Big Laporan Ajk Makanan

Embed Size (px)

Citation preview

LAPORAN AJK MAKANANBIG FASA III PPG SN 2, SEK KEB BAGAN SERAI, PERAK

Program Bina Insan Guru Fasa III PPG Sains 2 telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bagan Serai, Perak pada 14 September 2013 (Sabtu) yang lalu. Aktiviti Big Fasa III melibatkan 40 orang peserta dari kalangan murid-murid sekolah Kebangsaan Bagan Serai, bersama 26 orang pelajar PPG Sains 2. Aktivit yang telah dijalankan ialah Bengkel Etiket dan sosial ( Kesantunan Berbahasa) dan aktiviti Kemasyarakatan iaitu Klinik subjek bimbingan sains.Beberapa aktiviti yang diatur oleh semua AJK telah dilaksanakan dengan baik dan lancar pada hari tersebut. Bagi AJK makanan yang terdiri daripada cikgu Jasmiah Abu Bakar, cikgu Suemanie a/p Ee @ Quah Chin Ee, dan cikgu Rafidah Pahrul Razi. Kami berperanan menyediakan makanan kepada semua peserta iaitu murid-murid dan semua guru-guru PPG Sains 2 serta beberapa orang jemputan iaitu pensyarah penasihat BIG Sains 2, dan Guru Besar Sekolah Bagan Serai. Menu makanan kami ini disediakan oleh pihak kantin Sekolah Kebangsaan Bagan Serai.Berikut adalah butiran bagi perbelanjaan yang telah dibuat :MENU MURID

MASAMENUJUMLAH

Sarapan PagiRoti dan Minuman kotak RM 77.80

Minum Pagi

Bihun goreng dan Air TehRM 80.00

Makan Tengah hariNasi putih,Kurma ayam dan sayur dan Air Sirap RM 112.00

MENU GURU DAN JEMPUTAN

Sarapan Pagi

Kuih dan Air TehRM 60.00

Minum Pagi

Bihun goreng dan Air TehRM 75.00

Makan Tengah hariNasi putih, Kurma ayam, daging masak kicap,ikan goreng, sayur dan Air Sirap

RM 135.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 539.80

Pada keseluruhannya, semua peserta kursus dan guru-guru PPG serta jemputan berpuas hati dengan menu dan penyediaan makanan disepanjang kursus ini dijalankan. Kami sebagai AJK makanan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama pihak kantin Sekolah Bagan Serai yang telah bersama-sama membantu kami dalam pengurusan makanan di sepanjang kursus ini.

Laporan disediakan oleh,17 September 2013........................................( JASMIAH ABU BAKAR) Ajk Makanan BIG Fasa III, Kelas Sains 2