Upload
others
View
13
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
a
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBINAAN MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya MOHD EARMEE BIN SOFIAN
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : KAMPUNG KOTA TAMPAN AIR, 33400 LENGGONG, PERAK DARUL RIDZUAN. Tarikh : 2 MEI 2008
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
TN HJ HASSAN B. HUSHIN NAMA PENYELIA
Tarikh : 2 MEI 2008
√
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
b
PENGESAHAN PEMBIMBING “Saya akui karya ini bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia: TN HJ HASSAN B. HUSHIN
Tarikh : 2 MEI 2008
i
PEMBINAAN MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA
PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD EARMEE BIN SOFIAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
ii
PENGAKUAN
“Saya akui kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : Mohd Earmee bin Sofian
Tarikh : 2 Mei 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibu,
Sofian bin Hj Pandak Ahmad
Zalihah bte Hj Abd Karim
Tiada apa yang dapat dibicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakmu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua.
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha
mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji
Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan
sahabatnya. Dengan Taufik Dan HidayahNya dapatlah pembangun
menyempurnakan kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Tuan Hj. Hassan b. Hushin
selaku penyelia projek ini di atas komitmen, kesabaran , bimbingan dan nasihat yang
dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan projek ini. Beliau adalah seorang yang
profesional terhadap tugasnya.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada Pn.Nik Rafidah yang banyak
membantu dan juga Dr. Faizah serta Tn. Hj Zainudin Hassan yang turut memberi
idea-idea kepada projek ini. Seterusnya kepada rakan-rakan di atas bantuan ,
dorongan dan tunjuk ajar , sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan projek
ini terutamanya rakan kumpulan kami.
Terima kasih.
v
ABSTRAK
Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan
Kerjaya Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk
panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan pada cadangan daripada dua
kajian yang telah dijalankan bertajuk “Tinjauan Mengenai Kategori Masalah Dengan
Demografi Di Kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia Berasaskan Mooney Problem Check List (MPCL)” oleh Noriasah Binti
Othman Teng (2006) dan kajian bertajuk “Pilihan dan Bentuk Aktiviti Program
Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia:
Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). Modul ini dibina mengikut
Model Drum (1981) yang memberi penekanan kepada tiga langkah untuk
menghasilkan modul yang baik dan berkesan. Diharap modul ini akan dapat
membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan UTM menjalankan program
dengan lebih lancar supaya pelajar akan dapat mengenali dan memahami profesion
perguruan dengan lebih dekat serta dapat menambahkan lagi minat untuk menjadi
seorang guru yang cemerlang.
vi
ABSTRACT
The aim of this project was to develop a module about Student Career
Development Program for First Year students in Faculty of Education, Universiti
Teknologi Malaysia. This module will serve as a guide for the First Year Experience
(FYE) Committee, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia to perform
the program for First Year Students. This module was develop based on the
suggestion from two research entitled “The Survey of Problem Category with
Demography Among First Year Student of Education Faculty University Technology
of Malaysia Based on Mooney Problem Check List (MPCL)” conducted by Noriasah
Binti Othman Teng (2006) and the second entitled “The Selection and Student
Development Program Activity by First Year Student Education Faculty of
Universiti Teknologi Malaysia” conducted by Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007).
The module of the program has been developed using Drum (1981) model that
proposed a three approach to develop a good and effective program. This module
will help FYE Committee, Faculty of Education UTM to implement this program to
the First Year Students to make them recognize and understand the teaching
profession and help them to be an excellent teacher.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PEMBIMBING
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii-xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Pembangunan Modul 7
viii
1.5 Kepentingan Pembangunan Modul 8
1.6 Skop Pembangunan Modul 9
1.7 Istilah/Definisi 9
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Tinjauan Penulisan dan Kajian-kajian
Lepas 11
2.1.1 Kajian di Malaysia 11
2.1.2 Kajian Luar Negara 15
2.2 Teori Pembangunan Pelajar 16
2.2.1 Teori Pembentukan Identiti-
Arthur Chickering 17
2.2.2 Teori Super 23
2.3 Program Pembangunan Pelajar 24
2.3.1 Teori Tentang Kerjaya 24
2.3.2 Program Pembangunan Kerjaya
Di Universiti 27
2.4 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan Malaysia (NUTP) 29
2.5 Pembangunan Modul 30
2.5.1 Takrif Modul Pembelajaran 30
2.5.2 Kajian-kajian Terdahulu
Berkaitan Modul 31
2.5.3 Kelebihan Modul 32
2.5.4 Kelemahan Modul 32
2.6 First Year Experience (FYE) 33
ix
BAB 3 REKA BENTUK MODUL
3.1 Pengenalan 39
3.2 Skop Modul 40
3.2.1 Matlamat Modul 40
3.2.2 Objektif Modul 40
3.2.3 Kumpulan Sasaran 41
3.2.4 Kandungan Modul 41
3.2.5 Jangka masa Program 42
3.3 Aplikasi Model Drum Dalam
Pelaksanaan Program Berkualiti 42
3.3.1 Tujuan dan Matlamat Program 42
3.3.2 Sasaran Program 45
3.3.3 Kaedah yang Dijalankan 45
3.3.3.1 Kaedah Intervensi Secara
Langsung 45
3.3.3.2 Kaedah Intervensi Secara
Tidak Langsung 46
3.3.4 Kaunseling 47
3.3.5 Khidmat Nasihat dan Latihan 48
3.3.6 Media 48
3.3.7 Pentadbiran dan Pengurusan
Sumber 49
3.4 Kaedah Mendapatkan Maklumat dan
Data 50
BAB 4 KERANGKA PROGRAM
4.1 Pengenalan 52
4.2 Rasional 53
4.3 Matlamat Program 53
4.4 Objektif Program 53
x
4.5 Pembentukan Kerangka Program 54
4.5.1 Komponen 56
4.5.1.1 Komponen Asas/Standard 56
4.5.1.2 Komponen Keperluan 56
4.5.2 Elemen 57
4.5.3 Kaedah Perlaksanaan 57
4.5.4 Sasaran 58
4.5.5 Jadual Perlaksanaan 58
4.5.6 Agensi Pelaksana 59
4.6 Kerangka Program 60
4.7 Program ‘Welcome Week’ 63
4.7.1 Matlamat Program 63
4.7.2 Objektif Program 64
4.7.3 Jangka masa Program 65
4.7.4 Tentatif Program 65
4.8 Tentatif Program Pembangunan
Kerjaya Pelajar Tahun Satu Fakulti
Pendidikan UTM bagi Seminar Kerjaya 67
BAB 5 HASILAN MODUL
5.1 Pengenalan 68
5.2 Modul Program Pembangunan Kerjaya 69
5.3 Elemen Unit Modul 69
5.3.1 Bengkel Pembangunan Diri dan
Kerjaya 70
5.3.2 Perundingan dan Kaunseling 70
5.3.3 Seminar Kerjaya 71
5.3.4 Pameran Kerjaya 72
5.4 Pengesahan Modul 72
xi
BAB 6 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
6.1 Pengenalan 73
6.2 Perbincangan 73
6.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa Membina
Modul 76
6.3.1 Bahan Rujukan 76
6.3.2 Kekangan Masa 77
6.4 Kekuatan Modul 77
6.5 Cadangan 78
6.6 Rumusan 78
RUJUKAN 80 – 84
LAMPIRAN A-C 85– 87
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Jumlah Pelajar Tahun Satu Mengikut Program 6
4.1 Jadual Perlaksanaan Mengikut Bulan 58
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Hubungan Teori dan Pembangunan Pelajar 16
4.1 Theoretical and Conceptual Foundations For
Program Developement 55
xiv
SENARAI SINGKATAN
FP - Fakulti Pendidikan
FYE - First Year Experience
JKFYE - Jawatankuasa First Year Experience
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PKK - Pusat Kaunseling dan Kerjaya
SGM - Standard Guru Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Pengesahan Modul 85
B Surat Pengesahan Modul Untuk Unit 1 86
C Modul Program Pembangunan Kerjaya 87
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tahun pertama menjadi pelajar di pusat pengajian tinggi menjadi satu
pengalaman baru yang perlu ditempuhi. Berdikari dan mula mengatur langkah tanpa
bantuan orang lain membuatkan pelajar merasa agak keliru untuk menerima
pengalaman sebegini. Tanpa bantuan dari mana-mana pihak atau boleh dikatakan
tanpa bantuan dari pihak universiti atau fakulti, pelajar mungkin tidak dapat
mengatur langkah tahun pertamanya dengan baik. Dengan itu, mereka ini
memerlukan bantuan terutamanya dari pihak universiti atau fakulti untuk
membimbing mereka. Program Pembangunan Pelajar adalah salah satu langkah
terbaik untuk membantu pelajar di dalam usahanya untuk menghadapi cabaran tahun
pertama.
Universiti Teknologi Malaysia tidak terlepas untuk menerima pelajar-pelajar
baru atau pelajar tahun satu yang mendaftar pada tiap-tiap tahun. Pelajar-pelajar baru
yang mendaftar ini akan mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan oleh universiti
sama ada peringkat ijazah, sarjana dan lain-lain. Mereka ini juga hadir dengan latar
belakang yang berbeza-beza. Mereka perlu menempuh kehidupan baru di universiti
yang sama sekali berbeza kehidupan sebelum ini sama ada di rumah atau sekolah.
2
Kejayaan untuk menempuh cabaran tahun pertama terletak pada diri masing-masing.
Jika mereka berjaya untuk menempuhnya, maka peluang untuk meneruskan
pengajiannya hingga berjaya menamatkan pengajian adalah baik.
Ada juga di kalangan pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian
disebabkan tidak dapat menghadapi cabaran tahun pertamanya. Antara cabaran tahun
pertama yang perlu dihadapi seperti perlu berdikari, emosi yang tidak stabil, jauh
dari keluarga, karenah rakan-rakan, perkongsian dan macam-macam lagi. Masalah-
masalah dan cabaran tahun pertama ini yang diberi perhatian oleh pihak universiti
untuk menyelesaikannya bagi mengelakkan dari pelajar terkandas atau tidak dapat
meneruskan pengajian serta dapat menghadapi cabaran tahun pertamanya dengan
baik.
Pelajar adalah aset terpenting negara kerana mereka bakal menjadi pemimpin
yang akan datang. Kejayaan negara pada masa depan akan terletak pada
kecemerlangan para pelajar ini. Kemampuan mereka untuk menjadi seorang yang
cemerlang dari semua aspek akademik, sahsiah, intelektual akan ditentukan dari
universiti kerana universiti adalah tempat terakhir untuk menimba ilmu pengetahuan
disamping kemahiran-kemahiran lain. Selain itu, universiti yang melahirkan pelajar
yang cemerlang akan memberikan imej yang baik kepada universiti tersebut.
1.2 Latar Belakang Masalah.
Pusat pengajian tinggi atau universiti mula membangunkan Program
Pembangunan Pelajar untuk mengatasi masalah-masalah pelajar terutamanya pelajar
tahun satu. Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar pada tahun pertama
antaranya perlu berdikari, emosi yang tidak stabil, jauh dari keluarga, karenah rakan-
rakan dan macam-macam lagi. Universiti mula mengambil langkah untuk
membangunkan Program Pembangunan Pelajar bagi membimbing pelajar untuk
menggalas cabaran tahun pertama.
3
Pelbagai aktiviti dijalankan di bawah Program Pembangunan Pelajar oleh
pihak universiti tetapi dijalankan oleh jawatankuasa yang berlainan. Jawatankuasa
yang terlibat dengan program tersebut seperti Hal Ehwal Pelajar (HEP),
Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Kediaman (JKM), Pusat Kaunseling dan Kerjaya
(PKK), fakulti dan sebagainya. Disebabkan program pembangunan dijalankan oleh
jawatankuasa yang berasingan, memberi kesulitan kepada pelajar untuk
menyertainya kerana pertindihan aktiviti antara satu sama lain. Setiap program yang
dijalankan adalah penting tetapi tidak dapat dihadiri oleh pelajar kerana mungkin
terikat dengan satu-satu program. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat mendapat atau
mencapai sesuatu kemahiran itu. Walaupun ada program yang dilakukan melibatkan
semua pelajar tetapi masih tidak lagi mencukupi untuk pelajar menghadapi cabaran
tahun pertamanya seperti aktiviti Minggu Haluan Siswa yang hanya dijalankan satu
minggu sahaja.
Jika Program Pembangunan Pelajar dijalankan oleh satu jawatankuasa tetap
yang menjalankannya dan dibantu atau mendapat kerjasama dari pihak-pihak lain
seperti HEP, PKK, kolej dan sebagainya adalah lebih baik kerana tidak akan ada
pertindihan aktiviti untuk pelajar menyertainya. Program ini dijalankan secara
bersepadu dan melibatkan kesemua pelajar terutamanya pelajar tahun satu. Pelajar
tidak lagi akan terikat dengan satu-satu program atau perlu membuat keputusan
untuk memilih yang mana satu program yang perlu dihadiri.
Dengan modul yang akan dibina ini diharap dapat membantu pihak universiti
untuk menjalankan Program Pembangunan Pelajar di bawah satu jawatankuasa tetap
untuk menjalankan program ini terutamanya untuk pelajar tahun satu. Ini
membolehkan semua pelajar akan dapat menyertai dan mendapat segala pengetahuan
atau kemahiran yang ingin disampaikan. Tiada lagi pelajar yang terpaksa membuat
keputusan untuk memilih satu-satu program dan melepaskan program yang lain
kerana pertindihan aktiviti yang dijalankan oleh banyak pihak.
Modul yang akan dibina ini adalah Program Pembangunan Kerjaya. Program
Pembangunan Kerjaya amat penting kepada pelajar yang akan menempuh alam
pekerjaan. Buchloz (1978) menyatakan pekerjaan adalah saluran asas bagi manusia
4
memenuhi keperluannya. Ini menunjukkan pekerjaan begitu penting kerana ia akan
memenuhi keperluan asasnya.
Bagi pelajar-pelajar yang memasuki pusat pengajian tinggi, tujuannya adalah
mencari ilmu dan segala pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya untuk
mencapai cita-cita yang diidamkan sewaktu bangku sekolah lagi. Program
Pembangunan Kerjaya akan membantu mereka untuk berdikari dan memahami
tujuan mereka berada di pusat pengajian tinggi amatlah perlu. Program
Pembangunan Kerjaya amat bersesuaian kepada mereka kerana memberi keyakinan
bahawa kerjaya adalah salah satu matlamat untuk berada di pusat pengajian tinggi.
Program atau pendidikan kerjaya telah dijalankan sejak tahun1960 an lagi di
Amerika Syarikat. Ianya amat membantu anak-anak muda membuat keputusan
dalam memilih kerjaya mereka. Membuat keputusan adalah proses yang kompleks
bagi anak-anak muda. Jika mereka ini diberikan satu program khas tentang kerjaya
akan membantu mereka membuat pilihan dalam kerjaya dan menambahkan lagi
keyakinan serta mengurangkan keraguan emosi.
Bagi pelajar yang mengambil kursus di bidang pendidikan, program
pembangunan berkaitan kerjaya dapat dilihat membantu pelajar dalam persediaan
mereka sebelum menjadi seorang guru. Mereka perlu memahami kerjaya yang
mereka pilih ini adalah antara yang paling penting di dalam pembangunan kerjaya.
Mereka inilah antara aset terpenting negara yang bakal mendidik dan membentuk
generasi yang akan datang. Dengan itu, bakal guru-guru ini atau pemimpin akan
datang memikul satu tanggungjawab yang besar untuk menyampaikan ilmu dan
menunjukkan sahsiah yang terpuji, berdedikasi, ikhlas dalam tanggungjawabnya bagi
melahirkan anak didiknya yang cemerlang segala aspek serta akan memacu negara
ke arah kemajuan dari segala bidang.
5
Pelajar yang mengambil kursus pendidikan di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) pada sesi kali ini tahun 2008 ialah seramai 308 orang
pelajar. Terdapat lima jabatan yang terletak di bawah Fakulti Pendidikan iaitu:
i. Jabatan Asas Pendidikan
ii. Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik
iii. Jabatan Multimedia Pendidikan
iv. Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
v. Jabatan Pendidikan Sosial
Daripada lima jabatan yang disenaraikan di atas, terdapat 10 program yang
ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan iaitu:
i. Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
ii. Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
iii. Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
iv. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
v. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
vi. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
vii. Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
viii. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
ix. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
x. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
6
Jadual 1.1: Jumlah pelajar tahun satu mengikut program.
Bil Kursus Pelajar tahun 1
1 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan
Elektrik)
20
2 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal)
20
3 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) 42
4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) 40
5 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL) 31
6 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) 108
7 Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) 12
8 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) 11
9 Sarjana Muda Sains dan Matematik serta Pendidikan (Fizik) 7
10 Sarjana Muda Sains dan Matematik serta Pendidikan (Kimia) 17
JUMLAH 308
Sumber: Pejabat Akademik, Fakulti Pendidikan UTM (2007)
Sebelum pelajar-pelajar ini memikul tanggungjawab sebagai seorang guru
atau pemimpin pada masa akan datang yang mempunyai gaya kepimpinan dan
sahsiah yang tinggi, mereka ini akan melalui beberapa program pembangunan pelajar
terlebih dahulu. Terdapat beberapa aspek pembangunan yang dapat diketengahkan
untuk tujuan pembangunan pelajar di universiti dan antaranya ialah Program
Pembangunan Kerjaya.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan pada latar belakang masalah yang tertera di atas, jelas masih
belum ada lagi satu modul khasnya Program Pembangunan Pelajar untuk Tahun Satu
7
pelajar universiti yang sistematik maka kajian ini akan merekabentuk satu program
iaitu Program Pembangunan Kerjaya untuk pelajar tahun satu.
Program Pembangunan Kerjaya ini seharusnya dijalankan oleh satu
jawatankuasa yang terlibat sahaja disamping kerjasama jawatankuasa lain. Ini bagi
mengelakkan dari pertindihan aktiviti atau program lain disebabkan tiadanya
kerjasama dari pihak yang berkenaan. Program Pembangunan Kerjaya ini dianggap
penting kerana akan menambahkan lagi keyakinan dan mengurangkan lagi keraguan
emosi serta membimbing pelajar untuk menentukan kerjaya mereka setelah
menamatkan pengajian di universiti. Semua pelajar diharap untuk menyertai atau
menghadiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam Program Pembangunan
Kerjaya.
Dengan itu, modul ini akan menyenaraikan aktiviti berkaitan kerjaya kepada
khususnya pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Antara aktiviti yang dianggap bersesuaian untuk modul ini adalah seperti :
i. Bengkel Pembangunan Diri dan Kerjaya
ii. Perundingan dan Kaunseling
iii. Seminar Kerjaya
iv. Pameran Kerjaya
1.4 Objektif Pembangunan Modul
Pembangunan modul ini dibina bertujuan membantu pihak pengurusan dalam
mengendalikan program-program yang dijalankan melibatkan pelajar-pelajar tahun
satu di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Antara
objektifnya ialah :
8
i. Membantu pelajar yang menghadapi masalah pada peringkat awal
untuk menyesuaikan diri di alam kampus Universiti Teknologi
Malaysia.
ii. Membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka dalam
pembelajaran pada tahun pertama di universiti.
iii. Membantu pelajar meningkatkan jati diri mereka dan mengamalkan
gaya hidup sihat.
iv. Membantu pelajar menjadi seorang insan yang cemerlang dalam
semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
v. Membantu pelajar untuk memahami dan memupuk minat pada
profesion perguruan.
vi. Membantu pelajar untuk menjadi seorang pendidik yang berkarisma,
berpengetahuan dan bersahsiah tinggi.