Upload
layah
View
218
Download
13
Embed Size (px)
Citation preview
BAHASA DAN KOMUNIKASI UNTUK KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
( PKUK 3013)PEMBENTANG : LAYAH KUJAT
NAMA PENSYARAH : DR. ABDULLAH BIN YUSOFF
1) Konsep Sindrom down
Sindrom Down (SD) ialah keadaan kongenital (sejak lahir) akibat kelainan pada kromosom.
Sindrom bermaksud kumpulan ciri-ciri pada individu yang dikenal pasti wujud pada masa yang sama.
Kongenital pula bermaksud sesuatu yang wujud sewaktu lahir dan tidak diperoleh selepas kelahiran.
Sindrom Down merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21 dan dinamakan sempena nama John Langdon Down ,doktor British yang pertama kali menemui jenis penyakit ini pada tahun 1866.
Pemerolehan Bahasa dan Komunikasi Kanak-kanak Sindrom Down
Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Sindrom
Down
Bahasa Verbal Bahasa Bukan Verbal
Melibatkan dua aspek penting, iaitu bahasa ekspersif (pertuturan dan
penulisan) dan bahasa reseptif (pemahaman dan pembacaan).
Dibahagikan kepada komponen pertama, iaitu paralinguistik,
nonlinguistik, dan metalinguistik.
Pemerolehan bahasa dikatakan berlaku secara universal dalam kalangan kanak-kanak tanpa mengira bangsa dan persekitaran bahasa yang melingkungi mereka.
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Kanak-kanak Sindrom Down
Mempunyai pembelajaran bahasa sejak lahir lagi. Mereka diajar untuk memahami bahasa
dan pertuturan dalam persekitaran mereka.
Perkembangan kognitif kanak-kanak Sindrom Down ini, mereka kurang mempunyai kemahiran menggunakan bahasa, angka,
pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Ini adalah kerana perkembangan
kognitif mereka tidak secepat kanak-kanak biasa, Tahap pemikiran mereka rendah
dibandingkan dengan kanak-kanak biasa.
Di alam persekolahan, kanak-kanak mula bersosial dan
berkomunikasi dengan rakan mereka. Secara tidak langsung,
melalui percakapan perkembangan bahasa mereka
akan mula berkembang dan dapat bertutur dengan baik.
Perkembangan bahasa kanak-kanak SD ini melibatkan
penggunaan dua bahasa,iaitu bahasa reseptif dan bahasa
ekspresif.
Intervensi Untuk Kanak-kanak Sindrom Down
Aktiviti yang melibatkan huraian verbal perlulah digalakkan dan juga
kanak-kanak digalakkan untuk membuat persembahan bagi
membentangkan apa yang telah dipelajari.
Bagi ibu bapa dan ahli keluarga pula, mereka perlulah meluangkan
lebih banyak masa untuk berinteraksi dan mengulang apa yang
dipelajari anak mereka di sekolah.
Kanak-kanak ini perlu diberi peluang menggunakan respons motor
seperti isyarat tangan kerana kanak-kanak SD mempunyai masalah
dengan perkembangan sistem motor mereka (otot).
Ibu bapa menterjemahkan bunyi atau gerakan atau isyarat kepada
perkataan agar kanak-kanak boleh berkomunikasi.
Refleksi Diri