Biodata Syeikhuna Muhammad Fuad Al-Maliki

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Biodata Syeikhuna Muhammad Fuad Al-Maliki

    1/11

    Biodata Syeikhuna Muhammad Fuad Al-Maliki

    Biodata Pengasas Maahad As Sofa Negeri Sembilan

    Al-Fadhil Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki

    PENGENALAN ASAS

    Beliau merupakan anak jati Negeri Sembilan yang berasal dari Kampung Chenong Chengkau

    Rembau Negeri Sembilan Darul Khusus. Dilahirkan pada 16 September 1974 dan merupakan anak

    kelahiran pertama di kampungnya. Oleh itu, gelaran al Rembawi dinisbahkan kepada daerah

    kampungnya Rembau. Gelaran Ahmadi pula dianugerahkan oleh gurunya Sayyid Idris ibn Sayyid

    Mustafa al Hasani. Manakala gelaran al Maliki pula dianugerahkan oleh gurunya Sayyid

    Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani yang menisbahkan beliau kepada nama keluarganya

    al Maliki setelah menganggap beliau sebagai anaknya.

    Di dalam bidang feqah, beliau bermazhab Syafi'i. Manakala di dalam bidang tauhid beliau

    berpegang dengan methodologi Imam Abu Hasan al Asyari dan Imam Abu Mansur al Maturidi

    . Manakala di dalam bidang tasawwuf beliau berpegang dengan manhaj tasawwuf Imam Junaid

    al Baghdadi .

    SIFAT-SIFATNYA

    Beliau paling sukar menolak permintaan atau pertolongan yang diadukan kepadanya. Semasa

    masih menuntut, beliau sering memberikan pinjaman wang kepada sahabat-sahabatnya yang

    memerlukan dan menyara perbelanjaan harian rakan serumahnya.

  • 7/27/2019 Biodata Syeikhuna Muhammad Fuad Al-Maliki

    2/11

    Begitu juga sekiranya diundang untuk mengajar atau mengadakan ceramah di mana-mana, beliau

    merasa bersalah sekiranya menolak permintaan jemputan ahli jawatan kuasa surau atau masjid

    atau pihak tertentu yang mengundangnya. Justeru, sekiranya terdapat halangan yang tidak dapat

    dielakkan yang menyebabkan beliau terpaksa menolak sesuatu undangan, beliau hanya menyuruh

    wakilnya sahaja memberitahu hal tersebut.

    Seorang yang berjiwa lemah lembut. Beliau tidak suka berdebat sekiranya ada orang yang

    mempertikainya atau mengada-ngadakan cerita di belakangnya. Malah beliau lebih suka

    mengambil sikap berdiam diri sehingga orang tersebut berhenti daripada perbuatannya.

    Atas rasa tanggungjawab, beliau banyak menghabiskan masanya untuk mengisi dada anak-anak

    muridnya dengan ilmu dan kekuatan rohani. Seringkali beliau mengorbankan masa bersama isteri

    dan anak-anak untuk bersama-sama anak-anak muridnya mencurahkan ilmu dan berbincang

    tentang permasalahan mereka. Beliau juga sering mengorbankan masa rehatnya demi manfaat

    orang-orang yang memerlukan untuk berjalan menuju kepada Allah.

    Beliau tidak akan menyembunyikan kebenaran tentang sesuatu ilmu sekalipun kebenaran itu tidak

    secocok dengan kehendak nafsunya kerana amanah ilmu yang wajib dijaga sebagaimana yang

    sering diwasiatkan oleh guru-gurunya.

    Sering merendahkan diri dan tidak suka menonjolkan diri dan diberikan jawatan. Oleh itu, beliau

    menolak jawatan dan kedudukan yang diberikan kepadanya kerana menganggap dirinya tidak

    layak.

    PENDIDIKAN AWAL DAN KETOKOHANNYA SEMENJAK KECIL

    Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Penajis, Rembau hingga darjah

    enam dan kemudian menyambung pengajiannya di peringkat Menengah di Sekolah Menengah

    Agama Persekutuan Labu Negeri Sembilan.

    Semenjak kecil beliau gemar menghadiri majlis-majlis zikir dan sering menghadiri majlis tersebut

    yang dipimpin oleh Tuan Haji Rasyid bin Syeikh Haji Muhammad Said di kampungnya. Dengan

    bimbingannya, beliau telah mengambil ijazah daripada gurunya itu semasa berumur 8 tahun

    hingga pentarbiahan tasawwuf telah sebati dalam darah dagingnya. Oleh itu, tidak hairanlah

  • 7/27/2019 Biodata Syeikhuna Muhammad Fuad Al-Maliki

    3/11

    beliau begitu kuat menjaga dan mempertahankan kesucian ilmu tasawwuf dan mengenengahkan

    ia dalam pengajarannya.

    Kegemarannya semasa kecil ialah mendengar sesi pengajaran dan ceramah agama, bertemu

    dengan ulama dan menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW. Beliau begitu gemar memakai serban

    dan akan menangis jika bapanya tidak membawanya bersembahyang jemaah di masjid. Sebelum

    baligh lagi, beliau telah mula menjadi imam solat Tarawih di kampungnya. Tidak hairanlah

    masyarakat sering mengatakan bahawa keilmuan dan keperibadiannya tidak sebanding dengan

    usianya.

    Semasa berusia 8 tahun, beliau telah meminta bapanya menghantar beliau belajar di pondok-

    pondok pada musim cuti sekolah. Oleh itu, pada musim cuti sekolah, beliau telah dihantar oleh

    bapanya ke pondok al Nuriyyah Sungai Udang, Melaka untuk belajar agama dan Bahasa Arab.

    Sekalipun ketika itu usia beliau masih terlalu muda, beliau telah menunjukkan contoh yang baik

    sama ada dari aspek kelimuan mahupun akhlak kepada murid-murid lain yang kebanyakannya

    lebih tua daripadanya.

    Beliau belajar dengan cemerlang dan amat memuliakan guru sehingga menjadi murid kesayangan

    gurunya dan diberi kepercayaan menjadi salah seorang ketua pelajar.

    Memandang minat dan kebolehannya yang mendalam dalam pengajian agama dan Bahasa Arab,beliau bercita-cita menyambung pengajiannya di Universiti al Azhar. Selepas menduduki

    peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), beliau berpindah ke Maahad Ahmadi satu-satunya

    sekolah Negeri Sembilan yang menyediakan pengajian Thanawi. Semasa di sana, beliau begitu

    cemerlang dalam pelajaran Thanawi hinggakan tiada pelajar yang dapat menyainginya. Malah,

    beliau meminta kepada tenaga pengajar di situ supaya mengadakan kelas pengajian ilmu Nahu di

    luar waktu sekolah bagi memantapkan lagi penguasaan Bahasa Arabnya. Sebaliknya guru itu

    sendiri meminta beliau mengajar rakan-rakannya yang lain kerana menaruh kepercayaan yang

    tinggi kepadanya.

    Namun, setelah dua tahun menuntut ilmu di sana, ilmu yang diperolehinya dirasakan masih

    terlalu cetek. Selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berpindah ke

    Madrasah al Nahdah al Hasanah Kedah untuk lebih mendalami pengajian Agama dan Bahasa Arab

    dengan guru-guru pondok di sana. Di sana, beliau berkesempatan belajar dengan al Marhum

    Dato Mursyid Diraja al Allamah Syeikh Hj. Tajuddin yang merupakan bekas Pengerusi Ahli Majlis

    Fatwa Malaysia. Sekalipun tidak lama belajar di sana, beliau menjadi murid kebanggaan gurunyadan memperolehi kejayaan yang cemerlang. Ketika berada di Mesir, beliau telah mengutus

  • 7/27/2019 Biodata Syeikhuna Muhammad Fuad Al-Maliki

    4/11

    sepucuk surat kepada Syeikh Tajuddin di dalam Bahasa Arab. Nama dan suratnya disebut dan

    dibaca oleh Tuan Guru Syeikh Tajuddin dalam perhimpunan sekolah dan menjadi murid contoh

    kepada pelajar-pelajar yang lain.

    Semasa menziarahi Syeikh Tajuddin setelah tamat pengajian di al Azhar dan membuka sekolah

    pondok di kampungnya, Syeikh Tajuddin menyatakan perasaan bangganya di atas kejayaan

    beliau dan jejak langkahnya yang diikuti oleh beliau. Malah Syeikh Tajuddin berpesan kepada

    beliau supaya mengajar kitab Hikam dan cara-cara amalan seseorang itu diterima Allah dan bukan

    sekadar mengajar hukum sah dan batal.

    Syeikh Tajuddin juga sempat memberikan kata-kata perangsang kepada beliau agar menguatkan

    semangat meneruskan usahanya dan memahami segala mehnah yang dihadapinya. Pesannya lagi

    supaya pengarang berpegang dengan aurad dan ahzab auliya serta pergi bertemu dengan para

    wali Allah. Di atas kepercayaannya, Syeikh Hj. Tajuddin membenarkan pelajar maahad sekolah

    beliau mengambil peperiksaan bersama dengan sekolahnya.

    Selepas menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA), beliau menyambung pengajiannya di

    Mesir ketika berusia 19 tahun. Semasa berada di sana, beliau belajar di Maahad selama setahun

    dan menyambung pengajiannya di Universiti al Azhar dalam bidang Syariah dan Undang-undang

    sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang dengan keputusan Jayyid Jiddan.

    KEAZAMAN DAN KERJAYA DAKWAHNYA

    Semenjak masih kecil lagi, beliau telah menanam keazaman untuk menyuburkan dan

    memeriahkan kampungnya dengan pengajian ilmu dan penghayatan agama. Malah perpecahan

    dan pertelingkahan yang berlaku di kalangan orang-orang Islam disebabkan perkara-perkara yang

    remeh temeh, telah banyak memberikan kesedaran dan perangsang kepada beliau untuk

    bersungguh-sungguh memenuhi dadanya dengan ilmu yang mantap. Apatah lagi, di kampungnya

    memang telah hidup suasana dan kemeriahan belajar daripada tuan-tuan guru yang mengajar di

    madrasah dan masjid.

    Setelah pulang ke tanah air, beliau memulakan langkahnya dalam arena dakwah dengan

    mendirikan madrasah di kawasan tanah milik ibunya di Kampung Chenong dengan modalnya

    sendiri, sumbangan daripada anggota keluarga dan masyarakat setempat. Bermula dari sini,

    beliau mengadakan pengajian ilmu agama dan menghidupkan kitab-kitab turath untukmemekarkan lagi aqidah Muslim yang sejati, menyucikan jiwa dari sifat mazmumah dan

  • 7/27/2019 Biodata Syeikhuna Muhammad Fuad Al-Maliki

    5/11

    menghiasi diri dengan sifat mahmudah. Beliau mengadakan pengajian pada setiap hari yang

    diselangi dengan pengajian dan ceramah di madrasah dan masjid-masjid yang berada di luar

    qaryahnya.

    Di antara kitab-kitab pengajiannya yang terawal ialah Kitab Tafsir Jalalain, Tafsir Nurul Ihsan,

    Sohih Bukhari, Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah, Syifa bi Trif Huquq al Mustofa, Syamail al

    Muhammadiah, Riyadh al Solihin, al Azkar Imam Nawawi, Nasoih al Diniyyah wal Wasoya al

    Imaniyyah, Sair al Salikin, Minhaj al Abidin, Munyah al Musolli, Hidayah al Salikin dan lain-lain lagi.

    Sekalipun banyak rintangan dan halangan yang dihadapi dalam medan dakwahnya, semangatnya

    tidak pernah luntur berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. Setahun selepas itu, atas

    permintaan masyarakat setempat, beliau mengorak selangkah lagi membentuk kader-kader yang

    bakal meneruskan perjuangannya mempertahankan kesucian agama dan aqidah yang sejajar

    dengan prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah.

    Maka pada bulan April 1998, dengan dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan dan penduduk

    setempat, beliau telah mengasaskan sekolah Menengah Agama Rakyat yang dinamakan Maahad

    At Taufiqi Dato Abdullah. Memandangkan, dana yang tidak mencukupi, maka pengajian sekolah

    tersebut beroperasi di madrasah dan seramai 16 orang perintis ditempatkan di asrama yang

    terletak di tingkat bawah madrasah dan di rumah sewa. Selepas hampir 5 tahun sekolah tersebutberoperasi di sekolah tumpangan sementara, bilangan pelajar bertambah menjadi 105 orang di

    bawah bimbingan 10 orang tenaga pengajar yang terdiri dari mahasiswa lepasan al Azhar,

    universiti tempatan dan guru-guru yang berpengalaman.

    Sekalipun belum memiliki bangunan sendiri, Maahad ini telah mencapai kejayaan yang boleh

    dibanggakan dengan menghantar seramai 16 orang pelajar keluarannya ke Universiti al Azhar.

    Sekalipun tidak terkenal dengan bangunannya yang indah dan luas, Surau al Taufiqi al Husaini

    cukup dikenali oleh insan-insan yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan. Malah, madrasah ini

    sering dikunjungi oleh ulama yang terkenal. Semenjak penubuhannya, lebih 10 orang ulama dari

    dalam dan luar negeri telah berkunjung ke madrasah ini untuk bersama-sama menyampaikan

    ilmu dan berbincang tentang dunia Islam semasa.

    Selain berdakwah melalui lisan dan mengadakan pengajian untuk bentuk kader Islam, beliau juga

    bergiat aktif berdakwah melalui penulisan. Beliau telah menulis lebih daripada 150 buah buku didalam pelbagai bidang ilmu Islam.

  • 7/27/2019 Biodata Syeikhuna Muhammad Fuad Al-Maliki

    6/11

    Beliau akur, untuk menegakkan kebenaran pada zaman yang penuh dengan cabaran dan

    kebendaan ini, rintangan dan halangan tidak akan pernah berakhir. Apatah lagi faktor usianya

    yang masih dipandang terlalu muda. Namun begitu, alhamdulillah dengan pertolongan Allah dan

    sokongan yang kuat, sehingga ke hari ini madrasah yang diasaskannya masih berjalan lancar dan

    meriah dengan pelbagai program dan majlis-majlis ilmu yang dihadiri oleh ramai ahli masyarakat

    yang datang dari merata tempat. Selain itu, beliau juga aktif memberikan ceramah dan

    membentangkan kertas kerja seminar-seminar di merata tempat. Di antaranya di sekitar

    N.Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Temerloh, Kuantan, Pekan Pahang, Kedah,

    Terengganu (atas undangan Sultan Terengganu), Singapura, Mesir dan lain-lain lagi.

    Melihat kepada ketokohan dan komitmennya yang tinggi dalam mempertahankan perkara yang

    hak dan menegah kebatilan, maka pada awal tahun 2003, beliau telah diberi kepercayaan oleh

    Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan memegang amanah sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa

    Negeri Sembilan. Pada peringkat awalnya beliau menolak untuk menerima jawatan tersebut. Akan

    tetapi disebabkan rasa kasih, adab dan hormat terhadap gurunya iaitu Mufti Kerajaan Negeri

    Sembilan, beliau akhirnya menerimanya. Beliau juga telah dilantik menjadi ahli Panel Temuduga

    Tauliah Mengajar Agama di Negeri Sembilan. Semoga Allah membantu usaha beliau dalam

    mempertahankan agama yang suci ini.

    Atas kata sepakat dan paduan tenaga AJK Madrasah dan ahli pengajian, pengurusan kerja

    dikemaskinikan lagi di bawah sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan dengan nama Yayasan

    Sofa Negeri Sembilan. Melalui biro-biro yang terdapat di bawahnya, yayasan ini makin

    berkembang dari hari ke hari. Bermula tahun 2005, di bawah Biro Pendidikan memulakan langkah

    awal dengan menubuhkan Rumah Anak-anak Yatim dan seterusnya sehinggalah tertubuhnya

    Maahad As Sofa Negeri Sembilan yang telah didaftarkan secara rasmi di bawah Kementerian

    Pelajaran Swasta Malaysia.

    KARYA-KARYANYA

    Beliau amat gigih dalam arena penulisan serta menekankan disiplin yang tinggi mengenainya.

    Setiap waktu dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Meskipun usianya baru mencecah 35 tahun,

    beliau kini telah menghasilkan hampir 150 karya berbentuk penulisan, penterjemahan, adaptasi

    dan sebagainya. Disenaraikan di sini sejumlah besar dari karya-karya agung tersebut.

  • 7/27/2019 Biodata Syeikhuna Muhammad Fuad Al-Maliki

    7/11

    Rasulullah SAW dan Sirah

    Rasulullah J dari Perspektif Imam Syafii

    Maulid Nabi J dalam Necara Nabawi

    Pohon Nabawiyyah

    Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Nabi (Terjemahan)

    Hukum Menghina Nabi J

    Hidupnya Para Nabi di Dalam Kubur

    Keunggulan Rasulullah J

    Ringkasan Sirah Nabawiyyah (Terjemahan)

    Al Anwar al Nabawiyyah (Terjemahan)

    Keistimewaan Rasulullah J

    Mukhtasar Syamail Muhammadiah (Terjemahan)

    Mujizat Isra dan Miraj

    Isra dan Miraj (Cetakan Semula karya al Allamah Sheikh Daud ibn Abdullah al Fathoni )

    Manaqib dan Biografi

    Sayyid Ahmad ibn Idris

    Al Maliki: Ulama Rabbani Kurun ke-21

    Hujjah al Islam Imam al Ghazali Mendekati Sayyid Jaafar al Barzanji

    Al Imam Abu Hasan al Asyari

    Al Imam al Hafiz Jalaluddin al Suyuti

    Biografi Syeikh Muhammad Harith

    Manaqib Sayyidah Khadijah al Kubra (Terjemahan)

    Sayyid Ibrahim al Rasyid

    Imam al Syatibi

    Manaqib 3 Permata Masjidil Haram

    Tasawwuf

    Hubungan Tasawuf Dengan Sunnah

    Kewajipan Bertasawwuf (Terjemahan)

    Seruan Tasawwuf (Adaptasi)

    Qatr al Ghaithiyyah (Semakan dan Cetakan semula)

    Syarah Hikam Abi Madyan Lathoif al Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan (Kehalusan Anugerah Syarah Hikam Abi Madyan

  • 7/27/2019 Biodata Syeikhuna Muhammad Fuad Al-Maliki

    8/11

    )

    Hikam Syeikh Raslan (Terjemahan)

    Anwar al Sabil al Aqwam fi Syarh al Hikam

    Kekasih-kekasih Allah (Perbincangan Mengenai Rijal al Ghaib)

    Hadith: Sesiapa Mengenali Dirinya, Maka Dia Mengenali Tuhannya

    Akhlak Salafussoleh: Peringatan Bagi Manusia Yang Tertipu

    Penenang Bagi Hati

    Zikir dan Amalan

    Pancaran Nur Doa dan Zikir Ahli Akhyar (Terjemahan Syawariq al Anwar)

    Lautan Zikir Ahli Arifin

    Perisai Tiga Kekasih Allah

    Kanz al Saadah (Tahqiq dan Terjemahan)

    Ahzab wa Aurad Manhaj al Ahmadi al Idrisi (Tahqiq)

    Doa Majlis Sayyid Ahmad ibn Idris

    Aurad Ahmadiah dan Ratib Haddad

    Hizib al Bahr

    Hizib al Imam Ghazali

    Hizib Imam Nawawi

    Salawat 40 (Terjemahan) Manzumah Tawassul Asma al Husna (Terjemahan)

    Amalan Bulan Rejab

    Doa Malam Nisfu Syaban

    Kelebihan Nisfu Syaban

    Tazkirah Ramadhan

    Amalan Bulan Zulhijjah

    Doa Untuk Ibu bapa dan Anak-anak

    Duru al Wiqayah bi Ahzab al Himayah (Cetakan semula)

    Surah Yaasin Kaifiat dan Doanya

    Doa Sayyid Ibrahim al Rasyid

    Wasilah Para Abid

    Doa Angin Ahmar

    Amalan Memudahkan Rezeki

    Amalan Menguatkan Ingatan dan Menghindari Was-was

    Himpunan Ayat-ayat Penjaga Solat Sunat Sayyid Ahmad ibn Idris

  • 7/27/2019 Biodata Syeikhuna Muhammad Fuad Al-Maliki

    9/11

    40 Salawat Pilihan Ke atas Nabi J

    Jampi Penawar Dari al Quran (Terjemahan)

    Ratib Hari Jumaat

    Pendinding Diri

    Amalan Menolak Wabak dan Bala

    Pintu-pintu Pelepasan Bab 1

    Pintu-Pintu Pelepasan Bab 2

    Fadhilat Salawat

    Istighfar Imam Hasan al Basri

    Munajat Uwais al Qarni

    Aqidah dan Tauhid

    Itiqad Ahli Sunnah wal Jamaah

    Qawaid al Aqaid (Terjemahan)

    Wahhabisme Dari Neraca Syara

    Kerapuhan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah (Adaptasi)

    Penjelasan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah (Terjemahan)

    Agamamu Dalam Bahaya (Terjemahan)

    Aqidah Awam (Terjemahan)

    Pendapat Ahli Sunnah Yang Bertentangan Dengan Pendapat Wahhabi (Terjemahan) Keistimewaan Umat Nabi Muhammad J (Adaptasi)

    Aqidah Islam (Adaptasi dan Terjemahan)

    Keislaman Ayahanda dan Bonda Rasulullah J (Semakan dan Cetakan)

    Fitnah Syiah (Terjemahan)

    Fitnah Wahhabi (Terjemahan)

    Nikmat Yang Tidak Terungkap (Terjemahan)

    Tafsir

    Tafsir Surah al Fatihah (Tahqiq)

    Tafsir Surah Dhuha

    Tafsir Surah al Insyirah

    Tafsir Surah al Kauthar

    Tafsir Surah Yaasiin

    Pengantar Ilmu Tafsir (Terjemahan)

    Hadith

  • 7/27/2019 Biodata Syeikhuna Muhammad Fuad Al-Maliki

    10/11

    Musyahadah Ruh Insan Bertaqwa (Terjemahan)

    Hadith 60: Kelebihan Ahli Bait (Terjemahan)

    Kelebihan Memelihara dan Membiaya Anak Yatim

    Kelebihan al Quran (Terjemahan)

    Mutiara Nabawi (Terjemahan)

    Mutiara Saadah (Terjemahan)

    Hidayah al Mukhtar (Terjemahan)

    Galakan Melakukan Amal Kebaikan (Terjemahan)

    40 Mutiara Nabawi: Fadhilat al Quran al Karim

    Feqah

    Munyah al Musolli (Tahqiq)

    Safinah al Naja (Terjemahan)

    Hukum Membaca Basmalah

    Hukum Mengikut Imam Yang Menyalahi Mazhab Makmum

    Posisi Imam Ketika Solat Jenazah

    Pendapat Ulama Hukum Mencium Tangan

    Hukum Menghina Nabi SAW

    Fatwa Ulama Ahli Sunnah Hukum Melihat Nabi SAW

    Sayyidina dan Perbincangannya

    Sanad dan Ijazah (Athbat)

    Al Musalsalat al Asyarah

    Al Toli al Said (Bahasa Arab)

    Kunuz al Anwar al Muntakhab min Asanid al Akhyar (Bahasa Arab)

    Al Jawahir al Ghawali min Asanid al Imam al Azhari (Bahasa Arab)

    Musalsal Orang-orang Mulia

    Al Yaqut al Nafis min Asanid al Muhaddith Sayyid Ahmad ibn Idris (Bahasa Arab)

    Fath al Rahman bi Asaniid Mufti Nejri Sembilan (Bahasa Arab)

    Al Bahjah al Mardiyyah fi Musalsalat al Rembawiyyah (Bahasa Arab)

    Bulugh al Amani al Muntakhab min al Musalsalat al Maliki (Bahasa Arab)

    Sanad al Aurad al Qusyasyiah.

    Al Manhal al Karim fi Asaniid al Quran al Azim (Bahasa Arab)

    Lain-lain Kefahaman Yang Wajib diperbetulkan (Terjemahan Mafahim Yajibu an Tusohhah)

  • 7/27/2019 Biodata Syeikhuna Muhammad Fuad Al-Maliki

    11/11

    Silaturrahim

    Jaliah al Kadr fi Zikr Asma Ahl al Badr

    Dialog Sayyid Ahmad dengan Fuqaha Najd (Terjemahan)

    Qudwah Hasanah Dalam Manhaj Dakwah (Terjemahan).

    Sumber:- (Dinukil daripada Blog Maahad As Sofa)