5
Bagaimana menggunakan tablet dalam pengajaran dan pembelajaran. 1) Dropbox Dropbox merupakan ruangan penyimpanan gambar-gambar, video dan fail atau dokumen yang disediakan secara percuma. Perisian aplikasi Dropbox adalah salah satu cara yang paling mudah untuk tempat menyimpan data atau dokumen yang hanya memerlukan jaringan internet bagi mengaskes ruangan tempat penyimpanan tersebut. Dropbox merupakan aplikasi “Cloud” yang boleh dimuat turun ke gadget seperti Tablet, iPad, telefon smartphone dan juga komputer. Selepas menyediakan aplikasi Dropbox untuk aksesori yang bersesuaian, mudah untuk mengakses ruang penyimpanan tersebut walaupun dimana jua berada. 1.1 ) Penggunaan Aplikasi Dropbox untuk Tablet dalam Pengajaran Dropbox merupakan medium perkongsian fail secara online yang mudah untuk diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sebagai seorang guru, mereka memerlukan satu perisian yang dapat mereka menyimpan dokumen-dokumen penting yang dapat diakses jikalau mereka tidak membawa laptop. Pekerjaan sebagai seorang guru tidak boleh dipisahkan daripada kerja-kerja yang berkaitan dengan pelbagai jenis dokumen seperti Dokumen Word, Powerpoint dan Excel. Oleh itu, dengan adanya Dropbox, guru-guru tidak perlu risau jikalau mereka tertinggal atau

Bagaimana Menggunakan Tablet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bagaimana Menggunakan Tablet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Citation preview

Page 1: Bagaimana Menggunakan Tablet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Bagaimana menggunakan tablet dalam pengajaran dan

pembelajaran.

1)Dropbox

Dropbox merupakan ruangan penyimpanan gambar-gambar, video dan fail atau

dokumen yang disediakan secara percuma. Perisian aplikasi Dropbox adalah salah

satu cara yang paling mudah untuk tempat menyimpan data atau dokumen yang

hanya memerlukan jaringan internet bagi mengaskes ruangan tempat

penyimpanan tersebut. Dropbox merupakan aplikasi “Cloud” yang boleh dimuat

turun ke gadget seperti Tablet, iPad, telefon smartphone dan juga komputer.

Selepas menyediakan aplikasi Dropbox untuk aksesori yang bersesuaian, mudah

untuk mengakses ruang penyimpanan tersebut walaupun dimana jua berada.

1.1 ) Penggunaan Aplikasi Dropbox untuk Tablet dalam Pengajaran

Dropbox merupakan medium perkongsian fail secara online yang mudah untuk

diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sebagai seorang guru, mereka

memerlukan satu perisian yang dapat mereka menyimpan dokumen-dokumen

penting yang dapat diakses jikalau mereka tidak membawa laptop. Pekerjaan

sebagai seorang guru tidak boleh dipisahkan daripada kerja-kerja yang berkaitan

dengan pelbagai jenis dokumen seperti Dokumen Word, Powerpoint dan Excel.

Oleh itu, dengan adanya Dropbox, guru-guru tidak perlu risau jikalau mereka

tertinggal atau terlupa membawa laptop ke sekolah dan apabila ingin

menggunakan bahan-bahan pengajaran tersebut, mereka hanya perlu mengakses

ke akaun Dropbox dan mereka boleh dapatkan dokumen tersebut.

Page 2: Bagaimana Menggunakan Tablet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

2) Keynotes

Keynotes merupakan aplikasi yang digunakan untuk membuat tayangan slide.

Keynotes amat mudah digunakan dan pengguna boleh berkongsi penyampaian

tersebut dengan rakan-rakan yang lain. Tidak kira di mana anda berada, iCloud

boleh menyimpan kerja anda dan dimuat turun secara 2utomatic ke dalam ruangan

penyimpanan.

2.1 ) Penggunaan Aplikasi Keynotes untuk Tablet dalam Pengajaran

Setiap pengguna tablet yang ingin membina persembahan dengan menggunakan

Keynotes boleh memilih daripada tema yang telah terdapat dalam aplikasi ini.

Pelbagai bentuk tema, saiz font serta jenis font yang disediakan dalam aplikasi ini.

Pengguna boleh menggunakan sentuhan pada skrin tablet tersebut untuk

mengakses setiap kelengkapan yang disediakan dalam aplikasi tersebut. Pengguna

juga boleh menggunakan papan kekunci yang turut disediakan bagi memudahkan

pengguna untuk menaip atau menulis tajuk slide yag hendak disediakan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, aplikasi Keynotes ini amat berguna untuk

guru atau pensyarah mengajar di dalam kelas. Kelebihan aplikasi ini ialah boleh

membuat persembahan slide yang berbentuk 3D. Bagi guru yang mengajar

matapelajaran Sejarah, mereka boleh import video atau membuat satu drama kecil

kemudian dipindahkan ke dalam Keynotes. Hal ini boleh membantu untuk menarik

minat pelajar dalam matapelajaran tersebut kerana Sejarah merupakan

matapelajaran yang sukar untuk difahami sekiranya hanya berlandaskan kepada

pembacaan fakta-fakta yang sememangnya rumit. Bagi matapelajaran Geografi

pula, guru boleh melakukan penerangan dengan memberikan contoh seperti

Page 3: Bagaimana Menggunakan Tablet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

penyediaan graf atau carta yang berbentuk 3D. Sekiranya guru terlupa membawa

bahan bantu mengajar ke sekolah,guru tidak perlu risau kerana aplikasi ini

menyimpan bahan seperti tayangan slide ini dan data tersebut boleh diakses

melalui simpanan yang terdapat dalam iCloud.

3 ) Evernote

Aplikasi Evernote mempunyai cirri yang lebih kurang sama seperti aplikasi Keynote.

Catatan-catatan serta pelbagai gambar-gambar yang berkaitan perihal-perihal

boleh dimuatnaik ke dalam aplikasi ini dan tersimpan selama yang ditetapkan oleh

pengguna. Evernote ini sama seperti aplikasi Web 2.0 yang lain yang banyak

memberikan faedah ke atas penggunanya. Dalam ruangan penyimpanan Evernote,

gambar juga boleh disimpan, disusun dan diberi penerangan ringkas untuk

menjadikan gambar tersebut mudah diperoleh pada masa akan datang.

3.1) Penggunaan Aplikasi Evernote untuk Tablet dalam Pengajaran

Penggunaan Evernote dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu

pelajar untuk menguruskan perancangan tugasan mereka. Perancangan pelajar

akan lebih tersusun sekiranya melakukan catatan seperti tugasan yang mana harus

diselesaikan dahulu dan begitu juga sebaliknya. Dengan aplikasi Evernote ini, para

pelajar tidak perlu risau akan kehilangan atau terlupa dengan tugasan yang perlu

dilaksanakan. Caranya amat mudah iaitu, pelajar boleh mengambil gambar-gambar

penting untuk setiap tugasan tersebut dan memuat turun ke dalam Evernote.

Setelah memuat turun gambar tersebut, pelajar boleh menyusun semula gambar-

gambar tersebut mengikut pembahagian atau mengikut susunan yang dikehendaki

oleh mereka.

Selain itu, aplikasi Evernote juga dapat membantu guru untuk menjadikan

tugasan mereka dapat dilakukan secara tersusun dan terancang bagi menyimpan

Page 4: Bagaimana Menggunakan Tablet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

atau mencatat maklumat tentang tugasan pelajar atau nota rujukan sepertimana

aplikasi-aplikasi yang lain terdapat dalam Web 2.0. Sebagai contoh, seorang guru

yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni, tugasan yang dihasilkan oleh

pelajar boleh disimpan ke dalam aplikasi ini. Hal ini bagi memudahkan guru pada

masa akan datang sekirannya ingin melakukan penyemakan terhadap hasil kerja

pelajar dan juga bagi memastikan hasil kerja pelajar tersebut sentiasa disimpan

sebagai rujukan pada masa akan datang. Guru tersebut juga boleh mengakses

aplikasi ini untuk menyimpan video yang hendak digunakan dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh mengambil gambar video tersebut,

tajuknya atau pautan video tersebut. Mereka hanya perlu membuat beberapa

catatan atau penerangan ringkas, kemudian menghubungkan laman web tersebut

ke dalam Evernote. Apabila mereka ingin menggunakan video tersebut, mereka

hanya perlu mengingati video tersebut dan gunakannya pada bila-bila masa sahaja.