Upload
saifullah-mamat
View
297
Download
12
Embed Size (px)
DESCRIPTION
menerangkan tentang wajib haji.perkara-perkara yang wajib dilakukan dan dituruti sepanjang melakukan ibadat haji
Citation preview
WAJIB - WAJIB WAJIB - WAJIB HAJIHAJI
SIRI KETUJUHSIRI KETUJUH
Wajib - wajib haji seperti yang telah kita maklumi ialah perkara - perkara yang wajib kita lakukan dan jika tertinggal sah ibadah hajinya tetapi dikenakan Dam, walau bagaimana pun jika ditinggalkan dengan sengaja maka ia dikenakan Dam dan berdosa.
Wajib - wajib haji itu ada 6 perkara :-1. NIAT IHRAM DI MIQAT
Bakal - bakal haji yang menuju ke Tanah Suci kerana hendak menunaikan Fardhu Haji apabila mereka sampai di Miqat Makani, iaitu tempat ditentukan untuk mula berniat ihram. Maka selepas memakai pakaian ihram wajiblah berniat ihram di Miqat Makani atau sebelumnya mengikut dari arah mana yang mereka datang.
Jemaah haji Malaysia ada bagi mereka 3 Miqat :-
i. Qarnul Manazil - Mereka yang datang dari Malaysia terus ke Tanah Suci Makkah.Tempatnya - Lebih kurang sejam sebelum mendarat di Lapangan King Abdul Aziz Jeddah.
i. Bi'ru `Ali / Zulhulaifah - Mereka yang datang dari Madinah.Tempatnya - Lebih kurang 10km dari Kota Madinah.
i. Tempat kediaman di Makkah - Mereka yang mengerjakan haji Tamattu' berniat haji di tempat kediaman mereka sebelum pergi wukuf di 'Arafah. Bagi yang mengerjakan Umrah miqat mereka di Tan'iem atau Ja'ranah.
Penerbangan AkhirJemaah haji Malaysia yang datang dengan penerbangan akhir dan terus masuk ke Makkah, miqatnya ialah di Qarnul Manazil atau sebelumnya, seperti di rumah sendiri atau di kompleks Jemaah Haji atau di Lapangan Terbang atau di dalam Kapal Terbang selewat - lewatnya satu jam sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah.
Penerbangan Awal - Jemaah haji dari Malaysia dibawa ke Madinah terlebuh dahulu
untuk menziarahi makam Rasulullah dan tempat bersejarah. - Kapal terbang yang jemaah haji naiki akan melalui Miqat
Qarnul Manazil mereka tidak dikehendaki berniat di Qarnul Manazil kerana pada masa itu perjalanan mereka bukanlah hendak ke Makkah untuk kerja - kerja haji tetapi mereka hendak ke Madinah terlebih dahulu untuk berziarah di sana selama lebih kurang 8 hari, bagi mendapat fadhilat solat 40 waktu
sambungan ...
- Selesai ziarah Madinah, jemaah haji mempersiapkan diri
dengan kerja - kerja haji atau umrah dan berniat ihram di
Zulhulaifah atau Bi'ru 'Ali atau lebih baik ketika menaiki
bas menuju ke Makkah.
- Sekiranya jemaah haji masuk ke Makkah dengan tidak
berniat ihram di Miqatnya, maka wajib ia kembali semula
ke Miqatnya untuk berniat ihram.
- Jika tidak berbuat demikian disebabkan tidak berkuasa,
maka boleh ia berniat ihram ditempat mereka berada dan
dikenakan Dam.
MIQAT
Bagi penduduk Madinah ialah di Zulhulaifah (Bi'ru 'Ali).
Bagi penduduk negeri Syam ialah di Juhfah. Bagi penduduk Najdi ialah di Qarnul Manazil. Bagi penduduk Yaman ialah di Ya Lam - lam. Bagi penduduk Iraq ialah di Zatu 'irqi.
Miqat - miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri - negeri yang di sebutkan itu dan juga bagi orang - orang yang datang melaluinya untuk menunaikan haji dan umrah.
Adapun bagi mereka yang tinggal di tempat yang kurang jarak jauhnya dari kawasan Miqat yang di tentukan itu, maka Miqat merea ialah ditempat mereka sendiri hinggakan penduduk Makkah Miqat mereka di Makkah.
MIQAT PERTAMA MASUK KE MAKKAH
Tempat para jemaah memulakan niat atau umrah,
jika berniat melepasi had miqat ini wajib
membayar Dam Tertib dan Taqdir.1. Dari Malaysia terus ke MakkahTempatnya :- Qarnul Manazil.1. Dari Madinah ke MakkahTempatnya :- Bi'r 'Ali (12km) dari
Masjid Nabawi
MIQAT UMRAH :Bagi yang telah berada di Makkah
ialah, Di Tan'eim, Ji' ranah atau Hudaibiyyah.
MIQAT HAJI TAMATTU' :Di Makkah sebelum bertolak ke
'Arafah.
2. MENINGGALKAN LARANGAN DALAM
MASA IHRAMSebaik sahaja jemaah haji berniat ihram, maka wajiblah ia menjaga segala pantang larang ihram dan perkara yang dilarang semasa dalam ihram.
Larangan ihram sebanyak 13 perkara dan dibahagikan kepada 5 bahagian :-
Pertama : PAKAIAN 1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki
seperti memakai songkok, serban atau sebagainya.2. Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum bagi
lelaki, seperti seluar, baju, kain dan sebagainya.3. Menutup muka bagi wanita.4. Memakai sarung tangan bagi wanita.
Kedua : BERWANGI - WANGIAN
1. Memakai bau - bauan sama ada pada badan, pakaian, makanan/minuman atau menyedutnya kehidung bagi lelaki atau wanita.
2. Memakai minyak dikepala atau janggut dan semua bulu di mukaselain daripada bulu yang tumbuh di pipi dan di dahi.
Ketiga : KECANTIKAN1. Menanggalkan rambut atau memotong mana -
mana bulu di anggota badan lelaki atau wanita.2. Mengerat atau memotong kuku, lelaki atau wanita.
Keempat : ALAM SEKITAR
1. Mengerat, menebang atau mencabut pokok atau tumbuh - tumbuhan di Tanah Haram.
2. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal.
Kelima : HUBUNGAN JANTINA1. 'Aqad nikah sama ada ijab qabul untuk diri sendiri
atau mewakili orang lain.2. Melakukan pendahuluan persetubuhan.3. Bersetubuh.
BERMALAM (MABIT) DI MUZDALIFAH
- Bermalam di Mudzalifah, memadai berada di sana walaupun seketika selepas tengah malam
10 Zulhijjah iaitu malam Hari Raya Haji.
- Maksud tengah malam mengikut waktu di Saudi Arabia, cara perkiraannya dengan
membahagi dua waktu maghrib dan waktu fajar.
- Jika waktu maghrib 6.30 petang, subuh 5.00 pagi, jumlah masa di antara keduanya 10 jam
30 minit dan di bahagi dua iaitu 5 jam 15 minit.
- Sekiranya jemaah haji meninggalkan bermalam di Muzdalifah tanpa uzur Syar'ie ia berdosa
dan wajib membayar Dam.
Uzur Syar'ie
Maksud uzur Syar'ie adalah yang membolehkan jemaah haji tidak bermalam di Muzdalifah
atau bermalam di Mina :-
1. Orang yang takut keselamatan dirinya, hartanya atau perkara - perkara yang dihormati oleh syara' walaupun milik orang lain akan terancam atau mendapat bahaya dengan sebab ia bermalam di Muzdalifah.
2. Mereka yang menjaga orang sakit atau menemaninya.3. mereka yang mencari pekerjaannya yang lari.4. Mereka yang ada penyakit yang sukar baginya untuk
bermalam di Muzdalifah.5. Jemaah haji terpaksa (mukrah) dibawa bas mereka ke
Mina tanpa dapat bermalam di Muzdalifah.
PERINGATAN :
- Jemaah haji adalah diingatkan jika sampai ke Muzdalifah sebelum
tengah malam, hendaklah menunggu sehingga lepas tengah malam
barulah bertolak ke Mina.
- Di Muzdalifah disunatkan mengutip 7 biji anak batu untuk lontaran
Jamratul 'Aqabah ketika di Mina nanti.
4. MELONTAR JAMRATUL KURBA
('AQABAH) Masa - selepas tengah malam 10 Zulhijjah sehingga berakhir pada
maghrib 13 Zulhijjah.
Hendaklah melontar dengan tertib.
Tidak sah melontar Jamrah yang lain sebelum melontar Jamratul
'Aqabah.
Untuk melontar Jamratul 'Aqabah sebaik - baiknya mengikut kebiasaan
jemah haji Malaysia melontar iaitu selepas Solat Isya' pada malam 11
Zulhijjah.
Cuaca mestilah bersesuaian dan keadaan kurang sesak dengan jemaah
haji negara lain.
Lontaran hanya 7 biji anak batu sahaja dan pada tiap - tiap lontaran
sunat membaca :
(m/s 108)
Maksudnya :"Dengan nama Allah, Allah maha besar, lontaran keatas syaitan dan kumpulan - kumpulannya".
Selepas itu sunat pula membaca doa :
(m/s 108)Maksudnya :
"Ya Allah ya tuhanku, kurniakanlah Haji yang Mabrur, dosa yang diampunkan, usaha yang dipuji, amal soleh yang diterima dan perniagaan yang tidak rugi".
5. BERMALAM (MABIT) DI MINA
- Bermalam di Mina ialah berada di bumi Mina pada malam - malam hati Tasyriq
sepenuhnya iaitu pada malam 11, 12, dan 13 Zulhijjah, atau berada lebih daripada separuh
malam pada malam - malam tersebut.
- Sebagai contoh supaya senang difahami, sekiranya masa malam dikira dari masuk matahari
hingga terbit fajar 12 jam maka jemaah haji hendaklah berada di Mina malam Hari Tasyriq
melebihi 6 jam selepas Maghrib dalam tempoh yang tidak terputus - putus.
- Jemaah haji dinasihatkan supaya menghabiskan masa dengan amal ibadah yang sunat,
berzikir dan berdoa.
5.1. Nafar Awal dan Nafar Akhir
5.1.1. Nafar Awal - Jemaah haji juga boleh melalukan Nafar Awal iaitu
bermalam di Mina selama 2 malam iaitu malam 11 dan 12 Zulhijjah dan balik ke Makkah pada petang 12 Zulhijjah sebelum terbenam matahari.
- Jika jemaah haji melakukan Nafar Awal ini mereka hendaklah memaklumkan kepada Pengurus Maktab masing - masing kerana mereka perlu melakukannya secara bersendirian
- Pihak Tabung Haji hanya akan menguruskan jemaah haji yang melakukan Nafar Thani.
- Tentang kenderaan yang akan membawa jemaah haji kembali ke Makkah boleh berbincang dengan Pengurus Maktab masing - masing
5.1.2. Nafar Thani
- Jemaah haji bermalam 3 malam di Mina pada
malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah dan kembali ke
Makkah pada petang 13 Zulhijjah selepas selesai
melontar ketiga - tiga Jamarah.
6. MELONTAR KETIGA - TIGA JAMARAH 11, 12 DAN 13 ZUHIJJAH
Pada hari - hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah
jemaah haji wajib melontar
ketiga - tiga jamrah, iaitu Jamratul Sughra
(pertama), Jamratul Wusta
(pertengahan) dan Jamratul Kubra ('Aqabah) (besar).
Ini jika jemaah haji melakukan Nafar Thani, kembali
ke Makkah pada petang
13 Zulhijjah.
6.1 Nafar Thani jumlah anak batu lontaran sebanyak :-
11 Zulhijjah 7 x 3 Jamrah = 21 biji anak batu12 Zulhijjah 7 x 3 Jamrah = 21 biji anak batu13 Zulhijjah 7 x 3 Jamrah = 21 biji anak batuJumlah = 63 biji anak batuJamratul Kubra 7 x 1 Jamrah = 7 biji anak batuJUMLAH SEMUA = 70 biji anak batu
Jika melakukan Nafar Awal Jemaah haji hanya melontar selama dua hari sahaja
iaitu pada 11 dan 12 Zulhijjah, kembali ke Makkah pada petang 12 Zulhijjah
sebelum terbenam matahari pada hari tersebut.
6.2 Nafar Thani jumlah anak batu lontaran sebanyak :-
11 Zulhijjah 7 x 3 Jamrah = 21 biji anak batu
12 Zulhijjah 7 x 3 Jamrah = 21 biji anak batu
Jumlah = 42 biji anak batu
Jamratul Kubra 7 x 1 Jamrah = 7 biji anak batu
JUMLAH SEMUA = 49 biji anak batu
6.3 Waktu - waktu Melontar
Waktu - waktu melontar :-1.Pada hari 11 dan 12 Zulhijjah mulai dari gelincir
matahari hingga terbit fajar hari berikutnya, dan juga boleh hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
2.Pada hari 13 Zulhijjah dibolehkan (harus) melontar mulai selepas fajar Subuh pada hari tersebut atau yang afdalnya dari selepas gelincir matahari hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
3.Bagi jemaah haji yang luput melontar hari 11, 12 Zulhijjah atau mungkin juga luput melontar Jamratul Kubra hendaklah melontar pada hari 13 Zulhijjah sebelum terbenam matahari.
4.Lontaran yang luput itu hekdaklah mengikut tertib.
6.4 Syarat - syarat Melontar :-
Syarat - syarat melontar adalah seperti yang berikut :1. Hendaklah melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap
- tiap jamrah.2. Melontar dengan tertib dimulai dari Jamratul Sughra
kemudian Jamratul Wusta dan akhir sekali Jamratul Kubra.
3. Melontar jamrah itu tidak terpesong kepada tujuan - tujuan yang lain.
4. Hendaklah melontar dengan batu dan jenis - jenisnya.5. Batu yang dilontar itu hendaklah jatuh ke dalam
jamrah (tempat takungan) dengan yakin.6. Hendaklah melakukan lontaran dengan gaya melontar.7. Hendaklah melontar dengan tangan.
8. Tidak boleh melontar ketiga - tiga jamrah bagi hari ke 12 Zulhijjah melainkan sudah melontar ketiga - tiga jamrah bagi hari yang ke 11 Zulhijjah, demikian juga tidak boleh melontar bagi hari yang ke 13 Zulhijjah melainkan setelah melontar ketiga - tiga jamrah bagi hari yang ke 12 Zulhijjah.
9. Dilarang melontar untuk orang lain (menolong atau mengambil upah melontar) kecuali setelah melontar ketiga - tiga jamrah untuk dirinya sendiri.
Mengenai wakil melontar, sesiapa yang tidak terdaya melontar jamrah kerana uzur syar'ie, bolehlah ia mewakilkan kepada orang lain untuk melontar bagi pihak dirinya dengan syarat orang yang diwakilkan itu sudah menyempurnakan lontaran ketiga - tiga jamrah bagi dirinya pada hari itu sama ada pada 11, 12 atau 13 Zulhijjah.
PANTUN WAJIB HAJI
WAJIB HAJI ENAM PERKARASEMUANYA PENTING AMAT KETARA
JANGAN DIABAI MESTI DIJAGAKALAU TERTINGGAL KENA DENDA
JIKA DITINGGAL DENGAN SENGAJADAM DIKENAKAN LAGI BERDOSADENGAN ITU JANGANLAH LEKANANTI TERCACAT IHRAM ANDA
WAJIB PERTAMA NIAT DIMIQATNYADITETAPKAN OLEH NABI YANG MULIA
JEMAAH LELAKI JANGANLAH LUPASEBELUM BERNIAT PAKAILAH IHRAMNYA
WAJIB KEDUA TINGGALKAN LARANGANLAMBANG BERILTIZAM TAAT SEPENUHNYA
KALAU BERJAYA ANDA MENJAGANYAITULAH TANDA MAQBUL HAJINYA
BERMALAM DIMUZDALIFAH WAJIB KETIGAMENGUTIP BATU SUNAT HUKUMNYA
BERDOA BERZIKIR BANYAK PAHALANYAKERANA MAZDALIFAH MAQBUL TEMPATNYA
WAJIB KEEMPAT LAKSANAKAN DIMINA MELONTAR JAMRAH AL - KUBRA NAMANYA
SELEPAS ITU BERGUNTING PULAMAKA SELESAILAH TAHALLUL AWWALNYA
KEMUDIAN BERMALAM PULA DIMINAITULAH WAJIB YANG KELIMA
BERMALAM BOLEH MANA YANG SELESASAMADA DUA ATAU TIGANYA
WAJIB TERAKHIR MELONTAR PULAKETIGA - TIGA JAMRAH SASARANNYA
MELONTAR 11,12 DAN 13 NYAHARUS DARI SELEPAS FAJARNYA
JAMRAT BERBENTUK DINDING DAN JAMRAT BERBENTUK DINDING DAN PARITPARIT
DIGUNAKAN PADA MUSIN HAJI 1425H/20055M DAN DIGUNAKAN PADA MUSIN HAJI 1425H/20055M DAN TAHUN 1426H/2006M JANUARI SAHAJATAHUN 1426H/2006M JANUARI SAHAJA
DAN PADA 15ZULHIJJAH 1426H/15 JANUARI 2006M DAN PADA 15ZULHIJJAH 1426H/15 JANUARI 2006M IANYA TELAH DIROBOHKAN UNTUK DIBINA YANG BARU IANYA TELAH DIROBOHKAN UNTUK DIBINA YANG BARU
SETINGGI 5 TINGKAT SETELAH KEMATIAN PADA 12 SETINGGI 5 TINGKAT SETELAH KEMATIAN PADA 12 ZULHIJJAH 1426HZULHIJJAH 1426H
SERAMAI HAMPIR 400 ORANG DARI SELURUH DUNIASERAMAI HAMPIR 400 ORANG DARI SELURUH DUNIA
TEMPAT MELONTAR TELAH DIROBOHKAN BERMULA PADA 15 ZULHIJJAH 1426H/
15 JANUARI 2006M AKAN DIBINA 5 TINGKAT
SEKIAN, TERIMA KASIH.