Upload
others
View
16
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
BMCO 4105
KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER
Disediakan oleh:
Umar Mustaqim bin Md Heshamudin
No Matrik & HP/Whatssapp:
1627093 / 011-37096834
Tugasan #:
EMPAT
Tajuk Tugasan:
Komunikasi dalam Era Revolusi Industri Ke-4 (Fourth Industrial Revolution)
Disediakan untuk:
ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN
Tarikh Hantar:
7.1.2019
MARKS
Marker’s Signature: Date:
Student’s Signature: Date:
1
APLIKASI GOOGLE TRANSLATE: MEMECAH DINDING
KOMUNIKASI PADA ERA REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0
Umar Mustaqim bin Md Heshamudin
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
ABSTRAK
Kajian ini berfokus kepada Revolusi Perindustrian, khususnya era Revolusi Perindustrian ke-4.
Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan tentang Revolusi Perindustrian dan untuk
menerangkan tentang pelantar (platform) atau aplikasi yang telah dipilih bagi komunikasi
pengantaraan komputer dalam era IR 4.0. Skop kajian ini ialah menghadkan jenis komunikasi
pengantaraan komputer kepada teknologi Realiti Terimbuh dan memilih pelantar (platform) atau
aplikasi yang sesuai dengan kebanyakan peranti telefon pintar di luar sana. Kaedah kajian ini ialah
melayari internet dan mencari laman-laman web yang berkaitan dengan kajian. Bagi memastikan
kajian ini difahami oleh semua golongan pembaca, pengkaji telah menghuraikan 20 definisi
operasional yang berkaitan dengan kajian ini dengan lengkap. Pernyataan masalah kajian ini ialah
rintangan bahasa dalam perbualan antara dua pihak yang menggunakan bahasa yang berbeza,
manakala penyelesaian masalahnya adalah dengan memasang (install) dan menggunakan aplikasi
Google Translate ke dalam telefon pintar milik pengguna. Kajian ini juga mencari dan
menyenaraikan kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Pengkaji
merumuskan kajian ini dengan memberikan pandangannya tentang era IR 4.0 dan medium
komunikasi pada masa hadapan yang berkait rapat dengan teknologi Realiti Terimbuh.
Kata kunci: Revolusi Perindustrian, Revolusi Perindustrian ke-4, era IR 4.0, aplikasi, komunikasi
pengantaraan komputer, Realiti Terimbuh, Google Translate
2
ABSTRACT
This research focused on the Industrial Revolution, primarily on The Fourth Industrial Revolution.
This research’s objectives are to describe the Industrial Revolution and to explain about the
platform or application chose for the computer-mediated communication in the IR 4.0 era. This
research’s scopes are limiting the type of computer-mediated communication to Augmented
Reality technology and choosing a suitable application for most of the smartphones out there. This
research’s methods are surfing the internet and searching websites which are related to this
research. To ensure the readers could understand this research, the researcher has defined 20
operational definitions related to this research entirely. This research’s problem statement is the
language barrier in a conversation between two persons who use different languages. Meanwhile,
the problem solving is installing Google Translate application into the user’s smartphone and using
it. This research also has found and listed the pros and cons of the application. The researcher
concluded this research with opinions on the IR 4.0 era and the communication medium in the
future related to the Augmented Reality technology.
Keywords: Industrial Revolution, The Fourth Industrial Revolution, IR 4.0 era, application,
computer-mediated communication, Augmented Reality, Google Translate
3
1.0 PENGENALAN
Era Revolusi Perindustrian ke-4 telah pun tiba sejak 17 tahun yang lalu. Kemajuan teknologi yang
dibangunkan sejak Revolusi Perindustrian Pertama yang tercetus pada tahun 1765-an di negara
British telah pun berkembang dengan pesat ke serata dunia. Medium komunikasi turut berubah
dari telegraf, radio, telefon hinggalah kepada komputer dan internet. Namun begitu, medium
komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan
wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga, singkatan, jargon dan emoji.
Rentetan itu, masyarakat dunia masih lagi memerlukan penterjemah bahasa apabila mereka
bertutur dalam bahasa yang berbeza demi memahami pertuturan tersebut. Kendatipun begitu,
keunikan era Revolusi Perindustrian ke-4, iaitu pengecilan jurang di antara dunia realiti dan dunia
maya dapat dilihat dengan teknologi Realiti Berimpuh atau dalam bahasa Inggerisnya, Augmented
Reality (AR). Penggunaan teknologi ini oleh syarikat Google dalam produknya, iaitu aplikasi
Google Translate dapat menyelesaikan masalah rintangan bahasa yang telah dinyatakan di atas.
Bahagian seterusnya akan menjelaskan perkara-perkara penting yang mempunyai
perkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Perbincangan dalam bahagian seterusnya akan
dimulakan dengan membincangkan Latar Belakang Kajian, Objektif Kajian, Skop Kajian,
Kaedah Kajian, Definisi Operasional Dan Pernyataan Masalah. Pemilihan aplikasi yang
berkaitan dengan tajuk kajian ini, iaitu aplikasi Google Translate akan diterangkan dalam
Penyelesaian Masalah yang diikuti dengan Cara-Cara Menggunakan Aplikasi Google
Translate, Kelebihan dan Kekurangan Aplikasi Google Translate dan diakhiri dengan
Rumusan Kajian.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mengaitkan hubungan antara jenis komunikasi era Revolusi
Perindustrian ke-4 atau IR 4.0 (1999-kini) dan aplikasi atau platform yang digunakan bagi jenis
komunikasi tersebut. Kajian ini memberi tumpun kepada jenis komunikasi yang sangat baharu,
iaitu Realiti Terimbuh atau Augmented Reality (AR) dan juga aplikasi yang menggunakan
teknologi tersebut, iaitu aplikasi Google Translate. Aplikasi tersebut dilancarkan oleh syarikat
4
Google.Inc pada Januari, 2010 bagi Sistem Pengendalian Mudah Alih- Android. Aplikasi tersebut
boleh dipasang (install) ke dalam telefon pintar dari kedai aplikasi Google Play Store dan Apple
App Store. Aplikasi tersebut dicipta bagi memecahkan rintangan bahasa dengan pelbagai kaedah
penterjemahan seperti kaedah “Type”, “Talk”, “See” dan “Write”. Kajian ini akan menerangkan
secara menyeluruh tentang cara menggunakan aplikasi tersebut.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Sesuatu kajian yang hendak dijalankan mestilah membawa tujuan dan objektif tertentu. Objektif
kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:
a) Membuat penghuraian tentang Revolusi Perindustrian
b) Membuat penerangan tentang pelantar (platform) atau aplikasi yang telah dipilih bagi
komunikasi pengantaraan komputer dalam era IR 4.0
4.0 SKOP KAJIAN
Pengkaji mengecilkan skop kajian ini dengan menghadkan jenis komunikasi pengantaraan
komputer, iaitu Realiti Terimbuh atau dalam bahasa Inggerisnya, Augmented Reality (AR).
Seterusnya, pengkaji hanya memilih pelantar (platform) atau aplikasi yang sesuai dengan
kebanyakan peranti telefon pintar.
5.0 KAEDAH KAJIAN
Pengkaji telah menjalankan kajian dengan melayari internet dan mencari laman-laman web yang
berkaitan dengan kajian ini secara terperinci. Melalui kemudahan internet, pengkaji dapat
mencari maklumat yang diperlukan dalam masa yang singkat. Antara laman web yang telah
dilayari oleh pengkaji adalah seperti berikut:
Digital Trends
Digi-Capital
Encyclopaedia Britannica
Google Play Store
5
Huffpost
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)
6.0 DEFINISI OPERASIONAL
Bahagian ini akan menghuraikan definisi secara menyeluruh berkenaan tajuk kajian ini, iaitu
Revolusi Perindustrian, IR 1.0, IR 2.0, IR 3.0, IR 4.0, Realiti Maya (VR), Realiti Terimbuh (AR),
Komunikasi, Bahasa, Rintangan Bahasa, Aplikasi, Sistem Pengendalian Mudah Alih (Mobile OS),
Google, Google Translate, Antara Muka Pemprogreman Aplikasi (API), Pengecaman Karakter
Optikal (OCR), Terjemahan Mesin Statistik (SMT), Komunikasi, Penterjemahan dan Terjemahan
Mesin Neural (NMT).
6.1. Revolusi Perindustrian
Revolusi Perindustrian ataupun dalam bahasa Inggeris, Industrial Revolution bermaksud,
perubahan besar yang mendadak dalam ekonomi (bermula pada abad ke-18 di England)
yang dikenali dengan pengenalan meluas tentang mesin janaan kuasa ataupun perubahan
penting dalam penggunaan jenis dan cara mesin tersebut. Kemahiran tinggi yang dimiliki
oleh seseorang pencipta itu tidak lagi diberi keutamaan sebaliknya penghasilan sesuatu
produk itu dihasilkan secara komersial oleh pekerja-pekerja buruh di sesebuah kilang.
Istilah “Industrial Revolution” telah dicipta oleh penulis Perancis, namun orang pertama
yang memasyhurkannya ialah seorang sejarawan ekonomi berbangsa Inggeris, iaitu Arnold
Toynbee. Mendiang telah menggunakan istilah tersebut untuk menggambarkan perkembangan
ekonomi di negara British pada tahun 1760 sehingglah tahun 1840. Sehingga kini, istilah tersebut
digunakan secara meluas dan terdapat empat fasa Revolusi Perindustrian yang telah dialami oleh
seluruh dunia, di mana berlakunya kemajuan dari segi teknologi, sosioekonomi dan kebudayaan.
6.2. IR 1.0
Era Revolusi Perindustrian Pertama atau dalam bahasa Inggerisnya, The First Industrial
Revolution (IR 1.0) berlaku sekitar tahun 1765-an. IR 1.0 ini bermula di England. Kemajuan
6
teknologi dapat dilihat dengan penggunaan tenaga baharu seperti enjin wap, tenaga elektrik,
petroleum dan enjin pembakaran dalaman; penciptaan mesin-mesin baharu seperti Spinning Jenny
(alat pemintal bulu dan kapas berganda) dan mesin alat menenun yang menyumbang kepada
peningkatan penghasilan dengan penurunan penggunaan tenaga manusia; organisasi pekerjaan
yang baharu dikenali sebagai sistem perkilangan yang telah meningkatkan pembahagian kerja-
kerja buruh dan pengkhususan kerja; kemajuan pengangkutan melibatkan penciptaan kereta api
wap, kapal wap, automobil, dan kapal terbang. Alat komunikasi yang digunakan pada era IR 1.0
ialah telegraf dan juga radio.
Namun, monopoli British tidak bertahan lama. Dua orang Inggeris yang bernama William
and John Cockerill telah membawa Revolusi Perindstrian ke negara Belgium dengan
membangunkan kedai mesin di Liège pada tahun 1807-an. Kemudian, negara Belgium menjadi
negara pertama di benua Eropah yang ekonominya membangun dengan pesat. Seperti negara
British, Revolusi Perindustrian di negara Belgium bertumpu kepada sumber besi, arang dan tekstil.
Revolusi Perindustrian Pertama berakhir sekitar tahun 1840-an.
6.3. IR 2.0
Revolusi Perindustrian Kedua atau IR 2.0 yang dikenali sebagai Revolusi Teknologi pula bermula
sekitar tahun 1840-an (selepas Perang Saudara) di British, Jerman, Amerika Syarikat, Perancis,
Itali dan Jepun. Terdapat penggunaan bahan asas yang baharu seperti logam yang lebih ringan,
keluli baharu dan bahan sintetik iaitu plastik. Di samping itu, pengeluaran besar-besaran dan
pengilangan dapat dibuat dengan pantas dengan penemuan tenaga elektrik. Hal ini demikian
kerana barisan pemasangan (assembly line) digunakan di kilang-kilang pembuatan. Ketika era ini,
alat komunikasi yang telah dicipta adalah seperti televisyen, telefon, radio komersial dan sistem
telegraf komersial yang menggunakan sistem kabel bawah laut. Era ini tamat pada permulaan
Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1914.
6.4. IR 3.0
Revolusi Perindustrian Ketiga atau IR 3.0 berlaku pada tahun 1914 sehingga tahun 1999 secara
global. Era ini merupakan era digitalisasi. Ketika ini, industri pengeluaran dan pengilangan
7
dimudahkan dengan kemunculan komputer, automasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dan peralatan elektronik serta robot. Sumber tenaga utamanya pula ialah petroleum. Negara
Timur Tengah menjadi kuasa yang besar disebabkan oleh sumber petroleum yang banyak di negara
tersebut sehinggalah kini. Medium komunikasi baharu pada zaman ini ialah komputer dan internet.
Kemunculan internet bermula dengan penciptaan ARPANET atau nama panjangnya, Advanced
Research Projects Agency Network. ARPANET merupakan sebahagian daripada Jabatan
Pertahanan Amerika Syarikat yang memasang dan mengawal rangkaian yang menghubungkan
banyak universiti dan pertubuhan pertahanan di Amerika Syarikat.
6.5. IR 4.0
IR 4.0 merupakan Revolusi Perindustrian Ke-4 yang bermula sejak tahun 1999 sehingga kini.
Walaupun era ini tidak banyak perbezaan dengan IR 3.0, era ini mengubah cara masyarakat melihat
dunia secara fizikal. Teknologi dalam era ini merapatkan jurang antara dunia fizikal dan juga dunia
maya. Di samping itu, era ini menjanjikan sumber tenaga baharu yang mungkin bakal membawa
kepada kuasa yang mudah didapati. Menurut Rifkin, kini, manusia berkongsi kuasa sesama mereka
dengan menggunakan “tenaga internet” (Rifkin, 2011). Internet Kebendaan atau dalam bahasa
Inggeris, Internet of Things (IoT) banyak mengubah kaedah pengeluaran dan penghasilan di
kilang-kilang. Sebahagian besar mesin-mesin yang digunakan di kilang pintar tidak lagi
bergantung kepada tenaga manusia. Sebaliknya, mesin tersebut dihubungkan dengan program dan
pangkalan data dengan menggunakan kemudahan internet.
Selain itu, wujud juga teknologi Pencetakan 3-Dimensi (3-D Printing) yang mampu
mencetak apa sahaja dalam bentuk 3-D dalam tempoh masa yang sekejap. Seterusnya, sistem
kewangan atas talian iaitu Blockchain seperti Bitcoin menjadi tumpuan orang ramai pada tahun
2017 dan awal tahun ini. Tambahan pula, Kecerdasan Buatan atau dalam bahasa Inggerisnya,
Artificial Intelligence (AI) menguasai sistem komputer dan juga bidang robotik. Di samping itu,
kemajuan IR 4.0 ini dapat diperhatikan dengan kewujudan lambakan telefon pintar yang menjadi
medium komunikasi utama bagi manusia pada era ini. Tidak dilupakan juga teknologi Realiti
Maya atau Virtual Reality (VR) dan Realiti Terimbuh atau Augmented Reality (AR) yang
merupakan teknologi setahun jagung dan mengandungi banyak potensi pada masa hadapan.
8
Namun, Pengkaji akan memfokuskan kajian ini kepada teknologi Realiti Terimbuh atau
Augmented Reality (AR) yang digunakan di dalam peranti telefon pintar.
6.6. Realiti Maya (VR)
Realiti Maya, atau dalam bahasa Inggerisnya, Virtual Reality (VR) merupakan sebuah teknologi
yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan persekitaran tersimulasi komputer sama ada
persekitaran simulasi dunia sebenar atau persekitaran khayalan (Kamus Dewan Edisi Keempat
dalam talian). Pengguna perlu memakai peranti yang berupa gogel bagi melihat dunia maya yang
berbeza daripada dunia realiti menerusi peranti gogel tersebut. Teknologi ini mula dibangunkan
sejak era IR 3.0 lagi, iaitu pada tahun 1960-an namun diumumkan gagal oleh pakar penganalisis
industri pada sekitar tahun 1995.
20 tahun kemudian, teknologi VR ini muncul kembali dan mula berkembang pada tahun
2016. Tiga sistem utama yang diperkenalkan pada tahun tersebut ialah Oculus Rift (Facebook),
Vive (HTC) dan PlayStation VR (Sony). Teknologi ini banyak digunakan dalam sektor permainan
video. Syarikat-syarikat lain yang memasarkan produk VR adalah seperti syarikat VironIT,
Next/Now, Groove Jones, Master of Code Global dan Program-Ace. Teknologi ini akan terus
berkembang dan dijangka akan mencecah nilai sebanyak $15 bilion pada tahun 2022 (Digi-Capital,
2018). Namun begitu, data jualan Oculus Rift dan Vive telah menunjukkan hasil yang
mengecewakan sepanjang musim panas pada tahun tersebut disebabkan oleh kemunculan
teknologi Realiti Terimbuh, atau dalam bahasa Inggerisnya, Augmented Reality (AR).
6.7. Realiti Terimbuh (AR)
Realiti Terimbuh, atau dalam bahasa Inggerisnya, Augmented Reality (AR) merupakan sebuah
teknologi yang menutup jurang perbezaan antara dunia realiti dan dunia maya. Berbeza dengan
Realiti Maya, pengguna teknologi Realiti Terimbuh tidak perlu memakai apa-apa peranti gogel
bagi menggunakan teknologi tersebut. Sebaliknya, pengguna hanya perlu menggunakan komputer
atau telefon pintar bagi melihat objek maya yang bertindih dengan paparan dunia realiti. Aplikasi
Pokémon GO merupakan aplikasi pertama yang menggunakan teknologi ini. Aplikasi permainan
video yang dibangunkan oleh syarikat Niantic tersebut telah dilancarkan di Amerika Syarikat pada
9
Julai, tahun 2016. Namun, teknologi ini turut digunakan dalam pelbagai sektor seperti pendidikan,
pembinaan dan juga kesihatan. Syarikat lain yang memasarkan teknologi AR pula adalah seperti
syarikat VironIT, ScienceSoft, Layar, Augment, HQSoftware, dan Program-Ace. Peranti telefon
pintar perlu dipasang (instaledl) dengan aplikasi yang menjadi platform AR terlebih dahulu
sebelum boleh memasang (install) aplikasi-aplikasi AR. Contoh aplikasi platform AR adalah
seperti aplikasi Google ARCore (dahulunya Google Tango) dan Apple ARKit. Teknologi ini akan
terus berkembang dan dijangka akan mencecah nilai $90 bilion pada tahun 2022 (Digi-Capital,
2018).
6.8. Komunikasi
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, “komunikasi” bermaksud “perhubungan (secara
langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain)”. Contoh ayat dalam kamus
tersebut ialah “Komunikasi massa komunikasi atau perhubungan dengan atau yang sampai kepada
orang ramai amnya”. Selain itu, “berkomunikasi” bermaksud “berhubungan (secara langsung atau
dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain); mengadakan perhubungan (bercakap,
berbincang, bertukar-tukar pendapat, dan lain-lain)”. Contoh ayat dalam kamus tersebut ialah
“Bahasa ialah alat untuk berkomunikasi dan untuk berfikir dan melahirkan buah fikiran”. Maka,
pengkaji dapat merumuskan bahawa komunikasi merupakan satu cara untuk berhubung dengan
pihak lain melalui sesuatu saluran atau medium.
6.9. Bahasa
Bahasa mempunyai pelbagai makna. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “bahasa” bermaksud
“sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya)”. Kamus
tersebut memberikan contoh ini: “Bahasa Melayu, Bahasa Tagalog”. Kamus tersebut juga
memberikan contoh ayat bagi maksud perkataan “berkomunikasi” di atas yang menyatakan
bahawa bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi.
10
6.10. Rintangan Bahasa
Rintangan bahasa ini merupakan salah satu masalah yang dihadapi dalam komunikasi. Rintangan
ini dihadapi oleh dua pihak atau lebih yang berlaku disebabkan oleh perbezaan bahasa yang
dituturkan oleh mereka, perbezaan dialek atau loghat bahasa, percakapan yang tidak jelas, istilah
dan slanga yang berbeza, penggunaan perkataan yang tidak tepat, kemahiran berbahasa yang
berbeza dan kesalahan tatabahasa dan ejaan. Kajian ini akan mengkhususkan kepada rintangan
bahasa yang berlaku disebabkan oleh perbezaan bahasa.
6.11. Aplikasi
Aplikasi merupakan sebuah atur cara, program komputer atau perisian lembut (software) yang
direka khusus untuk kegunaan tertentu (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perisian lembut ini dimuat
turun dari kedai aplikasi seperti Google Play Store, Apple App Store dan Microsoft Store ke dalam
perisian telefon pintar sama ada secara percuma atau berbayar.
6.12. Sistem Pengendalian Mudah Alih (Mobile OS)
Sistem Pengendalian Mudah Alih , atau dalam bahasa Inggerisnya, Mobile Operating System
(Mobile OS) merupakan perisian lembut yang membenarkan komputer mudah alih seperti telefon
pintar, tablet dan phablet untuk menggunakan aplikasi dan program. Selain itu, Sistem
Pengendalian Mudah Alih ini mengendalikan sambungan rangkaian selular dan rangkaian tanpa
wayar serta akses telefon. Perisian lembut ini terus bermula sebaik sahaja komputer mudah alih
tersebut dihidupkan. Dua perisian yang paling terkenal ialah Android dan iOS (iPhone OS).
6.13. Google
Pada tahun 1996, Google telah diperkenalkan dengan nama BackRub. BackRub merupakan sebuah
projek penyelidikan, iaitu enjin carian yang dibangunkan oleh Larry Page dan Sergey Brin di
Universiti Stanford. Setahun kemudian, mereka menukarkan nama BackRub kepada Google,
diinspirasikan dengan istilah googol (istilah yang dicipta oleh Milton Sirotta bagi nombor 10000).
Kemudian, domain “google.com” didaftarkan pada 15 September 1997 dan syarikat Google
didaftarkan pada 4 September 1998. Kelebihan enjin carian ini ialah teknik PageRank yang
11
mengendalikan hasil carian. Selain daripada itu, Google juga menawarkan pelbagai servis seperti
Google Translate, Google Maps, Google Earth, Gmail, Google+, Android, Google Chrome,
Blogger, Chromebook, Google Ads, ChromeOS dan sebagainya.
6.14. Google Play Store
Google Play Store merupakan sebuah platform pengedaran digital yang dibangunkan oleh Google.
Pada 10 tahun yang lalu, iaitu 22 Oktober 2008, Google telah merasmikan Google Play Store
dengan nama asalnya, iaitu Android Market. Google Play Store berfungsi sebagai sebuah kedai
aplikasi yang rasmi bagi sistem pengendalian Android yang membenarkan pengguna untuk
melayari dan memuat turun aplikasi Android SDK terbitan Google. Selain itu, Google Play Store
berfungsi sebagai satu kedai media digital yang menawarkan e-buku, filem dan program
televisyen.
6.15. Google Translate
Google telah melancarkan Google Translate pada tahun 2006. Misi Google dalam melancarkannya
adalah untuk memecahkan rintangan bahasa (perbezaan bahasa) dan menjadikan dunia ini lebih
mudah untuk diakses. Sejak pelancarannya, Google Translate kini mampu menterjemahkan dari
dua bahasa sahaja kepada 103 bahasa, dan dari ratusan pengguna kepada ratusan jutaan pengguna
pada tahun 2016. Google Translate boleh dijumpai dalam carian internet dalam bentuk website
dan juga boleh dimuat turun di kedai aplikasi dalam bentuk aplikasi telefon pintar. Kajian ini akan
menerangkan kegunaan aplikasi Google Translate dalam bahagian Cara-Cara Menggunakan
Aplikasi Google Translate dan Kelebihan dan Kekurangan Aplikasi Google Translate.
6.16. Antara Muka Pemprogreman Aplikasi (API)
Antara Muka Pemprograman Aplikasi atau dalam bahasa Inggerisnya, Application Programming
Interface (API) merupakan satu set fungsi dan prosedur yang membenarkan penciptaan sesebuah
aplikasi bagi mengakses fitur atau data dalam sesebuah Sistem Pengendalian (OS), aplikasi dan
sebagainya. API memudahkan kerja pemaju (developer) dalam mencipta sesuatu aplikasi tanpa
12
perlu bersusah-payah menulis kod bagi memastikan aplikasinya sesuai dengan OS atau aplikasi
yang lain.
6.17. Pengecaman Karakter Optikal (OCR)
Pengecaman Karakter Optikal, atau dalam bahasa Inggerisnya, Optical Character Recognition
(OCR) ini merupakan sebuah API yang berfungsi dengan mengekstrak teks daripada dokumen
imej atau dokumen yang mengandungi beberapa imej. API ini boleh menukarkan beberapa mode
parameter seperti dokumen_foto, dokumen_imbasan, scene_foto dan sari kata.
6.18. Terjemahan Mesin Statistik (SMT)
Terjemahan Mesin Statistik atau dalam bahasa Inggerisnya, Statistical Machine Translation (SMT)
merupakan sebuah mesin paradigma terjemahan yang menterjemahkan teks yang dikehendaki
kepada bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum menterjemahkannya kepada bahasa yang
dikehendaki oleh pengguna. Mesin ini menggunakan ramalan algoritma untuk menterjemahkan
teks tersebut. Namun, terjemahan ini tidak tepat kerana tatabahasa sesuatu bahasa itu tidak diambil
kira dalam ramalan algoritma tersebut.
6.19. Penterjemahan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat dalam talian, “penterjemahan” bermaksud “perihal (kerja,
usaha dan sebagainya) menterjemahkan”. “Menterjemahkan” pula bermaksud “memindahkan
(karangan dan lain-lain) daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain”, atau maksud lainnya
ialah “mengalihbahasakan”. Kajian ini akan menerangkan cara aplikasi Google Translate kaedah
penterjemahan bahasa, iaitu “TYPE” (Penterjemahan Teks), “TALK” (Penterjemahan Perbualan),
“SNAP” (Penterjemahan Imej), “SEE” (Penterjemahan AR), “WRITE” (Penterjemahan Tulisan)
dan “OFFLINE” (Penterjemahan Luar Talian). Kaedah “SEE” (Penterjemahan AR) akan dikaitkan
dengan fokus kajian ini, iaitu teknologi AR.
13
6.20. Terjemahan Mesin Neural (NMT)
Terjemahan Mesin Neural atau dalam bahasa Inggerisnya, Neural Machine Translation (NMT)
merupakan sebuah mesin terjemahan yang menggunakan sebuah rangkaian saraf buatan atau
teknik Pembelajaran Mendalam (Deep Learning) bagi menterjemahkan keseluruhan ayat pada satu
waktu yang sama dan memastikan ketepatan yang tinggi dari segi konteks ayat dan tatatabahasa
ayat tersebut.
7.0 PERNYATAAN MASALAH
Era Revolusi Perindustrian ke-4 telah pun tiba sejak 17 tahun yang lalu sehinggalah sekarang.
Kata-kata “Kini, semua maklumat di hujung jari” sering diucapkan. Namun, sejauh manakah
kebenarannya? Menurut Kevin Ashton, seorang pelopor Auto-ID Center di Massachusetts Institute
of Technology (MIT) yang telah mencipta Radio-Frequency Identification (RFID) dan sensor yang
lain, istilah “Internet of Things (IoT)” merupakan istilah yang direka olehnya bagi mendefinisikan
dunia yang saling berhubungan, peranti dan objek sensor-sarat. Ini bermaksud, semua maklumat
boleh didapati dan dikawal dengan mudah dengan adanya perkhidmatan internet. Maka, benarlah
ungkapan “Kini, semua maklumat di hujung jari” tersebut.
Namun, masyarakat kini tetap menghadapi satu masalah dalam komunikasi iaitu rintangan
bahasa, khususnya perbezaan bahasa walaupun kecanggihan teknologi kian meningkat. Seperti
yang telah dinyatakan di Definisi Operasional bagi Komunikasi dan Bahasa, bahasa merupakan
alat untuk komunikasi dan kamus tersebut juga memberikan contoh ayat yang menyatakan bahawa
bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi dan merupakan sistem lambang bunyi suara yang
dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
Walaupun dunia ini dihubungkan dengan IoT, pengguna internet tetap menghadapi
masalah rintangan bahasa ketika berkomunikasi dengan pengguna internet dari luar negara yang
menuturkan bahasa asing. Walaupun dunia globalisasi ini bergerak dengan pantas, rintangan
bahasa ini melambatkan proses berkomunikasi antara dua pihak atau lebih yang menuturkan
bahasa yang berbeza. Rentetan itu, halangan ini bakal mengganggu dan menyukarkan akitiviti lain
14
seperti proses jual beli, proses pembelajaran, pelancongan malahan berlakunya gangguan dari segi
undang-undang.
Misalnya, seorang pengguna internet di Malaysia ingin membeli barangan dari negara
Jepun. Namun, hasratnya dibatalkan kerana laman sesawang yang menjual barangan atas talian
tersebut hanya menggunakan bahasa Jepun. Maka, pengguan tersebut membatalkan hasratnya
untuk membeli barangan itu kerana dia tidak memahami tulisan dan bahasa Jepun.
Seterusnya, proses pembelajaran atas talian agak sukar bagi seorang pelajar yang lemah
penguasaanya dalam bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana, kebanyakan artikel dan kerta kerja
ilmiah boleh didapati dalam bahasa Inggeris. Pengkaji mendapati bahawa kajian yang boleh
didapati dalam bahasa Melayu adalah sangat sedikit berbanding dengan kajian yang ditulis dalam
bahasa Inggeris. Kajian yang paling hampir dengan bahasa Melayu ialah kajian yang ditulis dalam
bahasa Indonesia. Namun, terdapat beberapa perbezaan ketara dari segi perkataan yang digunakan
walaupun kedua-dua bahasa ini berasal dari rumpun yang sama, iaitu bahasa Austronesia.
Selain itu, misalnya, pelancong dari negara China yang melancong di negara Spanyol tanpa
pemandu pelancong menghadapi kesukaran dalam mencari pusat membeli-belah. Apabila dia cuba
bertanya kepada orang tempatan di sekitarnya, masing-masing tidak memahami bahasa ibunda
yang dituturkan.
Akhir sekali, misalnya, pelancong dari negara Amerika Syarikat yang telah melanggar
undang-undang di bandar Dubai, Negara Emiriah Arab Bersatu (UAE). Hal ini akan
membahayakan dirinya dan orang tempatan negara tersebut hanya disebabkan ketidakupayaan
pelancong tersebut dalam membaca dan memahami bahasa asing yang ditulis di papan tanda dan
yang dituturkan oleh masyarakat tempatan di bandar tersebut.
Oleh itu, pengkaji merumuskan bahawa perbezaan bahasa merupakan satu masalah yang
besar apabila melibatkan dua pihak dari negara yang berlainan. Namun, masalah ini dapat diatasi
dengan wujudnya aplikasi Google Translate yang akan dihuraikan dalam bahagian seterusnya.
15
8.0 PENYELESAIAN MASALAH
Bahagian ini akan memberikan dan menghuraikan jalan penyelesaian bagi masalah rintangan
bahasa (perbezaan bahasa) yang telah dihuraikan dalam bahagian sebelum ini.
Masalah rintangan bahasa, khususnya perbezaan bahasa yang dihadapi oleh pengguna
medium komunikasi terutamanya telefon pintar dan pengguna internet dapat diatasi dengan
memuat turun aplikasi Google Translate ke dalam telefon pintar tersebut melalui kedai aplikasi
seperti Google Play Store dan Apple App Store. Aplikasi ini sesuai bagi dua Sistem Pengendalian
Mudah Alih (Mobile OS), iaitu Android dan iOS.
Aplikasi ini pada asalnya merupakan sebuah servis penterjemahan yang dibangunkan oleh
Google pada April, 2006. Servis ini boleh menterjemahkan pelbagai bentuk teks dan media seperti
perkataan, frasa dan laman sesawang. Servis ini pada mulanya bertumpu kepada Terjemahan
Mesin Statistik, atau dalam bahasa Inggerisnya, Statistical Machine Translation (SMT) yang
membuat rujukan silang teks tersebut dengan dokumen-dokumen rasmi yang diambil daripada
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan transkrip Parlimen Eropah.
Beberapa tahun kemudian, Google telah membawa servis ini ke platform telefon pintar
dengan melancarkan aplikasi Google Translate bagi Android pada Januari, 2010 dan bagi iOS pada
Februari, 2011. Pada Februari 2010, Google Translation telah dimasukkan ke dalam pelayar seperti
Chrome dan ketika ini, Google Translate mampu menyebut teks, mengecam perkataan dalam
gambar dan menjejaki teks dan bahasa yang tidak biasa dikenali.
Syarikat Google telah memiliki teknologi WordLens pada 16 Mei 2014 untuk
meningkatkan kualiti penterjemahan visual dan suara. Pada ketika itu, pengumuman telah dibuat
di laman sesawang rasmi WordLens tentang kerjasama Quest Visual bersama syarikat Google
demi memajukan aplikasi Google Translate dengan menggunakan teknologi AR yang digunakan
di dalam aplikasi Word Lens tersebut. Word Lens merupakan sebuah aplikasi yang telah
dilancarkan oleh Quest Visual pada 17 Disember 2010. Aplikasi ini merupakan sebuah aplikasi
yang menggunakan teknologi AR yang mengecam perkataan yang dicetak dengan menggunakan
kebolehan Pengecaman Karakter Optikal (OCR) dan membuat penterjemahan secara segera
16
kepada bahasa yang diinginkan. Ketika ini, Google Translate mampu mengimbas teks atau gambar
dengan menggunakan telefon pintar dan membuat penterjamahan segera. Selain itu, sistem ini
mampu mengecam secara automatik akan bahasa asing lalu menterjemahkannya tanpa
memerlukan pengguna menyentuh ikon mikrofon apabila penterjemahan ucapan diperlukan.
Pada November 2016, Google telah menukarkan kaedah SMT kepada sistem Terjemahan
Mesin Neural atau dalam bahasa Inggerisnya, Neural Machine Translation (NMT). Sistem ini
digunakan sehingga kini (2018). Dengan perubahan tersebut, Google Translate mampu
menterjemahkan ayat dengan tatabahasa dan struktur ayat yang betul. Hal ini membuatkan
penterjemahan tersebut lebih tepat dan lebih mesra pengguna. Sehingga tahun ini (2018), Google
Translate telah menterjemahkan sehingga 100 bilion perkataan setiap hari dan mampu
menterjemahkan 103 bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia (Sila rujuk
Lampiran A: 103 Bahasa yang Boleh Diterjemahkan oleh Google Translate).
Maka, pengkaji merumuskan bahawa aplikasi ini merupakan sebuah aplikasi yang paling sesuai
bagi menyelesaikan masalah rintangan bahasa kerana aplikasi ini mampu menterjemahkan sesuatu
bahasa itu dengan mudah dan dengan pelbagai kaedah, iaitu “TYPE” (Penterjemahan Teks), “TALK”
(Penterjemahan Perbualan), “SNAP” (Penterjemahan Imej), “SEE” (Penterjemahan AR), “WRITE”
(Penterjemahan Tulisan) dan “OFFLINE” (Penterjemahan Luar Talian) (Sila rujuk Lampiran B: Kaedah
Penterjemahan Aplikasi Google Translate). Pengkaji akan menerangkan cara-cara menggunakan aplikasi
ini dalam bahagian seterusnya.
9.0 CARA-CARA MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE TRANSLATE
Bahagian ini akan menerangkan cara-cara menggunakan aplikasi Google Translate. Pengkaji
menggunakan telefon pintar Samsung J7 yang menggunakan Android sebagai Sistem
Pengendalian Mudah Alihnya.
9.1. Memasang (Install) dan Menggunakan Aplikasi Google Translate Secara Terus
Langkah pertama ialah pengguna perlu memasang (install) aplikasi Google Translate dalam
perantinya. Pengguna peranti Apple boleh mencari aplikasi ini di kedai aplikasi Apple App Store,
17
manakala pengguna peranti Android boleh mencarinya di kedai aplikasi Google Play Store.
Gambar 9.1: Aplikasi Google Translate di Google Play Store di bawah ini menunjukkan
tangkapan skrin (screenshot) bagi carian aplikasi tersebut di Google Play Store.
Gambar 9.1: Aplikasi Google Translate di Google Play Store.
Langkah kedua ialah pengguna perlu membuka aplikasi tersebut dengan menyentuh ikon
Google Translate yang dapat dikenal pasti dengan logo Google Translate berserta tulisan
“Translate” di bawahnya seperti dalam Gambar 9.2 Aplikasi Google Translate di Senarai
Aplikasi di bawah ini:
18
Gambar 9.2 Aplikasi Google Translate di Senarai Aplikasi.
Langkah ketiga ialah pengguna boleh terus menggunakan aplikasi tersebut dengan
menyentuh tulisan “Tap to enter text” kemudian menaip perkataan yang ingin diterjemahkan
seperti dalam Gambar 9.3: Terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu di bawah:
19
Gambar 9.3: Terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
Langkah keempat ialah pengguna boleh menukarkan kedudukan bahasa Inggeris kepada
bahasa Melayu dan sebaliknya dengan menyentuh simbol anak panah di antara kedua-dua bahasa
tersebut (jika disentuh selama satu saat, akan keluar klu “Swap languages”) seperti yang terdapat
dalam Gambar 9.4: Klu Swap Languages dan seperti yang dibulatkan dalam bulatan merah
dalam Gambar 9.5: Menukar Kedudukan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dan
Sebaliknya di bawah:
20
Gambar 9.4: Klu Swap Languages
21
Gambar 9.5: Menukar Kedudukan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dan
Sebaliknya
Jika pengguna ingin menukar bahasa, pengguna hanya perlu menyentuh anak panah ke
bawah (simbol “▼”) di sebelah kanan bahasa tersebut seperti dalam gambar di atas. Kemudian,
pengguna boleh memilih bahasa yang diingini sama ada bagi “Translate from” (“Terjemahkan
daripada”) atau pun “Translate to” (“Terjemahkan kepada”) seperti dalam Gambar 9.6: Memilih
Bahasa yang Ingin Ditukar di bawah:
22
Gambar 9.6: Memilih Bahasa yang Ingin Ditukar
23
9.2. Fungsi-Fungsi Aplikasi Google Translate
Pengkaji akan menerangkan cara menggunakan aplikasi ini secara menyeluruh. Selepas membuka
aplikasi tersebut, pengguna boleh melihat fungsi-fungsi lain aplikasi ini dengan menyentuh ribbon
“Menu” (simbol “ ≡ ”) di bahagian sudut atas-kiri pada paparan aplikasi tersebut seperti yang
dibulatkan dalam bulatan merah dalam Gambar 9.7: Ribbon Menu dalam Aplikasi Google
Translate di bawah:
Gambar 9.7: Ribbon Menu dalam Aplikasi Google Translate
Seterusnya, pengguna akan melihat senarai tab yang boleh dipilih untuk melakukan
beberapa tugas, iaitu tab “Account”, “Home”, “Phrasebook”, “Offline translation”, “Settings” dan
24
“Help & feedback” seperti yang terdapat dalam Gambar 9.8: Senarai Tab di Aplikasi Google
Translate di bawah:
Gambar 9.8: Senarai Tab di Aplikasi Google Translate
9.2.1. Fungsi Tab Account
Tab “Account” dapat dikenal pasti dengan gambar profil, nama akaun dan akaun Gmail yang telah
dilog masuk. Pengguna boleh menukar akaun dengan menekan gambar profil tersebut atau anak
panah ke bawah (simbol “▼”) yang terletak di sebelah kanan akaun e-mel tersebut seperti yang
terdapat dalam Gambar 9.9: Menukar Akaun di Tab Account di bawah:
25
Gambar 9.9: Menukar Akaun di Tab Account
Pengguna boleh menambah akaun Gmail yang lain dengan menyentuh tab “Add account”
dan menguruskan akaun lain dengan menyentuh tab “Manage accounts”. Pengguna akan dibawa
ke paparan yang berbeza mengikut tab yang disentuh seperti yang terdapat dalam Gambar 9.10:
Paparan Tab Add Account dan Gambar 9.11: Paparan Tab Manage Accounts di bawah:
26
Gambar 9.10: Paparan Tab Add Account
27
Gambar 9.11: Paparan Tab Manage Accounts
9.2.2. Fungsi Tab Home
Tab “Home” digunakan bagi mengembalikan pengguna kepada paparan utama aplikasi itu, seperti
yang terdapat dalam Gambar 9.3: Terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu yang
telah diletakkan di bahagian 9.1. Memasang (Install) dan Menggunakan Aplikasi Google
Translate Secara Terus di atas.
28
9.2.3. Fungsi Tab Phrasebook
Tab “Phrasebook” digunakan bagi menyimpan frasa-frasa yang telah disimpan oleh pengguna.
Pengguna boleh menyimpan frasa-frasa tersebut di dalam “Phrasebook” dengan menyentuh simbol
bintang yang terdapat di sebelah setiap frasa yang telah diterjemahkan seperti yang terdapat dalam
Gambar 9.12: Senarai Frasa yang telah Diterjemahkan di bawah:
Gambar 9.12: Senarai Frasa yang telah Diterjemahkan
29
Pengguna boleh membuang frasa-frasa yang tidak dikehendaki dengan menarik frasa
tersebut ke kiri atau ke kanan seperti yang terdapat dalam Gambar 9.13: Membuang Frasa yang
Tidak Dikehendaki di bawah:
Gambar 9.13: Membuang Frasa yang Tidak Dikehendaki
Namun, jika pengguna tidak pernah menyimpan apa- apa frasa ke dalam “Phrasebook”,
aplikasi ini akan menunjukkan mesej ringkas tentang cara melakukannya seperti yang terdapat
dalam Gambar 9.14: Paparan Tab Phrasebook di bawah:
30
Gambar 9.14: Paparan Tab Phrasebook
9.2.4. Fungsi Tab Offline Translation
Tab “Offline translation” akan membawa pengguna ke paparan terjemahan luar talian yang
mengandungi tab “Downloaded languages” yang memaparkan senarai fail terjemahan yang telah
dimuat turun ke dalam aplikasi tersebut dan tab “All available languages” yang memaparkan
senarai fail terjemahan yang boleh dimuat turun ke dalam aplikasi tersebut. Pengguna boleh
memuat turun “Translation file” (fail terjemahan) dengan menyentuh nama bahasa atau anak panah
ke bawah di sebelahnya. Paparan “Offline translation” boleh dilihat dalam Gambar 9.15:
31
Paparan Offline Translation, manakala paparan “Translation file” (fail terjemahan) berserta saiz
fail dan saiz penstoran telefon pintar (ruangan) yang tinggal dapat dilihat dalam Gambar 9.16:
Paparan Translation File di bawah:
Gambar 9.15: Paparan Offline Translation
32
Gambar 9.16: Paparan Translation File
9.2.5. Fungsi Tab Settings
Tab “Settings” memaparkan tetapan bagi aplikasi tersebut, iaitu tetapan “Tap to Translate”, “Data
usage” dan “Voice” yang mengandungi tiga subtetapan, iaitu “Region”, “Speed” dan “Speech
input”. Paparan “Settings” boleh dilihat dalam Gambar 9.17: Paparan Settings di bawah:
33
Gambar 9.17: Paparan Settings
9.2.5.1. Tetapan Tap to Translate
Tetapan “Tap to Translate” akan membenarkan pengguna menggunakan aplikasi tersebut tanpa
perlu membuka aplikasi lain dan aplikasi Google Translate berulang-ulang kali semata-mata ingin
melakukan proses salin dan tampal (copy and paste). Tetapan ini menjimatkan masa pengguna
dalam melakukan terjemahan disebabkan oleh terdapatnya aplikasi timbul (pop-up application)
yang muncul setiap kali selepas pengguna menyalin sesuatu frasa daripada aplikasi lain. Bagi
34
membenarkan fungsi ini, pengguna perlu menyentuh tab “Tap to Translate” kemudian sentuh tab
“Enable” seperti dalam Gambar 9.18: Tetapan Tap to Translate di bawah:
Gambar 9.18: Tetapan Tap to Translate
Paparan seperti dalam Gambar 9.19: Penerangan Tap to Translate di bawah akan
muncul bagi memberi penerangan ringkas tentang fungsi “Tap to Translate” dan membawa kepada
kebenaran bagi Google Translate muncul di atas aplikasi lain seperti yang terdapat dalam gambar
di bawah:
35
Gambar 9.19: Penerangan Tap to Translate
Selepas itu, pengguna perlu menyentuh tab “TURN ON” seperti dalam gambar di atas bagi
mengaktifkan fungsi tersebut. Kemudian, pengguna perlu menyentuh tab “Allow permission”
dalam paparan tetapan “APPS THAT CAN APPEAR ON TOP” seperti dalam Gambar 9.20:
Tetapan Kebenaran Aplikasi Muncul di atas Aplikasi Lain di bawah:
36
Gambar 9.20: Tetapan Kebenaran Aplikasi Muncul di atas Aplikasi Lain
Sebagai contoh, pengkaji menggunakan aplikasi Facebook lalu menyalin sebuah post yang
dibuat oleh page XES Shoes. Aplikasi timbul “Tap to Translate” muncul di atas aplikasi Facebook
seperti dalam Gambar 9.21: Post Page XES Shoes di bawah:
37
Gambar 9.21: Post Page XES Shoes
Kemudian, pengkaji menyentuh aplikasi timbul Google Translate tersebut dan paparan
terjemahan pun muncul seperti dalam Gambar 9.22: Terjemahan Tap to Translate di bawah:
38
Gambar 9.22: Terjemahan Tap to Translate
39
9.2.5.2. Tetapan Data Usage
Tetapan “Data Usage” akan membawa pengguna kepada tetapan yang menguruskan fungsi
penggunaan data internet bagi aplikasi tersebut seperti dalam Gambar 9.23: Tetapan Data Usage
di bawah:
Gambar 9.23: Tetapan Data Usage
Tetapan “Prefer network text-to-speech” akan membolehkan pengguna mengaktifkan atau
menyahkaktifkan penggunaan rangkaian teks-kepada-ucapan berkualiti tinggi. Jika fungsi ini
diaktifkan, pengguna mampu mendengar frasa yang telah diterjemahkan. Pengguna hanya perlu
40
menyentuh simbol megafon di sebelah kiri bahasa yang diterjemahkan bagi mendengar frasa
tersebut diucapkan seperti dalam petak merah dalam Gambar 9.24: Memainkan Ucapan Frasa
Terjemahan Bahasa Indonesia dan pengguna hanya perlu menyentuh simbol berhenti (simbol
“■”) bagi memberhentikannya seperti dalam petak merah dalam Gambar 9.25: Memberhentikan
Ucapan Frasa Terjemahan Bahasa Indonesia di bawah:
Gambar 9.24: Memainkan Ucapan Frasa Terjemahan Bahasa Indonesia
41
Gambar 9.25: Memberhentikan Ucapan Frasa Terjemahan Bahasa Indonesia
Jika fungsi penggunaan rangkaian teks-kepada-ucapan berkualiti tinggi dinyahaktifkan,
pengguna tidak akan mendengar frasa yang telah diterjemahkan dan klu “Speech output isn’t
available for (bahasa yang dipilih)”akan keluar di bahagian bawah skrin seperti dalam Gambar
9.26: Klu Fungsi Penggunaan Rangkaian Teks-Kepada-Ucapan Berkualiti Tinggi
Dinyahaktifkan di bawah:
42
Gambar 9.26: Klu Fungsi Penggunaan Rangkaian Teks-Kepada-Ucapan Berkualiti Tinggi
Dinyahaktifkan
Selepas itu, fungsi “Download offline translation files” akan membenarkan pengguna
menetapkan kaedah aplikasi tersebut memuat turun fail terjemahan luar talian. Terdapat tiga
kaedah- “Use Wi-Fi only” (Melalui Wi-Fi sahaja), “Use Wi-Fi or mobile network” (Melalui W-Fi
atau rangkaian mudah alih) dan “Ask before downloading” (Soal sebelum memuat turun). Tetapan
tersebut boleh dilihat dalam Gambar 9.27: Tetapan Download Offline Translation Files di
bawah:
43
Gambar 9.27: Tetapan Download Offline Translation Files
Seterusnya, fungsi “Improve camera input” akan membenarkan Google untuk menyimpan
gambar yang diletakkan oleh pengguna ketika menggunakan aplikasi Google Translate. Kebenaran
yang diberikan oleh pengguna kepada Google ini akan memberi ruang kepada Google untuk
membaiki input kamera aplikasi Google Translate bagi Penterjemahan AR (See) pada masa
hadapan.
Akhir sekali, pengguna boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang Penterjemahan
Gambar (Snap) dan Penterjemahan AR (See) dengan menyentuh tab “Learn more”. Pengguna akan
44
dibawa ke pelayarnya (browser) yang memaparkan laman sesawang Google Translate yang
memaparkan maklumat tentang “Translate images” (terjemahan imej) seperti dalam Gambar
9.28: Google Translate: Translate Images di bawah. Pengguna boleh mengetahui dengan lebih
lanjut tentang “Improve camera input” dengan menyentuh tab “Turn “Improve camera input” on
or off”.
Gambar 9.28: Google Translate: Translate Images
45
9.2.5.3. Tetapan Voice
Tetapan “Voice” ini membenarkan pengguna mengubah tetapan suara ucapan frasa yang
diterjemahkan kepada tiga subtetapan, iaitu “Region” (kawasan bahasa yang diucapkan), “Speed”
(kelajuan ucapan) dan “Speech input” (input ucapan).
Tetapan “Region” membolehkan pengguna mengubah bahasa yang diucapkan mengikut
kawasannya. Aplikasi Google Translate (Android) mengandungi 11 jenis bahasa yang mempunyai
tetapan ini, iaitu bahasa-bahasa Arab, Bengali, Cina, Inggeris, Perancis, Jerman, Portugis,
Sepanyol, Swahili, Tamil dan Urdu seperti dalam Gambar 9.29: Tetapan Region di bawah.
Sebagai contoh, bahasa Arab dituturkan berbeza mengikut negara seperti negara Algeria, Bahrain
dan Mesir seperti dalam Gambar 9.30: Tetapan Region Arabic di bawah ini:
46
Gambar 9.29: Tetapan Region
47
Gambar 9.30: Tetapan Region Arabic
Seterusnya, tetapan “Speed” akan mengubah kelajuan ucapan bagi frasa yang
diterjemahkan seperti dalam Gambar 9.24: Memainkan Ucapan Frasa Terjemahan Bahasa
Indonesia di bahagian 9.2.5.2. Tetapan Data Usage di atas. Tetapan “Speed” mempunyai tiga
jenis kelajuan ucapan, iaitu “Normal”, “Slow” dan “Slower”. Pengguna mampu mendengar contoh
frasa yang diucapkan dengan menyentuh ikon megafon di sebelah kanan setiap jenis kelajuan
tersebut. Namun, tetapan ini tidak mempengaruhi mode “Conversation” atau Penterjemahan
Perbualan (Talk). Sila rujuk Gambar 9.31: Tetapan Speed di bawah:
48
Gambar 9.31: Tetapan Speed
Akhir sekali, tetapan “Speech input” (input ucapan) akan membenarkan pengguna
mengaktifkan dan menyahaktifkan tetapan “Speak output” (output ucapan) dan “Block offensive
words” (blok perkataan-perkataan ofensif). Mengaktifkan tetapan “Speak output” akan
menyebabkan teks yang diterjemahkan diucapkan secara automatik, manakala mengaktifkan
“Block offensive words” akan menyembunyikan hasil ucapan yang ofensif yang dikenal pasti.
Berikut merupakan paparan tetapan “Speech input”:
49
Gambar 9.32: Tetapan Speech Input
9.2.5.4. Tetapan Clear History
Tetapan ini terletak di bahagian bawah paparan “Settings”. Pengguna akan memadamkan
“History” (sejarah) frasa terjemahan dalam aplikasi tersebut apabila menyentuh tab “Clear
History” tersebut. Sebuah amaran akan keluar apabila pengguna menyentuhnya bagi mengelakkan
pengguna memadamkan sejarah terjemahan tanpa disedari seperti dalam Gambar 9.33: Amaran
Clear History di bawah. Kemudian, pengguna perlu menyentuh jawapan “YES” untuk
50
memadamnya. Perbezaan dapat dilihat dalam Gambar 9.34: Sebelum Memadam Sejarah
Terjemahan dan Gambar 9.35: Selepas Memadam Sejarah Terjemahan di bawah.
Gambar 9.33: Amaran Clear History
51
Gambar 9.34: Sebelum Memadam Sejarah Terjemahan
52
Gambar 9.35: Selepas Memadam Sejarah Terjemahan
9.2.6. Fungsi Tab Help & feedback
Akhir sekali, tab “Help & feedback” akan membawa pengguna kepada paparan “Help” bagi
memberi pengguna kemudahan untuk mencari penyelesaian kepada apa-apa masalah yang
dihadapi semasa menggunakan aplikasi tersebut dengan menaipnya di dalam ruangan “Describe
your issue”. Pengguna juga boleh mencari langkah-langkah dalam menggunakan aplikasi atau
dalam menetapkan sesuatu tetapan dengan mencarinya di bahagian-bahagian “Get started with
Google Translate”, “Translate text, images, handwriting, or speech”, “Use your history &
53
phrasebook” dan “Make Translate work for you”. Sila rujuk Gambar 9.36: Paparan Help di
bawah:
Gambar 9.36: Paparan Help
Bagi memberi maklum balas pula, pengguna boleh menyentuh tab “FEEDBACK” di
bahagian sudut atas-kanan dalam paparan terebut. Pengguna akan dibawa kepada paparan
Feedback seperti dalam Gambar 9.37: Paparan Feedback di bawah:
54
Gambar 9.37: Paparan Feedback
55
9.3. Kaedah Penterjemahan
Bahagian ini akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang enam kaedah penterjemahan dalam
aplikasi tersebut, iaitu kaedah “Type” (Penterjemahan Teks), “Talk” (Penterjemahan Perbualan),
“Snap” (Penterjemahan Imej), “See” (Penterjemahan AR), “Write” (Penterjemahan Tulisan) dan
“Offline” (Penterjemahan Luar Talian) (Sila rujuk Lampiran B: Kaedah Penterjemahan
Aplikasi Google Translate).
Sebelum menerangkan kaedah-kaedah penterjemahan tersebut, pengkaji ingin
menekankan bahawa aplikasi ini masih belum menyediakan kesemua kaedah penterjemahan
tersebut bagi kesemua bahasa yang boleh diterjemahkannya. Pengguna boleh mengunjungi laman
sesawang Google Translate bagi mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu bahasa yang ingin
diterjemahkan. Terdapat dua jenis fitur (ciri-ciri) bagi bahasa yang diterjemahkan, iaitu “This
feature is offered for this language” (“Fitur ini disediakan bagi bahasa ini”) dan “This feature uses
our next-generation Neural translation technology for this language” (“Fitur ini menggunakan
teknologi terjemahan Neural generasi akan datang kami bagi bahasa ini”). Fitur-fitur
dilambangkan dengan simbol tersendiri dan dimasukkan ke dalam jadual bahasa yang boleh
diterjemahkan oleh aplikasi Google Translate (Sila rujuk Lampiran C: Dua Jenis Fitur Aplikasi
Google Translate).
Misalnya, bahasa Indonesia mempunyai lima kaedah penterjemahan yang menggunakan
fitur teknologi terjemahan Neural (NMT), iaitu kaedah “Type”, “Write”, “Talk”, “Snap”, dan
“Offline”. Fitur ini membolehkan pengguna menterjemahkan sesuatu ayat sekaligus tanpa perlu
memotong ayat tersebut. Namun, bahasa Indonesia mempunyai satu kaedah penterjemahan yang
tidak menggunakan fitur NMT, iaitu kaedah “See” (Sila rujuk Lampiran D: Fitur Bahasa
Indonesia bagi Kaedah Penterjemahan).
Berbeza dengan bahasa Indonesia, bahasa Melayu hanya mempunyai empat kaedah
penterjemahan sahaja. Namun, kesemua kaedah itu menggunakan fitur NMT, iaitu kaedah “Type”,
“Write”, “Snap” dan “Offline” (Sila rujuk Lampiran E: Fitur Bahasa Melayu bagi Kaedah
Penterjemahan).
56
9.3.1. Kaedah “Type”
Kaedah “Type” (Penterjemahan Teks) merupakan kaedah penterjemahan yang sedia ada wujud
ketika Google Translate dilancarkan. Seperti nama kaedahnya, pengguna hanya perlu menaip frasa
yang ingin diterjemahkan di bahagian atas aplikasi tersebut yang bertanda “Tap to enter text” di
papran “Home”. Kaedah ini telah pun dihuraikan dalam Gambar 9.3: Terjemahan bahasa
Inggeris kepada bahasa Melayu dalam bahagian 9.1. Memasang (Install) dan Menggunakan
Aplikasi Google Translate Secara Terus. Tidak seperti kaedah penterjemahan yang lain, kaedah
ini merupakan kaedah yang paling kerap digunakan dan kaedah ini dapat digunakan oleh kesemua
bahasa (103 bahasa) yang boleh diterjemahkan oleh aplikasi tersebut. Berikut merupakan contoh
Penterjemahan Teks:
Gambar 9.38: Kaedah “Type” (Penterjemahan Teks)
57
9.3.2. Kaedah “Talk”
Kaedah “Talk” (Penterjemahan Perbualan) merupakan kaedah penterjemahan yang melibatkan
perbualan dwibahasa. Kaedah ini juga digelar sebagai “Conversation mode”. Kaedah ini boleh
diaktifkan dengan menyentuh ikon dua mikrofon yang disertakan dengan perkataan
“Conversation” di bawahnya di paparan “Home” seperti yang dapat dilihat dalam Gambar 9.39:
Mengaktifkan Kaedah “Talk” (Conversation Mode) di bawah:
Gambar 9.39: Mengaktifkan Kaedah “Talk” (Conversation Mode)
58
Selepas menyentuh simbol tersebut, pengguna akan dibawa ke paparan seperti dalam
Gambar 9.40: Paparan “Conversation Mode” Bahasa Inggeris-Bahasa Indonesia di bawah:
Gambar 9.40: Paparan “Conversation Mode” Bahasa Inggeris-Bahasa Indonesia
Gambar di atas merupakan paparan “Conversation mode” yang melibatkan penterjemahan
bagi perbualan bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia. Mode ini amat sesuai dengan perbualan yang
berlaku antara dua pihak yang langsung tidak memahami bahasa yang diucapkan oleh pihak yang
lain. Mode ini boleh digunakan dalam situasi pelancong asing yang sedang berjual beli dengan
penjual tempatan sesebuah negara itu. Ayat yang diujarkan akan muncul dalam bentuk teks sebaik
59
sahaja ayat tersebut selesai dituturkan oleh si penutur. Kemudian, dalam beberapa saat sahaja ayat
tersebut akan diterjemahkan dan muncul dalam bentuk teks berserta ikon fon kepala di sebelah
kirinya. Berdasarkan gambar di atas, bahasa Inggeris (kiri) yang diujarkan akan muncul pada
bahagian atas terjemahan tersebut, manakala bahasa Indonesia (kanan) akan muncul pada bahagian
bawah terjemahan tersebut. Kaedah “Talk” ini boleh dilakukan secara automatik ketika perbualan
sedang berlangung dengan menekan ikon mikrofon berserta tulisan “Auto” di antara kedua-dua
bahasa yang diterjemahkan. Selain itu, seperti biasa, pengguna boleh menukarkan bahasa dengan
menyentuh simbol anak panah ke bawah “▼” di sebelah kiri bahasa tersebut.
Bagi memudahkan pengguna, aplikasi tersebut telah menyediakan sebuah poster yang
memaparkan penerangan ringkas tentang kaedah “Talk”. “Show this to the other person”
merupakan ayat pertama yang tertulis dalam poster tersebut yang bermaksud, “Tunjukkan (poster)
ini kepada pihak lain”. Bahasa yang digunakan dalam poster tersebut ditulis dalam bahasa kedua
yang dipilih oleh pengguna. Hal ini demikian kerana, aplikasi tersebut menganggap bahasa
pertama yang dipilih (“Translate from”) merupakan bahasa yang difahami oleh pengguna,
manakala bahasa kedua yang dipilih (“Translate to”) merupakan bahasa yang difahami oleh pihak
yang sedang berbual dengan pengguna tersebut. Poster ini akan muncul jika pengguna menyentuh
simbol tapak tangan di sudut atas-kanan pada paparan “Conversation mode”. Sila rujuk Gambar
9.41: Poster Penerangan Kaedah “Talk” di bawah:
60
Gambar 9.41: Poster Penerangan Kaedah “Talk”
9.3.3. Kaedah “Snap”
Kaedah “Snap” (Penterjemahan Imej) merupakan kaedah penterjemahan yang menterjemahkan
imej atau gambar kepada bahasa yang diingini oleh pengguna. Kaedah ini boleh diaktifkan dengan
menyentuh ikon kamera yang disertakan dengan perkataan “Camera” di bawahnya di paparan
“Home”. Kaedah “See” juga boleh diaktifkan dengan cara yang sama. Misalnya, pengguna telah
pun memilih bahasa Inggeris yang ingin diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Kemudian,
61
pengguna itu menyentuh ikon kamera tersebut seperti dalam Gambar 9.42: Mengaktifkan
Kaedah “Snap” (Penterjemahan Imej) di bawah:
Gambar 9.42: Mengaktifkan Kaedah “Snap” (Penterjemahan Imej)
Memandangkan bahasa Melayu masih belum menerima kaedah “See”, maka imej dalam
bahasa Melayu hanya boleh menggunakan kaedah “Snap” ini. Sebelum mengaktifkan Kamera
Google Translate, pastikan telefon pintar tersebut dalam mode “Auto rotate” bagi memudahkan
kamera tersebut mengambil gambar sama ada dalam keadaan lanskap atau portrait. Kemudian,
selepas mengaktifkannya, kamera telefon pintar milik pengguna akan kelihatan seperti dalam
62
Gambar 9.43: Kamera Google Translate (Portrait) dan Gambar 9.44: Kamera Google
Translate (Lanskap) di bawah:
Gambar 9.43: Kamera Google Translate (Portrait)
63
Gambar 9.44: Kamera Google Translate (Lanskap)
Selepas Kamera Google Translate diaktifkan, pengguna perlu memastikan teks dalam
gambar yang ingin diambil itu selari dengan tulisan “Align text” (“Selarikan teks”) di dalam segi
empat tepat berwarna hitam seperti dalam gambar di atas. Pengguna boleh mengaktifkan dan
menyahaktifkan flash kamera dengan menyentuh ikon flash yang berbentuk kilat di bahagian
bawah-kanan paparan kamera tersebut.
Kemudian, pengguna perlu menyentuh ikon kamera putih di dalam bulatan merah seperti
dalam gambar di atas untuk mengambil gambar tersebut. Paparan akan muncul seperti dalam
Gambar 9.45: Gambar yang Diambil oleh Kamera Google Translate di bawah:
64
Gambar 9.45: Gambar yang Diambil oleh Kamera Google Translate
Selepas itu, pengguna boleh menggunakan jarinya untuk menonjolkan (highlight) teks
dalam gambar tersebut atau pun pengguna boleh memilih semua teks yang dapat dikecam oleh
Kamera Google Translate dengan menyentuh “SELECT ALL” seperti dalam gambar di atas.
Pengguna telah menonjolkan perkataan “Languages” daripada gambar yang telah diambil tersebut.
Paparan akan muncul seperti dalam Gambar 9.46: Teks yang Ditonjolkan daripada Gambar
yang Diambil oleh Kamera Google Translate di bawah. Aplikasi ini juga mampu
menterjemahkan ayat yang penuh seperti dalam Gambar 9.43: Kamera Google Translate
(Portrait) di atas.
65
Gambar 9.46: Teks yang Ditonjolkan daripada Gambar yang Diambil oleh Kamera Google
Translate
Di samping itu, pengguna juga boleh menterjemahkan imej yang tersedia ada dalam
simpanan galeri telefon pintarnya. Pengguna hanya perlu menyentuh ikon dua keping gambar
gunung di sebelah kiri ikon kamera dalam bulatan merah tersebut di paparan “Home” seperti dalam
Gambar 9.44: Kamera Google Translate (Lanskap) di atas. Pengguna akan dibawa ke paparan
seperti dalam Gambar 9.47: Paparan Simpanan Galeri Telefon Pintar di bawah:
66
Gambar 9.47: Paparan Simpanan Galeri Telefon Pintar
9.3.4. Kaedah “See”
Kaedah “See” (Penterjemahan AR) atau nama lainnya, “Instant Translation” merupakan kaedah
penterjemahan yang menjadi tumpuan dalam kajian ini. Hal ini demikian kerna, kaedah ini
menggunakan teknologi AR, sebuah teknologi yang menjadi tumpuan dalam era IR 4.0, seperti
yang telah dihuraikan dalam bahagian-bahagian sebelum ini. Seperti Penterjemahan Imej, bagi
mengaktifkan kaedah Penterjemahan AR ini, pengguna hanya perlu menyentuh ikon kamera di
paparan “Home”. Namun, perbezaan dapat dilihat antara ikon kamera bagi kaedah “Snap” dan
67
ikon kamera bagi kaedah “See”, iaitu lensa pada ikon kamera Kaedah “See” mempunyai simbol
kerlipan atau bintang berbucu empat di dalamnya seperti dalam Gambar 9.48: Mengaktifkan
Kaedah “See” (Penterjemahan AR) di bawah:
Gambar 9.48: Mengaktifkan Kaedah “See” (Penterjemahan AR)
Perbezaan ini memudahkan pengguna bagi mengetahui dengan pantas sama ada sesuatu
bahasa itu mempunyai Kaedah “See” atau tidak. Namun begitu, semua bahasa yang mempunyai
kaedah ini pasti mempunyai Kaedah “Snap”. Selepas mengaktifkannya, pengguna boleh
menggunakan Kamera Google Translate seperti Kaedah “Snap” tetapi perbezaan dapat dilihat
68
dalam paparan kamera tersebut, iaitu terdapat simbol mata bagi melambangkan kaedah “See”
sedang diaktifkan seperti dalam Gambar 9.49: Kamera Google Translate bagi Kaedah “See”
(Instant ON) atau sedang dinyahaktifkan seperti dalam Gambar 9.50: Kamera Google
Translate bagi Kaedah “See” (Instant OFF) di bawah:
Gambar 9.49: Kamera Google Translate bagi Kaedah “See” (Instant ON)
Gambar 9.50: Kamera Google Translate bagi Kaedah “See” (Instant OFF)
69
Pengguna boleh menyentuh ikon “ll” (Pause / Jeda) bagi melihat paparan kamera tersebut
dalam keadaan statik atau diberhentikan bagi memudahkan pengguna melihat terjemahan AR yang
dipaparkan seperti dalam Gambar 9.51: Kamera Google Translate ketika “Pause” dan ikon
“►” (Play / Main) bagi menjadikannya seperti sediakala seperti dalam Gambar 9.52: Kamera
Google Translate ketika “Play” di bawah:
Gambar 9.51: Kamera Google Translate ketika “Pause”
70
Gambar 9.52: Kamera Google Translate ketika “Play”
Kaedah penterjemahan AR ini amat sesuai jika pengguna ingin menterjemahkan sesuatu
tanda jalan, menu makanan, tanda amaran dan juga nama bangunan yang ditulis dalam bahasa
asing tanpa memerlukan pengguna menaip bahasa tersebut. Hal ini memudahkan pengguna kerana
pengguna tidak perlu memuat turun fail papan kekunci maya bagi bahasa asing tersebut dan
pengguna tidak perlu bersusah payah menaipnya. Sebaliknya, pengguna hanya perlu menghalakan
kamera telefon pintarnya ke arah imej yang mengandungi tulisan bahasa asing tersebut. Kaedah
ini juga merupakan kaedah yang paling menarik perhatian orang ramai kerana sifatnya yang
interaktif dan mesra pengguna.
9.3.5. Kaedah “Write”
Kaedah “Write” (Penterjemahan Tulisan) merupakan kaedah penterjemahan yang memerlukan
pengguna menulis frasa yang ingin diterjemahkan dengan jarinya sendiri. Bagi mengaktifkan
kaedah ini, pengguna perlu menyentuh simbol pen yang sedang menulis yang disertakan dengan
perkataan “Handwriting” di bawahnya seperti dalam Gambar 9.53: Mengaktifkan Kaedah
“Write” (Penterjemahan Tulisan) di bawah:
71
Gambar 9.53: Mengaktifkan Kaedah “Write” (Penterjemahan Tulisan)
Selepas mengaktifkannya, pengguna akan dibawa ke paparan baharu. Pengguna perlu
menulis pada bahagian “Write here” di paparan putih seperti dalam Gambar 9.54: Paparan
Putih “Write here” di bawah:
72
Gambar 9.54: Paparan Putih “Write here”
Pengkaji telah menggunakan kaedah ini bagi menterjemahkan frasa bahasa Inggeris kepada
bahasa Jepun. Sila rujuk Gambar 9.55: Paparan Kaedah “Write” bagi Penterjemahan bahasa
Inggeris kepada Bahasa Jepun (1), (2) dan (3) di bawah:
73
Gambar 9.55: Paparan Kaedah “Write” bagi Penterjemahan Bahasa Inggeris kepada
Bahasa Jepun (1)
74
Gambar 9.55: Paparan Kaedah “Write” bagi Penterjemahan Bahasa Inggeris kepada
Bahasa Jepun (2)
75
Gambar 9.55: Paparan Kaedah “Write” bagi Penterjemahan Bahasa Inggeris kepada
Bahasa Jepun (3)
Pengguna perlu menunggu paparan putih itu berganjak ke arah kiri atau menyentuh ikon
“Spacebar” jika pengguna ingin menulis frasa yang melebihi satu perkataan seperti dalam
Gambar 9.55: Paparan Kaedah “Write” bagi Penterjemahan bahasa Inggeris kepada
Bahasa Jepun (1), (2) dan (3) di atas.
76
Frasa yang ditulis oleh pengkaji ialah “guarding my country” yang diterjemahkan kepada
bahasa Jepun kepada “Watashi no kuni o mamoru” seperti dalam Gambar 9.56: Kaedah
Penterjemahan “Write” Bahasa Inggeris kepada Bahasa Jepun di bawah:
Gambar 9.56: Kaedah “Write” Bahasa Inggeris kepada Bahasa Jepun
Terdapat cadangan perkataan lain di dalam petak-petak kelabu yang berada di atas paparan
putih tersebut seperti dalam Gambar 9.55: Paparan Kaedah “Write” bagi Penterjemahan
Bahasa Inggeris kepada Bahasa Jepun (2) di atas.
77
Selain itu, pengguna boleh menukarkan kaedah “Write” dan kaedah “Type” dengan mudah,
iaitu dengan menyentuh simbol pen di dalam petak kelabu yang terletak di atas paparan putih lalu
memilih “Keyboard” bagi kaedah “Type” atau “Handwriting” bagi kaedah “Write”. Sila rujuk
gambar di atas.
Seterusnya, pengguna boleh melaraskan ketinggian paparan putih tersebut dengan
menyentuh simbol “≡” sambil menggerakkannya ke atas atau ke bawah. Fungsi ini memudahkan
pengguna untuk menulis dengan ruang yang sesuai dengan tulisannya. Sila rujuk Gambar 9.56:
Menyelaraskan Ketinggian Paparan Putih dalam Kaedah “Write” (Sebelum) dan (Selepas)
di bawah:
78
Gambar 9.56: Menyelaraskan Ketinggian Paparan Putih dalam Kaedah “Write”
(Sebelum)
79
Gambar 9.57: Menyelaraskan Ketinggian Paparan Putih dalam Kaedah “Write” (Selepas)
Di samping itu, pengguna boleh membatalkan atau mengundurkan (Undo) tulisan dengan
menyentuh ikon anak panah melengkung ke kiri “Undo”, menjarakkan frasa dengan menyentuh
ikon “Spacebar” dan memadam tulisan dengan menyentuh ikon “Delete”. Pengguna boleh
menjumpakan ketiga-tiga ikon ini di dalam petak-petak kelabu yang terletak di bawah sekali dalam
paparan kaedah “Write” seperti dalam gambar di atas.
80
9.3.6. Kaedah “Offline”
Kaedah “Offline” (Penterjemahan Luar Talian) merupakan kaedah penterjemahan yang paling
penting dalam aplikasi ini. Hal ini demikian kerana, semua kaedah penterjemahan yang lain akan
berfungsi dengan mudah dengan adanya fail terjemahan yang telah dimuat turun ke dalam aplikasi
tersebut kerana pengguna mampu menggunakan kaedah-kaedah tersebut walaupun tiada
sambungan internet. Pengkaji mendapati bahawa sebanyak 60 fail terjemahan bahasa (termasuklah
bahasa Jerman dan bahasa Jerman↔bahasa Arab) seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan
bahasa Indonesia. Pengkaji telah pun menerangkan cara menggunakan kaedah ini dalam bahagian
9.2.4. Fungsi Tab Offline Translation di atas.
9.3.7. Kaedah “Voice”
Selain daripada kaedah-kaedah di atas, terdapat juga satu kaedah penterjemahan yang tidak
terdapat dalam Lampiran B: Kaedah Penterjemahan Aplikasi Google Translate, iaitu kaedah
“Voice” (Penterjemahan Suara) merupakan kaedah penterjemahan yang memerlukan pengguna
untuk mengucapkan frasa yang ingin diterjemahkan. Bagi mengaktifkan kaedah ini, pengguna
perlu menyentuh ikon mikrofon yang disertakan dengan perkataan “Voice” seperti dalam Gambar
9.58: Mengaktifkan Kaedah “Voice” (Penterjemahan Suara) di bawah:
81
Gambar 9.58: Mengaktifkan Kaedah “Voice” (Penterjemahan Suara)
Selepas mengaktifkannya, pengguna akan dibawa ke paparan seperti paparan dalam Gambar
9.59: Paparan Kaedah “Voice” di bawah:
82
Gambar 9.59: Paparan Kaedah “Voice”
Pengguna akan melihat klu arahan “Speak now” dalam petak biru yang berada di bawah
anak panah kiri-kanan. Pengguna juga dapat melihat ikon mikrofon tersebut menyala-nyala dalam
bulatan berwarna biru. Ini menunjukkan bahawa pengguna boleh mula mengucapkan frasa yang
ingin diterjemahkan. Selepas selesai, paparan seperti dalam gambar di atas ini akan kembali
semula seperti dalam paparan dalam Gambar 9.38: Kaedah “Type” (Penterjemahan Teks) di
atas.
83
10.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN APLIKASI GOOGLE TRANSLATE
Pengkaji akan menyenaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh aplikasi
Google Translate dalam bahagian ini.
10.1. Kelebihan Aplikasi Google Translate
Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa kelebihan yang dimiliki oleh aplikasi tersebut.
Kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut:
i. Pengguna boleh memilih pelbagai kaedah penterjemahan yang mengikut kesukaan dan
keselesaannya
ii. Kaedah “Type” mudah digunakan oleh pengguna kerana kaedah ini boleh digunakan
sejurus selepas aplikasi tersebut dihidupkan. Kaedah ini sesuai jika pengguna mempunyai
papan kekunci maya bagi kedua-dua bahasa yang terlibat dalam proses penterjemahan
iii. Kaedah “Talk” memudahkan pengguna berbual dengan pihak lain tanpa memerlukannya
untuk menaip atau menulis bahasa asing tersebut. Kaedah ini sesuai digunakan jika
pengguna sedang menjalankan proses jual beli dengan penjual atau pembeli asing
iv. Kaedah “See” atau “Instant translation” mencepatkan proses penterjemahan sesuatu frasa
dengan adanya teknologi AR. Hal ini demikian kerana, pengguna tidak perlu menaip atau
menulis frasa yang hendak diterjemahkan. Sebaliknya, pengguna hanya perlu
mengaktifkan Kamera Google Translate dan menghalakan telefon pintarnya ke arah imej
yang mengandungi teks yang ingin diterjemahkan
v. Kaedah “See” memudahkan pengguna kerana pengguna tidak perlu memuat turun papan
kekunci maya bahasa asing dari kedai aplikasi ke dalam telefon pintarnya. Hal ini
demikian kerana, Kamera Google Translate yang menggunakan teknologi AR mampu
mengecam teks sesuatu bahasa itu dan menterjemahkannya mengikut bahasa yang dipilih
oleh pengguna
vi. Kemudahan memberhentikan Kamera Google Translate (Pause) memudahkan pengguna
membaca terjemahan dalam kaedah “See”
vii. Kaedah “Snap” membolehkan pengguna mengambil gambar, kemudian menyentuh dan
menterjemah “highlight text” jika kaedah “See” tidak jelas atau tidak tepat
84
viii. Kaedah “Snap” boleh menterjemah gambar yang telah sedia ada di dalam simpananan
galeri telefon pintar milik pengguna. Maka, pengguna boleh mengambil pelbagai gambar
sebelum memulakan penterjemahan
ix. Dua bahasa yang telah dipilih sebelum membuka Kamera Google Translate boleh ditukar-
tukar kedudukannya (Misalnya, bahasa Indonesia ↔ bahasa Inggeris)
x. Flash Kamera Google Translate boleh dibuka dan ditutup untuk menerangi gambar yang
diambil
xi. Kaedah “Write” membantu pengguna berlatih menulis frasa terutama sekali tulisan yang
sukar seperti bahasa Cina dan Jepun
xii. Kaedah “Offline” atau penterjemahan luar talian memudahkan pengguna menggunakan
kaedah penterjemahan yang lain jika tiada sambungan internet di kawasan pengguna
berada
xiii. Kaedah “Voice” memudahkan pengguna untuk menterjemah sesuatu frasa tanpa perlu
menaip frasa tersebut. Sebaliknya, pengguna hanya perlu mengucapkannya sahaja
10.2. Kekurangan Google Translate
Walaupun aplikasi tersebut mempunyai pelbagai kelebihan, pengkaji dapat mengenal pasti
beberapa kekurangan yang dimiliki oleh aplikasi tersebut, iaitu:
i. Kaedah “Type” tidak mampu mengenal pasti teks yang ditaip dalam tulisan Romaji (tulisan
bahasa Jepun yang bunyi dan ejaannya telah di-Romankan). Kaedah ini hanya mampu
menterjemahkan bahasa lain kepada bahasa Jepun dalam bentuk tulisan asal dan
dibawahnya ditulis dalam tulisan Romaji supaya pengguna dapat mengetahui cara
menyebutnya
ii. Kaedah “Talk” tidak mempunyai kekurangan yang besar melainkan perbualan antara
pengguna dan pihak lain perlu diperlahankan kerana mereka perlu menunggu terjemahan
dilakukan secara bergilir-gilir. Namun, proses ini sama sahaja seperti menggunakan
khidmat seorang penterjemah bahasa
iii. Kaedah “Snap” tidak boleh memberhentikan Kamera Google Translate (Pause) seperti
dalam kaedah “See”. Sebaliknya, pengguna perlu mengambil gambar terlebih dahulu
85
iv. Kaedah “See” masih belum dimiliki oleh semua bahasa yang dapat diterjemahkan oleh
aplikasi Google Translate. Misalnya, pengguna dari Malaysia perlu memilih terjemahan
bahasa Indonesia jika ingin menggunakan kaedah ini. Hal ini demikian kerana, kaedah ini
tidak dimiliki oleh terjemahan bahasa Melayu.
v. Pengguna tidak boleh mengambil gambar yang telah diterjemahkan dalam kaedah “See”.
Jika pengguna mengambil gambar, paparan AR bagi teks yang diterjemah akan hilang
serta-merta
vi. Ayat yang diterjemah berkemungkinan besar tidak tepat kerana terdapat perbezaan antara
struktur ayat bahasa Inggeris dengan bahasa asing. Hanya bahasa yang mempunyai fitur
NMT sahaja mampu menterjemahkan sesuatu ayat itu secara menyeluruh dan bersesuaian
dengan struktur ayat tersebut
vii. Kamera AR Google Translate masih belum mampu menterjemahkan tulisan tangan dan
sesuatu teks pada sesuatu permukaan yang tidak rata
viii. Kamera AR Google Translate hanya boleh dipegang secara menegak (portrait) melainkan
telefon pintar milik pengguna tersebut telah dijadikan mode “Auto rotate”
ix. Kamera AR Google Translate tidak dapat melakukan penterjemahan AR dengan baik
melainkan teks dalam imej yang ingin diterjemah telah diselarikan dengan tulisan “Align
text” (“Selarikan teks”) di dalam segi empat tepat berwarna hitam yang berada di tengah-
tengah paparan kamera tersebut
x. Kaedah “Write” lebih sesuai digunakan ketika telefon pintar pengguna dalam mode “Auto
rotate”. Hal ini demikian kerana, paparan putih atau tempat menulis tersebut akan lebih
lebar apabila mode tersebut diaktifkan
xi. Walaupun aplikasi tersebut mampu menterjemahkan 103 bahasa, fail terjemahan luar talian
nya hanya boleh dimuat turun dalam 60 bahasa sahaja (termasuklah bahasa Jerman dan
bahasa Jerman↔bahasa Arab)
xii. Kadah “Voice” tidak mampu mengecam suara yang kurang jelas dan tidak kuat. Pengguna
perlu mengucapkan frasa yang ingin diterjemahkan dengan teliti
86
11.0 RUMUSAN KAJIAN
Pengkaji merumuskan kajian ini dengan memberikan pandangannya tentang era Revolusi
Perindustrian ke-4 dan medium komunikasi pada masa hadapan yang berkait rapat dengan
teknologi Realiti Terimbuh.
Pengkaji berpendapat bahawa era IR 4.0 merupakan era yang paling tinggi teknologinya
terutamanya dari segi medium komunikasi yang digunakan oleh kebanyakan golongan masyarakat
dunia, khususnya telefon pintar. Telefon pintar merupakan komputer yang boleh dimuatkan ke
dalam tangan atau komputer mudah alih yang boleh dipasangkan (install) pelbagai jenis aplikasi
yang berbeza fungsi ke dalamnya. Telefon pintar merupakan sebuah medium komunikasi IR 4.0
yang sangat berbeza sifatnya berbanding dengan medium komunikasi yang digunakan semasa era
IR 1.0, 2.0 dan 3.0.
Walaupun medium komunikasi semasa era Revolusi Perindustrian yang lama digunakan
untuk komunikasi antara dua pihak atau lebih dan bersifat komersial, medium-medium komunikasi
seperti radio dan telegraf memakan masa yang lama bagi menyampaikan sesuatu mesej itu. IR 4.0
merupakan sebuah era yang menggunakan medium komunikasi yang bersifat komersial dan
pantas. Misalnya, mesej yang disampaikan oleh pengguna telefon pintar melalui media sosial akan
disebarkan dengan pantas kepada pengguna media sosial yang lain.
Selain itu, medium komunikasi pada era ini merapatkan jurang antara dunia realiti dan juga
dunia maya. Hal ini dapat dibuktikan dengan teknologi Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh
(AR). Teknologi VR menggantikan paparan dunia realiti dengan paparan dunia maya melalui
gogel, manakala teknologi AR menggabungkan kedua-dua paparan tersebut hanya tanpa
memerlukan pengguna memakai apa-apa gogel. Sebaliknya, kini, pengguna hanya memerlukan
sebuah telefon pintar bagi menggunakan teknologi ini. Kebanyakan aplikasi yang menyediakan
teknologi ini memerlukan telefon pintar yang telah pun dipasang (installed) aplikasi yang menjadi
pelantar (platform) bagi teknologi AR seperti ARCore bagi Android dan ARKit bagi iOS. Namun,
memandangkan teknologi ini masih baharu, maka, kebanyakan telefon pintar masih belum
disesuaikan lagi dengan pelantar tersebut.
87
Namun, pengguna amat beruntung kerana aplikasi Google Translate boleh dipasang ke
dalam peranti telefon pintar yang tidak dipasang (installed) dengan apa-apa pelantar AR. Ini
bermaksud apa-apa telefon pintar yang tidak terlalu lama boleh menggunakan aplikasi ini dan
boleh menggunakan kaedah penterjemahan “See” yang menggunakan teknologi AR tersebut.
Pengkaji telah memilih aplikasi tersebut bagi medium komunikasi pengantaraan komputer sebagai
bahan kajian disebabkan oleh faktor ini. Pengkaji berpendapat bahawa tindakan syarikat Google
memperoleh teknologi AR ini daripada aplikasi WordLens hasil kerjasama dengan syarikat Quest
Visual lalu menyediakannya secara percuma kepada pengguna merupakan tindakan yang bijak dan
mesra pengguna.
Akhir sekali, pengkaji yakin bahawa aplikasi ini mampu memecahkan rintangan bahasa
yang dihadapi pengguna dengan mudah. Walaupun terdapat beberapa kekurangan yang dimiliki
oleh aplikasi ini yang telah dinyatakan di atas, aplikasi ini mampu diperbaiki lagi pada masa
hadapan terutama sekali kualiti Kamera Google Translate yang menjalankan kaedah
penterjemahan “See”. Pengkaji berpendapat bahawa kaedah penterjemahan tersebut mampu
menarik minat ramai pengguna untuk mempelajari bahasa baharu atau sekurang-kurangnya
memahami serba sedikit maksud frasa yang diterjemahkan. Hal ini demikian kerana paparan
terjemahannya yang menarik dan interaktif. AR sememangnya sebuah teknologi yang perlu
diteroka lagi kerana pelbagai manfaat yang boleh diterima oleh masyarakat dalam sektor
pendidikan, hiburan, pekerjaan, pembinaan dan juga kesihatan.
88
12.0 BIBLIOGRAFI
Aplikasi. (n.d.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dimuat turun pada di 24 Disember 2018 di
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=aplikasi
Bahasa. (n.d.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dimuat turun pada di 25 Disember 2018 di
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bahasa&d=69812&#LIHATSINI
Businesstopia. (2018, Februari 15). Definition of Language Barriers. Dimuat turun pada 23
Disember 2018 di https://www.businesstopia.net/communication/language-
barriers
Computer Hope. (2019, Januari 5). Google. Dimuat turun pada 23 Disember 2018 di
https://www.computerhope.com/jargon/g/google.htm
Digi-Capital. (2018, Januari 26). Ubiquitous $90 billion AR to dominate focused $15 billion
VR by 2022. Dimuat turun pada 23 Disember 2018 di https://www.digi-
capital.com/news/2018/01/ubiquitous-90-billion-ar-to-dominate-focused-15-billion-vr-
by-2022/
Duignan, B. (n.d.). Inventors and Inventions of the Industrial Revolution. Dimuat turun pada
12 Jun 2018 di https://www.britannica.com/list/inventors-and-inventions-of-the-
industrial-revolution
Encyclopaedia Britannica. (2018, Oktober 9). Industrial Revolution. Dimuat turun pada
12 Jun 2018 di https://www.britannica.com/event/Industrial-Revolution
Etherington, D. (2014, Mei 16). Google Has Acquired Quest Visual, The Maker Of
Camera-Based Translation App Word Lens. Dimuat turun pada 25 Disember 2018 di
https://techcrunch.com/2014/05/16/google-has-acquired-quest-visual-the-maker-of-
camera-based-translation-app-word-lens/
Google Translate. Languages. Dimuat turun pada 25 Disember 2018 di
https://translate.google.com/intl/en/about/languages/
Haven OnDemand. (n.d.). OCR Document. Dimuat turun pada 25 Disember 2018 di
https://dev.havenondemand.com/apis/ocrdocument#overview
89
Hoffman, C. (2018, Mac 21). What Is an API? Dimuat turun pada 25 Disember 2018 di
https://www.howtogeek.com/343877/what-is-an-api/
Industrial revolution. (n.d.). Merriam-Webster. Dimuat turun pada 1 Disember 2018 di
https://www.merriam-webster.com/dictionary/industrial%20revolution
Jansen, M. (2017, Disember 16). Google kills augmented reality project Tango to focus on
ARCore. Dimuat turun pada 30 Oktober 2018 di
https://www.digitaltrends.com/mobile/google-tango-retired/
Komunikasi. (n.d.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dimuat turun pada di 25 Disember 2018 di
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=komunikasi
Peña, I. (2014, November 12). Industrial Revolution 3.0. Dimuat turun pada 8 Disember 2018 di
https://www.huffingtonpost.com/ignacio-peaa/industrial-revolution-
30_b_5806874.html
Penterjemahan. (n.d.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dimuat turun pada di 23
Disember 2018 di http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penterjemahan
Ray, M. (2017, Januari 30). Virtual Reality. Dimuat turun pada 25 Disember 2018 di
https://www.britannica.com/topic/Virtual-Reality-2080073#accordion-article-history
Realiti maya. (n.d.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dimuat turun pada 23 Disember 2018 di
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=realiti+maya&d=286464&#LIHATSINI
Rouse, M. (2011, Disember 22). DEFINITION mobile operating system. Dimuat turun pada
25 Disember 2018 di https://searchmobilecomputing.techtarget.com/definition/mobile-
operating-system
Schwab, K. (2018, Mei 25). The Fourth Industrial Revolution. Dimuat turun pada 22
Disember 2018 di https://www.britannica.com/topic/The-Fourth-Industrial-Revolution-
2119734
Sommelad, J. (2018, Jun 19). GOOGLE TRANSLATE: HOW DOES THE SEARCH
GIANT'S MULTILINGUAL INTERPRETER ACTUALLY WORK? Dimuat turun pada 25
Disember 2018 di https://www.independent.co.uk/life-style/gadgets-and-
90
tech/news/google-translate-how-work-foreign-languages-interpreter-app-search-engine-
a8406131.html
Starr, M. K., & Gupta S. K. (Eds.). (2017). The Routledge Companion to Production and
Operations Management. Dimuat turun pada 6 Disember 2018 di
https://books.google.com.my/books?id=L8eEDgAAQBAJ&pg=PT125&lpg=PT125&dq
=ir+1.0&source=bl&ots=JHF25UGn3t&sig=fqb9FmwOzUaAA00XKpzRtlqiB-
Y&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiR-
MTq44rfAhVLFHIKHXgBCtYQ6AEwDXoECAYQAQ#v=onepage&q&f=false
The Economist. (2012, April 21). The third industrial revolution. Dimuat turun pada 18
Disember 2018 di https://www.economist.com/leaders/2012/04/21/the-third-
industrial-revolution
Think Mobiles (2017, April 12). Augmented Reality development Companies in 2018. Dimuat
turun pada 19 Disember 2018 di https://thinkmobiles.com/blog/augmented-reality-
companies/
Think Mobiles (2017, April 12). Virtual Reality development companies in 2018. Dimuat turun
pada 19 Disember 2018 di https://thinkmobiles.com/blog/virtual-reality-companies/
Tsotsis, A. (2010, Disember 17). Word Lens Translates Words Inside of Images. Yes Really.
Dimuat turun pada 25 Disember 2018 di https://techcrunch.com/2010/12/16/world-
lens-translates-words-inside-of-images-yes-really/
Turovsky, B. (2016, April 28). Ten years of Google Translate. Dimuat turun pada 25
Disember 2018 di https://blog.google/products/translate/ten-years-of-google-translate/
LAMPIRAN
Lampiran A: 103 Bahasa yang Boleh Diterjemahkan oleh Google Translate
Lampiran B: Kaedah Penterjemahan Aplikasi Google Translate
Lampiran C: Dua Jenis Fitur Aplikasi Google Translate
Lampiran D: Fitur Bahasa Indonesia bagi Kaedah Penterjemahan
Lampiran E: Fitur Bahasa Melayu bagi Kaedah Penterjemahan