9
BAHAGIAN C PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN C 1. Terdapat 5 -7 nilai yang diberikan. 2. 3 atau 4 nilai akan diberikan secara terus. Murid-murid hanya perlu mengenal dan mengulas semula tanpa mengubah struktur ayat. 3. 4 atau 3 nilai dinyatakan dalam unsur atau nilai bertentangan. Jadi murid-murid memerlukan kepakaran bagi mengulas unsur / nilai negatif kepada positif. 4. Jangan ulas nilai yang tidak dinyatakan dalam petikan.

Bahagian C- S & J.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahagian C-  S & J.doc

BAHAGIAN CPANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN C

1. Terdapat 5 -7 nilai yang diberikan.

2. 3 atau 4 nilai akan diberikan secara terus. Murid-murid hanya perlu mengenal dan mengulas semula tanpa mengubah struktur ayat.

3. 4 atau 3 nilai dinyatakan dalam unsur atau nilai bertentangan. Jadi murid-murid memerlukan kepakaran bagi mengulas unsur / nilai negatif kepada positif.

4. Jangan ulas nilai yang tidak dinyatakan dalam petikan.

Page 2: Bahagian C-  S & J.doc

Tajuk yang dikemukakan Tuliskan beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan dan jawapan di tulis dalam satu perenggan.

KEHENDAK TAJUK

Page 3: Bahagian C-  S & J.doc

1. Perlu nyatakan nilai murni berdasarkan situasi yang diberi.

2. Boleh menggunakan nama individu yang diberikan dalam petikan.

3. Jika tidak dapat nyatakan nilai murni jelaskan unsur yang boleh dijadikan panduan atau pegangan moral.

Tuliskan beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan dan jawapan di tulis dalam satu perenggan.

Page 4: Bahagian C-  S & J.doc

KEHENDAK TAJUK

1. Boleh menggunakan Kata Ganti Nama "kita" secara amnya. Namun perlu diberi perhatian kepada situasi petikan.

2. Cuma perlu menjelaskan sama ada

nilai yang diberikan dalam bentuk positif walaupun situasi digambarkan dalam unsur negatif.

TIPS MENGULAS

Page 5: Bahagian C-  S & J.doc

- 2 unsur yang perlu dikenali sebelum mengulas iaitu sikap

dan perbuatan.

Sikap / Perbuatan Possitif

1.Sikap/ Perbuatan ______________ harus diamalkan.

2.Kelakuan/ Tindakan ___________ yang harus diamalkan oleh semua.

3.___________adalah suatu peribadi/ amalan yang mulia.

4._____________ merupakan suatu perlakuan / tindakan yang wajib dicontohi oleh semua.

Sikap / Perbuatan Negatif

1. Sikap/ Perbuatan ______________ harusdielakkan sama sekali.

Page 6: Bahagian C-  S & J.doc

2.Kelakuan/ Tindakan ___________ yang harus dikikiskan oleh semua.

3.___________adalah suatu peribadi/ amalan yang tidak baik.

4._____________ merupakan suatu perlakuan / tindakan yang tidak harus diamalkan.

Tulis beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan yang tidak kurang daripada 40 patah perkataan.

Ketika pulang ke rumah, Agilan melihat beberapa orang murid sedang menanti bas sekolah di perhentian bas berhampiran sekolah. Dia melihat dua orang murid sedang menconteng dinding perhentian bas itu. Walaupun tempat itu lenggang, namun dia berhati-hati melintas jalan raya dengan mengayuh basikal.Setelah tiba di perhentian bas,dia menghampiri kedia-dua budak itu. Sebaik-baik sahaja, mereka melihat Agilan di situ, masing-masing buat tidak tahu akan apa-apa yang berlaku. Memandangkan Agilan ketua pengawas maka apabila ditanya siapa yang menconteng,masing-masing menuduh satu sama lain. Agilan menegur perbuatan sedemikian tidak baik dengan tegas tetapi sopan. Dia tidak menggunakan kekuasaannya selaku ketua pengawas untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Melihat tindakan Agilan, kedua-dua budak itu pun

Page 7: Bahagian C-  S & J.doc

mengaku kesilapan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Jawapan cadangan

Murid sekolah hendaklah menunggu bas di perhentian bas yang berhampiran dengan sekolah. Perbuatan dua orang budak yang menconteng dinding perhentian bas adalah suatu perbuatan yang tidak baik. Sikap Agilan yang berhati-hati di jalan raya walaupun jalan raya lenggang merupakan suatu sifat yang baik. Oleh sebab Agilan ketua pengawas, dia memberanikan dirinya untuk menegur perbuatan dua orang budak itu. Sikap tuduh menuduh dua orang budak itu harus dielakkan. Malah Agilan menegur sikap mereka yang tidak baik itu dengan sopan tetapi tegas. Walaupun Agilan ketua pengawas tetapi dia tidak menggunakan kekuasaannya untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Sikap lemah lembut Agilan telah menyedarkan dua orang budak itu sehingga mereka berjanji tidak akan menconteng dinding perhentian bas lagi.

Page 8: Bahagian C-  S & J.doc

Penggunaan Penanda Wacana

Murid sekolah hendaklah menunggu bas di perhentian bas yang berhampiran dengan sekolah. Namun begitu, perbuatan dua orang budak yang menconteng dinding perhentian bas adalah suatu perbuatan yang tidak baik.Meskipun tiada kenderaan, sikap Agilan yang berhati-hati di jalan raya merupakan suatu sifat yang baik. Oleh sebab Agilan ketua pengawas, dia memberanikan dirinya untuk menegur perbuatan dua orang budak itu. Sikap tuduh menuduh sesama rakan harus dielakkan. Malah, Agilan menegur sikap mereka yang tidak baik itu dengan sopan tetapi tegas. Walaupun Agilan ketua pengawas tetapi dia tidak menggunakan kekuasaannya untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Akan tetapi,sikap lemah lembut Agilan telah menyedarkan dua orang budak itu. Justeru itu, mereka berjanji tidak akan menconteng dinding perhentian bas lagi.

Jawapan Soalan 2

Kita haruslah mendengar dan mengamalkan nasihat ibu bapa. Di samping itu, kita juga harus menghormati guru dan rakan kita. Malahan, sikap hormat yang diamalkan merupakan satu sifat yang mulia. Oleh itu,sikap ini harus dicontohi oleh semua. Pada masa yang sama, kita juga hendaklah belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Jadi, kita

Page 9: Bahagian C-  S & J.doc

seharusnya sayangi dan cintai sekolah sepanjang masa. Selain itu, kita juga harus bersopan-santun semasa bertutur kerana ia adalah nilai budaya yang baik. Oleh sebab itu, nilai ini hendaklah diamalkan dalam kehidupan kita sepanjang masa.