BAB SATU

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cobaan

Citation preview

Bab Satu: Penulisan Karya Sirah Nabawi Berbahasa Melayu. Melalui bab ini, penulis mengupas tentang perkembangan penulisan karya sirah nabawi berbahasa Melayu. Bab ini juga meneliti pendekatan penulisan karya sirah nabawi pada masa kini iaitu karya berbentuk puisi (al-Amin oleh A. Samad Said), novel (Hijrah oleh Abdul Latip Talib), olahan penulisan baru (Biografi Muhammad bin Abdullah oleh Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman) dan fiqh al-sirah (Fiqh al-Harakah oleh Abdul Hadi Awang).

1.1Pendahuluan

Sejarah memang memainkan peranan yang sangat penting untuk kehidupan manusia, khususnya membabitkan isu identiti dan pemerintahan negara. Apa yang jelasnya, sejarah mengajar kita mengenal fenomena dan peristiwa masa lampau untuk diambil iktibarnya pada masa sekarang. Kedua-dua fenomena lepas dan masa sekarang ini danainya dilakukan kajian yang sebaiknya boleh dipergunakan sebagai alat untuk meramal (futuristic approach) apa yang bakal terjadi di masa akan datang. ,( Maklumat lanjut tentang pendekatan ini boleh didapati dalam Idris Zakaria & Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, (2004) Ilmuan Islam dan Kepentingan Kajian Masa Hadapan (Future Studies) , dalam Prosiding Islam : Past, Present Dan Future- International Seminar On Islamic Thoughts, anjuran bersama Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM dengan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, pada 7-9hb. Disember 2004 ) 32

Sejarah Islam merupakan catatan-catatan sejarah yang berhubung dengan umas Islam dan kerajaan Islam bermula dari permulaan Islam hingga kini, yang dilakukan oleh orang Islam dan bukan Islam. (wah yahya wan ahmad, Pensejarahan Awal Islam, 1)

Al-Quran juga turut memerintahkan umat Islam untuk mempelajari sejarah. Misalnya surah Yusuf ayat 109 yang berbunyi:Dan Kami tidak mengutuskan sebelum engkau hanya beberapa orang laki-laki dari penduduk negeri ini yang Kami wahyukan mereka. Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat orang-orang yang sebelum mereka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang memelihara dirinya dari kejahatan. Tidakkah kamu fikirkan?Daripada ayat tersebut menunjukkan bahawa terdapat suruhan mempelajari sejarah silam agar dapat difikir, dimengerti, difahami dan dijadikan panduan bagi masa hadapan. Melalui al-Quran, umat Islam dapat mempelajari mengenai kisah penciptaan manusia, sejarah nabi-nabi terdahulu, kisah kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan seperti kerajaan Saba,35 kaum Ad dan Thamud,36 kisah syurga, neraka dan sebagainya. Melalui perintah dan beberapa kisah yang boleh dijadikan iktibar untuk masa hadapan ini sedikit sebanyak telah memberi kesedaran awal tentang konsep sejarah dalam pemikiran masyarakat Melayu serta perkembangan karya pensejarahan seterusnya. (rujuk tafsir)

1.2 Perkembangan Penulisan Sirah Nabawi Berbahasa Melayu1.2.1 Sejarah penulisan Sirah Nabawi

1.2.2 Sejarah Penulisan Sirah Nabawi berbahasa MelayuSejarah kedatangan Islam di Tanah Melayu turut mempunyai perkaitan yang rapat dengan sejarah kedatangan Islam di Alam Melayu. Sejarah kedatangan Islam di Alam Melayu melibatkan beberapa teori, iaitu dari sudut masa dan punca atau sumber kedatangan. Dari sudut masa, pendapat yang termasyhur setakat ini Islam di bawa ke Tanah Melayu pada abad ke-13. Manakala dari sudut punca atau sumber kedatangan Islam ini, ia dibawa terus daripada Semenanjung Arab, disamping dari India, China serta Parsi.[footnoteRef:2] [2: Abdul Aziz Mohd Zain, Dakwah di Malaysia, 40]

Islam merupakan sebuah agama yang menitikberatkan keilmuan dan kefahaman dalam menyebarkan dakwah kepada seluruh manusia.[footnoteRef:3] Agama Islam sama sekali menolak dan tidak mengiktiraf konsep paksaan terhadap penganut non-Muslim untuk menerima dan menganut agama Islam.[footnoteRef:4] Justeru, agama Islam berkembang di kalangan masyarakat Muslim dan non-Muslim berteraskan keilmuan dan kefahaman. [3: Dalil al-Quran] [4: Dalil ]

Setelah Islam datang dan diterima di Tanah Melayu, orang melayu mula sinonim dengan Islam.[footnoteRef:5] Hal demikian berlaku apabila para ulama yang datang ke alam melayu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan penyebaran agama di Nusantara dan sebagai bahasa pengantar dalam penulisan bidang falsafah, agama dan kesusasteraan. Bahasa Melayu juga mengalami perubahan yang pesat dengan penambahan kata pinjaman dan istilah Arab dan Parsi dalam penulisan Melayu.[footnoteRef:6] Hal ini memudahkan mesej yang disampaikan dapat diterima dan dianuti oleh masyarakat Melayu pada ketika itu. [5: Abdul Rahman bin Abdullah, 1981, sejarah pemikiran Islam, kuala Lumpur: penerbit pena, h. 269. ] [6: Ab Aziz Mohd Zain; Dakwah Islam di Malaysia, 2006]

Selain mesej Islam disampaikan secara lisan, mesej Islam turut disebarkan melalui pena. Justeru, kita mendapati penyebaran mesej Islam di Tanah Melayu dikaitkan dengan karya-karya tulisan yang dihasilkan berunsur sastera dan puisi.[footnoteRef:7] Hal ini terus berkembang di alam melayu pula, buku-buku berkaitan dengan ilmu-ilmu Islam mula berkembang dengan kedatangan agama Islam di rantau Melayu. Pengembang-pengembang agama Islam menyebarkan ilmu pengetahuan agama dengan memperkenalkan huruf jawi atau huruf arab sebagai skrip penulisan dalam bahasa Melayu.[footnoteRef:8] [7: Ab. Aziz, dakwah, 44] [8: Ismail Hamid; kesusasteraan melayu lama, 1983, hal ?]

Sesungguhnya penyebaran mesej Islam melalui karya-karya intelektual Islam mula tersebar luas pada pertengahan abad ke-15M hingga abad ke-19M.[footnoteRef:9] Bahan penulisan yang dihasilkan dijadikan sebagai bahan rujukan untuk pelajar-pelajar Islam terutama untuk institusi-institusi pengajian Islam. Bentuk-bentuk penulisan yang diperkenalkan pada masa itu adalah mengenai pelajaran asas agama Islam, permasalahan hukum Islam, ilmu kalam, ilmu tasawuf, ilmu tafsir dan hadis. Selain itu, kitab-kitab berbentuk kreatif juga dihasilkan dengan kehadiran karya-karya hikayat melayu dengan pengaruh Islam, puisi-puisi mistik, pensejarahan Melayu tradisional, hukum dan undang-undang Melayu tradisional.[footnoteRef:10] [9: Ab. Aziz, dakwah, 44] [10: Ab Aziz Mohd Zain; Dakwah Islam di Malaysia, 2006]

Penulisan Islam di Malaysia turut berkembang dengan terbitnya majalah-majalah Islam seperti al-Imam (1906), al-Ikhwan dan Saudara yang diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi; Pengasuh (1918) dan al-Hidayah (1930) diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan; al-Hikmah (1899-1969) diterbitkan oleh Haji Ahmad Ismail, dan majalah-majalah lain seperti Seruan. Melalui majalah-majalah Islam tersebut, lahirlah penulis-penulis prolifik Islam seperti Musthapha Abdul Rahman yang menghasilkan pelbagai karya, antaranya adalah karya sirah nabawi berbahasa Melayu seperti Sejarah Islam (lima jilid) dan Ringkasan Nurul Yaqin. Demikian juga dengan Syeikh Abdullah Basmeih yang merupakan penulis dalam bentuk moden dan dengan gaya bahasa yang menari. Antara karya-karya beliau ialah Tarikh Nabi Muhammad (empat jilid) dan Sejarah-sejarah Abu Bakar, Umar, Ali, Usman, Aisyah, Muhammad bin Abdul Aziz, Khalid al-Walid dan lain-lain lagi. [footnoteRef:11] [11: Ab Aziz Mohd Zain; Dakwah Islam di Malaysia, 2006 @ Nur Raudah; retorik dalam penulisan dakwah; 19-20]

Sebagai pusat perkembangan Islam, sudah tentu para ulama yang datang bukan sekadar menyebarkan Islam sahaja, malah mereka turut menyampaikan beberapa buah kisah sejarah yang terdapat di dalam al-Quran mahupun karya pensejarahan Islam. Kisah-kisah sejarah yang dipaparkan dalam al-Quran kemudiannya telah ditafsir dan dihurai oleh para ulama di samping menterjemah sesetengah karya pensejarahan berbahasa Arab-Parsi ke dalam bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman masyarakat agar mereka dapat menjadikannya sebagai pengajaran dan renungan. Oleh itu boleh dikatakan pendidikan Islam ketika itu bersifat timbal-menimbal atau saling tampung-menampung iaitu tidak terikat hanya kepada pendidikan agama semata-mata malah turut memuatkan pengajaran berbentuk sejarah.[footnoteRef:12] [12: perkembangan pensejarahan Islam di alam melayu; jurnal al-tamaddun bil 6 (2011),34]

Hal ini dapat diperhatikan apabila sejarah Islam mula dipelajari oleh masyarakat Melayu seawal kedatangan Islam di Alam Melayu melalui kisah-kisah yang dipaparkan melalui al-Quran. Ini kerana dua pertiga daripada isi kandungan al-Quran mengandungi kisah sejarah selain hukum-hakam yang dapat dijadikan panduan dan pedoman bagi generasi akan datang. Selain itu, mereka juga turut didedahkan dengan pelbagai karya pensejarahan Islam yang telah dibawa bersama dalam menjalankan dakwah Islamiah. Karya-karya pensejarahan ini digunakan dalam menjalankan dakwah kerana rata-rata masyarakat Melayu gemar dengan kisah-kisah kepahlawanan yang memberi semangat kepada jiwa mereka terutamanya mengenai kisah pahlawan-pahlawan Islam, kisah peperangan, cara berkerajaan, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., penghijrahan baginda dan sebagainya. Secara tidak langsung kisah-kisah yang terdapat dalam pensejarahan Islam telah sedikit sebanyak memberi iktibar di samping mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu.[footnoteRef:13] [13: perkembangan pensejarahan Islam di alam melayu; jurnal al-tamaddun bil 6 (2011), 29]

Oleh itu, kita dapat melihat bagaimana perkembangan agama Islam yang menggalakkan umatnya mendalami ilmu pengetahuan yang tidak hanya tertumpu kepada ilmu berbentuk agama semata-mata, tetapi turut diberi penekanan dari segi ilmu sejarah yang mengandungi pengajaran dan nilai moral yang tinggi. Dalam konteks ini kelihatan selain pengajian agama, pengajian sejarah juga turut berkembang selari dengan kemasukan Islam di rantau ini.[footnoteRef:14] [14: perkembangan pensejarahan Islam di alam melayu; jurnal al-tamaddun bil 6 (2011),34]

Berdasarkan realiti tersebut, para ulama melihat terdapat suatu sudut yang perlu diperkasakan dan diusahakan bagi memenuhi permintaan masyarakat yang begitu gemar dan minat dengan sejarah Islam. Maka para ulama berusaha sedaya upaya mengisi kekosongan tersebut dengan menghasilkan karya sejarah Islam atau sirah nabawi. Tambahan pula, penghasilan karya sejarah yang menyangkut tentang tokoh-tokoh agama terutamanya para anbia dan rasul serta semua peristiwa yang berkaitan dengan agama adalah suatu yang amat dituntut oleh Islam.[footnoteRef:15] [15: Muhd. Yusof Ibrahim (1997), Pensejarahan Melayu 1800-1960, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, h. 54.]

Untuk itu, para ulama menghasilkan karya pensejarahan Islam seiring dengan penghasilan beberapa karya agama dan sastera dengan matlamat yang sama iaitu untuk memudahkan lagi usaha dakwah di kalangan masyarakat Melayu. Mereka turut berusaha menghasilkan karya berbentuk kepahlawanan dengan paparan tokoh-tokoh pahlawan Islam di samping menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai model unggul di dalam sejarah. Sifat peribadi dan akhlak baginda serta sahabat-sahabatnya cuba dimuatkan di dalam karya agama demi menarik masyarakat kepada agama Islam. Ini kerana mereka sedar akan sifat semulajadi manusia yang lebih cenderung kepada kisah berbentuk kepahlawanan, maka mereka cuba menjalankan dakwah melalui pendekatan tersebut. Dengan cara tersebut maka usaha dakwah mereka akhirnya membuahkan hasil iaitu dengan penerimaan agama Islam di kalangan hampir keseluruhan masyarakat Melayu ketika itu.[footnoteRef:16] [16: Arbaiyah Mohd Noor, Perkembangan pensejarahan Islam di alam melayu; jurnal al-tamaddun bil 6 (2011) , 40]

Kehadiran karya-karya tersebut telah meyuntik motivasi dan kesedaran penulis Islam yang lain tentang pentingnya menulis dan mencatat sejarah ilmu pengetahuan Islam. Penulis-penulis Islam yang lain mula menyalurkan idea dan pemikiran mereka bersumberkan peradaban Islam sebagai media dakwah. Biasanya penulis-penulis Islam lahir daripada golongan mereka yang terpelajar dengan ilmu pengetahuan Islam.[footnoteRef:17] [17: nor raudah hj siren; retorik penulisan dakwah, 2013; 16]

1.2.3 Perkembangan Awal Karya-Karya Sirah Nabawi Berbahasa MelayuPada peringkat awal perkembangan penulisan sirah nabawi berbahasa Melayu, jumlah karya yang dihasilkan adalah terhad dan tidak menyeluruh. Karya yang dihasilkan hanyalah untuk memenuhi permintaan masyarakat dan keperluan dakwah. Untuk tujuan tersebut, beberapa pendekatan yang dilakukan oleh penulis dalam menghasilkan karyasira nabawi ini, antaranya ialah:i. Karya berbentuk kesusasteraan melayu tradisionalii. Karya berbentuk Syair dan nazam/burdahiii. Karya terjemahaniv. Karya olahan penulis tempatan.

a. Karya berbentuk kesusasteraan melayu tradisional

Tradisi pengajian hikayat berbentuk sejarah dipercayai telah berlaku lebih awal di Melaka kerana Melaka merupakan pusat perkembangan Islam terkenal pada pertengahan abad ke-15.[footnoteRef:18] [18: perkembangan pensejarahan Islam di alam melayu; jurnal al-tamaddun bil 6 (2011),34]

Di kepulauan melayu khususnya, hampir keseluruhan pensejarahan yang diketahui, terdapat sedikit sebanyak yang memperlihatkan pengaruh daripada pensejarahan Islam itu sendiri. Begitu juga Islam membawa perubahan yang amat dinamik kepada perkembangan kesusasteraan melayu dengan penghasilan karya-karya sama ada berbentuk prosa dan juga puisi. Antara karya-karya tersebut adalah seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Nabi Bercukur yang dikarang untuk menanamkan kecintaan dan penghormatan kepada Nabi Muhammad -Sallallahu 'Alaihi wa Sallam-, karya Nur al-Din al-Raniri seperti Hujjat al=Siddiqi li Dafil Zindiq dan Karya Raja Ali Haji iaitu Tuhfat al-Nafis. (tesis master; sejarah dan pemikiran syed nuqaib al-attas)

Akhlak Nabi Muhammad s.a.w digambarkan melalui karya seperti Hikayat Nur Muhammad,Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bulan Berbelah atau Hikayat Mukjizat Nabi dan Hikayat Nabi Wafat. (Muhd. Yusof Ibrahim (1997), Pensejarahan Melayu 1800-1960, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 54).

Selain itu terdapat juga beberapa buah hikayat yang mengisahkan tentang kegagahan pahlawan-pahlawan Islam seperti Hikayat Raja Khandak yang meriwayatkan tentang kegagahan Saidina Ali menentang musuh-musuh Islam di zaman Rasulullah s.a.w. (A. Samad Ahmad, Sejarah Kesusasteraan Melayu, h. 3) manakala Qisas al-Anbiya pula memaparkan tentang kisah nabi-nabi terdahulu. Kedua-dua buah karya kepahlawanan ini turut juga memainkan peranannya dalam perkembangan pensejarahan Islam di Alam Melayu pada zaman awal. Tujuan penghasilan karya sejarah Islam ini secara umumnya adalah untuk memberi pengajaran berguna kepada pembaca walaupun ia dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti prosa, puisi dan sebagainya. Selain itu juga para pendakwah menggunakan hasil-hasil kesusasteraan tersebut sebagai kaedah untuk menyebar dakwah dan menyampaikan mesej Islam mereka kepada semua penduduk yang berada di Alam Melayu. (Ali Ahmad dan Siti Hajar Che Man, Sastera Melayu Warisan Islam,)

Karya pensejarahan Islam ini lahir adalah akibat daripada perkembangan tamadun Islam yang berkembang di Timur Tengah dan Timur Jauh. Walaupun tidak dinafikan bahawa para pengarangnya telah merujuk sumber-sumber daripada al- Quran, hadis-hadis Nabi, kata-kata sahabat dan sebagainya bagi menghasilkan karya sejarahnya, namun terdapat beberapa pengubahsuaian dan penambahan beberapa kisah bersifat fantastik yang telah dilakukan oleh para pengarangnya dengan tujuan menjadikan karya tersebut bersifat kreatif dan popular. Pengubahsuaian ini telah menyebabkan pengarangnya dituduh telah memutarbelitkan fakta-fakta sejarah sebenar seterusnya mengelirukan pembacanya mengenai pandangan hidup Islam. Misalnya pengarang Hikayat Iskandar Zulkarnain mengisahkan bagaimana Allah telah menugaskan Nabi Khidir sebagai penasihat dan pembantu kepada pahlawan-pahlawan tersebut dalam peperangan menentang musuh dan juga menyebarkan agama Allah di seluruh alam. (The Malay Islamic Hikayat, 204) Keterangan ini telah bertentangan dengan tugas dan watak sebenar Nabi Khidir sepertimana yang tersebut di dalam al-Quran dan beberapa kitab sejarah. Daripada keterangan al-Quran, Nabi Khidir dikatakan wujud pada zaman Nabi Musa sebagai seorang yang soleh dan hebat dari segi ilmunya berbanding Nabi Musa. (Allah telah menunjukkan kepada Nabi Musa tentang kehebatan Nabi Khidir sebagai seorang yang soleh dan mempunyai kelebihan ilmu yang tinggi. Nabi Khidir disebut tinggal antara dua lautan dan setelah Nabi Musa menemuinya, kesabarannya telah diuji oleh Nabi Khidir di dalam beberapa peristiwa seperti peristiwa pembocoran perahu, pembunuhan seorang kanak-kanak, dan membaiki dinding sebuah rumah. Lihat Surah al-Kahfi, ayat 60- 82. Lihat juga al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalaniy, Kisah Nabi Khidir a.s., Syahrin Nasution (penterjemah) (1996,), Kuala Lumpur: Darul Numan, h. 6, 83 -88.)Hal yang sama turut berlaku terhadap watak Hamzah bin Amir Ibrahim di dalam Hikayat Amir Hamzah yang digambarkan sebagai seorang pejuang yang hidup selama 180 tahun dan terlibat dalam beberapa peperangan untuk menyebar dan meluaskan agama Nabi Ibrahim telah dipesongkan daripada fakta sebenar.(Lihat kisah mengenai kekuatan dan kegagahan Amir Hamzah dalam menentang dan menawan Raja Numan, Raja Anushirwan (Raja Parsi) dan sebagainya. S.A.Dahlan (penyelenggara) (1969.), Hikayat Amir Hamzah.) Jika dilihat menerusi beberapa buah karya sejarah Islam jelas menunjukkan bahawa Hamzah merupakan bapa saudara kepada Nabi Muhammad dan seorang pahlawan Quraisy yang handal. Baginda begitu menyayanginya kerana Hamzah merupakan orang yang mula-mula menyokongnya dan turut menyertai Nabi Muhammad -Sallallahu 'Alaihi wa Sallam- menentang puak Quraisy di dalam beberapa siri peperangan sehingga beliau turut gugur syahid di dalam peperangan Uhud (rujukan) ketika berumur lebih kurang 59 tahun.Disebabkan hal ini maka karya yang dikategorikan sebagai pensejarahan Islam ini telah diklasifikasikan sebagai legenda Melayu oleh sebilangan sarjana Orientalis seperti Winstedt, van Ronkel, Snouck Hurgrenje dan sebagainya. Ini kerana karya yang dicipta itu mempunyai elemen-elemen yang bercampur di antara fakta yang benar dengan bahan-bahan berbentuk tradisi setempat (Ismail Hamid, The Malay Islamic Hikayat, h. 194-195.) termasuk kepercayaan yang bertentangan dengan akal fikiran manusia. Walaupun terdapat sedikit sebanyak fakta yang telah ditambah dan menyimpang dari kisah sebenar namun penghasilannya dalam usaha memperkenalkan agama Islam dan pahlawanpahlawannya secara tidak langsung telah membina konsep sejarah di dalam pemikiran masyarakat Melayu. Selain digunakan sebagai iktibar dan pengajaran kepada manusia, penghasilan karya pensejarahan Islam ini juga dianggap sebagai suatu sumbangan ilmu yang besar kepada dunia dan akhirat yang berpanjangan oleh masyarakat Islam secara keseluruhannya. (Muhd. Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960, h. 54.) ((perkembangan pensejarahan Islam di alam melayu; jurnal al-tamaddun bil 6 (2011) 29-50))

Syair dan Nazam/burdahIaitu Maulid Berzanji dan Maulid Daibai. Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Ustaz Zulkifli Mat Isa dan dicetak oleh Peniagaan Jahabersa. Syair-syair dan nazam ini sebenarnya tidak asing dalam masyarakat melayu apatah lagi ia sentiasa dibaca terutamanya dalam sambutan Maulid Nabi bermula daripada malam satu Rabiul Awwal sehinggalah sebelum malam 12 Rabiul Awwal. Ia juga dibawa ketika kenduri cukur jambul atau pun majlis khatam al-Quran. (Faisal Ahmad Shah, Aplikasi Metode Ulama Hadith Dalam Karya-Karya Sirah Nabi Berbahasa Melayu; 212)Kajian menunjukkan terdapat kisah-kisah Nabi Muhammad -Sallallahu 'Alaihi wa Sallam- yang disampaikan dalam buku ini secara tidak tepat serta berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. (Faisal Ahmad Shah, Aplikasi Metode Ulama Hadith Dalam Karya-Karya Sirah Nabi Berbahasa Melayu; 212)

Berbentuk TerjemahanTerjemahan buku hikayatSebagaimana sesetengah karya agama dan sastera, penghasilan karya sejarah turut mendapat pengaruh daripada tradisi Arab dan Parsi. Sesetengah daripada mereka merujuk dan menterjemah beberapa karya Parsi dan Arab ke dalam bahasa Melayu manakala sesetengah yang lain pula menyadur terus atau sebahagian daripada karya tersebut untuk dimuatkan ke dalam karya Melayu yang baru dikarang oleh mereka. Karya yang diterjemah, yang disadur mahupun yang dikarang semula oleh mereka itu akhirnya menjadi popular di kalangan masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu. Antara kategori karya pensejarahan Islam yang telah menarik minat dan mendapat tempat di hati orang Melayu pada zaman awal ialah Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Raja Khandak, Qisas al-Anbiya, Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain yang telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu sehingga menjadi terkenal di Alam Melayu pada abad ke-15. Mereka telah menyesuaikan kisah-kisah yang berlaku semasa permulaan Islam di Tanah Arab dan Parsi ke dalam penulisan sastera Melayu sehingga digemari oleh masyarakat Melayu membacanya pada ketika itu. ((perkembangan pensejarahan Islam di alam melayu; jurnal al-tamaddun bil 6 (2011) 40))Selain Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah yang telah dikarang dalam bahasa Parsi pada abad ke-1170 juga merupakan antara karya terkenal di rantau ini. Karya yang diterjemah ke dalam bahasa Arab dan Melayu. ((perkembangan pensejarahan Islam di alam melayu; jurnal al-tamaddun bil 6 (2011) 43))

Berbentuk olahan semula penulis MalaysiaMusthapha Abdul Rahman dengan karyanya tentang sirah nabawi turut dihasilkan iaitu berjudul Sejarah Islam dan Ringkasan Nurul Yaqin.(Kali terakhir kitab ini dicetak ialah kira-kira 34 tahun yang lalu tetapi ia masih lagi boleh didapati di pasaran kitab. Saya membelinya disebuah toko kitab di Taiping kira-kira dua tahun lepas dengan harga RM5. Kitab ini disusun oleh seorang pengarang hebat satu masa dahulu. Beliau ialah al-Ustaz Mustafa Abdul Rahman. Beliau banyak menulis kitab. Kitab-kitabnya yang sehingga kini menjadi teks pengajian di surau dan masjid khususnya disebelah utara Semenanjung ialah Tafsir al-Quranul Hakim dan Syarah Hadith 40. Berbalik kepada kitab Nurul Yaqin ini, isi kandungannya adalah berkenaan dengan sirah Nabi Muhammad saw. al-Ustaz menyusun kitab ini setelah menterjemahkannya secara bebas dari kitab asalnya yang bertajuk khulasah Nurul Yaqin oleh al-Ustaz Umar Abdul Jabbar yang telah diringkaskan dari kitab yang bernama Nurul Yaqin karangan almarhum as-Syeikh Muhammad al-Khudri, pemeriksa di Kementerian Waqaf merangkap pensyarah dalam bahagian tarikh Islam di Perguruan Tinggi Mesir. Kitab ini diterbitkan oleh Maktabah al-Haj Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawi dan dicetak oleh The United Press. Kedua-dua syarikat ini berpangkalan di Pulau Pinang. Cetakan pertama pada tahun 1961, cetakan kedua (setelah diperbaiki) pada tahun 1964 dan cetakan ketiga ialah pada tahu 1975. Tentang isi kandungannya, al-Ustaz menyusun kepadanya tiga bahagian iaituBuku ini menggunakan pendekatan huraian dan pertanyaan. al-Ustaz menghuraikan sesuatu peristiwa terlebih dahulu sebelum ditutup dengan pertanyaan. Ianya mungkin bertujuan untuk meningkatkan daya kefahaman. Mungkin ini satu-satunya kitab sejarah tulisan almarhum Ustaz Mustafa yang boleh didapati di pasaran. Kitab-kitab sejarahnya yang lain terlalu sukar untuk ditemui atau mungkin sudah tiada langsung dijual di pasaran.)Syeikh Abdullah Basmeih pula merupakan seorang penulis sejarah Islam dalam bentuk moden dan dengan gaya bahasa yang menarik. Antara kaeya-karyanya ialah Tarikh Nabi Muhammad (empat penggal) dan Sejarah Abu Bakar, Umar, Ali, Usman, Aisyah, Muhammad bin Abdul Aziz, Khalid ibn al-Walid dan Pimpinan ar-Rahman (terjemahan al-Quran, 3 jilid).1.2.4 Perkembangan Penulisan Sirah Nabawi Sehingga KiniSebagai tambahan daripada gaya penulisan sebelum inii. Fiqh al-Sirahii. Memurnikan sirahiii. Novel sejarah Islam

Kitab sirah tidak mendapat tempat yang istimewa sebagaimana penulisan dalam bidang fekah, akidah dan tasawuf.

= perkembangan penulisan sirah dalam sastera melayu=kesungguhan ulama dalam membezakan antara sirah yang sahih dan dhaif.

1.3 Pendekatan Penulisan Karya Sirah Nabawi Berbahasa Melayu Masa Kini

1.3.1Karya Berbentuk Kesusasteraan Melayu (Puisi)

1.3.1 (a)PengenalanMaksud kesusasteraan melayu?

Pembagian Kesusastraan Melayu Sastra Melayu, pembagiannya dapat di tinjau dari sisi bentuk. Menurut bentuknya (Puisi dan prosa) a. Puisi Melayu telah menerima dan mengadopsi kebudayaan Islam. Secara umum pengaruh Islam terhadap kesusastraan Melayu dapat di jelaskan bahwa puisi atau syair sebagai salah satu cabang dari kesusastraan Melayu itu berasal dari tradisi sastra Arab. Dapat dideteksi bahwa bentuk dan nama-nama dalam puisi Arab seperti: syair, ruba'i, qit'ah, gazal, bait, nazam, masnawi, qasidah dan lain-lain itu juga pernah dipergunakan sebagai nama dalam puisi Melayu. (Shellabear, W. G. 1950. Sejarah Melayu. Singapura: Malay Publishing House. @ Islam dan Sastra Melayu Klasik- Jurnal Hunafa Vol. 2 No. 3 Desember 2005: 273-286)

Dalam buku "Taj al-Salatin" juga disebut istilah syair, tetapi yang terkandung dalam buku itu adalah bentuk-bentuk puisi Persia seperti : ruba'i, gazal, Masnawi, dll. (Taib, Muh. Hasyim. 1968. Sheer Yatim Mustafa. Kuala Lumpur : Utama Melayu. 2).syair berkembang dengan luas dan menjadi satu cabang dan kesusastraan Melayu yang terpenting adalah: gazal, masnawi (madah), nazam, kit'ah dan ruba'i. (Hamid, 153-157).Prosa Diakui oh J. J. de Hollander (1984: 274) bahwa sebenarnya karya prosa pada sastra Melayu Islam itu banyak yang dipungut dari sastra bangsa-bangsa yang pada waktu itu belum masuk Islam. Namun setelah diadopsi oleh sastra Melayu Islam isinya berubah kearah corak yang lain sama sekali. Naskah-naskahnya mengandung Alquran berikut tafsirnya yang diberikan oleh para ulama Melayu. Sehingga isi prosa tersebut merupakan gabungan yang aneh antara Islam prosa Hinduisme. Karya-karya sastra yang mengalami Islamisasi dalam sastra Melayu klasik ini menurut Edwar Djamaris (1984: 102) diklasifikasikan dalam enam golongan yaitu: a) kisah tentang para Nabi, b) hikayat tentang Nabi Muhammad dan keluarganya, c) hikayat pahlawan-pahlawan Islam, d) cerita tentang ajaran dan kepercayaan Islam, e) cerita fiksi, f) cerita mistik dan tasauf. Karena karya sastra prosa itu tidak hanya mencakup bentuk saja seperti hikayat, kisah san cerita, maka klasifikasi dari prosa Melayu masa klasik akan lebih tepat bila diklasifikasikan sesuai dengan isinya, yaitu sebagai berikut: a) karya tauhid dan hukum Islam, b) legenda bernafaskan Islam c) mitos cerita bersajak lain-lainnya, d) karya bersejarah dan kisah perjalanan, e) karya filsafat dan budi pekerti, f) kitab undang-undang Melayu, dan lain-lain. (de Hollander, 1984: 274)(Islam dan Sastra Melayu Klasik- Jurnal Hunafa Vol. 2 No. 3 Desember 2005: 273-286)

1.3.1 (b)Karya 1.3.1 (c)Biodatahttp://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=715http://www.perpustam.gov.my/index.php/more-about-joomla/koleksi-melaka/koleksi-tokoh/datuk-a-samad-said

1.3.1 (d)Metodologi Penulisan1.3.1 (e)Sumber Rujukan 1.3.2Karya Novel Sejarah Islam1.3.2 (a)Pengenalan

kemunculan novel agak lewat, iaitu sekitar tahun 1922, didapati peranan novel dalam gerakan kesedaran bangsa sangatlah penting. Novel yang mula-mula muncul, di antaranya adalah Kecurian Lima Million Ringit (1922) oleh Haji Muhammad bin Muhammad Said dan Hikayat Faridah Hanum (1925/1926) oleh Syed Syeikh al-Hadi, didapati peranan novel dalam gerakan kesedaran bangsa sangatlah penting. Perkembangan ini merupakan rentetan pemikiran pembaharuan di Turki dan pemikiran pembaharuan oleh Jamaluddin al-Afghani di Timur Tengah yang telah mempengaruhi pemikiran umat Islam di seluruh dunia pada abad ke-19, termasuk India dan Nusantara. Syed Syeikh al-Hadi merupakan tokoh penting yang menggerakkan semangat pemodenan bangsa dan semangat pembaharuan pemikiran masyarakat Melayu khususnya, dan agama Islam umumnya. Melalui novel Hikayat Faridah Hanum, Syed Syeikh menggerakkan supaya masyarakat Islam kembali kepada ajaran al-Qur'an dan Hadis yang sebenar, meninggalkan pemikiran kolot, meningkatkan kesedaran pendidikan; khususnya pendidikan kaum wanita, menentang pemikiran penjajah serta menggerakkan pemikiran sains dan moden. Semangat zaman inilah yang menjadi unsur penting dalam penyebaran bahan bacaan Melayu pada waktu itu. Novel seperti Hikayat Faridah Hanum menjadi ikutan penulis-penulis lain yang berpusat di kota-kota pendidikan seperti di Pulau Pinang, Kota Bharu, Muar, Kelang, Kuala Lumpur, dan Singapura.

kemunculan novel-novel berbentuk seruan semangat nasionalisme, misalnya Putera Gunung Tahan (1937) dan Anak Mat Lela Gila (1941) oleh Ishak Haji Muhammad, Nyawa di Hujung Pedang (1946) oleh Ahmad Murad Nasaruddin, dan Sisa Neraka Dunia (1948) oleh Ahmad Lutfi.

pada tahap awal perkembangan novel Melayu, telah muncul pengaruh yang membenci golongan bangsawan atau feudal. Pemikiran ini menular dengan cepat dan suasana ini berpunca dari pengaruh kemasukan pemikiran pembaharuan yang turut digerakkan oleh Kaum MudaAntara tokoh yang jelas mengkritik golongan bangsawan melalui novel ialah Ishak Haji Muhammad dan A. Kadir Adabi.

Seterusnya novel Rumah Itu Dunia Aku (1951) karya Hamzah pula membawa elemen seni untuk seni. Krisis dalam keluarga dan rumahtangga yang bergolak membawa satu perkembangan teknik aksi dalaman watak yang menarik telah diperkenalkan dalam sejarah perkembangan novel tanah air.

Penulisan novel-novel yang menumpukan kepada masyarakat kerdil ini muncul dengan banyaknya, seperti Salina (1961) dan Sungai Mengalir Lesu (1967) oleh A. Samad Said; Ranjau Sepanjang Jalan (1966), Srengenge (1973), Kemelut (1977), Sampah (1974) oleh Shahnon Ahmad, dan Desa Pinggitan (1964) oleh Ibrahim Omar.

Dalam perkembangan berikutnya, novel Imam memenangi Hadiah Novel Nasional Pak Sako anjuran Utusan Publications. Watak Imam Mihad merupakan simbol pengurusan organisasi Islam atau masjid secara moden. Beliau telah berhadapan dengan pemikiran konvensional yang masih menular dalam masyarakat kontemporari. Daripada pemerhatian didapati pergolakan pemikiran kaum tua dan kaum muda masih menjadi isu dalam masyarakat kontemporari. Abdullah Hussain mengakui beliau mengambil masa tiga tahun enam bulan untuk menyiapkan novel tersebut. Pembacaan terhadap buku-buku rujukan berbentuk agama dan tulisan Ihya Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali menjadi pedoman beliau mengarang novel Imam6 tersebut.

1.3.2 (b)Karya 1.3.2 (c)Biodata1.3.2 (d)Metodologi Penulisan1.3.2 (e)Sumber Rujukan

1.3.2 Karya Olahan Penulisan Baru1.3.1 (a)Pengenalan1.3.1 (b)Karya 1.3.1 (c)Biodatahttp://umexpert.um.edu.my/papar_cv.php?id=AAAJxnAAQAAAF+GAAL

1.3.1 (d)Metodologi Penulisan1.3.1 (e)Sumber Rujukan

1.3.3 Karya Fiqh al-Sirah1.3.1 (a)Pengenalan1.3.1 (b)Karya 1.3.1 (c)Biodata1.3.1 (d)Metodologi Penulisan1.3.1 (e)Sumber Rujukan

1.4 Kesimpulan