7
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 TAJUK 1 FUNGSI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk 1 menjelaskan fungsi Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa perdagangan. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan kedudukan Bahasa Melayu mengikut perlembagaan; 2. menyenaraikan fungsi-fungsi Bahasa Melayu; 3. menyatakan definisi bagi setiap fungsi berkenaan. KERANGKA TAJUK-TAJUK KANDUNGAN ISI Pengenalan Bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting semenjak zaman berzaman, iaitu sebelum kedatangan pengaruh Barat ke rantau Melayu. Setelah merdeka, bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Perkara ini termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia 1

BM_Tajuk 1 Fungsi Bahasa (1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Citation preview

Page 1: BM_Tajuk 1 Fungsi Bahasa (1)

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

TAJUK 1 FUNGSI BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Tajuk 1 menjelaskan fungsi Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu sebagai bahasa

kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu

dan bahasa perdagangan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan kedudukan Bahasa Melayu mengikut perlembagaan;

2. menyenaraikan fungsi-fungsi Bahasa Melayu;

3. menyatakan definisi bagi setiap fungsi berkenaan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

Pengenalan

Bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting semenjak zaman

berzaman, iaitu sebelum kedatangan pengaruh Barat ke rantau Melayu. Setelah

merdeka, bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa

rasmi negara Malaysia. Perkara ini termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan

Malaysia yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah bahasa

Melayu. Kemudian pada tahun 1967, bahasa Melayu telah diangkat menjadi

bahasa rasmi tunggal Malaysia. Oleh itu, bahasa Melayu telah menjalankan dua

tugas utama dalam aktiviti kebahasaan di Malaysia, iaitu sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi.

1

Page 2: BM_Tajuk 1 Fungsi Bahasa (1)

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Fungsi Bahasa Melayu

o Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diberikan fungsi untuk menunjukkan

identiti kebangsaan bagi sesebuah negara. Asmah Hj. Omar (1993),

mentakrifkan bahasa kebangsaan sebagai ”bahasa yang melambangkan identiti

dan kedaulatan negara”. Bahasa kebangsaan dipilih daripada salah satu bahasa

tempatan atau bahasa peribumi yang dianggap mantap dan luas

penggunaannya. Selain itu, bahasa yang dipilih juga haruslah mempunyai ciri-ciri

kebangsaan negara berkenaan di samping berpotensi besar untuk

menyatupadukan pelbagai kaum yang tinggal dalam negara tersebut. Contohnya

di Malaysia, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan

disebabkan bahasa ini merupakan bahasa tempatan dan telah lama digunakan

sebagai alat perhubungan dalam kalangan penduduknya. Walaupun bahasa-

bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil dituturkan oleh sebahagian

rakyat Malaysia, namun bahasa tersebut tidak memperlihatkan identiti

kebangsaan bagi negara Malaysia kerana bahasa-bahasa tersebut merupakan

bahasa pendatang.

o Bahasa Rasmi

Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi dan pentadbiran

kerajaan bagi sesebuah negara. Asmah Hj. Omar (1993) berpendapat, bahasa

rasmi ialah ”bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan

pemerintahan dan pentadbiran, sisitem pendidikan negara, urusan perdagangan

dan perusahaan, upacara rasmi dan sebagainya.” Bahasa rasmi tidak

semestinya bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi ini penggunaannya

semata-mata untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan

nasionalisme. Pemilihan bahasa rasmi tidak semestinya bahasa tempatan atau

peribumi tetapi boleh dipilih daripada bahasa asing. Contohnya, di Malaysia

sebelum negara mencapai kemerdekaan, bahasa Inggeris telah dijadikan

bahasa rasmi. Walau bagaimanapun, selepas negara merdeka fungsi bahasa

Inggeris sebagai bahasa rasmi telah diambil alih oleh bahasa Melayu.

Layari laman web yang berkaitan. Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan antara bahasa rasmi dengan bahasa kebangsaan.

2

Page 3: BM_Tajuk 1 Fungsi Bahasa (1)

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

o Bahasa Perpaduan

Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam sesebuah negara bagi

tujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum (majmuk). Ini bermakna

bahasa Melayu adalah merupakan agen penyatuan masyarakat. Bahasa Melayu

juga menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan dalam kalangan

masyarakat menerusi fungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Saat Md Yasin

(2007) menganggap bahawa penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

dan bahasa kebangsaan oleh semua kaum di Malaysia adalah suatu tanda

bahawa mereka menerima konsep bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat

menyatupadukan masyarakat Malaysia.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan sering dilaungkan oleh kerajaan. Pada pendapat anda, kenapakah perkara ini penting dalam kehidupan di Malaysia ?

o Bahasa Pengantar

Bahasa pengantar merupakan bahasa yang digunakan diperingkat sekolah

rendah hinggalah peringkat institusi pengajian tinggi. Pada tahun 1981 iaitu

melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu telah digunakan sebagai

bahasa penghantar di semua peringkat persekolahan. Manakala pada tahun

1983 pula, semua kursus tahun pertama di universiti menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa penghantar. Penubuhan Universiti Kebangsaan

Malaysia pada tahun 1970 merupakan titik permulaan di mana universiti ini telah

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggalnya. Menurut

Siti Hajar Abd. Aziz (2008), segala usaha untuk menjadikan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar yang peranannya untuk melahirkan bangsa Malaysia

yang mempunyai pemikiran yang tinggi tidak akan berjaya selagi rakyat sendiri

tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

o Bahasa Ilmu

Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah dan institusi

pengajian tinggi. Peranannya seiring dengan penekanan terhadap budaya ilmu

yang dilaungkan kerajaan. Ini bermakna bahasa Melayu telah berada pada tahap

yang tinggi dan seiring dengan bahasa-bahasa utama lain. Sebagai bahasa ilmu,

bahasa Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang

3

Page 4: BM_Tajuk 1 Fungsi Bahasa (1)

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

sesuai agar dapat menghurai konsep kompleks dan abstrak. Bagi mencapai

tujuan ini bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri utama iaitu keintelektualan

bahasa dan kesempurnaan bahasa. Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (2008),

keintelektualan bahasa dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata dan

struktur tatabahasa. Kesempurnaan bahasa pula dicapai melalui kestabilan,

kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya.

o Bahasa Perdagangan

Bahasa perdagangan ialah bahasa yang digunakan dalam urusan perdagangan

melibatkan aktiviti tawar-menawar dan sebagainya. Kadar penggunaan bahasa

Melayu dalam perdagangan bergantung pada sejauh mana penutur-penutur

bahasa ini menggunakannya dalam urusan perdagangan mereka. Sekiranya

banyak dalam kalangan mereka terlibat dalam urusan ini, maka bahasa yang

digunakan akan berkembang dan menjadi alat komunikasi utama. Contohnya,

bahasa Inggeris telah menjadi pilihan utama para perdagang pada masa kini

kerana besarnya jumlah penutur yang menjalankan perdagangan dengan

negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat,

Kanada, Australia, New Zealand dan Britain.

Latihan 1 – Dengan merujuk bahan multimedia dan sokongan pengurusan grafik, huraikan pelbagai fungsi bahasa Melayu di negara kita.

Rehatlah seketika sambil berbual-bual dengan rakan sekuliah. Nikmati secawan kopi sebelum meneruskan latihan seterusnya.

Latihan 2 – Jelaskan bagaimana anda boleh memainkan peranan anda sebagai pelajar, untuk merealisasikan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di IPG anda.

4

Page 5: BM_Tajuk 1 Fungsi Bahasa (1)

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

Hilangkan stres, minum-minum sambil hayati pantun.

Bagaimana tidak diikat,     Kain batik sama sujinya;Bagaimana tidak diingat,     Orang baik bahasa budinya.

Apa dijual apa dibeli,     Mari sukat gantang Ali;Bahasa tak boleh dijual beli,     Dari hidup sampai mati.

TAMAT

Rujukan:

Asmah Hj. Omar, (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nuraini Yusoff et al., (2005). Bahasa Melayu untuk Pengurusan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Saat Md. Yasin, (2007). Bahasa Kebangsaan A. Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall.

Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

5