12
Disediakan Oleh, Remma Magilin Nur SyafiQah bte Sulaima

BAHASA ISTANA

Embed Size (px)

Citation preview

Disediakan Oleh, Remma Magilin Nur SyafiQah bte Sulaiman

Bahasa istana merupakan bahasa formal yang mementingkan adab sopan dan tatabahasa semasa dituturkan. o Hanya digunakan apabila kita bertutur dengan kerabat-kerabat diraja,iaitu dalam situasi yang tertentu. o Digunakan untuk memperlihatkan pengucapan yang lembut,halus,beradat dan terhormat.o

Diucapkan dengan nada penuh merendah diri terhadap kerabat diraja yang disapa. Mementingkan kata ganti nama dan perbezaan taraf antara golongan bawahan dengan kerabat diraja.

Penggunaan

kata ganti nama diri Penggunaan gelaran Penggunaan perkataan dan ungkapan khusus Unsur pemulukan dan pendinaan.

Kata

ganti nama diri ialah perkataan yang menjadi ganti kepada nama orang. Terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama pertama,kata ganti nama kedua dan kata ganti nama orang ketiga. Dalam bahasa istana,kata ganti nama ini tidak sama dengan yang terdapat dalam bahasa biasa.

Beta kata ganti nama diri yang digunakan olehraja. Patik- kata ganti nama diri pertama yang digunakan oleh rakyat biasa apabila berhubung dengan kerabat diraja. Tuanku- kata ganti nama diri kedua yang membawa maksud Tuan yang mulia. Baginda- kata ganti nama diri ketiga bagi raja.

Setiap

ahli keluarga diraja diberi gelaran.kita dapat mengenali mereka melalui gelaran ini. Antara gelaran tersebut ialah Tengku,Tunku,Ungku,ku dan Raja. Terdapat juga gelaran dalam bentuk sapaan yang dikaitkan dengan pangkat dan gelaran raja seperti Duli Yang Teramat Mulia,yang Maha Mulia dan Yang Mulia.

Perkataan Bagi Masyarakat Biasa TIDUR MAKAN MANDI SAKIT ARWAH BERCAKAP BERPERGIAN BERSETUJU MENINGGAL

Perkataan Dalam Bahasa Istana BERADU SANTAP BERSIRAM GERING ALMARHUM BERTITAH BERANGKAT BERKENAN MANGKAT

ANAK LAKI-LAKI ANAK PEREMPUAN

PUTERA PUTERI

Unsur

pemulukan bererti meninggininggikan kedudukan seseorang ,iaitu raja.contohnya:

Patik mohon perkenan Tuanku.Titah Tuanku patik junjung. Ampun Tuanku,beribu-ribu ampun,sembah patik harap diampun.

Pendinaan

pula bermaksud merendahrendahkan diri.Contohnya: Patik menjunjung kasih atas Tunku tercemar duli patik merafakkan sembah

SEKIAN..TERIMA KASIH !!!

Bahasa

melayu STPM,Nik Safiah Karim,Wan Malini Ahmad,penerbit fajar bakti sdn.bhd. Bahasa Melayu STPM kertas 1&2,Hafizah Salleh,Pelangi.