Upload
others
View
8
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERASASKAN WEB BAGI TAJUK SEL: STRUKTUR DAN FUNGSI STRUKTUR SEL TINGKATAN EMPAT
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
Saya : HAIRULZIN BIN MD. AMIN
( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.
2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak.
5. * Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
6. ** Sila tandakan (√ )
SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 )
TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 44, KAMPUNG PARIT BENGKOK PM. DR. HJH . ZALEHA BINTI ISMAIL MUKIM 2 BAGAN,
83000 BATU PAHAT, Nama Penyelia JOHOR DARUL TA’ZIM.
Tarikh : 7 OKTOBER 2003 Tarikh: 7 OKTOBER 2003 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)”.
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia I : PROF. MADYA DR. HJH. ZALEHA BINTI ISMAIL
Tarikh : …………………………………..
PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERASASKAN
WEB BAGI TAJUK SEL: STRUKTUR DAN FUNGSI STRUKTUR SEL
TINGKATAN EMPAT
HAIRULZIN BIN MD. AMIN
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Biologi)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER 2003
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ............................................................
Nama Penulis : HAIRULZIN BIN MD. AMIN
Tarikh : ............................................................
iii
Sekalung Ucapan:
Teristimewa buat insan-insan
yang memberikan kehidupan kepadaku,
ayah dan bondaku Hj. Md Amin dan Puan Sugini,
yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan buatku,
Buat semua saudara-saudara kandungku yang dikasihi,
Istimewanya buat kekandaku Khairul Liza dan adindaku Hairuszaman,
Pengorbanan kalian akan kukenang sehingga ke akhir hayat.
Buat sahabat-sahabat semua yang sama-sama berjuang di sini,
Kenangan bersama kalian sentiasa segar dalam ingatan.
Istimewa sekali buat insan yang menyuburkan semangat buatku,
Fazidah Bte Abd. Rahman sekeluarga,
Terima kasih atas kebaikan dan kesetiaan serta doa yang berpanjangan,
Ya Allah, Tuhan yang menetapkan segala sesuatu.
Hanya Engkaulah yang memberikan segala kekuatan kepadaku,
Golongkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang bersyukur.
Amin.
iv
PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke
atas junjungan Rasulullah (SAW) serta keluarga dan sahabat baginda.
Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat juga Projek Sarjana
Muda ini disempurnakan berkat kekuatan dan kemudahan yang dikurniakan
olehNya.
Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Profesor Madya
Dr. Hjh. Zaleha Binti Ismail selaku pensyarah pembimbing yang sudi memberi ilmu
yang berguna, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek
ini sempurna disiapkan.
Kepada rakan-rakan sekalian, diucapkan terima kasih di atas kebaikan,
bantuan dan dorongan yang dihulurkan.
Semoga Allah merahmati kita semua.
v
ABSTRAK
Pendekatan yang berpusat murid merupakan salah satu teknik pengajaran
yang berkesan dalam menyampaikan isi pelajaran. Penekanan diberi kepada
penglibatan pelajar secara aktif, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan
kritis dan perbezaan individu menjadi satu faktor yang perlu diambil kira. Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) yang dibina secara sistematik adalah satu alternatif dalam
memenuhi keperluan tersebut. Ditambah lagi dengan penggunaan komputer, maka
proses pembelajaran akan menjadi lebih menarik, interaktif, tersusun dan bermakna.
Projek ini bertujuan membangunkan satu MPK dalam bentuk halaman web, bagi
mata pelajaran Biologi tingkatan empat yang bertajuk Sel: Struktur dan Fungsi
Struktur Sel. MPK yang dibina adalah berdasarkan Model Teras Cabang Shaharom.
Dalam membangunkan halaman web ini, faktor utama yang ditekankan adalah
elemen interaktiviti yang digabungjalinkan dengan ciri-ciri pembelajaran yang
berkesan seperti pembelajaran berpusat pelajar, kepelbagaian aktiviti, pembelajaran
penerokaan dan penilaian berterusan. Projek ini menjadikan grafik, animasi serta
susun atur paparan sebagai kekuatan yang dapat dimanipulasikan bagi menarik minat
pelajar terhadap topik yang disediakan. Dengan terhasilnya MPK dalam bentuk
halaman web ini, diharapkan mutu serta gaya proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) masa akan datang bakal berubah seiring dengan kemajuan teknologinya.
vi
ABSTRACT
Student centered approach is an effective teaching technique to present
learning materials. This technique considers individual differences and emphasis on
active involvement of students, encouraging students to think creatively and
critically. The Self Instructional Module (SIM) that is developed systematically is an
alternative to fulfill this need. Moreover with computers, the learning process will be
more interesting, interactive, systematic and meaningful. The aim of the project is to
develop a web-based SIM, for Form Four Biology subject on Cell: Structure and
Function of Cell Structure. The SIM is based on Shaharom “Teras Cabang Model”.
The major factor that has been highlighted on developing the website is the element
of interactivity that has been combined with effective learning properties which
include student centered learning, multiple activities, exploratory learning and
continuous evaluation. This project set the graphic, animation and interface layout as
the advantages which can be manipulated to attract student’s interest on the topic
given. With the availability of SIM, it is hoped that the quality and the way of
learning in the future will be changed in line with technology development.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Rajah xii
Senarai Singkatan xiv
Senarai Lampiran xv
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.2.1 Tahap Keupayaan Pelajar 3
1.2.2 Tekanan Guru 3
1.2.3 Bahan Pengajaran 4
1.2.4 Masalah Pelajar Dalam Mempelajari Tajuk
Sel 5
1.3 Objektif Projek 6
1.4 Skop Projek 7
1.5 Kepentingan Projek 7
1.5.1 Pelajar 7
1.5.2 Guru 8
1.6 Definisi Istilah 8
viii
1.7 Penutup 9
II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 11
2.2 Matlamat Pengajaran Biologi 12
2.3 Permasalahan Berkaitan Pembelajaran Mata
pelajaran Biologi 12
2.3.1 Kemampuan Pelajar Menghubungkaitkan
Konsep 13
2.3.2 Kekurangan Penggunaan Rajah dan Gambar
Dalam Pengajaran 14
2.3.3 Pengajaran Secara Pendekatan Eksperimen 14
2.3.4 Penerapan Nilai Murni 15
2.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBSM 16
2.4.1 Pendekatan dan Strategi Penyampaian Isi 16
2.4.2 Pendekatan dan Strategi Penyerapan Nilai
Murni 17
2.4.3 Perkembangan dan Peningkatan Intelek
Pelajar 17
2.4.4 Perkembangan dan Peningkatan Kemahiran
Berfikir 18
2.4.5 Strategi Penglibatan Murid Dalam Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran 18
2.5 Pengenalan Pengajaran Bermodul 18
2.5.1 Konsep Pengajaran Bermodul 19
2.5.2 Objektif Modul 20
2.5.3 Ciri-ciri Modul Pengajaran dan
Pembelajaran 21
2.6 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 22
2.7 Model-Model Pembinaan MPK 23
2.7.1 Model Meyer 23
2.7.2 Model Shaharom 25
2.8 Rasional Menggunakan Model Teras-Cabang 27
2.9 Ciri-Ciri MPK yang Berkesan Dalam Proses
ix
Pengajaran dan Pembelajaran 28
2.9.1 Penerangan Secara Langsung 29
2.9.2 Penerangan Objektif yang Jelas 29
2.9.3 Kaedah Penyampaian yang Berstruktur 30
2.9.4 Kawalan Sepenuhnya Oleh Pelajar 30
2.9.5 Memupuk Sikap Bekerjasama 30
2.9.6 Pelajar Menilai Prestasi Sendiri 31
2.9.7 Mewujudkan Motivasi 31
2.9.8 Memudahkan Ulangkaji 32
2.9.9 Rujukan Tambahan 32
2.10 Kelebihan Pembelajaran Berbantu Komputer 32
2.11 Pengenalan Kepada Internet 33
2.12 Penutup 34
III PEMBANGUNAN LAMAN WEB
3.1 Pengenalan 36
3.2 Dokumen Perancangan 37
3.2.1 Pengenalan 37
3.2.2 Sumber Bahan 38
3.2.3 Analisis 39
3.2.3.1 Objektif Pembelajaran 39
3.2.3.2 Kumpulan Sasaran 39
3.2.3.3 Isi Kandungan 40
3.2.3.4 Jadual Spesifikasi Isi Pelajaran 41
3.2.3.5 Soalan yang Mengukur Objektif 42
3.2.3.6 Perisian yang Digunakan 42
3.2.3.7 Spesifikasi Perkakasan 43
3.3 Pembinaan Carta Alir 43
3.4 Penyediaan Papan Cerita 46
3.4.1 Reka Bentuk Papan Cerita Menu Utama 48
3.4.2 Reka Bentuk Papan Cerita Isi Kandungan
Untuk Subtopik Membran Plasma 49
3.4.3 Reka Bentuk Papan Cerita Isi Kandungan
x
Untuk Subtopik Mitokondrion 50
3.5 Penutup 51
IV HASIL LAMAN WEB MPK
4.1 Pengenalan 53
4.2 Kandungan Menu Utama 53
4.3 Kandungan Laman Web 54
4.3.1 Penerangan Objektif yang Jelas 56
4.3.2 Penerangan Secara Langsung 56
4.3.3 Kaedah Penyampaian yang Berstruktur 57
4.3.4 Memupuk Semangat Bekerjasama 58
4.3.5 Kawalan Sepenuhnya Oleh Pelajar 60
4.3.6 Pelajar Menilai Prestasi Sendiri 62
4.3.7 Paparan Aktiviti Pemulihan 63
4.3.8 Paparan Pengayaan 64
4.4 Pendekatan Dalam Menyampaikan Isi 65
4.4.1 Paparan Secara Linear 65
4.4.2 Paparan Animasi 66
4.4.3 Paparan Tunjuk Cara Membina Model 67
4.5 Penutup 68
V KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 69
5.2 Kekuatan dan Kelemahan Laman Web 70
5.3 Masalah yang Dihadapi Semasa Membangunkan
Projek 71
5.4 Cadangan Mempertingkatan Kekuatan dan
Memperbaiki Kelemahan 72
5.5 Kesimpulan 74
5.6 Penutup 75
SENARAI RUJUKAN 76
LAMPIRAN 81
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Jadual spesifikasi isi pelajaran 42
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Tajuk dan subtajuk dalam mempelajari
tajuk sel 40
3.2 Carta alir laman web Modul Pengajaran
Kendiri yang Dibina 44
3.3 Carta alir bahagian isi kandungan dalam web 45
3.4 Carta alir bahagian pengukuhan dalam web 45
3.5 Carta alir bahagian pengayaan dalam web 46
3.6 Reka bentuk paparan menu utama 48
3.7 Reka bentuk paparan subtopik membran plasma 49
3.8 Reka bentuk paparan subtopik mitokondrion 51
4.1 Paparan menu utama 54
4.2 Paparan laman web yang mengandungi elemen
interaktif 55
4.3 Paparan objektif pembelajaran 56
4.4 Paparan penerangan isi secara langsung 57
4.5 Susunan topik utama dalam laman web 58
4.6 Paparan tugasan berbentuk kajian lapangan 59
4.7 Paparan tugasan berbentuk kerja tangan 60
4.8 Paparan yang memberikan kawalan kepada pelajar 61
xiii
4.9 Paparan ujian diagnostik 62
4.10 Paparan respon ujian diagnostik 63
4.11 Paparan ulangkaji konsep 64
4.12 Paparan pengayaan 65
4.13 Paparan secara linear 66
4.14 Paparan animasi 67
4.15 Paparan tunjuk cara membina model 68
xiv
SENARAI SINGKATAN MPK - Modul Pengajaran Kendiri
P - Pelajar
G - Guru
PB - Pengajaran Bermodul
PBK - Pengajaran Berbantu Komputer
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
xv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Falsafah Pendidikan Kebangsaan 81
Lampiran B Ujian diagnostik 82
Lampiran C Simbol-simbol piawai pembinaan carta
alir perisian 85
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Keperluan serta kehendak masyarakat pada waktu ini telah berubah
berdasarkan perubahan sosioekonomi negara. Negara masa kini lebih memerlukan
individu yang tidak sahaja berorientasikan ilmu semata-mata bahkan berorientasikan
kemahiran saintifik serta kemahiran teknologi. Perubahan ini memberikan impak
kepada sistem pendidikan negara. Pendidikan negara masa kini mengalami proses
perubahan yang pesat seiring dengan corak pemikiran dan perkembangan semasa
teknologi moden yang terdapat dalam masyarakat.
Perubahan dalam pendidikan negara perlulah sentiasa selaras dengan
matlamat yang ingin dicapai dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk
mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekolah dilihat sebagai institusi
masyarakat yang mampu membentuk serta mengubah tingkahlaku pelajar seterusnya
memenuhi keperluan perubahan semasa. Pengajaran sains yang direka untuk
memenuhi keperluan masyarakat pada tahun 60an tidak lagi sesuai untuk memenuhi
keperluan dalam tahun 80an (Hoftein dan Robert, 1982). Justeru peranan sekolah ini
perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen.
Perubahan yang inovatif dalam pendidikan adalah perlu dan untuk itu gaya
pengajaran juga harus turut sama berubah. Pendidikan masa kini perlulah
merangsang minda pelajar dan melibatkan pelajar dalam aktiviti pengajaran. Gaya ini
amat bertentangan dengan teknik pengajaran tradisional seperti bersyarah dan
berbincang (Theall, 1999). Kaedah pengajaran tradisional yang berasaskan
2
permerolehan fakta, ingatan, berpusat murid, konteks setempat dan buku teks perlu
bertukar kepada budaya kaya ilmu, budaya berfikiran kritis dan kreatif, berpusat
pelajar, akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri selaras dengan
perkembangan teknologi pada masa kini (Radiah, 2002).
Sebagai alternatif bagi memenuhi kriteria pembelajaran gaya baru ini, maka
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) merupakan salah satu jalan penyelesaian.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh beberapa penyelidik, pengajaran bermodul
(PB) yang menggunakan MPK telah berjaya meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) (Shaharom dan Yap, 1993). Ditambah lagi dengan penggunaan
komputer dalam menyampaikan isi pelajaran maka proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Penggunaan multimedia dengan
memasukkan unsur hiburan dalam pendidikan merupakan dimensi baru bagi proses
pembelajaran dan pengajaran (Menteri Pendidikan, 1995).
Semua orang boleh menerima pelajaran walaupun mereka dalam kategori
lemah (Atan, 1984). Berdasarkan kepada kepercayaan ini maka pembelajaran secara
individu yang mana perbezaan latar belakang, motivasi dan ruang masa belajar
diambil kira, dilihat sebagai kaedah pengajaran yang paling berkesan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Keberkesanan proses P&P merupakan kunci terpenting untuk mencapai
matlamat yang terkandung dalam FPK. Guru boleh mencorakkan sendiri gaya
pengajarannya dan pelajar pula dengan inisiatif sendiri boleh mempelajari satu-satu
topik. Persoalan yang timbul ialah, sejauh manakah objektif pembelajaran itu dapat
dipenuhi oleh guru dan dicapai oleh pelajar? Terdapat beberapa kekangan bagi guru
dan pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran yang dirancang bersama.
Kekangan yang paling utama ialah tahap keupayaan pelajar, tekanan guru dan bahan
pengajaran. Selain itu, dalam mempelajari tajuk sel itu sendiri merupakan satu
masalah kepada para pelajar.
3
1.2.1 Tahap Keupayaan Pelajar Tahap penerimaan serta kebolehan pelajar yang berbeza-beza merupakan satu
kekangan bagi guru untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancangnya.
Guru perlu memenuhi keperluan seluruh kelas iaitu kira-kira 20 hingga 40 orang
pelajar, bukan sahaja keperluan seorang pelajar (Brophy, 1982). Tahap kognitif yang
berbeza antara pelajar menyebabkan proses P&P keseluruhannya akan terganggu di
mana pelajar yang lemah berisiko untuk tercicir dan pelajar yang pintar berisiko
untuk hilang minat.
Pelajar yang lemah memerlukan lebih banyak bimbingan, penerangan dan
penegasan dari guru. Jika guru menganggap semua pelajar di dalam kelasnya boleh
mengikuti apa yang disampaikannya maka guru tersebut pasti tidak menyedari ada
pelajarnya yang tercicir. Walaubagaimanapun jika penumpuan lebih diberikan
kepada pelajar yang lemah di mana isi kandungan yang sama diajar berulang-ulang
maka kelompok pelajar yang pintar akan berasa bosan seterusnya minatnya akan
hilang.
1.2.2 Tekanan guru
Perubahan arus kemodenan serta pertambahan bilangan penduduk masa kini
menyebabkan bertambahnya bilangan pelajar di sekolah. Pertambahan jumlah ini
mempengaruhi gaya pengajaran guru. Malah keadaan ini sebenarnya memberikan
tekanan kepada guru. Guru mempunyai masa yang terhad untuk memberikan
penerangan secara individu kerana mereka terpaksa memenuhi keperluan kira-kira
150 orang pelajar setiap hari (Brophy, 1982).
Untuk memenuhi semua keperluan pelajar yang datang dari pelbagai kelas,
guru terpaksa mempelbagaikan kaedah mengajarnya, mempelbagaikan sumber
rujukannya, mempelbagaikan alat bantuan mengajarnya malahan terpaksa pula
mengadakan kelas tambahan. Bagi satu-satu kelas, corak pengajarannya adalah
4
berbeza. Guru mungkin boleh mengajar secara bersyarah untuk kelas yang baik
tetapi untuk kelas yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang lemah kaedah tersebut
tidak lagi sesuai digunakan.
Kesemua ini mempengaruhi psikologi seseorang guru, dan jika mereka tidak
mampu menangani tekanan yang dihadapi maka proses P&P yang dilakukannya pasti
tidak memberikan hasil yang baik.
1.2.3 Bahan pengajaran
Bahan atau sumber pengajaran merupakan satu unsur penting dalam proses
P&P (Yusof, 2000). Adalah menjadi tanggungjawab guru memastikan bahan
pengajaran yang diguna pakai itu bermutu. Pelajar boleh hilang minat terhadap
pembelajaran disebabkan beberapa faktor seperti bahan pembelajaran tidak menepati
objektif pembelajaran (Okey, 1985).
Pada masa kini bahan rujukan di pasaran amat mudah didapati, namun
persoalan yang timbul ialah, adakah bahan rujukan tersebut memenuhi kriteria atau
cukup berkualiti dalam memindahkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar?
Terdapat bahan yang berada di pasaran yang hanya menekankan penulisan bahan
pembelajaran yang hanya menghuraikan isi dan fakta tanpa menguji dan mencabar
daya fikir pelajar (Abd Rahim, 1999).
Brown dan Thornton (1963) telah menyenaraikan beberapa kriteria dalam
pemilihan bahan atau buku teks iaitu:
i. Adakah buku tersebut mengandungi isi kandungan dan penekanan tentang
topik utama yang dibincangkan?
ii. Adakah isi dan penekanan tersebut cukup canggih untuk kumpulan yang
menggunakannya?
5
iii. Adakah buku ditulis oleh pakar yang telah diketahui kepakarannya dalam
bidang tersebut?
iv. Adakah isinya menepati keadaan semasa untuk memenuhi keperluan
bidang tersebut?
v. Adakah isi dan penekanannya selari dengan apa yang disampaikan oleh
guru?
vi. Adakah buku tersebut dirancang dan ditulis untuk membantu
pembelajaran?
vii. Adakah buku tersebut mempunyai harga yang berpatutan?
Ketiga-tiga permasalahan di atas, iaitu tahap keupayaan pelajar, tekanan guru
dan mutu bahan pengajaran sebenarnya mengganggu proses P&P. Justeru gaya
pembelajaran masa kini perlu bertukar dari peranan guru sebagai penyampai isi
kepada penunjuk arah sebagaimana yang terkandung dalam Kurikulum Baru Sekolah
Menengah (KBSM). Guru tidak lagi menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar
dalam satu-satu masa, sebaliknya pelajar berusaha sendiri mengikut keupayaan
masing-masing mencari sendiri maklumat. Guru akan memberikan bantuan kepada
pelajar-pelajar yang bermasalah sahaja.
Penggunanan MPK merupakan salah satu cara bagi mengatasi ketiga-tiga
masalah di atas. Adalah dijangkakan penggunaan MPK mampu meningkatkan lagi
kualiti proses P&P. Pembelajaran bermodul (PB) yang menggunakan MPK telah
berjaya meningkatkan kualiti P&P (Shaharom dan Yap, 1993). Oleh itu, penghasilan
dan penggunaan MPK yang berkualiti adalah perlu bagi menjadikan proses P&P
lebih berkesan.
1.2.4 Masalah Pelajar Dalam Mempelajari Tajuk Sel
Tajuk sel merupakan satu tajuk yang abstrak. Struktur yang terdapat di dalam
sel tidak boleh hanya digambarkan semata-mata. Sebagai contoh keadaan lapisan
membran dalam mitokondrion yang berlipat-lipat. Pelajar mempunyai penafsiran
6
yang berbeza-beza. Menjadi tugas guru untuk memastikan semua pelajarnya
mendapat idea yang sama yang mana idea tersebut adalah yang paling tepat. Di sini,
penggunaan rajah, gambar serta ilustrasi adalah perlu.
Pelajar sepatutnya mampu membuat perbandingan antara sel haiwan dan
tumbuhan. Untuk itu, mereka terlebih dahulu perlu menganalisis keadaan kedua-dua
jenis sel tersebut. Pelajar perlu mengenal pasti bentuk sel, saiz sel dan kehadiran
organel di dalam sel. Bagi membantu pelajar membuat analisa, maka penggunaan
jadual dan gambar yang bersesuaian adalah baik.
Pembelajaran tajuk sel perlu dilakukan dengan sistematik dan tersusun. Guru
perlu menerangkan satu-satu isi mengikut urutan yang sesuai. Keadaan ini amat
penting jika dilihat dari aspek pedagogi yang menekankan unsur pembelajaran dari
yang konkrit kepada yang abstrak. Dalam mempelajari tajuk sel, pembelajaran
sepatutnya bermula dengan sejarah awalnya, pengenalan kepada struktur sel, fungsi
bagi struktur sel tersebut dan perbandingan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.
Selanjutnya fakta-fakta tambahan diberikan bagi mengukuhkan dan sebagai
pengayaan kepada pelajar-pelajar.