4
BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN 7.1 PENGENALAN Sepanjang penglibatan saya semasa menjalani latihan industri, di sini terdapat beberapa kelemahan dan permasalahan yang timbul. Memandangkan perkara begini merupakan hal yang sering berlaku, ia dianggap sebagai perkara yang remeh temeh tetapi jika ia dilihat dalam tempoh jangka masa panjang ia akan menjejaskan prestasi dan perkara ini boleh menular menjadi budaya sebati di dalam syarikat ini.

Bab 7 Komen Cadangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sini saya citer mengenai keseluruhan ttg latihan industri, langkah2 dan cadangan untuk memperbaiki ia ke arah lebih baik dan strusnya, bleh bg manfaat utk semua..tQ~..kalau ada apa2 musykil, boleh mssg je k.

Citation preview

Page 1: Bab 7 Komen Cadangan

BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN

7.1 PENGENALAN

Sepanjang penglibatan saya semasa menjalani latihan industri, di sini

terdapat beberapa kelemahan dan permasalahan yang timbul. Memandangkan

perkara begini merupakan hal yang sering berlaku, ia dianggap sebagai perkara

yang remeh temeh tetapi jika ia dilihat dalam tempoh jangka masa panjang ia akan

menjejaskan prestasi dan perkara ini boleh menular menjadi budaya sebati di

dalam syarikat ini.

Segala komen dan cadangan yang dikemukakan diharap dapat

meningkatkan lagi sistem latihan industri dan dapat memberi manfaat kepada kita

bersama. Kita harus berusaha memperbaiki mutu latihan yang dijalankan.

Page 2: Bab 7 Komen Cadangan

7.2 KOMEN

1. Tahap Kesedaran Tentang Pemakaian Topi Keselamatan Kurang

Dipraktikkan

Ketika sedang melakukan pekerjaan, pemakaian topi keselamatan masih

lagi tidak dipakai semasa bekerja. Walaupun ia dianggap remeh tetapi

ianya adalah amat penting untuk mengelakkan sebarang bahaya

kecelakaan yang boleh menimpa terhadap seseorang pekerja. Lagipun

pemakaian topi ini wajib menentukan tahap keselamatan kepada pekerja

dan sememangnya setiap pekerja dibekalkan sebiji topi setiap sorang. Apa

yang menyedihkan topi tersebut hanya dipakai ketika pemeriksaan sahaja

dan tidak diamalkan semasa bekerja.

1. Peralatan Yang Digunakan Tidak Lengkap Dan Bermutu.

Peralatan yang digunakan oleh pekerja kadang-kadang tidak lengkap dan

kurang berfungsi sepenuhnya untuk melakukan kerja. Sedangkan

pekerjaan yang dibuat tersebut boleh disiapkan dalam masa yang singkat

tetapi di sini terdapat pembaziran waktu bekerja dikalangan pekerja akibat

peralatan yang tidak lengkap dan barang yang tidak berfungsi sepenuhnya.

Contohnya seperti pemotong besi yang tumpul, peralatan yang sentiasa

hilang dan sebagainya.

2. Stok Yang Tidak Mencukupi

Terdapat beberapa peralatan yang sentiasa tidak mencukupi untuk

digunakan ketika kerja pembinaan hendak dbuat. Kadang-kadang

penyediaan bahan yang tidak lengkap ini menyukarkan pekerja untuk

melakukan kerja dengan cepat kerana peralatan yang ingin digunakan

Page 3: Bab 7 Komen Cadangan

tiada. Ini merugikan masa pekerja dan juga syarikat kerana jika tiada

peralatan kerja maka kerja akan tidak berjalan.

7.3 CADANGAN

1. Dicadangkan supaya bahagian latihan industri atau pihak yang terlibat

dapat menyelenggarakan latihan industri di syarikat yang menempatkan

para pelajar yang membuat latihan industri untuk membuat perjumpaan

membincangkan hal-hal mengenai latihan yang telah dijalankan dalam

tempoh 2 minggu sekali. Ini bukan saja dapat memudahkan para pelatih

malah setidak-setidaknya para pelatih dapat membiasakan diri dalam

berinteraksi dengan pihak atasan atau pihak yang lebih dewasa serta

melihat perkembangan pelajar dalam melaksanakan tugas-tugas yang

diarahkan oleh firma berkenaan.

2. Dalam penyediaan buku laporan juga, pihak politeknik juga seharusnya

memberi banyak masa kepada pelajar kerana tempoh satu bulan tidak

berapa mencukupi untuk pelajar menyiapkan sepenuhnya buku laporan ini

kerana tempoh tamat latihan industri ini pada pertengahan bulan Disember.

Firma tempat saya membuat latihan industri mempunyai projek diluar

kawasan tempat saya tinggal dan terpaksa tinggal ditempat projek tersebut.

Oleh sebab itu saya tidak sempat untuk menyiapkan laporan secara

perlahan-lahan dan terpaksa membuat sekaligus pada masa satu bulan

cuti semester, jadi hasil kerja saya mungkin tidak seberapa. Saya harap

pihak politeknik memperawalkan tempoh tamat latihan untuk memudahkan

pelajar menyiapkan laporan tersebut.

Page 4: Bab 7 Komen Cadangan

3. Mencadangkan agar mewujudkan satu skim insentif selepas tamat latihan,

supaya dapat mendorong para pelajar lebih rajin dan memiliki semangat

kerja yang tinggi.

4. Mencadangkan agar firma menyediakan sedikit wang saku kepada pelajar

yang mengikuti latihan di tempat mereka agar pelajar lebih bersemangat

semasa menjalani latihan industri.

5. Mencadangkan agar pihak politeknik menetapkan perlindungan kepada

pelajar yang menjalani latihan industri yang selama ini tidak diberikan. Ini

adalah untuk kebaikan para pelajar sekiranya berlaku apa-apa kejadian

yang tidak diingini semasa menjalani latihan.