program Khas
Masalah Pembelajaran (PKBP). Guru terpaksa memberikan perhatian yang lebih kepada
mereka kerana mereka sukar menumpukan perhatian pada pengajaran guru dan sentiasa
bergerak di dalam kelas.
(5)
2.0 DEFINISI ADHD
Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan ADHDadalah kecelaruan
psikologi . Kanak-kanak ADHD dapat dikesan sebelum umur tujuh tahun. ADHD merupakan
tingkahlaku ayng tidak dapat memberi perhatian , impulsif, dan /atau hiperaktiviti-impulsif
yang lebih kerap dan teruk berbanding kanak-kanak biasa yang dapat dilihat pada individu
pada tahap perkembangannya. Menurut MarilynFriend (2005), terdapat tiga kategori definisi
ADHD iaitu:
a) ADHD – Kurang Tumpuan
Kanak-kanak yang tidak dapat memberi tumpuan dalam sesuautu perkara. Mereka
mungkin meninggalkan bahagian mustahak tugasan yang diberikan, selalu
mengelamun di dalam kelas, bersikap tidak teratur atau cuai dan selalu terlupa.
b) ADHD – Hiperaktif –impulsif
ADHD jenis ini , petunjuk utamanya adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah
pergerakkan yang sangat aktif dan impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir.
Kanak-kanak jenis ini selalu berkelakuan mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-
goyangkan kerusi, berlari-lari dan banyak bercakap.
c) ADHD – Gabungan
Kanak-kanak ini mempunyai petunjuk kepada kedua-dua ciri di atas yang merupakan
sebahagian daripada kecelaruan yang dihadapi, iaitu tidak ada tumpuan dan
hiperaktif-impulsif.
2.1 PUNCA KEJADIAN ADHD
Ada pendapat menyatakan ADHA adalah berpunca daripada sikap ibu bapa
kanak-kanak tersebut yang terlalu memanjakan anak mereka sehingga tidak ada batasan
dalam tingkah laku mereka . Ada pula berpendapat ADHD berpunca daripada amalan
pemakanan, alahan makanan tertentu, atau mengambil terlalu banyak makanan bergula .
Menurut Marilyn Friend pula punca ADHD terbahagi kepada dua faktor iaitu a) faktor
fisikologi, b) faktor persekitaran.
2.1.1 Faktor Fisiologikal
Ahli psikologi dan para pendidik telah menkaji ADHD adalah berpunca dari
fisiologikal. Di antara punca ADHD yang dikenal pasti adlah :
(6)
a) Faktor Keturunan
Individu dengan ADHD berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam
keluarganya. Sekiranya ibu dan bapanya mengalami ADHD maka berkemungkinan
anaknya tiga kali ganda mempunyai ADHD.
b) Perbezaan Fungsi Otak
Ahli sains mendapati tiga bahagaian otak iaitu prefrontal cortex, basal gangila, dan
serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD
berbanding individu lain. Bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami
ADHD, terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap
rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut.
c) Faktor Biokimia
Terdapat bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai nuerotransmitter yang
memancarkan malkumat daripada salah satu daripada tiga bahagian di atas kepada
bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserapkan semula dengan baik dalam
otak individu dengan ADHD.
2.1.2 Faktor Persekitaran
a) Persekitaran
Selain daripada faktor fisiologi , faktor persekitaran menyumbang kepada keterukan
ADHD yang dialami oleh kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh kanak-kanak yang dididik
dalam keluarga yang teratur dan mempunyai peraturan hidup yang seimbang
berkemungkinan besar menunjukkan ciri-ciri ADHD yang ringan.
b) Kecederaan Otak
Kecederaan otak mungkin berlaku semasa tempoh prenatal kerana penggunaan dadah ,
merokok atau pengambilan al-kohol yang berlebihan bagi diri si ibu. Semasa proses
kelahiran, kecederaan otak mungkin berlaku akibat kekurangan oksigen . Selain daripada itu
antara faktor penyebabnya adalah kecederaan otak akibat demam panas yang teruk, atau
kemalangan yang melibatkan kecederaan otak.
(7)
2.3 Ciri-ciri Perkembangan Fizikal dan Sosial
2.3.1 Ciri-ciri Fizikal
Kalau dilihat dari segi fizikalnya kanak-kanak ADHD ini tidak ada apa perbezaan
dengan kanak-kanak normal yang lain kerana keadaan fizikal mereka sempurna, tetapi
kelakuan dan pemikiran mereka yang berbeza. Kanak-kanak ini menghadapi masalah
dalam aktiviti mental mereka. Mereka berkemungkinan tidak dapat mengingati tugasan atau
arahan yang diberi oleh guru. Aktiviti mental ini juga melibatkan keupayaan mengasingkan
kekecewaan dan masalah emosi lain dalam menyiapkan tugasan. Ada pelajar yang tidak
dapat mengawal emosi mereka kerana tidak dapat melaksanakan tugasan-tugasan yang
berat sehingga mereka bertindak berlari keluar kelas atau menjadi temper-tantrum.
Masalah tingkah laku pelajar ADHD menunjukkan perbezaan yang besar. Misalnya
pelajar ADHD hiperaktif-impulsif atau ADHD jenis gabungan , biasanya mempunyai masalah
tingkah laku yang dapat dilihat dengan jelas oleh guru daripada pelajar ADHDbyang kurang
tumpuan. Pelajar ADHD hiperaktif-impulsif bersifat lebih agresif, seperti mereka selalu
memulakan pergaduhan atau pertengkaran.
2.3.2 Ciri-ciri Sosial
Ciri-ciri sosial dan emosi lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri dan kefungsian
sosial secara menyeluruh. Kanak-kanak ADHD didapati lebih cenderung untuk mengalami
kemurungan. Sekiranya seseorang itu mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi, maka
dia akan menganggap dirinya seorang yang kuat, dan begitulah sebaliknya. Dari segi
sosialnya pula kanak-kanak ADHD menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri dengan
rakan dan masyarakat.
(10)
PENGENALAN
3. KANAK-KANAK MASALAH PENGLIHATAN
Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat. Menurut Heward
(1996),seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada
mata yang sihat dengan pembetulan(kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang
sempit kurang daripada 20 darjah.
Menurut Hallahan &Kauffman (2002), kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya
(kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap)mahupun unjuran
cahaya(kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya.
Menurut National Society For Prevention of Blindness(1990),ketepatan penglihatan 20/200
atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau mempunyai
ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik
setelah dijalankan pembetulan.
3.0 DEFINISI
Masalah penglihatan terbahagi kepada dua iaitu rabun dan buta. Rabun atau kurang nampak
ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang kabur.
Ketajaman penglihatan orang yang mengalami masalah penglihatan hanya boleh melihat
sesuatu objek dalam lingkungan jarak 20 kaki dan lapangan penglihatan mereka pula tidak
lebih dari 20 darjah pada keluasan diameter. Menurut Sara Begum (2003) , pelaajar yang
mengalami masalah penglihatan juga dikategori mengikut peringkatnya iaitu Astigmatisme
(rabun), glaukoma (tekanan biji mata yang merosakkan saraf urat mata), Srabismus (juling),
Ambiplia (mata malas), Diplopia (nampak dua), Albinisme (sensitif pada cahaya), Myopia
(rabun jauh), dan Hyperopia (rabun dekat).
3.1 PUNCA MASALAH PENGLIHATAN
Punca terjadinya kecacatan ini adalah faktor komplikasi semasa hamil dan selepas
lahir,rubella,sifilis,kecederaan dan juga penyakit. Menurut Hewett Fan Forness(1974),49%
kecacatan disebabkan oleh kesalahan pada mata iaitu hiperopia,myopia,astigmatisme, 47%
disebabkan jangkitan selepas lahir,33% akibat peracunan,7% - 8% akibat penyakit dan 2%
disebabkan kemalangan.
(11)
Menurut Menon(1981),diantara sebab-sebab menjadi buta adalah katarak iaitu 66% cacar
variola,kurang zat pemakanan,kemalangan dan glaucoma masing-masing sebanyak 25%,
manakala 15% disebabkan jangkitan dan 5% disebabkan trokoma. Tidak dinafikan
juga,masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh faktor baka.
3.3 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL
Tanda-tanda fizikal yang ada pada mereka yang mempunyai masalah penglihatan adalah
bebola mata yang selalu berputar, matanya sensitive terhadap cahaya,bahagian tepi mata
kelhatan merah,kelopak mata bengkak,mata selalu berair,juling dan terdapat bintik-bintik
ditengah mata. Mereka juga sering mengadu tidak dapat melihat dengan jelas, sakit kepala
apabila membuat sesuatu kerja,pandangan kabur dan kadangkala objek yang dilihat menjadi
dua imej.
Masalah kerosakan penglihatan juga membawa kepada masalah tahap kesihatan
seseorang. Sebagai contoh mereka yang menghidap penyakit mata yang kronik akan
mengakibatkan lumpuh sementaraa waktu dan boleh menyebabkan serangan
jantung.Tingkah laku mereka pula selalu memusingkan kepala pada sebelah arah iaitu
semasa melihat objek. Individu nyang mengalami maslah mata juling akan selalu mengerut
atau mengecilkan mata dan mata kerap berkedip. Mereka selalu terlanggar objek,dengan itu
mereka memerlukan seseorang atau tongkat untuk membantu mereka semasa bergerak.
Mereka akan selalu menutup sebelah mata dan menundukkan kepala ke tepi atau ke depan
apabila melihat sesuatu atau bergerak. Jika mereka separa buta mereka akan menonton
televisyen dan membaca buku pada jarak yang sangat dekat dan memegang kepala dengan
cara luar biasa.
3.4 CIRI – CIRI PERKEMBANGAN SOSIAL
Disebabkan kekurangan yang mereka ada,timbul perasaan kurang keyakinan diri dan sering
menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baik kepada
mereka(bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa berbeza dengan
orang normal). Menurut Julia et al (2009) kanak-kanak yang mempunyai masalah
penglihatan memerlukan perhatian yang lebih dari keluarga dan juga guru. Mereka yang
mempunayai masalah penglihatan menpunyai tingkah laku yang ganas, sifat terlalu
bergantung kepada orang lain, suka menentang , tidak mahu menurut kata, sikap suka
mengelak dari melakukan sesuatu kerja dan tingkah laku yang pasif.
(12)
Mereka bertindak begitu kerana mempunyai ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak
dan juga kekurangan fungsi luar kawal otak. Mereka juga menghadapi masalah dalam
menyesuaikan diri dalam komunikasi dan kemahiran dalam mengawal emosi dan sosial.
Kanak-kanak ini suka pada permainan tertentu sahaja. Suak bersendirian dan sukar bergaul
dengan orang lain. Mereka sangat sensitif dan tidak sensitif pada kesakitan dan sukar
merasa takut kepada situasi bahaya. Mereka sukar meluahkan keinginan sendiri dan lebih
abnyak menggunakan bahasa badan daripada perkataan lisan. Selain itu mereka turut
mengalami masalah dalam aktiviti motor dan fizikal seperti terlalu aktif atau terlalu lembab
dan boleh menyebabkan kemusnahan kepada persekitaran.
PENGENALAN
4. KANAK-KANAK BERMASALAH FIZIKAL.
‘CELEBRAL’ bermaksud OTAK. Manakala ‘PALSY’ membawa erti KURANG atau TIDAK
BERUPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTAK’. Definisi palsi selebral adalah kecacatan
anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak dengan
bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia. Kanak-kanak palsi selebral
sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang
mengakibatkan kurang upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan.
Kecacatan otak dan saraf ini lazimnya berlaku sebelum,semasa dan di peringkat awal bayi
iaitu ketika bahagian otak kanak-kanak pesat berkembang.
Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebral athetiod, palsi
selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak palsi selebral
spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan kaki.
Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak
berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada kaki, pergerakan permulaan
berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan
pergerakannya kurang terkawal.
Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan tidak
terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka adalah tidak
baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.Palsi serebral gabungan pula
adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu
masa. Masalah yang dihadpi olehnya adalah otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga
meliuk. (13)
4.1 PUNCA BERMASALAH FIZIKAL
Muscular Dystrophy(MD) merupakan suatu penyakit genetik. Menurut Mayo Clinic Staff,
(2009), ada dua jenis MD berpunca dari genetik iaitu Duchenne dan Becker Muscular
Dystrophy. Kedua-dua kecacatan ini adalah berpunca daripada genetik ibu iaitu kromosom X
yang mana hanya berlaku kepada anak lelaki sahaja. Jenis genetik ini dibawa oleh ibu
sebagai X-linked recessive inheritance. Anak lelaki mewarisi kromosom X daripada ibu dan
Y daripada ayah mereka, apabila kromosom X dan Y bercantum keadaan ini akan
menjadikan anak lelaki mereka yang mewarisi penyakit tersebut. Manakala dua kromosom X
yang diwarisi oleh anak perempuan mereka pula akan menjadikan mereka sebagai
pembawa.
Selepas kelahiran , bayi akan menunjukkan keadaan normal, namun tulang-tulang otot akan
menjadi lemah ketika umur kanak-kanak itu berumur di antara dua dan enam tahun. Semasa
kanak-kanak , pesakit akan menghadapi masalah(lemah) untuk berjalan, tatapi apabila
meningkat dewasa pesakit tersebut akan tidak mampu lagi untuk berjalan. Kelemahan otat
mereka biasanya bermula dari bahu dan pangkal paha kemuadian merebak kebahagian lain
termasuk saraf hati dan mungkin memberi kesan kepada paru-paru. Kedua ia memberi
kesan kepada otat betis dan jantung serta fungsi pernafasan.
4.2 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL
Menurut Giuliani dan Pierangelo (2007), ciri-ciri perkembangan kecacatan fizikal yang
dialami oleh kanak-kanak Muscular Dsytrophy antaranya kelemahan otot, gelaja
perkembangan otot , lambat dalam perkembangan kemahiran menggunakan otot-otot motor,
tulang belakang yang bengkok, gaya berjalan terhuyung-hayang , kesukaran menggunakan
kemahiran motor seperti melompat dan berlari, kesukaran berjalan atau kehilangan
keupayaan untuk berjalan, kepenatan , kecacatan otot hingga menyebabakan pesakit
terpaksa menggunakan kerusi roda dan pengawalan otot hingga menyebabakan
penggunaan jari ayng terhad dan kehilangankeupayaan pergerakan kepala.
Menurut Taylor et al. (2009) kecacatan fizikal Duchenne Muscular Dystrophy dilihat mengikut
tahap umur. Menurut Best et al (2005) pula, kelemahan otot-otot biasanya bermula pada
lower leg dan otot pelcvic girdle. Gejala lower leg berlaku apabila tisu-tisu otot digantikan
dengan lemak dan otot pelvic girdle menjadi lemah membuatkan mereka terpaksa
menggunakan tangan untuk bangun.
(14)
Bagi kanak-kanak spastik pulamengalami otot-otot yang tegang daan kecut. Pergerakan
mereka adalah tersekat-sekat dan kurang berkoordinasi sehingga mereka mungkin tidak
dapat menggenggam benda dengan jari. Mereka mungkin tidak dapat mengawal otot-ototo
bibir , lidah dan kerongkong menyebabkan lidah mereka akan terjulur dan air liur meleleh.
4.3 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN SOSIAL
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal ini akan mengalami kesihatan yang
semakin teruk Ini akan meningkatkan kadar kebergantungan mereka pada orang sekeliling.
Maka itu menyebabkan mereka suka menyisihkan diri dari persekitaran sosial dan
perubahan tubuh badan menyebabkan mereka menjadi kemurungan(Polakoff et al., 1998).
Pergerakan psikomotor kanak-kanak ini adalah terbatas. Masalah sosial yang dihadapi oleh
golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Disebabkan mereka
tidak dapat bertutur dengan baik,mereka berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan
hubungan mereka dengan persekitaran. Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini
rendah diri adalah sikap ibu bapa yang terlalu member perhatian dan perlindungan yang
melampau menyebabkan kanak-kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari
kemahiran asas bagi penjagaan diri sendiri.
TUGASAN 2
1.0 PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia berusaha ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan individu yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia juga adalah usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafaah Pendidikan Negara.
Perhubungan antara bidang pembelajaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran
dan penilaian adalah bersifat interaktif. Untuk memenuhi keperluan individu, interaksi antara
kesemua aspek di atas boleh berlaku dalam keadaan fleksibel.Semua proses ini adalah
untuk keperluan murid. Pelajar-pelajar pendidikan khas adalah pelajar yang mempunyai
kekurangan dari segi fizikal, pendengaran, penglihatan dan percakapan. Walaupun begitu,
mereka tetap bersekolah kerana mereka juga ingin menjadi manusia yang berguna dan ingin
mempunyai pekerjaan. Dalam melaksanankan pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan khas terdapat dua model utama dan pengendalian murid berkeperluan khas iaitu
Model Social dan Model Perunbatan.
1.1 MODEL SOSIAL (SOCIAL MODEL)
Bagi menjayakan model ini prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak amat
diutamakan . Antara pihak-pihak yang boleh bekerjasama adalah penglibatan ibu bapa,
sekolah dan masyarakat kepada program pendidikan khas yang dijalankan. Tujuan
kolaberasi ini adalah untuk bekerjasama menyelasaikan sesuatu masalah atau untuk
mencari sesuatu matlamat. Ianya perlua dilakukan dengan sukarela. Sukarelawan dari
masyarakat luar juga digalakkan. Menurut Golin dan Ducanis (1981), kumpulan pelbagai
disiplin memainkan peranan penting, mereka terdiri daripada pelbagai individu yang
mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu. Kumpulan ini bergabung
tenaga untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak khas.
(16)
Mereka berfungsi untuk mengatasi masalah pelajar , merancang program pendidikan dan
menilai pekembangaan pelajar untuk memastikan keberkesanan Program Pendidikan
Khas. Kereka juga akan memastikan kanak-kanak khas ini mendapatkan penempatan
yang adil dan sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak berkeperluan
khas ini memang dilahirkan dengan pelbagai kecacatan namun terdapat pelbagai bakat
dan kemahiran yang tersembunyi dalam diri mereka. Hanya pendidikan dan pengalaman
sahaja yang dapat membentuk murid-murid khas yang memiliki bakat dan kemahiran
yang tinggi. Oleh itu kumpulan pelbagai disiplin ini harus berkolaborasi dan memberi
sumbangan tertentu kepada program pendidikan khas bagi membolehkan kanak-kanak
ini mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
1.1.1 IBU BAPA
Peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam mengesan kekurangan anak-anak
mereka di peringkat awal. Mereka tidak boleh membiarkan sahaja sekiranya mereka
mengesan sebarang masalah atau kekurangan pada anak mereka. Mereka harus berjumpa
dan berbincang dengan pakar tentang masalah atau kecacatan anak mereka supaya
tindakan selanjutnya dapat diambil untuk membantu anak-anak mereka boleh diambil
dengan segera. Ibu bapa juga harus ada ilmu atau pengetahuan bagaimana untuk menjaga
anak-anak mereka yang memiliki kecacatan dari segi mental, emosi dan fizikal kerana
sebarang kesilapan kecil memungkinkan membawa kepada kesan negatif kepada
perkembangan kanak-kanak tersebut.
Ibu bapa harus bersikap positif dan sentiasa percaya pada diri mereka sendiri bahawa
mereka dapat menangini masalah anak mereka. Ibu bapa tidak harus mengabaikan anak
mereka yang memiliki kekurangan dan kecacatan, sebaliknya memberi sokongan dan
kerjasama yang penuh dengan menghantar anak mereka ke sekolah pendidikan khas.
Mereka juga harus melihat perkembangan anak mereka setelah dihantar ke sekolah.
Penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan khas ini adalah penting untuk membina
keyakinan diri kepada anak yang berkeperluan khas. Mereka juga boleh menberi cadangan
yang sesuai bagi melancarkan program pendidikan khas. Mereka harus bekerjasama
dengan guru pendidikan khas dengan menghadirkan diri dalam perjumpaan yang diadakan
di sekolah. Intervensi boleh dilakukan oleh ibu bapa di rumah kerana mereka kerap berada
di sisi anak-anak mereka.
(17)
1.1.2 PIHAK SEKOLAH
Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membantu dan membentuk kanak-
kanak berkeperluan khas supaya mereka boleh berdikari dan menguruskan diri. Pihak
sekolah harus menyediakan satu bangunan atau bilik khas untuk murid-murid berkeperluan
khas. Bangunan itu juga harus dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah-kaedah yang khusus
dapat berjalan dengan lancar. Pengetua atau guru besar harus memberi kerjasama dan
sokongan yang penuh bagi program pendidikan khas.Sekolah yang mempunyai program
integrasi tidak sepatutnya mengasingkan murid-murid berkeperluan khas dengan murid-
murid biasa dengan mengadakan aktiviti yang menggalakkan pergaulan antara murid –murid
khas dengan murid-murid aliran perdana. Ini menggalakkan murid-murid khas berinteraksi
dengan murid normal tanpa mengasingkan diri mereka. Ini merupakan langkah pertama bagi
mereka untuk bergaul dan menghadapi masyarakat luar.
Guru pendidikan khas memainkan peranan yang penting dalam melaksaanakan
progranm pendidikan khas ini. Mreka harus memberikan komitmen yang penuh kepada
murid-murid berkeperluan khas dan program pendidikan khas. Guru-guru ini dilatih dengan
pelbagai kemahiran untuk mengajar dan mendidik murid-murid khas. Mereka harus berfikiran
kreatif, inovatif dan imaginatif supaya dapat menarik minat murid –murid kahas ini untuk
berlajarndan menumpukan perhatian pada mereka. Suasana di dalam kelas juga harus ceria
dan mesra supaya murid –murid ini seronok untuk datang ke sekolah dan belajar. Mereka
harus mengenali anak murid mereka secara terperinci agar memudahkan mereka melayan
murid-murid ini mengikut keperluan tertentu. Guru pendidikan khas ini harus mempunyai
Rancangan Pendidikan Individu mengikut kategori dan kesesuaian murid supaya mereka
dapat menguasai suatu kemahiran dengan baik. Program dan aktiviti itu tidak hanya
tertumpu di sekolah sahaja malah boleh di lakukan di luar sekolah agar murid-murid ini dapat
terdedah kepada masyarakat luar. Perbincangan dan kerjasama dengan pihak ibu bapa
amat digalakkan tentang masalah kesihatan dan tingkah laku anak-anak mereka. Guru
pendidikan khas ini juga boleh mengubah strategi pengajaran mengikut kesesuaian murid.
Guru-guru yang berada di aliran perdana harus juga memberi kerjasama dan dapat
memberi pendapat dengan guru pendidikan khas supaya objektif pendidikan khas dapat
dicapai. Untuk melancarkan perjalanan aktiviti yang dianjurkan untuk murid-murid khas ,
guru-guru di aliran perdana juga boleh mengambil bahagian untuk mereka mengenali
keperluan dan ciri-ciri murid –murid pendidikan khas. Kolaborasi semua staf sekolah kepada
(18)
program pendidikan khas penting untuk merealisasikan aspirasi pendidikan khas.
1.1.3 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Jabatan Kebanjikan Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam
membantu dan memberi khidmat kepada warga kurang upaya bersesuaian dengan
keperluan serta syarat-syarat yang ditetapkan. Jabatan ini diwujudkan untuk menolong orang
kurang upaya(OKU) supaya mereka boleh berdikari dan menjadikan mereka masyarakat
yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka.Untuk memudahkan
perkhidmatan bagi orang kurang upaya maka kad pengenalan diri khas dikeluarkan bagi
semua OKU yang berdaftar agar mereka boleh mendapat perkhidmatan yang cepat dan
akses kepada kemudahan awam. Mereka juga boleh mendapat pelbagai faedah seperti
rawatan perubatan , khidmat pemulihan , rawatan lanjutan, dan latihan vokasional. Kad ini
juga membolehkan mereka mengikuti program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan juga
untuk mendapat peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta.
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan program latihan kemahiran dan
pemulihan diri untuk kanak-kanak kurang upaya di institut-institut di bawah kelolaan
mereka.Tempat pembelajaran yang disediakan adalah seperti Taman Sinar Harapan, dan
Pusat Pemulihan dan Latihan Perindustrian Bangi. Di sini disediakan pelbagai latihan yang
bersesuaian dengan keupayaan murid-murid. Sektor swasta digalakkan menyertainya
dengan memberi sumbangan untuk membantu orang kurang upaya selaras dengan hasrat
kerajan untuk menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan
menepati Dasar Kebajikan Masyarakat Negara.
1.2 MODEL PERUBATAN
Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan
diperlukan untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca
masalah kecacatan serta cuba untuk memulihkan kecacatan tersebut. Peranan pakar
perubatan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
1.2.1 Pediatrik - bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-
kanak dan mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetic, kewarisan, prenatal dan
postnatal.
(19)
1.2.2 Neurologi – Pakar neorologi diperlukan untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit
yang berkaitan dengan neurologikal seperti kecederaan otak. Mereka diperlukan untuk
mengawal hiperaktif dan masalah menumpukan perhatian dengan memberikan kanak-kanak
ini ubat “Ritalin” untuk mengawal keaktifan mereka.
1.2.3 Terapi Pertuturan – Mereka dapat mengesan masalah komunikasi dari segi
pertuturan dan bahasa kanak-kanak. Terapi pertuturan digunakan dengan pelbagai
pendekatan dan teknik untuk membantu kanak-kanak yang gagap, sumbing dan mempunyai
masalah alat artikulasi untuk bertutur.
1.2.4 Terapi Fizikal – Mereka ini bertanggungjawab untuk menaksir fungsi-fungsi motor
halus dan motor kasar kanak-kanak. Mereka juga melatih kanak-kanak dalam kemahiran
hidup dan kemahiran membantu diri.
1.2.5 Audiologi – Untuk mengesan kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran,
Kanak-kanak ini akan dirujuk kepada bahagian audiologi untuk mengesan fungsi
pendengaran mereka.
1.2.6 Oftomologi – Pakar ini akan menaksir penglihatan kanak-kanak yang menghadapi
masalah penglihatan. Ini adalah kerana kanak-kanak ini memerlukan cara pengajaran yang
khas dan berbeza daripada kanak-kanak biasa.
RUMUSAN
Pendidikan Khas di Malaysia telah memberi peluang yang meluas kepada murid-murid
berkeperluan khas untuk mendapat pendidikan secara formal di sekolah-sekolah pendidikan
khas , program intergrasi dan inklusif. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Khas mempunyai misi yang sama berlandaskan kepada tiga prinsip utama iaitu
pendidikan menyeluruh dan bersepadu, pembelajaran yang mengembirakan dan bermakna
dan pendidikan sepanjang hayat. Dalam mencapaikan matlamat ini dua model pelaksanaan
pendidikan khas digunakan iaitu Model Sosial dan Model Perubatan yang mengutamakan
kolaborasi pihak ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat serta peranan dan tanggungjawab
pakar-pakar perubatan .
(20)
RUJUKAN
Abdul Rahim Razali et.all. (2011). KBK 3037 Murid-murid Berkeperluan Khas; Pusat
Pengajian Luar , UPSI : Perak.
Baharudin Omar. (2002). Asas Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Julia Jantan, Siti Suhaila Samian. (2007). Perkembangan dan Ciri-ciri Kanak-kanak
Berkeperluan Khas. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Ms. 67-84.
Jamila K. A. Mohamed. 2006. Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. Siri
Pendidikan Khas. Shah Alam: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Ms. 84.
Mohd Sharani Ahmad, (2009). Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar . Kuala
Lumpur PTS Publication.
Prof. Dr. Ansary Ahmed et.all. (2007). Psikologi dan Perkembangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. Ms. 18-22.