Upload
phungngoc
View
277
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Disediakan oleh : Pn. Norazimah bt Abd Talib
BAB 12 : PETEMPATAN
(A) PETEMPATAN AWAL
1. Petempatan Awal di Dunia
Petempatan: Sebarang bentuk tempat tinggal manusia sama ada
sebuah kediaman ataupun beberapa buah kediaman.
Petempatan awal di dunia bermula di lembangan sungai iaitu :
i. Lembangan Sungai Tigris-Euphrates
(Tamadun Mesopotamia)
ii. Lembangan Sungai Nil
(Tamadun Mesir Purba)
iii. Lembangan Sungai Indus
(Tamadun Indus)
iv. Lembangan Sungai Hwang He
(Tamadun Hwang He)
Peta 12.1 Petempatan awal di dunia.
Faktor-faktor yang menggalakkan manusia menetap di keempat-
empat lembangan sungai tersebut adalah hampir sama. Antaranya
termasuklah:
dataran sungai yang rata, subur, serta kaya dengan tanah
aluvium
sungai menyediakan jalan pengangkutan penduduk,
perniagaan dan perdagangan.
terdapat kawasan rumput untuk ternakan
sungai yang menyediakan bekalan air tetap untuk kegunaan
domestik dan pengairan
2. Petempatan Awal di Malaysia
Tapak petempatan awal di Malaysia terletak di gua/bukit, pinggir
pantai, delta, muara sungai dan tanah pamah
Contohnya petempatan awal di Malaysia ialah:
Gua : Gua Niah, Sarawak & Kota Tampan, Perak
Muara sungai : Sungai Melaka, Melaka, Lembah Bujang, Kedah
& Johor Lama.
Disediakan oleh : Pn. Norazimah bt Abd Talib
Peta 12.2 Petempatan awal di negara Malaysia.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kedudukan petempatan awal:
i. Fizikal
Keselamatan
Kedudukan strategik
Tanah pamah
ii. Keperluan asas
Bekalan makanan
Sumber air
Kemudahan pengangkutan
(B) JENIS PETEMPATAN
Kategori Luar Bandar Bandar
Saiz penduduk Tidak melebihi 9999 orang Melebihi 10 000 orang
Kegiatan
ekonomi
Pertanian
Perikanan
perlombongan
perniagaan
perdagangan
perindustrian
Contoh Petempatan nelayan di
Pulau Ketam
Bandar raya Kuala
Lumpur
(C) FAKTOR PENENTU TAPAK
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Petempatan Luar Bandar :
1. Bentuk muka bumi
Tanah pamah yang rata
2. Tanih
Tanih yang subur untuk pertanian
3. Sember air
Kegunaan domestik dan mengairi tanaman
4. Ketersampaian (pengangkutan)
Terletak berhampiran dengan kemudahan pengangkutan
5. Kegiatan ekonomi
Pertanian,perlombongan dan perikanan
6. Dasar kerajaan
Petempatan terancang seperti FELDA
(D) POLA PETEMPATAN
Bermaksud susun atur rumah atau bangunan di sesuatu tempat.
Disediakan oleh : Pn. Norazimah bt Abd Talib
Terdapat 4 pola petempatan luar bandar iaitu:
1. POLA BERSELERAK
Dapat dilihat di kawasan kecil, dusun dan sawah padi.
Peta 12.3 Pola petempatan berselerak di sawah padi
2. POLA BERJAJAR
Dibina selari di sepanjang sungai, parit, tali air, pinggir pantai,
permatang, jalan raya, landasan keretapi, di sepanjang pinggir
kawasan sawah padi,tepi kawasan paya dan sepanjang lereng
bukit.
Peta 12.4 Pola petempatan berjajar di perkampungan nelayan
3. POLA BERPUSAT
Terbentuk apabila rumah dan bangunan yang banyak dibina
rapat-rapat.
Contohnya simpang jalan yang mempunyai tempat ibadat,
sekolah, kedai, pejabat pos dll.
Terdapat juga dikawasan ladang getah dan ladang kelapa sawit
di tanah rancangan seperti FELDA.
Contohnya, Felda Bukit Goh di Pahang dan Felda Gugusan
Adela di Kota Tinggi, Johor.
Peta 12.5 Pola petempatan berpusat di simpang jalan raya
Disediakan oleh : Pn. Norazimah bt Abd Talib
Peta 12.6 Petempatan berpusat di tanah rancangan Felda Bukit Goh, Pahang
4. POLA BERKELOMPOK
Hampir sama dengan pola petempatan berpusat tapi bilangan
bangunan tidak begitu banyak dan tidak begitu rapat.
Terdapat di simpang jalan raya, jalan keretapi dan muara
sungai
Contoh: Ladang Lim Kooi Hua di Sabak Bernam, Selangor,
kampong nelayan di Kampung Bulingisan dan Kampung Sen
Bantaian di Semporna, Sabah.
Peta 12.7 Pola petempatan berkelompok di muara sungai
(E) FUNGSI PETEMPATAN
i. Pengumpulan hasil pengeluaran pertanian & perikanan.
Hasil padi : lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu,
lembah Sungai Muda di Kedah
Pengumpulan hasil getah asli dan minyak sawit : kawasan kaki bukit
yang bercerun landai atau beralun di pantai barat Semenanjung
Malaysia
Pengeluaran minyak sawit dan pusat pemprosesan kelapa sawit :
FELDA
ii. Pengangkutan
iii. Pentadbiran