Berhati-hati Di Jalan Raya

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 Berhati-hati Di Jalan Raya

    1/2

    Tajuk :Saya perlu berhati-hati di jalan raya

    Kadar kemalangan di jalan raya semakin meningkat di negara kita.Saya perlu

    berhati-hati di jalan raya dengan mengikuti beberapa langkah untuk mengelakkan

    pekara yang tidak diingini.

    Terdapat pelbagai langkah untuk berhati-hati di jalan raya.Antaranya dengan

    mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.Saya haruslah berhenti apabila

    lampu isyarat pejalan kaki bertukar menjadi merah.Saya hanya boleh melintas jalan

    apabila lampu isyarat pejalan kaki bertukar menjadi warna hijau.

    Selain itu,sebagai seorang pejalan kaki,saya mestilah melihat kiri dan kanan

    untuk memastikan supaya tiada kereta sebelum melintas jalan raya.Saya haruslah

    menggunakan jejantas untuk melintas jalan raya yang sesak.Saya juga sewajarnya

    menggunakan laluan pejalan kaki apabila berjalan di tepi jalan raya.Saya haruslah

    mematuhi semua peraturan ini.demi keselamtan diri saya.

    Seterusnya,saya haruslah mematuhi peraturan jalan raya ketika berbasikal

    .Saya hendaklah mengayuh basikal dalam satu barisan dan tidak bersaing.Ini dapat

    mengelakkan diri saya daripada dilanggar oleh kenderaan.

    Di samping itu,saya juga haruslah menghadiri kempen keselamatan jalan raya

    yang diadakan di sekolah.Dalam program tersebut saya dapat mengetahui langkah-

    langkah menjaga keselamatan diri di jalan raya.Program-program begini memberi

    kesedaran kepada saya supaya berhati-hati ketika di jalan raya.

  • 8/12/2019 Berhati-hati Di Jalan Raya

    2/2

    Saya yakin dengan berhati-hati di jalan raya.dapat mengelakkan kemalangan

    daripada berlaku kerana malang tidak berbau