37
BADAN PENGAWAS SK PENDIDIKAN KHAS (P) KUALA TERENGGANU, VISI PENGAWAS '“MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG CEMERLANG DARI ASPEK FIZIKAL, MENTAL DAN SPRITUAL PADA TAHUN 2015"' MISI PENGAWAS “ MENJADI MEDIUM LATIHAN YANG BERUPAYA MENGEMBANGKAN POTENSI SETIAP PENGAWAS SERTA MEMPERKASA TINGKAHLAKU DAN TAHAP INTELEK DALAM MEREALISASIKAN VISI DAN MISI SEKOLAH ” VISI "Pengawas Unggul Penjana Disiplin Cemerlang" MISI Berazam melahirkan pengawas berkualiti dan berketrampilan sebagai modal insan yang berwibawa, berperanan dan berkesan ke arah mewujudkan sekolah yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran melalui motivasi dan bimbingan berterusan. MOTO AMANAH , BERDISIPLIN DAN BERTANGGUNGJAWAB PIAGAM BADAN PENGAWAS

Badan Pengawas Sk Pendidikan Khas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengawas

Citation preview

BADAN PENGAWAS SK PENDIDIKAN KHAS (P) KUALA TERENGGANU,VISI PENGAWAS

'MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG CEMERLANG DARI ASPEK FIZIKAL, MENTAL DAN SPRITUAL PADA TAHUN 2015"'

MISI PENGAWAS

MENJADI MEDIUM LATIHAN YANG BERUPAYA MENGEMBANGKAN POTENSI SETIAP PENGAWAS SERTA MEMPERKASA TINGKAHLAKU DAN TAHAP INTELEK DALAM MEREALISASIKAN VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI "Pengawas Unggul Penjana Disiplin Cemerlang"

MISI Berazam melahirkan pengawas berkualiti dan berketrampilan sebagai modal insan yang berwibawa, berperanan dan berkesan ke arah mewujudkan sekolah yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran melalui motivasi dan bimbingan berterusan.

MOTO AMANAH , BERDISIPLIN DAN BERTANGGUNGJAWABPIAGAM BADAN PENGAWAS Kami Badan Pengawas SK PENDIDIKAN KHAS (P) KUALA TERENGGANU dengan penuh iltizam berjanji akan bekerja dengan usaha tenaga kami untuk: Memantapkan disiplin ke hala tuju yang cemerlang dan gemilang. Membantu pihak pentadbir dan guru-guru sekolah dalam segala aktiviti yang diadakan dengan cemerlang dan berkesan. Memberi layanan dan perkhidmatan yang cekap dan mesra pelanggan. Memastikan peraturan sekolah dipatuhi dan berusaha meningkatkan mutu disiplin. Menjana pemikiran dan sahsiah pelajar ke arah mencapai kecemerlangan visi dan misi sekolah.

IKRAR Bahawasanya kami

pengawas-pengawas SK PENDIDIKAN KHAS (P) KUALA TERENGGANUberikrar akan menumpukan sepenuh taat setia kami terhadap Badan pengawas dan sekolah ini berdasarkan prinsip-prinsip berikut: Berpegang teguh kepada ajaran agama dan prinsip-prinsip rukun negara Bertugas dengan penuh dedikasi, toleransi dan bertanggungjawab Berusaha untuk menjadi model dan contoh kepada sekolah Berusaha untuk meningkatkan kualiti akademik Bertugas ke arah meningkatkan mutu disiplin sekolahPERATURAN AM PENGAWAS1. Pengawas Sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada murid-murid yang mempunyai peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas.2. Semua Pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan jawatan jika melanggar peraturan atau tidak berkeupayaan menjalankan tugas dengan baik.3. Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan mempastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua murid.4. Murid-murid tidak dibenarkan menentang atau melawan pengawas sekolah dan mereka mesti mematuhi arahan pengawas.5. Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah dan peraturan am pengawas.6. Pengawas-pengawas hendaklah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.7. Membantu pihak sekolah melakukan 'spot check' kepada murid lain.8. Pengawas sekolah juga mesti hadir ke sekolah lebih awal daripada murid-murid lain termasuk ke acara/majlis rasmi.9. Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik dan imej Badan Pengawas ini sepanjang masa.PERANAN SEORANG PENGAWAS1. Mengawal disiplin murid.2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid dan pengawas junior.3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan murid.5. Memastikan keceriaan sekolah dijaga.6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.7. Memimpin rakan-rakan (murid lain).8. Mencegah kes jenayah di sekolah.9. Menghormati guru.10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan murid lain.13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Badan Pengawas untuk memperbaiki keadaan.15. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.16. Mempengaruhi murid lain untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.17. Menyimpan rekod atau maklumat murid yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.19. Memastikan murid beratur semasa membeli makanan di dewan makan.

Badan Pengawas SekolahSK Pendidikan Khas (P) Kuala Terengganu

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS A.TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS1.Mengawal disiplin pelajar.2.Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.3.Menjaga imej dan nama baik sekolah.4.Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.4.Memastikan keceriaan sekolah dijaga.5.Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.6.Memimpin rakan-rakan pelajar.7.Mencegah kes jenayah di sekolah.8.Menghormati guru.9.Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.10.Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.11.Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.12.Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.13.Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Badan Pengawas untuk memperbaiki keadaan.14.Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.15.Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.16.Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.17.Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.18.Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di dewan makan, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehatB.BESAR TUGAS PENGAWAS & KETUA KELAS1.Bertindak sebagai PENDEDAH2.Bertindak sebagai PEMBIMBING 3.Bertindak sebagai BADAN PERUNDING4.Bertindak sebagai MOTIVATOR/PENDORONG5.Bertindak sebagai PERANCANG6.Bertindak sebagai ROLE MODELC.Perincian Tugas KECIL Pengawas di sekolah1. Pintu Pagar2. Di Dewan makan3. Perhimpunan Sekolah4. Di kelas5. Di Koperasi6. Majlis Perasmian/PerayaanD.Prosedur Bertugas Di Pintu Pagar Sekolah1.Kawalan di Pintu Pagar sekolah secara berkumpulan sama ada di hadapan atau di belakang kawasan sekolah.MasaDekati pelajar yang dikesan melakukan kesalahan secara berhemahPanggil namanyaTegur dengan cara yang baikTanya perkara yang menyebabkan pelajar lewat (Sekiranya lewat) Cth. Boleh awal sikit ke sekolahSekiranya baru kali pertama-nasihatkan sahajaSekiranya kesalahan yang berulang acapkali-catatkan dalam buku rekod kawalan2.Catat dalam Rekod kawalan berkaitan kesalahan pelajar berkaitan:Kesalahan Lewat ke sekolahTidak memakai topi keledarSeluar saiz tidak menepati ukuranTidak memakai lencana-perempuanTidak memakai tali leherRambut panjangTidak memakai stokingPastikan masuk ke kawasan sekolah dengan basikal yang dibawa dan disusun dengan teratur3.Prosedur Bertugas Di Dewan makan dan koperasi sekolah SekolahKaunter membeli-pastikan pelajar beratur mengikut saluran tertentuMeja makan lelaki /perempuanDuduk bersopan, lepas makan minta masukkan dalam bekas yang disediakanDekati pelajar yang cenderung terlampau bising ketika makanPerhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya, sekali sekali senyum dan jelingTegur kesalahan secara berhemahSebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopanBeritahu secara baikSekiranya pelajar degil juga perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan namanya.Catat dalam buku laporan4.Perincian Tugas Pengawas Sekolah Prosedur Bertugar Di Dewan/ Majlis Rasmi sekolahBerada dalam kedudukan masingTidak berkumpul dalam kelompok pengawas sahajaDekati pelajar yang cenderung terlampau bisingBeri isyarat jangan bisingPerhatikan tingkah lakunya atau kelakuannyaTegur kesalahan secara berhemahSebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopanSekiranya pelajar degil juga-perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan namanya.Catat dalam buku laporanPERLEMBAGAANLEMBAGA PENGAWASSEKOLAH MENENGAHSERI TASIK, KUALA LUMPURDiperkenalkan pertama kali sebagai Perlembagaan Rasmi LPS SMKST pada:3 Januari 2012SUSUNAN PERKARABahagian 1: Pelantikan PengawasFasal 1: Penerimaan Pengawas BaruFasal 2: Latihan Kepimpinan PengawasFasal 3: Bidang Kuasa PengawasFasal 4: Pakaian PengawasBahagian 2: Ahli Jawatankuasa Lembaga PengawasFasal 1: Ahli Majlis Tertinggi (AMT)Fasal 2: Ketua Biro Fasal 3: Bidang Kuasa Ketua BiroBahagian 3: Pakaian dan PenampilanFasal 1: Etika Pemakaian PengawasFasal 2: Pakaian Seragam PengawasFasal 3: Peraturan Memakai BlazerFasal 4: Peraturan Aset PengawasFasal 5: Kekemasan PengawasBahagian 4: Tugasan PengawasFasal 1: Tugasan KhususFasal 2: Tugasan SampinganFasal 3: Tindakan DisiplinBahagian 5: Tatatertib dan Kelakuan Pengawas Fasal 1: Tatatertib PengawasFasal 2: Kualiti seorang pengawasFasal 3: Tanggungjawab PengawasBahagian 6: Tindakan Tatatertib Terhadap PengawasFasal 1: Jenis KesalahanFasal 2: PerbicaraanFasal 3: HukumanBahagian 7: Persaraan PengawasFasal 1: Tamat Tempoh TugasFasal 2: Masalah DisiplinFasal 3: Perletakan JawatanFasal 4: Arahan Ahli Majlis PentadbiranBahagian 1: Pelantikan PengawasFasal 1: Penerimaan Pengawas Baharu1.1 Dilantik dalam kalangan pelajar tingkatan 1,2 dan 4 sahaja.1.2 Pelajar tingkatan 3 boleh dilantik menjadi pengawas sekiranya bilangan pengawas tidak mencukupi1.3 Wajib melalui 2 sesi temuduga.1.4 Temuduga pertama dikendalikan oleh guru-guru pengawas / disiplin untuk memilih calon pengawas percubaan.1.5 Temuduga kedua dikendalikan oleh seorang guru pengawas / disiplin dan seorang Ahli Majlis Tertinggi LPS untuk memilih calon pengawas percubaan yang layak dilantik sebagai pengawas sekolah.1.6 Kriteria perlantikan pengawas berubah setiap tahun.1.7 Guru pengawas berkuasa mengubah kriteria perlantikan pengawas.Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas2.1 Setiap pengawas yang baru dilantik wajib menyertai dua jenis kem kepimpinan iaitu perkhemahan dalaman dan perkhemahan luaran.2.2 Pengawas baharu yang tidak menyertai kedua-dua perkhemahan ini akan dilucutkan jawatan secara automatik.2.3 Setiap pengawas percubaan wajib mengikuti tempoh percubaan sekurang-kurangnya 1 bulan.2.4 Guru Penasihat LPS berkuasa untuk menentukan latihan kepimpinan yang sesuai.2.5 Selagi mana latihan kepimpinan yang diadakan tidak mengancam keselamatan fizikal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak Islam dan hukum agama-agama lain, semua pengawas wajib menyertai latihan kepimpinan yang diadakan.2.6 Pengawas yang tidak mengikuti mana-mana latihan kepimpinan yang dijalankan perlu menyertakan surat tunjuk sebab atau dikenakan tindakan tatatertib.Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas3.1 Pengawas berhak menegur dan memberi amaran kepada rakan pelajar.3.2 Pengawas sama sekali tidak berhak melaksanakan tindakan disiplin seperti rotan.3.3 Pengawas tidak berhak menggunting rambut pelajar melainkan atas perintah guru disiplin.3.4 Pengawas dibenarkan mengenakan kompaun serta merta terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin.Bahagian 2: Hirarki Lembaga Pengawas SekolahFasal 1: Ahli Majlis Tertinggi1.1 Diketuai oleh dua orang guru penasihat diikuti oleh Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari1.2 Ketua Pengawas dipilih melalui pungutan suara guru yang diadakan setiap tahun. Calon-calon ketua pengawas dipantau dan dinilai sepanjang tempoh khidmat.1.3 Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari dilantik melalui perbincangan antara guru penasihat Lembaga Pengawas dan Disiplin.1.4 Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas berhak melantik Ketua Biro dibawah pengawasan Guru Penasihat LPS.1.5 Ahli Majlis Tertinggi merupakan tulang belakang utama dalam setiap aktiviti pengawas.Fasal 2: Biro dan Ahli Jawatankuasa1.1 Bilangan Biro berubah mengikut kehendak Ketua Pengawas dibawah persetujuan Guru Penasihat LPS1.2 Ketua Biro dilantik melalui perbincangan antara Guru Penasihat LPS dan Disiplin 1.3 Ahli jawatankuasa berhak dilantik melalui perbincangan antara AMT dan Ketua Biro berpandukan potensi dan kecenderungan seseorang pengawas1.4 Merupakan tulang belakang utama dalam setiap aktiviti pengawas.Fasal 3: Bidang Kuasa Ketua Biro1.1 Berkuasa meminda dan menambah aktiviti tahunan pengawas mengikut jawatan.1.2 Wajib melaksanakan tugasan mengikut jawatan yang dipegangnya.1.3 Bertindak sebagai mentor kepada AJK dibawah jagaannya.1.4 Berhak memberi arahan kepada AJK masing-masing.1.5 Wajib mengikut peraturan sekolah, sama seperti para pengawas dan pelajar yang lain.Bahagian 3: Pakaian dan PenampilanFasal 1: Etika Pemakaian Pengawas1.1Pakaian hendaklah bersih dan kemas mengikut peraturan sekolah1.2Berpakaian lengkap dengan tanda nama, lencana sekolah, lencana pengawas dan bertali leher pengawas yang diikat rapi1.3Pengawas lelaki perlu memasukkan kemeja ke dalam seluar, bertali pinggang biru gelap dan lengan baju tidak dilipat kecuali di dalam kelas1.4Tali leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau kawan untuk dipakai1.5Tali leher dipakai tidak terlalu labuh dan tidak pendek. Sebaiknya bersetentang dengan pusat.1.6Pengawas perempuan tidak dibenarkan melipat lengan tangan1.7Pengecualian bagi (digalakkan):1.7.1hari Rabu (hari Kokurikulum): pakaian uniform;1.7.2hari Khamis (hari 1 Murid 1 Sukan): pakaian sukan sekolah1.8 Pengawas perlu mematuhi dan akur dengan peraturan pemakaian pengawas selagi masih berada di kawasan sekolahFasal 2: Pakaian Seragam Pengawas2.1 Pengawas Lelaki2.1.1Baju lengan panjang2.1.2Bertali leher2.1.3Seluar panjang biru gelap2.1.4Ukurlilit kaki seluar tidak melebihi 42cm2.1.5Kasut dan stoking hitam2.1.6Segala aset pengawas2.2 Pengawas Perempuan2.2.1Berbaju kurung biru dan berkain biru gelap2.2.2Bertudung biru dan melepasi paras bahu2.2.3Anak tudung berwarna hitam2.2.4Pengawas non-Muslim boleh memakai kemeja lengan panjang dan bertali leher dengan skirt labuh / pendek melepasi paras lutut2.2.5Kasut dan stoking berwarna hitam2.2.6Pada hari Jumaat, digalakkan memakai kain batik sekolahFasal 3: Peraturan Memakai Blazer3.1 Blazer hanya boleh dipakai ketika majlis rasmi sekolah, perhimpunan rasmi dan sepanjang waktu persekolahan pada hari Isnin. 3.2 Hendaklah sentiasa dibutangkan dan dipakai lengkap dengan pakaian seragam sekolah dan bertali leher.3.3 Penggunaan blazer hanya untuk dipakai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Sekolah sahaja.3.4 Urusan peminjaman blazer oleh anggota pengawas atau bukan pengawas, hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan Guru Penyelaras Lembaga Pengawas.3.5 Blazer perlu sentiasa disimpan rapi di Bilik Gerakan Pengawas. Kecuali mendapat persetujuan Guru Penyelaras Lembaga Pengawas untuk membawa keluar dari bilik tersebut.3.6 Sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan seperti kecemasan, blazer boleh diserahkan kepada pengawas yang bertanggungjawab untuk mengembalikannya ke tempat asal.3.7 Semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran sedang berjalan, pengawas dibenarkan untuk memakai atau menanggalkan blazer.3.8 Menghormati blazer dan memastikan kekemasan blazer dijaga.3.9 Lengan blazer tidak boleh dilipat atau digulung.Fasal 4: Peraturan Aset Pengawas (Lencana, Pen, Buku Nota dan Jam)4.1 Setiap pengawas perlu sentiasa memakai lencana pengawas4.2 Pengawas perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebatang pen yang dapat berfungsi, sebuah buku nota bersaiz kecil dan jam (tepat mengikut jam loceng sekolah).4.3 Pastikan tiada sebarang tulisan di dalam buku nota pengawas kecuali kesalahan pelajar sahaja.4.4 Sekiranya buku nota pengawas sudah nipis (kurang daripada 3 helai), sila gantikan dengan buku nota yang baharu secepat mungkin.Fasal 5: Kekemasan Pengawas5.1Rambut :5.1.1Perlulah sentiasa bersih dan kemas5.1.2Tidak dibenarkan mengerinting, mewarna atau menggunakan gel pada rambut5.1.3Panjang rambut tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:(a)Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga(b)Di depan: Rambut menutup garisan tengah dahi(c)Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan side burn melebihi garisan tengah hidung(d)Di atas : Rambut lebih daripada 6 inci / 15cm panjang5.1.4Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa5.1.5Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung / mini telekung5.2Misai dan Janggut :Pengawas tidak boleh menyimpan misai atau janggut atau jambang atau ketiga-tiganya sekali.5.3Kuku :Pengawas perlu berkuku pendek dan dilarang memakai pewarna, pengilat dan inai.Bahagian 4: Tugasan PengawasFasal 1: Tugasan Khusus1.1 Tugasan khusus ialah tugasan utama seseorang pengawas dalam waktu yang ditetapkan seperti waktu perhimpunan pagi, rehat dan sebagainya. 1.2 Tugasan seperti spot check, menyambut tetamu, mengendalikan perhimpunan dan menjaga laluan masuk pelajar juga merupakan tugasan khusus seorang pengawas.Fasal 2: Tugasan Sampingan2.1 Tugasan sampingan seorang pengawas adalah seperti membantu guru-guru.2.2 Pengawas wajib membantu guru-guru dalam hal-hal disiplin.2.3 Pengawas berhak tidak membantu guru sekiranya proses pembelajaran sedang berlangsung.Fasal 3: Tindakan Disiplin3.1 Tindakan disiplin pengawas akan diambil sekiranya didapati tidak menjalankan tugas.3.2 AJK yang bertanggungjawab mengumpul bahan bukti adalah AJK Disiplin dan AJK Kebajikan.3.3 Pengawas yang tidak bertugas selama 3 kali tanpa sebab akan diberi surat amaran pertama. Sekiranya perbuatan tidak bertanggungjawab ini diulangi, Ahli Majlis Tertinggi berhak mempengaruhi Guru Penasihat untuk melucutkan jawatan pengawas tersebut3.4 Pengawas yang telah dilucutkan jawatan tidak boleh dilantik semula sebagai pengawas.Bahagian 5: Tatatertib dan Kelakuan Pengawas Fasal 1: Tatatertib Pengawas1.1Pengawas merupakan wakil guru dan pelajar sekolah ini serta perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan bijak.1.2Sebagai seorang pengawas, mereka harus membimbing pelajar ke arah yang betul.1.3Pengawas harus menjaga imej Lembaga Pengawas dan sekolah dari semasa ke semasa serta tidak menyebarkan fitnah atau khabar angin yang memburukkan nama dan imej sekolah atau menggalakkan orang lain berbuat demikian.1.4Pengawas harus mengutamakan tugas dan tanggungjawabnya dalam apa jua keadaan. Sekiranya seseorang pengawas tidak dapat menjalankan tugasnya atas sebab-sebab yang munasabah, dia harus mendapat kebenaran daripada Ketua Pengawas atau Ahli Majlis Tertinggi yang lain.1.5Pengawas tidak boleh menyalahgunakan kuasanya.1.6Seseorang pengawas dilarang berkelakuan tidak senonoh dengan pelajar lain kerana dia harus sentiasa sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang pengawas sekolah.1.7Seseorang pengawas dilarang bersikap berat sebelah.1.8Seseorang pengawas dilarang berkelakuan buruk di dalam kelas. Nasihat Ketua Tingkatan mesti dipatuhi dan pengawas seharusnya membantu Ketua Tingkatan mengawal keadaan kelas. 1.9Seseorang pengawas haruslah peka sepanjang masa. Walaupun tidak bertugas, pengawas haruslah sentiasa memerhati keadaan disiplin sekolah.1.10 Pengawas harus bersopan dan bertegur sapa dengan guru-guru serta bersikap ringan tulang membantu guru apabila diperlukan.1.11 Pengawas perlu menyokong segala aktiviti Lembaga Pengawas Sekolah.Fasal 2: Kualiti seorang pengawas2.1Akauntibiliti 2.2Ketepatan masa2.3Tegas dan Berani 2.4Pantas dan Bijak2.5Peka dan Inisiatif2.6Adil2.7Boleh dipercayaiBahagian 6: Tindakan Tatatertib Terhadap PengawasFasal 1: Jenis Kesalahan.1.1 Tingkah laku jenayah1.2 Tingkah laku lucah1.3 Tingkah laku kekemasan diri1.4 Tingkah laku tidak mementingkan masa1.5 Tingkah laku kurang sopan dan tidak bertanggungjawab1.6 Tingkah laku musnah1.7 Tingkah laku tidak jujur1.8 PontengFasal 2: Perbicaraan2.1 Semua pengawas yang telah mengumpul 20 mata demerit dan ke atas akan dilucutkan jawatan secara automatik.2.2 Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin serius seperti bergaduh dan merokok, berhak dilucutkan jawatan oleh pihak pentadbir Sekolah, Lembaga Pengawas dan Lembaga Disiplin.2.3 Pengawas yang sudah menerima lebih daripada satu surat amaran daripada Lembaga Pengawas akan dilucutkan jawatannya2.4 Pengawas yang dilucutkan jawatan tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pengawas seperti spot check.Fasal 3: Hukuman3.1 Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin akan dikenakan hukuman yang setimpal. Hukuman tersebut adalah dua kali ganda daripada murid-murid yang lain. Contohnya, jika seseorang murid dikenakan denda RM0.10 kerana kesalahan satu jari kuku panjang, seseorang pengawas dikehendaki membayar RM0.20 atas kesalahan yang sama.3.2 Pengawas yang didapati bersubahat dengan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin akan menerima hukuman yang berlipat kali ganda daripada murid - murid tersebut.3.3 Pengawas yang melakukan kesalahan serius dan mengumpulkan 20 mata demerit ke atas akan dilucutkan jawatan serta di gantung sekolah mengikut budi bicara pihak pentadbir.Bahagian 7: Persaraan PengawasFasal 1: Tamat Tempoh Tugas1.1 Secara umum, setiap pengawas akan menamatkan tempoh tugasan mereka seiring dengan tamatnya tempoh persekolahan mereka di SMKST.1.2 Setiap pengawas akan diberikan sijil penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka sepanjang menjadi seorang pengawas.1.3 Sijil Penghargaan daripada Lembaga Pengawas hanya diberikan kepada pengawas yang menamatkan persekolahan di tingkatan 3 dan 5 sahaja.1.4 Nama jawatan yang disandang hanya disebut dalam Sijil Penghargaan bagi Ahli Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas sahaja. Fasal 2: Masalah Disiplin.2.1 Bagi pengawas yang terlibat dengan masalah disiplin yang serius, mereka akan dilucutkan jawatan dan tidak akan menerima sebarang sijil daripada Lembaga Pengawas.2.2 Bagi pengawas yang telah mengumpul 20 mata demerit dan ke atas, mereka dibenarkan membuat rayuan dan permohonan daripada Lembaga Pengawas untuk mendapatkan sijil.2.3 Pengawas Percubaan yang mengumpul 20 mata demerit dan ke atas adalah tidak layak untuk menjadi seorang pengawas dan tidak akan dilantik sama sekali untuk menjadi seorang pengawas2.4 Guru Penasihat Lembaga Pengawas berhak menahan pemberian Sijil Penghargaan kepada pengawas, sekiranya berlaku ketidakpuashatian terhadap mutu kerja dan tahap disiplin pengawas. Fasal 3: Perletakan Jawatan3.1 Pengawas Percubaan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pengawas dibenarkan meletak jawatan atau menarik diri daripada Badan Pengawas.3.2 Pengawas perlu mengemukakan surat perletakan jawatan rasmi sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh berkuatkuasa atau dikenakan denda sebanyak RM50..3.3 Setiap pengawas yang tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik akan diminta untuk mengemukakan surat perletakan jawatan. Sekiranya pengawas tersebut mempunyai masalah peribadi, boleh mengemukakan surat tunjuk sebab supaya tidak diberi tanggungjawab yang membebankan.3.4 Pengawas yang mengumpul 20 mata demerit dan ke atas boleh meletak jawatan secara sukarela sebelum mereka dilucutkan jawatan.3.5 Sebarang permohonan perletakan jawatan akan dikira diterima sekiranya mendapat maklumbalas surat penerimaan perletakan jawatan daripada Guru Penasihat LPS.3.6 Guru Penasihat LPS berhak menangguh perletakan jawatan pengawas mengikut keperluan semasa.Fasal 4: Arahan Ahli Majlis Pentadbiran4.1 Pihak Pentadbir Sekolah berhak melucutkan jawatan seseorang pengawas.4.2 Pengawas boleh membuat rayuan kepada Pengetua / Guru Kanan HEM / Guru Disiplin / Guru Penasihat Lembaga Pengawas sekiranya mereka didapati terlibat dengan sesuatu kesalahan berat / mengumpulkan 20 mata demerit dan ke atas.4.3 Sesuatu keputusan Lembaga Pengawas Sekolah dan AMT yang melibatkan disiplin pengawas hendaklah dibincangkan bersama pihak pentadbir sekolah.4.4 Semua keputusan yang telah dibuat adalah muktamad dan hendaklah dipatuhi.Takwim LPS 2015

SMK SERI TASIK, KUALA LUMPURTAKWIM TAHUNAN LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAHTAHUN 2015MINGGUAKTIVITICATATAN

Januari 101/01/13 SelasaCUTI UMUM : TAHUN BARU 2015

2

LATIHAN PENGAWAS PERCUBAAN BAHARU 2015 BERMULA

3TEMUDUGA PENGAWAS PERCUBAAN (TINGKATAN 1)

424/01/13 KhamisCUTI UMUM : HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W

527/01/13 AhadCUTI UMUM : HARI THAIPUSAM28/01/13 Isnin: Cuti ganti

Februari6INTERAKSI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH (LPS) SESI 1

01/02/13 JumaatCUTI UMUM : HARI WILAYAH PERSEKUTUAN- Suai kenal dengan Pentadbir

710 ~ 11/02/13 Ahad ~ IsninCUTI UMUM : TAHUN BARU CINA

8

9

Mac10

11

12KEM DALAMAN LPS

- Pemantapan Gerak Kerja dan Tugasan Harian Pengawas di sekolah. Cth: Pengurusan Perhimpunan dan Disiplin.- Latihan Pengawas Become a leader- Peneraju: AMT LPS 2012/2015.

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL I (22/ 03/ 2015 30/ 03/ 2015)

April13

14MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2015(PERCUBAAN BERAKHIR)- Latihan Pengawas Become a leader- Peneraju: AMT LPS 2012/2015.

15INTERAKSI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH (LPS) SESI 2- Pengenalan Tentang Masalah Disiplin Sekolah oleh GPK HEM

16

Mei1701/05/13 RabuCUTI UMUM : HARI PEKERJA

18

19

20HARI KELUARGA LPS KALI KE-224/05/13 JumaatCUTI UMUM : HARI WESAK- Latihan Pengawas Become a leader- Peneraju: Para Pengawas Tingkatan 4.

CUTI PENGGAL I (25/ 05/ 2015 09/ 06/ 2015)HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG (01/06/2015)

Jun21

22

23

Julai24MAJLIS PENYERAHAN TUGAS AHLI MAJLIS TERTINGGI LPS 2012/2015

25INTERAKSI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH (LPS) SESI 3- Prosedur Disiplin oleh Ketua Guru Disiplin

26

27KEM LUARAN LPS- Kem Kepimpinan Pengawas bermatlamatkan peningkatan motivasi dan pemerkasaan jatidiri.

Ogos28

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL II (05/ 08/ 2015 18/ 08/ 2015)Cuti umum : Hari Raya Aidil Fitri : 08/08/2015-09/08/2015

29

3031/08/13SabtuCUTI UMUM : HARI KEBANGSAAN

September31

INTERAKSI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH (LPS) SESI 4- Motivasi dalaman oleh Kaunselor LPS

32

3316/09/13 IsninCUTI UMUM : HARI MALAYSIA

34

Oktober35

36

3715 ~ 16/10/13 Selasa ~ RabuCUTI UMUM : HARI RAYA AIDIL ADHA

38

November3903/11/13AhadCUTI UMUM: HARI DEEPAVALI04/11/13 Isnin: Cuti ganti 05/11/13 SelasaCUTI UMUM: AWAL MUHARRAM

40

41JAMUAN AKHIR TAHUN LPS

- Latihan Pengawas Become a leader- Peneraju: AMT LPS 2015 / 2014.

CUTI AKHIR TAHUN (15/11/2015 31/12/2015)

Disediakan oleh :MOHD AFIQ BIN ZAHARIKetua Guru PenasihatLembaga Pengawas SekolahSMK Seri Tasik, KLTarikh

BIDANG TUGASAHLI MAJLIS TERTINGGI DAN KETUA BIRO LPS1. KETUA PELAJAR / PENGAWAS1.1.Menjadi ketua kepada semua murid di sekolah1.2.Bertanggungjawab menjaga disiplin murid1.3.Mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengawas Sekolah sekurang-kurangnya sekali sebulan1.4.Memastikan pengawas menjalankan tugas yang dijadualkan, termasuk menguruskan murid setiap pagi sebelum diserahkan kepada guru bertugas1.5.Membaca dan menerangkan kepada pengawas tentang Perlembagaan LPS.2. PENOLONG KETUA PENGAWAS2.1.Menolong ketua pengawas menjalankan tugas-tugasnya2.2.Memangku tugas Ketua Pengawas sekiranya ketua pengawas tidak hadir2.3.Mengendalikan perhimpunan pada setiap pagi secara bergilir-gilir dengan ketua pengawas3. SETIAUSAHA 1 DAN 2 / DATA3.1.Memastikan semua pengawas yang telah dilantik menganggotai LPS mengisi borang keahlian.3.2.Menyediakan jadual tugas bagi Lembaga Pengawas bersama AMT dan Ketua Biro3.3.Mencatat minit mesyuarat dan kehadiran serta menyerahkan 1 salinan kepada guru penasihat LPS bagi pengesahan3.4.Memastikan semua rekod pentadbiran pengawas difailkan dengan sistematik3.5.Memantau dan memastikan fail-fail setiap biro sentiasa kemas, berisi dan berada di rak Bilik Gerakan LPS3.6.Memasukkan dan mengemaskini data Merit pengawas dan menyediakan laporan setiap akhir bulan.3.7.Mengeluarkan surat Amaran, Gantung dan Lucut Jawatan pengawas mengikut arahan Guru Penasihat LPS. 4. BENDAHARI4.1.Bertindak sebagai pengurus kewangan LPS dengan pemantauan dan persetujuan guru penasihat LPS4.2.Menyediakan sebuah buku lejar bagi memudahkan urusan keluar masuk duit4.3.Mengutip yuran keahlian LPS dan mengendalikannya dengan penuh amanah dan berhati-hati dibantu oleh Setiausaha4.4.Menyedia dan membentang laporan yuran keahlian terkini setiap kali mesyuarat LPS diadakan4.5.Mengemaskini fail keluar masuk duit pengawas pada setiap awal dan akhir penggal persekolahan4.6.Membentang laporan kewangan LPS pada mesyuarat perdana setiap sesi persekolahan baharu5. KETUA DISIPLIN5.1.Bertanggungjawab terhadap disiplin pengawas dan murid5.2.Melakukan rondaan pada waktu rehat berdasarkan jadual bagi memantau tugas dan disiplin pengawas5.3.Memastikan pengawas menjalankan tugas dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah5.4.Menyediakan laporan Disiplin LPS setiap minggu dan direkodkan di dalam fail Disiplin5.5.Memastikan laporan Disiplin Pengawas ditandatangani oleh guru penasihat LPS setiap minggu6. KETUA KECERIAAN6.1.Mengurus rancangan kebersihan dan keceriaan sekolah6.2.Memastikan bilik gerakan pengawas sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih6.3.Meronda kawasan sekolah dan bilik darjah bagi memastikan keadaan sentiasa bersih, ceria dan selamat.6.4.Memastikan lampu, kipas dan pintu kelas tertutup sewaktu pelajar keluar rehat dan bertanggungjawab mencatat kelas yang telah melanggar disiplin dan peraturan sekolah6.5.Menyediakan laporan dalam fail biro6.6.Memastikan kantin dalam keadaan bersih6.7.Menjadi tulang belakang dalam menjaga dan mengawal kebersihan sekolah ketika sesuatu aktiviti dijalankan. 7. KETUA KESELAMATAN7.1.Memastikan keselamatan harta sekolah dan murid terkawal7.2.Memantau tempat tempat murid melepak di kawasan sekolah7.3.Meronda kawasan sekolah berdasarkan jadual bertugas7.4.Membuat laporan harian dalam fail biro7.5.Memastikan murid menggunakan laluan yang dibenarkan sewaktu datang dan balik dari sekolah7.6.Menerima dan mencatat aduan gangguan / ancaman keselamatan pengawas / murid dan dilaporkan kepada Guru Penasihat LPS / Disiplin.8. KETUA ROHANI / KEBAJIKAN8.1.Memastikan kebajikan pengawas dijaga8.2.Menolong guru-guru sekiranya terdapat pelajar yang sakit8.3.Mencatat nama pengawas yang balik awal atau sakit8.4.Menyiapkan laporan setiap hari dalam fail biro8.5.Memastikan ketiga-tiga bendera telah dipasang di tiang serta pengawas yang bertugas menaikkan bendera sudah bersedia8.6.Menyediakan jadual pelaksanaan Program Bacaan Yasin dalam bentuk kumpulan dengan diketuai oleh seorang ketua.8.7.Melaksanakan program kerohanian / kebajikan / khidmat sosial untuk para pengawas.8.8.Mengetuai penglibatan pengawas dalam semua aktiviti kerohanian di bawah Panitia Pendidikan Islam dan AJK Surau.8.9.Memastikan harta pengawas mencukupi9. KETUA AKADEMIK9.1.Mengumpul dan menghantar keputusan peperiksaan mengikut tingkatan kepada Guru Penasihat LPS selewat-lewatnya 2 minggu selepas peperiksaan.9.2.Merangka program untuk meningkatkan akademik pengawas9.3.Membantu pengawas yang mempunyai masalah akademik9.4.Mengemaskini fail akademik pengawas9.5.Membuat analisis kecemerlangan prestasi akademik pengaws10. KETUA LATIHAN10.1. Membentuk unit kecil bagi setiap pengawas yang diketuai oleh seorang ketua.10.2. Membentangkan fungsi ketua unit dalam Mesyuarat LPS10.3. Menyediakan modul-modul latihan yang mampu menyerlah potensi pengawas dari aspek kepimpinan, kerjasama dan sebagainya.10.4. Membentuk kerjasama erat dengan Kaunselor dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).10.5. Merangka latihan tertentu bagi penyediaan Ketua Pengawas dan AMT bagi sesi berikutnya.10.6. Memantau perkembangan pengawas percubaan sepanjang tempoh latihan.10.7. Menghantar laporan pemantauan terhadap individu mengikut keperluan Guru Penasihat LPS. * Bidang tugasan ini boleh berubah mengikut kehendak semasa Guru Penasihat LPSHURAIAN TUGAS AHLI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH1.PERHIMPUNAN1.1.BARISAN MURID1.1.1.Semua pengawas perlu datang awal selewat-lewatnya jam 7.10 pagi1.1.2.Mengawasi barisan murid agar teratur dan senyap1.1.3.Murid yang bercakap / bersembang ditegur / diberi amaran 1.1.4.Pastikan murid tidak berlonggok semasa dalam keadaan duduk1.1.5.Pastikan murid berbaris mengikut kelas masing-masing1.1.6.Pastikan murid meletakkan beg di laluan yang ditetapkan.1.1.7.Jika murid tersebut tidak mengendahkan teguran tersebut minta bantuan pengawas senior atau Guru Disiplin1.1.8.Pastikan pengawas tidak berborak, membaca atau mebuat kerja sekolah semasa dalam perhimpunan1.1.9.Pastikan murid menghormati lagu Kebangsaan, lagu Wilayah dan Sekolah serta bacaan ikrar.1.1.10. Arahkan segala peraturan yang tersebut di atas. Sekiranya murid ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya ATAU bawa keluar murid ke kawasan salahlaku disiplin.1.2.DEWAN MAKAN1.2.1.Pastikan sebelum jam 7.10, murid sudah meninggalkan dewan makan menuju ke tapak perhimpunan. 1.2.2.Pengawas perlu bertugas seawal jam 7.05 dan berdiri di laluan dewan makan untuk menutup laluan1.3.PENTAS1.3.1.Pengawas perlu datang awal, selewat-lewatnya jam 7.05 pagi1.3.2.Laporkan diri pada ketua pengawas pada setiap pagi1.3.3.Ketua pengawas perlu mencari pengganti segera jika ahli bertugas tidak hadir1.3.4.Ketua pengawas perlu memastikan perkara di bawah telah siap sedia:Bil.TugasCatatan

1.Pengacara MajlisBersedia awal dan kenalpasti guru bertugasJam 7.10 guru bertugas akan mengarahkan semua murid duduk di perhimpunanKetua Pengawas akan mengambil alih perhimpunan sebelum diserahkan semula kepada guru bertugasPastikan murid senyap dan bersedia sebelum memulakan perhimpunanArahkan pengawas mengawal barisan murid

2.PA SistemSiap dipasang oleh AJK PA Sistem

3.DoaPengawas yang bertugas hendaklah bersedia dengan teksMembaca dengan jelas dan penuh penghayatan

4.IkrarKetua Pengawas akan memimpin bacaanMembaca dengan suara yang jelas dan lantang

5.BenderaPengawas yang bertugas perlu bersedia awalBerdiri tegak semasa menaikkan bendera

6.KerusiDiketuai oleh Ketua Biro Keceriaan / AsetMemastikan bilangan kerusi mencukupi dan kedudukan kerusi selesa

7.RondaanDilakukan selepas nyanyian lagu Kebangsaan atau ikrarDua orang pengawas diperlukan

1.4.PAGAR1.4.1. Pengawas pencatat kehadiran perlu berada di pagar selewat-lewatnya jam 7.05 pagi1.4.2. Pengawas bertugas di kawasan tempat menunggu bas perlu berada di tempat tersebutselewat-lewatnya jam 7.05 pagi1.4.3.Murid lewat 7.25 pagi perlu diberi SLIP LEWAT dan diisi dalam Buku Daftar Pelajar Lewat1.4.4.Murid lewat 7.20 pagi tidak perlu diberikan SLIP LEWAT tetapi dikira lewat perhimpunan.1.4.5.Semua murid yang lewat dibawa ke dataran perhimpunan dan berdiri sebaris di hadapan Bengkel Kayu dan Logam.1.4.6.Semasa murid lewat mengambil dan mengisi SLIP LEWAT, pengawas perlu pastikan murid dalam keadaan yang teratur.1.4.7.Sekiranya SLIP LEWAT sudah berbaki kurang 100 helai, sila pastikan SLIP LEWAT di fotostat semula.1.5.TERMINAL1.5.1.Sebelum guru bertugas menamatkan perhimpunan, pengawas perlu bergerak pantas membentuk terminal.1.5.2.Lakukan pemeriksaan disiplin mengikut keperluan semasa. Iaitu: Tali leher, lencana, tanda nama, tali pinggang, baju di dalam, kasut, stoking pendek, pakaian uniform, baju sukan yang tidak dibenarkan, tidak masuk ke dalam seluar, kuku panjang, tudung singkat, anak tudung warna selain putih,rambut panjang, berwarna, berekor dan berfesyen.1.5.3.Pastikan ada 2 orang pencatat kesalahan dan 2 orang pengurus barisan murid yang berkenaan.1.5.4.Serahkan murid-murid berkenaan kepada guru Disiplin / GPK HEM yang bertugas.1.5.5.SLIP LEWAT perlu mendapat tandatangan GPK HEM / Ketua Guru Disiplin sahaja.2.WAKTU REHAT2.1.KAWASAN BLOK2.1.1. Semua murid adalah dilarang berada di dalam kelas2.1.2.Jika ada murid yang berada di dalam kelas, arahkan keluar. Sekiranya ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya.2.1.3.Pengawas yang berkenaan perlu melakukan rondaan.2.1.4.Pengawas tidak dibenarkan sama sekali membawa rakan semasa bertugas.2.1.5.Kawasan larangan makan adalah dewan terbuka, surau, koridor bangunan sekolah, pondok berhadapan bilik Aset dan pentas dataran.2.2.TANGGA2.2.1.Memastikan tiada murid yang melalui tangga sepanjang waktu rehat 2.2.2.Mengawal pergerakan murid naik ke kelas dan pastikan tidak bising2.2.3.Pengawas bertugas tidak dibenarkan meninggalkan tugas selagi loceng tamat rehat masih belum dibunyikan.2.2.4.Pengawas bertugas boleh meninggalkan tangga tempat bertugas 5-10 minit selepas loceng berbunyi.2.2.5.Halang murid daripada menaiki / melalui tangga sepanjang waktu rehat. Sekiranya ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya.2.3.DEWAN MAKAN2.3.1.Memastikan murid mengemaskan semua pinggan dan gelas yang telah digunakan dan dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.2.3.2.Memastikan semua murid meninggalkan dewan makan sebelum loceng tamat rehat berbunyi.2.3.3.Arahkan murid mengutip semula peralatan makanan dan meninggalkan dewan makan, jika enggan, catat nama, tingkatan, tarikh, masa dan tempat kejadian dan laporkan kepada Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya2.4.TANDAS2.4.1.Memastikan tiada murid yang membawa / menghisap rokok 2.4.2.Pengawas bertugas perlu mengawal bilangan murid yang berada di dalam tandas2.4.3.Memastikan tiada murid di dalam tandas selepas loceng tamat rehat berbunyi.2.4.4.Pengawas bertugas boleh meninggalkan tempat bertugas 5-10 minit selepas loceng berbunyi.2.4.5.Halang murid daripada merokok dan melepak di dalam tandas sepanjang waktu rehat. Sekiranya ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya.2.5.SURAU2.5.1.Membuat rondaan di kawasan surau2.5.2.Memastikan tiada murid yang melepak atau makan di kawasan surau2.5.3.Pengawas bertanggungjawab perlu sentiasa berada di kawasan surau sepanjang masa rehat.2.5.4.Arahkan murid meninggalkan surau, jika enggan, catat nama, tingkatan, tarikh, masa dan tempat kejadian dan laporkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya2.6.DEWAN TERBUKA / KOPERASI / PENTAS2.6.1.Pastikan tiada murid yang makan makanan berat di kawasan ini semasa rehat.2.6.2.Pastikan suis kipas dimatikan semasa waktu rehat.2.6.3.Pastikan murid tidak membeli makanan selepas loceng berbunyi.2.6.4.Pengawas tidak perlu bertugas di dalam koperasi.2.6.5.Arahkan murid, jika enggan, catat nama, tingkatan, tarikh, masa dan tempat kejadian dan laporkan kepada Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya* Bidang tugasan ini boleh berubah mengikut kehendak semasa Guru Penasihat LPS