Upload
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN OBJEK PEMBELAJARAN DIGITAL BAGI TOPIK
PRINSIP-PRINSIP REKABENTUK BERDASARKAN STRATEGI
PEMBELAJARAN AKTIF
SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya : PAULINA BINTI HENRY _________
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: KG MANDURING, DR. JAMALLUDIN HJ. HARUN P/S 103 KANIBONGAN Nama Penyelia 89108 KOTA MARUDU, SABAH Tarikh : 26 APRIL 2006 Tarikh : 26 APRIL 2006
SULIT
TERHAD
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)”.
Tandatangan : Nama Penyelia : DR. JAMALLUDIN HJ. HARUN Tarikh : 26 APRIL 2006
PEMBANGUNAN OBJEK PEMBELAJARAN DIGITAL BAGI TOPIK PRINSIP-
PRINSIP REKABENTUK BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN AKTIF
PAULINA BINTI HENRY
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
“Saya akui karya ini “Pembangunan Objek Pembelajaran Digital Bagi Topik
Prinsip-Prinsip Rekabentuk Berdasarkan Strategi Pembelajaran Aktif” adalah hasil
kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : Nama Penulis : PAULINA BINTI HENRY Tarikh : 25 APRIL 2006
iv
PENGHARGAAN
Dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini, ramai individu yang terlibat
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Malahan beberapa individu
tertentu telah menyumbangkan idea serta pemahaman yang mendalam berkenaan
projek ini. Pertama sekali saya ini memberikan penghargaan yang tidak terhingga
kepada penyelia projek saya iaitu Dr. Jamalludin Hj. Harun yang sememangnya
dikenali sebagai seorang yang amat berdedikasi dalam apa pun yang beliau lakukan.
Bimbingan serta tunjuk ajar yang beliau berikan begitu banyak membantu saya
dalam menyiapkan projek ini.
Saya juga menghargai persahabatan serta bermacam jenis bantuan dan
pertolongan daripada rakan seperjuangan Nurul Hadyani Ahmad, Irwan Shah Mohd
Ghani, Noraslinda Karnain dan Fadhliatun Suhaili. Tidak lupa juga kepada keluarga
CCC Taman Universiti serta keluarga saya yang tercinta yang banyak menyokong
saya dalam doa dan iman mereka.
v
ABSTRACT
A digital learning object (DLO) was developed to minimise the problems
occurred in providing common learning materials. The problems stated here are time
and cost consuming development of a complete course for the whole subject. To
overcome this kind of problem, DLO was a choice because of its small attribute
therefore time and cost effective in development. Besides, this DLO was applied in
web environments that support active learning strategy. The developed DLO was a
reusable, discrete learning experience, interactive and objective-based learning
material. This DLO was aimed to present learning activities based on active learning
strategy for the topic of Principles of Design. The target audience for this OPD were
students from Faculty of Educations in Universiti Teknologi Malaysia and also those
students who were taking courses related to design.
vi
ABSTRAK
Suatu objek pembelajaran digital (OPD) telah dibangunkan bagi mengatasi
beberapa masalah-masalah dalam menyediakan bahan-bahan pembelajaran. Antara
masalah-masalah yang dimaksudkan adalah pembangunan suatu perisian lengkap
bagi keseluruhan mata pelajaran adalah sukar dengan mengambil masa yang lama
serta kos yang tinggi. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini maka OPD dipilih
kerana pembangunannya yang mudah iaitu masa yang singkat serta kos yang lebih
rendah. Tambahan pula, OPD yang dibangunkan diaplikasikan dalam laman web di
mana seterusnya menyokong strategi pembelajaran aktif. OPD yang dibangunkan
mempunyai ciri-ciri seperti kebolehgunaan semula, merupakan pengalaman
pembelajaran yang kecil, interaktif dan berdasarkan objektif yang telah ditentukan.
Pembangunan OPD ini bertujuan untuk menyediakan suatu aktiviti pembelajaran
berasaskan pendekatan pembelajaran aktif bagi topik Prinsip-prinsip Rekabentuk.
Sasaran utama OPD yang dihasilkan adalah pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan di
Universiti Teknologi Malaysia dan juga pelajar-pelajar yang mengambil kursus
berkaitan rekabentuk.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
DEKLARASI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRACT v
ABSTRAK vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENGENALAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar belakang masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 10
1.3 Objektif Kajian 11
1.4 Rasional Kajian 11
1.5 Kepentingan Kajian 12
1.6 Skop dan batasan kajian 13
1.7 Definisi istilah 14
1.8 Penutup 15
2 SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Perkembangan penggunaan computer dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P) 17
viii
2.3 Kepentingan pembelajaran berbantukan computer (PBK)
dalam P&P 18
2.4 Kajian mengenai keberkesanan PBK dalam P&P 21
2.5 Teori Pembelajaran 22
2.5.1 Teori Behavioris 23
2.5.2 Teori Kognitif 23
2.5.3 Teori Konstruktivis 25
2.5.4 Teori Andragogi 28
2.6 Pembelajaran Aktif 29
2.7 Objek Pembelajaran Digital (OPD) 32
2.7.1 Definasi Objek Pembelajaran Digital 33
2.7.2 Ciri-ciri Objek Pembelajaran Digital 34
2.7.3 Kelebihan dan Kelemahan OPD dalam proses
P&P 36
2.7.4 OPD berasaskan web dan rekabentuk pengajaran 37
2.7.4.1 Rekabentuk laman web pendidikan
berasaskan pendekatan OPD 37
2.8 Prinsip Rekabentuk: Masalah dan cabaran yang dihadapi 40
2.9 Penutup 40
3 REKABENTUK LAMAN WEB 42
3.0 Pengenalan 42
3.1 Model Rekabentuk Pengajaran 42
3.1.1 Fasa Analisis 43
3.1.2 Fasa Rekabentuk Laman Web 45
3.1.2.1 Rekabentuk Informasi 45
3.1.2.2 Rekabentuk Antara Muka 46
3.1.2.3 Rekabentuk Interaksi 47
3.1.3 Fasa Pembangunan 48
3.1.3.1 Perisian pembangunan laman web 48
3.1.3.2 Animasi dan kesan khas 49
3.1.3.3 Grafik 49
3.1.4 Fasa Implementasi 49
3.1.4.1 Kaedah penyebaran aplikasi 40
ix
3.1.5 Fasa Penilaian 51
3.2 Penutup 51
4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB 52
4.0 Pengenalan 52
4.1 Rekabentuk umum OPD 52
4.2 Rekabentuk Antaramuka 53
4.2.1 Kebolehgunaan antaramuka 54
4.2.2 Visualisasi 55
4.2.2.1 Grafik dan ikon 55
4.2.2.2 Teks 57
4.2.2.3 Warna 58
4.2.2.4 Rekabentuk skrin dan paparan 60
4.2.3 Kebolehfungsian 61
4.3 Rekabentuk Interaksi 62
4.3.1 Navigasi umum 62
4.3.2 Navigasi luar 63
4.4 Rekabentuk Informasi 64
4.4.1 Objektif Pembelajaran 64
4.4.2 Isi Pelajaran 64
4.4.3 Strategi pembelajaran aktif 65
4.4.4 Pengaplikasian cirri-ciri objek pembelajaran
digital 66
4.4.4.1 Kebolehgunaan semula 67
4.4.4.2 Berdasarkan objektif 67
4.4.4.3 Suatu pengalaman pembelajaran diskret 67
4.4.4.4 Interaktif 68
4.5 Bahan sokongan 68
4.6 Penutup 69
5 PERBINCANGAN PROJEK 70
5.0 Pengenalan 70
5.1 Perbincangan 70
5.2 Masalah dalam rekabentuk 73
x
5.3 Cadangan lanjutan kajian 73
5.4 Rumusan kajian 74
5.5 Penutup 75
RUJUKAN 76-82
Lampiran A – D 83-86
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Spektrum konsep penyesuaian 38
4.1 Laman utama dan tetingkap baru Ruang Putih 53
4.2 Grafik pautan empat topik kecil yang utama 54
4.3 Navigasi pada laman utama 54
4.4 Halaman keseimbangan simetri 56
4.5 Dua halaman menunjukkan penggunaan teks 57
4.6 Penggunaan tema warna primer roda warna pada
laman utama 58
4.7 Roda warna 58
4.8 Tema warna setiap topik utama 59
4.9 Arahan khas 60
4.10 Persembahan grafik 61
4.11 Capaian ke halaman seterusnya 63
xii
SENARAI SINGKATAN
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
FLO - Fast Learning Organization
OPD - Objek Pembelajaran Digital
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
LAN - Local Area Network
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
IT - Teknologi Maklumat
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
IEEE - Electrical and Electronics Engineers Inc.
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta Alir Laman Web 79
B Lembaran Catatan 1 80
C Lembaran Catatan 2 81
D Lembaran Catatan 3 82
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Perkembangan ekonomi negara ke arah k-ekonomi disertakan dengan era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara langsung membawa kepada
perubahan corak pendidikan. Dari sudut pendidikan tinggi, pelajar bukan lagi ‘bahan
mentah’ yang akan dikeluarkan sebagai produk (graduan). Akan tetapi, institusi-
institusi pendidikan tinggi akan menghasilkan produk pengetahuan meliputi kursus,
penyeliaan, akreditasi serta keseluruhan program pendidikan dan persekitaran, yang
menyumbang kepada masyarakat berpengetahuan. Teknologi yang berkembang pesat
juga menjadikan pendidikan, atau secara khususnya proses memperolehi
pengetahuan, telah berubah berbanding beberapa dekad yang lalu. Menurut seorang
profesor dari Universiti Denver:
“...this present sea changes as the ‘third knowledge revolution’...mean the
movement from knowledge that depends on a centrally located
‘manufacturing’ system to knowledge as a global and consumer-driven
process of active inquiry, exploration, and interaction. This revolution has
been ignited by the advent of online computing, but it significance goes far
beyond the explosive growth of online computing.”
(Raschke, 2003)
Revolusi yang dinyatakan di atas adalah selaras dengan perkembangan serta
kepentingan Web pendidikan yang berlaku di kebanyakan negara beberapa tahun
2
kebelakangan ini (Tan, 2003). Menurut beliau lagi, reformasi pendidikan ini berlaku
dari segi:
(i) Inovasi pedagogi seperti konsep pembelajaran sepanjang hayat,
pendekatan sosial-konstruktivis dalam pembelajaran, dan pengajaran
kemahiran generik
(ii) Kaitan antara pembelajaran dengan perancangan dan pembangunan
kerjaya
(iii) Kebolehan dalam Fast Learning Organization (FLO) dalam era
informasi
(iv) Perubahan dalam pengurusan pendidikan yang efisen dari segi
pentadbiran sekolah, pengurusan sumber pengajaran dan pengurusan
sumber manusia
(v) Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran, pembelajaran dan
pengurusan
(vi) Pelbagai integrasi teknologi yang tersirat dalam menyokong semua
inisiatif di atas.
Selaras dengan reformasi ini, penggunaan teknologi maklumat dalam
pendidikan di Malaysia semakin berkembang. Institusi-institusi pendidikan
khususnya pendidikan tinggi berlumba-lumba menaik tarafkan sistem pendidikan
mereka selaras dengan era semasa. Pendidikan jarak jauh, universiti digital, e-
learning serta pelbagai lagi teknologi digital yang diaplikasikan oleh institusi-
institusi pendidikan dalam sistem masing-masing. Di samping itu, pelbagai bahan
teknologi pendidikan telah dibangunkan. Pembangunan bahan teknologi pendidikan
ini sentiasa mengikuti perkembangan semasa dunia pendidikan dengan mengambil
kira kesesuaiannya dengan objektif suatu pengetahuan yang akan disampaikan.
Integrasi antara pendidikan dengan teknologi pendidikan telah mendapat
perhatian ramai pengkaji serta pembangun. Perkembangan teknologi pendidikan
spesifik berkaitan dengan teknologi maklumat telah mewujudkan pelbagai cabaran
dan peluang yang baru dalam pendidikan (Hartini Ahmad, Zulkifli Mohamed Udin
dan Rushami Zien Yusoff, 2002). Selaras dengan itu, pembelajaran menerusi web
3
dikembangkan. Fokus utama dalam perkara ini ialah menjadikan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kepada program berasaskan web supaya pelajar dapat
mengambil bahagian dan belajar. Selain itu, unsur interaktif dan mesra pengguna
juga difokuskan dalam integrasi pendidikan menerusi Web (Tan, 2003). Maka,
menerusi beberapa penyelidikan seperti Hartini Ahmad et al. (2002), Siti Zaiton
Mohd. Hashim et al. (2002) dan Burgess (1996) dengan mengambil kira fokus-fokus
tersebut mendapati pembelajaran berasaskan web memberikan kesan motivasi yang
positif kepada pelajar.
Walau bagaimanapun, penggunaan serta pembangunan pengajaran
berasaskan web tidak dapat lari dari pelbagai kekangan serta cabaran. Kekangan
yang timbul datang dari pelbagai aspek seperti tenaga, masa dan kos pembangunan
sesebuah program (Boyle, 2002). Misalnya pengajar tidak mempunyai masa yang
cukup untuk menyediakan alat pengajaran untuk keseluruhan subjek serta kos
pembangunan suatu perisian yang agak tinggi. Menurut Neilsen (1995), masalah
seperti struktur capaian yang memeningkan akan timbul pada sesebuah aplikasi web
yang mempunyai struktur besar. Perkara ini akan memberikan kesan kepada
pembangun iaitu penyampaian maklumat yang mungkin akan bercelaru dan tidak
mesra pengguna cenderung berlaku. Seterusnya pengguna akan menghadapi masalah
untuk memperolehi maklumat dari aplikasi tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa
pembangunan sesuatu aplikasi web yang besar biasanya dilakukan oleh sebuah
pasukan atau kumpulan yang mengandungi beberapa orang pakar dalam bidang
tertentu. Maka pelbagai aspek seperti kos, masa, kemudahan dan sebagainya perlu
dipertimbangkan secara terperinci dalam pembangunan aplikasi tersebut. Maka skop
pembangunan sesuatu aplikasi web perlu dikecilkan sebagai jalan penyelesaian
kepada masalah-masalah tersebut.
Selain menyampaikan keseluruhan cabang maklumat dalam sebuah aplikasi
besar, cabang-cabang maklumat tersebut boleh dibahagikan kepada aplikasi-aplikasi
kecil yang lebih ringkas. Melalui pengagihan cabang-cabang maklumat ini akan
memberikan fleksibiliti terhadap maklumat tersebut dari segi penggunaan seperti
boleh digunakan dalam semua subjek. Sesuai dengan itu, penggunaan Objek
Pembelajaran Digital (OPD) adalah suatu langkah penyelesaian kepada masalah-
4
masalah tersebut (Jones, 2004 dan Bradley & Boyle, 2004) sama ada kepada
pengajar mahupun kepada pelajar.
1.1 Latar Belakang Masalah
Penggunaan multimedia dalam penyampaian maklumat adalah lebih efektif
berbanding persembahan secara konvensional. Fowler dan Stanwick (2004)
menyatakan bahawa dengan menyediakan data-data melalui pelbagai bentuk seperti
teks, nombor, graf, visual, simulasi dan sebagainya, seseorang pereka bentuk telah
menyediakan suatu maklumat yang berguna kepada pengguna. Perkara seperti ini
diaplikasikan dalam penyampaian pembelajaran sama ada secara digital menerusi
penggunaan aplikasi atau laman web mahupun secara media konvensional seperti
penggunaan tranparensi, poster dan sebagainya. Melalui pemilihan serta pengurusan
media yang betul, maklumat atau objektif sesebuah aplikasi boleh dicapai dengan
berkesan. Selain itu, penggunaan multimedia juga boleh memendekkan jurang antara
konsep dan persembahannya tanpa menggangu kesegaran idea untuk disampaikan
kepada umum (Villamil & Fernandez-Elias, 1997).
Selaras dengan tujuan ini, mata pelajaran Teknologi Multimedia ditawarkan
oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kepada beberapa kursus
pendidikan di fakulti tersebut. Salah satu sub-topik dalam mata pelajaran ini ialah
Prinsip-prinsip Rekabentuk. Sub-topik ini mengajar tentang prinsip-prinsip yang
perlu diambil kira dalam menghasilkan suatu rekabentuk.
Topik ini diharapkan dapat membantu para pelajar yang satu masa nanti
bertugas sebagai guru yang akan membangunkan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran seperti laman web, poster, tranparensi, persembahan elektronik dan
sebagainya. Pengetahuan mengenai prinsip-prinsip rekabentuk akan memastikan
kualiti dan tarikan terhadap bahan tersebut dalam menyampaikan maklumat yang
lebih berkesan. Perkara ini selaras dengan pernyataan Fowler dan Stanwick bahawa:
5
“...visualizations, simulations, and other multi-sensory programs should not
be seen as frivolous, maketer-driven add-ons to the “more serious” text-
based software analysis tools. Rather, they tap into some very basic and
important types of awareness and intelligence, and if well designed, can
support decision-making at a profound level.”
(Fowler and Stanwick, 2004)
Bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan dipengaruhi
oleh faktor-faktor seperti strategi atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
media yang digunakan dan sebagainya (Gagné et al., 1992). Salah satu faktor yang
tidak kurang pentingnya ialah dari segi rekabentuk. Gagné (1970) menyatakan
bahawa komponen pertama dalam pengajaran ialah mendapatkan perhatian.
Rekabentuk sesuatu persembahan dalam pengajaran yang baik mampu menarik
perhatian daripada pelajar (Gagné et al., 1992). Beliau juga menyatakakan bahawa:
“Thus, infromation presented in a text may contain italics, bold print,
underlining, or other kind of physical arrangements designed to facilitate
perception of essential features.”
(Gagné et al., 1992)
Pernyataan tersebut adalah sebagai menerangkan akan komponen keempat dalam
pengajaran (Gagné, 1970) iaitu mempersenbahkan bahan yang telah dibangunkan.
Penggunaan bahan multimedia yang menarik perhatian juga dapat
memberikan unsur-unsur motivasi kepada pengguna untuk menggunakan bahan yang
disediakan tersebut (Abtar Kaur, 1996). Menurut Bates dan Poole (2003) pula,
aplikasi multimedia yang dibangunkan dengan baik akan:
(i) membolehkan pelajar memahami dengan cepat dan mudah berbanding
penggunaan media konvesional lain seperti verbal dan teks.
(ii) membantu pelajar membina dan mempraktikkan kemahiran.
(iii) mengubah cara kita mengetahui atau memahami dan seterusnya apa
yang kita tahu dan faham. Dengan erti kata lain, melalui penggunaan
6
multimedia, pelajar akan mempunyai imej atau pembinaan mental
yang lebih baik berbanding pemahaman melalui penyampaian secara
verbal dan abstrak.
(iv) membolehkan pelajar bergerak daripada contoh yang konkrit kepada
idea umum yang abstrak, dan sebaliknya.
Satu kajian yang dijalankan oleh Abtar Kaur (1996) dari Universiti Malaya,
pembangunan perisian multimedia di Malaysia masih berada di tahap yang sederhana
dari segi pelbagai faktor rekabentuk.
“Much of the courseware currently available would not rate highly on
instructional, interface, and screen design. We need to emphasize the
conclusion of these principles to ensure effective utilization of multimedia
courseware.”
(Abtar Kaur, 1996)
Neilsen (2002) juga menyatakan bahawa terdapat website yang mempunyai konflik
rekabentuk dan masalah kebolehgunaan kerana tidak mengikuti standard rekabentuk
yang baik. Oleh yang demikian, untuk menyediakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang baik dan berkesan, ahli-ahli pendidik seharusnya mempunyai
pengetahuan tentang prinsip rekabentuk.
Sementara itu, pengawalan merupakan satu aspek yang penting dalam
pendidikan khususnya dalam pendidikan tinggi. Oleh itu, pembelajaran yang
menumpukan kepada pelajar di mana pengajar sebagai fasilitator adalah cara yang
akan menggalakkan pembinaan pengetahuan yang berguna dalam diri pelajar. Suatu
budaya pembelajaran perlu dibentuk untuk menghasilkan generasi muda yang
mempunyai tahap intelektual yang mantap (Zahrah Halim, 1996) iaitu:
(i) berpusatkan pelajar, bukan berdasarkan guru;
(ii) pembinaan pengetahuan, bukan hanya pemindahan pengetahuan;
(iii) terbuka pada rundingan pembelajaran, bukan hanya memberikan;
(iv) mengikut kesesuaian individu, bukan kepada purata;
7
(v) menurut permintaan, bukan berjadual;
(vi) fleksibel, bukan ditentukan oleh kalendar;
(vii) pengembangan sosial secara rangkaian, bukan terasing;
(viii) menyeluruh, bukan dipusatkan.
Maka untuk mengoptimumkan penyampaian pembelajaran selaras dengan
teknologi semasa, pembelajaran berasaskan Web merupakan salah satu media
penyampaian yang dicadangkan. Internet dan teknologi Web memainkan peranan
penting dalam menggalakkan inovasi pedagogi dan pelbagai perubahan dalam
pengurusan pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan (Tan, 2003). Melalui
kelebihan-kelebihan teknologi Web dari segi komunikasi, kawalan dan fleksibiliti
boleh membantu pengajar dan juga pelajar mencapai objektif pendidikan.
Pembelajaran berasaskan Web menyumbangkan kepada perolehan maklumat
yang pelbagai dan luas. Akan tetapi tidak semua maklumat yang diperolehi itu
memenuhi kehendak bidang atau pelajar itu sendiri. Malah dalam institusi pengajian
tinggi, penggunaan bahan yang terancang tidak lagi efektif disebabkan oleh corak
pengajaran pensyarah yang berlainan. Oleh itu, bahan yang lebih spesifik akan
memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk menggunakan bahan tersebut dalam
konteks keperluan mereka (Bates dan Poole, 2003). Maka, OPD merupakan suatu
cara untuk menyediakan bahan pembelajaran yang lebih efektif dan memenuhi
keperluan tersebut. Beberapa ciri OPD menurut Gibbons, Nelson dan Richards
(2000) adalah seperti:
(i) adaptive to the individual,
(ii) generative rather than pre-composed, and
(iii) scalable to industrial production levels without proportional
increases in cost
Secara umumnya, OPD merupakan sumber digital yang boleh digunakan
berulang kali dalam membantu pembelajaran. Wiley (2000) menyatakan OPD
merupakan suatu bahan digital yang disampaikan melalui internet, bermaksud
sesiapapun boleh mendapatkannya dan menggunakannya berulang kali. Manakala
8
menurut Bates dan Poole (2003), pelbagai contoh objek pembelajaran digital adalah
seperti sebuah grafik, satu perenggan teks, slaid, ujian kendiri, simulasi eksperimen
makmal, modul pengajaran yang ringkas atau juga sebuah perisian lengkap. Melalui
sifat fleksibiliti OPD ini, ia boleh disesuaikan dengan apa jua bentuk kurikulum
sesebuah institusi.
Memandangkan kurikulum di peringkat pendidikan tinggi adalah lebih
terbuka, maka OPD merupakan suatu bahan yang sesuai digunakan. Sebagai contoh,
sebuah laman web A mungkin mengandungi berpuluh-puluh indeks berasingan
tentang sejarah dalam bidang sains manakala laman web B mengandungi banyak
indeks berasingan tentang konsep-konsep Fizik. Maka objek yang berkaitan daripada
laman web A dan B dipilih seterusnya dikumpul oleh pengguna yang mengkaji
tentang Prinsip Archimedes. Beberapa objek daripada sumber lain juga mungkin
akan ditambah oleh pengguna tersebut. Malah OPD diibaratkan oleh Wiley (2000)
sebagai LEGO disebabkan oleh ciri-ciri seperti ini. Beliau menyatakan bahawa:
“Learning objects and their behavior have been likened to LEGOs, Lincoln
Logs, and other children’s toys in a twofold effort to (1) communicate the
basic idea and (2) put a friendly, familiar face on a new instructional
technology. These analogies continue to serve their intended purpose of
giving those new to the idea an easy way of understanding what we are trying
to do: create small pieces of instruction (LEGOs) that can be assembled
(stacked together) into some larger instructional structure (castle) and reused
in other instructional structures (e.g., a spaceship).”
(Wiley, 2000)
Ciri OPD yang fleksibel ini memberi kemudahan yang berguna kepada para pelajar
khususnya juga kepada pembangun atau pengajar itu sendiri di mana akan
memudahkan kerja mereka.
Tambahan pula, OPD membolehkan pembangun menyediakan sesuatu bahan
hanya sekali, dan meletakkannya pada pangkalan data lalu menyampaikan bahan
tersebut dalam pelbagai struktur yang berlainan (Tan, 2003). Selain itu, pihak yang
9
bertanggungjawab membangunkan bahan-bahan maklumat tadi tidak perlu
membangunkan satu perisian lengkap yang mengandungi semua maklumat tentang
sesuatu subjek. Ini seterusnya boleh menjimatkan masa serta kos pembangunan
sesuatu bahan pembelajaran. Malahan jika merujuk pada contoh di atas, tidak semua
pelajar yang mengkaji tentang Prinsip Archimedes akan mengkaji tentang
sejarahnya. Situasi atau hasil pembelajaran seperti ini biasanya akan berlaku dalam
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar membina teori
serta mendapatkan pengetahuan sendiri.
Sifat-sifat OPD yang telah dibincangkan seterusnya boleh dijadikan sebagai
satu bahan yang boleh menyokong perlaksanaan pelbagai strategi pembelajaran.
Paradigma pembelajaran telah berubah dari pemindahan pengetahuan kepada suatu
bentuk yang menggalakkan pelajar untuk meneroka, membina dan menghasilkan
pengetahuan melalui pelbagai aktiviti pembelajaran berbantukan komputer (Shanti
Divaharan & Philip Wong, 2003). Kenyataan ini menyokong teori pembelajaran
konstruktivis yang menyatakan pengetahuan dibina melalui pengalaman. Strategi
pembelajaran aktif yang melibatkan pelajar mengambil bahagian sepenuhnya dalam
aktiviti pembelajaran merupakan suatu strategi yang memerlukan bahan
pembelajaran seperti OPD untuk mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Pembelajaran aktif ialah hampir semua aktiviti yang melibatkan pelajar dalam
kandungan pengajaran melalui perbualan dan mendengar, menulis, membaca, dan
berfikir (Meyers & Jones, 1993). Khairiyah Mohd. Yusof et al. (2005) Pembelajaran
aktif ialah teknik P&P dalam kelas yang melibatkan pelajar dalam aktiviti
pembelajaran selain hanya mendengar secara pasif kepada pengajar. Aktiviti yang
dinyatakan termasuk perbualan, perbincangan, membaca, pemikiran aras tinggi,
refleksi dan sebagainya. Strategi ini akan melibatkan aktiviti pembelajaran yang
memerlukan pelajar berhadapan sendiri dengan masalah yang diberikan ataupun
mencari maklumat yang berkaitan dengan sendiri. Menurut Meyer & Jones (1993)
lagi, melalui teknologi komputer semua teknik pengajaran dalam strategi
pembelajaran aktif boleh dilaksanakan. Dalam konteks pembelajaran berbantukan
komputer yang melibatkan unsur-unsur multimedia dalam P&P, strategi
10
pembelajaran aktif akan lebih mudah dilaksanakan dengan bantuan teknologi
internet.
1.2 Pernyataan Masalah
Prinsip-prinsip Rekabentuk merupakan perkara yang harus dipelajari oleh
individu yang terlibat dengan pembangunan sesuatu rekabentuk digital atau
konvensional sama ada untuk pendidikan, perniagaan dan sebagainya bagi
memastikan matlamat suatu rekabentuk itu tercapai. Rekabentuk dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah melibatkan pembangunan bahan-bahan seperti laman web,
perisian, persembahan elektronik, transparensi, poster dan sebagainya. Akan tetapi,
masalah yang dihadapi adalah kurang pemahaman dan penghayatan ini oleh individu
yang berkenaan khususnya pelajar yang mengambil mata pelajaran yang melibatkan
pengaplikasian prinsip-prinsip ini.
Memandangkan sub-topik Prinsip-prinsip Rekabentuk adalah merupakan sub-
topik yang terkandung dalam pelbagai bidang rekabentuk, maka pendekatan dengan
menggunakan OPD adalah sesuai. Individu yang ingin mendapat maklumat tentang
pembinaan suatu laman web boleh mengumpulkan maklumat-maklumat yang
berkaitan seperti Prinsip-prinsip Rekabentuk dan perkara yang sama juga boleh
dilakukan oleh individu lain yang ingin mendapatkan maklumat tentang perisian
persembahan, penyediaan poster, penyediaan transparensi dan sebagainya. Kesemua
individu tadi boleh menggunakan OPD tentang Prinsip-prinsip Rekabentuk yang
sama. OPD ini juga boleh disimpan dalam pangkalan data ataupun disebarkan
melalui sebuah laman web untuk kegunaan akan datang.
Selain dari itu, integrasi elemen-elemen multimedia boleh dilakukan dalam
OPD. Melalui integrasi ini, pembinaan pengetahuan dalam diri pelajar dapat berjalan
dengan mudah dan berkesan. Selain itu, pembangunan suatu perisian lengkap bagi
keseluruhan mata pelajaran adalah sukar dengan mengambil masa yang lama serta
11
kos yang tinggi. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini maka OPD dipilih kerana
pembangunannya yang mudah iaitu masa yang singkat serta kos yang lebih rendah.
Bagi memperbaiki kualiti pemahaman terhadap topik Prinsip-prinsip
Rekabentuk, pengkajian akan berkisar terhadap penghasilan OPD bagi topik Prinsip-
prinsip Rekabentuk. Sebagai mengintegrasikan teknologi multimedia, maka unsur-
unsur interaktif akan dimasukkan dalam pembangunan OPD. Pelbagai elemen
multimedia seperti grafik, animasi dan simulasi akan dimuatkan nanti. Seterusnya
melalui sifat strategi pembelajaran aktif maka OPD ini akan disampaikan dalam
bentuk laman web agar mudah untuk dicapai oleh pengguna.
1.3 Objektif Kajian
(i) Merekabentuk aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan
pembelajaran aktif bagi topik Prinsip-prinsip Rekabentuk.
(ii) Membangunkan OPD bagi mempelajari topik Prinsip-prinsip
Rekabentuk yang berasaskan kepada pendekatan pembelajaran aktif.
(iii) Mengintegrasikan rekabentuk OPD yang dibangunkan ke dalam satu
persekitaran pembelajaran menerusi web.
1.4 Rasional Kajian
Topik Prinsip-prinsip Rekabentuk merupakan asas kepada pembangunan
bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkualiti. Oleh itu kajian yang
dijalankan ini adalah untuk memberikan kefahaman yang mendalam terhadap topik
Prinsip-prinsip Rekabentuk khususnya kepada para pelajar di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kefahaman terhadap topik ini berguna
terutama kepada bakal pendidik yang akan mengaplikasikan penggunaan elemen
multimedia digital serta media-media konvensional yang lain dalam pengajaran
mereka kelak. Perkara ini penting terutamanya dalam menyampaikan bahan
12
pengajaran atau dalam menyediakan bahan pembelajaran kepada para pelajar mereka
untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Disebabkan oleh topik
yang digunakan dalam pelbagai bidang maka pendekatan OPD adalah dipilih.
Penggunaan OPD sebagai pendekatan untuk topik ini adalah untuk
menyesuaikannya dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa. Pendekatan
ini lebih fleksibel dan boleh disesuaikan dengan apa sahaja struktur pengajaran yang
digunakan sesuai dengan gelaran “sumber digital yang boleh digunakan berulang
kali” (Wiley, 2000). Di samping itu, penggunaan web sebagai media sebaran juga
adalah untuk memudahkan pengguna mendapatkan maklumat yang diinginkan.
Teknologi web merupakan satu sumber maklumat yang sering digunakan pada masa
sekarang maka OPD yang akan dihasilkan diaplikasikan dalam perkembangan ini.
Pelajar dan pengajar khususnya lebih mudah untuk mendapatkan sumber-sumber
pengajaran dan pembelajaran daripada internet melalui web yang disediakan oleh
pelbagai pihak. Seterusnya pengaplikasian OPD dalam web ini menyokong teori
pembelajaran konstruktivis di mana pelajar membina pengetahuan sendiri melalui
pengalaman iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pembinaan
pengetahuan seperti ini menggunakan strategi pembelajaran aktif dengan
mengintegrasikan teknologi komputer dan internet dalam P&P yang dijalankan itu.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menyediakan sumber pembelajaran dalam bentuk
digital kepada para pelajar khususnya pelajar kursus perguruan di Fakulti
Pendidikan, UTM. OPD yang akan dibangunkan ini juga boleh digunakan oleh
pelajar-pelajar lain sama ada di UTM mahu pun dari institusi-institusi pengajian
tinggi yang lain untuk mempelajari topik Prinsip-prinsip Rekabentuk. Ini dapat
membantu mereka dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menarik dan berkesan.
13
Tenaga pengajar yang mengajar mata pelajaran yang berkaitan juga boleh
menjadikan OPD ini sebagai bahan bantu mengajar. Disebabkan oleh ciri OPD yang
fleksibel dari segi penggunaan, maka ia boleh digunakan oleh semua pengajar yang
mengajar topik ini mengikut cara dan pendekatan masing-masing.
Pihak Kementerian Pelajaran pula, OPD boleh dimanfaatkan dalam proses
penyediaan bahan P&P. Pendidik yang ingin membangunkan bahan pengajaran dan
pembelajaran akan jimat dari segi kos, masa dan juga tenaga.
Pembangunan OPD ini juga boleh memberi maklumat kepada masyarakat
khususnya golongan yang terlibat dengan bidang rekabentuk sebagai sumber
maklumat dan pengetahuan yang berguna.
1.6 Skop dan Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan hanya menumpu kepada sub-topik Prinsip-prinsip
Rekabentuk khususnya kepada rekabentuk multimedia dalam pendidikan. Tujuh
prinsip iaitu kontras, kesatuan, harmoni, keseimbangan, penekanan, pengulangan
atau konsistensi dan ruang putih akan ditekankan dalam pembangunan ini.
Kandungan mata pelajaran yang disampaikan melalui OPD ini diambil dari silibus
yang digunakan oleh pensyarah-pensyarah UTM yang mengajar topik tersebut.
Pengguna yang akan menggunakan OPD ini juga dianggap telah mengetahui
sedikit sebanyak tentang rekabentuk multimedia. Pendekatan yang digunakan adalah
OPD di mana menyokong strategi pembelajaran aktif. Laman web OPD yang
dibangunkan ini juga tidak melalui fasa penilaian secara formal. Walau
bagaimanapun, penilaian informal akan dilakukan untuk melihat secara umum akan
penilaian terhadap OPD ini.