24
BAHASA DAN BUDAYA MELAYU: PEMBAKUAN BAHASA-Zanurhani bt Abdullah [diselenggarakan oleh Rozali Rajab] PENGENALAN Dalam mencari jati diri bangsa, bahasa adalah satu wahana penting dalam membina ketamadunan penganutnya. Pembakuan bahasa adalah satu aspek penting dalam memartabatkan bahasa Melayu supaya dapat bersaing dan mempunyai identiti sendiri dalam memperkasakan bahasa tercinta ini. Pembakuan bahasa juga merupakan satu usaha yang berterusan yang dilakukan oleh pihak kerajaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, pakar-pakar bahasa, pendidik, dan lain-lain untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang mencerminkan keintelektualan dan kemajuan sesuatu bangsa. Penulisan ini akan membincangkan matlamat pembakuan itu sendiri dan perlaksanaannya dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang perlu dihormati , diamalkan dan boleh dibanggakan oleh penganutnya. Perancangan bahasa merupakan salah satu aspek penting dalam pembinaan negara malahan menjadi salah satu komponen teras yang menjadi jiwa dan unsur dalaman peribadi atau identiti negara. Perancangan bahasa di Malaysia berlandaskan Dasar Bahasa Kebangsaan. Dasar ini meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dengan adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, barulah dilakukan tahap-tahap seterusnya dalam perancangan taraf bahasa. Perancangan bahasa meliputi tahap-tahap tertentu termasuklah pembakuan bahasa.

Bahasa Dan Budaya Melayu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa Dan Budaya Melayu

BAHASA DAN BUDAYA MELAYU: PEMBAKUAN BAHASA-Zanurhani bt

Abdullah [diselenggarakan oleh Rozali Rajab]

PENGENALAN

Dalam mencari jati diri bangsa, bahasa adalah satu wahana penting dalam

membina ketamadunan penganutnya. Pembakuan bahasa adalah satu aspek

penting dalam memartabatkan bahasa Melayu supaya dapat bersaing dan

mempunyai identiti sendiri dalam memperkasakan bahasa tercinta ini. Pembakuan

bahasa juga merupakan satu usaha yang berterusan yang dilakukan oleh pihak

kerajaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, pakar-pakar bahasa, pendidik, dan lain-lain

untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang mencerminkan

keintelektualan dan kemajuan sesuatu bangsa. Penulisan ini akan membincangkan

matlamat pembakuan itu sendiri dan perlaksanaannya dalam menjadikan bahasa

Melayu sebagai satu bahasa yang perlu dihormati , diamalkan dan boleh

dibanggakan oleh penganutnya.

Perancangan bahasa merupakan salah satu aspek penting dalam pembinaan

negara malahan menjadi salah satu komponen teras yang menjadi jiwa dan unsur

dalaman peribadi atau identiti negara. Perancangan bahasa di Malaysia

berlandaskan Dasar Bahasa Kebangsaan. Dasar ini meletakkan kedudukan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti yang terkandung

dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dengan adanya dasar bahasa yang

menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, barulah dilakukan

tahap-tahap seterusnya dalam perancangan taraf bahasa. Perancangan bahasa

meliputi tahap-tahap tertentu termasuklah pembakuan bahasa. Oleh itu, pembakuan

bahasa meliputi seluruh sistem bahasa termasuklah sistem ejaan, peristilahan, kosa

kata, tatabahasa, dan laras bahasa. Namun begitu, terdapat kerancuan bahasa dan

kesan terhadap proses pembakuan bahasa Melayu akibat daripada kekeliruan oleh

pengguna bahasa di Malaysia.

Dari segi definisi dan konsep dapat diteliti dengan mengambil beberapa

contoh sarjana bahasa seperti Awang Sariyan (1996: 3) mendefinisikan konsep

pembakuan bahasa sebagai satu usaha atau proses mengetengahkan bentuk

bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Pembakuan bahasa juga

ialah satu aspek yang perlu diberikan tumpuan dalam perancangan sesuatu bahasa.

Ini disebabkan hubungan pembakuan bahasa dengan perancangan bahasa dapat

Page 2: Bahasa Dan Budaya Melayu

diteliti melalui konsep perancangan bahasa itu sendiri yang dijelaskan sebagai

usaha, tindakan dan proses merancang sesuatu bahasa tertentu secara sedar untuk

memungkinkannya memenuhi dan melaksanakan fungsi tertentu. Justeru,

pembakuan bahasa meliputi seluruh sistem bahasa, antaranya sistem ejaan,

peristilahan, tatabahasa, kosa kata dan sebutan. Bahasa baku atau bahasa standard

ialah satu variasi pertuturan yang membayangkan keseragaman dari segi bentuk

dan fungsi (Haugen, 1972). Menurut Fergusan (1960: 8), salah satu ciri bahasa

standard ialah bahasa yang telah mengalami standardisasi, iaitu proses pemilihan

satu variasi daripada satu bahasa yang diterima secara meluas. Menurut Harvanek

(1964: 3-6), bahasa standard digunakan dalam hal-hal yang bersifat akademik,

falsafah dan profesional. Nik Safiah Karim (1986), menyatakan bahawa pencemaran

bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa

yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan

frasa dan ayat. Kerancuan bahasa Melayu amat ketara dalam pertuturan harian,

iklan dan SMS. Rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk dan kacau. Ini

bermakna bahasa Melayu digunakan secara tidak teratur dan bercampur aduk

dengan bahasa asing. Aspek yang dikesan ialah dari segi tatabahasa, ejaan dan

diksi. Keadaan ini akan menyebabkan pembakuan bahasa Melayu mengalami

cabaran kerana pengguna tidak menggunakan bahasa baku atau bahasa standard

yang telah diterima pakai dalam konteks akademik dan profesional. Objektif kajian

ini ialah menjelaskan mengenai aspek-aspek pembakuan bahasa Melayu dalam

perkembangan perancangan korpus bahasa Melayu di Malaysia di samping

menghuraikan perkaitan antara pembakuan bahasa dan bahasa Melayu Tinggi serta

membincangkan kesan kerancuan bahasa Melayu terhadap pembakuan bahasa.

Batasan kajian ini adalah berdasarkan kepada aspek-aspek pembakuan bahasa

Melayu seperti ejaan, tatabahasa, peristilahan, perkamusan dan sebutan baku

dalam perkembangan perancangan korpus bahasa, perkaitan antara bahasa baku

dan bahasa Melayu tinggi serta kesan-kesan kerancuan bahasa Melayu terhadap

pembakuan bahasa di Malaysia.

Perancangan Korpus Bahasa Melayu

Menurut Awang Sariyan (1996:79), strategi menjadikan bahasa Melayu sebagai

bahasa moden dilaksanakan melalui perancangan bahasa, iaitu usaha secara sedar

dan terencana untuk meningkatkan taraf sesuatu bahasa dan membinanya bagi

tujuan mengisi taraf tersebut. Terdapat dua jenis perancangan bahasa, iaitu

Page 3: Bahasa Dan Budaya Melayu

perancangan taraf bahasa dan perancangan korpus bahasa. Perancangan taraf

bahasa memberikan taraf tertentu kepada sesuatu bahasa, sementara perancangan

korpus bahasa membina bahan atau korpus bahasa tersebut menjadi bahasa yang

kemas sistemnya supaya dapat memenuhi taraf yang diberikan kepadanya.

Perancangan taraf bahasa Melayu melibatkan pemberian tiga taraf penting kepada

bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar

pendidikan. Profesor St. Takdir Alisjahbana mentakrifkan perancangan korpus

bahasa merupakan usaha, tindakan, atau proses merancang sesuatu bahasa yang

tertentu secara sedar untuk memungkinkan bahasa itu mampu memenuhi fungsi-

fungsi tertentu. (Awang Sariyan, 1996: 6). Justeru itu, terdapat empat proses

perancangan bahasa iaitu:

i. Pemilihan bahasa kebangsaan iaitu proses memilih dan menentukan bahasa atau

variasi bahasa untuk dijadikan norma penggunaan bahasa khususnya dalam

memilih bahasa untuk dijadikan bahasa kebangsaan atau bahasa baku (standard).

Oleh itu, pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub

dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahawa

“bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang

diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen”

ii. Pengekodan bahasa yang menentukan norma dalam kod bahasa, seperti tulisan,

ejaan, pengucapan, tatabahasa, dan kosa kata sejajar dengan konsep pembakuan

bahasa. Menurut Nik Safiah Karim (1986:14), bahasa dalam konteks perancangan

dan pembakuan bahasa, variasi yang menjadi norma atau ukuran penggunaan

bahasa yang baku ialah bahasa terbina. Bahasa terbina ialah variasi bahasa yang

bersifat kompleks, mempunyai susunan yang teratur, rapi dan dihuraikan dengan

terperinci.

iii. Peluasan fungsi merupakan satu usaha untuk menjadikan bahasa atau variasi

yang dipilih mampu untuk memenuhi keperluan negara dalam segala bidang, di

samping bahasa itu perlulah digunakan secara efisien. Ini dapat dilakukan melalui

pengayaan dan perluasan kosa kata dengan memasukkan kata-kata baru dan

membuat perubahan pada struktur leksikon. Dalam konteks bahasa Melayu di

Malaysia, fungsi utama yang ditekankan ialah fungsi sebagai bahasa kebangsaan,

bahasa rasmi, dan bahasa ilmu berdasarkan kepada perlembagaan Malaysia dan

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/ 1967, serta Akta Pendidikan 1961.

Page 4: Bahasa Dan Budaya Melayu

iv. Tahap penerimaan merupakan proses atau usaha untuk menjadikan bahasa atau

variasi bahasa yang terpilih itu diterima oleh masyarakat penggunanya.

Keberkesanan penggunaan dan pemantapan bahasa baku juga bergantung kepada

penerima khalayaknya. Dengan kata lain, bahasa yang dibakukan perlulah dapat

diterima pakai dan memenuhi keperluan sesuatu masyarakat pengguna bahasa.

Dapatlah disimpulkan bahawa pembakuan bahasa merupakan unsur dan proses

yang penting dalam perancangan bahasa. Oleh itu, pembakuan bahasa mempunyai

peranan yang penting dalam pembinaan negara.

Pembakuan Bahasa

Pembakuan bahasa merupakan usaha, tindakan, dan proses mengetengahkan

bentuk bahasa yang benar, dan yang menjadi dasar ukuran. Dalam konteks

perancangan bahasa, bahasa baku adalah bahasa yang menunjukkan norma baku

dalam satu kawasan akibat perbezaan sosial dan daerah yang wujud. Bahasa ini

juga dikenali sebagai bahasa yang berprestij dan perlu dikuasai untuk mencapai

status sosial dan ekonomi bagi sesebuah negara. Oleh itu, pembakuan bahasa lebih

tertumpu kepada bahasa Melayu baku. Bahasa Melayu baku didefinisikan sebagai

bahasa yang seragam variasi bahasa yang menjadi norma penggunaan bahasa

Melayu dalam situasi rasmi (Nik Safiah Karim, 1998: 1). Awang Sariyan (1989: 38)

pula memberi pengertian bahasa baku sebagai satu ragam bahasa yang digunakan

untuk suasana dan keperluan rasmi dan formal. Dalam bentuk lisan, suasana dan

keperluan rasmi atau formal itu berlaku dalam ucapan, syarahan, pengajaran,

mesyuarat, dan taklimat. Dalam bentuk tulisan, bahasa baku digunakan dalam surat

rasmi, arahan, pekeliling, laporan, iklan pekerjaan, tender, minit mesyuarat dan lain-

lain. Pembakuan bahasa meliputi seluruh sistem dan tidak terhad pada aspek

tertentu seperti sebutan semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sesetengah

orang. Dalam konteks pendidikan bahasa, pemilihan bentuk penggunaan bahasa

perlu dilakukan untuk menentukan variasi bahasa yang perlu dibakukan. Sesuatu

bahasa itu dianggap bahasa baku (standard) jika mempunyai ciri yang seperti

bersifat terbuka, bersifat stabil, bersifat cendekiawan (intelektual), bersifat

pemersatu, bersifat pemisah, berprestij, bersifat rangka rujukan, dan kekerapan

penggunaan. Justeru, aspek-aspek yang perlu dibakukan ialah sistem ejaan,

peristilahan, kosa kata, tatabahasa, sebutan, dan laras bahasa (Awang Sariyan,

1996:10). Aspek-Aspek Penting dalam Pembakuan Bahasa

Page 5: Bahasa Dan Budaya Melayu

i. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Sistem ejaan bahasa Melayu telah mengalami

pembakuan sejak beratus-ratus tahun bermula semenjak kedatangan Islam ke

Nusantara. Penggunaan tulisan Jawi dijadikan tulisan tradisi bahasa Melayu. Tulisan

Jawi dijadikan kayu ukur pembakuan sistem ejaan kerana bahasa Melayu

berkembang menjadi bahasa persatuan (franca lingua) di seluruh Alam Melayu

menggunakan tulisan Jawi. Malahan tulisan Jawi telah mencetuskan tradisi

persuratan dalam bahasa Melayu. Ejaan Rumi di Tanah Melayu bermula apabila

R.J. Wilkinson (1904) telah berjaya menyusun asas sistem ejaan Rumi bahasa

Melayu, diikuti oleh Za’ba memperkemaskannya sehingga menjadi satu sistem ejaan

yang digunakan di sekolah selama lebih 30 tahun. Pada tahun 1972, satu sistem

ejaan terhasil melalui kerjasama Malaysia dengan Indonesia. Di Malaysia, sistem

ejaan dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baru. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa

Melayu dibahagikan kepada dua sistem iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal dan

Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal. Sistem Keselarasan Huruf Vokal

digunakan pengejaan kata bahasa Melayu jati manakala Sistem Kekecualian

Keselarasan Huruf Vokal. Sistem digunakan dalam pengejaan kata pinjaman.

ii. Peristilahan

Pembakuan dalam bidang peristilahan berkait rapat dengan pemodenan bahasa dan

kemajuan masyarakat. Ini disebabkan istilah perlu dihasilkan apabila sesuatu bidang

ilmu itu diwujudkan. Dalam konteks pembentukan budaya ilmu, penggubalan istilah

dalam pelbagai bidang ilmu juga menjadi penanda berlakunya proses intelektualisasi

dalam bahasa Melayu (Awang Sariyan, 1996: 12). Dalam konteks Malaysia,

pembakuan istilah telah bermula pada tahun 1957 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pembakuan kosa kata mempunyai hubungan dengan pembakuan peristilahan,

kerana istilah sendiri sebenarnya adalah sebahagian daripada kosa kata.

Pembakuan kosa kata merangkum dua hal pokok iaitu bentuk dan maknanya. Oleh

sebab bahasa baku mempunyai hubungan yang erat dengan ilmu dan pemikiran,

maka kesempurnaan bentuk dan makna kata yang menjadi teras perlu diberi

perhatian. Maka, terhasillah kamus yang dapat memuatkan mengenai bentuk dan

makna sesuatu kata. Dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah (1992: 4-6),

istilah dalam bahasa Melayu diperoleh daripada tiga sumber iaitu Perbendaharaan

Kata Umum Bahasa Melayu, Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Serumpun dan

Perbendaharaan Kata Bahasa Asing. Mengikut Asmah Hj. Omar (1981: 39), sesuatu

istilah yang dicipta itu mestilah mempunyai ciri-ciri seperti keringkasan bentuk,

Page 6: Bahasa Dan Budaya Melayu

ketepatan makna, keserasian konsep, kemungkinan ditakrifkan dengan mudah,

kesesuaiannya dengan fonologi, morfofonemik dan tatabahasa yang berkesan.

Mengikut Awang Sariyan (1996: 33), usaha menggubal istilah dalam bahasa Melayu

di Malaysia sudah bermula sejak tahun 1956 lagi. Hingga sekarang telah ada lebih

400 000 istilah untuk 300 bidang ilmu dan ikhtisas. Walaupun kerja pembentukan

istilah masih tetap berterusan, sesuai dengan perkembangan bahasa Melayu,

bolehlah dikatakan bahawa kita sudah mempunyai kaedah baku tentang cara

pembentukan istilah. Abdullah Hassan (1997:38) pula menyatakan bahawa

sebanyak 477,300 istilah telah dicipta oleh Dewan Bahasa dan Pustaka setakat ini

untuk semua bidang (Berita Peristilahan, Mei 1986).

iii. Perkamusan

Menurut Harimurti Kridalaksana (1982: 73), kamus dimaksudkan sebagai buku

rujukan yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan

pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad. Abdullah

Hassan (1992: 114) pula mendefinisikan kamus sebagai satu dokumen penting

berkenaan sesuatu bahasa. Istilah kamus dipinjam daripada bahasa Arab. Pada

mulanya, kamus membawa makna senarai kata yang disusun mengikut abjad dan

bagi setiap kata diberikan maknanya. Terdapat tiga konsep penting dalam

penciptaan kamus iaitu tipologi, leksikologi dan leksikografi. Tipologi dari sudut

bahasa bermaksud pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan

atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang lepas daripada perkembangan

bahasa (Hartmann, 1972: 243). Leksikologi ialah ilmu untuk mempelajari dan

menganalisis kosa kata melalui perkembangan bentuk dan erti (makna) dengan

bantuan bidang etimologi (asal usul kata) manakala leksikografi merupakan bidang

linguistik terapan yang garapannya mencakup teknik dan metodologi penyusunan.

Leksikografi juga adalah cabang leksikologi yang mengkaji dasar dan kaedah

penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data, pemilihan data dan

pengabjadan, di samping penyusunan definisi dan pemberian makna. Abdullah

Hassan turut menyatakan bahawa dari segi sejarah perkamusan, terdapat tiga jenis

kamus, iaitu kamus yang dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah tertentu,

kamus yang disusun bersama deskripsi bahasa, dan kamus kini yang tidak

disertakan dengan deskripsi tatabahasa. Oleh itu, terdapat beberapa jenis kamus

berdasarkan kepada bahasa, struktur kandungan, fungsi dan pengguna. Oleh yang

demikian, jenis-jenis bahan yang dikategorikan sebagai kamus ialah daftar kata,

Page 7: Bahasa Dan Budaya Melayu

glosari, indeks, kamus sebutan, kamus istilah, kamus idiom, daftar istilah, tesaurus,

kamus seerti, ensiklopedia, kamus pelancong dan kamus umum.

iv. Sebutan Baku

Perancangan pembakuan sebutan bagi bahasa Melayu adalah menjadi salah satu

objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagaimana yang termaktub dalam Akta

Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Objektif yang dicatatkan sebagai Tujuan-tujuan

Lembaga Pengelola DBP tentang perkara ini [Seksyen 5 (1)] ialah: iv. untuk

membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam

bahasa kebangsaan. Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk

menyeragamkan sebutan dalam bahasa Melayu. Secara khusus, pembakuan

sebutan bertujuan untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa

Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Di samping itu juga,

ia bertujuan untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di kalangan

semua pengguna bahasa Melayu, memantapkan sistem dan struktur dalaman

bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar

dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata

umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa serta secara khusus, untuk

menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur dan mengurangkan penggunaan

pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek

setempat dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah (Ismail

Dahaman, 1996 : 44). Dasar sebutan baku bahasa Melayu menggunakan prinsip

sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. K.L. Pike dalam, bukunya

Phonemics menyatakan bahasa kata-kata yang dieja sebagaimana yang diucapkan

dan diucapkan sebagaimana yang dieja, dan tidak ada huruf yang senyap. Oleh itu,

Dasar Sebutan Baku dapat dihuraikan dengan meninjau bunyi-bunyi vokal,

konsonan dan diftong dalam bahasa Melayu. Justeru itu, sebutan baku bahasa

Melayu baku melibatkan penyebutan bunyi vokal, konsonan, diftong, penyengauan,

dan akronim. Malahan, turut melibatkan cara penyebutan kata dasar, kata terbitan,

kata serapan daripada bahasa Inggeris, kata serapan daripada bahasa Arab, dan

sebutan kata nama khas.

v. Tatabahasa

Pembakuan tatabahasa bahasa Melayu berlaku serentak dengan berkembangnya

tradisi bahasa persuratan. Pemantapan bahasa persuratan atau ragam bahasa

tulisan dengan sendirinya memantapkan tatabahasa. Abdullah Hassan (1993: 1)

Page 8: Bahasa Dan Budaya Melayu

mendefinisikan tatabahasa sebagai satu kumpulan petua bagi membentuk

perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Arbak Othman (1981: 1) pula menyatakan ciri-ciri

bahasa Melayu yang teratur dan kemas dipanggil oleh ahli-ahli bahasa sebagai

sistem yang berperaturan. Oleh itu tatabahasa merupakan satu aspek penting yang

perlu dikuasai dan dipelajari kerana ia adalah peraturan dan cara penggunaan

sesuatu bahasa berdasarkan prinsip atau rumus tertentu. Dalam kajian tatabahasa,

aspek yang perlu diberi penekanan ialah fonologi, morfologi dan sintaksis manakala

untuk menganalisis tatabahasa pula, terdapat empat unit yang perlu diberikan

tumpuan iaitu perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Oleh yang demikian, tatabahasa

bahasa Melayu yang diterima sebagai tatabahasa pegangan kini adalah

berdasarkan buku tatabahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993). Tatabahasa Dewan ini telah

menggabungkan Tatabahasa Dewan Jilid 1: Ayat [1986, 1987], dan Tatabahasa

Dewan Jilid 2: Perkataan [1989, 1992]. Aspek-aspek tatabahasa yang lain yang

dijelaskan dan diterbitkan oleh pihak DBP dari semasa ke semasa adalah dianggap

pedoman rasmi yang memperlengkap buku tatabahasa tersebut.

Pembakuan Bahasa dan Bahasa Melayu Tinggi

Masyarakat Malaysia turut terlibat dalam arus kemajuan ilmu yang semakin pesat.

Dunia sains dan teknologi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

Kebudayaan tradisional mula mengalami perubahan dengan penerapan unsur-unsur

luar. Begitu juga dengan gejala perubahan bahasa. Unsur-unsur baru datang dalam

bentuk ilmu dan pengetahuan baru, yang dipelajari secara formal dan diaplikasikan

dalam berbagai-bagai aspek kehidupan. Maka wujudlah dalam konteks bahasa ialah

sejumlah laras baru yang memperkatakan hal-hal baru seperti laras bahasa dalam

bidang ekonomi, laras kejuruteraan, dan sebagainya. Ternyata kemajuan sesuatu

bahasa amat bergantung kepada pemupukan ciri-cirinya oleh para penggunanya.

Maju-mundur sesuatu bahasa ditentukan oleh cara penuturnya mengolah dan

mengungkapkan buah fikiran melalui struktur-strukturnya. Di sini letaknya

kepentingan pembakuan bahasa dalam menghasilkan bahasa Melayu supaya

menjadi bahasa ilmu moden, bahasa yang menyalurkan ilmu dan buah fikiran

moden. Bahasa Melayu telah direncanakan menjadi bahasa yang ekspresif dalam

pelbagai bidang ilmu, termasuklah sains dan teknologi. Dengan demikian bahasa

Melayu dapat mencapai taraf kecendekiaan dan bahasa saintifik. Bahasa Melayu

tidak lagi berada pada tahap yang rendah, sebaliknya diiktiraf sebagai bahasa elit

Page 9: Bahasa Dan Budaya Melayu

dan bahasa cerdik pandai yang bertanggungjawab membentuk pemikiran

masyarakat dan pembangunan negara. Bahasa ini dikenali sebagai bahasa Melayu

tinggi. Bahasa Melayu tinggi ialah bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan

konsep dan pemikiran yang teknikal dan maju, dan yang berfungsi sebagai sarana

budaya tinggi (Nik Safiah Karim, 1986: 6-7). Awang Sariyan (1996: 117),

menyatakan bahawa bahasa Melayu tinggi ialah ragam bahasa Melayu yang

digunakan untuk pembinaan dan pengembangan ilmu, pemikiran dan teknologi.

Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan ilmu dan

memiliki ciri-ciri tersendiri. Mengikut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik

pendapat Bernstein (1968), yang membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu

bahasa terhad dan bahasa terbina. Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa

terbina menjadi asas utama kerana tidak mungkin bahasa basahan atau bahasa

tidak formal digunakan dalam sesuatu bahasa. Untuk menguasai bahasa terbina

yang menjadi asas bahasa ilmu, pengguna bahasa Melayu perlu menguasai ragam

bahasa dan juga laras bahasa. Mengikut Asraf (1986: 67-73), ciri bahasa Melayu

yang menjadi bahasa ilmu mestilah bukan loghat, bukan bahasa pasar, bukan

bahasa orang yang baru belajar bahasa Melayu, bukan bahasa budak dan bukan

bahasa orang yang mengalami gangguan jiwa. Abdullah Hassan (1986: 95) pula

menyatakan bahawa bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dianggap sebagai

superlek yang harus mempunyai ciri gramatis (betul dari segi nahu), halus, jitu,

intelektual, dan elitis. Justeru itu, Awang Sariyan (1996: 259-261), telah

menggariskan sepuluh ciri berdasarkan lima belas ciri yang dikemukakan oleh

Johannes (Kongres, 1978). Ciri khusus bahawa ilmiah adalah seperti berikut:

a. Tingkat bahasa rasmi iaitu bahasa yang mematuhi rumus-rumus bahasa. Oleh itu,

bahasa tulisan ilmiah mestilah bahasa baku, tidak terdapat kesalahan tatabahasa

dan tidak menggunakan bahasa basahan.

b. Nada formal dan objektif iaitu setiap bahasa ilmiah mestilah bersifat formal. Setiap

fakta atau hujah dikemukakan dengan sempurna, iaitu menggunakan bahasa teratur

dan jelas. Tulisan juga mestilah objektif, iaitu berdasarkan fakta dan hasil kajian.

c. Sudut pandangan orang ketiga digunakan untuk mewujudkan keobjektifan

penulisan.

d. Menggunakan ragam pasif terutama ragam pasif neutral untuk mengelakkan

penglibatan diri penulis.

Page 10: Bahasa Dan Budaya Melayu

e. Laras bahasa ilmiah ditandai oleh istilah dan lambang khusus mengikut bidang

tertentu.

f. Dalam penulisan ilmiah, jenis wacana utama yang digunakan ialah jenis wacana

pemaparan

g. Dalam tulisan ilmiah, perlu dihindari ungkapan yang keterlaluan, berlebihan dan

emosional sesuai dengan wacana pemaparan, tugas seorang penulis karya ilmiah

ialah memaparkan hasil kajian bukannya memaparkan sentimen.

h. Dalam tulisan ilmiah, kata yang digunakan mestilah tepat dan sesuai. Oleh itu

kata membazir tidak diperlukan.

i. Tulisan ilmiah sering kali ditandai oleh penggunaan ayat majmuk sama ada ayat

majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.

j. Tulisan ilmiah sering kali dimuatkan dengan jadual, rajah, gambar, peta, dan

sebagainya.

Di samping itu, terdapat dua ciri asasi yang menandai ragam bahasa tinggi, iaitu

bahasa baku dan laras bahasa. Dengan demikian, bahasa Melayu tinggi pada

dasarnya adalah bahasa Melayu baku. Bahasa Melayu tinggi tidak dapat dijelmakan

melalui bahasa Melayu basahan. Bahasa Melayu baku sering kali dipertalikan

dengan bahasa persuratan dan dengan demikian dapat juga dikatakan bahawa

bahasa Melayu tinggi bukan bahasa Melayu pertuturan. Konsep bahasa Melayu

tinggi yang berlandaskan bahasa persuratan dimulakan dalam tradisi hikayat kerana

tatabahasa bahasa Melayu memang pada dasarnya disusun berdasarkan bahasa

hikayat (Umar Junus: 1981). Nik Safiah Karim (1982: 629) menyatakan laras bahasa

bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Bahasa Melayu tinggi

ditandai dengan laras, iaitu corak bahasa yang khusus bagi sesuatu bidang tertentu.

Laras bahasa bererti satu kelainan dalam bahasa yang digunakan untuk tujuan

tertentu sebagai lawan kepada dialek daerah atau dialek sosial. Laras bahasa lebih

tertumpu kepada bahan-bahan subjek tertentu seperti bidang sains dan teknologi

(medan wacana), ke media tertentu seperti pesanan dalam rakaman pita (mod

wacana), atau ke peringkat keformalan (gaya wacana) dengan bahasa yang khas

(Hartmannn dan Stork, 1976). Abdullah Hassan (1997: 248) telah membahagikan

laras kepada beberapa jenis, iaitu laras umum, laras teknikal, laras undang-undang,

laras iklan, laras agama, laras bahasa kanak-kanak, laras kreatif, laras himbauan

dan laras klasik. Dalam proses pemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,

penggunaan bahasa Melayu mestilah betul, cekap, berkesan, dan indah. Dalam hal

Page 11: Bahasa Dan Budaya Melayu

ini, dua aspek mesti dipentingkan, iaitu keintelektualan dan kesempurnaan.

Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan sesuatu bahasa itu menyampaikan

buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Kemuncak pencapaian taraf

keintelektualan bahasa ialah penggunaan aras saintifik dan ilmiah yang bertujuan

menghasilkan bentuk bahasa yang tepat, yang mencerminkan konsep serta

pemikiran yang lojik. Keintelektualan bahasa dicapai terutamanya melalui

perkembangan perbendaharaan kata, dengan menambahkan istilah-istilah baru.

Cara kedua ialah melalui struktur tatabahasa, iaitu melalui penukaran bentuk dan

corak perbendaharaan kata dengan memberi pengertian-pengertian tertentu atau

khusus bagi bidang-bidang tertentu kepada perkataan-perkataan biasa dalam

bahasa itu, yang berbeza daripada penggunaan biasa. Perkataan-perkataan yang

baru bersifat tepat, spesifik dan abstrak. Bahasa Melayu tinggi juga mengandungi

ciri kesempurnaan bahasa iaitu menjadikan bahasa itu tepat, berkesan, dan sesuai

dengan tugas dan situasi penggunaannya. Ciri-ciri kesempurnaan bahasa

termasuklah ciri-ciri kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan

kecantikan bahasa. Kestabilan bermaksud kewujudan peraturan-peraturan yang

menjadi dasar sesuatu bahasa dan yang menandakan pembinaan dan

pengembangannya. Sesuatu bahasa memerlukan peraturan, yang dipatuhi oleh

penggunanya. Ia penting dari segi menghasilkan unsur-unsur ketertiban dalam

bahasa Oleh itu, kesempurnaan bahasa terhasil apabila semua peraturan difahami

dan dipatuhi pemakainya. Contoh kestabilan ialah dari segi tatabahasa. Ciri kedua

ialah kelenturan bahasa, yakni peraturan-peraturan yang wujud itu hendaklah dapat

disesuaikan dengan alam sekitar dan pembaharuan-pembaharuan yang berlaku

dalam masyarakat bahasa tanpa mengorbankan ciri-ciri aslinya. Contohnya, aspek-

aspek bunyi-bunyi pinjaman. Akibat daripada pertembungan dengan dunia luar,

berlaku peminjaman unsur-unsur kebudayaan yang nama-namanya juga turut

dipinjam, yang mengandungi unsur-unsur bunyi yang tidak wujud dalam bahasa

Melayu. Justeru itu, kebolehan bahasa Melayu menerima unsur-unsur baru dari segi

bunyi ini dikatakan bersifat lentur. Ciri ketiga ialah ciri kepelbagaian yang

mengaitkan dengan cara penyajian fakta atau fikiran, iaitu bersifat beraneka dan

tidak terikat kepada sesuatu cara sahaja. Ia dapat dilihat melalui gaya pengucapan

seseorang untuk menghasilkan kesan yang berlainan. Ciri keberkesanan bermaksud

penggunaan bahasa yang menepati tujuan manakala ciri kecantikan menjurus

kepada penggunaan ciri-ciri bahasa yang berkaitan dengan manipulasi unsur-unsur

Page 12: Bahasa Dan Budaya Melayu

bahasa secara kreatif sama ada dari segi unsur bunyi, pilihan perkataan atau

susunan frasa dan ayat yang menyentuh perasaan secara halus. Ciri kecantikan

banyak terdapat dalam hasilan karya-karya sastera. Oleh itu, kepentingan

keintelektualan dan kesempurnaan bahasa amat penting bagi merealisasikan

bahasa Melayu tinggi sebagai bahasa ilmu. Oleh yang demikian, penguasaan

bahasa baku (standard) dan penggunaan laras bahasa hendaklah tepat, betul dan

memenuhi ciri-ciri gramatis (betul dari segi nahu), halus, jitu, intelektual, dan elitis.

Kerancuan Bahasa Melayu dan Kesan terhadap Pembakuan Bahasa

Menurut Awang Sariyan (1994), salah satu punca utama terjadinya kerancuan

bahasa ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib

bahasa Melayu itu sendiri. Kerancuan terhadap bahasa Melayu banyak memberi

kesan yang negatif kepada pembakuan bahasa yang telah diterapkan oleh kerajaan

sejak sekian lama. Faktor utama dalam kerancuan bahasa ialah penggunaan

bahasa ibunda, bahasa dialek atau bahasa daerah, serta bahasa lisan atau bahasa

pasar. Penggunaan bahasa tersebut sedikit sebanyak mengganggu usaha

pembakuan bahasa Melayu kerana dengan penggunaan bahasa-bahasa tersebut di

dalam kehidupan seharian, pengguna bahasa Melayu sukar untuk menggunakan

dan membandingkan bahasa baku yang betul atau sebaliknya. Kesalahan umum

penutur bukan Melayu ialah kegagalan mereka mengenali perbezaan antara bunyi e

dan e (schwa) semasa membaca dan menulis (Abdullah Hassan, 1980: 28).

Perbezaan antara sepak dan sepak adalah jauh berbeza. Kebanyakan penutur Cina

tidak dapat menyebut bunyi sengau lelangit ng dengan tepat. Oleh sebab, ejaan

setiap bunyi itu mempunyai dua lambang maka ia sering disebut sebagai dua bunyi.

Penutur Melayu juga sering kali melakukan kesalahan yang sama. Contohnya,

kesalahan dalam membunyikan huruf-huruf yang gabung ny diucapkan sebagai dua

bunyi iaitu n dan y/i, seperti ni-a-muk atau n-ya-muk sepatutnya dibunyikan nya-muk.

Bahasa pasar atau basahan adalah bahasa yang digunakan dalam percakapan

seharian. Justeru itu, orang Melayu sering menggunakan bahasa pasar atau

basahan semasa berkomunikasi dengan kaum lain. Contohnya, ketika

berkomunikasi di pasar. Orang Melayu lebih suka menuturkan bahasa Melayu yang

bertaraf rendah atau dikenali sebagai bahasa pasar atau bahasa rojak. Tindakan ini

menyebabkan kaum lain meniru percakapan yang diucapkan oleh orang Melayu

yang menjadi model kepada bahasa Melayu. Ini menyebabkan penggunaan bahasa

baku yang betul dan tepat sukar dilaksanakan. Di samping itu, pengaruh bahasa

Page 13: Bahasa Dan Budaya Melayu

asing merupakan penyebab penutur bahasa Melayu melakukan kesilapan semasa

bertutur. Kesilapan ini berlaku kerana penggunaan istilah yang tidak tepat

digunakan. Dalam masyarakat Malaysia kini, amalan bahasa rojak iaitu

mencampuradukkan bahasa asing terutama bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu

menjadi satu kebiasaan. Namun, penggunaan bahasa rojak itu telah mendatangkan

pelbagai kesan negatif apabila penggunaan perkataan bahasa Inggeris yang tidak

diterjemahkan atau disesuaikan ketika menggunakan bahasa Melayu merupakan

satu tamparan yang hebat kepada pembinaan identiti dan kewibawaan bahasa

Melayu. Kerancuan bahasa ini dapat diperhatikan di dalam rancangan-rancangan

televisyen yang sering menggunakan bahasa Melayu yang telah dicampuradukkan

dengan penggunaan kata-kata pinjaman dari bahasa lain. Bahasa yang digunakan

oleh radio, televisyen, akhbar ataupun majalah sering menjadi ikutan pengguna

bahasa. Contohnya, penggunaan istilah infotainmen yang telah diperkenalkan oleh

RTM. Penggunaan istilah ini masih terus digunakan walaupun mendapat kritikan

daripada tokoh-tokoh bahasa. Oleh itu, pengaruh media massa merupakan faktor

terpenting yang menyebabkan kerancuan bahasa terjadi. Ini menyebabkan

penggunaan bahasa rojak sebagai bahasa perbualan seharian semakin menular dan

tersebar ke segenap masyarakat. Kesan yang ketara ialah masyarakat Melayu kini

lebih cenderung dan mengagumkan bahasa asing dan berasa malu untuk bertutur

dalam bahasa Melayu. Kekeliruan pengguna bahasa dalam tatabahasa merupakan

salah satu sebab pelaksanaan pembakuan bahasa agak sukar dilaksanakan. Tidak

dinafikan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, maka telah digunakan

dengan meluas dalam semua urusan sama ada urusan rasmi atau pun urusan tidak

rasmi, khususnya dalam sektor perkhidmatan awam. Hal ini terbukti daripada

dokumen, peraturan, surat pekeliling dan sebagainya yang dikeluarkan dan

diedarkan oleh kementerian atau jabatan menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan. Namun demikian, kualiti bahasa yang digunakan masih

bercelaru dan tidak mantap dari segi struktur bahasa terutama dalam tatabahasa.

Awang Sariyan (1996: 162), telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Penilaian

Penggunaan Bahasa dalam Pentadbiran dan Pengurusan” pada 27 September

1980, menyenaraikan contoh-contoh kesalahan bahasa yang terdapat dalam sektor

pentadbiran seperti kesalahan ejaan iaitu tangga gaji, masaalah, lapuran, yunit dan

sebagainya. Contoh-contoh kesalahan ejaan itu jelas menunjukkan bahawa sistem

ejaan Rumi bahasa Melayu belum benar-benar meresap di kalangan pentadbir. Di

Page 14: Bahasa Dan Budaya Melayu

samping itu, banyak kesilapan dalam tatabahasa termasuk kesilapan penggunaan

kata pemeri adalah dan ialah, kata sendi nama di, ke, daripada, kepada, untuk,

antara dan lain-lain. Kesilapan tatabahasa ini boleh merobah makna dalam sesuatu

ayat jika tidak dititikberatkan dan diambil perhatian yang khusus. Maka sudah tentu

mutu bahasa Melayu baku lisan dan tulisan akan merosot. Seterusnya

memperlihatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa

kebangsaan akan tergugat. Penggunaan bahasa Melayu yang salah dalam media

massa sering berlaku. Media elektronik seperti radio dan televisyen sepatutnya

memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan penggunaan bahasa

Melayu baku. Namun, kerap kali juruhebah menyebut sesuatu perkataan atau ayat

yang salah dan tidak tepat maknanya sehinggakan maknanya berubah maksud.

Contohnya ialah; tempoh disebut tempuh, lewat disebut liwat, golongan disebut

gulungan dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga kesilapan mengulangi kata jamak

‘mereka’ sebagai ‘mereka-mereka’ atau ‘para guru’ sebagai ‘para-para guru’. Bahasa

merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa jua bentuk komunikasi.

Mesej dan bahasa yang jelas akan memudahkan seseorang memahami isi

penyampaiannya. Namun begitu, kesan daripada kerancuan bahasa tersebut boleh

menyebabkan kemerosotan mutu bahasa Melayu baku dalam tulisan dan

pengucapan (lisan). Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa berkaitan dengan

kurang kepekaan sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu

yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang rasmi

seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan. Oleh itu, semua pengguna bahasa

Melayu perlu mempamerkan keterampilan berbahasa demi komunikasi yang

berkesan iaitu mampu menggunakan bahasa yang mematuhi semua aspek

tatabahasa dan sebutan, hingga difahami dengan jelas oleh orang yang mendengar

dan membacanya, selaras dengan konsep bahasa Melayu tinggi. Percampuran

ragam bahasa basahan dengan bahasa baku dalam situasi rasmi menjadikan

bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.

PENUTUP

Perancangan bahasa di Malaysia telah melalui proses-proses perkembangan

bahasa Melayu dengan pesat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai wahana

ilmu. Aspek-aspek pembakuan bahasa seperti ejaan, tatabahasa, peristilahan,

perkamusan dan sebutan baku amat penting untuk menjadikan bahasa Melayu

tinggi. Bahasa Melayu tinggi merupakan saluran ilmu dan buah fikiran moden yang

Page 15: Bahasa Dan Budaya Melayu

digunakan dalam situasi rasmi, bahasa Melayu baku atau standard yang

mementingkan keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Dari segi penggunaan

bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian,

bahasa pentadbiran negara dan bahasa perhubungan. Ia turut menjadi lambang

perpaduan dan kedaulatan negara Malaysia. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang

mencintai bahasa Melayu hendaklah menggunakan bahasa Melayu baku dengan

betul dari segi nahu, cekap dan berkesan, dan berintelek tual bagi mengelakkan

kerancuan bahasa di kalangan masyarakat.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan.(1986). Bahasa Melayu Tinggi Ditinjau dari Sudut Morfologi” dalam

Nik Safiah Karim. Bahasa Melayu Tinggi: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur:

Persatuan Linguistik Malaysia.

Abdullah Hassan. (1992). Bahasa Melayu STPM Kertas 1 dan 2. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan.(1997). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-esei Lain.

Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Arbak Othman. (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana

Enterprise.

Asraf. (1996). Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa.Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1994). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Awang Sariyan. (1996). Warna dan Suasana - Perancangan Bahasa Melayu di

Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2002). Prosiding Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2004). Sumbangsih: Kumpulan Esei Mengenai Jasa Asraf. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

James T. Collins. (1999). Wibawa Bahasa Kepiawaian dan Kepelbagaian. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1998). Bahasa Kebangsaan (A).

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Nik Safiah Karim. (1986). Bahasa Melayu Tinggi : Teori dan Penerapan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 16: Bahasa Dan Budaya Melayu

Nik Safiah Karim. (1989). Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

S. Nathesan. (1995). Laras Bahasa Ilmiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Umar Junus. (1981). Strategi untuk Suatu Penyelidikan Stilistika. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan