bmthn5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm tahun 5

Citation preview

SULIT

BAHASA MALAYSIA KERTAS 1

Masa : Lima Puluh MinitNama :

Kelas :

Arahan Am :Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan

A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 19

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Rahman

kacang panjang di kebun ayahnya untuk dijual.

Amenarik

Bmenjolok

Cmencabut

Dmemetik

2.

pulanglah ke rumah masing-masing dahulu, kata Tuk Penghulu Johan kepada penduduk Kampung Paya Jaras.

AKami

BAwak

CKalian

DMereka

3.Wajah Jocelyn

apabila mendapat berita buruk daripada rakan baiknya.

Amuram

Bkusut

Cbengis

Dkusam

4.Buku cerita yang bertajuk Mawar Merah itu ada

Michael.

Adi

Bdengan

Cpada

Dkepada

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5.Ramlah meletakkan sekaki payung di

pintu setelah digunakan.

Adepan

Btepi

Csudut

Dbelakang

6.Tidak, saya

berkunjung ke pulau yang awak ceritakan itu, kata Jordan.

Abelum pernah

Bmesti akan

Csedang hendak

Dbelum boleh

7.Murid itu

wangnya yang hilang di tempat letak basikal di sekolahnya.

Aterbawa-bawa

Bternanti-nanti

Ctercari-cari

Dteraba-raba

8.Pakcik Ahmad membawa

jala untuk menangkap ikan dan tiga

roti sebagai bekalan.

Aselingkar ... buku

Bsegulung ... ruas

Cseberkas ... biji

Dserawan ... keping

9. Penglihatan Puan Hasnah sudah kabur disebabkan usianya telah

.

Apanjang

Blanjut

Clama

Ddalam

10.Kelvin

sup daging itu walaupun masih panas.

Amenghirup

Bmenelan

Cmeneguk

Dmenyedut

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11.Para penumpang kapal terbang itu mendapat layanan yang mesra daripada

.

Abudiman

Bpramugara

Csukarelawan

Djuruterbang

12.Pasukan bahas itu gagal mara

pertandingan separuh akhir setelah tewas pada peringkot suku akhir.

Adi

Bke

C dalam

D tentang13.Budak itu petah bercakap

baru berusia empat tahun.

A tatkala

B semenjak

C bahkan

D padahal14.Suara Dayang sunggu merdu.

dia terpilih untuk membuat persembahan nyanyian semasa Hari Guru.

AOleh sebab itu

BLebih-lebih lagi

CDi samping itu

DNamun begitu

15.Kawasan

itu sentiasa dikawal rapi oleh pengawal keselamatan.

Aterlarang

Blarangan

Cmelarang

Ddilarang

16.Encik Robert dan pasangannya sangat gembira kerana baru

anak yang pertama.

Apendapatan

Bdapatan

Cmendapat

Dpendapat

17.Kita mestilah

ketika di rumah dengan menolong ibu bapa.

Apanjang tangan

Bcuri tulang

Cringan mulut

Dringan tangan

18.Hubungan Azrul dengan Fauzan sangat rapat bagai

.

Alangit dengan bumi

Baur dengan tebing

Cpinang dibelah dua

Disi dengan kuku

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19.Anggota bomba

memadamkan kebakaran di kilang itu.

Aberpeluk tubuh

Bbertungkus lumus

Cbertegang urat

Dbergadai nyawa

20.Anak-anak kapal menjatuhkan sauh sebelum kapal itu berlabuh.

Pilih perkataan berlawan bagi berlabuh.

Aberhenti

Bbertolak

Cbelayar

Dberlepas

21.Pihak polis berjaya memberkas peragut itu setelah satu kilometer mengejarnya.

Pilih perkataan seerti bagi memberkas.

Amelepas

Bmenjerat

Cmerampas

Dmenangkap

Soalan 22 23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22.IPak Hamidi menggunakan sepucuk senapang patah untuk berburu.

IIDahan pokok itu telah padam akibat angin kencang tadi.

IIIUsahlah patah semangat, teruskan usaha kamu.

IVPondok di tepi sawah itu patah kerana telah usang.

AI dan II sahaja

BIII dan IV sahaja

CI, II, dan III sahaja

DII, III, dan IV sahaja

23.IRosidah membeli kain yang lapang untuk dijadikan langsir.

IIVicky gemar menggubah bunga pada masa lapang.

IIIBaru lapang dadanya apabila kerja-kerja itu siap.

IVTanah lapang di sebelah sana milik Encik Mahmud.

AI dan III sahaja

BII dan IV sahaja

CI, II, dan IV sahaja

DII, III, dan IV sahaja

24.Pilih ayat tanya yang sesuai bagi aat di bawah.

Saya berjumpa dengannya di stesen bas.

ABilakah awak berjumpa dengan Safee?

BAdakah awak berjumpa dengan Safee?

CMengapakah awak dan Safee berjumpa?

DDi manakah awak berjumpa dengan Safee?

25.Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Bagaimanakah hendak menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran?

ABanyak cara untuk murid menjadi cemerlang.

BMurid ang cemerlang mengisi masanya dengan kegiatan yang berfaedah.

CMurid-murid hendaklah memberi tumpuan dan rajin mengulang kaji pelajaran.

DMurid-murid diwajibkan untuk mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Soalan 26 27Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26.Selepas selesai kerja ini, bolehlah kita minum di warung, kata Zulkifli kepada Zahari.

AZulkifli mengajak Zaiman minum di warung selepas menyiapkan kerja mereka.

BZulkifli mempelawa Zaiman minum di warungnya selepas kerja mereka selesai.

CZulkifli dan Zaiman ke warung untuk minum selepas selesai menyiapkan kerja mereka.

DZulkifli memberitahu Zaiman bahawa mereka mesti menyiapkan kerja sebelum minum di warung.

27.Guru disiplin menegur segelintir murid yang sering melanggar peraturan sekolah.

ASesetengah murid yang melanggar peraturan sekolah sering ditegur oleh guru disiplin.

BGuru disiplin sering menegur murid-murid yang selalu melanggar peraturan sekolah.

CSesetengah murid yang selalu melanggar peraturan sekolah ditegur oleh guru disiplin.

DMurid-murid yang selalu melanggar peraturan sekolah akan ditegur oleh guru disiplin.

Soalan 28 30Pilih ayat yang betul.28.AKedua orang anak Puan Maria sedang menuntut di kolej.

BHampir satu jam setengah saya menunggunya di sini.

CSetengah murid perempuan gemar mengumpul setem.

DTiap pagi Ramli berjoging di taman itu dengan ibunya.

29.IPokok rambutan itu berbuah lebat.

IIMukanya merah padam bila terlalu lama berjemur.

IIIRumah lama di atas bukit itu sudah tidak berpenghuni.

IVKeropok itu lembik kerana tidak disimpan di dalam tin.

AI dan III sahaja

BII dan IV sahaja

CI, II, dan III sahaja

DII, III, dan IV sahaja

30.INama kucing kamu apa?

IIMengapakah dia kelihatan gembira sejak tadi?

IIIAdakah Angel pemenang tempat pertama pertandingan itu?

IVKe manakah majlis perpisahan itu akan diadakan?

AI dan IV sahaja

BII dan III sahaja

CI, II, dan III sahaja

DII, III, dan IV sahaja

Soalan 31 hingga 35Baca perbualan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sabri:Helo, selamat pagi, boleh saya bercakap dengan Cikgu Radziah?

Cikgu Radziah:Selamat pagi. Ya, Cikgu Radziah bercakap. Siapa di sana?

Sabri:Saya, Sabri. Bekas murid cikgu tahun lepas. Masih ingat saya lagi?

Cikgu Radziah:Oh, Sabri! Cikgu masih ingat lagi. Awak apa khabar?

Sabri:Baik. Cikgu pula apa khabar? Wah, sejak berpindah ke Terengganu cikgu telah melupakan kamu di Sarawak.Cikgu Radziah:Eh, bukan begitu! Sebenarnya saya sedang sibuk sekarang. Buat pengetahuan awak, cikgu sedang menyambung pelajaran di universiti di Kuala Terengganu.

Sabri:Oh, begitu! Sudah berapa lamakah cikgu belajar di universiti?

Cikgu Radziah:Sudah dua tahun saya berada di sini. Tinggal dua tahun lagi, maka tamatlah pengajian cikgu di universiti ini.

Sabri:Amboi, lamanya!

Cikgu Radziah:Sabri, untuk berjaya, kita terpaksa menghadapi cabaran ini dengan ikhlas. Walaupun tempoh itu agak lama, tetapi jika kita ada disiplin diri dan komitmen yang tinggi, pasti kita akan berjaya. Bagaimanakah dengan pelajaran awak sekarang?

Sabri:Sebenarnya, tujuan saya menelefon cikgu adalah untuk mengucapkan terima kasih atas jasa cikgu selama ini. Atas dorongan dan nasihat cikgu, saya telah mendapat 5A dalam UPSR pada tahun ini. Kalau boleh saya juga ingin menuruti jejak cikgu.

Cikgu Radziah:Baguslah kalau begitu. Semoga cita-cita Sabri akan tertunai.

Sabri:Baiklah, cikgu. Saya harap kita dapat berbual lagi pada waktu lain. Selamat sejahtera, cikgu.

Cikgu Radziah:Selamat sejahtera, Sabri.

31Apakah hubungan Sabri dengan Cikgu Radziah?

ARakan di universiti

BGuru kelas Sabri sekarang

CMurid di tempat Cikgu Radziah belajar

DBekas murid Cikgu Radziah pada tahun lalu.

32Mengapakah Sabri menghubungi Cikgu Radziah?

AUntuk mengikut jejak Cikgu Radziah.

BUntuk bertanyakan khabar Cikgu Radziah

CUntuk bertanyakan perkembangan Cikgu Radziah di universiti

DUntuk mengucapkan terima kasih dan memberitahukan kejayannya.

33Berpandukan perbualan di atas, apakah cita-cita Sabri?

AGuruCPensyarah

BDoktorDPeguam

34Frasa komitmen dalam dialog bermaksud

Aharapan

Bkompromi

Cbekerjasama

Dsepenuh tenaga dan perhatian

35.Pada pendapat kamu, mengapakah Cikgu Radziah berada di universiti?

AIngin menunjukkan kebijaksanaannya.

BIngin mendapatkan kerja lain yang lebih baik

CIngin membuktikan sesuatu kepada murid-muridnya.

DIngin meningkatkan taraf pendidikan dan kehidupannya.

Soalan 36 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Aku ialah sehelai duit kertas RM5. Badanku berwarna hijau. Walaupun aku hanya sehelai kertas, tetapi aku amat berguna kepada manusia. Biasanya, manusia menggunakan aku untuk mendapatkan benda yang mereka ingini.

Aku dimiliki oleh seorang manusia bernama Encik Mohd Rezuan. Pada suatu hari, tuan aku telah memberikan aku kepada anak perempuannya, Mika bersama dengan duit syiling 50 sen. Mika menyimpan aku dan duit syiling 50 sen itu ke dalam poket baju kurung sekolahnya. Semasa waktu rehat, Mika telah menggunakan duit syiling 50 sen untuk membeli nasi lemak dan aku tidak digunakan olehnya. Selepas balik ke rumah, Mika menyimpan aku ke dalam tabung.

Di dalam tabung itu, aku telah berkenalan dengan duit kertas ang lain. Rupa-rupanya, Mika seorang budak yang berjimat cermat kerana terdapat pelbagai nilai duit kertas dan syiling di dalam tabung itu. Aku berasa sungguh gembira kerana telah mendapat ramai kawan.

Pada suatu hari, Mika telah memecahkan tabungnya dan kami semua dikeluarkan dan dikira. Selepas itu, Mika membawa kami ke sebuah kedai buku. Mika telah menggunakan kami untuk membeli buku-buku rujukan dan latihan.36.Perkataan aku merujuk

Asekeping duit syiling 50 sen.

Bsekeping duit syiling RM1.

Csehelai duit kertas RM1

Dsehelai duit kertas RM5

37.Siapakah Mika?

AMurid tahun 1

BSeorang budak perempuan

CPembantu kedai buku

DAnak kepada Encik Mohd Rezuan

38.Encik Mohd Rezuan memberikan duit kertas RM5 kepada anaknya untuk

Awang angpau raya

Bwang untuk membeli permainan

Cwang untuk membayar yuran kelas

Dwang saku persekolahannya

39.Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan

AMika merupakan seorang pelajar.

BAku dan kawan-kawanku disimpan di dalam bank.

CEncik Mohd Rezuan ialah pemilik asal wang kertas RM5.

DMika menyimpan aku bersama wang syiling 50 sen di dalam sakunya.

40.Mengapakah Mika membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai buku?

AKerana ingin membeli alat-alat tulis

BKerana ingin membeli permainan anak patung

CKerana Ingin membeli buku-nuku rujukan dan latihan

DKerana ingin membeli majalah di kedai tersebut

Disediakan oleh,Disemak oleh,Disahkan oleh,

........................................ ................................................................................

SULIT

SULIT~ 2 ~