10
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA 15 APRIL 2003, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 3 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN (PM #31076 v1) 1. Puan See Too Mee minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan:- (a) adakah Kementerian bercadang untuk memberi pengecualian cukai bagi orang kurang upaya untuk membeli sebuah kenderaan bermotor, seperti kereta; dan (b) bagaimanakah peranan atau respons sektor swasta setakat ini dalam menyediakan peluang pekerjaan bagi golongan orang kurang upaya. (PM #30919 v1) 2. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sebab-sebab kejatuhan dalam pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia dan kesan-kesannya ke atas pembangunan ekonomi negara. (PM #30896 v1) 3. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa ramaikah bilangan bekas tentera berpencen, pencen di bawah tahap kemiskinan dan adakah cadangan dari Kerajaan untuk menaikkan pencen mereka dari tahap kemiskinan. (PM #31100 v1) 4. Tuan Kee Ah Kau minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan terdapat remaja di sekolah dan universiti lebih suka bergaul mengikut kaum/berkelompok. Apakah langkah yang diambil supaya mereka dapat bergaul dengan pelbagai kaum/bangsa.

ATURAN URUSA MESYUARAN T - parlimen.gov.my · sekiranya merek gagaa mengemukakal laporan berkenaann . (PM #30766 v1) 6. ... Tua K.R.A Naid. nu mint MENTERa KESIHATAI menyatakaN samn

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA 15 APRIL 2003, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 3

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

(PM #31076 v1) 1. Puan See Too Mee minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN

PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan:-

(a) adakah Kementerian bercadang untuk memberi pengecualian cukai bagi orang kurang upaya untuk membeli sebuah kenderaan bermotor, seperti kereta; dan

(b) bagaimanakah peranan atau respons sektor swasta setakat ini dalam menyediakan peluang pekerjaan bagi golongan orang kurang upaya.

(PM #30919 v1) 2. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff minta MENTERI

PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sebab-sebab kejatuhan dalam pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia dan kesan-kesannya ke atas pembangunan ekonomi negara.

(PM #30896 v1) 3. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI

PERTAHANAN menyatakan berapa ramaikah bilangan bekas tentera berpencen, pencen di bawah tahap kemiskinan dan adakah cadangan dari Kerajaan untuk menaikkan pencen mereka dari tahap kemiskinan.

(PM #31100 v1) 4. Tuan Kee Ah Kau minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan terdapat

remaja di sekolah dan universiti lebih suka bergaul mengikut kaum/berkelompok. Apakah langkah yang diambil supaya mereka dapat bergaul dengan pelbagai kaum/bangsa.

2 AUM DN 15/04/2003 (PM #31125 v1)

(PM #31087 v1) 5. Puan Ooi Siew Kim minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah

wajib untuk klinik-klinik dan hospital-hospital swasta melaporkan kes-kes denggi yang dikesan oleh mereka dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan pihak tersebut betul-betul membuat laporan dan tindakan yang akan diambil oleh Kementerian sekiranya mereka gagal mengemukakan laporan berkenaan.

(PM #30766 v1) 6. Dato' Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan secara terperinci strategi dan pendekatan yang digunakan dalam membanteras para profesional yang mengelak dari membayar cukai sejumlah RM500 juta. Nyatakan secara terperinci tindakan yang akan diambil oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dalam mencapai sasaran kutipan RM26 bilion tahun ini.

(PM #31137 v1) 7. Datuk Haji Rosli Mat Hassan minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA DAN KELUARGA menyatakan langkah-langkah segera dan pragmatik yang telah diambil dalam program 'Semakin Hari Semakin Sayang'.

(PM #30852 v1) 8. Tuan Zainal bin Rampak minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan -

(a) bilakah penyelesaian akan dicapai di antara Kerajaan Malaysia dengan Singapura berhubung isu pengeluaran caruman Wang Simpanan Pusat atau Central Provident Fund (CPF)\ dan

(b) bilakah tarikh terakhir ataupun deadline pengeluaran caruman tersebut dapat dilakukan oleh pekerja-pekerja yang mencarum di dalam CPF berdasarkan perundingan di antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dengan Perdana Menteri Singapura.

(PM #30867 v1) 9. Tuan K.R.A. Naidu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada

Kerajaan akan memperkenalkan Skim Insurans Kebangsaan bagi membolehkan mereka yang kurang mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta.

(PM #30861 v1) 10. Tuan Yew Tuan Chiew @ Yew Tuan Siew minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi membantu peniaga-peniaga kecil di negara kita yang telah menghadapi masalah kewangan sejak ekonomi merosot pada tahun 1998.

3 AUM DN 15/04/2003 (PM #31125 v1)

(PM #30968 v1) 11. Dato' Long bin Jidin minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan

bilakah masanya sistem angka pendaftaran pilihan sendiri dapat dilaksanakan.

(PM #31049 v1) 12. Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun minta

MENTERI LUAR NEGERI menyatakan impak persidangan NAM yang diadakan di Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Februari 2003 ke arah memastikan suara negara-negara kecil diambil kira oleh negara-negara kuasa besar, dan apakah strategi Malaysia sebagai Pengerusi yang baru ke arah menjadikan NAM sebuah badan antarabangsa yang releven.

(PM #30904 v1) 13. Tuan Hassan bin Shukri minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan

apakah peranan-peranan yang telah dimainkan oleh Malaysia dalam menangani krisis-krisis umat Islam di Asean khususnya di Mindanao, Acheh, Pattani, Rohingya, Maluku dan Singapura.

(PM #31036 v1) 14. Datuk Yaakob bin Haji Mohammed minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) berapa ramaikah bilangan pelabur-pelabur Malaysia di luar negeri atau pelabur-pelabur yang didaftarkan di Malaysia yang mempunyai pelaburdi luar negeri.

(b) dan apakah jenis-jenis pelaburan mereka dan di negara-negara mana.

(PM #30850 v1) 15. Datuk William Lau Kung Hui minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan memandangkan Malaysia telah diakui sebagai sebuah pusat pelancongan di kawasan Asia Pasifik serta kewujudan aktiviti pelacuran di Malaysia sama ada Kementerian bercadang menggubal undang-undang dan peraturan untuk mencegah aktiviti pelacuran tersebut seperti di hotel-hotel serta mewujudkan Lembaga Kawalan Pelacuran.

(PM #30951 v1) 16. Dato' Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan adakah Kementerian memantau mengenai kadar bayaran hospital swasta yang terlalu tinggi dan kadar bayaran dikenakan tidak sama dengan satu sama lain dan ini membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

4 AUM DN 15/04/2003 (PM #31125 v1)

(PM #30899 v1) 17. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta MENTERI

PERTAHANAN menyatakan cadangan pemberian pencen kepada askar wataniah yang bertugas lebih 21 tahun. Setakat ini bagaimanakah pelaksanaannya.

(PM #31035 v1) 18. Datuk Yaakob bin Haji Mohammed minta MENTERI PEMBANGUNAN

USAHAWAN menyatakan:-

(a) bagaimanakah respons peminjam-peminjam selepas MARA menyiarkan nama-nama peminjam di akhbar dan berapakah jumlah pinjaman yang telah dapat dipungut.

(b) berapakah jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh MARA kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS di dalam negara dalam tempoh lima tahun lepas.

(PM #30824 v1) 19. Puan Hajah Jamilah binti Ibrahim minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) sejauh manakah Kerajaan dapat mengesan pergerakan ceti haram (loan shark); dan

(b) sebutkan jumlahnya mengikut pecahan negeri-negeri di Malaysia.

(PM #30761 v1) 20. Dato' Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli minta PERDANA MENTERI

menyatakan secara terperinci tentang cadangan Ketua Hakim Negara bagi mempercepatkan tempoh pengendalian kes yang kini semakin meningkat dengan begitu pesat sekali. Adakah masalah ini disebabkan oleh kekurangan hakim ataupun pihak peguam yang melengah-lengahkan kes serta nyatakan secara terperinci tindakan yang diambil pada masa hadapan.

(PM #31047 v1) 21. Che Puan Sri Kelana D'Raja Datin (Dr) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik

Yahya minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pihaknya ada membuat pemantauan terhadap projek-projek "pre emptive" yang dilaksanakan pada tahun 2002 dan sejauh manakah kejayaan yang diperolehi hasil daripada perlaksanaannya.

I

5 AUMDN 15/04/2003 (PM #31125 v1)

(PM #31109 v1) 22. Tuan Kee Ah Kau minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA DAN

KELUARGA menyatakan adakah pihak Kementerian menyediakan peruntukan/subsidi kepada ibu-ibu tunggal kaum Cina untuk melatih mereka dalam kemahiran kraftangan, berniaga dan sebagainya.

(PM #30876 v1) 23. Datuk Christina Tibok Vanhouten minta MENTERI PERPADUAN

NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan jika ada perbezaan bantuan-bantuan kebajikan masyarakat yang diberikan oleh Kerajaan kepada rakyat yang memerlukan bantuan. Apakah jenis-jenis bantuan ini dan adakah semua negeri seragam dalam pemberian bantuan ini.

(PM #30798 v1) 24. Puan Jaya Partiban minta MENTERI PEDIDIKAN menyatakan apakah

tindakan yang akan diambil terhadap ibubapa yang tidak menghantar anak-anak ke sekolah dan bolehkah pihak Kementerian menyatakan bagi tahun ini berapa ramaikah kanak-kanak menurut pecahan kaum yang sepatutnya memasuki darjah satu tidak dihantar ke sekolah.

(PM #30946 v1) 25. Dato' Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid minta MENTERI

PERUSAHAAN UTAMA menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk menjamin kenaikan harga getah dan kelapa sawit dapat dikekalkan dan dikawal.

(PM #30840 v1) 26. Puan Hajah Safinah binti Jusoh minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan apakah langkah-langkah pro-aktif yang telah diambil oleh pihak Kerajaan bagi menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan siswazah yang kini mencecah ke angka 31,000 orang.

(PM #30815 v1) 27. Datin Hajah Puizah @ Faezah binti Haji Abu Kassim minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan tentang kesiapsiagaan silibus pengajian Islam yang akan digunapakai di Sekolah Kebangsaan (SK) di dalam merealisasikan insan seimbang dan Wawasan 2020 setelah Sekolah Agama Rakyat (SAR) tidak mendapat sambutan daripada masyarakat.

6 AUM DN 15/04/2003 (PM #31125 v1)

(PM #30784 v1) Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar minta MENTERI PERTANIAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan dan kejayaan LKIM memantau dan membantu kegiatan pihak nelayan terutamanya nelayan laut dalam, sama ada menerusi persatuan masing-masing ataupun individu, dan dari program-program LKIM sendiri adakah nelayan-nelayan ini telah benar-benar bebas dari pengaruh dan cengkaman 'orang tengah' yang lazimnya mengaut keuntungan yang berlebihan hasil dari titik peluh mereka itu.

7 AUM DN 15/04/2003 (PM #31125 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usui dibuat oleh YB. Datuk Haji Rosli Mat Hassan dan masalah dicadangkan:-

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kelima Parlimen Yang Kesepuluh".

[Menyambung semula Perbahasan atas masalah (14 April 2003)]

2. (D.R. 1/2003) Rang Undang-undang Bantuan Bacaan Kali Guaman (Pindaan) 2003 Yang Kedua

(D.R. 2/2003) Rang Undang Kanun Tanah Negara (Pengesahan) 2003

(D.R. 7/2003) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2003.

5. (D.R. 9/2003) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2003

6. (D.R. 8/2003) Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) 2003

7. (D.R. 3/2003) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2003

8. (D.R. 5/2003)

9. (D.R. 6/2003)

8 AUM DN 15/04/2003 (PM #31125 v1)

Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2003

Bacaan Kali Yang Kedua

Rang Undang-undang Perindustrian Sekuriti Pesisir Labuan (Pindaan) 2003

9 AUM DN 15/04/2003 (PM #31125 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN 2003

ST. 31

RISALAT/DOKUMEN

Penyata Keluaran Wang Daripada Simpanan Luar Jangka Bagi Tempoh 6 Ogos 2002 hingga 31 Disember 2002, Menurut Seksyen 6(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan, 1966.

TARIKH DIBENTANGKAN

14 April, 2003

ST. 35 Laporan Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu;

15 April 2003

ST. 36 Laporan Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri bagi Negeri Sabah;

15 April 2003

ST. 37 Draf Perintah Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri Bagi Negeri-negeri Tanah Melayu; dan

15 April 2003

ST. 38 Draf Perintah Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri Bagi Negeri Sabah.

15 April 2003

ST. 99 Concerning The Authorization Of The Government Of Malaysia To Purchase Medical Equipment As An Agent For And On Behalf Of The Bank And The Sale Thereof To The Government of Malaysia For Use In The Ministry Of Health (Phase II) Project In Malaysia.

14 April 2003

CMD. 2 Penyata Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Keempat, 2002.

14 April 2003

10 AUM DN 15/04/2003 (PM #31125 v1)

TAHUN 2003

CMD. 2A

CMD. 3

CMD. 3A

CMD. 4

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

Memorandum Perbendaharaan Mengenai 14 April 2003 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Keempat, 2002 Bagi Kerajaan Malaysia.

Penyata Anggaran Perbelanjaan 14 April 2003 Pembangunan (Tambahan) (Bil. 4) tahun 2002.

Memorandum Perbendaharaan Mengenai 14 April 2003 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat, 2002.

Penyata Keluaran Wang Luar Jangka Bagi 14 April 2003 Tempoh 26 Ogos, 2002 hingga 31 Disember 2002, Menurut Peraturan 68 di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.