45
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam

memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran

ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan

Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan

untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham

kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Kaedah

pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun

serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak

dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting

dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran

yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula

mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah

tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai

obektif pengajaran. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik

untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus

berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus

Page 2: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

2

pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan

pelajar. An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh

memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar,

malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara

ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan

lebih cepat dan bertahan lebih lama.

Dalam dunia pendidikan, guru merupakan tunjang utama dalam menjayakan

pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Menurut Roestiyah N.K. (1998) cara mengajar

yang paling tradisional dan telah lama dijalankan dalam sejarah pendidikan ialah cara

mengajar dengan ceramah. Sejak dahulu lagi, guru menyalurkan pengetahuannya pada

pelajar dengan secara lisan atau ceramah. Model pembelajaran yang banyak digunakan

oleh guru masa kini adalah model pembelajaran konvensional. Model ini sebenarnya

sudah tidak layak lagi kita gunakan sepenuhnya dalam suatu proses pengajaran. Tapi

untuk mengubah model pembelajaran ini sangat susah bagi guru kerana guru harus

memiliki kemampuan dan keterampilan menggunakan model pembelajaran lainnya.

Menurut Djamarah (1996) kaedah pembelajaran konvensional adalah kaedah

pembelajaran tradisional atau disebut juga dengan kaedah ceramah kerana sejak dulu

kaedah ini telah dipergunakan sebagai alat komunikasi lisan antara guru dengan anak

didik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam sejarah pembelajaran kaedah konvensional ditandai dengan ceramah yang

diiringi dengan penjelasan serta pembahagian tugas dan latihan. Jadi kegiatan guru yang

utama adalah menerangkan dan pelajar mendengar atau mencatat apa yang disampaikan

guru. Subiyanto (1988) menjelaskan bahawa, kelas dengan pembelajaran secara biasa

mempunyai ciri-ciri sebagai berikut iaitu pembelajaran secara klasik, dengan pelajarnya

tidak mengetahui apa tujuan mereka belajar dan hanya menerima isi pengajaran yang

disampaikan guru tanpa banyak menyoal. Perkara ini akan menimbulkan rasa bosan

dalam diri pelajar. Dalam masa yang sama ilmu yang diterima tidak akan kekal lama.

Page 3: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

3

Bagi membantu menghadapi masalah yang timbul hasil daripada kelemahan

pembelajaran konvensional ini, maka diperkenalkan pelbagai kaedah pembelajaran.

Antaranya ialah pembelajaran berasaskan masalah. Kaedah ini adalah satu kaedah yang

melibatkan pelajar secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu

sasaran tertentu. Ia merupakan satu proses pembelajaran dan pengajaran yang

berasaskan pengalaman dan memerlukan pelajar berfikir secara aktif. Penyelesaian

masalah ialah sebagai satu pembangunan kurikulum dan sistem pendidikan yang

serentak membangunkan kedua-dua strategi penyelesaian masalah dan pengetahuan

disiplin asas dan kemahiran pelajar dalam penyelesaian masalah (Finkle dan Torp 1955).

Ini bermakna melalui proses ini pelajar-pelajar dapat menggerakkan minda mereka

secara aktif dan ini dapat membantu proses pembelajaran mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mengikut Eee Ah Ming (1997), pengajaran tradisional bertunjangkan kepada

kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian maklumat dan penerangan idea atau prinsip

secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala dan

peranan pelajar sebagai penerima adalah pasif. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar

merasa bosan untuk belajar dan akhirnya menyebabkan pencapaian akademik pelajar

merosot. Guru juga sering menggunakan pendekatan mudah untuk menghasilkan

keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dengan cara mengajar tajuk-tajuk yang

akan keluar dalam peperiksaan tanpa mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh

pihak Kementerian Pelajaran.

Kemahiran-kemahiran yang boleh membina perkembangan diri secara

menyeluruh sama ada dari segi fizikal, emosi, sosial, mental dan intelek kurang diberi

perhatian (Goh Keat Seng 1983). Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan

pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan

kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses

Page 4: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

4

pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Oleh itu, proses

pembelajaran dan pengajaran amat penting dalam memastikan ilmu yang disalurkan

dapat diterima dengan baik dan akan menjadi satu pembawaan yang berkekalan dan

tersendiri.

Di seluruh institusi pengajian, proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi

berada di takuk yang lama iaitu secara pengajaran tradisional. Kebanyakan guru masih

lagi mengekalkan cara pengajaran yang lebih memusatkan guru. Nota-nota diberikan

kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar.

Masalah ini dinamakan spoon feeding. Ini menyebabkan pelajar mudah merasa bosan

dan tidak menumpukan perhatian terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Maka, guru

berperanan dalam menentukan pendekatan dan bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran yang mampu mewujudkan rangsangan dan kemudiannya bertindak

memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman (Kamarudin, 1990). Kaedah “chalk

and talk” merupakan cara pengajaran utama yang digunakan oleh guru-guru kerana

kaedah ini dapat mengatasi masalah bilangan pelajar yang ramai dalam satu kelas dan

masalah menghabiskan sukatan pelajaran (Becker & Watts, 2001). Kaedah ini

merupakan pengajaran sehala manakala penglibatan pelajar semasa pembelajaran pula

sangat terbatas dan pasif.

Alexander dan McDougall (2001) berpendapat situasi pembelajaran yang aktif

seperti pembelajaran kolaboratif perlu diaplikasikan untuk mengatasi masalah

pengajaran sehala ini. Situasi sekolah menengah di Malaysia seperti pelajar datang ke

kelas tanpa persediaan dan kurang perbincangan di dalam kelas menyebabkan ramai

pelajar cuma menunggu jawapan daripada guru (Khoo Yin Yin & Zakaria Kassim,

2005). Keadaan seperti ini tidak menyumbang kepada pembangunan pemikiran kritis.

Guru seharusnya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

pembelajaran aktif untuk membangunkan pemikiran kritis pelajar. Guru perlu memberi

peluang kepada pelajarnya untuk mengadakan sesi perbincangan terutama untuk tujuan

penyelesaian masalah.

Page 5: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

5

Terdapat beberapa jenis kaedah pembelajaran aktif, antaranya termasuklah

pembelajaran berasaskan masalah, secara kolaboratif, inkuiri penemuan, kajian kes,

kerja projek dan lain-lain. Pembelajaran berasaskan masalah secara kolaboratif dipilih

kerana perbincangan kumpulan yang terancang dapat membuka minda pelajar.

Kenyataan ini disokong oleh kajian Johnston (1997), Johnston et al., (2000).

Pembelajaran berasaskan masalah ialah pembelajaran aktif yang praktikal, mendalam

dan kritis (Ramsden, 1992).

Daripada pengalaman penyelidik yang juga merupakan salah seorang daripada

pelajar Jurusan Pendidikan Teknologi yang mengambil mata pelajaran “Technology and

Media Design” yang merangkumi subjek grafik, permasalahan yang utama dalam mata

pelajaran ini adalah walaupun kadangkala terdapat kaedah kolaboratif yang digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran namun ia kurang berkesan. Ini menyebabkan pelajar

kurang menyertai perbincangan kumpulan. Dotson (2001) dan Carpenter (2002)

mendapati sebahagian besar pelajar tidak menyertai aktiviti berkumpulan, mereka tidak

memfokuskan perbincangan kepada persoalan yang dikemukakan oleh guru.

Pelajar pandai tidak membantu dan tidak mendorong rakan sebaya melaksanakan

tugasan kumpulan, malah lebih suka melakukan tugasan pembelajaran secara sendirian

untuk memastikan keputusan kumpulan mereka yang lebih baik. Akibat perlakuan

sedemikian, rakan dalam kumpulan kecil dianggap sebagai „penumpang percuma‟ (free-

rider) dan tidak membuat persediaan awal semasa pembelajaran grafik. Pelaksanaan

pembelajaran secara kaedah berkumpulan seperti ini tidak memenuhi tuntutan kaedah

pembelajaran kolaboratif. Akibatnya pembelajaran kolaboratif menjadi kurang efektif

dalam membantu pelajar memahami konsep-konsep ekonomi yang dipelajari. Agihan

tugas yang sama rata antara ahli kumpulan perlu diamalkan supaya pembelajaran

kolaboratif berfungsi dengan lebih efektif.

Page 6: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

6

1.3 Pernyataan Masalah

Seperti mana yang kita ketahui, proses pengajaranan pembelajaran sekarang

masih lagi berpusatkan guru. Guru memberi penerangan di hadapan, pelajar di belakang

mungkin melakukan perkara lain dan menyebabkan mereka tidak menumpukan

perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Kebanyakan pelajar masih menganggap

mereka boleh mengatasinya dengan cara membaca semula nota yang diberikan oleh guru

di luar waktu kelas. Ia boleh dilakukan bagi sesetengah subjek tetapi bukan subjek grafik

di mana pelajar perlu menumpukan perhatian sepenuhnya bagi mengetahui langkah-

langkah yang diajar. Walau bagaimanapun, cara belajar dengan menghafal tidak lagi

berkesan bagi pengajaran pada waktu ini.

Tanggungjawab pendidik dalam pendidikan adalah membangun dan membina

potensi insan dalam empat domain iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ia bukan

satu perkara yang mudah dan ia menjadi bertambah sukar dengan pelbagai ragam

birokrat dan karenah birokrasi pendidikan yang begiru kompleks. Hal ini, ditambah

dengan beban tugas dan system yang sering berubah-ubah. Bagaimanapun, sejarah telah

membuktikan bahawa tokoh-tokoh besar dalam bidang sains, kejuruteraan, undang-

undang, seni dan sebagainya adalah individu-individu yang gagal semasa pendidikan

awalnya. Hal ini bukan kerana sistem, metodologi atau kurikulum yang menjadikan

mereka gagal tetapi persekitaran dan bakat mereka tidak dapat dikesan sejak daripada

kecil lagi. Stephen Hawking, Albert Einstein, Galilio Galilei, Henri Poincare dan ramai

lagi di Barat mahu pun di Timur yang gagal semasa persekolahannya sebaliknya berjaya

sebagai orang ternama dalam masyarakat (Kenneth et. Al, 1998).

Justeru, literasi kreatif ini amat penting kepada masyarakat agar Malaysia bukan

sekadar mampu melahirkan individu-individu seperti yang disebutkan malah memiliki

masyarakat dan negara yang kreatif. Namun terdapat halangan-halangan yang menjadi

penghalang kepada kreativiti seperti yang disenaraikan di bawah:

Page 7: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

7

i. Sistem pendidikan lebih memfokuskan „credentialisme‟

ii. Terlalu banyak latih tubi dan kerja rumah.

iii. Kurang penekanan kepada pembangunan dan kebolehan individu.

iv. Orientasi hanya satu jawapan yang betul.

v. Suasana kelas yang membosankan.

vi. Guru „autokratik‟, serius dan garang.

vii. Pelajar hanya „disuap‟.

viii. Orientasi kepada memori dan pengetahuan eksplisit.

ix. Kelas terlalu padat dengan pelajar.

x. Terlalu banyak kegiatan ko-kurikulum.

xi. Kurangnya semangat inkuiri, diskoveri, eksplorasi dan kreativiti.

Oleh itu PBK yang meliputi pembelajaran dengan menggunakan pembelajaran

berasaskan masalah adalah bersesuaian dengan situasi ini di mana ia melibatkan pelajar

secara aktif. Secara tidak langsung, proses pengajaran dan pembelajaran akan berubah

dari berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar. Bagi subjek “Technology and Media

Design” yang terdapat di UTM, ia memerlukan guru menunjukkan langkah demi

langkah untuk menggunakan pelbagai tajuk perisian seperti contoh perisian Adobe

Photoshop. Dalam usaha terkini, alternatif bagi menimbulkan semangat kepada para

pelajar untuk belajar, modul bagi subjek grafik ini haruslah diterbitkan memandangkan

ia belum pernah diterbitkan di peringkat universiti. Walaupun terdapat buku rujukan

yang dijual di pasaran, namun harga yang ditawarkan adalah agak tinggi, disebabkan

buku rujukan tersebut diterbitkan dari luar negara.

Di samping itu, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam

buku rujukan di mana perkataan yang digunakan adalah pada aras tinggi menyebabkan

pelajar sukar untuk memahami perkataan tersebut sekaligus menjadikan pelajar keliru

dengan perkataan yang digunakan. Kadang-kadang penggunaan Bahasa Inggeris

menambah kekeliruan dalam pemahaman pelajar. Tambahan pula pelajar kurang

berminat untuk membeli seterusnya membaca buku yang terdapat di pasaran

Page 8: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

8

memandangkan buku-buku tersebut hanya menggunakan grafik hitam putih dan kurang

menggunakan visual bagi menunjukkan langkah kerja dalam proses mempelajari

perisian berkaitan pengeditan imej. Penggunaan grafik lama dan hitam putih tidak

mampu menarik minat dan tidak memotivasikan pelajar untuk terus belajar.

Disebabkan terdapat kekangan yang telah dinyatakan di atas, pembangun

berhasrat untuk menghasilkan pembangunan PBK bagi matapelajaran grafik.

Pembangunan PBK ini akan memberi penerangan dalam bentuk teks dan visual di mana

ia disusun secara langkah demi langkah dalam menyelesaikan masalah yang wujud

sekaligus diharap dapat menjana pemikiran yang kritis dan kreatif di kalangan pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan berasaskan kepada beberapa objektif tertentu, antaranya:

i. Membangunkan PBK berasaskan PBM bagi matapelajaran grafik.

ii. Meninjau tahap pengalaman menggunakan KPM di kalangan pelajar.

iii. Mengenalpasti tahap kreativiti pelajar.

iv. Meninjau perkaitan antara tahap pengalaman menggunakan PBM

berdasarkan penggunaan PBK dan tahap kreativiti pelajar.

Page 9: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

9

1.5 Persoalan Kajian

Berikut adalah beberapa persoalan kajian yang dapat dikenal pasti terhadap

kajian yang dijalankan:

i. Apakah tahap pengalaman menggunakan PBM di kalangan pelajar?

ii. Apakah tahap kreativiti pelajar?

iii. Adakah terdapat perkaitan antara pengalaman menggunakan PBM

berdasarkan penggunaan PBK dan kreativiti pelajar?

1.6 Rasional Kajian

Berikut adalah beberapa rasional kajian yang dapat dikenal pasti:

i. Mendedahkan pelajar dengan PBM yang lebih tersusun melalui PBK.

ii. Menjana kreativiti pelajar dalam menyelesaikan masalah yang wujud.

iii. Setiap pelajar mempunyai tahap atau kebolehan yang berbeza antara satu

sama lain dalam menyelesaikan masalah.

iv. Grafik merupakan salah satu elemen multimedia yang penting.

Page 10: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

10

1.7 Kepentingan Kajian

Dengan adanya pembangunan PBK, diharap ia dapat memberi manfaat kepada

pihak-pihak berikut:

1.7.1 Pelajar

Pelajar akan dapat menggunakan PBM dengan lebih tersusun dan terancang

melalui pembangunan PBK yang dihasilkan. Pembangunan PBK yang dihasilkan

diharap akan dapat menarik minat, menjana pemikiran kreatif dan meningkatkan

kefahaman pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam mempelajari subjek

grafik yang mendorong seseorang untuk memberi perhatian kepada sesuatu perkara.

Selain itu, unsur-unsur seperti teks, grafik dan lain-lain serta interaktiviti penting untuk

membantu pelajar mempelajari dan memahami konsep dan hubungannya dengan

kehidupan sebenar.

1.7.2 Pensyarah

Diharap pensyarah dapat melihat PBM melalui penggunaan pembangunan PBK

sebagai pendekatan yang positif bagi meningkatkan kualiti pengajaran tanpa menolak

terus pengajaran secara tradisional kerana kaedah tradisional masih merupakan satu

kaedah yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. Selain itu, melalui pembangunan

PBK yang dihasilkan ini diharap pensyarah akan menyedari bahawa pelajar lebih

berminat terhadap sesuatu maklumat atau pendapat berbanding hanya pasif sahaja dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran.

Page 11: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

11

1.8 Skop dan Batasan Projek

Kajian dijalankan bertujuan untuk menghasilkan pembangunan PBK berasaskan

masalah yang merangkumi subjek grafik yang diharap dapat membantu pelajar

mempelajari grafik dengan lebih berkesan. Kajian juga berdasarkan sukatan Kursus

MPT 1023 dengan kumpulan sasaran merupakan pelajar sarjana tahun satu yang

mengambil mata pelajaran “Technology and Media Design”di UTM. Soal selidik akan

dijalankan setelah pelajar menggunakan PBK yang merangkumi aspek pengalaman

menggunakan PBM dan kreativiti. Faktor-faktor lain seperti gaya pembelajaran dan

sikap tidak akan diambil kira.

1.9 Definisi Istilah

Berikut merupakan definisi istilah yang digunakan oleh pengkaji di dalam kajian.

1.9.1 Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran berasaskan masalah adalah istilah yang digunakan dalam

pendidikan untuk pelbagai pendekatan pedagogi yang mendorong pelajar untuk belajar

melalui penerokaan yang berstruktur masalah kajian. Pensyarah bertindak sebagai

fasilitator dan sumber kepada pelajar untuk meminta nasihat atau bimbingan (Dr David

Mills, 2006).

Page 12: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

12

1.9.2 Kreativiti

Menurut Boon dan Ragbir (1998), kreativiti adalah satu proses yang seseorang

itu menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang

hilang, ketidakharmonian dan sebgainya; mengenal pasti perkara-perkara sukar, mencari

penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-

kekurangan itu; menguji dan menguji semula hipotesis-hipotesis ini dan mungkin

mengubah suai dan mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya

kepada orang lain”. Dunn pula (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan

untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko

dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat

dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan

sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.

1.9.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer

Mengikut Baharuddin Aris et. al (2001:1), Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK) ialah suatu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran

dan pembelajaran. Ia juga membawa maksud pengajaran yang dibantu komputer. Ini

tidak bermakna bahawa komputer yang mengajar pelajar tetapi guru menggunakan

komputer dengan semaksimum mungkin sebagai alat penyampaian pengajarannya. Oleh

itu, PBK hanyalah sebagai satu teknik untuk menggabungkan kelebihan guru dengan

penggunaan komputer sebagai suatu alat bantu mengajar.

Dalam pembangunan PBK yang dibina menggabungkan strategi kaedah

pembelajaran berasaskan masalah bagi matapelajaran grafik dan latihan. Dengan

bantuan teknologi komputer, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih

menarik, mudah dan tidak membosankan.

Page 13: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

13

1.10 Penutup

Bab ini membincangkan tentang pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan

masalah, objektif kajian, persoalan kajian, rasional kajian, kepentingan kajian, skop dan

batasan kajian serta definisi istilah yang berkaitan. Cabaran dunia pendidikan ini tidak

lagi setempat malah kini telah menjadi global. Pelajar tidak sepatutnya menumpukan

kepada isi kandungan pelajaran semata-mata tetapi juga mempunyai kemahiran untuk

mengaplikasikannya dengan baik. Selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat

serta cabaran globalisasi yang perlu dihadapi dewasa ini, adalah penting bagi seseorang

pelajar menguasai kemahiran yang relevan untuk memantapkan proses pembelajaran

mereka.

Menurut Wan Mohd. Zahid Noordin (1993) misi Pendidikan Malaysia bertujuan

untuk mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang

mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu,

masyarakat dan Negara. Pendidikan bukanlah semata-mata usaha meningkatkan

pengalaman diri, tetapi gabungan antara pembentukan sakhsiah, emosi, nilai murni serta

keterampilan diri. Kepimpinan pendidikan berkualiti adalah asas kepada penjananaan

generasi bestari yang cemerlang, gemilang lagi terbilang.

Page 14: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai kajian yang

dilakukan berdasarkan tajuk pembangunan PBK bagi melihat hubungan PBM dan

kreativiti bagi matapelajaran grafik. Sorotan kajian merupakan suatu laporan kajian yang

telah diterbitkan oleh cendiakawan atau penyelidik yang berkaitan dengan tajuk kajian

ini. Tujuan utama sorotan kajian ini dilakukan bagi memberikan gambaran kepada

pembaca untuk mengetahui pengetahuan dan idea-idea yang telah dikemukan sebelum

ini terhadap topik kajian.

2.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran aktif merupakan salah satu pendekatan pembelajaran yang

menggalakkan penglibatan pelajar secara langsung. Salah satu contoh pendekatan

pembelajaran aktif ialah pembelajaran berasaskan masalah. Pembelajaran berasaskan

masalah merupakan salah satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari

maklumat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka. Di samping itu,

pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan

kemahiran menyelesaikan masalah sendiri.

Page 15: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

15

2.2.1 Komponen PBM

Berikut merupakan komponen PBM:

i. Kefahaman dan kemahiran dalam proses terlibat dalam menyelesaikan

sesuatu masalah

ii. Pengetahuan aspek teknikal tentang subjek yang hendak diselesaikan

iii. Pengetahuan tentang masalah

iv. Kesedaran metakognitif iaitu mengawal proses pemikiran

2.3 Kreativiti

Kreativiti amat penting dalam dunia pendidikan kerana ia mampu melahirkan

sebuah masyarakat kreatif dan Negara kreatif. Tempat terbaik bagi memupuk kreativiti

pada pelbagai tahap pelajar adalah menerusi pembelajaran dan pengajaran sam ada

dalam pembelajaran formal mahupun tidak formal. Di Malaysia, potensi untuk

melahirkan manusia yang kreatif dan inovatif ini dapat dilihat dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan seta pengaplikasiannya dalam pedagogi dan kurikulum mata

pelajaran (Abd. Rahim, 1999).

Page 16: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

16

2.3.1 Ciri-ciri individu kreatif

Menurut Leo Ann Mean di dalam bukunya yang bertajuk “On Creativity:

Awakening The Creative Mind”, beliau menyebut cirri-ciri individu kreatif adalah

seperti berikut:

i. Seorang yang idealistik

ii. Bertenaga

iii. Berkeyakinan tinggi

iv. Berdikari

v. Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara

vi. Seorang yang sukakan pengembaraan

vii. Berkelakuan seperti kanak-kanak

viii. Memiliki sifat-sifat jenaka

ix. Tabah dan gigih

x. Spontan

xi. Sanggup mengambil risiko

Page 17: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

17

2.3.2 Proses Kreativiti

Menurut Syaza Yasmin, Fatin Adila dan Nor Rohaizah (2010), proses kreativiti

melibatkan aktiviti seperti:

i. Ilmu pengetahuan iaitu dengan mengumpul maklumat sebanyak mungkin

berkenaan tugasan atau masalah, Antara jenis-jenis maklumat adalah

seperti malumat bercetak (buku, artikel, bahan muat turun internet),

maklumat lisan dan maklumat elektronik.

ii. Melakukan penyelidikan iaitu dengan mengenalpasti percubaan yang lalu

dan membuat pendirian di mana tumpuan hendak diberi.

iii. Mendefinisikan matlamat dan arah tuju dengan mentakrifkan dengan

jelas masalah yang hendak diselesaikan atau hasil yang dikehendaki serta

mengenalpasti arah tuju penyelesaian masalah.

iv. Pengeraman pula dilakukan dengan menghasilkan buah fikiran atau idea

yang memerlukan masa. Ini mungkin akan mengambil masa kerana idea

mungkin terbit pada keadaan yang tidak disangka. Walaubagaimanapun,

terlalu banyak berfikir boleh mengakibatkan kebuntuan.

v. Membina keyakinan adalah dengan mencuba pendekatan yang berbeza

dari menumpukan pada satu idea di mana idea adalah seperti batu

loncatan yang akan berkembang dari satu idea ke idea yang lain dan idea

baru seringkali adalah gabungan berbagai idea yang ada.

vi. Penapisan pula dilakukan dengan menapis idea untuk mendapatkan cara

penyelesaian yang terbaik di mana idea-idea yang baik akan digabungkan

untuk menghasilkan satu penyelesaian yang kreatif.

vii. Idea dinyatakan dengan jelas di mana jalan perlu dicari untuk

menyampaikan idea dengan berkongsi idea dengan pihak lain dan

menggalakkan mereka untuk memajukan idea tersebut.

Page 18: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

18

2.4 Kepentingan Pembangunan PBK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Berikut merupakan antara kepentingan pembangunan PBK dalam pengajaran dan

pembelajaran:

2.4.1 Pembelajaran di bawah Penguasaan Pelajar

Pembangunan PBK dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran

dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap

pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik

rendah kebiasaannya memerlukan susunan pembelajaran yang terancang di dalam

pembangunan PBK. Kefahaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

sesuatu yang amat diperlukan oleh pelajar untuk mengingati apa yang telah mereka

pelajari. Mohd Fazreen (2003) ada dinyatakan bahawa pembelajaran lebih berpusatkan

guru sahaja iaitu dalam bentuk satu hala di mana guru menyampaikan isi pelajaran dan

pelajar hanya mendengar telah menjadikan pelajar peserta pasif atau passive learner. Ini

akan menyebabkan pelajar akan merasa mudah bosan dan sedikit sebanyak akan

melunturkan minat pelajar untuk belajar. Dengan dibantu pembangunan PBK

pencapaian pelajar akan meningkat dan akan terus berkembang kerana pelajar boleh

belajar secara sendiri dengan bantuan guru secara minimum. Ini sekaligus memastikan

tumpuan pelajar terus menerus kepada pengajaran.

Page 19: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

19

2.4.2 Pembangunan kepada Kemahiran dan Pengetahuan

Menurut Noran Fauziah (1981) pengajaran modul mempunyai potensi untuk

memenuhi keperluan pelajar. Ini bermakna, pembangunan PBK amat sesuai untuk

dijadikan sebagai satu langkah mengembangkan potensi individu yang terdapat dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Shaharom dan Yap (1991a) juga menyebut pengajaran

pembangunan PBK ialah untuk membolehkan para pelajar meneruskan proses

pembelajaran dalam pembangunan kepada kemahiran dan pengetahuan mereka. Selari

dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi individu

pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, satu kaedah yang terbaik ialah dengan

menggunakan pembangunan PBK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Melalui penggunaan pembangunan PBK membolehkan pelajar belajar mengikut

keselesaan dan kesesuaian mengikut kemampuan masing-masing. Pembangunan PBK

juga bertujuan menangani masalah kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran yang

berkualiti. Berdasarkan huraian yang telah dibuat, jelas menunjukkan bahawa

pembangunan PBK menyumbangkan banyak faedah dari segi minat serta dapat

meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di kalangan pelajar.

2.4.3 Pembelajaran secara tersusun dan sistematik

Menurut Mohd Sobri (2000), proses pengajaran tidak hanya tertumpu kepada

penggunaan buku teks, kapur tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih dari itu

termasuklah pembangunan PBK yang menyediakan pembelajaran secara tersusun dan

sistematik bagi menarik minat pelajar. Pengajaran yang dilaksanakan haruslah

melibatkan pelbagai teknik agar tidak hanya menghasilkan pengajaran yang mendatar.

Ini akan menjadikan pembelajaran pelajar tidak menarik. Strategi yang digunakan

bolehlah dikatakan sebagai kaedah tradisional dan haruslah di perbaiki agar dapat

Page 20: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

20

mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang aktif di mana pelajar turut berfikir

untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, pengunaan pembangunan PBK amatlah

digalakkan kerana ia merupakan salah satu kaedah bagi melahirkan suasana

pembelajaran yang aktif dikalangan pelajar kerana isi kandungannya yang telah disusun

dan dirancang dengan baik.

2.5 Kajian Mengenai Pembangunan PBK dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut pendapat Shaharom & Yap (1993) wujud perbezaan individu

dikalangan para pelajar seperti dari segi minat terhadap pelajaran, latar belakang, gaya

belajar, nilai, motivasi dan lain-lain. Namun, jika dilihat kepada buku-buku yang

terdapat di pasaran, kebanyakan tidak menitik beratkan kepada perbezaan individu. Oleh

kerana pelajar mempunyai pelbagai kebolehan iaitu ada cepat, sederhana dan lambat, ini

telah mendatangkan masalah kepada guru untuk menentukan bahan pengajaran dan

pembelajaran yang paling baik di dalam kelas. Buku teks adalah pengukur kepada

perkembangan sistem pendidikan sesebuah negara, namun mutu buku teks dan buku

rujukan masih boleh dipersoalkan. Ini dapat dilihat dari segi pengolahan kandungan

kurang sesuai untuk semua peringkat (Noor Rahimah, 2003). Isi kandungan yang sukar

difahami kerana penerangan di dalamnya terlalu umum disusuli dengan langkah-langkah

penyelesaian yang sepatutnya ditunjukkan tetapi berlaku sebaliknya (Saripah,1999).

Menurut Abdul Rahim pula (2001) walaupun susunan perkembangan sama,

tetapi corak perkembangan adalah berbeza. Oleh sebab itu tidak semua pelajar akan

mencapai peringkat yang sama. Sehubungan dengan itu guru perlulah menyediakan

bahan pembelajaran sejajar dengan perkembangan minda pelajar. Langkah ini penting

supaya objektif pengajaran guru tercapai untuk semua pelajar. Sesuai dengan pernyataan

Ee Ah Meng (1998) “Guru hendaklah memahami implikasi aspek-aspek perkembangan

dengan tujuan guru dapat menyediakan bahan pelajaran yang berbeza serta mengikut

kadar perkembangan pelajar yang berlainan”.

Page 21: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

21

2.6 Kepentingan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Antara kepentingan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:

i. Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan

yang cepat.

ii. Pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai.

iii. Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan

dengan luas dengan kawalan kendiri.

iv. Memperluaskan capaian dengan pautan kepada sumber yang

pelbagai.

v. Cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi

kepada pelajar dalam pembelajaran.

vi. Warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan

realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan

sebagainya.

vii. Tindak balas peribadi yang cepat dalam kegiatan pembelajaran

pelajar akan menghasilkan penguatan yang tinggi.

viii. Pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana

maklumat senang didapati dan mudah diatur dan ia membantu

pengawasan yang lebih terhadap pelajar.

Page 22: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

22

2.7 Kajian Mengenai Keberkesanan Komputer dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Cheah Phaik Kin (1999) dalam kajiannya yang melihat penerimaan komputer

dalam kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia. Beliau mengenalpasti faktor-faktor

yang mempengaruhi kadar penerimaan komputer dalam kalangan pelajar-pelajar

universiti, profil serta sifat pelajar-pelajar serta melihat sifat-sifat inovasi yang

mempengaruhi penerimaan atau penolakan inovasi. Justeru itu, Cheah Phaik Kin (1999)

menyarankan agar kajian beliau dapat dijadikan asas untuk membentuk strategi bagi

menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam era teknologi informasi terkini.

Seterusnya, Tricia Lim (1999) yang membuat kajian tentang penerimaan komputer

dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tricia Lim (1999) mengenalpasti faktor-faktor

yang mempengaruhi individu dalam mengambil keputusan sama ada untuk menerima

atau menolak penggunaan komputer serta melihat sama ada faktor pengetahuan tentang

komputer mempengaruhi keputusan individu untuk menerima atau menolak penggunaan

komputer. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan prinsip dan pengetahuan kaedah

tentang komputer mempengaruhi penerimaan dan pembentukan sikap terhadap

komputer.

Selain itu, Afifah Hamdzah (2005) juga mendapati beberapa faktor lain yang

turut mempengaruhi penerimaan komputer seperti galakan dari pihak pengurusan,

penyediaan kemudahan komputer yang mencukupi dan sokongan daripada rakan

sekerja. Berdasarkan objektif serta faktor yang mempengaruhi kajian beliau, beberapa

hipotesis telah dibangunkan untuk diuji bagi mendapatkan keputusan kajian yang

lengkap. Hipotesis tersebut adalah:

H1: Terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan perempuan dari segi

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

H2: Terdapat perbezaan yang signifikan antara kategori umur dari segi penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 23: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

23

H3: Terdapat perbezaan yang signifikan antara mata pelajaran major yang diajar dari

segi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

H4: Terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

H5: Terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap dan penggunaan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran.

H6: Terdapat perhubungan yang signifikan antara personaliti dan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

H7: Terdapat perhubungan yang signifikan antara sokongan organisasi dan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

H8: Terdapat perhubungan yang signifikan antara faedah relatif dan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

H9: Terdapat perhubungan yang signifikan antara kesepadanan dan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

H10: Terdapat perhubungan yang signifikan antara ketidakrumitan dan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

H11: Terdapat perhubungan yang signifikan antara kebolehcubaan dan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

H12: Terdapat perhubungan yang signifikan antara keteramatan dan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kajian terhadap hipotesis-hipotesis beliau, maka kesimpulan yang

boleh dibuat adalah ternyata keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Page 24: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

24

2.8 Model-model PBM

PBM merupakan sebahagian daripada pemikiran. Ia dianggap sebagai

fungsi intelektual yang paling rumit, PBM telah ditakrifkan sebagai satu

proses kognitif yang berperingkat tinggi dan yang memerlukan pemodulatan serta

pengawalan kemahiran-kemahiran yang lebih rutin atau asas (Goldstein & Levin, 1987).

Penyelesaian masalah berlaku apabila sebuah organisma atau sistem kecerdasan

buatan tidak tahu bagaimana menuju daripada satu keadaan yang diberikan kepada satu

keadaan sasaran yang diingini. Ia merupakan sebahagian daripada proses masalah yang

lebih besar yang meliputi pencarian masalah serta pembentukan masalah.

2.8.1 Model Dewey

Menurut John Dewey, pembelajaran berasaskan masalah melibatkan lima

peringkat penyelesaian.

Rajah 2.1: Model John Dewey

Mengenalpasti

masalah

Mencari

maklumat

Membentuk

hipotesis

Menguji

hipotesis

Menilai dan

membuat keputusan

Page 25: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

25

2.8.2 Model Polya

Mengikut Polya, terdapat empat peringkat di dalam PBM dalam matematik iaitu:

i. Memahami soalan bermasalah: pelajar akan dibimbing untuk memahami

item-item yang terlibat di dalam masalah itu, perkaitan antara item-item

yang dikenal pasti dan item-item yang hendak dicari atau dijawab.

ii. Merancang strategi penyelesaian: terdapat beberapa cara iaitu dengan

memilih operasi-operasi yang sesuai, menggunakan cara gambarajah,

menggunakan cara analogi dan menggunakan cara analogi.

iii. Melaksanakan strategi penyelesaian: Sebaik sahaja strategi penyelesaian

masalah telah dirancang, pelajar boleh melaksanakan strateginya untuk

menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar hendaklah menghuraikan

langkah-langkah penyelesaiannya secara sistematik untuk mendapatkan

jawapan yang betul.

vi. Menyemak semula masalah dan penyelesaiannya: Pelajar boleh

menyemak jawapan dengan mencari cara lain untuk menyelesaikan

masalah matematik yang sama atau menggunakan cara „songsang‟ seperti

jawapan yang didapati daripada operasi bahagi boleh disemak dalam

operasi darab, pembedaan dengan pengamilan.

Page 26: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

26

2.8.3 Model Leste

Berdasarkan Model Polya, Lester pada tahun 1978 menyarankan enam peringkat

PBM yang dikenali sebagai Model Lester. Keenam-enam peringkat itu

adalah:

i. Kesedaran masalah

ii. Kefahaman masalah

iii. Analisis objektif

iv. Perancangan strategi

v. Pelaksanaan strategi

vi. Prosedur dan penilaian penyelesaian

2.8.4 Theory of Constraints (TOC)

Ianya digunakan untuk membantu para pelajar menyelesaikan masalah, masalah

akademik dan peribadi. Ia membantu pelajar menggunakan kemahiran berfikir dan

berkomunikasi dengan sistemaik, berlogik, tepat dan mudah dalam proses penyelesaian

masalah. Terdapat 3 langkah utama dalam TOC iaitu:

i. Kesedaran dan mengenalpasti situasi bermasalah iaitu penyataan masalah

dan menentukan apa yang perlu diubah, menentukan objektif penyelesaian.

ii. Mengenalpasti cara menyelesaikan masalah iaitu dengan menentukan apa

perubahan yang berlaku.

iii. Perlaksanaan cara penyelesaian masalah dengan mengendalikan proses

perubahan.

Page 27: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

27

Terdapat 3 teknik PBM yang digunapakai di dalam TOC iaitu:

i. Teknik umum: digunakan untuk menyelesaikan masalah konflik, atau

memikir tentang sesuatu keadaan, situasi, idea dan sebagainya. Banyak

menggunakan kaedah dan teknik mengajar seperti main peranan,

perbincangan, sumbangsaran dan pemudahcaraan.

ii. Teknik sebab dan akibat: Teknik ini digunakan untuk membimbing pelajar

membuat keputusan selepas member pertimbangan tentang akibatnya

darisesuatu masalah yang timbul. Banyak menggunakan kemahiran berfikir

secarakritis, kreatif dan reflektif.

iii. Teknik mencita-citakan kejayaan: Digunakan untuk menyelesaikan masalah

yang berkaitan dengan cabaran. Teknik ini memerlukan teknik merancang

serta koloboratif dan sistematik, serta kemahiran berfikir secara sistematik

dan logikal.

2.8.5 Model Inkuiri Suchman

Model Inkuiri Suchman melibatkan beberapa langkah iaitu:

Rajah 2.2: Model Inkuiri Suchman

Mengenalpasti

masalah

Menerangkan

proses

Mengumpul data

dan membuat

hipotesis

Menguji

hipotesis dan

membuat teori

Membincangkan

peraturan-

peraturan

Menganalisis

proses

Page 28: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

28

2.9 Pendekatan PBM

Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBM berbanding strategi

pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau

stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih

bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau

motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar

yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam

persekitaran pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).

Secara amnya, jelas membuktikan bahawa PBM mampu untuk melahirkan dan

mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin yang mempunyai kemahiran

menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan minat dan motivasi

untuk terus belajar, membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan

menyelesaikan masalah. Oleh hal demikian, pelajar dapat meningkatkan pemahaman

dan pengetahuan isi pelajaran bagi sesuatu matapelajaran dengan mudah dan mendalam.

Secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar tersebut.

Penyataan ini disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Ward dan Lee (2004)

menyatakan bahawa pelajar yang mengikuti kaedah PBM dapat memahami isi pelajaran

dengan lebih mendalam bagi matapelajaran Teknologi Makanan dan Nutrisi.

Page 29: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

29

2.10 Kajian Mengenai Keberkesanan PBM dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan bagi menguji keberkesanan PBM

dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah:

2.10.1 Meninggikan Lagi Motivasi dan Penumpuan Pelajar

Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBM berbanding strategi

pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau

stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih

bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau

motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar

yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam

persekitaran pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).

2.10.2 Pelajar Berpeluang untuk Bekerjasama Bagi Menjadikan Sesebuah

Pembelajaran Itu Berjaya

Prof Madya Dr Khairiyah Mohd Yusof di dalam Berita Harian 25 Jan 2007,

menyatakan keinginan menyelesaikan masalah mendorong pelajar melaksanakan

pembelajaran kendiri dan pengajaran antara rakan sebaya (peer teaching) dalam

kumpulan dan antara kumpulan. Pelajar yang melalui PBM dapat membina kemahiran

pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Tse dan Chan,

(2003) menyatakan bahawa kaedah PBM sangat berkesan dalam meningkatkan

pemahaman dan pengetahuan teknikal pelajar. Melalui kaedah ini, setiap pelajar diberi

banyak peluang untuk mempraktikan teknik pembelajaran kendiri yang merupakan

Page 30: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

30

elemen penting dalam menentukan kerjaya masa depan mereka. Selain itu,

kebolehupayaan pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan melalui kerjasama dalam

kumpulan yang diamalkan untuk subjek kejuruteraan.

2.10.3 Mengkehendaki Pelajar Berfikir Secara Lebih Kritikal

Banyak kajian yang membuktikan bahawa kaedah PBM mampu meningkatkan

kemahiran generik para pelajar terutamanya dalam kemahiran menyelesaikan masalah.

Kenyataan ini disokong oleh Hasyamuddin dan Rahifa (2005) bertajuk “Kemahiran

Generik Dalam Kelas Bercirikan PBM di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Teknologi

Tun Hussein Onn (KUiTTHO) mendapati bahawa PBM membantu pelajar dalam

memperolehi kemahiran generik dan penglibatan aktif dalam kelas berbanding pelajar

yang menggunakan kaedah kuliah.

2.11 Kepentingan Grafik Digital

Multimedia dalam konteks komputer menurut Hoftsteter (2001), multimedia

adalah pemanfaatan komputer untuk membuat dan menggabungkan teks, grafik, audio,

video dan animasi dengan menggabungkan pautan dan peralatan yang membolehkan

pengguna melakukan navigasi, berinteraksi dan berkomunikasi. Dalam definisi ini

terkandung empat komponen penting multimedia.

i. Pertama, perlu ada komputer yang mengkoordinasi apa yang dilihat dan didengar

yang boleh berinteraksi dengan kita.

ii. Kedua, harus ada pautan yang menghubungkan kita dengan maklumat.

iii. Ketiga, harus ada alat navigasi yang memandu kita, menjelajah jaringan

maklumat yang saling berhubung.

Page 31: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

31

iv. Keempat, multimedia membolehkan kita mengumpulkan, memproses dan

menghubungkan maklumat dan idea kita sendiri.

Jika salah satu komponen tidak ada, maka ia bukanlah multimedia. Misalnya jika

tidak ada komputer untuk berinteraksi maka itu dinamakan media campuran, bukan

multimedia. Jika tidak ada pautan yang mewujudkankan sebuah struktur dan dimensi,

maka itu dinamakan rak buku, bukan multimedia. Kalau tidak ada navigasi yang

membolehkan kita memilih jalan suatu tindakan maka itu namanya filem, bukan

multimedia. Demikian juga jika kita tidak mempunyai ruang untuk berkomunikasi dan

menyumbangkan idea sendiri, maka itu dinamakan televisyen, bukan multimedia.

Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan

sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Grafik seperti lukisan, gambar, foto atau carta

misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih

pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam

komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan

penekanan terhadap sesuatu maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian

pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang

bagi sesuatu konsep.

Page 32: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

32

2.12 Penutup

Dalam bab ini, pengkaji telah menerangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan

PBM dan kreativiti. Melalui pembangunan PBK, pengkaji telah mengemukakan

kepentingannya, kajian dan keberkesanan berkaitan pembelajaran bermodul dalam

pengajaran dan pembelajaran yang mampu memberikan kesan kepada proses

pembelajaran pelajar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, ia menunjukkan bahawa

langkah pembangunan PBK dan komputer adalah langkah yang bijak dalam

meningkatkan mutu pendidikan dan pencapaian pelajar. Pembangunan PBK dan

komputer yang melibatkan grafik yang dikatakan amat berkesan dalam menyampaikan

maklumat diharapkan membolehkan pelajar belajar dengan lebih baik.

Page 33: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan kaedah dan aspek-aspek yang digunakan dalam

menjalankan kajian berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan. Perbincangan

bab ini merangkumi aspek reka bentuk pembangunan PBK, reka bentuk kajian, prosedur

kajian, populasi dan persampelan, instrumen kajian dan pengumpulan analisis data.

Banyak metodologi merangkumi langkah demi langkah atau pendekatan untuk

melaksanakan prosedur dan objektif ditetapkan berdasarkan kriteria.

3.2 Reka Bentuk Pembangunan PBK

Reka bentuk pembangunan PBK dilaksanakan melalui metodologi berikut:

3.2.1 Pengenalan Metodologi

Metodologi menunjukkan proses pengembangan produk. Ia akan menunjukkan

aliran dalaman atau tugas secara berturutan. Metodologi juga bertindak sebagai panduan

Page 34: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

34

dalam menghasilkan produk yang baik. Ia boleh didefinisikan sebagai set prosedur dan

garis panduan untuk satu atau lebih fasa daripada kitaran perisian seperti analisis,

rekabentuk dan perlaksanaan. Banyak metodologi merangkumi langkah demi langkah

atau pendekatan untuk melaksanakan prosedur dan objektif ditetapkan berdasarkan

kriteria.

3.2.2 Model Reka Bentuk Yang Digunakan di Dalam Modul Pembelajaran

Interaktif

Model reka bentuk yang digunakan di dalam modul pembelajaran interaktif bagi

projek ini adalah Rational Unified Process (RUP) metodologi. Terdapat empat fasa

dalam metodologi ini iaitu:

3.2.2.1 Fasa Penerimaan (Inception Phase)

Fasa penerimaan adalah fasa pertama dalam pembangunan projek. Dalam fasa

ini, penyelidik memahami keperluan yang diperlukan dalam mengembangkan modul

pembelajaran interaktif ini. Semua contoh yang berkaitan modul pembelajaran interaktif

akan dianalisis untuk memahami cara bagi menghasilkan modul pembelajaran interaktif

yang menarik. Antara contoh modul pembelajaran interaktif ialah:

i. Adobe Photoshop CS3 oleh Computer Training Courseware

(http://www.computertrainingcourseware.com/pages/contact.asp)

ii. Adobe Photoshop CS3 oleh Demand by Andy Anderson, Steve Johnson,

Perspection Inc.

(http://www.informit.com/store/product.aspx?isbn=0789736918)

Page 35: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

35

iii. Learn how to use Adobe Photoshop CS3 oleh Easy Software

(http://www.trainingclasses.com/programs/02/55/25573_learn_how_to_use_

adobe_photoshop_cs3.php)

Dalam fasa ini, elemen dan teknik yang bersesuaian akan dikenalpasti dalam

pembangunan modul pembelajaran interaktif. Diantara keperluan untuk membangunkan

projek adalah pengetahuan yang baik tentang cara menggunakan perisian seperti Adobe

Photoshop CS3, Macromedia Flash MX dan sebagainya. Perisian dan perkakasan yang

perlu digunakan dalam membangunkan PBK juga akan ditentukan. Perisian yang akan

digunakan adalah Macromedia Flash MX 2004 dan Adobe Photoshop CS3. Manakala

perkakasan yang akan digunakan adalah laptop Toshiba dan Printer Hp Deskjet F4280.

Sebelum ke fasa elaborasi, maklumat yang berkaitan dengan pembangunan

modul pembelajaran interaktif perlu dikumpul. Tujuan pengumpulan maklumat ini

adalah bertujuan untuk memastikan modul mendapat kepuasan dari pengguna. Ia boleh

didapati melalui soal selidik, pemerhatian dan sebagainya.

Page 36: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

36

3.2.2 2 Fasa Elaborasi (Elaboration Phase)

Fasa elaborasi merupakan fasa pembangunan PBK mula terbentuk. Perancangan

pembangunan untuk keseluruhan projek akan dibuat. Perancangan untuk keseluruhan

pembangunan PBK akan dilaksanakan bagi memastikan cara ia akan dilaksanakan

nanti.

Rajah 3.1: Carta Alir Pembangunan PBK

Mula

Masalah 2 Masalah 1

Pernyataan

Masalah

Latihan Pengenalan

Latihan 1 Latihan 2

Proses penyelesaian

masalah

Proses penyelesaian

masalah

Kesimpulan Kesimpulan

Hubungi

Saya

Page 37: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

37

Pemilihan elemen yang akan digunakan dalam projek seperti grafik, video,

audio, teks dan sebagainya akan dilakukan. Elemen-elemen yang digunakan dalam

projek ini adalah seperti teks, grafik, dengan navigasi yang bersesuaian.

3.2.2.3 Fasa Pembinaan (Construction Phase)

Dalam fasa ini, fokus utama adalah kepada pembangunan elemen-elemen dan

ciri-cirinya. Kesemua elemen yang telah dipilih akan digabungkan untuk menghasilkan

modul pembelajaran interaktif. Sebelum itu, elemen-elemen seperti teks dan grafik akan

diubahsuai mengikut kesesuaian dan disusun dengan baik agar pembangunan dapat

dilaksanakan seperti yang telah dirancang.

Pembangun menggunakan tulisan jenis Times New Roman kerana jenis tulisan

ini mudah untuk dibaca dan difahami. Grafik yang jelas dan menarik digunakan bagi

menghasilkan paparan visual yang menarik bagi pembangunan PBK. Semua elemen

yang telah diubahsuai akan digabungkan dan disusun dengan baik dalam memastikan

modul pembelajaran interaktif ini menepati keperluan pengguna.

3.2.2.4 Fasa Peralihan (Transition Phase)

Dalam fasa peralihan, pembangunan PBK telah siap untuk dipaparkan kepada

pengguna. Pembangun perlu memastikan bahawa pembangunan PBK boleh

membuatkan proses belajar lebih mudah daripada belajar melalui teks dan imej

statik. Sebelum pembangunan PBK dipaparkan kepada pengguna, pembangun perlu

membuat dokumentasi terlebih dahulu. Pembangunan PBK yang telah siap dibangunkan

akan disimpan di dalam cakera padat. Selepas itu, modul pembelajaran interaktif akan

diuji keberkesanannya dalam memastikan ia berfungsi mengikut perancangan dan

dengan mengambilkira pandangan pengguna dengan menggunakan borang soal selidik.

Page 38: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

38

Walaubagaimanapun, sekiranya pembangunan PBK yang dihasilkan tidak menepati

keperluan pengguna, maka pembangun perlu mengulang pembangunan bermula dari

fasa pertama semula.

3.3 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah suatu teknik atau kaedah tertentu bagi memperoleh

maklumat yang diperlukan. Reka bentuk kajian adalah berfungsi sebagai panduan untuk

mencapai jawapan yang jelas terhadap persoalan kajian. Bagi kajian ini, pengkaji telah

memilih untuk melakukan kajian deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan.

Menurut Mohd Najib (1999), kajian deskriptif dapat menerangkan fenomena sesuatu

keadaan dengan cara penganalisaan data yang diperolehi daripada pembentukan soal

selidik.

Kaedah tinjauan ialah kajian yang melibatkan pengambilan data dalam satu

jangka masa tertentu sahaja, yang mana selalunya menggunakan set soal selidik sebagai

instrumen kajian. Pengkaji hanya melakukan tinjauan situasi dalam suatu masa tertentu

sahaja. Menurut (Azizi et al., 2007), kaedah tinjauan merupakan kaedah yang efisien

dalam mengutip data. Ia juga dapat menguji tahap pengetahuan sedia ada responden

terhadap kemahiran mendefinisi secara operasi dan mengawal pemboleh ubah. Oleh itu,

kajian deskriptif adalah sesuai digunakan dalam kajian ini bagi meninjau pengalaman

menggunakan PBM di kalangan pelajar, mengenalpasti tahap kreativiti pelajar dan

meninjau perkaitan antara pengalaman menggunakan PBM dan kreativiti pelajar.

Page 39: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

39

3.4 Prosedur Kajian

Untuk menjalankan sesebuah kajian, pengkaji terlebih dahulu mestilah

merancang perjalanan kajian agar kajian yang dilakukan dapat berjalan dengan lancar.

Langkah permulaan yang dibuat oleh pengkaji adalah dengan membuat penyelidikan

awal mengenai penggunaan PBM dalam pembelajaran. Seterusnya pengkaji

mengenalpasti gambaran awal kajian dan mendalami masalah yang dihadapi. Hal yang

demikian kerana bagi memberikan panduan kepada pengkaji dalam menetapkan objektif

dan persoalan kajian yang akan dikaji.

Setelah itu, pengkaji menetapkan skop, kepentingan kajian dan rasional kajian

supaya kajian yang dilakukan member manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat.

Kemudian, pengkaji melakukan sorotan kajian terhadap penggunaan PBM dalam

pembelajaran. Pengkaji membuat kajian dengan lebih lanjut mengenai penggunaan PBM

dalam pembelajaran.

Prosedur kajian yang seterusnya dilakukan adalah dengan menetapkan

metadologi kajian, instrumen kajian yang akan digunakan, melakukan kajian rintis serta

memilih kaedah analisis data yang terbaik untuk digunakan di dalam kajian. Setelah

semuanya berjalan dengan lancar, penyelidikan yang sebenar akan dilakukan oleh

pengkaji. Responden yang terlibat dikenal pasti dan set soal selidik diedarkan kepada

responden yang berkenaan.

Setelah pengumpulan set soal selidik dibuat, prosedur yang seterusnya adalah

menganalisa data dengan menggunakan perisian Statistic Package For Social Sciences

(SPSS) version 11.5 dan juga menggunakan skala kreativiti oleh Gary A. Davis

bergantung kepada maklumat yang akan dianalisa. Daripada data yang diperolehi,

pengkaji akan membuat rumusan serta membincangkan hasil kajian secara keseluruhan

dan mengemukakan cadangan yang difikirkan sesuai bagi kajian lanjutan.

Page 40: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

40

3.5 Populasi Kajian

Menurut Mohamad Najib (1999) populasi adalah sekumpulan masyarakat yang

mempunyai ciri-ciri yang sama. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar yang

mengikuti program Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Menurut statistik enrolment pelajar yang

mengikuti program Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) semester I sesi 2009/10

adalah yang mengambil matapelajaran “Technology and Media Design” adalah seramai

32 orang.

3.5.1 Sampel Kajian

Webster (1985) memberikan definisi sampel dengan menyatakan bahawa sampel

adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk

tujuan kajian. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah persempelan bertujuan.

Menurut Azizi et al (2007), persampelan bertujuan adalah pemilihan responden dengan

tujuan untuk mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki dalam menjawab

persoalan kajian. Pengkaji telah menentukan secara khusus sampel yang menjadi

pilihan. Pengkaji memilih sampel yang terdiri 10 orang pelajar yang dipilih secara rawak

daripada 32 orang pelajar yang mengambil mengikuti matapelajaran “Technology and

Media Design”. Responden hanya terdiri daripada pelajar yang mengikuti program

Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) kerana mereka ini mengambil subjek grafik.

Page 41: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

41

3.6 Instrumen Kajian

Berdasarkan persoalan yang telah ditentukan, pengkaji telah membina set soal

selidik yang telah dibuat berdasarkan objektif kaedah penyelesaian masalah dan juga

oleh Gary A. Davis (2004) dan disemak oleh Prof Madya Dr. Mohamad Bin Bilal Ali

untuk dijadikan instrumen dalam kajian ini. Menurut Mohd Majid (1993), antara

kelebihan penggunaan set soal selidik bagi sesuatu kajian ialah ia dapat meningkatkan

ketepatan maklumat yang diperolehi daripada responden. Ini adalah kerana maklumat

yang diperolehi daripada responden melalui set soal selidik tidak akan dipengaruhi oleh

pengkaji terutamanya dari segi emosi.

Menurut Khalid Johari (2003), penggunaan borang soal selidik merupakan antara

alat-alat pengumpulan data yang banyak digunakan oleh pengkaji. Ini disebabkan soal

selidik dapat mengumpul data secara terperinci tersusun dan piawai. Di samping itu,

instrumen ini mudah ditadbir dan menjimatkan masa pengkaji semasa pengumpulan

data. Menurut Marshall dan Rossman (1999), soal selidik mempunyai kekuatan

tersendiri untuk mendapatkan maklum balas kajian antarabangsa, mudah untuk

memanupulasi dan menkategorikan data untuk dianalisis, mengurus dan mentadbir data

dengan mudah dan berkesan, mudah untuk membuat generalisasi, mudah menganalisis,

menguji kesahan dan membuat trigulasi.

Set soal selidik yang akan digunakan dalam kajian adalah berdasarkan Kaedah

Likert iaitu dengan menggunakan skala lima mata. Untuk mendapatkan data dalam

jumlah yang banyak dan dalam jangka masa yang singkat, Kaedah Likert merupakan

instrumen kajian yang paling mudah untuk digunakan. Ia juga mudah ditadbir serta

maklumat yang diperoleh daripada respondan melalui kaedah ini juga mudah untuk

dianalisis.

Secara keseluruhannya, set soal selidik dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu

bahagian A, B dan C. Bahagian A merangkumi 1 item untuk mendapatkan data

Page 42: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

42

demografi pelajar iaitu jantina pelajar. Manakala bahagian B pula merupakan soalan

kajian yang mengandungi item-item bagi menjawab persoalan kajian berkaitan

pengalaman penggunaan kaedah penyelesaian masalah. Manakala bahagian C pula

merupakan soalan kajian yang mengandungi item-item bagi menjawab soalan yang

berkaitan dengan tahap kreativiti.

3.7 Pengumpulan dan Analisis Data

Kajian dilakukan dan set soal selidik diedarkan kepada responden mengikut

bilangan yang telah ditetapkan iaitu seramai 10 orang. Data yang diperoleh daripada 10

orang responden ini dianalisis secara sistematik.

Bahagian A dalam set soal selidik akan mengandungi 1 soalan yang berkaitan

dengan data demografi pelajar. Tujuan utama soalan ini dikemukakan ialah untuk

mengetahui serba sedikit latar belakang responden. Soalan-soalan yang ditanya akan

memberikan maklumat berkaitan dengan jantina responden. Soalan jantina akan

memberikan maklumat berkaitan dengan jantina responden iaitu sama ada lelaki atau

perempuan.

Bahagian B pula mengandungi item-item bagi memenuhi persoalan kajian iaitu

tahap pengalaman penggunaan PBM dengan menggunakan perisian Statistic Package

For Social Sciences (SPSS) version 11.5. bagi menentukan min bagi melihat tahap

pengalaman penggunaan PBM. Dalam bahagian B ini, maklum balas soal selidik akan

menggunakan Skala Pemeringkatan Likert yang mengandungi 5 nilai skor seperti yang

ditunjukkan di dalam Jadual 3.1 di bawah.

Page 43: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

43

Jadual 3.1: Jadual Pengelasan Berdasarkan Min (Mohd Najib, 2003)

Penilaian Selang Skala Min

Rendah 1.00-2.49

Sederhana 2.50-3.49

Tinggi 3.50-5.00

Bahagian C pula mengandungi item-item bagi memenuhi persoalan kajian iaitu

tahap kreativiti pelajar. Dalam bahagian ini, maklum balas soal selidik akan

menggunakan Skala Kreativiti oleh Gary A. Davis (2004) seperti Jadual 3.2 di bawah.

Gary A. Davis menentukan pengelasan tahap kreativiti dengan menjumlahkan kesemua

skala bagi setiap pelajar dan membandingkan hasil perjumlahan skala dengan jadual

pengelasan tahap kreativiti bagi menentukan tahap kreativiti.

Jadual 3.2: Jadual Pengelasan Tahap Kreativiti (Gary A. Davis, 2004)

Penilaian Selang Skala Kreativiti

Memiliki kreativiti yang rendah 30-55

Memiliki kreativiti dibawah tahap sederhana 56-79

Memiliki kreativiti yang sederhana 80-102

Memiliki kreativiti diatas tahap sederhana 103-126

Memiliki kreativiti yang tinggi 127-150

Analisis inferensi, korelasi Spearman digunakan untuk melihat hubungan di

antara tahap pengalaman menggunakan KPM dan tahap kreativiti. Korelasi Spearman

digunakan untuk menguji koefisien dalam menentukan arah kekuatan dan perkaitan di

antara satu pembolehubah dengan satu pembolehubah yang lain. Kaedah ini sesuai

digunakan bagi data yang berbentuk pemeringkatan. Pekali korelasi positif menunjukkan

bahawa apabila satu pembolehubah meningkat, maka pembolehubah yang satu lagi

Page 44: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

44

meningkat. Sementara pekali korelasi negatif menunjukkan bahawa apabila satu

pembolehubah meningkat, pembolehubah yang satu lagi menurun. Magnitud atau

kekuatan perhubungan berdasarkan satu julat numerik, di antara -1.0 hingga +1.0. Nilai

0 pula menandakan tidak wujud hubungan di antara pembolehubah (Miller, 1991). Bagi

menginterpretasi kesignifikan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang

terlibaat dalam kajian sama ada mempunyai korelasi tinggi atau rendah, maka nilai p

dirujuk iaitu terdapat hubungan signifikan apabila nilai p≤0.05 atau p p≤0.01.

Perisian Statistic Package For Social Sciences (SPSS) version 11.5. digunakan

bagi menentukan pekali kolerasi bagi memenuhi persoalan kajian perkaitan antara tahap

pengalaman menggunakan PBM dan kreativiti pelajar. Dalam kajian ini, interpretasi

kekuatan sesuatu hubungan adalah berdasarkan kepada tafsiran yang diberikan oleh

Borg dan Gall (1983) seperti yang dijelaskan dalam jadual 3.3.

Jadual 3.3: Pekali Korelasi Mengikut Borg dan Gall (1983)

Pekali Korelasi Tafsiran

< dari 0.20 Sedikit atau sangat sedikit dan boleh diabai

0.20 – 0.40 Korelasi yang rendah, signifikan tetapi kecil

0.41 – 0.70 Korelasi yang sederhana, perkaitan yang kuat dan teguh

0.71 – 0.90 Korelasi yang tinggi, perkaitan yang jelas dan nyata

> dari 0.90 Korelasi yang sangat tinggi, perkaitan meluas

Page 45: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan - fp.utm.my · PDF fileNota-nota diberikan kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar. Masalah ini dinamakan spoon

45

3.8 Penutup

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan reka bentuk pembangunan PBK

yang digunakan serta menerangkan langkah-langkah atau prosedur kajian yang akan

digunakan bagi menjalankan kajian terhadap pengalaman menggunakan penggunaan

PBM dalam pembelajaran grafik dan hubungannya dengan kreativiti. Langkah-langkah

atau prosedur yang dirancang adalah untuk melancarkan lagi proses kajian yang

dijalankan disamping dapat memberi panduan kepada pengkaji dalam menjalankan

kajian secara berperingkat-peringkat iaitu dari awal hinggalah tamat penyelidikan. Di

dalam bab ini, pengkaji menetapkan reka bentuk kajian yang digunakan iaitu kajian

berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian adalah terdiri

daripada pelajar yang mengikuti program Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Dalam konteks kajian ini, pengkaji menggunakan

kaedah persempelan. Bagi instrumen kajian pula, pengkaji telah memilih untuk

menggunakan set soal selidik yang berasaskan kepada Kaedah Likert dan . Akhir sekali,

penerangan ringkas mengenai kaedah penganalisaan data turut dihuraikan. Analisis

inferensi, korelasi Spearman digunakan untuk melihat hubungan di antara tahap

pengalaman menggunakan PBM dan tahap kreativiti.