1
Halaman Dua BERITA HARIAN Rabu, 15 Ogos 2007 MUTIARA KATA SIDANG EDITOR PENAUNG Datuk Dr. Firdaus Abdullah, Ketua Pengarah DBP. PENASIHAT Hjh. Noresah Baharom, Pengarah Jabatan Bahasa DBP. Othman Ismail, Ketua, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, DBP. KETUA EDITOR Mashitah Taharin, ([email protected]). TIMBALAN KETUA EDITOR Normala Mohamad Yusof, ([email protected]). TIMBALAN EDITOR Siti Ruzaiha Md. Riffin ([email protected]). EDITOR DBP Mohd Zamri Abdul Hamid, ([email protected]). Norazlinda Misran, ([email protected]). Fatimah Zahrin Mohd. Taib, ([email protected]). Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor, ([email protected]). Ismail Karmun, ([email protected]). PENYELARAS LAMAN WEB Noorawati Hj. Jalaluddin, ([email protected]). EDITOR DAWAMA SDN. BHD. Norida Jalaluddin, ([email protected]). EDITOR SASTERA BHSB Salbiah Ani, ([email protected] REKA LETAK Unit Grafik, Berita Harian. PENGIKLANAN Farah Dibah, ([email protected]). FOTO Jalil Kasim. “M alaysiaku Gemilang” begitu- lah tema Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-50 tahun yang bakal kita sambut pada 31 Ogos ini. Kemerdekaan perlu kita pertahankan dalam segala aspek kehidupan agar gene- rasi akan datang dapat terus mengecap nikmatnya. Sesuai dengan itulah, baru-baru ini Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Sri Hishammudin Tun Hussein meng- umumkan cadangan untuk merombak sis- tem sekolah rendah yang meliputi empat asas utama, iaitu kurikulum, kokuriku- lum, pentafsiran peperiksaan dan latihan semula guru. Rombakan ini dibuat supaya dapat mem- bentuk pelajar yang mempunyai nilai- nilai tambah seperti keupayaan mengua- sai pelbagai bahasa, berpemikiran kritis dan mempunyai nilai-nilai Timur yang tinggi. Dengan ini, diharapkan selepas enam tahun di sekolah rendah, mereka mempunyai keyakinan diri, bersifat krea- tif, inovatif, bersemangat kebangsaan, be- kerjasama serta mempunyai nilai-nilai budaya Timur dan pegangan agama yang merupakan asas ketahanan peribadi. Tidak dapat dinafikan bahawa pengua- saan lebih banyak bahasa dunia merupa- kan sesuatu aset yang tidak ternilai bagi sesiapa sahaja yang memilikinya. Penguasaan lebih daripada satu bahasa bukanlah sesuatu yang mudah tanpa bimbingan guru yang berkemahiran dan keazaman para pelajar sendiri. Sesuatu bahasa hanya akan dapat dikuasai apabila kita selalu mengamal- kannya, sama ada dalam perbualan mahupun dalam penulisan. Walau apa- pun, dalam keghairahan kita menguasai bahasa-bahasa asing, diharapkan kita dapat menyeimbanginya agar kita tidak mengabaikan bahasa kebangsaan kita. Perkara ini akan hanya terlaksana melalui satu perancangan sukatan pela- jaran yang teliti dengan mengambil kira aspek ilmu pengetahuan melalui penter- jemahan. Misalnya, dalam sukatan mata pelajaran bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, petikan-petikan yang dimuatkan perlu merangkumi pelbagai bidang seperti teks sejarah, budaya, sains, ilmu siviks, alam sekitar dan sebagainya. Melalui ini, secara tidak langsung para pelajar mudah menguasainya kerana mereka sudahpun mempunyai pengeta- huan dalam mata pelajaran tersebut, dan dapat membantu mereka menjadi pelajar yang dwibahasa atau mahir dalam dua bahasa. Di samping itu, para perancang juga harus mengambil kira aspek pemikiran kanak-kanak, agar sukatan pelajaran tersebut menyeronokkan dan tidak mem- bebankan. Sesuatu pelajaran itu akan lebih terkesan di jiwa kanak-kanak jika dipelajari secara santai dan tidak mem- bebankan. Paling penting, apa pun yang kita ran- cangkan untuk bakal pemimpin masa depan ini, aspek jati diri bangsa melalui satu bahasa perlu ditekankan. Melalui sistem pendidikan yang dibentuk ber- asaskan Penyata Razak dahulu ternyata telah berjaya melahirkan ramai golongan profesional dalam kalangan masyarakat berbilang kaum melalui bahasa kebang- saan. Semoga dalam menyahut cabaran glo- balisasi, kita tidak lupa akan aspek mem- pertahankan jati diri bangsa kita, agar bahasa dimartabatkan, negara berdaulat. [email protected] “U ntuk membangunkan modal insan, kita perlu rakyat yang penuh dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan nilai-nilai murni, ber- fikiran luas, cinta kepada negara dan mempunyai kekuatan rohani dan jasmani” . RENCANA EDITOR E-MEL Saudara Ketua Editor, S aya dapati pemilihan nama tempat, taman atau bangunan di Johor Bahru akhir-akhir ini lebih cenderung meng- gunakan bahasa Inggeris. Sebagai contoh: Horizon, Danga Bay, Pulai Spring, Mount Austin, City Square dan banyak lagi. Apakah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB) tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menolak cadangan nama tempat, yang tidak menun- jukkan jati diri bangsa? Jika ini tidak dika- wal, tidakkah nanti menjelang tahun 2020, Bandar Raya Johor Bahru dilihat sebagai bandar raya yang tidak punya jati diri? Sekian, terima kasih. Abdul Rahman Mansor, Johor Bahru. Saudara, Selaras dengan arahan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 "Langkah-lang- kah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam", memang sewajarnya PBT berkenaan, iaitu MBJB menolak nama-nama tempat, bangunan atau jalan yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan dan sebaliknya mencadangkan pihak berkenaan merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mendapatkan nama yang lebih sesuai. Khidmat Nasihat DBP boleh dicapai melalui http://www.dbp.gov.my pada bila-bila masa atau melalui nombor te- lefon 03-2148 5887/5905/2139/1960 pada waktu pejabat. B aru-baru ini, persoalan bahasa rojak sekali lagi dibentangkan dalam semi- nar oleh tokoh-tokoh bahasa yang pri- hatin dengan masa depan bahasa Melayu. Antaranya, YBhg Datuk Dr. Hasan Ahmad dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Hj Omar. Seminar yang berlangsung pada 18 hingga 19 Julai 2007 ini turut mendapat perhatian DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Dalam seminar itu Datuk Dr. Hassan Ahmad mengajak kita merenung dan ber- fikir sejenak mengapa kecelaruan berba- hasa berlaku setelah lebih 50 tahun baha- sa ini dimajukan sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara selepas 50 kemerdekaan. Dan apakah kecelaruan yang berlaku disebabkan oleh dasar dan perancangan bahasa yang salah, pelak- sanaannya yang tidak tegas, atau kerana kegagalan sistem pembelajaran bahasa Melayu di sekolah? Datuk Hassan berpan- dangan bahawa faktor dalaman menjadi punca kecelaruan, iaitu orang Melayu sen- diri tidak berfikir atau tidak pandai ber- fikir lagi dalam bahasanya sendiri seba- liknya menggunakan bahasa kedua, khu- susnya bahasa Inggeris, sebagai bahasa fikirannya. Kecenderungan ini tidak selari dengan teori bahawa bahasa bukan seka- dar sistem linguistik tetapi juga melam - bangkan sistem pemikiran dan budaya bangsa ber-kenaan. Ini bermakna bahasa Melayu mempunyai hubungan rapat dengan pemikiran orang Melayu atau cara berfikir orang Melayu. Orang Melayu yang pandai menggunakan bahasanya mampu berfikir secara kreatif dan luar biasa tanpa mencampuradukkan bahasa. Kecelaruan penggunaan bahasa dalam kalangan orang Melayu berlaku sama ada pada peringkat tatabahasa, iaitu peng- gunaan struktur bahasa Inggeris untuk menghasilkan ungkapan tertentu atau pada peringkat penggunaan kata atau ayat bahasa Inggeris dalam pertuturan tanpa mengira konteks dan situasi berbahasa. Walau bagaimanapun, penggunaan pel- bagai ragam bahasa, seperti dialek, bahasa percakapan, slanga, mahupun ragam baku lazim berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia. Hal ini tidaklah dianggap sebagai bahasa rojak asalkan mengikut kesesuaian konteks dan situasi penggunaannya. Suasana seminar bertambah hangat apa- bila ada pembentang yang beranggapan penggunaan bahasa rojak dalam filem perlu digunakan dengan andaian filem perlu menggambarkan realiti manusia ber- bahasa dan untuk menarik minat penon- ton. Persoalannya, apakah perlu berbahasa rojak untuk mencapai matlamat berkomu- nikasi? Bukankah dalam situasi formal, seperti dalam mesyuarat dan majlis-majlis rasmi, bahasa pengucapan budaya tinggi wajar digunakan? Bukankan filem juga merupakan salah satu saluran komuni- kasi yang mempunyai mesej tersendiri? Ini bermakna filem Malaysia perlu rea- listik dan memikul tanggungjawab men- didik masyarakat menggunakan bahasa yang baik, betul, dan sopan selain mengaut keuntungan semata-mata. Karyawan seni juga perlu sedar bahawa dalam bahasa Melayu wujud bahasa tulisan dan bahasa lisan. Oleh itu, dialog dalam filem tidak perlu dalam bahasa tulisan, dan bahasa lisan bukan bermakna bahasa rojak. Bahasa Bukan Sekadar Sistem Linguistik NUKLEUS Bersama Hajah Noresah Baharom Bahasa Dimartabatkan Negara Berdaulat Pengirim surat ini akan menerima cenderamata istimewa daripada Klik DBP. Hantarkan pendapat atau per- tanyaan anda kepada Ketua Editor, Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel: mashitah@ dbp.gov.my BH PILIH L2 15 (emel) DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-2148 2875 Faks: 03-2142 2029 Datuk Seri Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia

Berita Harian Klikdbp2ogos7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Berita Harian Klikdbp2ogos7

Halaman Dua BERITA HARIAN Rabu, 15 Ogos 2007

MUTIARA KATA

SIDANG EDITORPENAUNGDatuk Dr. Firdaus Abdullah,Ketua Pengarah DBP.

PENASIHATHjh. Noresah Baharom,Pengarah Jabatan Bahasa DBP. Othman Ismail,Ketua, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, DBP.

KETUA EDITOR Mashitah Taharin,([email protected]).

TIMBALAN KETUA EDITORNormala Mohamad Yusof,([email protected]).

TIMBALAN EDITORSiti Ruzaiha Md. Riffin([email protected]).

EDITOR DBPMohd Zamri Abdul Hamid,([email protected]).

Norazlinda Misran,([email protected]).

Fatimah Zahrin Mohd. Taib,([email protected]).

Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor,([email protected]).

Ismail Karmun,([email protected]).

PENYELARAS LAMAN WEBNoorawati Hj. Jalaluddin,([email protected]).

EDITOR DAWAMA SDN. BHD. Norida Jalaluddin,([email protected]).

EDITOR SASTERA BHSBSalbiah Ani,([email protected]

REKA LETAKUnit Grafik,Berita Harian.

PENGIKLANANFarah Dibah,([email protected]).

FOTOJalil Kasim.

“M alaysiaku Gemilang” begitu-lah tema Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-50 tahun

yang bakal kita sambut pada 31 Ogos ini. Kemerdekaan perlu kita pertahankan dalam segala aspek kehidupan agar gene-rasi akan datang dapat terus mengecap nikmatnya.

Sesuai dengan itulah, baru-baru ini Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Sri Hishammudin Tun Hussein meng-umumkan cadangan untuk merombak sis-tem sekolah rendah yang meliputi empat asas utama, iaitu kurikulum, kokuriku-lum, pentafsiran peperiksaan dan latihan semula guru.

Rombakan ini dibuat supaya dapat mem-bentuk pelajar yang mempunyai nilai-nilai tambah seperti keupayaan mengua-sai pelbagai bahasa, berpemikiran kritis dan mempunyai nilai-nilai Timur yang tinggi. Dengan ini, diharapkan selepas enam tahun di sekolah rendah, mereka mempunyai keyakinan diri, bersifat krea-tif, inovatif, bersemangat kebangsaan, be-kerjasama serta mempunyai nilai-nilai budaya Timur dan pegangan agama yang merupakan asas ketahanan peribadi.

Tidak dapat dinafikan bahawa pengua-saan lebih banyak bahasa dunia merupa-kan sesuatu aset yang tidak ternilai bagi sesiapa sahaja yang memilikinya. Penguasaan lebih daripada satu bahasa bukanlah sesuatu yang mudah tanpa bimbingan guru yang berkemahiran dan keazaman para pelajar sendiri.

Sesuatu bahasa hanya akan dapat dikuasai apabila kita selalu mengamal-kannya, sama ada dalam perbualan mahupun dalam penulisan. Walau apa-pun, dalam keghairahan kita menguasai bahasa-bahasa asing, diharapkan kita dapat menyeimbanginya agar kita tidak mengabaikan bahasa kebangsaan kita.

Perkara ini akan hanya terlaksana melalui satu perancangan sukatan pela-jaran yang teliti dengan mengambil kira aspek ilmu pengetahuan melalui penter-jemahan. Misalnya, dalam sukatan mata pelajaran bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, petikan-petikan yang dimuatkan perlu merangkumi pelbagai bidang seperti teks sejarah, budaya, sains, ilmu siviks, alam sekitar dan sebagainya. Melalui ini, secara tidak langsung para pelajar mudah menguasainya kerana

mereka sudahpun mempunyai pengeta-huan dalam mata pelajaran tersebut, dan dapat membantu mereka menjadi pelajar yang dwibahasa atau mahir dalam dua bahasa.

Di samping itu, para perancang juga harus mengambil kira aspek pemikiran kanak-kanak, agar sukatan pelajaran tersebut menyeronokkan dan tidak mem-bebankan. Sesuatu pelajaran itu akan lebih terkesan di jiwa kanak-kanak jika dipelajari secara santai dan tidak mem-bebankan.

Paling penting, apa pun yang kita ran-cangkan untuk bakal pemimpin masa depan ini, aspek jati diri bangsa melalui satu bahasa perlu ditekankan. Melalui sistem pendidikan yang dibentuk ber-asaskan Penyata Razak dahulu ternyata telah berjaya melahirkan ramai golongan profesional dalam kalangan masyarakat berbilang kaum melalui bahasa kebang-saan.

Semoga dalam menyahut cabaran glo-balisasi, kita tidak lupa akan aspek mem-pertahankan jati diri bangsa kita, agar bahasa dimartabatkan, negara [email protected]

“Untuk membangunkan modal insan, kita perlu rakyat yang

penuh dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan nilai-nilai murni, ber-fikiran luas, cinta kepada negara dan mempunyai kekuatan rohani dan jasmani”.

RENCANA EDITOR

E-MEL

Saudara Ketua Editor,

S aya dapati pemilihan nama tempat, taman atau bangunan di Johor Bahru akhir-akhir ini lebih cenderung meng-

gunakan bahasa Inggeris. Sebagai contoh:Horizon, Danga Bay, Pulai Spring, Mount

Austin, City Square dan banyak lagi.Apakah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis

Bandar Raya Johor Bahru (MBJB) tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menolak cadangan nama tempat, yang tidak menun-jukkan jati diri bangsa? Jika ini tidak dika-wal, tidakkah nanti menjelang tahun 2020, Bandar Raya Johor Bahru dilihat sebagai bandar raya yang tidak punya jati diri?

Sekian, terima kasih.Abdul Rahman Mansor,Johor Bahru.

Saudara,Selaras dengan arahan Surat Pekeliling

Am Bilangan 1 Tahun 2006 "Langkah-lang-kah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam", memang sewajarnya PBT berkenaan, iaitu MBJB menolak nama-nama tempat, bangunan atau jalan yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan dan sebaliknya mencadangkan pihak berkenaan merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mendapatkan nama yang lebih sesuai. Khidmat Nasihat DBP

boleh dicapai melalui http://www.dbp.gov.my pada bila-bila masa atau melalui nombor te-lefon 03-2148 5887/5905/2139/1960 pada waktu pejabat.

B aru-baru ini, persoalan bahasa rojak sekali lagi dibentangkan dalam semi-nar oleh tokoh-tokoh bahasa yang pri-

hatin dengan masa depan bahasa Melayu. Antaranya, YBhg Datuk Dr. Hasan Ahmad dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Hj Omar. Seminar yang berlangsung pada 18 hingga 19 Julai 2007 ini turut mendapat perhatian DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Dalam seminar itu Datuk Dr. Hassan Ahmad mengajak kita merenung dan ber-fikir sejenak mengapa kecelaruan berba-hasa berlaku setelah lebih 50 tahun baha-sa ini dimajukan sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara selepas 50 kemerdekaan. Dan apakah kecelaruan yang berlaku disebabkan oleh dasar dan perancangan bahasa yang salah, pelak-sanaannya yang tidak tegas, atau kerana kegagalan sistem pembelajaran bahasa Melayu di sekolah? Datuk Hassan berpan-dangan bahawa faktor dalaman menjadi punca kecelaruan, iaitu orang Melayu sen-diri tidak berfikir atau tidak pandai ber-fikir lagi dalam bahasanya sendiri seba-

liknya menggunakan bahasa kedua, khu-susnya bahasa Inggeris, sebagai bahasa fikirannya. Kecenderungan ini tidak selari dengan teori bahawa bahasa bukan seka-dar sistem linguistik tetapi juga melam-bangkan sistem pemikiran dan budaya bangsa ber-kenaan.

Ini bermakna bahasa Melayu mempunyai hubungan rapat dengan pemikiran orang Melayu atau cara berfikir orang Melayu. Orang Melayu yang pandai menggunakan bahasanya mampu berfikir secara kreatif dan luar biasa tanpa mencampuradukkan bahasa.

Kecelaruan penggunaan bahasa dalam kalangan orang Melayu berlaku sama ada pada peringkat tatabahasa, iaitu peng-gunaan struktur bahasa Inggeris untuk menghasilkan ungkapan tertentu atau pada peringkat penggunaan kata atau ayat bahasa Inggeris dalam pertuturan tanpa mengira konteks dan situasi berbahasa.

Walau bagaimanapun, penggunaan pel-bagai ragam bahasa, seperti dialek, bahasa percakapan, slanga, mahupun ragam baku lazim berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia. Hal ini tidaklah dianggap sebagai

bahasa rojak asalkan mengikut kesesuaian konteks dan situasi penggunaannya.

Suasana seminar bertambah hangat apa-bila ada pembentang yang beranggapan penggunaan bahasa rojak dalam filem perlu digunakan dengan andaian filem perlu menggambarkan realiti manusia ber-bahasa dan untuk menarik minat penon-ton.

Persoalannya, apakah perlu berbahasa rojak untuk mencapai matlamat berkomu-nikasi? Bukankah dalam situasi formal, seperti dalam mesyuarat dan majlis-majlis rasmi, bahasa pengucapan budaya tinggi wajar digunakan? Bukankan filem juga merupakan salah satu saluran komuni-kasi yang mempunyai mesej tersendiri? Ini bermakna filem Malaysia perlu rea-listik dan memikul tanggungjawab men-didik masyarakat menggunakan bahasa yang baik, betul, dan sopan selain mengaut keuntungan semata-mata. Karyawan seni juga perlu sedar bahawa dalam bahasa Melayu wujud bahasa tulisan dan bahasa lisan. Oleh itu, dialog dalam filem tidak perlu dalam bahasa tulisan, dan bahasa lisan bukan bermakna bahasa rojak.

Bahasa Bukan Sekadar Sistem LinguistikNUKLEUS Bersama Hajah Noresah Baharom

Bahasa Dimartabatkan Negara Berdaulat

Pengirim surat ini akan menerima cenderamata istimewa daripada Klik DBP. Hantarkan pendapat atau per-tanyaan anda kepada Ketua Editor, Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel: [email protected]

BH PILIH L2 15 (emel)

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.

Tel.: 03-2148 2875Faks: 03-2142 2029

Datuk Seri Abdullah BadawiPerdana Menteri Malaysia