5
BIODATA PERMAINAN TRADISIONAL GALAH PANJANG AHLI KUMPULAN: ASMAH BINTI MDYUSOF WAN NOOR MALINJA BINTI WAN CHIK HASLAH BINTI MOHD AMIN 1. PENGENALAN Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai bermacam jenis kebudayaan daripada pelbagai keturunan dan akhirnya dihimpun menjadi satu kebudayaan yang unik . Satu ikatan yang telah diperkukuhkan dengan mempunyai sikap suka bergotong royong menjalankan kegiatan ekonomi yang dilakukan secara keramaian termasuklah hiburan dan juga permainan tradisional. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Keseragaman cara hidup nenek moyang kita merupakan asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu. Namun begitu ada juga beberapa permainan tradisional ini tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.Permainan tradisional yang masih lagi dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini seperti congkak, wau , seremban, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong , galah panjang dan lain-lain. Permainan galah panjang adalah merupakan permainan yang dimainkan di luar rumah digelanggang yang dilakarkan di atas tanah kosong atau simen. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung bilangan pemain. Permainan ini dimainkan secara kumpulan. Dua kumpulan akan dibentuk yang terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang daripada empat orang dan kebiasaannya terdiri daripada 10 pemain. Salah seorang daripada pemain akan ditugaskan menjadi ketua kumpulan. Tugas ketua kumpulan ini ialah mengawasi setiap yang masuk dan keluar dari gelanggang iaitu disepanjang garisan permulaan dan garisan tengah. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengn mudah.

Biodata Permainan Tradisional Galah Panjang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota PJM

Citation preview

Page 1: Biodata Permainan Tradisional Galah Panjang

BIODATA PERMAINAN TRADISIONAL GALAH PANJANG

AHLI KUMPULAN:

ASMAH BINTI MDYUSOF

WAN NOOR MALINJA BINTI WAN CHIK

HASLAH BINTI MOHD AMIN

1. PENGENALAN

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai bermacam jenis kebudayaan

daripada pelbagai keturunan dan akhirnya dihimpun menjadi satu kebudayaan yang unik .

Satu ikatan yang telah diperkukuhkan dengan mempunyai sikap suka bergotong royong

menjalankan kegiatan ekonomi yang dilakukan secara keramaian termasuklah hiburan dan juga

permainan tradisional.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang

dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Keseragaman cara hidup nenek

moyang kita merupakan asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional

pada masa lalu. Namun begitu ada juga beberapa permainan tradisional ini tidak dimainkan

lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.Permainan tradisional

yang masih lagi dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini seperti congkak, wau ,

seremban, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong , galah panjang dan lain-lain.

Permainan galah panjang adalah merupakan permainan yang dimainkan di luar rumah

digelanggang yang dilakarkan di atas tanah kosong atau simen. Gelanggang yang dibuat

mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung bilangan pemain. Permainan ini dimainkan

secara kumpulan. Dua kumpulan akan dibentuk yang terdiri daripada kumpulan penyerang dan

kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang daripada empat orang

dan kebiasaannya terdiri daripada 10 pemain.

Salah seorang daripada pemain akan ditugaskan menjadi ketua kumpulan. Tugas ketua

kumpulan ini ialah mengawasi setiap yang masuk dan keluar dari gelanggang iaitu disepanjang

garisan permulaan dan garisan tengah. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada

pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai

kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengn mudah.

Page 2: Biodata Permainan Tradisional Galah Panjang

2. CARA BERMAIN

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ianya dapat menguji

kepintaran , kecekapan dan kepantasan setiap pemain.

2.1 Gelanggang galah panjang di lakar di atas tanah kosong atau simen. Panjang

dann lebar begantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya

satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter

belakang

kepala

hadapan

2.2 Selepas pemilihan dilakukan , setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua.

Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggang

dan siapa yang akan menempuh gelanggang.

2.3 Selepas penentuan, kumpulan yang akan menjaga gelanggang dengan berpijak

di atas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas

pergi ke mana-mana garisan depan dan belakang.

2.4 Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua

akan menyapakan tangan atau bertepuk tangan dengan ketua pihak lawan.

/seterusnya berlari masuk ke dalam gelangggang.

Page 3: Biodata Permainan Tradisional Galah Panjang

2.5 Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi

garisan yang dijaganya .

2.6 Penempuh akan mnempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh

oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

2.7 Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir

melepasi garisan permulaan. Permainan diteruskan sehingga adapemain yang

ingin berhenti

3. PERATURAN PERMAINAN

Terdapat beberapa peraturan permainan iaitu;

3.1 Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan

mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.

3.2 Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua , maka keseluruhan ahli penempuh

akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

4. CARA MENENTUKAN KEMENANGAN

4.1 Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang daripada mereka berjaya

melepasi kesemua garisan serta berjaya balik ke garisan permulaan dan

seterusnya diberi satu mata

4.2 Pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang keseluruhan.

4.3 Sistem pertandingan kalah mati.

Kumpulan A

(5 orang)

Kumpulan B

(5 orang)

PEMENANG

Page 4: Biodata Permainan Tradisional Galah Panjang

5 BORANG PENYERTAAN

Pertandingan Permainan Galah Panjang

Masa Permainan :..................................................................

Penyelia Permainan :.................................................................

Kumpulan Peserta :................................................................

Ketua Kumpulan :...............................................................

Bil Nama peserta No Kad

Pengenalan

Tandatangan

6. KESIMPULAN

Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat

dibanggakan. Namun begitu permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi

semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Ada

antara dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan

tradisional tersebut seperti galah panjang , congkak, layang-layang, gasingdan

sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada permainan tradisional ini

seperti boleh mengeratkan silaturrahim sesama manusia, menyihatkan badan dan

memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, negara dapat

mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu

diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke tanah air kita. Namun ada

dikalangan anak Malaysia sekarang hanya mementingkan keseronokan dan mengikut

perubahan teknologi terkini sehingga melupakan warisan yang perlu dijaga.Denga

adanya pendedahan dan perkembangan permainan tradisional ini secara berterusan

dengan harapan akan dapat memelihra dan mempetahankan warisan nenek moyang

seganding dengan perubahan teknologi yang semakin canggih sekarang ini.

Page 5: Biodata Permainan Tradisional Galah Panjang