11
Pengenalan Kerja kursus (WAJ 3162) Bahasa Melayu Komunikatif II melingkumi 3 bahagian tugsan antaranya ialah menghasilkan satu esei ucapan, menyampaikan teks ucapan tersebut dan akhirnya menuliskan satu grafik untuk penulisan esei ucapan. Untuk bahagian 1, dalam penghasilan satu esei ucapan, saya perlu menyediakan satu teks ucapan Pegawai Pendidikan Daerah bersempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa (PIBG). Untuk Bahagian kedua, saya perlu menyampaikan ucapan teks PIBG tersebut dan untuk bahagian terakhir, saya perlu menulis ucapan dalam bentuk grafik. Sepangjang menyiapkan tugasan- tugasan ini, saya amat bersyukur dan gembira keran diberi peluang untuk mempelajari dengan lebih terperinci tentang ucapan dan juga cara/format yang betul untuk menulis satu ucapan.

Assignment WAJ 3161

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Assigment ini merupakan satu penulisan tentang teks ucapan bagi majlis perasmian PIBG yang tealah diadakan disebuah sekolah.

Citation preview

Page 1: Assignment WAJ 3161

Pengenalan

Kerja kursus (WAJ 3162) Bahasa Melayu Komunikatif II melingkumi 3 bahagian tugsan

antaranya ialah menghasilkan satu esei ucapan, menyampaikan teks ucapan tersebut dan

akhirnya menuliskan satu grafik untuk penulisan esei ucapan. Untuk bahagian 1, dalam

penghasilan satu esei ucapan, saya perlu menyediakan satu teks ucapan Pegawai Pendidikan

Daerah bersempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa (PIBG). Untuk

Bahagian kedua, saya perlu menyampaikan ucapan teks PIBG tersebut dan untuk bahagian

terakhir, saya perlu menulis ucapan dalam bentuk grafik. Sepangjang menyiapkan tugasan-

tugasan ini, saya amat bersyukur dan gembira keran diberi peluang untuk mempelajari dengan

lebih terperinci tentang ucapan dan juga cara/format yang betul untuk menulis satu ucapan.

Page 2: Assignment WAJ 3161

Tugasan 1- Penulisan Esei

Pengenalan tentang Konsep Komunikai bertulis, Komunikasi Lisan dan Ucapan

Komunikasi merupakan suatu proses dua hala yang melibatkan penghantar dan

penerima atau penulis dan pembaca untuk berkongsi maklumat, perasaan dan pemikiran, idea

atau mesej (Khairuddin Mohamad., et al., 2012). Komunikasi boleh berlaku dalam dua bentuk

iaitu komunikasi bertulis dan komunikasi lisan. Sebagai seorang guru, penguasaan kemahiran

komunikasi sama ada secara tulisan mahupun lisan amat diperlukan kerana guru ialah agen

kepada perubahan.

Menurut Khairuddin Mohamad., et al. (2012), komunikasi bertulis merupakan satu

proses yang paling berkesan digunakan dalam sebuah organisasi untuk menyampaikan dan

menerima idea-idea maklumat dari satu pihak ke pihak yang lain melalui penulisan. Dalam

menyampaikan mesej, penghantar mesej perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa untuk

menghasilkan penulisan yang lengkap supaya mudah difahami oleh pembaca tanpa

menimbulkan kekeliluan. Oleh hal yang demikian, komunikasi bertulis memerlukan penelitian

yang serius kerana mesej dalam bentuk perkataan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.

Penggunaan bahasa yang gramatis di dalam komunikasi penulisan kadang-kadang

mentubabkan mesej yang hendak disamapikan sukar difahami. Bagimemastikan ianya lebih

berkesan, sesuatu penulisan itu perlu menepati ciri-ciri seperti penghantar hendaklah

memastikan mesej yang disampaikan adalah jelas, mendapatkan perhatian penerima, dan

sensitif kepada maklumbalas pihak lain (Pdteamwork13.blogspot.my, 2012).

Komunikasi lisan pula meruapan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung

ketika dua atau melebihi dua orang sedang berbual (Khairuddin Mohamad., et al., 2012).

Komunikasi lisan juga dikenal sebagai komunikai verbal dan ia boleh dilakukan secara

bersemuka ataupun melalui teknologi seperti menggunakan telefon dan internet. Terdapat dua

jenis komunikasi lisan iaitu komunikasi lisan secara formal dan komunikasi lisan secara tidak

formal. Komunikasi lisan yang formal merangkumi aktiviti seperti mesyuarat, taklimat, temu

duga, demonstrasi, mengajar dan pengucapan awam. Dalam penyampaian komunikasi lisan

yang formal, penyampai perlu menyediakan bahan atau dokumen untuk persediaan.

Komunikasi lisan yang tidak formal pula merupakan satu cara untuk meluahkan perasaan

secara sepontan.

Page 3: Assignment WAJ 3161

Dalam kerja kursus ini, fokusnya adalah tentang ucapan. Ucapan merupakan satu

bentuk saluran komunikasi peertuturan. Namun, ucapan juga merupakan sejenis karangan

berformat yang menggunakan teks bertulis sebagai landasan penyampaiannya (Khairuddin

Mohamad., et al., 2012). Menurut Sulaiman Masri (2005) rujukan dari Khairuddin Mohamad., et

al. (2012), “ ucapan ialah komunikasi sehala yang melibatkan proses penglahiran idea secara

lisan yang diujarkan berdasarkan tema atau agenda majlis dan disampaikan secara individu

kepada khalayak untuk mencapai matlamat serta tindakan sesuatu.” Ucapan juga merupakan

medium untuk menyampaikan mesej kepada umum melalui pemberi ucapan tersebut. Ucapan

dilontarkan berdasarkan tujuan dan setiap ucapan mempunyai tujuan danmatlamat yang

berbeza. Tujuan ucapan diberikan adalah untuk memaklumkan, mempengaruhi, memberikan

insiprasi, mendidik, dan menghiburkan.

Ucapan boleh dibahagi kepada dua iaitu ucapan rasmi dan ucapan tidak rasmi. Dalam

ucapan ramsi, penyampaian ucapan melafazkan ujaran dalam majlis-majlis formal yang dihadiri

oleh orang-orang tertentu seperti orang kenamaan. Dalam ucapan rasmi, pengucap perlu

membuat persediaan dari segi isi kandungan ucapan yang ingin disampaikan. Contoh jenis

ucapan rasmi adalah Ucapan Manuskrip dimana ucapan disampaikan dengan membaca bahan

yang telah disediakan bagi memastikan kandungna ucapan tidak disalah tafsir. Bagi ucapan

tidak rasmi pula, ucapan yang disampaikan adalah secara ringkas tanpa terikat pada sebarang

perosedur. Contoh ucapan tidak rasmi adalah seperti Ucapan Spontan, Ucapan Ekstemporanas

dan Ucapan Hafalan. Ucapan Spontan merupakan ucapan yang disampaikan tanpa persediaan

awal dan dalam keadaan uang terpaksa. Ucapan Ekstemporanas juga merupakan ucapan yang

disampiakan secara sepontan tepai penyampai sudah bersedia kandungan ucapan yang

disampaikan. Bagi Ucapan Hafalan, ucapan disampaikan dalam majlis khas seperti majlis hari

jadi dan biasanya teks ucpaan ini adalah ringkas tetapi cukup untuk mencapai matamat majlis

(Rahman, 2013).

Teks ucapan yang baik melingkumi ciri-ciri seperti bahasa mudah difahami, padat, tegas

dan menyakinkan. Isi ucapan bersesuaian dengan tajuk ucapan dan ucapan disampaikan

dengan mengikut susunan tertentu dalam ucapan. Selain itu, ucapan juga perlu disampaikan

dengan suara yang jelas dan terang supaya musah didengar oleh pendengar dan seseorang itu

perlu yakin terhadap diri sendiri dan juga dengan pengetahuan yang sedia ada ketika

menyampaikan ucapan (Malaysia, 2010). Secara keseluruhan, dapat difahami bahawa ucapan

merupakan satu proses komunikasi yang melibatkan penghantaran mesej daripada seorang

pengirim kepada sekumpulan pendengar untuk mencapai matlamat atau tindakan tertentu.

Page 4: Assignment WAJ 3161

Penghasilan Teks Ucapan PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan satu persatuan yang diwujudkan di

setiap sekolah di Malaysia. PIBG ini dianggotai oelh guru-guru, ibu bapa atau penjaga yang

mempunyai anak-anak di sekolah berkenaan. Pada kebiasaannya sekolah mengutip yuran

daripada pihak penjaga sebagai sumber menggerakkan persatuan dan Mesyuarat Agung PIBG

diadakan sekali setahun untuk memilih ahli-ahli jawatankuasanya. Pengerusi PIBG selalunya

dilantik di kalangan ibu bapa sementara pengetua atau guru besar bertindak sebagai penasihat

dan seorang guru bertindak sebagai setiausaha (Tuanmat.tripod.com, n.d.). PIBG perlu

memegang amanah sebagai persatuan yang berjuang dan memperjuangkan kebajikan ahlinya

sekaligus mendasarkannya kepada kepentingan pelajar dan murid di sesebuah sekolah. Ini

bermakna PIBG terutama pemimpinnya tentulah tidak wajar menjadikan persatuan sebagai

batu loncatan untuk kepentingan peribadi sama ada yang berkecenderungan politik, ekonomi

atau kepentingan peribadi. Secara tidak langsung juga, Persatuan tidak wajar bergerak atau

menjadi gerakan yang bersifat politik berparti atau mempunyai kecenderungan menyokong

sebarang parti politik kerana matlamat utamanya hanyalah memperjuangkan kebajikan ahli,

serentak dengan usaha menyokong sebarang dasar pendidikan yang menjamin dan

mengutamakan kepentingan pelajar, murid, ibu bapa dan negara seluruhnya

(Tuanmat.tripod.com, n.d.).

Peranan PIBG ini adalah untuk membantu menyelesaikan masalah salah laku pelajar,

membantu pelajar miskin dan sebagainya. Secara keseluruhan PIBG tunjang kemajuan

sesebuah sekolah bermaksud PIBG menyokong dan membantu membina kemajuan di

sesebuah sekolah agar matlamat Falsafah Pendidikan Negara dapat direalisasikan. Usaha ini

memerlukan komitmen semua pihak bermula dari guru besar atau pengetua, ibu bapa, guru-

guru, masyarakat sekitar dan pelajar. PIBG adalah salah satu pertubuhan di dalam sekolah

yang boleh memainkan peranan besar terhadap meningkatkan pencapaian persekolahan

murid-murid mereka. Ahli-ahli PIBG yang aktif boleh menyumbangkan tenaga dan sumber

kewangan mereka dari semasa ke semasa demi kemajuan sekolah yang berkenaan.

Berdasarkan kenyataan PIBG di atas, saya akan menyediakan sebuat teks ucapan

Pegawai pendidikan Daerah bersempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu

Bapa dan Guru (PIBG). Berikut merupakan teks Ucapan Manuskrip penuh Tuan Dr. Lee

Yik Weng wakil Pegawai Pendidikan Daerah Ipoh:

Page 5: Assignment WAJ 3161

Terima kasih, Saudara/saudari Pengacara Majlis.

Yang dihormati Encik Shu Ming Lin, Lembaga Pengarah PIBG SJK (C) Tat Choi, Tanjung

Rambutan,

Yang berusaha Encik Ng Zhi Wei, Pengerusi PIBG SJK (C) Tat Choi, Tanjung Rambutan,

Yang berusaha Puan Chew Siu Lee, Guru Besar SJK (C) Tat Choi, Tanjung Rambutan,

Penolong- penolong kanan, dif-dif kehormat, ahli-ahli jawatankuasa PIBG sekolah SJK (C) Tat

Choi, Tanjung Rambutan, guru-guru, murid-murid, tuan-tuan dan puan-puan syang dihormati

sekalian.

Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan taniah dan terima kasih kepada semua pihak yang

hadir dalam majlis ini, khususnya pada murid-murid dan ibu bapa yang telah menunjukkan

keintelektualan dan sahsiah yang cemerlang. Taniah dan terima kasih kepada guru-guru yang

berjaya memartabatkan profesion peguruan sehingga mampu membantu kerajaan melahirkan

model insan yang berkualiti serta berjiwa patriotik. Saya sebenarnya amat bersyukur kepada

Tuhan kerana dengan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini,

sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 45 bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tat

Choi, Tanjung Rambutan. Saya bagi pihak Pegawai Pendidikan Daerah merakamkan ucapan

terima kasih di atas jemputan untuk hadir ke majlis hari ini dan seterusnya merasmikan

Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penasihat

Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan

mesyuarat ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sambutan terhadap kegiatan PIBG adalah berbeza-beza antara sekolah. Terdapat PIBG yang

aktif dan ada yang kurang aktif. Persoalan yang selalu dibangkitkan ialah mengapakah

terdapat banyak PIBG yang tidak bergerak cergas dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah

sedangkan PIBG dapat memberikan sumbangan-sumbangan yang besar dan menjadi tunjang

terhadap kemajuan sesebuah sekolah. Sebagai contoh PIBG dapat membantu menyelesaikan

masalah salah laku pelajar, dapat membantu dalam kerja-kerja amal dan dapat membantu

mencari sumber kewangan bagi pihak sekolah. Untuk menjawab persoalan ini, sebagaimana

peranan pengetua dalam komuniti, pemimpin sekolah juga mempunyai tanggungjawab untuk

Page 6: Assignment WAJ 3161

mengaktifkan PIBG. Pengetua yang berkesan akan melibatkan PIBG dalam usaha-usaha

mencapai hasrat sekolah.

Di samping faktor kepimpinan pengetua, adalah penting bagi PIBG mempunyai pasukan ahli

jawatankuasa yang bersedia dan berminat untuk menjayakan program-program sekolah.

Kepimpinan PIBG yang berinovasi dapat merancang pelbagai strategi untuk menentukan

kejayaan sekolah. PIBG misalnya tidak hanya melibatkan mereka yang mempunyai anak yang

bersekolah untuk aktiviti-aktivitinya. PIBG sepatutnya melibatkan juga ahli-ahli komuniti yang

bukan terdiri daripada ibu bapa untuk bergiat dalam membantu program PIBG. Terdapat ramai

ahli-ahli komuniti yang terdiri daripada mereka yang tiada anak, anak sudah tamat sekolah atau

yang masih bujang yang mungkin berminat dalam aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan.

Oleh itu terpulanglah kepada kepimpinan PIBG menjalankan fungsi dan peranan masing-

masing selaras dengan kedudukan mereka dalam persatuan.

Hadirin sekalian,

Kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak sekali-kali membabitkan

Persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem

persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar

kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti kerajaan atau menjadikan Persatuan

sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan memperoleh kepentingan peribadi. Jika

keadaan ini berlaku, dikhuatiri Persatuan akan menyeleweng daripada matlamat asal

penubuhannya, dan akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran,sekaligus

akan merugikan pendidikan anak-anak murid di sekolah. Guru Besar dan Penasihat PIBG

hendaklah memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan IbuBapa-

Guru) 1998 kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dan ibu bapa keseluruhannya

agar ia dipatuhi pada setiap masa.

Mesyuarat PIBG ini diadakan dengan tujuan mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan

guru-guru di sekolah. Pemuafakatan tentang tugasan dan tanggungjawab bersama dalam

usaha meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid, selain

mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti

setempat. PIBG juga mempunyai peranan untuk saling lengkap melengkapi terhadap fungsi

kementerian pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang

kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. Bak kata pepatah “ bulat air kerana

pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.

Page 7: Assignment WAJ 3161

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Kejayaan sesebuah sekolah juga bergantung kepada pengurusan PIBG yang cekap,

bertanggungkawab dan ikhlas dalam menjalankan amanah. Selain yang dipertua PIBG, guru

besar dan guru serta ibu bapa juga merupakan nadi penggerak bagi mencapai kejayaan

sesebuah sekolah. Majlis pada pagi ini amat bermakna kerana pihak sekolah dan ibu bapa

dapat berbincang dan mencari kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak masing-

masing. Permuafakatan merupakan kunci kejayaan bagi membolehkan PIBG dan pihak sekolah

menyumbang tenaga ke arah kecermelangan yang diharapkan. Kita perlu sedar tanggungjawab

kita bagi menentukan sahsiah dan kecermelangan anak-anak adalah terbeban di bahu ibu bapa

bukan terhadap guru ataupun pihak sekolah.

Dalam meniti arus perubahan tenologi yang menjadi kayu pengukur pencapaian kemajuan

sesebuah negara ini, marilah kita sama-sama bertekad untuk mengisi ruang-ruang kemajuan

yang boleh kita capai melaui pemuafakatan. Saya amat yakin bahawa ibu bapa yang berada di

hadapan saya ini merupakan ibu bapa yang prihatin dan berfikiran terbuka serta boleh memilih

dan menilai antara kaca dan permata. Yakinlah bahawa tamadun atau bangsa hanya dapat

dibina melalui masyarakata yang sentiasa bermuafakat antara satu sama lain.

Saya berharap agar setiap program yang dijalankan di peringkat sekolah mendapat kerjasama

dan sokongan daripada ibu bapa di sini. Sebab tanpa anda sekalian, saya rasa sesuatu

program yang dijalankan suker mendapat kejayaan. Contohnya,apabila pihak sekolah

memerlukan seidkit bantuan, hulurkanlah bantuan dengan hati yang terbuka kerana sumbangan

dari pihat tuan-tuan dan puan-puan penting untuk kemajuan pelajaran anak-anak anda.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Selain daripada memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baru dan membincangkan

usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada pagi ini akan berbincang

dan mendapat persetujuan bersama berkaitan kutipan tambahan PIBG bagi Tahun 2015.

Seperti arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), permohonan kutipan ini mesti dihantar ke

PPD sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 April 2015. Diharapakan perkara ini dapat

diputuskan dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan masalah kepada pihak ibu bapa. Dalam

proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai inisiatif, usaha dan program

telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seperti program 1M1S, PBS, MBM

MBI dan juga program Literasi dan Numerasi (LINUS).

Page 8: Assignment WAJ 3161

Selain itu, kutipan tambahan PIBG bagi tahun 2015 adalah juga untuk membantu murid-murid

yang miskin. Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) akan

mewujudkan bank data untuk menyenaraikan palajar daripada keluarga miskin, sekaligus

memudahkan proses menyalurkan bantuan kepada mereka. Bank data itu bertujuan

memudahkan proses khidmat kebajikan dan bantuan dihulurkan kepada belajar terbabit.

Pelajar yang tersenarai akan diberi bantuan sama ada dalam bentuk kewangan dan

perkhidmatan lain menerusi dana sumbangan ahli korporat dan agensi kerajaan yang

disalurkan kepada persatuan berkenaan. Perlaksanaan program ini memerlukan perbelanjaan

yang besar, oleh itu diharapkan lebih ramai ahli korporat tampil untuk membantu menjayakan

kegiatan sukarela berbentuk kebajikan ini.

Setiap PIBG peringkat sekolah disarankan menyediakan bank data sendiri dengan

menyenaraikan semua pelajar miskin yang berhak dibantu. PIBG patut menjadikan usaha

membantu pelajar miskin ini sebagai satu daripada agenda utama supaya golongan ini dapat

belajar dengan selesa seperti mana pelajar lain. PIBG juga patut membantu pelajar daripada

keluarga berpendapatan rendah dengan memastikan mereka tersenarai menerima buku

menerusi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pada masa sama PIBG perlu beriktiar menganjurkan pelbagai majlis ilmu dan seminar

motivasi kecemerlangan yang membabitkan pelajar daripada keluarga berkenaan. Penyertaan

dalam program ini akan memberi rangsangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan

persekolahan hingga berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading dan merangkul

segulung ijazah. Kejayaan ini sekaligus dapat membebaskan mereka daripada kemelut

kemiskinan kerana kejayaan dalam bidang pendidikan memudahkan pelajar terbabit mencari

pekerjaan.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Walaupun berbagai-bagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan kepada kita, namun

yang amat menyedihkan ialah pencapaian anak-anak bangsa kita dalam pendidikan yang

kurang memuaskan. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan, sudah pasti masa depan anak-anak

kita tidak terjamin. Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan

anak-anak mendapat ilmu pendidikan yang sempurna. Ibu bapa tidak boleh menyerahkan

tanggungjawab mendidik anak-anak 100% kepada pihak sekolah. Perlu kita sedar bahawa

masa anak-anak di sekolah hanya 6 jam sehari manakala masa mereka di rumah dan dibawah

pengawasan ibubapa adalah lebih baik kurang 18 jam. Maka tidak wajarlah jika terus menuding

Page 9: Assignment WAJ 3161

jari menyalahkan guru-guru di sekolah jika anak-anak kita tidak berjaya dalam pelajaran. Oleh

itu, sebagai ibu bapa hendaklah sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk

kebaikan anak-anak.

Masanya belum terlambat untuk kita semua memperbaiki perkara ini. Harapan kita di masa-

masa akan datang ialah dapat melihat peratusan belia yang mampu untuk mencapai

kecemerlangan. Seperti mana yang kita sedia maklum, bahawa masalah sosial yang melanda

kita sudah semakin runcing. Oleh itu, ibu bapa mestilah mampu menerokai dunia global yang

penuh cabaran ini. Oleh itu, ibu bapa dan guru-guru sekalian perlukan pendewasaan sikap dan

tingkah laku serta mengamalkan budaya yang sihat agar pemahaman agama dapat

membimbing manusia ke arah kebenaran dan mampu memberikan rasa kedamaian, kerukunan

dan kesejahteraan. Oleh demikian, pada ibu bapa sekalian, haruslah diingatkan bahawa

kecermelangan anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah. Sebagai seorang ibu bapa,

kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita dididik dengan nilai-nilai murni dan

mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah.

Jelaslah bahawa semua ini merupakan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa bagi menetukan

keperibadian anak-anak. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk

menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru

dan juga pembangunan sekolah.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Saya berasa amat menjijik apabila melihat dada-dada dalam akhbar ada ibu bapa yang

sanggup membuang bayinya di tempat-tempat awam. Saya menganggap bahawa perbuatan

mereka itu adalah tidak berperikemanusiaan. Namun, jikalau dibandingkan dengan ibu bapa

yang tidak menghantar anak-anak ke sekolah, masyarakat tidak pula menganggap ia adalah

perbuatan yang tidak berperikemanusiaan. Walhal perbuatan tidak menghantar ataupun tidak

memberi pendidikan kepada anak adalah satu perbuatan yang kejam kerana masa depan anak-

anak mereka tidak terjamin. Jika anak-anak tidak ada ilmu pengetahuan bagaimana ia

menempuh kehidupan pada masa akan datang yang lebih mencabar. Kita sebagai ibu bapa

harus mempersiapkan generasi muda kita dengan berbagai kemahiran hidup dan ilmu

pengetahuan agar anak-anak muda ini tidak menyimpang daripada cita-cita perjuangan

bangsanya sendiri.

Generasi muda harus diberikan pendedahan bahawa kemajuan, keamanan dan kemakmuran

yang kita warisi hari ini bukan diperolehi dengan cara yang mudah dan bersenang-lenang,

Page 10: Assignment WAJ 3161

tetapi dengan semangat dan perjuangan yang tinggi bagi mempertahankan maruah, bangsa

dan negara. Ingatlah, apa juga gaya dan corak kehidupan kita hari ini, adalah melambangkan

masa depan negara dan bangsa kita akan datang. Justeru itu, adalah diharapkan dengan

adanya seminar ibu bapa, ia dapat memberikan kita sedikit sebanyak pengetahuan dan

kesedaran tentang pentingnya pendidikan dalam usaha membangun negara cemerlang.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Saya ingin mengingatkan bahawa melaui pelan pembangunan pendidikan Malaysisa 2013-2025

program sarana ibu bapa dan sarana sekolah telah dilaksanakan. Program ini dilaksanakan

bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan juga sektor swasta dalam pembelajaran

anak-anak. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk

mengucapkan terima kasih atas jemputan ke Majlis Perasmian Agung PIBG pada pagi yang

indah ini. Saya ingin mengucapakan terima kasih kepada jawatankuasa PIBG, guru besar,

guru-guru serta ibu bapa dan murid-murid yang menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung

PIBG kali ke-45 seperti yang dirancang. Saya juga inigin mengucapkan taniah kepada

jawatankuasa PIBG yang bakal dilantik sebentar lagi. Saya berharap agar PIBG kali yang ke-45

ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

Dengan harapan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatutan Ibu

Bapa dan Guru SJK (C) Tat Choi, Tanjung Rambutan kali ke-45 tahun 2015.

Sekian Terima Kasih.