Upload
syaiful-cekgu-shari-cipon
View
113
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
falsafah pendidikan kebangsaan
Citation preview
BMM 3101
1.0 PENGENALAN
Proses pendidikan di Malaysia merupakan usaha untuk membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Pendidikan juga memberi peluang individu mengembangkan bakat, potensi dan kebolehan mereka untuk mencapai kesejahteraan diri seterusnya dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran ke arah keharmonian negara.
Sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan rakyat maka, golongan pendidik diberi tanggungjawab dan kepercayaan melaksanakan tugas ini. Berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan yang mengandungi objektif khusus dan Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran, diharapkan institusi pendidikan yakni sekolah dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani, rohani dan sosial selaras dengan kehendak dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Melalui Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003), murid-murid dilatih menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi, mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kebijaksanaan guru dalam memilih, menyusun dan merancang pengajaran dan pembelajaran akan menentukan sama ada hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai atau tidak. Faktor kesediaan guru dan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi kejayaan kerana melalui sukatan pelajaran, akan lahirlah insan yang diharapkan iaitu berilmu pengetahuan, berketerampilan, berdaya saing, berakhlak mulia dan berupaya mencapai kesejahteraan diri bagi menghadapi dunia yang sentiasa berubah.
2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SUKATAN PELAJARAN.
a) Falsafah Pendidikan KebangsaanMenurut Kamus Dewan, falsafah ialah pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar
kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan landasan serta hala tuju kepada institusi pendidikan. Bertujuan untuk melahirkan generasi yang berfikiran kelas pertama yang akan membangunkan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) adalah seperti berikut: “ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusanke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”
b) Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuSukatan Pelajaran Bahasa Melayu merupakan satu garis panduan
atau dokumen yang digunakan oleh guru bagi merancang dan melaksanakan pengajaran. Di dalamnya terkandung matlamat, objektif, pengisian kurikulum, kemahiran bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah. Pengajaran dan pembelajaran mengambil kira aspek-aspek di atas bagi mempastikan ianya seragam, terkawal dan sistematik.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu pula memperincikan sukatan pelajaran yang memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan cita-cita murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.Guru perlu bijak memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian dan kebolehan murid. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan melalui elemen-elemen penting iaitu kemahiran berbahasa, konsep 5p, pengisian kurikulum dan kemahiran bernilai tambah.
3.0 UNSUR-UNSUR PENTING DAN HUBUNGAN DENGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan dokumen rasmi dalam sistem pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai cita- cita murni untuk melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Justeru, setiap insan yang bergelar pendidik perlu memahami dan menghayati unsur-unsur penting FPK agar tindakan dan perlakuan mereka berada di landasan yang betul selaras dengan kehendak FPK.
Untuk melahirkan modal insan yang seimbang, selaras dengan kehendak FPK, guru-guru perlu menyempurnakan tanggungjawab mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, Kementerian Pelajaran telah menggubal kurikulum yang mempunyai hala tuju yang sama dengan FPK. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal diharapkan dapat memberikan impak besar kepada lahirnya insan yang berilmu pengetahuan, beketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri. Hasrat ini dapat dicapai melalui program bersepadu, perubahan input pelajaran dan penyerapan nilai-nilai murni.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga memberi penekanan terhadap perubahan sikap pendidik dan profesional semasa bertugas agar dapat merealisasikan tujuan dan dan dasar sebenarnya. Perubahan sikap pendidik dapat dicapai melalui sikap peribadi guru yang sentiasa berpandangan jauh dan misi serta visi yang positif.
Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghayati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa ilmu adalah sejajar dengan semangat Rukun Negara dan hasrat FPK. Melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dan sukatan pelajaran yang digubal, usaha untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dapat capai.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bergerak seiring dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia yang digubal oleh Kementerian Pelajaran bagi menjadikan sistem pendidikan di Malaysia cemerlang,gemilang dan terbilang. Kedua-duanya mempunyai hubungan yang sangat rapat khasnya dalam beberapa aspek. Antaranya:
a) IntelekIntelek menujuk Kamus Dewan bermaksud kemampuan(daya) berfikir
dan memahami(menganalisa), akal budi, golongan-golongan cerdik pandai, golongan cendikiawan, golongan terpelajar. Seseorang yang berintelek merupakan orang yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan inovatif, berfikiran logik dan mempelajari serta memanfaatkan
ilmu yang diperolehi untuk menyampaikan kebenaran dan kepada perkara yang berfaedah.
Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting untuk melahirkan insan yang mampu berfikir dan menganalisis secara kritis. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu mengandungi kemahiran-kemahiran bahasa dapat merealisasikan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu melalui kemahiran-kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis akan dapat menjadikan murid-murid berfikiran kreatif dan kritis. Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh guru melalui kemahiran bertutur misalnya, akan dapat memupuk minat berinteraksi dengan pelbagai persekitaran.
Dalam kemahiran menulis pula, murid akan berfikir untuk mencari idea atau isi tentang tajuk karangan yang diberi. Secara tidak langsung, melalui sukatan pelajaran guru telah berjaya melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan kerana aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melalui kemahiran bahasa akan menggalakkan murid menjana idea dan pendapat,berfikiran terbuka dan seterusnya menggunakan ilmu yang diperolehi untuk membangunkan masa depan negara.
Dalam usaha melahirkan manusia yang berintelek ini, guru-guru perlulah menjadi perancang dan pelaksana yang bijak menggunakan pelbagai kaedah, teknik, strategi dan pendekatan agar pengajaran bahasa berkesan dan bermakna.
b) AkhlakAkhlak merangkumi kelakuan, adab sopan, budi pekerti, sahsiah dan
perwatakan yang baik. Semua agama di negara kita memelukan penganutnya mempunyai akhlak yang baik dan terpuji sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal juga diharapkan dapat merealisasikan aspek ini melalui elemen-elemen tertentu.
Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu merupakan satu usaha untuk menjadikan setiap murid mempunyai keperibadian akhlak yang mulia. Contoh nilai- nilai murni yang diserap oleh guru semasa pengajaran ialah menghormati guru, tolong menolong, bekerjasama, bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi dan lain-lain lagi. Sekiranya nilai-nilai ini dipupuk setiap hari, ia akan menjadi sebati dalam diri setiap murid dan mereka mengaplikasikan nilai ini di
mana-mana dan inilah antara tujuan FPK iaitu memiliki rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
c) RohaniMenurut Kamus Dewan, rohani berkait rapat dengan jiwa. Aspek
kerohanian merupakan salah satu lagi unsur terpenting Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tindak tanduk seseorang sama ada dalam perkara baik atau jahat bergantung kepada kekuatan dalaman atau jiwanya. Melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, murid-murid akan diasuh jiwa mereka agar sentiasa bersih dan kuat dan menolak perkara-perkara negatif yang akan merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Konsep penggabungjalinan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran diharapkan dapat mencapai hasrat murni FPK kerana ilmu berkaitan kerohanian seperti Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral diajar secara gabungjalin semasa mata pelajaran bahasa diajar. Guru-guru akan memasukkan nilai-nilai kerohanian seperti tidak boleh mencuri, memeras ugut, mengambil dadah dan sebaliknya seseorang itu perlu bersyukur atas nikmat kurniaan tuhan, mewujudkan nilai kasih sayang sesama manusia dan sebagainya. Jika nilai kerohanian ini disemai dan ditanam di dalam jiwa murid-murid sejak awal lagi, maka negara kita akan dibangunkan dan dimakmurkan oleh generasi yang mulia jiwa raganya sejajar dengan cita-cita FPK.
d) JasmaniUnsur lain yang terkandung dalam FPK disebut sebagai
jasmani. Aspek fizikal murid harus dititikberatkan kerana tubuh yang sihat akan mempengaruhi otak yang cerdas. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu diselitkan pengajaran Pendidikan Kesihatan supaya setiap pelajar dapat mempraktikkan elemen-elemen kesihatan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, dalam pengajaran bahasa guru menyampaikan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan penjagaan diri, kebersihan diri, pengambilan makanan kesihatan atau seimbang dan sebagainya. Secara tidak langsung, murid akan didedahkan dengan penjagaan fizikal mereka dan mempraktikkan tips kesihatan dalam kehidupan. Dengan ini maka, lahirlah insan yang sihat tubuh badan dan cergas fikiran yang akan memenuhi hasrat FPK yang memerlukan generasi yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri untuk membangunkan keharmonian dan kesejahteraan negara.
e) SosialSosial berkait rapat dengan hubungan seseorang dengan
masyarakat. Menurut Kamus Dewan, sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat. Unsur penting dalam FPK ini dapat direalisasikan melalui penggubalan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu oleh Kementerian Pelajaran. Kemahiran bertutur yang terkandung dalam sukatan pelajaran telah menjadi platform kepada kehendak FPK iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi sosialnya. Golongan pendidik merupakan amanah negara yang akan mempastikan tahap sosial murid berkembang sejajar dengan intelek, emosi, rohani dan jasmani.
Dalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur, murid-murid diajar dan digalakkan bergaul mesra, berinteraksi dengan rakan sebaya dan persekitaran melalui aktiviti-aktiviti seperti perbincangan, simulasi, lakonan, main peranan dan sebagainya. Aktiviti seumpama ini dapat melatih murid berkomunikasi dengan persekitaran bermula dari rakan sebaya hinggalah kepada masyarakat yang lebih besar. Secara tidak langsung, murid akan menjadi lebih berani dan yakin dan akan wujudlah budaya sosial yang sihat dan bermakna. Melalui sistem bahasa yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menguasai tatabahasa yang baik dari segi kosa kata, sebutan, intonasi dan peribahasa dan diamalkan dalam kehidupan seharian untuk menjadikan komunikasi lebih berkesan.
f) Nilai-nilai EstetikBahasa jika diolah, digayakan dan diiramakan akan lahirlah keindahan
sesuatu bahasa itu. Demikianlah juga dengan Bahasa Melayu boleh kita serlahkan nilai-nilai estetika ( keindahan ) melalui pengajaran puisi seperti pantun, sajak, syair, gurindam dan seloka. Penggunaan gaya bahasa dalam sesuatu puisi itu akan indah jika ianya diolah dengan pelbagai bentuk penulisan dan penyampaian seperti mengarang puisi, mendeklamasikan sajak, berbalas pantun dan lain-lain lagi. Melalui aktiviti ini, murid-murid dipupuk dengan semangat cintakan keindahan dan keamanan.
Penggunaan gaya bahasa yang indah dan penuh dengan perlambangan akan mengajar murid-murid menghargai alam dan mensyukuri ciptaan Ilahi. Nilai syukur ini akan menjadikan seseorang itu sentiasa berlaku adil sesama manusiadan membataskan perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum alam. Usaha murni FPK ke arah melahirkan modal insan yang boleh mencapai kesejahteraan diri
untuk membangun keharmonian negara akan tercapai jika nilai-nilai estetika dapat dipupuk di kalangan pelajar sekolah.
4.0 NOTA RINGKAS
4.1 Kemahiran-kemahiran Berbahasaa) Kemahiran Mendengar - Merujuk kepada keupayaan murid mendengar, memahami dan menghayati apa yang disampaikan oleh penutur. - proses memasukkan maklumat bahasa melalui telinga terus ke otak. - Memahami apa yang didengar dengan cara tersendiri dan memberi tindakbalas terhadap maklumat yang didengar. - Latihan perlu untuk menjadi penutur yang baik.
b) Kemahiran Bertutur - Merujuk kepada keupayaan mengujarkan kata-kata, ucapan dan percakapan secara lisan. - Bermaksud menjalinkan hubungan, menzahirkan pendapat, meluahkan perasaan, mengeluarkan buah fikiran, idea yang kreatif dan kritis. - Menggunakan sebutan, intonasi dan gaya yang betul dan bertatasusila.
c) Kemahiran Membaca - Merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul.
- Menekankan aspek pemahaman dan penaakulan. - Melibatkan bahan sastera dan bukan sastera dan menggunakan pelbagai teknik bacaan. - Merangkumi bacaan pantas, memahami dan boleh mengingati fakta yang dibaca. - Membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada teks yang bercetak( Cohen,1990) d) Kemahiran Menulis - Keupayaan murid meluahkan dan mempersembahkan idea melalui penulisan atau mencatat idea menggunakan lambang tulisan. - Melibatkan proses menulis pelbagai jenis penulisan kreatif berkaitan dengan kehidupan seharian, pengalaman dan ilmu pengetahuan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca, ejaan yang betul dan tulisan yang kemas dan jelas.
4.2 Konsep 5P a) Penggabungjalinan - Membantu guru memastikan murid menguasai beberapa kemahiran secara serentak. - menggabungjalin aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa. - menggabungjalin sekurang-kurangnya antara dua kemahiran berbahasa. - P&p lebih menarik dan guru mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan. - Lebih banyak aktiviti disediakan dan penglibatan ramai murid.
b) Penyerapan - Melibatkan penyerapan pelbagai bidang ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah. - Dilakukan secara terancang. - Diserap secara tidak langsung.
c) Pengayaan
- Merupakan aktiviti tambahan kepada murid yang telah menguasai kemahiran asas. - Terdiri daripada aktiviti mencabar. - Mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan ilmu pengetahuan, memperkembangkan pengalaman dan kemahiran yang sedang dipelajari.
- Berbentuk bebas - Memberi peluang kepada murid untuk kembangkan minat, kreativiti, sikap ingin tahu berdikari dan melatih murid membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan masyarakat.
d) Pemulihan - Menyediakan aktiviti untuk murid-murid yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah dan lembab terhadap sesuatu kemahiran. - Proses membantu murid memperbaiki kelemahan. - Aktiviti pemulihan sangat terbatas dan lebih khusus.
e) Penilaian - Proses yang sistematik untuk mendapat maklumat bagi menilai tahap pencapaian dan prestasi murid. - Bertujuan untuk melihat sejauhmana objektif tercapai. - Merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. - Terdapat dua bentuk penilaian iaitu formatif dan sumatif. - Tindakan susulan dibuat selepas penilaian iaitu pemulihan atau pengayaan.
4.3 Pengisian Kurikulum
a) Ilmu- Pelbagai ilmu yang boleh dikembangkan bersama-sama dengan ilmu
bahasa dan kemahiran bahasa.b) Nilai- Penyerapan nilai bertujuan melahirkan insan yang berakhlak mulia,
berhemah tinggi dan mempunyai sahsiah yang baik.
- Boleh diserap melalui rumusan isi pelajaran.c) Kewarganegaraan- Berkaitan dengan unsur patriotisme.- Untuk memupuk semangat cinta dan taat kepada tanahair.- Melahirkan warganegara yang sentiasa meletakkan kepentingan
utama untuk bangsa dan negara.d) Peraturan Sosio budaya- Merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang
diamalkan dalam masyarakat Malaysia.- Bertujuan melahirkan modal insan yang bersopan santun dan
berinteraksi dengan bertatasusila dan menggunakan laras bahasa yang sesuai.
4.4 Kemahiran Bernilai Tambah a) Kemahiran Berfikir
- Kemahiran berfikir terdiri daripada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif. - Kemahiran kritis terdiri daripada mencirikan, membandingkan dan membezakan, mengumpul dan mengelaskan, membuat urutan, menganalisis, menilai dan membuat kesimpulan. - Kemahiran Kreatif terdiri daripada menjana idea, menghubung kaitkan, membuat inferens, meramalkan, membuat hipotesis, mensintesiskan, mengitlak, mereka cipta.
b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi - Mengajar murid menggunakan komputer. - Murid boleh berkomunikasi melalui internet dengan e-mel, menggunakan pelbagai perisian dan tugas seharian dan mengakses maklumat.
c) Kemahiran Belajar Cara Belajar - Merupakan proses untuk memproleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. - Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik dan cara belajar yang betul.
- Murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. -Teknik merangkumi teknik perbincangan, sumbangsaran, kaedah penyoalan, belajar berkumpulan dan sebagainya. - Kemahiran ini membantu murid meningkatkan ilmu pengetahuan, cepat dalam tindak tanduk, meningkatkan kemahiran berfikir dan belajar membuat keputusan dan sebagainya. - Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.
d) Kajian Masa Depan- Kemahiran ini berupaya mendidik murid agar lebih prihatin terhadap isu yang berlaku, sedang berlaku dan yang telah berlaku.-Murid dilatih meramal apa yang akan berlaku, memikirkan akibat dan bersedia menghadapi perubahan supaya mendapat kebaikan daripada kejadian.
e) Kecerdasan Pelbagai- Merangkumi verbal-linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual- ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.- Setiap murid mempunyai kebolehan dan kecerdasan yang berbeza.- Guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan minat untuk memperkembangkan potensi murid.
f) Pembelajaran Konstruktivisme -Murid membina pemahaman dan pengetahuan baru berdasarkan pengalaman sedia ada murid. - Pembelajaran berlaku dalam suasana menyeronokkan kerana murid lebih faham tentang tajuk yang diajar kerana mereka sudah ada pengetahuan.- Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.- Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.- Menyokong pembelajaran secara koperatif.- Mengambil kira sikap dan kepercayaan yang dibawa oleh murid.
g) Pembelajaran Kontekstual - Pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. - Menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands- on dan minds-on - Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup. - Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta. - Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. - Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi. - Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui.
6.0 PENUTUP Garis panduan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kandungan utama Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan elemen penting yang perlu bergerak seiring untuk membentuk satu sistem pendidikan yang menjadi tonggak kejayaan Negara Malaysia. Kedua-duanya perlu bergerak seiring dan saling melengkapi antara satu sama lain demi memenuhi tuntutan masing-masing. Golongan pendidik merupakan pemegang amanah negara yang akan menerima dan melaksanakan tugas murni berlandaskan garis panduan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peranan guru boleh dilihat dan dizahirkan melalui pembentukan modal insan yakni pelapis generasi yang mampu menepati hasrat dan cita-cita FPK. Generasi yang dimaksudkan ialah yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan membantu memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Guru-guru pula dapat merealisasikan kehendak FPK melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bersandarkan kepada kandungan sukatan pelajaran. Kemahiran-kemahiran berbahasa yang terkandung dalam sukatan pelajaran jelas dilihat boleh melahirkan
modal insan yang menjadi kehendak FPK melalui kebijaksanaan dan ketelitian guru memilih kaedah, teknik dan strategi yang berkesan. Penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa terbukti keberkesanannya apabila lahir generasi yang sempurna dari segi rohani dan jasmani serta emosinya. Kepelbagaian kemahiran bahasa, pelaksanaan penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan, penilaian, pengisian kurikulum dan kemahiran bernilai tambah merupakan input pembelajaran yang penting bagi mencapai hasrat murni FPK yang dapat melahirkan insan yang boleh mendukung aspirasi negara.
Hasil pembelajaran kemahiran bahasa melayu
BMM 3101 : Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
KEMAHIRAN BAHASA DALAM HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Kemahiran Bahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah terbahagi kepada tiga. Kemahiran ini antaranya
ialah kemahiran lisan. Kemahiran lisan merangkumi kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur. Kemudian kemahiran membaca
dan juga kemahiran menulis.
HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN BAHASA DALAM HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAHHasil Pembelajaran ialah penyataan yang ditafsirkan berdasarkan
kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan garis
panduan ataupun tahap yang perlu dikuasai murid-murid dalam setiap
kemahiran. Berdasarkan Hasil Pembelajaran, guru boleh memilih
kandungan, kaedah, hasil, sumber ataupun prosedur pengajaran yang
releven dan berkesan.
Sekiranya setiap kemahiran-kemahiran berbahasa, sistem bahasa
dan pengisian kurikulum digabungjalinkan, Hasil Pembelajaran akan
dapat dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Hasil Pembelajaran juga boleh membantu guru-guru membuat
pengukuran terhadap pencapaian murid.
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan terbahagi kepada dua antaranya ialah
kemahiran mendengar dan juga kemahiran bertutur. Kemahiran
mendengar boleh ditafsirkan sebagai keupayaan murid untuk
mendengar dengan teliti dan dapat memahami perkara yang didengar
dalam pelbagai situasi serta dapat memberi tindak balas. Manakala
kemahiran bertutur pula ialah keupayaan murid untuk berbual untuk
menjalinkan hubungan dan menambahkan kenalan, menyampaikan dan
menerima perkera-perkara penting seperti maklumat, pendapat,
perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan menggunakan
sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan beradab. Lebih
menekankan kepada penggunaan tatabahasa yang sesuai dalam
pengucapan.
Kemahiran bertutur ialah kemahiran menyebut dan
membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau
ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jedaserta helaan yang
betul.Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan “suprapenggalan” ini
merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-
setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan
perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-
beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik,
licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran mendengar adalah satu cara penting dalam
mempelajari sesuatu bahasa.Kemahiran melibatkan kemahiran
menerima maklumat secara lisan. Tanpa mempunyai kemahiran
mendengar yang baik akan menyebabkan seseorang kanak-kanak itu
tidakakan dapat untuk menguasai kemahiran berbahasa yang lain
dengan baik lagi. Untukitu guru perlulah menyediakan beberapa aktiviti
yang dapat memperkukuhkankemahiran mendengar kanak-kanak.
Hasil Pembelajaran berdasarkan Kemahiran Lisan :
Semasa menjalankan Kemahiran Lisan, aspek penting yang perlu
diambil kira termasuklah aspek sosiobudaya dan tatasusila. Perkara ini
bertujuan untuk menjamin kesejahteraan hubungan.
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam
situasi formal dan tidak formal
1.1 Berbual tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian
menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang
betul dan sesuai.
1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
1.3 Memahami dan memberikan arahan serta pesanan tentang sesuatu
perkara
1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan yakin dengan
intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.
1.5 Memberikan penjelasan terhadap perkara yang tersurat dan tersirat.
1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam
urursan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar,
ditonton, dibaca atau difahami
1.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi
yang baik dan jelas.
1.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat.
3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul,
menarik dan berkesan
3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan
menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras
bahasa yang sesuai.
3.2 Menghuraikan maklumat dengan alas an yang meyakinkan.
3.3 Menyampaikan maklumat ke[ada pihak lain dengan terancang.
4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang releven secara bertatasusila
4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu
pekara secara tepat, terperinci dan tersusun.
4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian,
pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.
4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu
pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara bersopan
dalam aktiviti yang terancang.
4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan
pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat.
KEMAHIRAN MEMBACA Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid untuk
membaca petikan, perkataan, frasa dan ayat dengan lancar serta
menggunakan sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Kemahiran
membaca lebih menekankan aspek pemahaman dan penaakulan
(penghayatan) daripada pelbagai bahan bacaan secara kritis dengan
menggunakan pelbagai teknik membaca.
Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan
komunikasi mesej atau makna serta sedutan makna. Membaca
merupakan proses kognitif, iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses
menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza.
Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan
pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap tahap penguasaan
bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh
pembaca. Setiap tahap boleh disimpulkan seperti berikut:
(a) Kaedah Abjad (Tahap prabacaan)
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja
dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk
mengajar bacaan. Kanak-kanak dikehendaki mengenali nama, bentuk
dan mengecam huruf abjad.
(b) Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis)
Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang
penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi
tumpuan kepada
nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan
kemudiannya menggabungkan dengan bunyi huruf-huruf lain untuk
membentuk
suku kata dan perkataan. Contoh lambang ‘b’ bukannya ‘bi’ tetapi
disebut sebagai ‘beh’, ‘a’ disebut ‘ah’ dan begitulah seterusnya. Kaedah
fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri
daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan
membolehkan mereka yang baru belajar membaca melakukan latihan
sebutan perkataan-perkataan baru.
(c) Kaedah Seluruh Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman)
Kaedah ini juga dikenali dengan ‘kaedah perkataan’, ‘kaedah rangkai
kata’, dan ‘kaedah ayat’. Kaedah ini lebih menumpukan kepada
menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk
merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan
gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu. Kanak-kanak dilatih
melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu menyebutkan
keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap
rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan
berhampiran dengan perkataan tersebut kanak-kanak boleh menyebut
perkataan
untuk mewakili maksud yang terdapat di atas gambar tersebut.
Hasil Pembelajaran berdasarkan Kemahiran Membaca :
Dalam kemahiran membaca, penekanan lebih diberikan kepada
aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis.
Antara hasil pembelajaran yang utama dalam kemahiran membaca ialah
murid dapat membaca dengan kuat, memahami maklumat yang dibaca,
dapat menaakul dan menghayati teks.
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya
bacaan yang betul
5.1 Membaca dengan kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami pekara yang dibaca.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancer serta memahami perkara yang dibaca.
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai
teks
6.1 Merujuk pelbagai sumber untuki mendapatkan maklumat bagi tajuk
yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.
6.2 Mengenalpasti pelbagai genre penulisan.
6.3 Membaca dan mengenalpasti isi utama dan isi sampingan yang
terdapat di dalam teks.
6.4 Membaca pantas dan luncuran untuk mendapatkan maklumat yang
menyeluruh.
6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat
khusus.
6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang
diberi dalam bahan ilmu.
7.0 Membaca, manaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan yang tersurat dan
tersirat.
7.2 Membaca dan mengenalpasti pekataan, pelbagai jenis ayat dan gaya
bahasa daripada bahan sastera mahupun bukan sastera yang dapat
membawa kesan tertentu kepada pembaca.
7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera
yang bekualiti untuk meningkatkan dan mempekukuh minat membaca.
KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid untuk menulis
perkataan dan ayat serta mampu mengeluarkan idea daripada pelbagai
jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan mahupun
berdasarkan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan
menggunakan perkataan dan ayat yang betul, gramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Dengan
menggunakan kreativiti dan idea murid, galakkan mereka mereka atau
menulis penulisan berunsur pengetahuan ataupun berunsur imaginatif.
Menulis boleh didefinisikan sebagai:
Menulis adalah merupakan satu proses atau untuk menghasilkan
bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan,
maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau
dengan dirinya.
Menulis juga adalah satu proses untuk memberikan simbol-simbol
grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai
kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang, mengikut
peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan
pelahiran idea yang jelas dan tersusun.
Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting dan perlu
dikuasai olehpelajar bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi
untuk mata pelajaranmatapelajaran yang lain. Ini adalah disebabkan
bahawa bahasa adalah alatuntuk menyalurkan maklumat. Menulis
dalam apa bentuk sekalipun adalah mustahak kerana ia dapat
membantu mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar di dalam
pembelajaran. Faedah menulis kepada pelajar tidak terhad untuk jangka
masa pendek, bahkan berlanjutan sepanjang usia hidupnya.
Kesimpulannya menulis adalah penglahiran perasaan, idea ke dalam
bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun sehingga melambangkan
bunyi bahasa yang dapatdibaca dan difahami maksudnya.
Hasil Pembelajaran berdasarkan Kemahiran Menulis :
Dalam Hasil Pembelajaran Kemahiran Menulis pula termasuklah
keupayaan murid untuk menggunakan pelbagai jenis perkataan, ayat
dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan
penulisan kreatif dan bukan kreatif serta membuat ulasan. Penggunaan
ayat yang gramatis dan penggunaan tulisan berangkai amat digalakkan.
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan
8.1 Membina dan menulis pekataan, ayat tunggaldan ayat majmuk
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam suatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan menggunakan tulisan berangkai
yang kemas.
8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan
sesuatu perkara.
8.5 Mengenalpasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam
satu perenggan bagi sesebuah karangan.
8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.
9.0 Mencatat dan menyusun maklumat.
9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.
9.2 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang
didengar atau dibaca.
9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan
yang didengar atau dibaca secara kohesif.
10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan buka kreatif
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang
mudah, menarik dan bermakna.
10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang dibaca atau didengar.
11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau
dibaca
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam
sesebuah karya.
11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea,
ayat, wacana, nilai dan pengajaran.
11.3 Mengulas kaya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan
persoalan, watak dan pewatakan, nilai dan pengajaran serta gaya
bahasa.
11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang
disampaikan oleh pihak lain.
CADANGAN AKTIVITI KEMAHIRAN LISAN
Hasil Pembelajaran
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam
situasi formal dan tidak formal.
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian
dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan
nada yang sesuai.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
ii. Melafazkan ucapan secara bertatasusila dalam perbualan.
Cadangan Aktiviti
Cadangan aktivitinya adalah murid diminta untuk melakonkan dialog
yang ada unsur - unsur penerimaan teguran. Contohnya, “Maafkan
saya”. “Terima kasih kerana mengingatkan saya.” “Baiklah, saya akan
cuba perbaiki. Terima kasih atas teguran itu tetapi pada pendapat saya
ini adalah yang terbaik pada saya. Terima kasih kerana membantu saya.
Langkah pelaksanaan:
Langkah untuk melaksanakan aktiviti ini adalah guru akan meminta
murid melakonkan watak sebagai seorang pelajar yang telah
melanggar peraturan sekolah. Kemudian, seorang murid lagi telah
menegur perbuatan murid yang telah melakukan kesalahan tadi
.
Hasil Pembelajaran
1.2 Bertanya dan menjawab tentang menjawab tentang sesuatu
perkara secara bertatasusila.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 2
i. Mengemukakan soalan tertumpu dan bercapah dengan
menggunakan kata tanya.
Cadangan Aktiviti
Aktiviti yang dicadangkan adalah melakukan perbualan dangan rakan
tentang sesuatu situasi yang mereka hadapi.
Soalan Jawapan
1. Siapakah yang
menyelamatkan anak kucing
itu ?
2. Bagaimanakah anak kucing
itu boleh jatuh ke dalam
longkang?
1. Kami yang telah
menyelamatkan anak kucing
itu.
2. Anak kucing itu cuba
mengejar rama-rama lalu
terjatuh ke dalam.
Langkah pelaksanaan aktiviti:
Guru menceritakan situasi yang berlaku terhadap kucing yang jatuh
ke dalam longkang.
Setelah murid mendengar cerita tersebut, guru akan menyuruh murid
melakonkan kembali berdasarkan petikan yang guru beri kepada murid.
Hasil Pembelajaran
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu
perkara.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 2
ii. Menerima dan melaksanakan arahan serta pesanan dengan betul.
Cadangan Aktiviti
Aktiviti yang dicadangkan bagi hasil pembelajaran ini adalah murid
melakonkan situasi menunjuk arah kepada sekumpulan pelancong
tempatan. Contohnya, sekumpulan pelancong tempatan sedang
bertanyakan tentang tempat terletaknya masjid negara kepada seorang
penduduk tempatan.
Langkah pelaksanaan aktiviti:
Langkah untuk menjalankan aktiviti adalah guru memberikan arahan
berkenaan dengan menunjuk arah kepada seseorang.
Guru akan memberi dialog dan disertakan dengan pelan atau peta
kepada murid.
Seterusnya meminta mereka melakonkan perbualan tentang cara
memberikan arahan kepada sekumpulan pelancong tempatan tentang
arah sesuatu tempat yang ingin dituju.
Sekumpulan lagi murid melakonkan watak sebagai pelancong yang
sedang mendengar dan memahami arahan atau petunjuk yang
diberikan oleh murid itu tadi.
Hasil Pembelajaran
1.4 Menyatakan permintaan secara berterus-terang dan meyakinkan
dengan menggunakan intonasi dan paralinguistk yang sesuai untuk
menguatkan permintaan.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 2
i. Meminta keizainan untuk memenuhi keperluan dengan bersopan.
Cadangan Aktiviti
Cadangan bagi aktiviti ini adalah murid diminta untuk menyatakan
sesuatu permintaan beserta alasan. Contohnya, melafazkan dialog,
“Cikgu Siti, izinkan saya menelefon ibu kerana saya berasa kurang
sihat”. Dialog ini menunjukkan cara menyatakan sesuatu perkara
bersama dengan alasan.
Langkah pelaksanaan:
Langkah untuk melaksanakan aktiviti ini guru meminta murid
melafazkan dialog atau perbualan yang menyatakan permintaan untuk
menelefon ibu kerana berasa kurang sihat.
Murid akan menyatakan dialog tersebut beserta dengan alasan
mengapa menelefon ibu.
Hasil Pembelajaran
2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton,
dibaca atau dialami.
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan
intonasi yang baik dan jelas.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 3
ii. Mengisahkan sesuatu perkara yang dialami dengan menggunakan
bahasa yang betul.
Cadangan Aktiviti
Cadangan untuk melaksanakan aktiviti ini adalah murid menceritakan
kembali tentang peristiwa yang terdapat di dalam gambit yang diberi
keoada murid. Murid perlu melihat dengan teliti dan menghayati gambar
yang diberikan serta menyampaikan cerita dengan penuh gaya dan
menarik.
Langkah pelaksanaan aktiviti:
Murid diminta untuk membentuk kumpulan.
Guru memberikan gambar yang menggambarkan suatu peristiwa
kepada setiap kumpulan.
Guru meminta murid meneliti gambar tersebut dan bercerita
berdasarkan gambar tersebut
KEMAHIRAN MEMBACA
Hasil Pembelajaran
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya
pembacaan yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan intonasi yang betul
dan memahami perkara yag dibaca.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
ii. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tuggal dan
ayat majmuk berbilang subjek.
Cadangan Aktiviti
Guru menyuruh pelajar membaca ayat tunggal di papan hitam.
Aminah sedang memasak di dapur.
Saya suka makan nasi ayam.
Ibu sedang menjahit.
Guru menyuruh pelajar membaca ayat majmuk di papan hitam.
Saya dan abang suka memancing.
Ainol dan Amin sedang menonton filem.
Aizat sedang makan nasi goring yang dimasak oleh ibunya.
Hasil Pembelajaran
7.0 Membaca, menaakul dan mengahayati kandungan teks yang dibaca.
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandumgan teks yang
tersurat dan tersirat.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 2
i. Membaca ayat yang diberikan.
ii. Menjelaskan maksud yang diberikan.
Cadangan Aktiviti
Guru menulis beberapa ayat di papan hitam.
Sila beratur ketika di kantin.
Basuh tangan sebelum makan.
Jimatkan air dan elektrik.
Hormat-menghormati amalan mulia.
Selepas itu, guru menyuruh murid membaca ayat tersebut.
Guru membincangkan ayat tersebut bersama murid.
Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengetahui tahap
kefahaman murid.
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil Pembelajaran
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat
majmuk.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 3
i. Menggunakan kata hubung yang sesuai untuk membina ayat
majmuk.
ii. Menulis ayat majmuk dengan tulisan yang cantik.
Cadangan Aktiviti
Guru menerangkan maksud, kegunaan dan contoh kata hubung.
kerana
atau
manakala
tetapi
lalu
sambil
dan
Contoh kata hubung:-
serta
Guru menulis ayat majmuk di papan hitam dan menyuruh murid
mengenal pasti kata hubung yang terkandung dalam petikan.
Contoh ayat:-
1. Farzana dan Amira gemar bermain congkak pada waktu lapang. (dan)
2. Kakak suka menyanyi sambil manari. (sambil)
3. Bapa kamu bekerja sebagai anggota polis atau askar? (atau)
4. Amylea menangis kerana duitnya hilang. (kerana)
5. Fatin terjatuh basikal lalu dia menangis. (lalu)
6. Sulaiman lulus peperiksaan tetapi abangnya gagal. (tetapi)
7. Kucing Adam bernama Mery manakala kucing Fatimah bernama Rai.
(manakala)
8. Ibu Hani memeluknya serta membelai rambutnya. (serta)
Guru menyuruh murid menulis ayat majmuk berdasarkan kata
hubung yang diberi.
atau
dan
sambil
Kata Hubung:-
kerana
tetapi
Murid membuat ayat majmuk berdasarkan kata hubung yang diberi
dan menulis di dalam buku latihan.
Hasil Pembelajaran
9.0 Mencatat dan menyusun maklumat.
9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
i. Mengambil imlak perkataan dan ayat tunggal dengan ejaan dan
tanda baca yang betul berdasarkan kata dan ayat yang diperdengarkan.
Cadangan Aktiviti
Guru membaca dialog ringkas dengan intonansi yang gramatis dan
menyuruh murid menulis dialog tersebut dengan menggunakan ejaan
dan tanda baca yang betul.
Contoh petikan:-
Ali : Inilah tempat tinggal saya.
Mat : Wah, besar dan cantiknya rumak awak! Apakah pekerjaan bapa
awak
dan bagaimana pula dengan ibu awak?
Ali : Bapa saya bekerja sebagai doktor manakala ibu saya suri
rumah.
Mat : Adakah awak mempunyai abang, kakak dan adik?
Ali : Saya ada seorang abang dan seorang adik perempuan tetapi
tidak ada
kakak.
Mat : Seronoknya awak hidup senang.
Ali : Kami sekeluarga bersyukur denngan kurniaan Illahi.
Mat : Syukur, alhamduliallah.
RUJUKAN
Zulkifli bin Yaakob (2007). Perkembangan Bahasa dan Pembelajaran
Kanak-kanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Pengajian
Melayu 3: Komunikasi Bahasa, Selangor : L. C. Marketing.
Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu, Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/pengajaran-bahasa-melayu-
kelas.html diakses pada 12 MAC 2009
BMM3101 semester 1BMM 3101Pengajian Sukatan Pelajaran BM Sekolah Rendah
PENDAHULUAN
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan
tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan .
Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.
Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang
berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.
Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.
MATLAMAT
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :
i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
iii.Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;
vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.
ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.
Kemahiran BahasaKemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
Kemahiran MendengarKemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Kemahiran MembacaKemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.
Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil
Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.
Sistem Bahasa
Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.
Pengisian Kurikulum
Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.
I. Kemahiran Mendengar dan BertuturKemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan. Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah berbual, bercerita, menyampaikan maklumat, dan berbincang.
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal.1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara
bertatasusila.1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca , atau dialami.2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat.
3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan.
3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.
4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat , dan tersusun.4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang.4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat.
II. Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik
membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat , menaakul , dan menghayati teks.
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu.
7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.
III. Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan
menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan.
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan.8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.
9.0 Mencatat dan menyusun maklumat9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohesif.
10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.
11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran.11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.
SISTEM BAHASA
Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.
1.0 TatabahasaTatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.
1.1 MorfologiMorfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan , dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:
a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi
i. kata asli bahasa Melayuii. kata pinjaman bahasa Melayu
b. Bentuk kata
i. kata tunggalii. kata terbitaniii. kata majmukiv. kata ganda
• Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:
i. pengimbuhanii. penggandaaniii. pemajmukan
Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberi kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna.
c. Golongan kata
i. kata namaii. kata kerjaiii. kata adjektifiv. kata tugas
1.2 Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur , dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut :
a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat,b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan,c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif,d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang,e. binaan dan proses penerbitan ayat:
i. ayat dasarii. ayat tunggaliii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan
f. aspek tanda baca
2.0 Sistem Ejaan
Perkara yang diberi penekanan ialah:
i. pola keselarasan huruf vokalii. ejaan kata pinjamaniii. ejaan kata dasar dan kata terbitan
3.0 Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.
i. SebutanSebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.
ii. IntonasiIntonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut:
a. Jenis ayat
i. ayat penyataii. ayat tanyaiii. ayat seruaniv. ayat perintah
b. Susunan ayat
i ayat biasaii. ayat songsang
c. Ragam ayat
i ayat aktifii. ayat pasif
Nota:
* Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Edisi 1993 ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.* Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
4.0 Kosa kata
Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.
5.0 Peribahasa
Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia.
PENGISIAN KURIKULUM
Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripada pelbagai bidang ilmu,nilai,kewarganegaraan , peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran secara
konstruktivisme, dan kontekstual.
1.0 IlmuIlmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.0 NilaiPenyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.
3.0 KewarganegaraanUnsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di
samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.
4.0 Peraturan SosiobudayaPeraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.
5.0 Kemahiran Bernilai TambahKemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. enjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah.
5.1 Kemahiran BerfikirKemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam
aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir , sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.
5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan KomunikasiKemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.
5.3 Kemahiran Belajar Cara BelajarKemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.
5.4 Kajian Masa DepanKajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan,
menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.
5.5 Kecerdasan PelbagaiKecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logikmatematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
5.6 Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.
5.7 Pembelajaran KontekstualPembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku
apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.
Muat turun petikan di atas dalam bentuk .PDF atau .WORD
Seterusnya :
Huraian Sukatan Pelajaran : Bahasa Melayu - Tahun 1 (SK) Bahasa Melayu - Tahun 2 (SK) Bahasa Melayu - Tahun 3 (SK) Bahasa Melayu - Tahun 4 (SK) Bahasa Melayu - Tahun 5 (SK) Bahasa Melayu - Tahun 6 (SK
5.0 Menyediakan RPH berdasarkan tajuk dan objektif yang
digunakan oleh guru yang dikaji dengan merujuk kandungan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Nilai
murni
Tahun : 3 Al- Ghazali (3 AG)
Bilangan murid : 28 orang
Tarikh : 08. 03. 2011 (Selasa)
Masa : 11.15 pagi – 12.15 pagi
Hasil pembelajaran :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) : Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung
ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus sampingan :
2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi
yang baik dan jelas.
Aras 2 (i) : Bercerita berdasarkan bahan yang dibaca dan peristiwa
yang dialami menggunakan pelbagai jenis pola ayat
Objektif Pelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran
murid dapat :
i. Menulis ayat yang mengandungi nilai murni
ii. Membaca dengan intonasi dan sebutan yang betul
iii. Menyenarai dan menyusun gambar bersiri mengikut urutan cerita yang
terdapat dalam bahan petikan yang telah dibaca.
iv. Menceritakan semula cerita mengikut susunan gambar bersiri yang
telah dibuat.
v. Membuat banding beza antara dua watak dalam bahan petikan.
Kemahiran bahasa :Kemahiran Lisan ,Kemahiran membaca,
Kemahiran menulis
Sistem Bahasa :1. Morfologi : kata kerja, kata adjektif,
kata nama am
2.Sintaksis : Ayat majmuk
Nilai : Keyakinan diri dan rajin
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : membanding dan membeza
Kemahiran Belajar : mengumpul maklumat, Pembelajaran secara kumpulan
Kecerdasan Pelbagai : verbal-lingusitik, interpersonal
Pem. Konstruktivisme : meneroka, menghuraikan dan menilai
Pengetahuan Sedia Ada :Murid telah biasa mendengar dan membaca cerita-cerita
binatang daripada pelbagai sumber
Bahan Bantu Mengajar : Kertas edaran kerja, video dan kad
gambar bersiri
Bahan Bantu Belajar : Buku latihan, dan alat tulis
Langkah /
Masa
Isi
Kandungan
Aktiviti
Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(+ 5 minit )
Tayangan
video cerita “
Arnab dan
Kura-kura”
1)Guru
menayangkan
video tentang
cerita “ Arnab dan
Kura-Kura”.
2)Murid diminta
Kecerdasan
pelbagai : Muzik
BCB: mendengar
secara aktif dan
intensif
KB : mendengar
menonton dan
menghayati nilai
murni yang
terdapat dalam
video tersebut.
3)Guru bersoal
jawab dengan
murid tentang
nilai murni yang
terdapat di dalam
cerita tersebut.
BBB : video
Nilai :Hormat-
menghormati
Langkah 1
(+ 10 minit )
Petikan cerita
“Arnab dan
Kura-kura”
1)Guru
mengedarkan
petikan cerita “
Arnab dan Kura-
kura “.
2)Guru membaca
petikan cerita
terlebih dahulu.
Murid mendengar
dengan teliti dan
memahami
petikan cerita .
3)Guru
Nilai : memberi
perhatian
BCB : i) membaca
dengan intonansi
yang betul.
ii) mendengar
dengan aktif.
KB : lisan dan
membaca
BBB : teks cerita
membimbing
pelajar membaca
dengan sebutan
dan intonasi yang
betul. (Murid
dipilih secara
rawak)
Langkah 2
(+ 15 minit )
Gambar
bersiri cerita
“Arnab dan
Kura-kura”
1)Guru
melekatkan
gambar bersiri dan
meminta murid
memerhati dengan
teliti.
2)Guru meminta
murid menyusun
gambar bersiri
tersebut mengikut
jalan cerita yang
telah didengar
sebelum ini.
3) Murid diminta
menceritakan
semula cerita
Gambar bersiri.Carta bacaan.Nilai murni: Hormat- Menghormati, Kesederhanaan
BBB : gambar
bersiri
mengikut susunan
gambar bersiri
yang telah dibuat.
Langkah 3
(+ 15 minit )
Membina
ayat
berdasarkan
nilai murni
yang
dipelajari dari
cerita “Arnab
dan Kura-
kura”
1)Guru bersoal
jawab dengan
murid tentang
nilai murni yang
terdapat dalam
petikan cerita .
2)Guru meminta
murid
menyenaraikan 5
nilai murni yang
telah dipelajari.
3)Guru meminta
murid membina 5
ayat berdasarkan
nilai murni
tersebut.
Teknik: Soal jawab
Kecerdasan
pelbagai
(interpersonal,verbal
linguistik
BBB : kertas
lembaran kerja
Langkah 4
(+ 10 minit )
Membanding
beza sifat
arnab dan
kura-kura
1)Guru
membimbing
murid membuat
banding beza sifat
arnab dan kura-
- Kemahiran berfikir: Membanding Membeza.
Alat berfikir: Borang
Pengurusan Grafik
Penyerapan ilmu:
kura dengan
menggunakan
borang
pengurusan grafik.
2)Ketua kumpulan
membentangkan
hasil
perbincangan.
Sains. Kemahiran
interpersonal.
Kemahiran
mengumpul
maklumat.
Penutup
(+ 5 minit )
Guru
membuat
rumusan
tentang
pengajaran
yang
telah diajar.
.
1) Guru
menanyakan nilai-
nilai murni yang
terdapat semasa
sesi pengajaran
dan pembelajaran.
2)Guru meminta
murid
memberikan
contoh situasi yng
mengandungi nilai
murni.
3)Guru meminta
murid
mempraktikkan
nilai murni yang
Nilai-nilai murni :
Menghargai,
menghormati dan
bekerjasama.
telah dipelajari
dalam kehidupan
harian mereka.
Refleksi / Ulasan :
____________________________________________________
Tindakan Susulan :
__________________________________________________
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Huraian FPK
Pendidikan Suatu Usaha Berterusan
Pendidikan merupakan suatu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan,
nilai murni dan kemahiran. Proses pemerolehan dan pemindahan ini berlangsung
secara berterusan dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke akhir hayat.
Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting kerana asas sahsiah mereka mula
terbentuk sejak berusia satu tahun hingga enam tahun. Sahsiah yang terbentuk di
peringkat ini akan berkembang hingga ke akhir hayat. Selepas kanak-kanak berusia
enam tahun, mereka dihantar ke sekolah. Di sekolah, mereka akan mencari dan
menimba pelbagai ilmu pengetahuan yang berfaedah. Di sepanjang tempoh
persekolahan, kanak-kanak akan terus dipupuk dengan nilai murni untuk
memperkembang sahsiah yang baik. Di samping memperoleh pelbagai ilmu
pengetahuan dan nilai murni, bakat dan keupayaan mereka diperkembangkan.
Usaha-usaha ini dijalankan secara berterusan di sepanjang tempoh persekolahan.
Walaupun mereka telah meninggalkan alam persekolahan, pendidikan mereka masih
belum selesai. Mereka perlu berusaha terus menerus untuk menambah dan
meningkatkan ilmu, mengembangkan daya berfikir, memperbaiki serta
memperelokkan lagi akhlak.
Proses pendidikan berlangsung terus menerus dalam diri seseorang kerana manusia
perlu menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan. Perubahan-perubahan
ini akan mempengaruhi perkembangan insan yang mulia.
Perkembangan Potensi Individu
Sejak lahir setiap individu memiliki pelbagai bakat dan potensi. Bakat dan potensi ini
boleh dikembangkan melalui perhubungan dan pergaulan dengan orang lain.
Walaupun individu memiliki bakat dan potensi tetapi tidak semua kebolehan tersebut
dilihat dengan jelas kerana kebanyakannya masih terpendam. Oleh itu usaha perlu
dijalankan bagi mencungkil, memupuk, memperkembang dan mempertingkatkannya. Sharing My World With You
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkembang bakat dan potensi
individu. Setiap bakat dan potensi boleh berkembang ke tahap cemerlang jika diberi
peluang yang secukupnya. Oleh yang demikian usaha untuk memperkembang bakat
dan potensi individu perlu dirancang dengan teratur dan bersungguh-sungguh.
Perkembangan Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu
Potensi individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan. Setiap potensi yang
dikembangkan itu harus dihubungkait atau diselaraskan dengan potensi yang lain.
Tujuannya adalah supaya perkembangan potensi itu tidak bertentangan di antara
satu dengan lain. Malahan semua potensi akan berkembang secara bersepadu.
Misalnya, perkembangan potensi intelek, rohani dan jasmani dalam permainan atau
sukan tidak boleh dipisahkan dari aspek-aspek sosial seperti memperoleh
pengetahuan untuk bermain dengan cara betul, cekap dan tangkas serta mempunyai
semangat kerjasama, kekitaan dan berbakti terhadap negara.
Insan Yang Seimbang Dan Harmonis
Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan,
mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, berbudaya penyayang, tubuh badan yang
sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Insan yang seimbang
dan harmonis ini memiliki kesedaran dan prihatin tentang tugas dan tanggungjawab,
serta sentiasa berusaha untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut dengan
sebaik mungkin. Ia memiliki ketahanan diri untuk menghadapi segala cabaran hidup
dan sentiasa berikhtiar untuk mengatasi pelbagai masalah.
Unsur Intelek
Ciri-ciri unsur intelek:
• Mempunyai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira
• Sentiasa berusaha untuk mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu
• Sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis serta berusaha untuk
mengembangkan daya pemikirannya supaya individu mampu menghurai,
mencerakin, menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas
dan
• Berupaya memanfaatkan ilmu untuk diri, orang lain dan alam sekitar.
Unsur Rohani
Ciri- ciri unsur rohani:
• Menyedari dan menginsafi adanya Tuhan
• Menghargai dan mensyukuri pemberian Tuhan
• Menyedari dan prihatin tentang tanggungjawab
• Memupuk dan membina disiplin diri
• Membentuk akhlak mulia dan
• Memiliki jiwa yang tenang/ tenteram. Sharing My World With You
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Unsur Emosi
Ciri-ciri unsur emosi:
• Memiliki tingkah laku yang terkawal dan berperasaan tenang
• Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang
• Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan dan
• Menghargai dan menilai keindahan.
Unsur Jasmani
Ciri-ciri unsur jasmani:
• Menjaga kesihatan badan
• Melakukan riadah
• Mengembangkan bakat dan kemahiran yang bersifat teknikal, manipulatif dan
sosial
• Memanfaatkan kemahiran dan kecergasan fizikal untuk berdikari dan
• Menggunakan kemahiran dan kecergasan fizikal bagi kepentingan
masyarakat.
Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan
Ciri-ciri individu yang memepercayai dan mematuhi Tuhan:
• Mengakui tentang wujudnya Tuhan
• Mengakui bahawa manusia dan alam dijadikan oleh Tuhan
• Mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang
ditetapkan oleh Tuhan
• Menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam dan
berusaha untuk melakukan kebaikan
• Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
perbuatannya dan
• Sentiasa berusaha untuk mengikuti dan mengamalkan ajaran agama serta
berusaha untuk meningkat dan mengukuhkannya.
Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan
Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan:
• Mencintai ilmu pengetahuan
• Sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan
• Meningkatkan dan menyebarkan ilmu
• Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri sendiri, orang lain dan kebaikan alam
sekitar dan
• Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.
Rakyat Malaysia Yang Berketrampilan
Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berketrampilan:
• Memiliki pengetahuan, kelayakan dan kemahiran dalam menjalan sesuatu
tugas Sharing My World With You
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• Berkebolehan melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna dan
• Berpandangan jauh dan berinisiatif.
Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia
Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berakhlak mulia:
• Mempunyai pengetahuan dan keyakinan terhadap nilai murni
• Mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan yang baik dan
buruk
• Mengamalkan perlakuan yang baik dan
• Menghayati nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan
dan kewarganegaraan.
Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab
Ciri-ciri Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab:
• Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan
dilaksanakan dengan sempurna
• Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap
• Sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran
• Mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan
• Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan
negara.
Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri
Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri:
• Mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat
• Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup
dan
• Sentiasa dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan orang lain.
Rakyat Malaysia Yang Dapat Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan
Kemakmuran Masyarakat Dan Negara
Ciri-ciri rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara:
• Sentiasa berusaha ke arah memupuk perpaduan rakyat melalui semangat
kerjasama, toleransi, kekitaan dan hormat menghormati
• Sentiasa berusaha memajukan ekonomi ke arah perkembangan bangsa dan
negara dengan menggunakan sains dan teknologi
• Sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara
• Sentiasa berusaha mematuhi serta mempertahankan peraturan dan
perlembagaan
• Sanggup mempertahankan maruah diri, agama, bangsa dan negara dan
• Sentiasa mengamal dan menghayati Prinsip- Prinsip Rukun Negara