9
NILAI MURNI

BM TAHUN 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nilai murni sjkc

Citation preview

Page 1: BM TAHUN 4

NILAI MURNI

Page 2: BM TAHUN 4

SENARAI NILAI MURNI• baik hati 好心• belas kasihan (bersimpati)

同情心 • bertimbang rasa 体谅 • prihatin 关心 • murah hati 大方 • sedia memaafkan 肯原谅 • insaf akan kesalahan diri

觉悟 /( 知错 ) • mengakui kesalahan diri 认错 • berdikari 独立 • bertanggungjawab 有 ... 责

• berdisiplin / bertatatertib 有纪律 ( 守规的 )

• berhemah tinggi 高品德 • kesopanan / bersopan

/beradab / berbudi bahasa 有礼貌

• ramah mesra 亲切 • rendah diri / merendah diri

谦虚 • hormat –menghormati

/saling menghormati 互相尊重

• hormat kepada ….. 尊重… .. • taat setia / taat kepada …..

孝顺 / 忠于 • kepercayaan kepada Tuhan

信奉上苍

Page 3: BM TAHUN 4

SENARAI NILAI MURNI• patuh kepada undang-

undang / mematuhi peraturan …. 遵守条规

• menepati masa 准时• menghargai masa 珍惜时间 • menepati janji 遵守诺言 • harga diri 自尊 /尊严 • kasih sayang

(penyayang) 爱心 • sayang terhadap nyawa 爱护生命 • menyayangi alam sekitar 爱护环境

• menjaga kebersihan persekitaran

照顾环境的卫生 • sayang akan harta benda

awam / menghargai harta benda 爱护设备

• peka terhadap isu alam sekitar 关 注环保课题

• berbudi kepada tanah 善用土地 • kebersihan fizikal dan

mental 身.心的纯洁 • menjaga kebersihan diri 照顾自己的卫生 • menjaga kesihatan diri 照顾

自己的健康

Page 4: BM TAHUN 4

SENARAI NILAI MURNI• menjaga keselamatan diri 照顾自己的安全 • semangat kesukanan 运动精神 • adil / saksama 公正/ 公平合

理 • kebebasan / bebas 自由权 • keberanian / berani 勇敢 • berhati-hati / cermat /

berwaspada 小心• berjimat-cermat 节省 • kejujuran / jujur 诚实 • amanah 信托 • ikhlas 有诚意

• cintai ilmu / mencintai ilmu 爱知识

• kerajinan / rajin / ringan tulang 勤劳

• dedikasi献身 • gigih / tabah / (tidak

berputus asa) 坚决 (不放弃) • tekun / bersungguh-

sungguh 认真 • cekal / ( keazaman /

berazam ) 有决心• jaya diri 有决心让自己成功 • yakin kepada diri sendiri 自

信 • rasional / berfikir secara

bijaksana 理智

Page 5: BM TAHUN 4

SENARAI NILAI MURNI• bijaksana 聪明 • cinta akan negara /

patriotik 爱国 • keamanan dan

keharmonian 和平与和睦 • bekerjasama / bergotong-

royong 分工合作 • toleransi / bertolak ansur 容

忍, 宽恕 • sabar 有耐心 • perpaduan 团结 • kesederhanaan 中庸之道 • kesyukuran / bersyukur 感恩

/满足感 • berterima kasih /

penghargaan 感谢

• mengenang budi 记…恩惠 • mengenang jasa 记…功劳 • menghargai jasa 珍惜…功劳 • semangat bermasyarakat

社会精神 • semangat kejiranan 睦邻精

神 • tolong-menolong / bantu-

membantu 互相帮助 • suka menolong… / suka

membantu 喜欢帮助 • bermuafakat 合协 • peka terhadap isu-isu

sosial 关注社会课题• saling berkunjung 互相拜访

Page 6: BM TAHUN 4

Apakah nilai murni yang terdapat dalam gambar di atas?

 

Page 7: BM TAHUN 4

 Di bawah ini disenaraikan 17 nilai murni beserta ulasannya…

1. Baik Hati … sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas yang dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain.

2. Berdikari … kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain yang terjelma juga melalui rasa tanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri.

3. Hemah Tinggi … budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta budi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain; terjelma melalui kesopanan, mengakui kesalahan diri, dan ramah mesra.

4. Hormat-menghormati … menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberikan layanan yang sopan; antara lain terjelma melalui ketaatan terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin; dan terjelma juga melalui hormat kepada raja dan negara, patuh kepada undang-undang dan menghargai maruah diri.

5. Kasih Sayang … perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu; termasuk sayang/cinta akan nyawa, alam sekitar, negara dan keamanan.

6. Keadilan … perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah; termasuk juga saksama.

Page 8: BM TAHUN 4

 Di bawah ini disenaraikan 17 nilai murni beserta ulasannya…

7. Kebebasan … dapat melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk pada peraturan dan undang-undang agama, masyarakat dan negara; terjelma melalui kebebasan di sisi undang-undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.

8. Keberanian … kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati; termasuk berani tanpa membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian, dan berani bertanggungjawab.

9. Kebersihan Fizikal dan Mental … kebersihan diri dan kebersihan persekitaran; terjelma melalui pertuturan, kelakuan, pemikiran dan amalan kerohanian.

10. Kejujuran … sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan; termasuk amanah, bercakap benar, dan ikhlas.

11. Kerajinan … usaha secara berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan dan dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara; terjelma melalui kecekalan, daya usaha, dedikasi, gigih dan tekun.

12. Kerjasama … usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat; termasuk persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong-royong, toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan.

Page 9: BM TAHUN 4

 Di bawah ini disenaraikan 17 nilai murni beserta ulasannya…

13. Kesederhanaan … sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat; secara umum sederhana dalam mempertimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.

14. Kesyukuran … perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh; termasuk berterima kasih, mengenang budi, dan menghargai seseorang/sesuatu--fokus utama ialah kesyukuran kepada Tuhan.

15. Patriotisme … semangat cinta akan negara, taat setia kepada raja dan sanggup berkorban demi negara.

16. Rasional … dapat berfikir dengan berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat melakukan tindakan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan; termasuk mampu membuat pertimbangan, berfikir logik dan bersifat terbuka.

17. Semangat Bermasyarakat … kesediaan melakukan sesuatu berdasarkan semangat kekitaan seperti bermuafakat, kejiranan dan peka tentang isu sosial dan masyarakat.