Upload
amirazros
View
3.379
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Mata pelajaran Ekonomi Asas merupakan satu daripada mata pelajaran di bawah kumpulan Teknik dan Vokasional untuk menengah atas. Kurikulum Ekonomi Asas digubal dengan tujuan memberi murid pemahaman teguh mengenai prinsip asas ekonomi bagi membantu murid memahami dunia moden dan membuat keputusan yang akan membentuk masa depan. Melalui mata pelajaran ini, murid dapat memahami masalah yang berpunca daripada sumber terhad dan membuat pilihan yang rasional tentang penggunaannya. Pemahaman ekonomi juga dapat membantu individu memainkan peranan sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab dalam masyarakat.
Citation preview
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
1.0 Pengenalan
Mata pelajaran Ekonomi Asas merupakan satu daripada mata
pelajaran di bawah kumpulan Teknik dan Vokasional untuk menengah
atas. Kurikulum Ekonomi Asas digubal dengan tujuan memberi murid
pemahaman teguh mengenai prinsip asas ekonomi bagi membantu murid
memahami dunia moden dan membuat keputusan yang akan membentuk
masa depan. Melalui mata pelajaran ini, murid dapat memahami masalah
yang berpunca daripada sumber terhad dan membuat pilihan yang
rasional tentang penggunaannya. Pemahaman ekonomi juga dapat
membantu individu memainkan peranan sebagai pengguna dan pengeluar
yang bertanggungjawab dalam masyarakat.
Selain itu murid juga dapat memahami dan menghargai fungsi
serta peranan bank dan institusi kewangan lain di samping memperoleh
kemahiran mencari, memahami serta menilai maklumat yang berkaitan
dengan ekonomi. Dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
diperoleh, murid dapat memainkan peranan yang berkesan dan bermakna
dalam kehidupan seharian.
Sukatan pelajaran Ekonomi Asas dirancang dan digubal untuk
menyumbang ke arah pembinaan insan yang baik, seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Ekonomi Asas
diperjelas dalam dua dokumen, iaitu Sukatan pelajaran dan Huraian
Sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran menggariskan matlamat, objektif,
penekanan dan kandungan kurikulum secara umum. Huraian Sukatan
pelajaran memperincikan kehendak kurikulum Ekonomi Asas di mana
maklumat tentang matlamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas
tentang kemahiran berfikir, kemahiran generik, strategi pengajaran dan
pembelajaran dan organisasi isi kandungan juga terkandung didalamnya.
1
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
2.0 Latar Belakang Ekonomi Asas.
Mata pelajaran Ekonomi Asas adalah salah satu mata pelajaran
elektif untuk Tingkatan IV dan V. Tujuan sukatan pelajaran Ekonomi Asas
digubal adalah untuk memberi murid pemahaman yang sewajarnya
mengenai prinsip asas ekonomi bagi membantu mereka lebih memahami
zaman kini yang lebih mencabar serta berteknologi. Selain itu, mereka
juga dapat mempelajari bagaimana membuat keputusan dengan lebih
tepat untuk memberikan impak yang positif untuk masa kini dan masa
akan datang. Secara tidak langsung, mata pelajaran ini dapat membantu
mereka untuk memahami masalah yang berpunca daripada sumber
terhad dan dapat membuat pilihan yang rasional tentang
penggunaannya. Apabila dilihat daripada aspek kepentingan secara
keseluruhannya, pemahaman ekonomi ini juga dapat membantu individu
tersebut dalam memainkan peranan sebagai pengguna dan pengeluar
yang bertanggungjawab dalam masyarakat serta penglibatan mereka
dalam aktiviti pembangunan ekonomi negara dan perdagangan
antarabangsa.
2.1 Matlamat
Merujuk kepada matlamat kurikulum Ekonomi Asas ini, tujuan
sebenarnya mata pelajaran ini diwujudkan adalah untuk membekalkan
murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas ekonomi. Selain
daripada itu, pembelajaran mata pelajaran ini juga dapat memupuk nilai-
nilai murni dan serta semangat patriotik supaya mereka mempunyai
kesedaran dan memahami masalah ekonomi yang berlaku di Negara
Malaysia khususnya. Apabila mereka memahami asas ekonomi ini,
secara automatiknya mereka akan lebih menghargai sumbangan daripada
segala kegiatan ekonomi yang dijalankan serta menyelesaikan masalah
ekonomi yang melanda Negara ini dengan lebih berkesan dan
bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.
2
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
2.2 Objektif Mata Pelajaran
Objektif Kurikulum Ekonomi Asas adalah untuk membolehkan
murid mencapai beberapa aspek positif. Antaranya ialah untuk
memastikan murid lebih memahami konsep dan prinsip asas ekonomi
bagi mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian khususnya sebagai
seorang pengguna.
Selain daripada itu, mata pelajaran ini juga memberi peluang
kepada semua murid untuk mendapat pengetahuan dan bijak dalam
menghubungkaitkan konsep dan prinsip asas mata pelajaran ini bagi
memastikan mereka dapat menjadi pengguna yang bijak di dalam
masyarakat.
Objektif yang ketiga pula, lebih kepada memberi peluang kepada
murid dalam memupuk dan mengembangkan minat mereka di dalam
mata pelajaran ini. Apabila mereka mempunyai minat terhadap mata
pelajaran ini, maka mereka akan lebih terdedah kepada fenomena
ekonomi Negara masa kini.
Selain itu, mata pelajaran ini juga dapat memberi peluang kepada
murid untuk mengenalpasti sesuatu isu ekonomi disamping dapat
meningkatkan keprihatinan murid terhadap masalah dan isu semasa yang
berkaitan dengan ekonomi samaada didalam atau diluar Negara.
Murid juga dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang
dipelajari semasa didalam kelas. Secara tidak langsung, mereka dapat
berperanan sebagai pengguna, pengeluar, ahli masyarakat dan
warganegara yang bijak, rasional dan bertanggungjawab.
Akhir sekali, mata pelajaran ini dapat memberi kebaikan sekiranya
murid mengamalkan apa yang dipelajari serta menghayati nilai-nilai sosial.
Ini juga dapat membantu mereka dalam membuat keputusan yang lebih
rasional dan bertanggungjawab untuk kesejahteraan diri, keluarga,
masyarakat dan Negara.
3
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
2.3 Sukatan Mata Pelajaran
2.3.1 Ekonomi Asas Tingkatan 4
Kandungan Perincian
Pengenalan Kepada
Ekonomi
1.Pengertian a.Masalah Ekonomi b.Jenis barang2.Masalah asas Ekonomi.3.Sistem Ekonomi dan penyelesaian
Pendapatan dan
Penggunaan
Pendapatan Individu
1.Pemilihan pekerjaan2.Pendapatan individu3.Pendapatan boleh guna4.Penggunaan pendapatan boleh guna a. Keperluan dan kehendak b. Belanjawan peribadi c. Konsep tabungan, pinjaman dan pelaburan
Isi Rumah sebagai
Pengguna
1. Isi rumah a. Pengertian isi rumah b. Objektif penggunaan isi rumah2. Permintaan a. Konsep permintaan b. Penentu permintaan
c. Konsep keanjalan harga permintaan
Firma sebagai
Pengeluar
1. Firma dan pengeluarana. Pengertian firma
b. Pengeluaran c. Kos pengeluaran2. Penawaran a. Konsep penawaran b. Penentu penawaran c. Konsep keanjalan harga penawaran
Pasaran
1. Konsep pasaran 2. Pasaran barangan a. Permintaan pasaran b. Penawaran pasaran c. Keseimbangan pasaran3. Pasaran faktor
4
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
2.3.2 Ekonomi Asas Tingkatan 5
Kandungan Perincian
Wang dan Institusi Kewangan
1.Wang a. Pegertian wang b. Fungsi wang2.Bank a. Jenis-jenis Bank b. Fungsi Bank Perdagangan c. Fungsi Bank Pusat3.Insitusi kewangan bukan Bank a. Jenis institusi b. Fungsi instiusi
Ekonomi Malaysia
1.Struktur ekonomi Negara a. Pengenalan sektor ekonomi b. Masalah pergantungan ekonomi kepada sektor utama c. Perubahan sektor ekonomi2.Belanjawan Negara a. Sumber hasil kerajaan b. Perbelanjaan kerajaan c. Tujuan perbelanjaan negara d. Hutang Negara
Hubungan Ekonomi Antarabangsa
1.Perdagangan Antarabangsaa. Pengenalanb. Imbangan daganganc. Imbangan pembayarand. Sekatan perdagangan antarabangsa
2. Pertukaran asinga. Pengenalanb. Kadar pertukaran asingc. Kesan perubahan
5
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
2.4 Peruntukan Waktu Pengajaran
Berdasarkan pekeliling (Bil.17/1988) yang diedarkan pada tahun
1990 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 15 Disember 1990,
adalah merujuk kepada Sukatan Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa
untuk Mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) Bagi Sekolah Menengah Atas Mulai Tahun 1992. Berdasarkan
pekeliling tersebut bagi mata pelajaran elektif, iaitu Ekonomi Asas,
peruntukan waktu pengajaran adalah minimum sebanyak 3 kali seminggu
iaitu bersamaan dengan 120 minit/minggu(40 minit x 3).
Merujuk kepada contoh penuntukan waktu pengajaran bagi mata
pelajaran ini ialah sebanyak 4 kali seminggu bersamaan 160
minit/minggu(40 minit x 4) bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang,
di Kepong. Manakala bagi Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, di
Kuantan pula, peruntukan waktu pengajaran ialah 6 masa seminggu iaitu
bersamaan dengan 240 minit/minggu(40 minit x 6).
6
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
3.0 Perkembangan Potensi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani Secara
Seimbang dan Harmonis.
3.1 Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information
and Communication Technology) atau ICT boleh diringkaskan
sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan
penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.
Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu
bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat
menjadi sangat pantas. ICT juga melibatkan kemahiran
penggunaan alatan dengan memahami dan menggunakan kaedah
saintifik serta prinsip teknologi tanpa mengenepikan etika dan
tanggungjawab sosial.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet
dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon,
telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat kepada penerima.
Jadi dengan penggunaan ICT ini, guru mata pelajaran
Ekonomi Asas dan juga para murid dapat menjadikan pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik. Secara tidak
langsung ianya dapat meningkatkan pretasi murid dalam mata
pelajaran ini.
Sebagai cadangan permainan komputer diperkenalkan
dalam pembelajaran ekonomi asas. Ia bersesuaian dengan
perkembangan terkini yang melibatkan penggunaan ICT yang
begitu meluas. Permainan pendidikan komputer akan memberi
7
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
kebebasan, ruang dan peluang kepada murid untuk belajar secara
akses kendiri tanpa bantuan guru di sekolah dan mereka boleh
menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
mereka berada.
3.2 Komunikasi Berkesan
Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan
mesej dari seorang kepada yang lain. Ia juga adalah proses
mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang
disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang
dikongsi bersama.
Komunikasi yang berkesan akan berlaku dalam keadaan
seperti, mesej yang disampaikan oleh guru dapat difahami dengan
tepat dan jelas oleh murid. Sebagai contoh, jika guru
menyampaikan maklumat tentang sistem ekonomi dan
penyelesaian masalah asas ekonomi, para murid seharusnya dapat
mengenal pasti pelbagai sistem ekonomi, menerangkan ciri-ciri
setiap sistem ekonomi dan memberi contoh negara untuk setiap
sistem ekonomi.
Antara kemahiran komunikasi berkesan yang boleh guru
gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah:
3.2.1 Kemahiran tingkah laku
Kemahiran ini melibatkan komunikasi antara penghantar
mesej (guru) dan penerima mesej (murid). Kemahiran ini penting
supaya guru dapat menilai samada murid memahami atau tidak
ketika mesej disampaikan. Dalam kemahiran ini juga, kedudukan
tubuh dan mimik muka juga penting. Ini adalah kerana, dengan
8
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
bahasa gerak tubuh berkesan yang ditunjukkan oleh guru, secara
tidak langsung ia menarik minat dan perhatian murid untuk lebih
memahami mesej atau topik yang hendak disampaikan.
3.2.2 Kemahiran menimbulkan minat orang
Dalam kemahiran ini, para guru dicadangkan untuk
menyelitkan hiburan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
agar murid tidak bosan atau hilang perhatian ketika mesej
disampaikan. Selain itu, dalam kemahiran ini juga dicadangkan
para guru menggunakan pendekatan seperti perbualan dalam
menyampaikan maklumat kepada murid. Ini akan menjadikan
murid lebih memahami sekiranya terdapat sebarang masalah
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Ekonomi Asas
ini.
Kesimpulannya para murid akan mempunyai kebolehan
menyata, menghurai, menjawab soalan, berucap dan menulis
sekiranya komunikasi di antara guru dan murid itu benar-benar
berkesan ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3.3 Bekerja Dengan Orang Lain Secara Berkumpulan
Tidak semua murid dapat berinteraksi dengan baik sewaktu
didalam kelas. Sama ada ketika guru sedang mengajar atau guru
mengajukan beberapa soalan yang berkaitan. Secara tidak
langsung, apabila murid didedahkan dengan mata pelajaran
ekonomi yang merupakan mata pelajaran yang memerlukan
perbincangan secara berkumpulan, maka secara tidak langsung
murid akan didedahkan dengan cara berkomunikasi dan bergaul
dengan ahli kumpulan secara lebih terbuka. Bekerja didalam satu
kumpulan atau pasukan akan membantu mengembangkan lagi
9
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
potensi individu. Sifat malu dan tidak yakin pada diri sendiri akan
terhakis sedikit demi sedikit. Kemampuan murid menyuarakan
pendapat atau pandangan sewaktu perbincangan didalam kelas
membuka ruang yang lebih besar untuk memberikan keyakinan diri
kepada murid. Topik-topik yang berkaitan yang memerlukan
perbincangan secara berkumpulan juga akan membantu individu
bekerja dengan individu lain secara lebih aktif.
Bukan itu sahaja, malah sikap murid yang mampu bekerja
dengan orang lain sejak dari di peringkat sekolah dapat membantu
murid tersebut apabila terdedah dengan suasana pekerjaan apabila
telah tamat belajar. Perkembangan diri murid terbentuk sejak dari
sekolah lagi dan dibawa sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Banyak perbincangan didalam kumpulan mampu melahirkan
percambahan minda yang lebih kreatif dan inovatif. Sama ada
didalam kumpulan yang kecil atau kumpulan perbincangan yang
besar, murid dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang
cukup baik bagi memastikan kumpulan atau pasukan mereka akan
menjadi kumpulan yang terbaik.
Secara keseluruhannya, keterampilan murid dapat
diwujudkan dalam mata pelajaran Ekonomi Asas bila adanya
perbincangan didalam satu kumpulan atau membuat sesuatu
tugasan didalam satu pasukan.
3.4 Mampu Untuk Memahami Budaya Orang Lain
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum,
penuh dengan tradisi, adat dan budaya. Apabila murid didedahkan
dengan mata pelajaran ekonomi asas, secara amnya terdapat
banyak nilai-nilai murni yang terkandung didalam mata pelajaran
ini. Memahami budaya dan adat individu lain sekaligus akan
melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang murid. Murid yang
10
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
bergaul dengan individu pelbagai kaum dan budaya akan
mewujudkan perpaduan dikalangan individu lain lebih-lebih lagi
apabila mereka telah tamat zaman persekolahan. Sikap bertolak
ansur dan saling hormat menghormati dikalangan murid sama ada
satu bangsa atau berlainan bangsa akan mewujudkan satu bangsa
Malaysia yang utuh dan kuat. Selaras dengan laungan Perdana
Menteri didalam 1 Malaysia. Jika murid telah didedahkan
diperingkat sekolah, maka sikap ini juga akan dikembangkan
sewaktu di alam pekerjaan.
Nilai-nilai murni yang wujud didalam diri murid boleh
dikembangkan dan diaplikasikan secara keseluruhannya didalam
beberapa bab didalam mata pelajaran ekonomi asas tingkatan IV
dan V. Pelajaran ekonomi asas akan membantu murid ini
memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan setiap
individu dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengguna,
pengeluar dan masyarakat yang adil dan bijaksana untuk kemajuan
ekonomi negara Malaysia. Bukan itu saja, malah sekolah akan
melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran kelas pertama.
Selain daripada melahirkan warganegara yang mempunyai
kepercayaan kepada tuhan dan patuh kepada ajaran agama, murid
juga dapat menimba pengetahuan, kemahiran, keterampilan dan
sikap bertanggungjawab bagi mencapai kesejahteraan diri. Nilai
murni dan akhlak mulia perlu dikekalkan agar dapat memberi
sumbangan besar terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
3.5 Kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik.
Dengan mempelajari Ekonomi Asas, murid akan mempunyai
dan menguasai Kemahiran menggunakan idea dan teknik
matematik. Ini kerana dengan mempelajari Ekonomi Asas murid
11
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
akan mempunyai kebolehan menggunakan idea dan prinsip
matematik dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian.
Ekonomi merupakan satu mata pelajaran yang menghubung
kaitkan banyak kemahiran seperti memahami konsep, mengira,
melakar keluk dan mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam
menyelesaikan masalah. Mata pelajaran ekonomi adalah berbeza
dari mata pelajaran sains sosial dan mata pelajaran yang
berasaskan pengurusan yang lain. Ini kerana mata pelajaran
ekonomi berkaitan dengan analisa dan pemikiran kritikal.
Mata pelajaran ekonomi bukan sahaja memerlukan
kemahiran dalam pengiraan, malah mereka juga perlu bijak
memahami dan mengaplikasikan teori serta berkemahiran untuk
melakar dan menghuraikan keluk.
Kajian menunjukkan bahawa hubungan positif yang
signifikan antara keputusan ekonomi dengan pencapaian mata
pelajaran matematik. Murid yang mendapat keputusan yang baik
dalam matematik khususnya matematik tambahan menunjukkan
pencapaian yang baik dalam mata pelajaran ekonomi. Ini
menunjukkan bahawa prestasi seseorang murid dalam mata
pelajaran ekonomi adalah dipengaruhi secara langsung oleh tahap
penguasaan mereka dalam matematik dan sebaliknya.
Oleh itu, dengan mempelajari Ekonomi Asas murid dapat
mempunyai kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik
serta prinsip matematik dalam menyelesaikan masalah kehidupan
seharian yang berkaitan dengan Ekonomi.
12
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
3.6 Kemahiran Menyelesai Masalah.
Penyelesaian masalah merupakan sebahagian pemikiran.
Dianggap sebagai fungsi intelektual yang paling rumit,
penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai satu proses kognitif
yang berperingkat tinggi dan yang memerlukan pemodulatan serta
pengawalan kemahiran-kemahiran yang lebih rutin atau asas
(Goldstein & Levin, 1987). Penyelesaian masalah berlaku apabila
sebuah organisma atau sistem kecerdasan buatan tidak tahu
bagaimana menuju daripada satu keadaan yang diberikan kepada
satu keadaan sasaran yang diingini. Ia merupakan sebahagian
daripada proses masalah yang lebih besar yang meliputi pencarian
masalah serta pembentukan masalah.
Mata pelajaran ekonomi asas dapat meningkatkan
kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan murid. Apa yang
kita sedia tahu, penyelesaian masalah ekonomi memerlukan murid
membuat andaian dan hipotesis. Dengan adanya keperluan
tersebut secara tidak langsung akan mengembangkan potensi
murid dari aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani secara
seimbang dan harmonis.
Kemahiran membuat andaian dan hipotesis memerlukan
murid berfikir secara terbuka dan kehadapan, tenang dan
memerlukan penumpuan yang penuh terhadap andaian yang akan
dikeluarkan. Sekiranya murid dapat membuat andaian yang tepat
dalam penyelesaian masalah ekonomi, murid itu mempunyai
perkembangan potensi intelek, rohani dan jasmani yang seimbang
dan harmonis.
Sebagai contoh di dalam sukatan pelajaran ekonomi asas
tingkatan 4 ( masalah asas ekonomi ). Dalam topik ini murid perlu
memikirkan apa yang hendak dikeluarkan, berapa yang hendak
13
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
dikeluarkan, bagaimana hendak dikueluarkan dan untuk siapa
dikeluarkan sekiranya sumber-sumber ekonomi itu terhad. Andaian
yang dikeluarkan perlulah efektik dengan sumber yang ada. Hal
yang demikian, murid akan cuba menyelesaikan masalah tersebuat
dengan berfikir cara yang terbaik dalam pelbagai situasi yang
berlaku dan menghasilkan pendekatan yang kreatif dan berguna
dalam keseimbangan perkembangan.
3.7 Kemahiran Mengurus, Memilih Dan Menganalisis Maklumat.
Dalam sukatan pelajaran ekonomi asas tingkatan empat
bab permintaan, bab ini memerlukan murid mempunyai kemahiran
mengurus, memilih dan menganalisis maklumat. Ini kerana murid
perlu mengurus sumber ekonomi yang sedia ada terhadap
permintaan barang tersebut. Selain itu, murid perlu memilih faktor-
faktor yang mempengaruhi permintaan dan menganalisis maklumat
terhadap permintaan yang ada.
Antara faktor-faktor permintaan yang mempengaruhi
permintaan yang murid perlu analisis ialah harga barang yang
dikeluarkan, harga barang lain, persaingan, pendapatan individu,
citarasa, jangkaan harga masa depan, musin dan dasar kerajaan.
Faktor-faktor ini perlu dianalisis dengan betul agar barang dapat
dijual di pasaran dan tidak mengalami kerugian. Sebagai contoh
persaingan, murid perlu pandai menganalisis maklumat pesaing
dengan tepat agar barang yang dihasilkan lebih berkualiti dan
mempunyai harga yang berpatutan daripada pesaing. Dengan
kemahiran yang ada pada murid dalam proses menganalisis
maklumat, perkembangan pemikiran dari aspek intelek, rohani dan
jasmani dapat meningkat pada kadar seimbang.
Dalam proses mengurus faktor-faktor yang mempengaruhi
permintaan, terdapat tiga aras yang murid perlu faham iaitu aras
14
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
yang pertama ialah mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi permintaan, aras kedua ialah menghuraikan
bagaimana harga barang itu, harga barang lain, pendapatan
individu, citarasa, jangkaan masa depan, musim dan dasar
kerajaan mengakibatkan perubahan dalam permintaan sesuatu
barang dan aras ketiga ialah membezakan antara perubahan
dalam kuantiti diminta dengan perubahan permintaan sesuatu
barang berdasarkan keluk. Andaian terhadap faktor perlu dibuat
iaitu andaikan faktor lain tidak berubah semasa menerangkan
setiap faktor itu (ceteris paribus) dan perubahan pendapatan akan
menyebabkan perubahan permintaan tanpa mengambilkira jenis
barang.
Apabila digabungkan ketiga-tiga kemahiran tersebuat iaitu
mengurus, memilih serta menganalisis faktor permintaan, murid
akan memperoleh satu perkembangan intelek yang sejajar dengan
perkembangan ekonomi negara.
3.8 Merancang dan Mengelola Aktiviti.
Seperti sedia maklum, apabila murid sudah mempelajari
sesuatu perkara maka secara tidak langsung, mereka akan
berkebolehan dan berkemahiran untuk membuat perancangan dan
mengelola sesuatu aktiviti. Melalui pendekatan ini, pelbagai
perancangan yang positif dapat dibina dan secara automatiknya
akan terhasilnya keputusan yang memberangsangkan serta
menguntungkan mereka.
Jika dilihat di dalam persekitaran persekolahan, murid yang
menyertai Kelab Ekonomi dapat merancang untuk membuat
pelaburan semasa sesuatu aktiviti di sekolah seperti Hari Sukan
15
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
Tahunan atau Hari Keusahawanan. Pendekatan seperti ini juga
memberi peluang kepada murid untuk merancang perjalanan
aktiviti gerai jualan untuk menambahkan tabungan kelab mereka.
Melalui aktiviti ini, mereka akan belajar bagaimana untuk mengelola
serta menguruskan gerai jualan tersebut daripada mula
sehinggalah berakhirnya tempoh jualan tersebut.
Selain daripada itu, murid yang mempunyai kemahiran dan
bekebolan serta pengetahuan yang tinggi di dalam mata pelajaran
ini juga dapat mengaplikasikan kepelbagaian topik mata pelajaran
ini untuk kehidupan harian mereka. Ini dapat dilihat, konsep
tabungan dan belanjawan peribadi dapat dipelajari oleh mereka
melalui sukatan mata pelajaran di tingkatan 4 khususnya. Melalui
pengetahuan ini, murid dapat merancang untuk menyimpan dan
menabung untuk penggunana pada masa hadapan mereka.
Apabila mereka bijak untuk merancang tabungan mereka maka
ianya akan memberikan kesan yang positif kepada diri mereka
sendiri.
Selain itu, mata pelajaran ini juga memberi impak yang
positif kepada murid kerana mereka dapat mempelajarinya untuk
menjadi pengguna yang bijak.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa mata pelajaran ini
memberi peluang untuk murid menjadi perancang yang bijak,
berdedidaksi dan berkebolehan untuk mengelola apa sahaja aktiviti
di dalam mengaplikasikan segala maklumat serta ilmu yang
diperolehi daripada mata pelajaran ini.
16
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
4.0 Cadangan dan Pendapat.
4.1 Perkembangan Terkini Dalam Pedagogi.
Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya
pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah
sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara
umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi
mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang
kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi
sekolah dan juga interaksi guru-murid. Perkembangkan secara
seimbang dan harmonis dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran ekonomi asas dapat ditingkatkan dengan perkembangan
terkini dalam bidang pedagogi.
Terdapat empat aspek yang diambil kira dalam
perkembangan ini iaitu pembelajaran kontekstual, pendekatan
konstruktivisme, pembelajaran masteri, dan kecerdasan pelbagai.
Aspek-aspek ini sangat berkait dengan diri murid-murid sama ada
kehidupan seharian mahupun pencetusan idea baru berasaskan
pengetahuan sedia ada.
Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang
dikaitkan dengan kehidupan seharian murid, iaitu murid belajar
secara menyiasat. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan antara
bahan yang diajar mempunyai kaitan secara lansung dengan
kehidupan harian dieksplisitkan. Dalam konteks ini, murid tidak
belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghayati kesesuaian
pembelajaran Ekonomi Asas dengan kehidupan mereka.
Pendekatan konstruktivisme menganggap bahawa
pembelajaran adalah satu proses aktif iaitu murid membina sendiri
17
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
idea atau konsep baru berasaskan kepada pengetahuan sedia ada.
Murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi
menstruktur semula idea mereka. Dari segi pengajaran dan
pembelajaran guru hendaklah menggunakan kaedah penemuan
iaitu guru dan murid berdialog secara aktif. Murid berpeluang
bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat
refleksi.
Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan yang
memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang
ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa
setiap murid mampu belajar dengan syarat wujudnya pengajaran
dan pembelajaran berkualiti dan masa yang mencukupi. Murid
perlu diberi peluang untuk belajar mengikut kadar kemampuannya.
Kemajuan murid dinilai dan seterusnya aktiviti pengayaan dan
pemulihan diadakan.
Teori Kecerdasan Pelbagai menyatakan bahawa manusia
mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences)
yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau
kemahiran yang wujud secara semulajadi. Tahap kecerdasan bagi
setiap elemen tersebut adalah berbeza dan ia boleh berubah
mengikut masa dan kematangannya. Oleh itu kelapan-lapan
kecerdasan boleh dipupuk dan dibangunkan. Teori ini juga
menyatakan bahawa pembelajaran individu adalah lebih mudah
sekiranya ia dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan
kecerdasan dominan sedia ada individu.
18
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
4.2 Penggunaan Forum Sebagai Alat Altenatif Pembelajaran.
Penggunaan forum sebagat alat altenatif pembelajaran juga
dapat mengembangkan secara seimbang dan harmonis dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ekonomi asas.
Pelbagai cara forum boleh dilakukan di kalangan pelajar antaranya:
4.2.1 Mini forum di dalam kelas.
Salah satu sebab murid menganggap forum
merupakan satu kaedah yang menyeronokkkan ialah kerana
murid berpeluang untuk berbincang antara satu sama lain,
mengemukakan idea-idea dan bertukar-tukar pendapat.
Perbincangan semasa forum juga memberi peluang kepada
murid melibatkan diri secara aktif dalam kelas untuk
membincangkan sesuatu tugasan atau isu. Oleh itu guru
boleh membuat perancangan mengadakan Mini Forum di
dalam kelas masing-masing untuk menggalakan
pembelajaran ilmu ekonomi.
4.2.2 Forum melalui Laman Web
Pengajaran dan pembelajaran tidak seharusnya
terbatas di dalam kelas sahaja. Dengan menggunakan
teknologi maklumat, perbincangan forum juga boleh
diadakan melalui laman web. Guru boleh mengemukan
soalan-soalan yang berkaitan dengan isu-isu semasa
ekonomi dan menggalakkan murid memberi komen atau
pandangan tentang isu yang dibincangkan. Murid juga boleh
mengemukakan pertanyaan / persoalan yang mengenai
pembelajaran ekonomi pada bila-bila masa. Seterusnya,
masalah tidak dapat bertemu dengan guru dapat
19
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
diselesaikan dengan menggunakan kaedah forum melalui
laman web.
4.2.3 Menggalakkan pembelajaran kontekstual
Pertandingan forum yang dianjurkan telah meningkat
minat murid terhadap pembelajaran ilmu ekonomi kerana
murid bukan sahaja belajar ilmu ekonomi secara teori sahaja
tetapi mereka juga dapat menghayati kesesuaian
pembelajaran ilmu ekonomi dengan kehidupan mereka.
Justeru itu adalah dicadangkan guru dapat menyesuaikan
bahan pengajaran mereka untuk menggalakkan
pembelajaran kontekstual, iaitu mengaitkan bahan yang
diajar dengan kehidupan harian murid.
4.3 Strategi Pembelajaran Dan Pelajaran Yang Terancang.
Melalui strategi pengajaran dan pembelajaran yang
terancang, murid akan memperoleh pemahaman yang kukuh
tentang konsep, prinsip dan pengetahuan asas ekonomi. Murid
juga mampu menguasai pelbagai kemahiran seperti mencari,
memahami dan menilai maklumat yang berkaitan dengan ekonomi.
Maklumat daripada laporan, makalah dan sumber-sumber
berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi wajar digunakan
untuk membincangkan isu dan masalah ekonomi semasa. Guru
hendaklah menggalakkan pelajar mengumpul maklumat daripada
sumber-sumber yang bersesuaian. Dengan ini proses pengajaran
dan pembelajaran pelbagai hala dapat diwujudkan. Justeru,
kemahiran murid membincang dan menganalisis masalah ekonomi
yang mudah serta membuat keputusan dengan bijak dan
bertanggungjawab dapat ditingkatkan. Murid juga dapat
20
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
menggunakan istilah dan laras bahasa ekonomi secara jelas dan
tepat.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai murni
dan semangat patriotik dipupuk secara bersepadu. Pengalaman
daripada pembelajaran Ekonomi Asas boleh memupuk sikap dan
nilai positif dalam diri murid. Penerapan nilai-nilai murni boleh
dilakukan sama ada secara bersahaja atau terancang tetapi
perlulah berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Walaupun nilai-nilai murni yang harus diterap tidak dinyatakan
secara khusus dalam hasil pembelajaran, guru hendaklah
merancang dengan rapi agar penerapan nilai-nilai ini dapat
dilaksanakan secara optimum. Oleh itu, guru digalakkan agar
meneliti semua hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang
pembelajaran sebelum memulakan pelajaran.
4.4 Menjadikan Mata Pelajaran Ekonomi Asas sebagai satu subjek yang wajib dipelajari oleh semua murid.
Semua murid adalah diwajibkan untuk mengambil mata
pelajaran ekonomi asas dalam memperkembangkan keterampilan
pelajar. Ini kerana dengan mengambil mata pelajaran ekonomi
asas, murid dapat didedahkan kepada pengetahuan mengenai
prinsip asas ekonomi dan kemahiran mentafsir ekonomi semasa.
Murid juga dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan
kehidupan seharian serta membolehkan mereka membuat pilihan
dalam menghadapi sebarang perubahan.
Selain daripada itu, subjek ekonomi asas juga dapat
mendedahkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas
ekonomi di samping memupuk nilai-nilai murni dan semangat
patriotik supaya murid dapat menyedari dan memahami masalah
21
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
ekonomi, menghargai sumbangan daripada segala kegiatan
ekonomi serta menyelesaikan masalah kehidupan dengan
berkesan dan bertanggungjawab. Di samping itu juga dengan
mempelajari mata pelajaran Ekonomi Asas murid akan dapat
mengenal pasti dan prihatin terhadap masalah dan isu ekonomi
semasa. Dengan mempelajari ekonomi asas, minat dan sikap ingin
tahu murid terhadap fenomena ekonomi juga dapat dipupuk dan
diperkembangkan.
Sekiranya seseorang murid itu tidak mempelajari atau
didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran ekonomi asas
maka secara tidak langsung, mereka tidak akan memahami serta
mengetahui bagaimana keadaan ekonomi negara, sama ada
berada didalam keadaan stabil ataupun sebaliknya.
Contohnya ”Kemelesetan Ekonomi yang diumumkan oleh
kerajaan Jepun pada suku tahun terakhir 2008 telah menandakan
bermulanya era kemelesetan ekonomi dunia. Kebanyakan kerajaan
di seluruh dunia telah membuat persiapan untuk menghadapi krisis
ekonomi global ini dengan mengenalkan beberapa pakej
penyelamat bagi memastikan kemelesetan ekonomi yang terburuk
pada dekad ini tidak menular dan seterusnya memburukkan lagi
keadaan ekonomi dunia. Malaysia juga tidak terkecuali dalam
memastikan pakej penyelamat dilaksanakan dengan berkesan.”
Dengan mempelajari mata pelajaran Ekonomi Asas, murid
dapat mengetahui dan memahami bagaimana dan betapa
pentingnya kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik bagi
menangani isu yang sedang dihadapi seperti menawarkan pakej-
pakej ransangan kewangan bagi membantu rakyat terutama
pengusaha kecil. Ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk
22
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
memastikan rakyat beada didalam keadaan yang tenang ketika
menghadapi kemelesetan ekonomi.
Oleh itu, mata pelajaran Ekonomi Asas haruslah dijadikan
sebagai satu mata pelajaran yang wajib dan harus dipelajari oleh
semua murid disekolah menengah dalam memperkembangkan
keterampilan pelajar.
4.5 Meningkatkan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran mata
pelajaran Ekonomi Asas.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran haruslah
dipertingkatkan dalam memperkemnbagkan keterampilan pelajar.
Kita haruslah memberi tumpuan kepada peranan individu sebagai
pengguna, pengeluar dan anggota masyarakat. Oleh itu, guru
haruslah berupaya mengaitkan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran ini dengan peranan tersebut dalam tajuk-tajuk yang
sesuai. Guru perlu juga menggunakan pendekatan kontekstual
supaya murid dapat memahami dan menyedari isu serta kegiatan
ekonomi yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka.
Guru haruslah menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam kaedah pengajaran mata pelajaran
Ekonomi Asas. Ini kerana terdapat banyak kebaikan dan
kepentingan penggunaan (ICT) dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlulah juga diberikan kemahiran yang
mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan
efektif. Keupayaan seseorng guru untuk menggabungkan ICT
dalam pengajaran bukan berlaku secara automatis. Oleh itu,
adalah penting bagi guru untuk membuat persediaan awal yang
mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan
23
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran mata
pelajaran Ekonomi Asas.
Dalam menghadapi realiti kebolehan dan potensi murid yang
berbeza-beza, strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah penting dan akan dapat memberi pengalaman
yang bermakna serta mencabar kepada murid. Guru haruslah
mempelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran, beberapa
contoh aktiviti dan kaedah pengajaran yang dicadangkan adalah
seperti perbincangan, sumbangsaran, main peranan, simulasi,
kerja projek, lawatan sambil belajar dan kajian kes. Guru perlu
menggunakan kebijaksanaan memilih kaedah yang paling sesuai
dengan tajuk dan kemampuan murid supaya pelajaran yang
disampaikan itu adalah menarik, mencabar, bermakna dan
berkesan serta dapat dihayati oleh pelajar. Bahan bantu mengajar
yang sesuai juga perlu digunakan oleh guru untuk memastikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
4.6 Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Ekonomi Asas
4.6.1 Perbincangan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
perbincangan merupakan aktiviti di mana murid-murid dapat
berinteraksi di antara satu sama lain serta berkongsi
maklumat yang diperolehi tentang sesuatu topik atau
masalah dengan tujuan mencapai suatu penyelesaian. Murid
yang terlibat secara aktif dalam kelas akan dibahagikan
dalam beberapa kumpulan untuk membincangkan sesuatu
tugasan, topik atau isu yang diberi oleh guru. Perbincangan
yang dijalankan adalah berfaedah kepada murid-murid
kerana mereka berpeluang mengemukakan idea-idea dan
dapat bertukar-tukar pendapat. Melalui kaedah pengajaran
24
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
dan pembelajaran secara perbincangan ini sudah pasti ia
dapat memperkembangan keterampilan pelajar.
4.6.2 Sumbangsaran
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
Sumbangsaran merupakan teknik yang menyatukan idea
pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa
interaksi antara satu sama lain serta berkongsi maklumat.
Murid diberi soalan dan peluang untuk berfikir secara
individu dan bersendirian. Strategi ini dapat merangsang
imaginasi dan kreativiti seseorang murid. Murid-murid
diminta memberi tindakbalas terhadap sesuatu masalah
atau persoalan dengan mencatatkan segala perkaitan yang
terlintas di fikiran mereka. Selepas sesi sumbangsaran,
murid perlu menilai dan menyusun semula hasil
sumbangsaran. Dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran Sumbangsaran ini, ia akan melahirkan murid
yang berupaya berfikir secara kreatif dan berdikari serta
seterusnya mempekembangkan keterampilan pelajar.
4.6.3 Main Peranan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara main
peranan memerlukan murid berlakon secara spontan
tentang sesuatu situasi atau masalah berkaitan dengan
Ekonomi Asas. Strategi ini membolehkan murid membawa
satu watak di mana murid berpeluang mengamati
bagaimana orang lain berfikir dan bertindak. Di samping itu,
murid dapat memahami implikasi ekonomi ke atas motif dan
tindakan orang lain yang terlibat dalam situasi ekonomi
tertentu. Dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran
25
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
secara main peranan ini ia sudah tentu dapat
memperkembangkan keterampilan pelajar.
4.6.4 Simulasi
Kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan teknik
Simulasi merupakan situasi yang diwujudkan untuk
menyerupai keadaan ekonomi sebenar dengan tujuan
menyelesaikan sesuatu masalah ekonomi dalam keadaan
yang terkawal. Kaedah ini akan menggalakkan murid
menganalisis sesuatu situasi atau masalah ekonomi dengan
berfikiran secara rasional dan kritis. Di samping itu, murid
juga dapat mengaitkan isi pelajaran dengan bidang dan
objektif pelajaran berkenaan dengan Ekonomi Asas. Melalui
teknik pengajaran ini ia dapat memperkembangkan
keterampilan pelajar.
4.6.5 Kerja Projek
Kaedah pengajaran dengan teknik secara kerja projek
memerlukan murid mengumpul dan mengkaji maklumat
mengenai sesuatu masalah serta membuat pelaporan
dengan bimbingan guru. Projek dijalankan sebelum
pengajaran dan mengambil masa yang panjang. Murid
dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk mengatasi
masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang
keseluruhan projek. Laporan perlu disediakan pada akhir
projek dan dibentangkan dalam kelas untuk dikaji dan
dibincang bersama. Hasil kaedah pengajaran kerja projek ini
murid dapat mengenal pasti kaedah untuk mengatasi
masalah yang dikemukakan dan seterusnya berkeupaya
26
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
merancang keseluruhan projek. Dengan ini, keterampilan
pelajar dapatlah diperkembangkan dari semasa ke semasa.
4.6.6 Lawatan Sambil Belajar
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
lawatan ini berfaedah kepada murid kerana melalui
penggunaan semua deria, pembelajaran akan lebih menarik
dan berkesan. Contohnya, murid dapat melihat, merasa dan
menghargai sesuatu aktiviti yang dijalankan melalui lawatan.
Kejayaan sesuatu lawatan bergantung kepada persediaan
sebelum dan semasa lawatan serta aktiviti-aktiviti kumpulan
selepas lawatan tersebut. Lawatan akan memberi
pengalaman dan keseronokan kepada murid dan murid tidak
akan berasa bosan terhadap pembelajaran. Pembelajaran
sedemikian dapat memberi kesan yang mendalam dan
menjadikan pelajaran atau persembahan hasil itu lebih
menarik. Keadah pengajaran dan pembelajaran lawatan
sambil belajar ini dapatlah menarik minat murid untuk belajar
dan seterusnya memperkembangkan prestasi keterampilan
pelajar.
4.6.7 Kajian Kes
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara kajian
kes merujuk kepada satu kajian tentang sesuatu situasi yang
menunjukkan kaitannya dengan konsep dan prinsip
ekonomi. Melalui kaedah pengajaran ini, murid dikehendaki
mengambil bahagian secara aktif dalam situasi ekonomi
tertentu yang mungkin benar atau dijangka mungkin berlaku.
Guru hendaklah menyediakan kes dengan perancangan
yang teliti. Teknik-teknik lain pengajaran dan pembelajaran
27
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
juga boleh digunakan bersama dalam kajian kes ini. Hasil
daripada kajian kes ini murid dapatlah mengaitkan konsep
dan prinsip ekonomi serta memperkembangkan
keterampilan pelajar.
28
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
5.0 Rumusan
Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ekonomi ini tumpuan
diberikan kepada peranan individu sebagai pengguna, pengeluar dan
anggota masyarakat. Oleh itu guru perlu mengaitkan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran ini dengan peranan tersebut dalam tajuk
yang sesuai. Guru perlu menggunakan pendekatan kontektual supaya
murid dapat memahami dan menyedari isu-isu serta kegiatan ekonomi
yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka.
Dalam menghadapi realiti kebolehan dan potensi murid yang
berbeza-beza, strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
adalah penting dan ia dapat memberi pengalaman yang bemakna serta
mencabar kepada murid. Perkembangan terkini dalam pedagogi seperti
konstruktivisme, pembelajaran masteri dan teori kecerdasan pelbagai
perlu dijadikan amalan pengajaran dan pembelajaran Ekonomi Asas.
Melalui strategi pengajaran dan pembelajaran yang terancang,
murid akan memperolehi pemahaman yang kukuh tentang konsep, prinsip
dan pengetahuan asas ekonomi. Murid juga mampu menguasai pelbagai
kemahiran seperti mencari, memahami dan menilai maklumat yang
berkaitan dengan ekonomi. Membincang dan menganalisis masalah
ekonomi yang mudah serta membuat keputusan dengan bijak dan
bertanggungjawab dapat ditingkatkan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai murni dan
semangat patriotik dipupuk secara bersepadu. Pengalaman daripada
pembelajaran ekonomi asas boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam
diri murid. Penerapan nilai-nilai murni boleh dilakukan samaada secara
bersahaja atau terancang tetapi perlulah berterusan semasa pengajaran
dan pembelajaran.
29
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia (KPF 5012)
BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman.(2008). Falsafah Pendidikan Dan
Kurikulum. (Edisi Kedua). Tanjung Malim, Quantum Books.
Mohd Junaidi Bin Alias & Norlela Bt Abd Wahid (2003). Ekonomi Asas
Tingkatan 5. Kuala Lumpur, Allwrite Sdn. Bhd.
Theng Kock Leing & Razali Bin Muhamad (2002). Ekonomi Asas
Tingkatan 4. Kuala Lumpur, Sasbadi Sdn. Bhd.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor(2008).
Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
http://apps.emoe.gov.my/bs/spi/1990/8-1990.pdf
http://dzulkiflisr.sm.kita.net.my/admin/File/SP/sp_ekonomi.pdf
30