Assihnment WAJ 3115

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Assignment ini cakap pasal Amalan Budi Bahasa di Malaysia.

Citation preview

ISI KANDUNGANNo.TopikMuka Surat

1.Tugasan 1- Penulisan Amalan Berbudi Bahasa2

2.Tugasan 2- Slaid Pembentangan Amalan Berbudi Bahasa5

3.Tugasan 3- Refleksi 8

5.Rujukan 9

Tugasan 1- Penulisan Amalan Berbudi BahasaMenurut (Khairuddin Mohamad., Maridah Alias & Faiziah Sulaiman. (2012) rujukan dari Asma Abdullah (2009) dan Noriati A. Rashid (2002), budi ialah akal, kebijaksanaan, perangai yang termasuk perbuatan dan tingkah laku yang baik serta akhlak baik yang telah menjadi sebahagian daripada sistem etika bagi orang-orang Melayu dan Malaysia. Manakala bahasa dalam konteks ini merujuk kepada petunjuk kepada sesuatu kebudayaan terutamanya cara hidup, persekitaran fizikal serta sosial masyarakat. Oleh demikian, budi bahasa boleh dirujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain (Khairuddin Mohamad., Maridah Alias & Faiziah Sulaiman., 2012). Terdapat 5 ciri-ciri budi bahasa yang menunjukkan seseorang memiliki budi bahasa, antaranya, merendah diri, bersifat sabar, bersikap positif, memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi, dan bersopan santun serta tertib. Merendah diri bermaksud meletakkan diri pada tahap yang sesuai. Orang uang merendah diri tidak langsung menunjukkan perasaan bangga diri semasa berkomunikasi. Bersifat sabar membawa maksud kekuatan seseorang untuk mengawal diri daripada gelisah yang melamapu akibat sesuatu desakan.Seseorang yang bersifat sabar akan sentiasa berasa tenang dalam mencari jalan untuk menghadapi kesulitan. Ciri budi bahasa yang ketiga ialah bersikap positif dimana seseorang sentiasa menggunakan akal fikiran yang positif untuk menyelesaikan masalah dan akan menerima arahan ataua cadangan dengan hati yang terbuka. Bagi ciri yang keempat ialah kesantunan bahasa yang menunujukkan seseornag yang memiliki kehalusan budi bahasa dan budi pekerti. Ciri yang terakhir ialah tertib dan bersopan santun di mana seseorang memunujukkan sikap saling hormat-menghormati terhadap orang lain seperti mesra, senyum dan manis tutur kata. Amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni merupakan warisan bangsa dan setiap institusi keluarga bertanggungjawab mendidik setiap ahli keluarganya mengenai perkara-perkara asas budi bahasa dan nilai-nilai murni, seperti cara bertutur yang sopan, saling bertegur sapa, jujur, amanah, bersih, berdisiplin, bersyukur dan sebagainya, agar menjadi manusia yang berperibadi mulia dan berakhlak indah (mahadzir, 2010). Oleh demikian, ibu bapa wajib mendidik, membimbing dan menegatur anak-anak supaya bertutur dengai baik dan betul serta mempunyai kelakuan terpuji. Penerapan amalan berbudi bahasa bpleh dilihat di beberapa insitusi, antaranya institusi kekeluargaan, inisitusi kemasyarakatan, institutsi pembelajaran dan institusi perkhidmatan (Khairuddin Mohamad., Maridah Alias & Faiziah Sulaiman.,2012).Institusi kekeluargaan merupakan kelompok manusia yang terbentuk hasil daripada ikatan kekeluargaan yang untuh melalui perkahwinan yang sah. Amalan berbudi bahasa masyarakat Malaysia dalam keluarga boleh dilihat apabila ibu bapa memberi didikan pendidikan dan agama kepada anak sejak kecil dan ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anaknya. Sebagai contohnya, anak-anak masyarakat Malaysia akan memberi salam kepada orang yang lebih tua dalam keluarga seperti datuk, nenek, ibu ataupun ayah.Selain itu, amalan berbudi bahasa juga boleh dilihat dalam sebuah masyarakat apabila anak-anak tidak menyampuk semasa orang tua bercakap. Nama panggilan seperti ayah, ibu, abang dan kakak juga menunjukkan amalan budi bahasa dimana ahli-ahli keluarga yang lebih tua dari pada kita, kita akan panggil panggilan yang bersopan.Institusi kemasyarakatan adalah berkaitan dengan sekumpulan orang yang hidup secara bersama di sesuatu tempat dengan cara dan peraturan yang telah dipersetujui bersama. Amalan berbudi bahasa dalam masyarakat akan menyumbang ke arah perpaduan yang sejagat. Contoh amalan berbudi bahasa yang dapat dilihat di masyarakat Malaysia ialah apabila ketiga-tiga kaum tinggal di satu taman yang sama, saling hormat-menghormati agama atau kepercayaan kaum lain, bertutur kata yang sopan dan berbudi pekerti yang mulia. Selain itu, amalan berbudi bahasa boleh dilihat melalui hubungan antara golongan yang lebih tua dan yang muda dimana orang muda selalu mendahulukan yang tua, dan orang muda selalu bertutur, bercakap atau berbual dengan nada suara lembut, bersopan dan rendah diri. Contoh amalan berbudi bahasa masyarakt yang lain yang boleh dilihat ialah semangat bergotong-royong. Angota masyarakat yang berbudi adalah orang sering menunjukkan perangai, kelakuan serta peribadi yang baik (Subramaniam, 2010). Sebagai contohnya, memberi bantuan terutama kepada warga tua, warga istimewa, wanita dan kanak-kanak. Institusi pembelajaran merujuk kepada sekolah rendah dan menengah dimana amalan berbudi bahasa diamalankan sama ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Di sekolah, amalan berbudi bahasa boleh diamalkan antara guru-murid-guru. Seorang guru mengaplikasi amalan budi bahasa dengan menggunakan bahasa yang sopan dan berada semasa mengajar murid-murid supaya perlakuan ini dapat dicontohi oleh anak murid. Murid-murid pula akan bertegur sapa dengan guru dengan penuh hormat dan bersopan santun. Manakala contoh budi bahasa yang berlaku antara murid-murid- rakan sebaya ialah menghargai pendapat ataupun idea rakan sebaya, saling menghormati perbezaan latar belakang masyarakat dan budaya masing-masing.Institusi perkhidmatan pula bermaksud badan yang melaksanakan tugas yang berkaitan dengan pelbagai bidang kerja, usaha dan sebagainya untuk kepentingan orang ramai (Subramaniam, 2010 dan Khairuddin Mohamad., Maridah Alias & Faiziah Sulaiman., 2012). Terdapat beberapa jenis contoh amalan berbudi bahasa yang boleh dilihat antaranya antara rakan sekerja, antara satu organisasi, antara pemimpin negara. Bagi contoh antara rakan sekerja, sesama rakan sekerja sentiasa bekerjasama untuk menjalankan kerja yang bermutu dan juga unutk mencapai matlamat dan misi organisasi. Contoh amalan berbudi bahasa yang dapat dilihat antara organisai ialah anggota perkhimatan yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan perkhidmatan sentiasa senyum dan menunjukkan budi pekerti yang mulia dan bahasa yang halus semasa bercakap dengan tetamu. Manakala bagi contoh amalan berbudi bahasa untuk pemimpin negara ialah kerajaan bersemangat menganjurkan kempen budi bahasa untuk memupuk motivasi rakat dalam menjalankan amanah masing-masing sebagai rakyat malaysia. Kesimpulannya, berbudi bahasa mempunyai kepentingan yang tersendiri untuk menjana suatu bangsa yang berwibawa dan secara tidak langsung mampu mengangkat martabat negara bangsa Malaysia ke arah negara yang lebih dihormati dan disegani oleh semua negara di dunia ini. Budi merupakan tunjang utama untuk melahirkan negara yang berdaulat dalam semua aspek. Sikap berbudi bahasa perlu dibudayakan secara berterusan dan seterusnya dijadikan sebagai warisan yang hidup kembali malah seharusnya menjadi darah daging masyarakat Malaysia. Pertuturan yang penuh budi bahasa juga perlu disambut dan dibalas dengan budi bahasa juga. Sebaliknya, jangan menganggap orang yang berbudi bahasa itu kecil dan lemah kerana ia hanya menjelaskan ketidakmatangan dan sikap yang kurang bijaksana seseorang. Sebagai warga Malaysia, kita perlu mengamalankan amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni dalam jiwa kita.

Tugasan 2- Slaid Pembentangan Amalan Berbudi Bahasa

Refleksi Sepanjang proses melengkapkan kerja kursus ini, saya telah memperolehi lebih banyak ilmu dan idea yang sangat berguna kepada sebagai seorang pendidik. Bagi pendapat saya, ilmu dan idea yang saya dapati sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini adalah berharga dan bernilai. Sepanjang proses menlengkapan saya mempelajari bahawa untuk menjadi guru yang biasa adalah senang, tetapi untuk menjadi guru yang baik dan cermelang, ia adalah penting untuk seseorang guru untuk mengetahui pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, saya menyedari bahawa kita perlu mendidik anak-anak murid dengan budi bahasa dan nilai-nilai murni dari kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya mempelajari bahawa masyarakat yang berbudi bahasa dan sering saling menghormati antara satu sama lain dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum, mengelakkan perbalahan semasa masyarakat dan akhirnya untuk melahirkan masyarakat yang bertamadun. Selain itu, saya juga menyedar bahawa budi merupakan tunjang utama untuk melahirkan negara yang berdaulat dalam semua aspek. Oleh demikian, sebagai seorang pendidik, kita perlu memastikan anak murid dididik dengan baik dan penuh budi bahasa. Sikap berbudi bahasa perlu dibudayakan secara berterusan dan seterusnya dijadikan sebagai warisan yang hidup kembali malah seharusnya menjadi darah daging masyarakat Malaysia. Saya mendapati bahawa dengan adanya budi bahasa dan nilai-nilai murni di Malaysia, kita dapat mempamerkan nilai-nilai yang positif kepada pelancong asing dan secara tidak langsung, kita dapat menarik minat pelancong asing untuk sentiasa berkunjung ke negara kita yang boleh menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara. Kesimpulannya, kerja kursus ini telah memperluaskan ilmu saya dan dapatlah saya mengaplikasikan budi bahasa dan nilai-nilai murid untuk murid-murid di sekolah pada masa hadapan. Saya berterima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Ahmad Rasol Bin Ariffin atas segala pengajaran dan ilum pengetahuan serta tunjuk ajar mengenai kursus ini. Saya berharap ilmu yang saya dapati boleh kekal dan akan digunakan semasa saya menjadi pendidik kelak dan dapat membantu dan membimbing murid-murid di dalm kelas dengan cara yang betul.

Tugasan 3- Rujukan Khairuddin Mohamad., Maridah Alias, & Faiziah Sulaiman.,. (2012).Bahasa melayu komunikatif. Selangor: Penerbitan Multimedia.mahadzir, s. (2010).sekali pensil diraut, di sini tintaku tumpah, di sini aksara bermadah: Ogos 2010.Syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com. Retrieved 15 August 2015, from http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2010_08_01_archive.htmlSubramaniam, M. (2010).BUDAYA BERBUDI BAHASA.Sblm1053f38.blogspot.com. Retrieved 15 August 2015, from http://sblm1053f38.blogspot.com/

1