Bloom Tpck

  • Upload
    vavilu

  • View
    229

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    1/18

    Sebagai pendidik kita semua kenal dengan Taksonomi Bloom, yang diciptakan di

    tahun 1950 oleh Benjamin Bloom, dan kemudian disemak semula 2001 oleh Lorin

    nderson!

    "egunaannya adalah untuk menentukan hala ranah ber#kir mulai dari yang paling

    rendah $%1& hingga tinggi $%'& sesuai dengan kategori yang ada! Setiap kategori

    mempunyai beberapa sub(kategori yang mengandungi kata kerja kunci yang

    berkaitan dengan itu)

    %1) *engetahuan $kemampuan menangkap maklumat dan menyatakan semula

    maklumat tersebut tanpa memahaminya&!

    %2) *emahaman $kemampuan memahami makna dari apa yang dilihat dan

    dipelajari dan melihat perkara tersebut dari pelbagai segi&

    %+) *enerapan $keupayaan menggunakan konsep yang diterima dalam situasi baru

    secara nyata&

    %) nalisis $mengkategorikan bahan dan konsep(konsep ke dalam bahagian(

    bahagian sehingga struktur susunannya mudah di-ahami&

    %5) Sintesis $kemampuan untuk mengintegrasikan bahagian(bahagian yang

    berasingan menjadi suatu keseluruhan yang bersepadu&

    %') *enilaian $keupayaan untuk membuat penilaian terhadap suatu situasi, nilai

    atau idea&

    Sampai ketika sosok .%T $.n-ormation and %ommunication Technology& itu datang

    mengubah cara belajar generasi muda kita kerana mereka menerapkan teknologi

    untuk menyelesaikan masalah dunia nyata! *elajar kita telah menjadi pelajar abad

    ke(21! Tetapi apakah kita menjadi guru abad ke(21/

    *ada tahun 200, ndre %hurche mengembangkan lebih lanjut dan

    menyempurnakan Taksonomi Bloom yang ada menjadi igital Taksonomi! Sebuah

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    2/18

    taksonomi lebih selaras dengan belajar abad ke(21! Berikut ini adalah carta yang

    ndre digunakan untuk merumuskan igital Taksonomi dari Bloom)

    Lalu, bagaimana penampakan piramid taksonomi yang menerapkan teknologi

    maklumat dan komunikasi/ Berikut ilustrasinya)

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    3/18

    TRANSFORMING

    LEARNING WITH ALEX

    GERRARD

    Transforming Learning Through ICT

    THE TPACK MODEL

    Posted on February 21, 2013 by ag20120177

     The mounting pressure on teachers to deli3er content

    in the ay o- technological interactions has led to the

    4Technological *edagogical nd %ontent "noledge

    $T*%"& model! T*%" is a ay to simply describe arapid change in technology, and ho teachers should

    integrate technology into their content in 6ays that

    make it intellectually accessible to students7 $8ishra

    "oehler, 2009, p! 15&!

    https://transforminglearningwithalexgerrard.wordpress.com/https://transforminglearningwithalexgerrard.wordpress.com/https://transforminglearningwithalexgerrard.wordpress.com/https://transforminglearningwithalexgerrard.wordpress.com/2013/02/21/the-tpack-model/https://transforminglearningwithalexgerrard.wordpress.com/author/ag20120177/https://transforminglearningwithalexgerrard.wordpress.com/2013/02/21/the-tpack-model/https://transforminglearningwithalexgerrard.wordpress.com/author/ag20120177/https://transforminglearningwithalexgerrard.wordpress.com/https://transforminglearningwithalexgerrard.wordpress.com/https://transforminglearningwithalexgerrard.wordpress.com/

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    4/18

     The article Using the TPACK Framework !ou Can "a#e

    !our "ot Too$s and Tea%h with Them, Too highlights

    the -act that most technologies ere not designed tobe used as teaching tools, there-ore, 6teachers must

    repurpose them -or use in educational conte:ts7

    $8ishra "oehler, 2009, p! 1'&!

     The idea o- creati3e repurposing has the potential to

    be a highly e;ecti3e and inno3ati3e ay -or teachers

    and students to collaborate in the classroom! The idea

    o- online collaboration is commonly re-erred to as a

    4iki) a ebsite that allos collaborati3e editing o- its

    content and structure by its users! common

    e:ample)

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    5/18

     The theory that collaborati3e learning is bene#cial to

    students is not a ne concept! Le3 =ygotskys >one o- 

    *ro:imal e3elopment $>*& has been de#ned as 6the

    distance beteen the actual de3elopmental le3el asdetermined by independent problem sol3ing and the

    le3el o- potential de3elopment as determined through

    problem sol3ing under adult guidance, or in

    collaboration ith more capable peers7! Social

    netorking in a classroom conte:t, as a learning tool,

    is the contemporary, technologically ad3anced >*!

    8icro(blogging is one ay o- using social netorks topromote social learning! There are many micro(

    blogging plat-orms that can be used in conjunction

    ith pedagogy! Shoutem is an easy(to(use plat-orm

    -or making apps! The teacher can create an app?

    students can then donload the app onto their

    tablets, and an online community -or the indi3iduals in

    the class has been created! Shoutem is just one o-

    many plat-orms that teachers can access and use to

    their ad3antage!

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    6/18

     

    .n a per-ect classroom conte:t each student ould

    ha3e access to his or her on mobile de3ice $tablet,

    laptop or other&, hoe3er most teachers ha3e to ork

    ithin the con#nes o- a 50(minute session in acomputer lab! lthough teachers may be 3ery capable

    and skilled in the integration o- technological

    pedagogical and content knoledge $T*%"&, they

    sadly and realistically do not ha3e the resources to do

    so! .t is -rustrating, but each ne debate about

    technology in the classroom ill ithout -ail come

    back to this -undamental issue! Teachers are gi3enoutdated computers, the internet connection is o-ten

    slo or non(e:istent, and the lack o- pro-essional

    de3elopment -or the moderni@ation o- the hiteboard

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    7/18

    $the inter(acti3e hiteboard&, brings T*%" to a

    standstillA

    Reference.

    8ishra, *!, "oehler, 8! $2009&! sing the T*%"Crameork) Dou can ha3e your hot tools and teach

    ith them, too! &earning ' &eading with Te%hno$ogy,

    (ay, 1(1E!

    8FGHBI *F8BFLJKG FGHG LF HFKKK

    8engubah *embelajaran 8elalui .%T

    8MFL T*%" 

    *osted on Cebruary 21, 201+ oleh ag201201

     Tekanan pemasangan pada guru untuk menyampaikan kandungan di jalan interaksi

    teknologi telah membaa kepada $T*%"& model NTeknologi *engetahuan *edagogi

    an "andunganN! T*%" adalah satu cara untuk hanya menggambarkan perubahan

    pesat dalam teknologi, dan bagaimana guru perlu mengintegrasikan teknologi ke

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    8/18

    dalam kandungan mereka dalam Ocara yang menjadikannya intelektual diakses oleh

    para pelajarO $8ishra "oehler, 2009, ms! 15&!

    tpack

    rtikel 8enggunakan Kangka "erja T*%") nda Boleh 8empunyai lat Iot nda

    dan 8engajar dengan 8ereka, Terlalu menyerlahkan hakikat bahaa kebanyakan

    teknologi tidak direka untuk digunakan sebagai alat pengajaran, oleh itu, Oguru

    perlu dibuat semula mereka untuk digunakan dalam konteks pendidikanO $8ishra

    "oehler, 2009, ms! 1'&!

    .dea untuk membuat semula kreati- mempunyai potensi untuk menjadi satu carayang amat berkesan dan ino3ati- untuk guru(guru dan pelajar untuk bekerjasama di

    dalam kelas! .dea untuk kerjasama dalam talian biasanya dirujuk sebagai NikiN)

    sebuah laman eb yang membolehkan penyuntingan kerjasama kandungan dan

    strukturnya oleh penggunanya! Satu contoh yang biasa) on Le3 =ygotsky *embangunan *ro:imal $>*& telah ditakri-kan

    sebagai Ojarak antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh

    penyelesaian masalah bebas dan tahap pembangunan yang berpotensi sepertiyang ditentukan melalui penyelesaian masalah di baah bimbingan orang deasa,

    atau melalui kerjasama dengan rakan(rakan lebih mampuO ! Kangkaian sosial dalam

    konteks bilik darjah, sebagai alat pembelajaran, adalah kontemporari, >* yang

    berteknologi maju!

    8icro(blogging adalah satu cara untuk menggunakan rangkaian sosial untuk

    menggalakkan pembelajaran sosial! Terdapat banyak plat-orm mikro(blog yang

    boleh digunakan bersama(sama dengan pedagogi! ShoutNem adalah plat-orm yang

    mudah untuk digunakan untuk membuat aplikasi! Huru boleh membuat aplikasi?

    pelajar kemudiannya boleh memuat turun aplikasi ke tablet mereka, dan komuniti

    dalam talian untuk indi3idu(indi3idu di dalam kelas yang telah diujudkan!

    ShoutNem adalah salah satu daripada plat-orm yang guru boleh mengakses dan

    menggunakan untuk -aedah mereka!

     igitalPBlooms

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    9/18

    alam konteks bilik darjah yang sempurna setiap pelajar akan mempunyai akses

    kepada peranti mereka sendiri mudah alih $tablet, komputer riba atau lain(lain&,

    bagaimanapun kebanyakan guru(guru perlu bekerja dalam batasan sesi 50 minit di

    dalam makmal komputer!

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    10/18

    Bermula pada tahun 1948, di Boston, Amerika Syarikat, sekumpulan ahli psikologi telah

    berbincang tentang kesulitan melaksanakan penilaian dalam pendidikan. Hal ini disebabkan

    oleh tiadanya rangka rujukan yang dipersetujui bersama semasa menilai aspek-aspek yang

    terdapat dalam bidang tersebut. Dalam hal yang berkaitan, proses pembentukan ujian dilihat

    sebagai satu pelan induk yang akan menjelaskan kandungan, pengalaman manusia atau

    aspek kendiri orang yang dinilai. Tambahan pula, objektif pendidikan seringkali dinyatakan

    sebagai ungkapan yang menjemukan danklise yang tidak bermakna. Ungkapan seperti ’berfikir’

    atau ’menyelesaikan masalah’ seringkali mempunyai definisi yang pelbagai serta kabur

    menyebabkan berlaku ketidakseragaman dalam menyediakan pengalaman pembelajaran dan

    instumen penilaian kepada murid yang terlibat. Mereka juga berpendapat bahawa objektif

    pendidikan perlu diubah agar lebih jelas dan bermakna.

    Objektif pendidikan boleh didefinisikan sebagai istilah yang memperihalkan matlamat

    terhadap proses pendidikan iaitu hasil pembelajaran yang disebabkan oleh aktiviti instruksional

    (pengajaran). Objektif-objektif ini pula seringkali dipanggil standard oleh pakar-pakar

    pendidikan dalam menetapkan hala tuju sesebuah organisasi pendidikan.

    Sehubungan dengan perbahasan ahli-ahli psikologi pendidikan di Amerika Syarikat

    tersebut, maka muncullah tiga domain pembahagian objektif pendidikan iaitu kognitif, afektif dan

    psikomotor. Objektif domain kognitif merupakan objektif yang berubah-ubah daripada

    mengingati semula bahan yang telah dipelajari sehinggalah mensintesis bahan baru dengan

    cara yang kreatif dan asli. Objektif domain afektif pula memfokuskan perasaan atau emosi.

    Minat, sikap, apresiasi, nilai dan emosi merupakan contoh elemen yang terdapat dalam domain

    afektif ini. Objektif domain psikomotor pula menekankan kemahiran otot dalam mengendalikan

    objek atau tindakan yang memerlukan koordinasi otot. Ahli psikologi juga berpendapat bahawa

    tidak ada satu objektif pendidikanpun yang mempunyai hanya satu jenis domain khusus.

    Sebagai contohnya, jika kita menguji objektif kognitif, di dalamnya juga terdapat elemen afektif

    dan elemen psikomotor. Jika kita menguji domain psikomotor, elemen kognitif dan afektif juga

    akan wujud bersama penilaian tersebut. Pengwujudan ketiga-tiga domain ini hanya untukmemudahkan ahli psikologi memberikan penekanan terhadap domain yang paling dominan

    dalam sesuatu penilaian.

    Kebanyakan objektif pendidikan di peringkat sekolah, institusi perguruan dan universiti

    menekankan kepada konsep pengukuran, pengujian, pentaksiran dan penilaian terhadap murid

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    11/18

    atau pelajarnya. Dalam hal ini, kebiasaannya peperiksaan digunakan untuk menentukan tahap

    penguasaan kemahiran mereka selepas belajar sesuatu kandungan mata pelajaran yang

    khusus. Dengan itu, objektif bagi domain kognitif menjadi suatu keutamaan kepada organisasi

    pendidikan dalam mengukur kemahiran yang diperoleh oleh murid atau pelajarnya. Objektif ini

    didefiniskan, disertakan dengan tingkah laku yang perlu dikuasai oleh murid dan juga

    mengandungi instrumen penilaian.

    Taksonomi Bloom

    Taksonomi bermaksud satu set pengelasan yang disusun dan disesuaikan atas dasar yang

    konsisten (Bloom, 1964). Dalam perkataan lain, taksonomi merupakan sistem pengelasan

    objektif pendidikan yang merupakan set yang didefinisikan dengan seberapa tepat yang

    mungkin serta disusun daripada konsep yang ringkas kepada yang kompleks. Susunan

    daripada objektif pendidikan yang konkrit kepada yang abstrak menyediakan satu rangka bagi

    kategori matlamat pendidikan; yang akan memudahkan guru untuk menentukan tahap

    penguasaan murid mereka. Taksonomi perlu diuji agar selaras dengan bukti secara teoritikal

    dan empirikal. Dalam bidang pendidikan, pengelasan dalam aspek objektif pendidikan adalah

    perlu dalam usaha membantu membincangkan penilaian dengan lebih tepat lagi. Soalan-soalan

    seperti: Apakah murid benar-benar tahu?, Adakah murid benar-benar faham? Adakah mereka

    mampu menghitung jumlah sesuatu masalah matematik?; seringkali kita anggap mempunyai

    pengelasan yang sama. Jika kita teliti lebih lanjut, terdapat perbezaan antara murid yang benar-

    benar tahu, benar-benar faham dan yang boleh menghitung jumlah. Oleh itu, pengwujudan satu

    sistem pengelasan standard (taksonomi) akan memudahkan guru dan pensyarah

    mendefinisikan istilah objektif pendidikan agar dapat difahami oleh mereka semua. Taksonomi

    seharusnya menjadi sumber bantuan terhadap perkembangan kurikulum dan instrumen

    penilaian. Perspektif mengenai penekanan kepada tingkah laku murid yang tertentu

    (Contohnya: kebolehan menghitung) akibat daripada penglibatan dalam sesi pengajaran, dapat

    dikenal pasti oleh guru. Oleh itu guru akan dapat mengelompokkan matlamat sesuatu

    pengajaran ke dalam kategori yang spesifik. Dengan itu, pengalaman pembelajaran dan

    instumen penilaian dapat digubal dengan lebih mudah kerana matlamat pendidikan diketahuidengan jelas oleh guru.

    Pada tahun 1959, Benjamin S. Bloom telah menyunting sebuah buku berjudulTaxonomy

    of Educational Objectives Book 1 – Cognitive Domain yang mencadangkan pengelasan objektif

    domain kognitif kepada enam komponen. Enam komponen ini adalah pengetahuan,

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    12/18

    kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Enam komponen ini disusun berdasarkan

    hirarki daripada yang mudah kepada yang susah dan lebih dikenali sebagai Taksonomi Bloom.

    Komponen pengetahuan melibatkan murid mengingat kembali perkara khusus dan

    universal, mengingat semula kaedah dan proses atau mengingat semula sesuatu corak struktur

    atau latar belakang. Komponen kefahaman melibatkan murid menggunakan bahan yang

    dikomunikasikan tanpa perlu menghubungkannya dengan bahan lain. Hal ini tercapai apabila

    murid mampu membuat terjemahan, penafsiran dan ekstrapolasi apa yang dipelajari oleh

    mereka. Komponen aplikasi pula melibatkan murid menggunakan apa yang telah dipelajari

    dalam satu situasi baru yang khusus dan konkrit. Sementara komponen analisis pula

    melibatkan pemecahan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian kecil agar persamaan dan

    perbezaan dapat menghuraikan dengan memberikan penyelesaian terhadap masalah yang

    dihadapi. Manakala komponen sintesis memungkin murid untuk menggabungkan unsur atau

    bahan supaya membentuk satu keseluruhan atau kesimpulan. Dengan ini satu pola atau

    struktur akan terbentuk akibat daripada unsur atau bahan yang digabungkan. Komponen

    terakhir adalah penilaian di mana murid akan menggunakan pertimbangan kualitatif dan/atau

    kuantitatif mengenai nilai bahan dan kaedah spesifik untuk sesuatu kriteria yang telah

    ditetapkan.

    Taksonomi Yang DiUbah Suai

    Pada bulan November, 1996 Lorin Anderson yang merupakan bekas anak murid Bloom

    bersama David Krathwohl telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan Taksonomi Bloom.

    Usaha ini didasarkan dengan harapan agar dapat menambah baik taksonomi ini sesuai dengan

    peredaran masa dan abad ke-21. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pakar psikologi kognitif,

    pakar teori kurikulum, pemimpin pendidikan serta pakar pengujian dan pentaksiran. Usaha ini

    telah berlangsung selama enam tahun. Akhirnya pada tahun 2001, mereka telah menerbitkan

    hasil penyelidikan yang mengutarakan perubahan dalam tiga kategori iaitu istilah, struktur danpenekanan (Forehand, 2004). Rajah 1(a) dan 1(b) di bawah ini menunjukkan perbezaan

    tersebut.

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    13/18

     Sebagai seorang pendidik pada generasi masa kini,

    bagaimanakah akan anda gunakan teknologi untuk

    pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah?

    Bincangkan.

     HOTS 

     LOTS 

     

    Rajah 1(b): Versi Disemak Semula 

    Rajah 1(a): Versi Lama 

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    14/18

     

    Perubahan Istilah

    Rajah 1(a) menunjukkan taksonomi yang lama dan Rajah 1(b) pula mengemukakan taksonomi

    bagi versi yang disemak semula. Perubahan yang paling ketara adalah terhadap istilah yang

    digunakan iaitu daripada kata nama (pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan

    penilaian) kepada kata kerja iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai

    dan mencipta. Perubahan ini adalah berdasarkan pendapat bahawa taksonomi ini merupakan

    satu proses aktif. Oleh itu kata kerja adalah lebih sesuai digunakan kerana cirinya yang

    menjelaskan tentang tindakan yang dibuat.

    Daripada segi istilah juga, perkataan ‘pengetahuan’ telah diubah kepada ‘mengingat’.

    Pengetahuan adalah hasil atau produk daripada proses berfikir, maka istilah ‘mengingat’ adalah

    lebih sesuai untuk menggambarkan kategori berfikir. Istilah ‘kefahaman’ pula diubah kepada

    ‘memahami’. Sementara itu, ‘sintesis’ diubah kepada ‘mencipta’. Dalam hal ini, versi yang lama

    meletakkan ‘sintesis’ di bawah ‘penilaian’ dalam hirarki taksonomi. Manakala bagi versi disemak

    semula, ‘mencipta’ merupakan puncak bagi hirarki tersebut. Dalam hal yang berkaitan, berfikir

    secara kreatif (mencipta) adalah lebih kompleks daripada berfikir secara kritikal (menilai).

    Seseorang murid boleh berfikir secara kritikal tanpa menjadi kreatif tetapi murid yang kreatif

    memerlukan cara berfikir yang kritikal. Dengan itu, ‘menilai’ seharusnya berada pada hirarki

    yang lebih bawah daripada ‘mencipta’.

    Istilah-istilah baru tersebut didefinisikan seperti yang terdapat dalam Jadual 1 di bawah ini.

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    15/18

    Jadual 1: Istilah dan definisi bagi Taksonomi Bloom yang disemak semula

    Istilah Definisi

    Mengingat Mendapatkan kembali, mengeluar kembali dan mengingat semula

    pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang.

    Contoh perkataan: Kenal pasti, Senaraikan, Ceritakan, Namakan, ...

    Persoalan: Adakah murid boleh mengingat semula maklumat?

    Memahami Membina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui

    menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat

    ringkasan, membuat inferens, membanding dan menjelaskan.

    Contoh perkataan: Buat interpretasi, Berikan contoh, Ringkaskan, Buat

    parafrasa, ...

    Persoalan: Adakah murid boleh menjelaskan idea atau konsep?

    Mengaplikasi Menggunakan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu.

    Contoh perkataan: Dengan menggunakan, Laksanakan, Hitungkan, ...

    Persoalan: Bolehkah murid menggunakan pengetahuan baru dalamsituasi biasa yang lain?

    Menganalisis Memecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana

    bahagian-bahagian kecil berkait antara satu sama lain dan terhadap

    struktur atau kegunaan umum melalui perbandingan, menyusun atur

    dan attributing.

    Contoh perkataan: Bandingkan, Susun atur, Susun semula, ...

    Persoalan: Adakah murid boleh membezakan antara bahagian-

    bahagian kecil?

    Menilai Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui

    semakan dan kritikan.

    Contoh perkataan: Berikan hujah anda, kritik, sokong, ...

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    16/18

    Persoalan: Adakah murid boleh menjustifikasikan sesuatu keputusan

    atau tindakan yang diambil?

    Mencipta Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum

    yang koheren atau berfungsi; menyusun atur elemen ke bentuk atau

    struktur baru melalui penjanaan, perancangan dan penghasilan.

    Contoh perkataan: Rekakan, Binakan, Rancangkan, Hasilkan, ...

    Persoalan: Adakah murid boleh menjanakan produk baru, idea baru

    atau pandangan yang baru?

    Perubahan Struktur

    Taksonomi Bloom yang lama mempunyai hanya satu dimensi. Manakala versi yang disemak

    semula terdiri daripada dua dimensi iaitu Dimensi Pengetahuan dan Dimensi Proses Kognitif.

    Dimensi Pengetahuan memfokuskan kepada jenis pengetahuan yang dipelajari yang

    dibahagikan kepada empat bentuk iaitu pengetahuan fakta, konsep, prosedur dan metakognitif.

    Dalam hal ini, metakognitif merujuk kepada kesedaran terhadap kefahaman diri dan mampu

    memperbaiki kefahaman tersebut jika berlaku kesalahfahaman. Sementara Dimensi Proses

    Kognitif memfokuskan proses yang digunakan untuk belajar iaitu mengingat, memahami,

    mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Jadual 2 di bawah menunjukkan hal ini.

    Jadual 2: Taksonomi Bloom yang disemak semula

    Dimensi Pengetahuan Dimensi Proses KogniMengingat Memahami Mengaplikasi Mengan

    Pengetahuan faktaSenarai

    List

    Ringkaskan

    Summarise

    Klasifikasi

    Classify

    Aturan

    Order

    Pengetahuan konsepTerangkan

    Describe

    Interpret

    Interpret

    Eksperimen

    Experiment

    Hurai

    Explain

    Pengetahuan prosesBentangkan

    Tabulate

    Ramalkan

    Predict

    Hitungkan

    Calculate

    Bezakan

    Differentiate

    Pengetahuan meta-kognitif

    Kegunaan sesuai

     Appropriate use

    Laksanakan

    Execute

    Binakan

    Construct

    Rumuskan

     Achieve

    Perubahan Penekanan

    Bagi versi yang lama, Bloom menyatakan bahawa taksonomi tersebut telah digunakan secara

    tidak dijangka (unexpectedly) oleh ramai orang (Bloom, 1956). Taksonomi ini sesuai digunakan

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    17/18

    bagi murid di peringkat awal persekolahan mereka. Manakala taksonomi yang disemak semula

    menekankan sasaran penggunaanya kepada pengguna yang lebih ramai. Sasaran ini

    termasuklah murid di sekolah rendah, menengah serta pelajar di universiti atau kolej.

    Penekanan ini berasaskan anggapan bahawa taksonomi yang disemak semula adalah alat

    yang lebih tulen (authentic) untuk merancang kurikulum, penyampaian instruksional dan

    pentaksiran (oz-TeacherNet, 2001) (dalam Forehand, 2004).

    Contoh Ayat dan Aktiviti

    Jadual 3: Contoh ayat dan aktiviti bagi taksonomi yang disemak semula

    Kategori Contoh Permulaan Ayat Aktiviti dan hasil

    Mengingat Apakah yang berlaku selepas ...?

    Berapakah bilangan ...?

    Apakah yang dimaksudkan...?

    Siapakah orang ...?

    Namakan ...?

    Ceritakan apakah yang berlaku...

    Siapakah yang bercakap ...?Manakah yang benar atau palsu...?

    Kenal pasti siapa...?

    Namakan semua bahan ...?

    Menyenaraikan kejadian utama.

    Membuat jadual waktu peristiwa.

    Membuat carta drpd fakta.

    Menulis senarai drpd maklumat yang boleh diingat.

    Membaca sajak/puisi.

    Memahami Tuliskan dalam ayat anda sendiri.

    Terangkan...

    Apakah yang anda rasa akan berlaku selepas ini?

    Siapakah yang anda fikir ...?

    Apakah idea utama ...?

    Lakarkan jalan cerita ...?

    Terangkan mengapa watak tersebut ...?

    Menggunting atau melukis gambar untuk menunjukkan peristiwa.

    Melukis kartun untuk menunjukkan turutan peristiwa.

    Menulis dan membuat persembahan berdasarkan satu cerita.

    Menceritakan peristiwa dgn ayat sendiri.

    Menulis laporan ringkas.

    Menyediakan carta alir.

    Membuat buku mewarna.

    Mengaplikasi Adakah anda tahu maklumat lain tentang ...?

    Bolehkah anda kumpulkan mengikut ciri seperti ...?

    Apakah faktor yang anda akan ubah jika ...?

    Apakah soalan yang anda akan tanya ...?

    Daripada maklumat tersebut, bolehkah anda membina set arahan ...?

    Bina satu model untuk menunjukkan ...

    Buat satu diorama untuk menunjukkan ...

    Buat buku skrap berkaitan ...

    Buat model tanah liat ...

    Ambil koleksi gambar foto untuk menunjukkan ...

    Bina sebuah puzzle game.

    Tuliskan buku teks berkaitan topik ...

    Menganalisis Peristiwa yang manakah tidak seharusnya berlaku?

    Jika ... berlaku, apakah kemungkinan penamatnya?

    Bagaimana ... sama seperti ...?

    Apakah kemungkinan lain ...?

    Mengapakah ... perubahan berlaku?

    Terangkan apa yang sepatutnya berlaku ...?

    Bolehkan anda bezakan ...?

    Apakah punca di sebalik ...?

    Apakah masalah dihadapi ...?

    Mereka bentuk soal selidik untuk mendapatkan maklumat.

    Menulis iklan untuk menjual produk.

    Membuat carta alir untuk menunjukkan peringkat kritikal.

    Membina graf untuk menunjukkan maklumat khusus.

    Membuatfamily-tree untuk menunjukkan pertalian.

    Membuat drama ttg apa yang dipelajari.

    Menulis biografi orang yang dikaji.

    Menyediakan laporan.

    Menilai Adakah lebih baik ...?

    Berikan hujah anda ...

    Pertahankan pernyataan ...

    Adakah baik atau buruk ...?

    Bagaimanakah anda akan mengatasi masalah ....?

    Apakah perubahan yang ...?

    Adakah anda percaya ...?

    Apakah yang anda rasa, sekiranya ...?

    Setakat manakah keberkesanan ...?

    Sejauh manakah anda yakin ...?

    Melaksanakan debat.

    Menulis buku peraturan dan yakinkan pembaca.

    Menubuhkan panel untuk membincangkan pandangan.

    Menulis surat nasihat terhadap keperluan perubahan.

    Menulis Laporan Tahunan.

    Menyediakan kertas kes untuk menjelaskan pandangan.

    Mencipta Hasilkan satu binaan ...

    Cadangkan satu penyelesaian munasabah ...

    Apakah akan berlaku sekiranya .?

    Kemukakan kertas cadangan ...

    Berapa banyak carakah ...?

    Mencipta mesin.

    Mereka bentuk bangunan.

    Mereka produk baru.

    Menulis tentang perasaan...

    Menulis cereka, lagu, sajak...

    Mereka bentuk kulit album

    Kepentingan Taksonomi Bloom

  • 8/18/2019 Bloom Tpck

    18/18

    Taksonomi Bloom yang terdiri daripada enam aras telah digunakan sejak lama dahulu oleh guru

    di merata dunia. Taksonomi ini merupakan pengelasan secara sistematik bagi proses berfikir

    dan belajar. Pengelasan ini membantu guru mengukur keupayaan murid mereka. Aras yang

    tinggi dalam hirarki, memerlukan penguasaan terhadap aras yang lebih rendah. Contohnya, jika

    seseorang murid itu mampu menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti menganalisis; maka

    mereka dianggap telah menguasai hirarki yang lebih bawah iaitu aktiviti mengingat, memahami

    dan mengaplikasi.

    Dengan perkembangan drastik dalam bidang pendidikan, taksonomi yang disemak

    semula menyediakan alat yang lebih sesuai untuk digunakan oleh guru-guru. Struktur yang baru

    memaparkan konsep yang menyeluruh dan jelas berkait dengan penyelarasan antara piawaian

    dan matlamat pendidikan, objektif, produk dan aktiviti (Krathwohl, 2002). Penyelarasan objektif

    pendidikan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan merupakan satu keperluan. Bagi

    Malaysia, penyelarasan ini telahpun berlaku dengan wujudnya sistem pendidikan kita yang

    berpusat. Oleh itu, penggunaan taksonomi yang disemak semula ini bukan merupakan masalah

    yang besar bagi guru-guru di Malaysia.

    Kesimpulan

    Perubahan terhadap Taksonomi Bloom merupakan satu usaha murni untuk menjelaskan

    kekaburan yang terdapat dalam mendefinisikan objektif pendidikan. Perubahan ini merupakan

    satu input yang amat baik untuk kita renungkan agar proses penilaian yang kita laksanakan

    terhadap murid atau pelajar kita lebih tepat. Perubahan terhadap istilah, struktur dan penekanan

    memberikan satu perspektif yang berbeza kerana kita telah terbiasa dengan taksonomi yang

    lama. Justeru itu, kefahaman mendalam tentang taksonomi yang baru akan memudahkan kita

    menggunakannya dalam menguji, mengukur, menilai dan mentaksir murid atau pelajar. Dalam

    hal ini, taksonomi yang baru, boleh digunakan untuk murid atau pelajar di peringkat awal

    persekolahan hinggalah ke universiti.

    Selama ini, warga pendidik di Malaysia telah menggunakan taksonomi yang lama secarameluas sama ada di sekolah, pusat latihan atau universiti. Dan mungkin timbul persoalan dalam

    minda kita, adakah perubahan ini kita perlukan. Atau kita ingin lihat perkara ini berlalu begitu

    sahaja. Kita akan tentukan perkara ini secara bersama.