1
1 Bajet 2021 Kenyataan daripada Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) Izan Satrina Mohd Sallehuddin, Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, amat mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul mengenai RM15juta yang diperuntukkan untuk sektor Seni & Budaya bagi tahun 2021. “Kami amat berbesar hati dengan pengumuman berkenaan RM 15juta bagi tujuan pendanaan bagi tahun 2021. Ia adalah sebuah pengumuman yang amat menggalakkan bagi sektor Seni & Budaya sekaligus menunjukkan Kerajaan Malaysia amat prihatin tentang kepentingan peranan Seni & Budaya dalam kehidupan seharian kita dan juga negara ini, meskipun berhadapan dengan krisis COVID-19. Peruntukan ini mengutuhkan lagi komitmen Kerajaan dalam mengutamakan sektor Seni & Budaya dalam polisi kerajaan dan juga mengiktiraf wawasan yang terkandung di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan baru-baru ini, sebanyak 93% daripada golongan artis dan pekerja Seni & Budaya di Malaysia telah terkesan secara negatif oleh COVID-19, dan 70% daripada mereka hampir atau hilang punca pendapatan mereka sepenuhnya. Justeru, peruntukan sebanyak RM 15juta ini memberikan CENDANA keyakinan untuk terus maju ke hadapan dalam menyalurkan bantuan dan sokongan kritikal kepada golongan penggiat Seni & Budaya terutamanya dalam sektor seni persembahan, seni visual, muzik independen dan kraf (merujuk kepada usaha dibawah Pelan PENJANA untuk Industri Kreatif oleh MyCreative Ventures), membolehkan penggiat seni, pekerja budaya, kolektif dan organisasi seni sama ada di studio, di pentas mahupun di jalanan, untuk meneruskan operasi dan mencipta karya seni yang terbaik; seterusnya memberi peluang kepada khalayak ramai untuk menikmati dan menghayati pengalaman seni yang berkualiti tinggi. Kami ingin berterima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin dan Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz terhadap dedikasi mereka dalam mengetengahkan keperluan sektor ini pada hari ini. Kami juga amat berterima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah; warga Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia; dan MyCreative Ventures keatas bimbingan yang telah diberikan. CENDANA amat teruja untuk bekerjasama dengan Kementerian-Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan dalam memberikan sokongan yang diperlukan dalam usaha menstabilkan sektor seni budaya negara.” TENTANG CENDANA Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) dilancarkan pada 6 September 2017 untuk membentuk ekonomi seni budaya yang megah, mampan dan bercita-cita tinggi untuk Malaysia, disamping meningkatkan profil seni budaya Malaysia dalam membentuk identiti Malaysia sebagai destinasi seni yang strategik di peringkat global. Disokong oleh Kerajaan Malaysia melalui MyCreative Ventures Sdn Bhd (syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan) dan melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cendana.com.my . Sebarang pertanyaan media: Mohammed Falliq Pengurus Komunikasi Pemasaran CENDANA +60 12-932 1347 [email protected]

Bajet 2021 Kenyataan daripada CENDANA · kehidupan seharian kita dan juga negara ini, meskipun berhadapan dengan krisis COVID-19. Peruntukan ini mengutuhkan lagi komitmen Kerajaan

  • Upload
    others

  • View
    16

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bajet 2021 Kenyataan daripada CENDANA · kehidupan seharian kita dan juga negara ini, meskipun berhadapan dengan krisis COVID-19. Peruntukan ini mengutuhkan lagi komitmen Kerajaan

1

Bajet 2021 Kenyataan daripada Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) Izan Satrina Mohd Sallehuddin, Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, amat mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul mengenai RM15juta yang diperuntukkan untuk sektor Seni & Budaya bagi tahun 2021.

“Kami amat berbesar hati dengan pengumuman berkenaan RM 15juta bagi tujuan pendanaan bagi tahun 2021. Ia adalah sebuah pengumuman yang amat menggalakkan bagi sektor Seni & Budaya sekaligus menunjukkan Kerajaan Malaysia amat prihatin tentang kepentingan peranan Seni & Budaya dalam kehidupan seharian kita dan juga negara ini, meskipun berhadapan dengan krisis COVID-19. Peruntukan ini mengutuhkan lagi komitmen Kerajaan dalam mengutamakan sektor Seni & Budaya dalam polisi kerajaan dan juga mengiktiraf wawasan yang terkandung di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan baru-baru ini, sebanyak 93% daripada golongan artis dan pekerja Seni & Budaya di Malaysia telah terkesan secara negatif oleh COVID-19, dan 70% daripada mereka hampir atau hilang punca pendapatan mereka sepenuhnya. Justeru, peruntukan sebanyak RM 15juta ini memberikan CENDANA keyakinan untuk terus maju ke hadapan dalam menyalurkan bantuan dan sokongan kritikal kepada golongan penggiat Seni & Budaya terutamanya dalam sektor seni persembahan, seni visual, muzik independen dan kraf (merujuk kepada usaha dibawah Pelan PENJANA untuk Industri Kreatif oleh MyCreative Ventures), membolehkan penggiat seni, pekerja budaya, kolektif dan organisasi seni sama ada di studio, di pentas mahupun di jalanan, untuk meneruskan operasi dan mencipta karya seni yang terbaik; seterusnya memberi peluang kepada khalayak ramai untuk menikmati dan menghayati pengalaman seni yang berkualiti tinggi.

Kami ingin berterima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin dan Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz terhadap dedikasi mereka dalam mengetengahkan keperluan sektor ini pada hari ini. Kami juga amat berterima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah; warga Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia; dan MyCreative Ventures keatas bimbingan yang telah diberikan. CENDANA amat teruja untuk bekerjasama dengan Kementerian-Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan dalam memberikan sokongan yang diperlukan dalam usaha menstabilkan sektor seni budaya negara.”

TENTANG CENDANA Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) dilancarkan pada 6 September 2017 untuk membentuk ekonomi seni budaya yang megah, mampan dan bercita-cita tinggi untuk Malaysia, disamping meningkatkan profil seni budaya Malaysia dalam membentuk identiti Malaysia sebagai destinasi seni yang strategik di peringkat global. Disokong oleh Kerajaan Malaysia melalui MyCreative Ventures Sdn Bhd (syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan) dan melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cendana.com.my . Sebarang pertanyaan media: Mohammed Falliq Pengurus Komunikasi Pemasaran CENDANA +60 12-932 1347 [email protected]