Upload
ahmad-suhaimi-bin-man
View
19
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ATACARA PENGURUSAN SUKAN SEKOLAHALIRAN KERJATugas-tugas berikut mestilah diberi perhatian oleh Setiausaha Sukan dengan kerjasama Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan:
A. Penyediaan kertas cadangan yang terperinci yang mengandungi perkara-perkara berikut:
� Cadangan senarai Jawatankuasa Induk.� Cadangan senarai Jawatankuasa Pelaksana.� Cadangan senarai nama Pegawai Sukan.� Tujuan / objektif / matlamat.� Tarikh / masa / tempat.� Anggaran perbelanjaan.� Acara-acara yang dipertandingkan dan kelas umur.� Atur cara rasmi.� Senarai tugas setiap jawatankuasa.
B. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Induk
� Membincangkan kertas pelaksanaan acara.� Mengesahkan pelantikan semua jawatankuasa.� Menyemak bidang tugas setiap jawatankuasa.� Membuat anggaran peruntukan dan sumber kewangan.� Pelaksanaan kejohanan keseluruhan dan Pelan Tindakan Risiko.� Perasmi dan atur cara rasmi.
C. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
� Membincangkan pelaksanaan kejohanan dan Pelan Tindakan Risiko.� Senarai semak kerja dan tindakan.� Perbelanjaan setiap Jawatankuasa (jika berkaitan).� Membentuk jawatankuasa kecil.
D. Memanggil mesyuarat Pengurus Pasukan (Ketua Rumah)� Mengesahkan acara dan kelas umur yang dipertandingkan.� Penerangan tugas Pengurus Pasukan.� Menjelaskan peraturan dan syarat pertandingan.
E. Persediaan sebelum kejohanan� Penyediaan balapan dan padang serta peralatan yang berkaitan.
� Susunan jadual latihan rumah sukan.� Penyediaan borang-borang� penyertaan keseluruhan� penyertaan acara (untuk penyelia peserta)� keputusan� hakim penamat� pencatat masa� acara lompatan� acara balingan
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANASETIAUSAHA SUKAN / PENGURUS KEJOHANAN Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan Ketua Guru Rumah.
Menyediakan anggaran perbelanjaan kejohanan.
Menyenaraikan acara-acara yang dipertandingkan.
Mendapatkan senarai peserta.
Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Kecil.
Mendapatkan senarai nama Pegawai Sukan dan membuat pelantikan.
Menyusun tugasan Pegawai Sukan.
Memastikan semua Pengerusi Jawatankuasa telah mengambil tindakan tugasan masing-masing.
Menyediakan program pentadbiran.
Membuat anggaran perbelanjaan.
KETUA GURU RUMAH / GURU RUMAH Menyenaraikan nama peserta yang mewakili rumah.
Menyerahkan senarai nama peserta kepada Urus Setia.
Menyediakan dan memeriksa peralatan latihan.
Menyediakan pakaian peserta dan ahli rumah.
Menyediakan khemah rumah.
Menguruskan belanjawan dalaman rumah.
Mengadakan taklimat / nasihat / panduan untuk peserta.
Menyediakan minuman dan makanan peserta dan ahli rumah.
Membuat persiapan langkah keselamatan dan kawalan disiplin.
Menyelaraskan tindakan kerja dengan urus setia.
Memastikan kebersihan kawasan khemah terjaga.
JAWATANKUASA PERTANDINGAN Menyediakan borang-borang pertandingan.
Mengisi borang penyertaan bagi semua acara.
Menyediakan nombor-nombor peserta.
Menyediakan atur cara hari kejohanan.
Menyediakan pelan-pelan / kedudukan gelanggang.
Menyusun atur kedudukan khemah dan semua peralatan kejohanan yang terlibat.
Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA TEKNIK Menyediakan gelanggang dan perkara berkaitan.
Menyediakan dan mengedar pelan kedudukan pasukan dan pegawai.
Menyediakan tempat duduk VIP, pegawai dan peserta.
Memastikan ukuran dan penyediaan gelanggang bertepatan.
Memberi taklimat kepada Pengurus Peserta.
Menyediakan dan memeriksa peralatan sukan.
Menyediakan pembantu teknik setiap gelanggang.
Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN Mendapatkan senarai nama pegawai.
Melantik pegawai kejohanan (termasuk pelepas).
Menyusun Jadual Tugas Kepegawaian.
Memberi taklimat kepada semua pegawai.
Menyediakan senarai pegawai gantian dalam Pelan Tindakan Risiko.
Memastikan pegawai bersedia dan mencukupi pada hari kejohanan.
Memberi cenderamata kepada pegawai (jika ada).
Memberi elaun bertugas kepada pegawai (jika ada).
membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA STATISTIK Mendapatkan butiran lengkap pertandingan, keputusan dan rekod pencapaian kejohanan tahun sebelumnya.
Menyediakan Jadual Besar Pertandingan.
Mengemas kini keputusan dari semasa ke semasa.
Mengumpul, merekod, mencetak dan mengeluarkan keputusan rasmi acara.
Menyediakan program (perisian) keputusan.
Membukukan semua keputusan mengikut acara.
Menyerahkan keputusan kepada urus setia.
Menyenaraikan nama peserta yang layak mewakili sekolah.
Membuat Pelan Tindakan Risiko.
Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA MINUMAN (DAN JAMUAN) Membuat anggaran jumlah minuman yang diperlukan.
Menyediakan minuman dan tempat mengambil minuman untuk peserta.
Menyediakan dan menghantar minuman untuk pegawai / urus setia / tetamu.
Mendapatkan penaja-penaja minuman (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
Menjaga kebersihan dan keselamatan minuman dan kawasan penyediaan.
Membuat anggaran perbelanjaan.
Jawatankuasa berasingan perlu diwujudkan jika terdapat jamuan khas.
JAWATANKUASA BUKU PROGRAM
Mendapatkan semua maklumat yang berkaitan.
Menyediakan, menerbitkan dan mengedarkan buku program.
Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA
Mendapatkan, mengumpulkan, dan memeriksa hadiah / piala pusingan tahun sebelumnya.
Menempah hadiah / cenderamata untuk peserta / pasukan / pegawai / tetamu.
Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
Menyusun aturan pemberian hadiah.
Menyenaraikan, mengenal pasti dan menjemput penyampai hadiah.
Menyediakan pengurus pemenang.
Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA PERASMIAN
Mengenal pasti dan menjemput perasmi pembukaan dan penutup dengan kerjasama Jawatankuasa Jemputan, Sambutan dan Protokol.
Mengenal pasti orang kenamaan / tetamu dalam majlis.
Menyusun atur cara perasmian.
Membuat raptai perasmian (dengan kerjasama Jawatankuasa Perbarisan).
Menyediakan juruacara untuk majlis perasmian.
Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL
Mengenal pasti tetamu yang akan dijemput dalam majlis dan kejohanan. Menulis dan menghantar surat / kad jemputan.
Menyediakan dan melabel tempat duduk.
Mengalu-alukan kehadiran jemputan.
Memberi panduan arah dan tempat duduk kepada jemputan.
Menyediakan roset dan buku program khas kepada jemputan utama.
Memaklumkan tetamu untuk penyampaian hadiah kepada Jawatankuasa Hadiah.
Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA SERANTA, PUBLISITI DAN RAKAMAN
Menjadi penghubung dan memberi maklumat tepat kepada jemputan dan pemberita.
Berhubung dengan media tentang kejohanan.
Mengambil bahan bermedia sepanjang kejohanan.
Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA SIARAYA DAN JURUACARA
Menyediakan peralatan pembesar suara yang sesuai dan mencukupi.
Memastikan peralatan dalam keadaan yang baik.
Memasang dan menyimpan peralatan.
Menyediakan juruacara kejohanan.
Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
JAWATANKUASA KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS
Menyediakan Pelan Tindakan Risiko bagi keselamatan dan kecemasan.
Memberi perkhidmatan keselamatan dan kecemasan serta-merta.
Menghubungi pihak polis dan pasukan bantuan pertolongan cemas.
Menyediakan pembantu bagi hal-hal kawalan keselamatan dan kecemasan.
Pelan Tindakan Risiko - satu perancangan tindakan jika berlaku hal-hal di luar kawalan dan jangkaan seperti faktor cuaca, bekalan elektrik, kerosakan teknikal, kekurangan pegawai dan pembantu, kehilangan atau kerosakan peralatan, dsb.
SENARAI UMUM PEGAWAI KEJOHANAN
1. Juri Rayuan
2. Pengurus Kejohanan
3. Penolong Pengurus Kejohanan
4. Pengurus Teknik
5. Penolong Pengurus Teknik
6. Referi Balapan
7. Referi Padang
8. Ketua Hakim Balapan
9. Ketua Hakim Padang
10. Ketua Penjaga Masa
11. Ketua Pengadil Lorong
12. Ketua Pencatat
13. Ketua Pengawas
14. Ketua Penyelia Peserta
15. Hakim Balapan
16. Hakim Padang
17. Pelepas
18. Penjaga Masa
19. Pengadil Lorong / Pencatat Pusingan
20. Pencatat
21. Penyelia Peserta
22. Penolong Pelepas
23. Juruacara
24. Perangkaan dan Keputusan
25. Hadiah dll
KANDUNGAN UMUM BUKU ATUR CARA
• Kata-kata Aluan (Kementerian / Jabatan / PPD)• Kata-kata Aluan Pengetua• Kata-kata Aluan YDP PIBG• Jawatan Kuasa Pengelola / Induk• Jawatan Kuasa Kecil Kejohanan• Jawatan Kuasa Pertandingan• Senarai Kepegawaian• Atur Cara Perasmian / Penutupan
• Atur Cara Kejohanan• Undang-undang Pertandingan• Senarai Pemegang Rekod dan Catatan Rekod• Penghargaan