Upload
landosikasim
View
28
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Kemahiran Membaca
Citation preview
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
KEMAHIRAN MEMBACA
PENGENALAN
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan
menggunakan pelbagai teknik bacaan untuk menghayati teks yang dibaca.
Kemahiran membaca adalah kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh
seseorang individu. Kita mungkin tidak dapat bersama-sama dengan orang lain
sepanjang masa, oleh itu melalui bacaan kita dapat memahami mesej yang
disampaikan oleh orang lain melalui tulisan. Pengertian bacaan adalah luas iaitu tidak
hanya terhad kepada maksud membunyikan tulisan semata-mata. membaca secara
mentalis dengan memberi penekanan kepada memahami apa yang dibaca adalah
sangat penting.
Bagi seseorang pelajar, membaca merupakan kunci kejayaan akademiknya,
sumber kepada penambahan ilmu pengetahuan, dan kunci kepada keupayaan
menikmati hasil penulisan untuk mengisi masa lapangnya. Pengajaran kemahiran
membaca kepada kanak-kanak memerlukan kaedah dan teknik tertentu supaya mereka
dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik sama ada membaca secara
nyaring atau membaca secara mentalis. Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran
pula, mereka memerlukan kaedah dan teknik mengajar yang lebih khusus sesuai
keupayaan dan kebolehan mereka.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
1.0 MEMBACA
1.1 Definisi
Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan
kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan
membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan
rendah diri (Mercer, 1992).
Di dalam Kamus Dewan membaca dimaksudkan sebagai suatu perbuatan
memerhatikan sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan
makna kandungannya.
Justeru itu, membaca adalah kemahiran yang kompleks. Secara asasnya,
membaca mengandungi dua proses asas, iaitu ”nyah kod” (decode) dan pemahaman.
Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan
menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan.
Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang
ditulis dengan betul. Manakala proses pemahaman pula membolehkan seseorang
memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.
Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk
memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
Manakala Kennedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang
untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau
perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah
diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan
maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk
menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989)
telah merumuskan proses membaca seperti berikut:
1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat
diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui
wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau
mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.
2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman
selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya,
untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat
menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna
perkataan-perkataan yang dibacanya.
3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan
membayangkan apa yang dibaca.
4. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan
pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya.
5. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti
berikut:
a) mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.
b) mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
c) menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan
apa yang sedia ada di kepala.
d) mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga
menjadi sebuah idea yang kengkap.
e) mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
6. Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan
bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang
aktif.
Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat berkaitan dengan
proses membaca, dapatlah dimengertikan bahawa membaca adalah kemahiran yang
kompleks yang melibatkan beberapa kemahiran lain.
1.2 Proses Membaca
Daripada definisi-definisi yang dibincangkan di atas, ternyata bahawa membaca
terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori
(kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses kognitif. Setiap
proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan.
i. Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)
Deria atau pancaindera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk
diproses. Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah
penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua deria ini berhubung rapat antara
satu sama lain dalam proses membaca.
a) Deria penglihatan
Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke
otak untuk diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang
bermasalah penglihatan (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan
deria sentuhan.
b) Deria pendengaran
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya
membaca dengan baik. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang
diterima supaya ia dapat menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan
tepat. Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang mengalami masalah
pendengaran.
ii. Membaca sebagai proses pengamatan
Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas
panca indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung
rapat dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang
mengenal dengan tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-
bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan adalah seperti:
(1) mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan,
(2) “figure ground” iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak,
(3) ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar, dan
(4) turutan, iaitu seperti memahami giliran dan urutan.
iii. Membaca sebagai satu proses bahasa
Bacaan adalah sebahagian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu
yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis.
Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama
mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan yang mereka cipta.
iv. Membaca adalah satu proses kognitif
Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan
proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam,
mendiskriminasi dan memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan
mempengaruhi kemajuannya dalam membaca.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
1.3 TUJUAN KEMAHIRAN MEMBACA
Dalam kemahiran membaca, ada beberapa tujuan yang telah ditetapkan untuk
dicapai oleh murid-murid. Antaranya ialah tujuan serta-merta yang secara muktamad
yang berhasrat untuk membolehkan murid-murid membaca dan memaham. 'Boleh
membaca' bermaksud boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak. boleh
membaca dengan serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang amat panjang.
'Boleh membaca’ juga bererti murid-murid boleh membaca bersendirian tanpa
bergantung kepada pertolongan dan bantuan guru.
Ini bermakna pendiriannya baik, kemas dan kukuh. ‘Boleh memahami' pula
bererti boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca. Ia juga
bererti murid-murid boleh memberi fikirannya sendiri, boleh menggunakan
perkataannya sendiri untuk menyatakan apa yang dibacanya. Dan jikalau pimpinan
gurunya baik, murid-murid akan boleh pula menilai dan menimbang hasil bacaannya
itu.
Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan lain seperti yang pertama
untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan bunyi sebutan dan rentak irama
(intonasi) yang betul. Kedua, untuk membolehkan kanak-kanak membaca mentalis
tanpa merasa sebarang gangguan. Tujuan yang ketiga pula ialah untuk mewujudkan
sikap suka dan mahu membaca terus-menerus dan mencari pengertian daripada yang
dibaca. Dan yang keempat iaitu tujuan yang terakhir ialah untuk menimbulkan minat
mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang dan menambah
pengetahuan.
Selain daripada tujuan serta-merta, tujuan berikutnya yang ingin dicapai semasa
menjalankan aktiviti kemahiran membaca ialah tujuan lanjut. Setelah tujuan serta-merta
dapat disempurnakan maka murid yang keluar dari bangku sekolah akan mempunyai
satu alat yang membolehkan mereka mengutip pelbagai pengetahuan dan mendapat-
kan pelbagai buah fikiran daripada buku-buku untuk dijadikan panduan hidup mereka.
Dengan kebolehannya membaca itu murid akan dapat membetulkan fahaman-
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
fahamannya yang salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk
menyelesaikan masalah-masalah hidupnya sendiri. Murid seharusnya boleh berfikir dan
melahirkan fikirannya dengan cara yang teratur. Apabila dia boleh membaca maka
dapatlah dia menambah satu lagi alat perhubungannya iaitu membolehkannya
merapatkan dirinya dengan orang-orang lain yang ada di sekelilingnya. Secara yang
lebih tegas, tujuan lanjut bermatlamatkan:
a) Sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari
sekolah. Satu daripada cara untuk menyambung pelajaran ialah dengan
banyak membaca.
b) Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani
perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain,
c) Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan
bahan-bahan perbandingan dengan orang lain.
d) Latihan untuk rnelahirkan fikiran dengan baik dan teratur.
e) Merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk mengikuti
perkembangan alam dan manusia.
1.4 JENIS-JENIS BACAAN
Ada beberapa cara membaca yang sering dijalankan di sekolah-sekolah iaitu:
1. Bacaan Mekanis
2. Bacaan Mentalis
3. Bacaan Intensif
4. Bacaan Ekstensif
1.4.1 Bacaan Mekanis
Bacaan mekanis adalah bacaan yang menyuarakan tulisan dengan sebutan
yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul
dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan mekanis biasanya dilaksanakan di
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya ialah untuk latihan
teknik supaya kanak-kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan,
gaya, dan rentak irama yang sempurna.
Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan iaitu:
1. Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
2. Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
3. Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula
berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
4. Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata-mata pelajaran yang lain.
5. Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan
membaca mekanis.
Cara melaksanakan bacaan mekanis:
1. Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai
dengan kebolehan dan umur murid-murid.
2. Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan
rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-
perkataan itu.
3. Guru membaca sebagai contoh dan menyemak bacaan guru.
4. Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau
kumpulan.
5. Guru memandu murid-murid membaca secara bergilir-gilir.
6. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isi
bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan
bertulis.
1.4.2 Bacaan Mentalis
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Bacaan mentalis atau bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan dalam hati
atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan
bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang
dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagai-
nya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah
murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.
Tujuan bacaan mentalis dijalankan ialah:
1. Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.
2. Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang
dibacanya.
3. Untuk melatih murid-murid membaca mentalis dengan pantas.
4. Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk mendapatkan
pengetahuan.
5. Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.
Cara melaksanakan bacaan mentalis:
1. Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.
2. Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan- bahan
yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.
3. Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan
guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah.
4. Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkaikata yang
susah.
5. Tentukan bahan bacaan yang hendak dibaca dan murid-murid sendiri. Guru
menghadkan masa murid-murid membaca dan memahamkan isi bacaan.
6. Guru kemudian menjalankan pula latihan kefahaman dengan mengemukakan
soalan-soalan. la boleh juga dijalan kan dengan cara menceritakan semula apa
yang telah di baca atau dibuat dalam bentuk ujian objektif dan subjektif.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
7. Guru hendaklah membantu membetulkan kesalahan-kesalahan yang
mengemukakan isi bacaan.
1.4.3 Bacaan Intensif
Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan
dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan
mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi
yang .berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran
bahasa murid; memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang
perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal
bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.
1.4.4 Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan
ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan
meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan
pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan
di luar kelas. Bahan bacaan perlu sesuai dengan murid. Bahan yang berbeza dan murid
mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur dengan bacaannya.
2.0 PERINGKAT-PERINGKAT MENGAJAR BACAAN
Kemahiran membaca tidak muncul dengan sendirinya dalam diri seseorang
murid. Terlebih dahulu guru perlu memberi pendedahkan kepada mereka beberapa
peringkat mengajar bacaan sebagai persediaan ke arah mencapai kemahiran tersebut.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Ada lima peringkat mengajar bacaan yang harus diketahui oleh guru-guru. Peringkat–
peringkat tersebut ialah:
2.1 Peringkat Menyediakan Murid
Peringkat ini merupakan peringkat perkembangan menyediakan seseorang
kanak-kanak itu untuk membaca. Guru-guru seharusnya menyiasat terlebih dahulu
akan sifat kesediaan murid-murid mereka sebelum memulakan pelajarannya. Pada
peringkat menyediakan murid ini, guru terpaksalah memberikan perhatian kepada
beberapa perkara yang dikira penting seperti perasaan, bahasa dan latar belakang
murid-murid serta pengalamannya berhubung dengan buku-buku, gambar-gambar dan
huruf-huruf tulisan.
Murid-murid yang baharu masuk sekolah akan mengalami perubahan alam
keliling. Mereka mulai berasa bimbang kerana berpisah dengan ibu bapa atau
penjaganya dan tinggal di tempat dan kawalan yang berlainan daripada rumah mereka.
Ketika itu mereka bercampur gaul dengan kawan-kawan sebaya yang kebanyakannya
belum mereka kenali. Jadi, guru mestilah bertimbang rasa dan memahami kesulitan
dan perasaan mereka. Dalam minggu pertama itu guru-guru sepatutnya cuba sedaya
upaya mencari langkah-langkah yang baik bagi menawan hati murid-murid hingga
tertanam perasaan kasih kepadanya, menaruh kepercayaan kepada kata-katanya dan
tidak menganggapnya sebagai orang asing.
Kesukaran setengah-setengah guru mengajar kemahiran membaca adalah
kerana tidak mengetahui tentang kebolehan dan keberanian murid-murid bertutur dan
berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran masing-masing dalam bahasa ibundanya.
Soal bahasa ini penting kerana bacaan ialah menyuarakan lambang-lambang bahasa
itu. Sekiranya bahasa murid-murid itu belum, lengkap, pertuturannya belum kemas, dan
sebutan serta fahamannya belum sempurna, akibatnya kelak menyusahkannya
membaca dan menulis. Oleh itu, guru sepatutnya terlebih dahulu menjalankan ujian
bahasa ke atas murid-murid itu khasnya tentang bahasa yang akan digunakan dalam
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
pelajaran bacaan. Sekiranya perbendaharaan kata yang dikehendaki itu belum ada,
eloklah diajarkan melalui pelajaran lisan, cerita, dan sebagainya.
Peringkat kesediaan ini mempunyai beberapa tujuan seperti yang dinyatakan di
bawah:
1. Supaya dapat menimbulkan kemahuan dan keinginan kanak-kanak untuk
meluaskan lagi pengalamannya yang telah sedia ada.
2. Melatih kanak-kanak supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba
mengecamnya.
3. Untuk memberi peluang kanak-kanak merapatkan dirinya dengan guru. Ini boleh
menimbulkan keyakinan mereka.
4. Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca.
Untuk mencapai tujuan ini beberapa langkah bolehlah dijalankan. Di antaranya
ialah dengan memperbanyakkan aktiviti bermain dengan kanak-kanak. Misalnya
berbual-bual, bersoaljawab dengan cara yang tidak formal. Mulakan pelajaran ringan
seperti menyanyi, berlakon bercerita dan sebagainya yang menarik hati.
Bina asas bahasa kanak-kanak melalui pertuturan dengan memberi galakan dan
pimpinan yang sepatutnya supaya kanak-kanak mahu bertutur. Perbendaharaan kata
yang difikirkan perlu hendaklah ditambah dari semasa ke semasa dengan cara tidak
langsung. Banyak perkara yang perlu diperhatikan untuk menentukan sama ada kanak-
kanak itu telah sedia untuk membaca atau tidak.
Tinjauan itu boleh dilakukan dengan melihat kepada persoalan-persoalan berikut
iaitu adakah kanak-kanak itu faham atau dapat mengikut percakapan orang lain
terutama gurunya? Dapatkah dia melahirkan perasaan dan fikirannya? Dapatkah dia
melihat dengan baik? Kenalkah dia bentuk-bentuk seperti garisan, bulatan dan lain-
lain? Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta
membezakannya? Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan
sebagainya? Bagaimana dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar dengan baik?
Sudahkah dia ada kemahuan untuk belajar membaca, seperti teringin melihat gambar,
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
mahu bertanya dan sebagainya? Bagaimana dengan latar belakang keluarganya?
Seperti keadaan rumahtangga, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
2.2 Peringkat Prabacaan
Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan
meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan,
aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa
pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga
membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh
mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .
Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan
dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan
lagi kemahiran tersebut.
Prabacaan bererti satu permulaan dalam aktiviti membaca. Dalam soal
mendirikan asas bacaan rumi bahasa Melayu perkara-perkara seperti pemilihan ayat,
rangkai kata, perkataan, huruf-huruf dan suku kata berkehendakkan kajian yang
mendalam dan teliti daripada pihak guru supaya pelajaran yang disampaikan itu tidak
membosankan murid-murid. Hal-hal di atas ini berhubung rapat dengan alatan
mengajar dan buku-buku bacaan yang sesuai. Selain daripada papan tulis dan kapur
putih, guru juga mestilah menyediakan kapur berwarna, papan magnet, kad-kad
imbasan yang telah sedia bertulis, kad-kad perkataan suku kata dan ayat berwarna
untuk menarik hati dan mereka.
Pada peringkat ini menekankan beberapa perkara penting. Segala bahan yang
hendak diajarkan hendaklah dipilih kawal dan disusun dengan baik. Ajarkanlah
perkataan-perkataan dan rangkai kata, ayat yang senang dan sesuai sahaja dahulu.
Alat-alat mengajar hendaklah lengkap untuk menimbulkan minat kanak-kanak. Isi
pelajaran hendaklah berkait rapat dengan pengalaman dan sesuai pula dengan
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
perkembangan jiwa kanak-kanak. Gunakanlah gambar atau warna-warna yang menarik
hati untuk memberi dorongan.
Guru hendaklah selalu memberi galakan dan bimbingan supaya tidak
membunuh semangat kanak-kanak untuk terus belajar membaca. Fikirkan kaedah dan
teknik mengajar yang sesuai dan berkesan.
2.3 Peringkat Melatih Membaca dan Memaham
Bahan atau isi bacaan hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan
kecenderungan kanak-kanak. Guru janganlah hanya mementingkan sebutan suara dan
kelancaran sahaja tetapi harus juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang mudah
untuk kefahaman. Jadi kita tidak boleh pisahkan pelajaran bacaan dengan pelajaran
bahasa Melayu pada keseluruhannya. Dalam hal ini, bacaan mentalis hendaklah juga
digalakkan supaya murid-murid dapat melatih diri sendiri untuk menangkap maksud isi
pelajaran yang dibaca.
Sebagaimana yang telah ditegaskan, tiada gunanya kanak-kanak membaca
kalau mereka tidak faham apa yang dibaca. Oleh itu, guru hendaklah memberi
perhatian kepada perkara-perkara berikut seperti memulakan aktiviti membaca setelah
kanak-kanak dapat membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengecam perkataan, suku
kata dan huruf. Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman
kanak-kanak selepas membaca. Kemudian, berilah kanak-kanak peluang membaca
dan memaham di dalam lain-lain mata pelajaran seperti kajian tempatan, sains dan
sebagainya.
Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsip yang betul.
Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran
membaca.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
2.4 Peringkat Membaca untuk Hiburan dan Mencari Pengetahuan
Kanak-kanak yang mahir membaca akan terdorong hatinya untuk menggunakan
kemahiran membacanya itu untuk menghiburkankan hatinya. Oleh yang demikian
tersangatlah mustahak pada peringkat ini diisediakan pelbagai buku cerita untuk
menyempurnakan kehendak ini. Buku-buku yang biasanya digemari oleh kanak-kanak
ialah buku buku yang mengandungi cerita-cerita dongeng cerita-cerita bergambar,
cerita-cerita binatang, cerita-cerita jenaka, pengembaraan, cerita-cerita rekaan dan
sebagainya. Buku-buku cerita itu seharusnya tidaklah terlalu panjang atau susah
hendak difahami. Kanak-kanak kurang tertarik dengan buku-buku yang bahasanya
terlalu tinggi dan susah dibaca.
Untuk mendapatkan pengetahuan pula, sekolah harus memperbanyakkan lagi
buku-buku yang seperti itu dan pemilihannya harus bersesuaian dengan minat dan
umur murid. Amatlah mustahak perkara-perkara ini dipertimbangkan kerana pemilihan
yang tepat akan menggalakkan minat murid untuk terus membaca.
2.5 Peringkat Membina Sikap Gemar Membaca
Sikap suka belajar patut ada pada murid-murid yang baharu datang ke sekolah
tetapi penyuburan sikap itu adalah bergantung kepada pengajaran guru. Sikap ini
bukanlah dipelihara semasa murid-murid baharu belajar membaca tetapi sebenarnya
berjalan sepanjang masa, sama dengan peringkat-peringkat yang lain juga. Bahan-
bahan pelajaran yang baik dan disusun dengan cermat, teknik mengajar yang baik,
kaedah yang menarik adalah di antara rahsia bagi menerapkan sikap ini. Oleh itu,
adalah mustahak guru-guru berhati-hati memilih bahan-bahan pelajarannya, buku-buku
bacaannya, kaedah mengajarnya dan lain-lain supaya terbina dan terperihara sikap
'sentiasa gemar membaca' itu.
Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui
pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran,
meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang
diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-
kanak kemahiran membaca. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik.
Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan bagi mengetahui
dan memantau pencapaian murid dalam bacaan.
3.0 PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN
Justeru untuk mencapai kemahiran bacaan, pengajaran bacaan perlu diajar
menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalam
pembacaan. Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya
supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Dalam
konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi
pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil
pembelajaran kemahiran membaca. Beberapa pendekatan dan kaedah yang disyorkan
seperti berikut boleh dijadikan panduan untuk melaksanakan pengajaran kemahiran
membaca.
3.1 Pendekatan Membina
Pendekatan Membina ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau
membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi
satu benda yang besar iaitu bermula dari huruf kemudian kepada suku kata, perkataan,
rangkai kata dan yang terakhir membina ayat. Misalnya dalam langkah mengajarkan
ayat 'Nina ada baju merah'. Langkah dimulakan dengan:
1. perkenalkan huruf - a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
2. perkenalkan suku kata - ba, ni, na, ju, rah, me, da
3. perkenalkan perkataan - baju, Nina, ada, merah
4. perkenalkan rangkai kata - baju merah, Nina ada
5. perkenalkan ayat - Nina ada baju merah.
Pada keseluruhannya, pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
3.2 Pendekatan Cerakinan
Pendekatan ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan
cara sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan
perkataan lain mencerai-beraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-
bahagian yang kecil. Pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat
itu dicerakinkan kepada perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku
kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-
huruf yang tiada makna (abstrak) dengan ayat yang bermakna. Misalnya dalam
mengajarkan ayat 'Nina ada baju baru', langkah yang dilakukan adalah seperti berikut:
1. Perkenalkan ayat - Nina ada baju baru.
2. Perkenalkan rangkai kata - Nina ada, baju baru.
3. Perkenalkan perkataan - Nina, ada, baju, baru
4. Perkenalkan suku kata - ni, na, da, ba, ju, ru, a
5. Perkenalkan huruf - n, i, a, d, j, r, u
Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai
kata, kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut.
3.3 Pendekatan Eklektik
Pendekatan Eklektik muncul untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang
terdapat di dalam pendekatan sintesis dan analisis kerana kedua-dua pendekatan tadi
dianggap oleh guru-guru yang berpengalaman masih juga tidak membawa kepada hasil
yang baik dan memuaskan. Proses pelaksanaan pengajaran menggunakan
pendekatan ini:
1. Cara eklektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan pendekatan
campuran iaitu mengajar bacaan dengan menggunakan pendekatan membina dan
pendekatan cerakinan.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
2. Pendekatan membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah
suku kata.
3. Pendekatan cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai
kata dan kaedah ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar.
Kelebihan pendekatan ini ialah ianya mengikut prinsip psikologi membaca,
kehendak dan kebolehan serta situasi murid-murid dalam pelajaran bacaan. Guru
dapat menggunakan kaedah yang difikirkan paling sesuai sama ada pendekatan
membina atau pun pendekatan cerakin mengikut peringkat kesediaan dan kebolehan
murid-murid. Selain itu ia dapat menyatupadukan beberapa pendekatan yang sesuai
dengan fonem bahasa Malaysia. Paling utama ia merupakan gabungan pendekatan
lama dengan yang baru. Oleh yang demikian, sebarang konflik pendapat tentang
pengajaran bacaan dapat dielakkan.
Tujuan kaedah ini ialah untuk membolehkan murid-murid membaca ayat-ayat
yang pendek, mengenal huruf, suku kata dan memahami isinya. Dari segi bentuk huruf,
diingatkan kepada guru supaya jangan mengajar nama huruf vokal dan konsonan itu
dahulu. Huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja. Misalnya;
a – ayam p – payung i – ikan
Untuk menerangkan pengetahuan tentang bentuk bahasa, suku kata diajar
menerusi perkataan. Misalnya;
i. ba – bakul, bawang, barang,
ii. menggunakan warna; a (merah) i (hijau), u (biro), u
(ungu), e (kuning), dan o (coklat).
iii. menggunakan gambar.
Alat mengajar yang digunakan ialah seperti kad imbasan, kad ayat, kad
perkataan, kad rangkai kata, kad suku kata dan sebagainya. Huruf-huruf harus terang
dan jelas sehingga dapat dilihat oleh semua murid.
3.4 Pendekatan Komunikatif
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi.
Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa
digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan komunikasi dalam
kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan
situasi di mana murid boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu
kepada penguasaan struktur bahasa sahaja. Murid perlu berinteraksi dalam bentuk
kerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi
mewujudkan hubungan interpersonal yang positif. Antara aktiviti bacaan menggunakan
pendekatan komunikatif ialah bercerita, teater pembaca, laporan, ulasan buku dan
choral speaking.
Prinsip pendekatan komunikatif:
(a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;
(b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana;
(c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar,
(d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi.
3.5 Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)
Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau
pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah
memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya
murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang
sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan.
dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu lateral,
interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat, murid-murid perlu
mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka
menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid-
murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah,
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk
mengecam tulisan yang dibacanya.
Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras,
susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut.
Pada peringkat interpretasi dan inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid
sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis.
Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan
suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai
pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka
memahami teks yang membincangkan soal pelancongan.
Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam
pembelajaran kemahiran bacaan. Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;
(a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu
mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada
pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain;
(b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai
dengan pengetahuan sedia ada mereka;
(c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan
sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep;
(d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu
dijalankan sebelum aktiviti membaca; dan
(e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bahan bacaan dalam pengajaran
pembelajaran membaca.
3.6 Pendekatan Berformatkan KBSR
Ada empat pendekatan yang dicadangkan untuk dilaksanakan dalam pengajaran
bacaan mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu, Pendekatan A, Pendekatan B,
Pendekatan C dan Pendekatan D.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
3.6.1 Pendekatan A
Pendekatan ini adalah kaedah campuran yang memberatkan bentuk cerakinan.
Dalam pendekatan ini kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada peringkat awal.
Dalam pengenalan huruf-huruf, penekanan adalah kepada bunyi huruf itu. Pengenalan
kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyinya
dikuasai.
Pendekatan ini menekankan kepada kaedah pandang dan sebut dan dibantu
oleh kaedah sokongan seperti kaedah suku kata dan kaedah huruf atau bunyi.
Tatacara pendekatan ini diperlihatkan seperti berikut:
Pendekatan A boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:
1. Tunjukkan gambar : Gambar baju
2. Tunjukkan kad perkataan : baju
3. Tunjukkan kad suku kata : ba ju
4. Gandingkan kad suku kata : ba ju
5. Bunyi huruf : b (beh), a (a), j (jeh), u (u)
6. Bunyi suku kata : ba ba
ju ju
7. Membaca perkataan : baju
Kaedah pandang dan sebut(ayat /perkataan)
Kaedah suku kata
Kaedah huruf/bunyi(bunyi huruf)
Kaedah sokongan
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
3.6.2 Pendekatan B
Pendekatan B berasaskan kepada kaedah fonik (bunyi), digabungkan dengan
kaedah suku kata serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut. Penggabungan
kaedah-kaedah ini adalah untuk menjelaskan makna perkataan yang dipelajari dan
memperlihatkan susunan bunyi dalam perkataan yang bermakna. Ia sesuai untuk
bentuk binaan dan cerakinan.
Pada peringkat permulaan, dua bunyi huruf diperkenalkan kepada murid-murid,
iaitu huruf /m/ dan huruf /s/. Tujuannya adalah untuk menarik minat murid-murid dan
memahamkan konsep bunyi huruf. Kedua-dua lambang bunyi ini dianggap mudah
disebut oleh murid-murid dan dapat pula mengaitkan bunyi huruf dengan bentuk huruf.
Pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:
1. Perkenalkan hurul fonik : k
2. Sebut bunyi huruf : k k k k
3. Gabungkan bunyi konsonan dengan
bunyi vokal untuk membentuk suku
kata : ka ka ka
4. Suku kata tertutup : kak kak kak
5. Gabungkan suku kata menjadi
perkataan : ka…kak
6. Membaca perkataan : kakak
7. Membaca ayat : Ini kakak.
3.6.3 Pendekatan C
Pendekatan C biasanya disebut sebagai Pendekatan bunyi kata. Ia berdasarkan
perkara-perkara berikut:
1. Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik.
2. Suku katanya adalah jelas dan mudah.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
3. Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan telah pun
diketahui maknanya oleh kebanyakan murid.
Pendekatan ini mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan dengan bunyi
beberapa huruf vokal dan konsonan dan kemudian terus membunyikan suku kata dan
perkataan-perkataan yang bermakna. Pendekatan C boleh dilaksanakan mengikut
langkah-langkah berikut:
1. Perkenalkan bunyi huruf vokal : a, i, u
2. Perkenalkan bunyi huruf konsonan : k
3. Menggabungkan bunyi konsonan dan vokal : ka, ki, ku
4. Mencantumkan suku kata menjadi perkataan : ka + ki = kaki
ku + ku = kuku
5. Membaca ayat : Kaki ku.
Kuku kaki.
Kuku kakiku.
3.6.4 Pendekatan D
Pendekatan ini berdasarkan prinsip sintesis atau membina, iaitu menyusun
bahagian-bahagian kecil menjadi besar. Kaedah-kaedah yang terkandung dalam
pendekatan ini adalah kaedah abjad atau kaedah mengeja, kaedah bunyi huruf dan
kaedah suku kata.
Pendekatan D boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:
1. Tunjukkan gambar
2. Namakan huruf tunggal : b a j u
3. Perkenalkan kad suku kata : ba ju
4. Perkenalkan kad perkataan : baju
5. Membaca ayat : Itu baju.
Ini baju.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
4.0 KAEDAH MENGAJAR BACAAN
Selain dari pendekatan-pendekatan yang telah dinyatakan di atas tadi,
pengajaran kemahiran bacaan haruslah disesuaikan juga dengan pelbagai kaedah
sepertimana yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran
kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu.
Guru boleh menggunakan beberapa kaedah yang sesuai bergantung kepada
kebolehan dan penerimaan seseorang murid itu. Antara kaedah yang sering
digunapakai ialah seperti:
4.1 Kaedah Bunyi:
Dalam kaedah ini murid diajar:
1. membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain,
misalnya ba, tang, = batang.
2. Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan
akhirnya perkataan. Misalnya, b (beh), a (ah) = ba t (teh), u (uh) = tu ba + tu =
batu.
Kebaikan menggunakan kaedah ini ialah ia sesuai dengan susuk bahasa Melayu
kerana bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap
bunyinya. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan
baharu walaupun perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka.
Keburukannya pula ialah bacaan murid-murid tidak lancar. Ini disebabkan
perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu. Cara ini
tidak menarik hati dan murid akan cepat hilang tumpuan kerana suku-suku kata yang
diajar itu tidak mempunyai makna yang nyata pada mereka
4.2 Kaedah Abjad:
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Kaedah ini yang tertua dijalankan dari semenjak kerajaan Greek dan Rom.
Kaedah ini mementingkan murid mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf.
Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku
kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu
bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan
juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu
melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf 'a' hingga 'z' mengikut susunan.
Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang
terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul
Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum
huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985)
pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak.
Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada
nama dan membunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang
terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang
diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf
vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara
berturutan. Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan
diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu
suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata. Kaedah ini dimulakan dengan:
Langkah-langkah yang biasa ditunjukkan semasa mengajar membaca
menggunakan kaedah ini ialah seperti berikut:
1. Mengenal nama-nama huruf - a, b, c, d sehingga z, vokal dan konsonan.
2. Di dalam bahasa Melayu yang dibunyikan ialah:
vokal — a, e, i, o, u
vokal dan konsonan — ba, be, bi, bo, bu
diftong — ai, au, oi.
3. Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya, ba +
tu = batu, a + ku = aku dan sebagainya.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
4. Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.
Kebaikan-kebaikan menggunakan kaedah ini ialah murid-murid akan mahir
mengeja. Ini disebabkan mereka dilatih mengeja tiap-tiap perkataan yang dibacanya.
Kaedah ini memudahkan guru menjalankan kerja-kerjanya. Selain itu, peralatan bantu
mengajar yang banyak.
Namun begitu, terdapat juga beberapa kekurangan jika guru terus-menerus
menggunakan kaedah ini tanpa diselang-selikan dengan kaedah yang lain. Murid-murid
tidak lancar membaca kerana sibuk mengeja dan tumpuan mereka kepada huruf
semata-mata. Didapati murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional
tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan
kelancaran membaca. Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini
menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang
dibaca. Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi
murid-murid kerana pengajaran tidak secara tidak secara menyeluruh dan bermakna.
Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang
berlebihan.
Di samping itu, kelemahan kaedah ini ialah ia tidak membangkitkan perasaan
gemar membaca disebabkan sifatnya bertentangan dengan pendapat psikologi iaitu
cara kanak-kanak menguasai sesuatu ialah daripada keseluruhannya membawa
kepada bahagian-bahagiannya. Dan kadang-kadang ia boleh mengelirukan kanak-
kanak kerana nama huruf-huruf yang disebut tidak menepati bunyi huruf-huruf itu
4.3 Kaedah Pandang Sebut:
Kaedah ini mementingkan dua perkara iaitu, membunyikan perkataan atau
rangkai kata berdasarkan pengalaman dan membunyikan ayat melalui gambar yang
ada cerita. Kaedah ini dilaksanakan dengan:
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
1. mengecam dan mengenal perkataan dengan melihat keseluruhanperkataan
tersebut. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja. Tetapi terus
disebut perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang
disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar.
2. Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-ayat
yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang
terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, murid diminta terus membaca.
3. Pengulangan dan latih tubi perlu diperbanyakkan.
4. Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata
dan kaedah ayat.
5. Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan Jawi
terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja.
Kelebihan-kelebihan kaedah ini ialah ianya dianggap dapat menarik minat dan
sesuai dengan kehendak psikologi dan fitrah kanak-kanak kerana mereka lebih mudah
mempelajari sesuatu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya. Kaedah ini
juga mementingkan makna sejak mula ia dilaksanakan. Sehubungan itu, kanak-kanak
dari mula sudah mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka. Guru
dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun
alunan suara yang betul dari mulanya.
Dari aspek kelemahan pula, bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada
perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja. Kaedah ini tidak
membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal mengakibatkan mereka
lambat mengenal bunyi dan suku kata. Kesannya, murid-murid tidak mempunyai asas
yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri. Ini mengakibatkan mereka
lambat mencapai kemahiran dan kecekapan membaca.
Secara keseluruhannya, setiap pendekatan dan kaedah bacaan mempunyai
kelebihan dan kekurangannya. Tidak dapat dipastikan dan ditentukan secara objektif
bahawa sesuatu pendekatan atau kaedah bacaan itu adalah lebih baik daripada
pendekatan dan kaedah bacaan yang lain. Ini kerana keupayaan seseorang murid dari
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
segi penerimaan dalam pembelajarannya adalah berbeza-beza di antara satu sama
lain, maka sudah tentu pendekatan dan kaedah yang digunakan juga haruslah
berlainan. Guru tidak harus terikat dengan satu cara sahaja yang bersifat “stereotype”
setiap kali mengajar kemahiran bacaan.
5.0 TEKNIK BACAAN
Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca,
mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka
bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan
jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka
juga harus boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai
maksud ini, teknik bacaan intensif, ekstensif, skimming dan scanning hendaklah
diajarkan kepada murid-murid.
5.1 Bacaan Intensif
Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan
dilakukan secara saksama. la melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu
bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk
mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks
bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu bacaan yang dipilih
secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang
dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah
bahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca
kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa,
aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan.
5.1.1 Konsep-Konsep Bacaan Intensif
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha
melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru.
Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai
struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan
perbendaharaan kata. Bacaan intensif dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri
tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dari pengertian menurut kamus yang ditemui
oleh pelajar dalam bacaannya.
la juga mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa, dalam
pertuturan dan tulisan. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting,
5.1.2 Tujuan Bacaan Intensif
Bacaan intensif bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan
baik. Betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda
bacaan dengan baik.
Diharap melalui cara bacaan ini juga dapat mengembangkan kebolehan murid
dari segi mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata
dalam ayat dan pengertian dalam kamus. Tujuan yang berikutnya ialah diharap murid
dapat membaca secara mentalis dengan kepantasan yang sewajamya.
Tujuan yang seterusnya ialah membolehkan murid menilai atau mengulas isi-isi
yang diperolehi daripada bahan-bahan yang telah dibacanya dan mengesan,
memaham serta menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.
Dengan membaca secara intensif, murid dapat mengenalpasti laras bahasa
yang berbagai-bagai. Kemudian, membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa
yang dibaca dan sebagainya.
5.1.3 Cara Melaksanakan Bacaan Intensif
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Bahan-bahan bacaan intensif itu bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-
pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk
latihan-latihan menulis. Pelajar-pelajar harus dibenarkan menggunakan kamus atau
sebuah buku teks rumusan tatabahasa. Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap
hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari
kedua 'latihan perkamusan', hari ketiga 'latihan meneka maksud mengikut konteks', hari
keempat `membaca dengan laju' dan sebagainya.
Soalan-soalan untuk bahan bacaan intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk
objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.
Segala kajian harus dibuat secara mendalam.
5.2 Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti
membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitikberatkan
aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham, menaakul dan
memetik isi-isi penting. Oleh kerana ia adalah aktiviti yang dilakukan di luar kelas, maka
murid-murid berpeluang menambah ilmu pengetahuan yang dapat mengukuhkan lagi
pengetahuan sedia ada yang diterima semasa belajar di sekolah.
5.2.1 Konsep-Konsep Bacaan Ekstensif
Seperti yang dinyatakan sejak awal lagi, bacaan ekstensif merupakan satu
kegiatan pelajar-pelajar di luar kelas tanpa adanya pengawasan daripada guru. Bahan
bacaan yang dibaca haruslah bersifat luas atau pun am. Bahan bacaan bukan sahaja
sesuai dari segi perbendaharaan katanya tetapi juga sesuai dengan minat, umur,
jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita seseorang pelajar itu. Bahan-bahan bacaan
ekstensif harus daripada bahan-bahan yang berbeza. Membaca ekstensif biasanya
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
melibatkan perkara-perkara seperti membaca tinjauan, membaca sekilas dan membaca
dangkal.
Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca
akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti
indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar,
kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan
tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.
Membaca sekilas pula adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan
pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi
mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam
membaca kilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi
bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga,
untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan.
Manakala membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal
yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca.
Membaca cara begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan
membaca karya-karya ilmiah.
Oleh yang demikian, bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan
aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan
aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi
bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat
membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar
akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu
pengetahuan.
5.2.2 Tujuan Bacaan Ekstensif
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Ada beberapa tujuan bacaan ekstensif. Antara tujuan-tujuan tersebut ialah:
1. Supaya pelajar-pelajar boleh membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan
secara langsung daripada orang lain.
2. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa yang
mereka pelajari.
3. Untuk membolehkan mereka mendapat pengetahuan di samping dapat pula
menghiburkan hati.
4. Memperkayakan bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain- lain.
5. Memberi peluang kepada para pelajar terutamanya mereka yang cerdas untuk
meluaskan bacaannya dan membina daya kreativitinya.
6. Untuk menambahkan minat membaca dan juga membina daya berfikir serta
membentuk sikap yang baik di kalangan pelajar-pelajar.
7. Untuk mempertingkatkan mutu, dan kepantasan membaca.
8. Untuk memperluaskan dan mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa.
9. Membentuk tabiat gemar membaca dan mendapatkan kebiasaan membuat
rujukan dan menggunakan perpustakaan.
10. Untuk mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa.
11. Untuk memperkembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa, baik dalam
bentuk prosa atau puisi.
5.2.3 Teknik Pengajaran Bacaan Ekstensif
Oleh kerana pelajar membaca tanpa bimbingan guru sepanjang masa, peranan
pengajar hanyalah sebagai perunding atau pembantu apabila dikehendaki. Pengajar
harus mengesyorkan kepada pelajar-pelajar supaya memilih bahan bacaan yang
sesuai. Pengajar perlu juga melatih mereka mengikut teknik yang berikut:
1. Mengkaji kandungan bahan: Pelajar kaji dahulu secara umum seluruh kandungan
bahan. Cuba dapatkan tema atau persoalan pokok bahan itu.
2. Buat soalan: Buat sendiri soalan-soalan berdasarkan bahan
yang dikajinya. Ini akan membantunya membaca dengan lebih mendalam.
3. Baca: Lepas itu baca selaju yang boleh.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
4. Menerangkan: Di akhir setiap bahagian, pelajar buat kesimpulan dengan
menerangkan pada dirinya sendiri isi-isi penting, dengan tujuan untuk menyatukan
semua maklumat yang dibacanya itu.
5. Mengkaji semula: Setelah selesai tugasan membaca, pelajar-pelajar perlu
mengkaji semula seluruh bahan bacaan ekstensifnya supaya dia dia dapat
mempastikan dia tidak tertinggal apa-apa dalam menyatukan semua isi tadi.
6. SQ3R: Teknik SQ3R memerlukan pelajar-pelajar mengikut langkah-langkah
berikut:
(a) Mengkaji kandungan bahan-bahan yang dibaca terlebih dahulu bagi
mendapatkan idea keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung
di dalam bahan bacaan tersebut.
(b) Menyediakan soalan-soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka
baca. Selepas membaca mereka harus dapat menjawab soalan-soalan
yang telah disediakan.
(c) Murid haruslah membaca berdasarkan haluan iaitu mengikut turutan
soalan-soalan yang telah ditentukan.
(d) Selepas membaca murid-murid harus boleh membuat kesimpulan atau
rumusan yang menandakan mereka berupaya menyatukan semua
maklumat daripada pembacaan mereka.
(e) Murid-murid diminta mengkaji atau meneliti dan mempastikan supaya
isi-isi bacaan tidak ada yang tertinggal.
(f) Murid-murid diminta membincangkan, menerangkan atau melaporkan
isi bacaan yang telah diperolehi. Maklum balas daripada murid-murid
adalah penting
(g) Pelajar juga harus diminta membuat laporan bertulis tentang apa yang
telah dibacanya.
5.3 SKIMMING
Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat
secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang
singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming merupakan proses
melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.
5.3.1 Langkah-langkah Skimming:
(a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah
maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk.
(b) Ajarkan kepada murid-murid bagaimana menentukan sumber pilihan
supaya mereka bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah,
teknikal dan sebagainya;
(c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini
menjadi asas untuk 'skim';
(d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan
konteks petikan tersebut. 'Konteks' ini bermakna bukan sahaja idea dan
perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa
teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh
membantu pembaca untuk memahami tajuk secara umum dan
signifikannya.
(e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan untuk
mendapatkan idea yang penting dan fakta.
(f) Baca perenggan akhir dengan teliti kerana di sini biasanya terdapat
unsur- unsur penyimpulan dan rumusan.
Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan
dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming ini,
berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.
5.4 SCANNING
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat
secara cepat, dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat
secara khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan pembaca
mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat).
Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental.
5.4.1 Langkah-langkah untuk Scanning
(a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak
dicari.
(b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada
maklumat yang dicari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang
lain.
(c) Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari dan gerakkan
secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.
(d) Pembaca boleh menggunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk
kecil, perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.
(e) Jika pembaca scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian
pembaca di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata terus ke bawah.
6.0 TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
Untuk melahirkan murid-murid yang mahir membaca, teknik pengajaran
kemahiran membaca hendaklah didedahkan kepada mereka. Teknik yang mantap
amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca
bahasa Melayu. Teknik yang digunakan untuk mengajar bacaan di kelas hendaklah
teknik yang yang ada kesinambungan dari segi tujuan dan peraturannya. Aspek yang
perlu diberi penekananan ialah kesesuaian teknik dengan kebolehan murid,
pengolahan teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi serta
berfikir kritis dan kreatif, seterusnya meningkatkan minat mereka terhadap pelajaran.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Sehubungan itu, ada beberapa teknik pengajaran kemahiran membaca yang sesuai
didedahkan kepada murid. Antaranya ialah seperti SQ3R, KWLH, RADAR, teater
pembaca dan teknik bercerita.
6.1 SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal
kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan
yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey) - Tinjau
Q (question) - Soal/tanya
R (read) - Baca
R (recite) - Imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) - Baca semula
6.1.1 Survey
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan
dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran
graf, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian
buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas
iaitu skimming dan scanning.
6.1.2 Question
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar
menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapat teks tersebut
berkaitan dengan keperluan tugasnya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan
pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada
soalan-soalan tersebut.
6.1.3 Read
Read (baca) ialah peringkat murid sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan
yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, murid mungkin juga akan
menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan
keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Murid mungkin juga mempersoal
pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
6.1.4 Recite
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca,
pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah
diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya.
Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa
merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
6.1.5 Review
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca
bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-
jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan
tiada fakta penting yang tertinggi.
6.2 Knowledge, What, Learn, How (KWLH)
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang
berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Melalui teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang
telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan
pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari
pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh
(sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).
Teknik pembacaan akan membolehkan murid mengaitkan pengetahuan sedia
ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari
pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin
mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, murid dibiasakan
menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.
6.3 Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Research (RADAR)
RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:
R (Read) - Membaca
A (Analogize) - Menganalogi
D (Discuss) - Berbincang
A ( Apply) - Mengaplikasi
R (Review/Research) - Menyemak / Menyelidik
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Teknik RADAR direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan
murid menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima
langkah RADAR ialah:
6.3.1 R (Read)
R - Murid dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang
dikehendaki. Murid juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta
membandingkan dengan maklumat lain.
6.3.2 A (Analogize)
A - Murid menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan
mempunyai persamaan.
6.3.3 D (Discuss)
D - Murid menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat.
Guru membantu murid membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang
penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.
6.3.4 A (Apply)
A - Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
6.3.5 R (Review / Research)
R - Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus
semula apa yang telah dibincangkan.
RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya
dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini murid berpeluang untuk
membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan
sedia ada pada did mereka sendiri.
6.4 Teater Pembaca
Teknik yang melibatkan sekumpulan murid menghayati dan membaca skrip
cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi
menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang murid akan
membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan
gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan,
gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu murid-penonton
memahami dan menghayati cerita tersebut.
6.4.1 Langkah pelaksanaan
(a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan;
(b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon;
(c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut
dialog;
(d) Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai;
(e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan;
(f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan;
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
(g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan
(h) Murid-murid lain diberi tugas tertentu.
6.5 TEKNIK BERCERITA
Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan
untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat
menarik minat dan perhatian murid. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman,
perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu,
penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan
murid dapat ditingkatkan.
Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:
(a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat
permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita;
(b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan
kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus
dikawal upaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan;
6.5.1 Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:
(a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid;
(b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan;
(c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa;
(d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting;
(e) Lakukan Latihan;
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
(f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk
menguatkan penceritaan; dan
(g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan
dengan bahasa yang hendak disampaikan.
7.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kemahiran bacaan merupakan salah satu kemahiran
berbahasa yang perlu dikuasai oleh murid-murid di sekolah. Guru-guru hendaklah
bekerja keras memastikan semua murid di bawah jagaannya khususnya dalam mata
pelajaran bahasa Melayu diajar kemahiran membaca secara sistematik supaya tiada
seorang pun yang tercicir. Selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu yang
menetapkan bahawa semua murid hendaklah lengkap dan berketrampilan dalam
berbahasa dan boleh berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu,
berinteraksi dalam masyarakat, dan melakukan urusan harian.
Implikasi kemahiran membaca adalah sangat besar. Selain daripada
memenuhi keperluan kurikulum pengajian di sekolah, dengan membaca seseorang itu
dapat memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis dan berupaya
memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya
pembelajaran yang berterusan. Dengan membaca juga daya imaginasi, kreativiti,
pemikiran kritis, nilai murni dan lain-lain dapat diperkembangkan merentasi ciri-ciri
setempat. Bak kata pepatah “Banyak membaca, luas pengetahuan”. Sesuai dengan
kempen membaca oleh pihak kerajaan diharap akan dapat lagi meningkatkan statistik
jumlah rakyat Malaysia yang rajin membaca.
BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU