Bab 3 Grafik

  • Upload
    nazga

  • View
    63

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

2014

Citation preview

  • 5/26/2018 Bab 3 Grafik

    1/13

    Bab 3

    Pengenalan

    Seperti mana dibincangkan di dalam bab sebelum ini, terdapat pelbagai cara dan kaedah

    yang dapat digunakan bagi mendapatkan koleksi imej untuk kegunaan projek-projek rekaan

    grafik sama ada secara konventional mahupun digital. Walau apa pun kaedah yang

    digunakan, dari imej yang diperolehi perlu disunting, dimanupulasi, ditukar format,

    ditukar warna dan sebagainya. Selain dari digunakan terus dalam menghasilkan imej atau

    ilustrasi yang diperlukan. Bab ini membincangkan beberapa kategori perisian grafik dan

    ilustrasi digital dan bagaimana ianya boleh dimanfaatkan dalam projek-projek rekaan grafik

    yang diusahakan.

    Perisian Grafik Sepintas Lalu

    - Sesuatu imej yang diperolehi dari sumber asal (dari hasil imbasan atau kamera digitalmisalnya) biasanya perlu diubah atau dipinda dari pelbagai sudut bagi membolehkan

    ianya sesuai untuk digunakan dalam sesuatu projek multimedia atau rekaan grafik

    yang lain. Kesemua kerja-kerja ubahsuai sama ada dari sudut saiz, warna, kesan khas,

    lokasi gambar dan sebagainya boleh dilakukan menggunakan peralatan atau

    kemudahan yang disediakan oleh kebanyakan perisian bahasa pengarangan.

    - Namun demikian ada kalanya perisian-perisian grafik yang khas diperlukan bagimenghasilkan kualiti kerja grafik yang lebih tinggi.

    - Terdapat banyak perisian-perisian grafik dipasarkan. Antara contoh yang bolehdiperolehi secara percuma seperti Microsoft Paintatau paint brush (aplikasi ada di

    dalam Microsoft windows) sehinggalah kepada yang lebih canggih dan kompleks

    seperti adobe photoshop, adobe illustrator, macromedia firework, coreldraw dan

    painter 3D.

    Microsoft Paint

  • 5/26/2018 Bab 3 Grafik

    2/13

    - Perisian grafik boleh dibahagikan kepada beberapa kategori tertentu berdasarkanfungsi atau bagaimana ianya bekerja. Antara kategori yang utama atau ilustrasi.

    Perisian Penyuntingan Imej

    - Digunakan bagi menghasilkan utama dalam proses pembangunan sesebuah aplikasimultimedia, laman web atau mana-mana projek grafik yang lain.

    - Sering digunakan bagi meminda atau menyunting imej yang diperolehi dari pelbagaisumber lain seperti pengimbas, kamera digital dan sebagainya.

    - Memudahkan kerja dengan kelebihan yang ada. Perisian ini juga dikenali sebagaiperisian grafik jenis bitmap, memandangkan ianya sesuai digunakan bagi tugas-tugas

    penghasilan dan juga pemindaan imej jenis bitmap.

    - Membenarkan seseorang pengguna melakukan proses pindaan hingga ke tahappiksel, bermakna, boleh melakukan proses manipulasi imej dari pelbagai aspek

    seperti memindahkan warna pada gambar foto, membersihkan piksel pada imej bagi

    membentuk imej baru yang lebih jelas dan sebagainya.

    - Peranan utamanya ialah.a) Menghasilkan reka bentuk antaramuka pengguna.b) Mereka bentuk sistem navigasi.c) Meminda atau memanipulasi imej atau gambar foto.d) Melakukan proses transformasi objek.e) Menghasilkan teks pelbagai bentuk.f) Menambah kesan khas pada imej.

    - Perisian grafik dari kategori penyuntingan atau pemindahan imej ini juga biasanyamenyediakan kemudahan atau peralatan yang sesuai digunakan oleh seseorang artis

    grafik dam menyiapkan tugas mereka.

    PerisianAdobe Photoshop CS5

  • 5/26/2018 Bab 3 Grafik

    3/13

    - Alatan yang digunakan:-a) Alatan untuk melukis seperti berus dan pensil pelbagai bentuk dan saiz.b) Alatan untuk mewarna.c) Alatan untuk memotong.d) Alatan untuk memadam.

    - Kesemua alatan yang disediakan ini memudahkan pengguna melahirkan kreativitidari satu format dengan lebih mudah, pantas dan berkesan.

    - Perisian ini juga sering digunakan bagi melakukan proses pemindahan format faildari satu format ke satu format yang lain. Ini bertujuan :-

    a) Mengurangkan saiz fail.b) Membolehkan ia digunakan di dalam perisian pengarangan.c) Membolehkan ia digunakan di dalam perisian multimedia.d) Meningkat atau mengurangkan kedalaman warna imej.

    - Terdapat banyak perisian penyuntingan imej yang ada di pasaran, daripada perisianasas seperti Microsoft Paint atau paint brush kepada yang lebih canggih dan

    kompleks seperti,

    a) Adobe Photoshopb) Adobe Photoshop Elementsc) Corel Paint Shop Prod) Photo Impact

    Antara perisian penyuntingan imej :Corel Paint Shop Pro photo x2

  • 5/26/2018 Bab 3 Grafik

    4/13

    - Terdapat juga perisian grafik berasaskan sumber terbuka (open source) dan antarayang utama ialah perisian yang dikenali sebagai The Gimp.

    Perisian lukisan atau ilustrasi

    - Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi menghasilkan pelbagai bentuk garisan,lengkungan, bentuk-bentuk geometrik, bulatan, elips dan sebagainya dengan mudah

    dan pantas.

    - Mempunyai alatan yang membolehkan pelbagai jenis lengkungan disediakan yangmana ianya kemudian boleh dimanipulasi bagi membentuk objek pelbagai bentuk.

    Antara perisian penyuntingan imej : Corel Photo Paint

    Antara perisian penyuntingan: The

    Gimp

  • 5/26/2018 Bab 3 Grafik

    5/13

    - Warna, struktur dan saiz grafik yang dihasilkan juga boleh dipinda atau dimanipulasimengikut keperluan dengan pantas tanpa kejatuhan kualiti yang ketara.

    - Sering digunakan bagi tujuan menghasilkan elemen-elemen grafik berasaskan lukisanatau ilustrasi seperti :-a) Logob) Simbolc) Cartad) Ilustrasie) Kartunf) Teks pelbagai bentuk

    - Contoh perisian grafik berasaskan pendekatan lukisan atau ilustrasi.a) Adobe Illustratorb) Macromedia Freehandc) Deneba Canvasd) Corel Drawe) Corel Designerf) iGrafx Designerg) Xara

    Antara perisian Lukisan atau ilustrasi: Macromedia Freehand

    Antara perisian Lukisan atau ilustrasi :

    Deneba Canvas

    Antara perisian Lukisan atau ilustrasi :iGrafx Designer

  • 5/26/2018 Bab 3 Grafik

    6/13

    - Inkscape pula merupakan contoh perisian ilustrasi berasaskan sumber terbuka yangboleh diperoleh secara percuma.

    Perisian Grafik 3 Dimensi (3D)

    - Biasanya mempunyai hubungan secara terus dengan perisian yang digunakan bagimenghasilkan animasi 3D.

    - Proses membentuk grafik 3D merupakan langkah awal sebelum proses membentuksatu animasi atau kesan 3D.

    - Perisian grafik ini boleh dikategorikan di dalam kumpulan perisian animasi 3D, yangmembolehkan penghasilan objek 3 dimensi dihasilkan bersama kesan animasi yangbersuaian dengannya.

    - Antara perisian animasi 3D yang murah, mudah, dan senang dikendalikan ialah,a) Asymmetrix 3DFXb) Ulead Cool 3D Studioc) Xara 3Dd) Ray Dream 3D

    - Perisian animasi 3D peringkat pertengahan seperti Spectular Infini D. Hash AnimationMaster dan Ray Dream Studio.

    - Perisian animasi 3D peringkat tinggi pula, animasi 3D yang lebih canggih bolehdigunakan antaranya,

    a) 3D Studio Maxb) Lighwave 3D

    Antara perisian Animasi 3D : Xara 3D Antara perisian Animasi 3D : Ray Dream 3D

  • 5/26/2018 Bab 3 Grafik

    7/13

    c) Alias Mayad) Houdinie) Avid Softimage

    - Perisian-perisian seperti ini, sering digunakan bagi tujuan penghasilan grafik dananimasi 3D yang lebih kompleks sama ada bagi tujuan pembangunan aplikasi

    multimedia mahupun pada peringkat yang lebih luas seperti industri perfileman dan

    sebagainya.

    Perisian grafik dan animasi 3D dalam industri perfileman

    - Perisian grafik jenis ini biasanya menawarkan pelbagai jenis kelebihan yangmembolehkan animasi yang kompleks dan realistik dihasilkan. Turut menawarkan

    kemudahan menghasilkan pelbagai kesan khas yang menarik.

    - Contohnya sering dilihat dalam filem-filem popular Hollywood, seperti Star Wars,Toys Story, Shrek, Lord Of the Ring, Spiderman, Titanic, Hollow Mandan lain-lain.

    Antara perisian Animasi 3D: Alias Maya

    Antara perisian Animasi 3D : 3D Studio Max

    Antara perisian Animasi 3D : Avid Softimage

  • 5/26/2018 Bab 3 Grafik

    8/13

    - Perisian ini menawarkan kelebihan dan memerlukan peruntukkan masa yang agakpanjang bagi mempelajarinya. Akan tetapi penguasaan dalam bidang ini amat

    digalakkan kerana ia mendatangkan kelebihan dan kebaikkan kepada pengguna.

    - Terdapat juga perisian 3D yang khas digunakan bagi membentuk model atau grafik3D.

    Amorphium ProPerisian yang khusus digunakan bagi memudahkan proses membina model

    bagi objek-objek 3D. Ia menawarkan persekitaran kerja yang ringkas dan

    mudah bagi membolehkan pelbagai model objek dihasilkan. Model-model

    tersebut diimport ke dalam mana-mana perisian grafik atau animasi 3D yang

    lain.

    PoserPerisian yang khusus digunakan bagi membentuk model manusia atau

    karakter pelbagai bentuk. Model yang telah disediakan, kemudiannya boleh

    diimport ke mana-mana perisian grafik atau animasi 3D lain bagi apa-apa

    tujuan. Ia juga boleh secara terus dianimasikan ke dalam perisian sekiranya

    diperlukan.

    BrycePerisian yang khusus digunakan bagi menghasilkan persekitaran 3D dalam

    pelbagai bentuk. Ia dengan mudahnya mampu menghasilkan landskap

    berbentuk gunung-ganang, lautan, tasik, pokok, hutan, dan sebagainya.

    Form ZMerupakan perisian khusus bagi membina model objek 2D dan 3D pelbagai

    bentuk sama ada dalam bentuk karakter mahupun objek-objek lain. Juga

    digunakan bagi menghasilkan ilustrasi bebas yang kemudiannya boleh

    diwarna atau dibentuk menjadi objek 3D. Selain dari itu, Form Z juga boleh

    digunakan bagi tujuan perenderan imej statik mahupun animasi.

    Perisian Reka Letak

    - Terdapat dua medium persembahan yang utama iaitu persembahan secara digitaldan persembahan menerusi media cetak

    - Persembahan secara digital merujuk kepada persembahan terus menerusi skrinkomputer sama ada dalam bentuk paparan skrin, aplikasi media, laman web dan

    sebagainya.

  • 5/26/2018 Bab 3 Grafik

    9/13

    - Persembahan menerusi media cetak pula, merujuk kepada apa juga bentukpersembahan yang dicetak seperti dalam buku, majalah, poster, brosur, bunting,

    banner dan lain-lain.

    - Untuk perisian percetakkan yang berkualiti perisian ini dikenali sebagai perisianpenerbitan meja atau Destop Publishing.

    - Contoh-contoh perisian,a) Adobe Pagemakerb) Adobe InDesignc) QuarkXpressd) Microsoft Publisher

    - Perisian-perisian sebegini memudahkan seorang pereka untuk menentukan susunanteks, grafik dan ilustrasi sesuatu projek sebelum ianya dicetak.

    - Menerusi penggunaan perisian sebegini, suatu hasil kerja yang lebih kemas, menarikdan berkualiti dapat diperolehi.

    Pakej Perisian Grafik

    - Terdapat juga, perisian grafik yang dipasarkan dalam bentuk pakej. Perisian ilustrasi,pemindahan imej, reka bentuk laman web, tipografi dan penerbitan meja

    merupakan contoh perisian-perisian yang sering dalam satu pakej.

    - Pembelian secara pakej ini lebih digemari golongan professional kerana ianyamenawarkan koleksi lengkap perisian yang diperlukan dalam harga yang lebih

    berpatutan.

    - Berikut merupakan pakej perisian grafik yang utama dan sering mendapat perhatiangolongan pereka bentuk grafik dan multimedia.

    Adobe Creative Suite (CS)Ia merupakan pakej perisian grafik yang dikeluarkan adobe inc bagi melayani

    keperluan industri grafik dan ilustrasi digital. Menampilkan gabungan

    beberapa perisian utama dalam industri komputer, grafik dan ilustrasi seperti

    Adobe Photoshop, Adobe Ilustrator, Adobe InDesign, Adobe GoLive dan

    Adobe Acrobat Profesional.

    Pakej ini merupakan gabungan perisian-perisian utama yang digunakan oleh

    golongan professional dalam industri grafik dan ilustrasi. Pakej ini

    membolehkan mereka menghasilkan sesuatu karya berdasarkan kreativiti

    masing-masing, contohnya,

    a) Meminda serta memanipulasi serta memanipulasi imej atau gambar fotob) Menghasilkan imej untuk aplikasi multimedia atau laman web.c) Menghasilkan ikond) Menghasilkan logo

  • 5/26/2018 Bab 3 Grafik

    10/13

    e) Menyediakan reka bentuk atau reka letak skrin digital mahupun bercetakdan sebagainya.

    CoreDraw Graphics SuitePakej ini merupakan saingan terdekat kepada pakejAdobe Creative Suite (CS).

    Ianya menampilkan kombinasi perisian-perisian grafik dan ilustrasi bagi

    pelbagai tujuan. Antara perisian yang ditawarkan menerusi pakej ini ialah

    CorelDRAW bagi tujuan penghasilan imej jenis vektor dan juga reka letak

    halaman, CoralPhoto-Paint bagi penyuntingan dan manipulasi imej digital

    serta Corel R.A.V.E boleh digunakan bagi menghasilkan grafik dan animasi

    untuk laman Web. Di samping itu, beberapa perisian Utility tambahan yang

    berkaitan dengan bidang grafik turut ditampilkan seperti Corel Capture, yang

    boleh digunakan menangkap skrin. (screen capture)

    Deneba Canvas ProfessionalPakej perisian grafik Deneba Canvas Professional merupakan sebuah perisian

    sahaja tetapi di dalamnya diintegrasikan pelbagai kemudaan bagi

    melengkapkan fungsinya sebagai pakej perisian grafik. Perisian ini

    mempunyai kemudahan atau cirri yang membolehkannya diguna bagi

    pelbagai tujuan, misalnya seperti reka letak helaian, persembahan dan juga

    penyediaan grafik web.

    SOFTWARE/PERISIAN SISTEM PENGOPERASIAN

    - Sistem pengoperasian merupakan satu set aturcara yang berada di antara aplikasiperisian dan perkakasan dan perisian lain. Sistem perisian bermaksud semua

    aturcara yang berkaitan dengan konfigurasi operasi komputer. Sistem perisian ini

    merangkumi penterjemahan bahasa aturcara serta pelbagai utiliti aturcara. Sebagai

    contoh sistem pengoperasian ialah Windows 95/98/ME/200/NT/XP, MAC OS, UNIX,

    dan LINUX.

    Sistem Pengoperasian yang Popular

    - OS yang dicipta kebanyakkannya adalah tidak bebas peranti (device-dependent) yangmana dibina hanya kegunaan tertentu pengeluar. Masalah timbul apabila terdapat

    model komputer baru, selalunya OS tersebut tidak boleh berfungsi pada komputer

    jenis lain.

  • 5/26/2018 Bab 3 Grafik

    11/13

    Disk Operating System (DOS)

    - DOS mula dibina pada awal 1980an untuk kegunaan PC. Dua versi DOS yang seringdigunakan adalah PC-DOS dan MS-DOS. Pada awal pembangunannya, DOS

    menggunakan antara muka Command-Line. Kurang digemari kerana menggunakan

    Graphic User Interface (GUI).

    Window 3x

    - Window ini dibina untuk memenuhi keperluan antara muka pengguna bergrafik(GUI) dan digunakan bersama DOS. Ia merujuk kepada tiga versi awal window iaitu:

    a) Window 3.0b) Window 3.1c) Window 3.11

    Window 95

    - Juga dikenali sebagai Win95. Ia tidak memerlukan DOS untuk dilaksanakan, tetapimasih menyertakan DOS dan mengekalkan sesetengah ciri Window 3x. Selain itu, ia

    meningkatkan teknologi GUI dan juga menyokong aplikasi berbilang kerja, rangkaian

    teknologi Plug and Play.

    Window 98

    - Merupakan peningkatan Win95, yang mana lebih mudah digunakan dan lebih mudahdiintegrasikan dengan internet. Ia menyediakan pelayar Web Microsoft Internet

    Explore dan juga pengurus fail, window explore yang bercirikan pelayar web.

    Antaramuka active desktop membenarkan pengguna menguruskan icon di desktop

    dan juga fail di window explore berfungsi seperti link.

    Window 2000

    - Peningkatan kepada window-window yang sebelum, terdapat dua versi :a) Window 2000 Server Family

    Terdapat tiga versi rangkaian iaitu window2000 Server, Window 2000 Advanced

    Server dan Window 2000 Datacenter Server.

    b) Window 2000 ProfesionalUntuk desktop juga perniagaan. Window file Protection melindungi fail daripada

    ditulis semula semasa installation aplikasi.

    Window XP

  • 5/26/2018 Bab 3 Grafik

    12/13

    - Mula dipasarkan pada 25 oktober 2001 dan merupakan peningkatan terbesar bagiOS Window. Didatangkan dalam dua versi iaitu:

    PALM OS

    - Peranti Palm Computing daripada 3Cam Corparation dan pernati Visor daripadaHandspring merupakan peranti komputer Mobail yang popular dan menggunakan

    sistem pengoperasian PALM OS. Ia membantu pengurusan penjadualan dan

    hubungan dan memudahkan penyelarasan maklumat dengan desktop.

    MAC OS

    - Apple Macintos Operating System adalah GUI yang pertama berjaya dibangunkan.Dikeluarkan bersama komputer Macintos pada tahun 1984 dan menjadi model

    kebanyakkan GUI yang dibina untuk system lain. Versi terbaru mengandungi dua

    pelayar web iaitu Nescape Navigator dan Microsoft Internet Explore. Ia berupaya

    membuka, mengedit dan menyimpan fail yang dibina oleh window dan DOS.

    UNIX

    - Berbilang kerja dan berbilang pengguna yang dibina pada awal 1970 oleh ahli sainsBell Laboratories. Berkuasa, berupaya mengawal transaksi yang banyak di dalam

    persekitaran berbilang pengguna dan boleh berfungsi bersama dengan beberapa

    CPU yang melaksanakan berbilang pemprosesan.

    LINUX

    - Adalah OS yang menyerupai UNIX tetapi menyediakan GUI. Berbentuk perisian yangmembolehkan sumber terbuka di mana kodnya adalah bebas kepada awam.

    Membolehkan pengguna menggunakannya untuk memenuhi keperluan dan

    pengguna boleh berkongsi pencapaian tersebut dengan pengguna lain. Antara

    aplikasi perisian yang dilaksanakan di LINUX adalah perisian Red Hat.

    PERISIAN APLIKASI

    - Definisi perisian aplikasi adalah terdiri daripada program yang direkabentuk untukmelaksanakan tugas-tugas tertentu atau sesuatu fungsi untuk pengguna

    mendapatkan maklumat atau hasi. Perisian aplikasi boleh wujud sebagai custom

    atau pakej. Ia digunakan untuk tujuan seperti:

    Sebagai alat meningkatkan produktiviti. Membantu projek grafik dan multimedia. Menyokong aktiviti rumah, perniagaan dan pendidikan. Untuk membolehkan perhubungan dan komunikasi.

  • 5/26/2018 Bab 3 Grafik

    13/13

    - Aplikasi perisian juga boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk seperti berikut: Package Software: Ia dihasilkan secara pukal dan mempunyai hak cipta

    pengeluar serta memenuhi kehendah pengguna. Contohnya perisian Package

    ialah perisian word processing dan perisian Spreadsheet.

    Custom software:Ia melakukan fungsi yang tertentu sahaja terhadap sesuatuperniagaan atau industri yang dibangunkan atas permintaan pengguna.

    Shapeware:perisian yang diberikan hak cipta yang percuma untuk tempohpercubaan.

    Freeware: Satu perisian yang telah disediakan untuk pengguna olehseseorang individu atau organisasi tanpa sebarang bayaran.

    Public-Domain Software: Perisian percuma yang telah didermakan kepadaorang awam dantidak mempunyai hak cipta.