24
PSZ 19 : 16 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : MENINJAU TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR KAUM IBAN TINGKATAN EMPAT DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH DI BAHAGIAN SRI AMAN, SARAWAK. SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004 Saya (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 15, JALAN BATANG LUPAR, 95000, SRI AMAN, SARAWAK. Nama Penyelia Tarikh: MAC 2004 Tarikh: MAC 2004 PROF. MADYA DR. MD. NOR BIN BAKAR GOH KAU HONG CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

PSZ 19 : 16 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : MENINJAU TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR KAUM IBAN TINGKATAN EMPAT DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH DI BAHAGIAN SRI AMAN, SARAWAK.

SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004 Saya

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Al Ta

GOH KAU HONG

CATA

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

amat Tetap: 15, JALAN BATANG LUPAR, 95000, SRI AMAN, SARAWAK.

rikh: MAC 2004

R

TAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD,

berkenaan dengan menyatakan sekaSULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagiatau disertai bagi pengajian secaraSarjana Muda (PSM).

PROF. MADYA DR. MD. NOR BIN BAKA

Nama Penyelia

Tarikh: MAC 2004

sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi li sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Sains)”.

Tandatangan : …………………………………….

Nama Penyelia I : Profesor Madya Dr Md. Nor Bin

Bakar

Tarikh : 11 Mac 2004

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

MENINJAU TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR KAUM IBAN TINGKATAN

EMPAT DI EMPAT BUAH SEKOLAH MENENGAH DI BAHAGIAN SRI

AMAN, SARAWAK

GOH KAU HONG

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (SAINS)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : Goh Kau Hong

Tarikh : 17 FEBRUARI 2004

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

iii

Dedikasi

Untuk ibu dan ayah yang dikasihi.

Doa kalian amat kuhargai.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan

jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Profesor Madya Dr Mohamad Nor

bin Bakar selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini. Segala bimbingan, tunjuk ajar

dan nasihat yang diberikan oleh beliau banyak membantu saya dalam menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini. Beliau banyak menyampaikan ilmu dan maklumat

sepanjang Projek Sarjana Muda ini dijalankan.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan

seperjuangan yang telah memberikan pandangan yang amat berharga sepanjang

kajian ini dijalankan.

Jutaan terima kasih juga disampaikan kepada guru-guru yang terlibat

dalam kajian ini. Kerjasama yang diberi telah membantu melancarkan kajian ini.

Perhargaan yang setinggi-tinggi juga tidak lupa ditujukan kepada kedua-

dua ibu bapa saya yang memberi sokongan sama ada dalam bentuk moral ataupun

kewangan kepada saya selama ini. Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada

abang sepupu saya, Goh Kaw Sze yang banyak membantu saya dalam Projek

Sarjana Muda ini.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada

semua pihak dan individu yang telah sama-sama memberi sokongan dan bantuan

dalam apa juga bentuk sehingga sempurnanya Projek Sarjana Muda ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian

kemahiran proses sains di kalangan pelajar sekolah menengah di Sri Aman,

Sarawak. Lima aspek kemahiran proses sains bersepadu telah diuji iaitu

mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis, mendefinisi secara operasi,

mereka bentuk kajian (mengeksperimen) dan mentaksir maklumat. Seramai 143

pelajar kaum Iban tingkatan empat telah dipilih dari empat buah sekolah.

Instrumen yang digunakan untuk menguji tahap pencapaian kemahiran proses

sains dalam kajian ini adalah Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang

terdiri daripada 36 item. Kajian ini menggunakan instrumen yang diubahsuai oleh

Zurida Haji Ismail dan Ismail Jusoh daripada Test Of Integrated Process Skill

(TIPS) yang dibangunkan oleh Burns, Okey dan Wise (1985) dan berbentuk aneka

pilihan. Perisian Statistical Pakage For Social Science- versi 10 For Windows

(SPSS) digunakan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan dan analisis data.

Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian kemahiran proses sains

bersepadu keseluruhan ialah 39.44%. Dapatan kajian juga mendapati pencapaian

responden perempuan lebih baik daripada responden lelaki. Responden yang

penjaganya sebagai pengawai kerajaan/ swasta mempunyai tahap pencapaian yang

paling baik. Manakala responden yang penjaga sebagai buruh adalah paling lemah.

Kesimpulan yang boleh didapati melalui kajian ini menunjukkan bahawa tahap

pencapaian pelajar Iban Tingkatan Empat di kawasan kajian adalah lemah.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the achievement of the science

process skills among secondary school students at Sri Aman, Sarawak. Five

integrated science process skills were tested. These includes identifying variables,

identifying hypotheses, defining operationally, designing experiments and

graphing and interpreting data. About 143 form four Iban students from four

schools were chosen. A test on Science Process Skill which has 36 items was used

as the instrument for this research. The instrument chosen in this research was the

one which was modified by Zurida Haji Ismail and Ismail Jusoh from Test of

Integrated Process Skill (TIPS) developed by Burns, Okey and Wise (1985) and it

is in the multiple-choice format. Statistical Package for Social Science- vision 10

for Windows (SPSS) was used to calculate the reliability analysis and for data

analysis. The result obtained showed that the average achievement for all

integrated science process skills is 39.44%. The results also showed that average

achievement for female respondent is better than the male respondent. The

respondents who are under the custodian of government and private officers

shows the best achievement in science process skill. However the respondents

who are under the custodian of labours show the weakness achievement. As

compared to the overall result the achievement of science process skill among

students Iban form four in research place is still at a low level.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SINGKATAN/ SIMBOL/ ISTILAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Persoalan Kajian 9

1.5 Objektif kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi

1.8.1 Membuat Hipotesis 12

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

viii

1.8.2 Mendefinisi Secara Operasi 13

1.8.3 Mengeksperimen 13

1.8.4 Mengawal Pembolehubah 14

1.8.5 Mentafsir Maklumat 15

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 16

2.2 Perkembangan Kemahiran Proses Sains 16

2.3 Pencapaian Kemahiran Proses Sains

2.3.1 Pencapaian Kemahiran Proses Sains

Luar Negara 21

2.3.2 Pencapaian Kemahiran Proses Sains

Dalam Negara 24

2.4 Kesimpulan 31

BAB 3 METEDOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Populasi Kajian 33

3.3.1 Sampel Kajian 34

3.4 Instrumen Kajian 35

3.5 Masa Menjalankan Kajian 36

3.6 Prosedur Kajian 36

3.6.1 Mendapat Kebenaran 36

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

ix

3.6.2 Lawatan Ke Sekolah 37

3.6.3 Pemilihan Sampel 37

3.6.4 Ujian Kemahiran Proses Sains

Bersepadu 37

3.7 Pengumpulan Data 37

3.8 Cara Menganalisis Data 38

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data Dan Perbincangan

4.2.1 Latar Belakang Responden 40

4.2.1.1 Frekuensi Responden Mengikut Jantina 40

4.2.1.2 Frekuensi Responden Mengikut

Perkerjaan Ibu Bapa/ Penjaga 40

4.2.2 Pencapaian Secara Keseluruhan 41

4.2.2.1 Frekuensi Skor bagi Kemahiran Proses

Sains Bersepadu 41

4.2.2.2 Min Skor Bagi Kemahiran Proses sains

Bersepadu 44

4.2.3 Perbandingan Pencapaian Responden

4.2.3.1 Perbandingan Pencapaian Responden

Mengikut Jantina 44

4.2.3.2 Perbandingan Pencapaian Responden

Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa/ Penjaga 45

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

x

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 47

5.2 Perbincangan 47

5.3 Rumusan 55

5.4 Kesimpulan 56

5.5 Implikasi kajian 56

5.6 Cadangan 58

5.7 Cadangan Kajian lanjutan 60

RUJUKAN 62-69 LAMPIRAN 70-72

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.2.1 Penduduk mengikut kumpulan etnik pada 1871,

1947 dan 1960 di Sarawak. 6

1.2.2 Jumlah penduduk mengikut kaum yang terdapat di

Bahagian Sri Aman, Sarawak. 8

1.2.3 Peratusan pelajar yang mengambil matapelajaran

Sains tulen daripada jumlah pelajar yang

mengambil SPM di Bahagian Sri Aman, Sarawak. 9

3.3.2 Sekolah dan jumlah responden 34

4.2.1 Frekuensi responden mengikut jantina 40

4.2.2 Frekuensi responden mengikut pekerjaan ibu

bapa/ penjaga 41

4.2.3 Frekuensi skor bagi Kemahiran Proses Sains

Bersepadu 43

4.2.4 Min skor bagi Kemahiran Proses Sains

Bersepadu 44

4.2.5 Perbandingan pencapaian responden mengikut

jantina 45

4.2.6 Perbandingan pencapaian responden mengikut

Pekerjaan ibu bapa/ penjaga 46

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

xii

SENARAI SIMBOL

BSCS - Biological Science Curriculum Study

BSPS - Basic Science Process Skills

GALT - Group Assessment Of Thinking

IPS - Introductory Physical Science

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

KPS - Kemahiran Proses Sains

KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu

PEKA - Pentadbiran Elemen Kemahiran Amali

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

SCIS - Science Curriculum Improvement Study

S.M.K. - Sekolah Menengah Kerajaan

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SES - Sosia Ekonomi

TGOS - Test of Grapping in Science

TIPS - Test of Integrated Process Skills

TOLT - Test of Logical Thinking

TOSP - Test of Science Process

TSIS - Test of Science Inquiry Skills

UPM - Universiti Putra Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Di Sekolah (Sarawak) 70

B Surat Kebenaran menjalankan kajian

Di Sekolah (Sri Aman) 72

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

1

Bab 1

Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Pada 28 Februari 1991, pihak kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu

rangka kerja rancangan pembangunan Malaysia untuk dicapai dalam tempoh masa

30 tahun yang akan datang iaitu wawasan 2020. Salah satu cabaran yang

termaktub dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat Malaysia yang

berfikiran saintifik dan progresif agar dapat menyumbang kepada perkembangan

tamadun teknologi dan bukan sekadar pengguna teknologi.

Oleh yang demikian, kurikulum tradisi mata pelajaran sains yang terlalu

mementingkan fakta telah dirombak. Murid-murid yang dihasilkan daripada

kursus tradisi ini tidak mempunyai kefahaman tentang sains tetapi sekadar

mempunyai pengetahuan fakta yang luas. Kerja-kerja makmal dalam kurikulum

tersebut hanyalah menyediakan latihan untuk mengembangkan kemahiran

manipulatif dan bukan menyediakan latihan untuk pemikiran saintifik. Tegasnya,

kursus tradisi terlalu memberi penekanan kepada pengetahuan dan sangat kurang

memberi penekanan kepada proses. Kelemahan besar dalam pelajaran sains tradisi

adalah tidak menggambarkan ilmu sains seperti yang diamalkan oleh ahli-ahli

sains sama ada dari segi kandungan mahupun kaedah. Matlamat pengajaran dan

pembelajaran sains tradisi pula tidak dinyatakan dengan jelas dalam sukatan

pelajaran. Ia lebih bertujuan menyediakan murid-murid untuk sesuatu

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

2

peperiksaan. Kurikulumnya merupakan satu sukatan pelajaran yang

menyenaraikan isi kandungan yang perlu diajar, diikuti satu penerangan umum

tentang kerja amali (Tomy Subahan Mohd. Meerah,1999).

Demi mencapai hasrat yang dirangka oleh kerajaan, mutu pendidikan sains

negara perlu ditingkatkan dan diperbarui. Lantaran itu, mata pelajaran sains telah

diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di Tahap II lagi iaitu dari Tahun 4 ke

Tahun 6 di semua sekolah rendah mulai sesi persekolahan Disember

1994, menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia. Pengenalan kurikulum

ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat

untuk memupuk budaya sains dan teknologi serta perkembangan individu setiap

pelajar.

Sementara itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah

diperkemaskan dari masa ke masa untuk memenuhi kehendak semasa. Kurikulum

Sains KBSM digubal berdasarkan kepada tiga perkara penting mengenai sains

iaitu sains sebagai satu bidang keilmuan untuk memahami alam bagi

kesejahteraan manusia dan perkembangan diri. Oleh itu kandungan kurikulum

sains disusun mengikut pendekatan yang menyepadukan ketiga-tiga aspek

berkenaan. Kandungan sains yang dirancangkan merangkumi konsep dan prinsip

sains, penggunaannya nilai murni masyarakat Melayu dan kemahiran saintifik

untuk mengkaji alam sebagai satu kajian empirikal (Aziz bin Nordin, Mohamed

Hussain bin Ibrahim, Abu bakar bin Haji Hashim dan Kamal Basha bin Madarsha,

1989).

Demi mencapai objektif dirancang dalam KBSM, strategi pengajaran dan

pembelajaran KBSM telah mengambil inipati daripada falsafah “saya dengar, saya

lupa; saya lihat, saya tahu: saya buat, saya faham”.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

3

Maka mata pelajaran sains telah diperkayakan dengan penerapan

kemahiran proses sains. Penerapan kemahiran proses sains dalam pengajaran

pembelajaran mata pelajaran sains boleh dianggap sebagai suatu cabaran kepada

pelajar mahupun guru sains sekolah (Abu Hassan bin Kassim, 2001) Ini kerana

penekanan yang sebegini membawa implikasi yang besar kepada amalan

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk tujuan ini strategik

pengajaran dan pembelajaran mata-mata pelajaran sains adalah berteraskan

kepada pembelajaran melalui pengalaman yang relevan dengan kehidupan harian

pelajar, pendekatan inkuiri dan penemuan, pengembangan kemahiran saintifik dan

pemikiran saintifik, kajian dan penyelesaian masalah, aplikasi prinsip sains dan

asimilasi sikap saintifik dan nilai moral. Ini bermakna, segala aktiviti

pembelajaran yang dirancang perlu melibatkan pelajar secara aktif supaya mereka

berpeluang untuk mengembangkan daya pemikiran yang kritis, analitis, kreatif

dan inovatif. Pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan inkuiri dan

penemuan digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar memperolehi

pengetahuan sains serentak dengan kemahiran sainstifik yang merangkumi

kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (Wan Mohd. Zahid bin Mohd

Noordin, 1991 dan Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993).

Selaras dengan perkembangan ini, Pentadbiran Berdasarkan Elemen Kerja

Amali (PEKA) iaitu instrumen penilaian berasaskan sekolah, dengan

menggunakan pendekatan rujuk-kriteria telah diperkenalkan pada tahun 1999

kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 bagi menggantikan Peperiksaan Amali Biologi/

Fizik/ Kimia di peringkat SPM. Pendekatan PEKA dapat memberi maklumat

secara langsung tentang prestasi pembelajaran pelajar yang berorentasikan

kemahiran saintifik dengan berasaskan kriteria tertentu. Dengan pelaksanaan

PEKA ini, pengikisan pengajaran yang berfokuskan kepada pendekatan untuk

mengingat fakta daripada memajukan pemikiran analitikal dan logikal serta

pemupukan daya kretiviti kendiri dapat diperkembangkan. Malahan dapat

menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi juga

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

4

pelajar yang dihajati oleh Falsafah Pendidikan Negara dan Reformasi Pendidikan

(Datuk Matnor bin Daim, 1995).

Melalui PEKA, lebih penekanan diberi kepada penguasaan kemahiran

proses sains berbanding dengan penguasaan fakta-fakta dan prinsip sains semata-

mata. Ini adalah penting kerana kemahiran yang dipelajari akan kekal selepas

fakta-fakta menjadi lapuk atau dilupai (Wellington, 1989). Menurut Abu Hassan

(2001) pula, penguasaan kemahiran saintifik merupakan aspek terpenting dalam

proses pengajaran-pembelajaran sains di semua peringkat persekolahan di

Malaysia. Jelaslah, penguasaan kemahiran saintifik adalah amat penting sebagai

alat untuk para pelajar menyelidik dan menerokai ilmu sains (Wan Mohd Zahid,

1992).

Kemahiran proses sains sebenarnya merupakan satu pendekatan atau cara

yang dipakai untuk memperolehi dan menerokai fakta-fakta sains. Di antara

kemahiran proses sains dan isi kandungan sains terdapat hubungan yang rapat.

Fakta-fakta sains diperolehi melalui soalan “Apa?”, sedangkan kemahiran proses

sains pula untuk menjawab persoalan “Bagaimana?”. Kemahiran proses sains

adalah kemahiran yang digunakan dalam pembelajaran sains dan diaplikasikan

dalam kehidupan seharian. Seseorang pelajar dikira menguasai kemahiran proses

sains sekiranya ia dapat memerhati, membeza, mengelas, membuat inferens dan

seumpama dengannya (Lawson, A.E., 1995; Trowbridge, L.W. et.al., 1981).

Kemahiran proses sains dibahagikan kepada dua jenis kemahiran iaitu

kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu (Sayer, M. dan

Adey, P.S., 1981, Hacker dan Rowe, M.J., 1985, dan Garnett, P.J. et.al.,1985).

Kemahiran proses sains asas terdiri daripada kemahiran memerhati, mengukur dan

menggunakan nombor, mengelas, membuat inferens, menggunakan perhubungan

ruang dan masa, meramal dan berkomunikasi. Manakala kemahiran proses sains

bersepadu merupakan proses berfikir yang kompleks yang menggabungkan dua

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

5

atau lebih kemahiran proses sains asas. Contoh kemahiran proses sains bersepadu

ialah seperti mentafsir data dan maklumat, mendefinisi secara operasi, membuat

hipotesis, mengawal pemboleh ubah dan mengeksperimen (mereka bentuk uji

kaji).

Setiap individu perlu menguasai kemahiran proses sains asas terlebih

dahulu sebelum menguasai kemahiran proses sains bersepadu. Pelajar-pelajar

pada peringkat umur 10 tahun (Darjah 4) hingga 15 tahun (Tingkatan 3) adalah

dijangkakan telah menguasai kemahiran proses sains asas. Sedangkan kemahiran

proses sains bersepadu dapat dicapai oleh pelajar bila meningkat umur 15 tahun

ke atas. Namun begitu, penguasaan kemahiran tersebut tidaklah bergantung

kepada umur, kadang kala terdapat para pelajar yang sudah menguasai kemahiran

proses sains bersepadu bila menjangkau umur 13 tahun (Inhelder dan Piaget,

1958).

Jelaslah di sini, kepentingan kemahiran proses sains dalam matapelajaran

sains. Dengan pelaksanaan kemahiran proses sains ini, diharapkan pelajar dapat

menguasai matapelajaran sains dengan mudah dan berkesan. Selaras dengan

hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyasarkan agar pendidikan

negara di masa akan datang mengikut nisbah 60.0 peratus pelajar sains dan 40.0

peratus pelajar sastera dapat dicapai dengan kesukarelaan pelajar bukannya

paksaan.

1.2 Latar belakang Masalah

Negeri Sarawak terletak di bahagian barat laut pulau Borneo dan

berukuran 124450 kilometer persegi meliputi 37% daripada jumlah keluasan

daratan Malaysia yang lebih kurang 336700 kilometer persegi. Dari segi fizikal,

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

6

negeri ini boleh dibahagikan kepada tiga kawasan utama: dataran lanar pantai,

pedalaman pergunungan dan jalur tengah yang umunnya terletak antara dataran

lanar pantai dan bahagian pedalaman pergunungan. Sebahagian besar kawasan

penuh diliputi hutan hujan khatulistiwa utama dan lebih kurang 25% daripada

tanah digunakan untuk pertanian (Ooi Keat Gin, 2001).

Dengan anggaran penduduk 2 juta orang pada tahun 2000, Negeri Sarawak

mempunyai penduduk berbilang bangsa. Jadual 1.2.1 menunjukkan bilangan

penduduk mengikut etnik di Sarawak pada tahun 1947, 1960, 1991 dan 2000.

Jadual 1.2.1: Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik pada 1947, 1960, 1991 dan 2000. ( Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur)

Kumpulan

Etnik

1947 1960 1991 2000

Orang

Melayu

97479(18%) 129300(18%) 350570(21.57%) 462270(22.32%)

Orang

Iban

190326(35%) 237741(32%) 483468(29.74%) 603735(29.14%)

Orang

Dayak

Darat

42195(8%) 57619(8%) 135595(8.34%) 166756(8.05%)

Orang

Melanau

35560(7%) 44661(6%) 93721(5.76%) 112984(5.45%)

Lain-lain+ 29867(5%) 37931(5%) 114720(7.05%) 188531(9.10%)

Orang

Cina

145158(27%) 299154(31%) 447525(27.53%) 537230(25.93%)

Jumlah 540585 736406 1625599 2071506

• + Termasuk orang Kenyah, Kayan, Kedayun, Murut, Kelabit, Bisaya,

Punun dan lain-lain.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

7

Berdasarkan fizikal Sarawak, etnik-etnik dan sejarah yang berbeza dengan

negeri-negeri yang lain di Malaysia, maka terdapat perbezaan dalam kesedaran,

persepsi, aspirasi dan sikap pelajar terhadap pendidikan (Ibrahim Abu Shah,

1995). Oleh yang demikian, jika ingin memahami serba sedikit keadaan

pendidikan sains di Sarawak, salah satu faktor yang perlu diambil berat ialah

kepelbagaian etnik di Sarawak. Ini adalah kerana hasil pendidikan berasaskan

kaum oleh penjajah iaitu mengamalkan amalan sekolah vaskular. Sebagai kaum

yang terbesar di Sarawak iaitu kaum Iban sudah tentu akan mempengaruhi setiap

isu pendidikan sains.

Pada abad kesembilan belas, masyarakat Iban terkenal dengan lanun dan

pemburuan kepala. Pemburuan kepala merupakan tradisi kemegahan yang

mempunyai fungsi untuk mengakhiri masa berkabung, kepahlawanan seorang

pemuda dan sebagai mas khawin (Pringle, Robert, 1970). Kebanyakan orang Iban

ini merupakan penganut animisme tetapi agama Kristian semakin diterima

terutamanya dalam kalangan generasi muda melalui sekolah mubaligh. Mereka

melibatkan diri dalam penanaman berpindah, iaitu padi bukit di kawasan

pedalaman yang berbukit; setengahnya beralih kepada penanaman padi sawah dan

pokok getah. Kebanyakan mereka menduduki luar bandar terutamanya di

bahagian Kedua (Sri Aman) dan ketiga (Sibu) dengan penumpuan di kawasan

sistem Sungai Lupar, Saribas dan Rajang (Benedict Sandin, 1967). Berikut adalah

jumlah penduduk mengikut kaum di bahagian Sri Aman :

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

8

Jadual 1.2.2: Jumlah Penduduk Mengikut Kaum Yang Terdapat

Di Bahagian Sri Aman Pada Tahun 1991 dan 2003. (Sumber: Jabatan

Perangkaan Malaysia, Kuching.)

Kaum 1991 2003

Iban 91046(55.92%) 98933(54.09%)

Melayu 53159(32.65%) 66002(36.09%)

Cina 16668(10.24%) 15737(8.60%)

Bidayuh 765(0.47%) 755(0.41%)

Malanau 356(0.22%) 472(0.26%)

Bukan Warga Negara Malaysia 390(0.24%) 638(0.35%)

Bumiputera lain 202(0.12%) 276(0.15%)

Lain-lain 219(0.13%) 89(0.05%)

Jumlah 162805 182902

Kebanyakan ibu bapa pelajar kaum Iban adalah tiada pendidikan formal

iaitu 48.7% bapa dan 71.1% ibu (Ibrahim Abu Shah, 1995), maka pelajar ini

kebanyakan mempunyai keluarga yang kurang menekankan “Scientific Thinking”.

Galakan keluarga dan persekitaran yang tidak begitu merangsang pertumbuhan

minat terhadap sains menyebabkan pelajar tadi cenderung untuk merasakan

bahawa bidang sains terlalu sukar dan abstrak (Syed Yusainee Syed Yahya dan

Mohd Noor Ramlan, 1995). Ini pasti menjejaskan hasrat kerajaan dalam

pembentukan masyarakat celik sains (Science Literate) iaitu satu isu yang telah

lama diberi perhatian sejak tahun 1967 di mana kerajaan mencadangkan dasar

nisbah pelajar aliran sains: sastera di peringkat sekolah menengah sebagai 60:40

(Sharifah Maimunah & Lewin, 1993). Statistik jelas menunjukkan bahawa pelajar

kaum Iban kurang mengikuti aliran sains. Berikut adalah analisis pelajar yang

mengambil matapelajaran sains tulen di bahagian Sri Aman:

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · psz 19 : 16 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul: meninjau tahap pencapaian kemahiran proses sains bersepadu di

9

Jadual 1.2.3 Peratusan pelajar yang mengambil matapelajaran Sains tulen

daripada jumlah pelajar yang menduduki SPM di Bahagian Sri Aman.

(Sumber: Bahagian Peperiksaan Sri Aman)

Kimia (kod-4541) Fizik(kod-4531) Biologi(kod-4551)

2000 14.99%(365) 8.46%(206) 13.18%(321)

2001 15.80%(379) 12.43%(296) 8.92%(214)

2002 19.69%(517) 15.42%(405) 12.19%(320)

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap pencapaian kemahiran proses

sains pelajar Iban tingkatan empat buah sekolah di Sri Aman, Sarawak

terutamanya dalam kemahiran proses sains bersepadu.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan menilai tahap pencapaian kemahiran proses sains

bersepadu (KPSB) pelajar-pelajar kaum Iban tingkatan empat di Sarawak. Hasilan

ujian KPSB yang diambil oleh pelajar akan menjawab soalan berikut:

(a) Apakah tahap pencapaian pelajar dalam keseluruhan kemahiran proses

sains bersepadu?

(b) Apakah tahap pencapaian pelajar dalam kemahiran proses sains

bersepadu merentasi jantina?

(c) Apakah tahap pencapaian pelajar dalam kemahiran proses sains

bersepadu mengikut latar pekerjaan ibu bapa/ penjaga?