25
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI BANDAR KUANTAN, PAHANG . SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya : CHEN HWE MIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 5, Lrg 28, PROF. MADYA DR. HJ. Taman Seri Mahkota, MD NOR BIN BAKAR 25150 Kuantan, Nama Penyelia Pahang Tarikh : 24 FEBRUARI 2004 Tarikh: 24 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DI

KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI BANDAR KUANTAN, PAHANG.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya : CHEN HWE MIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 5, Lrg 28, PROF. MADYA DR. HJ. Taman Seri Mahkota, MD NOR BIN BAKAR 25150 Kuantan, Nama Penyelia Pahang Tarikh : 24 FEBRUARI 2004 Tarikh: 24 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan jazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Sains)."

Tandatangan : _________________________________________

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. MD. NOR. BIN BAKAR

Tarikh : _____________11 MAC 2004_________________

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

DI BANDAR KUANTAN, PAHANG

CHEN HWE MIN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Februari, 2004

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………….

Nama Penulis : CHEN HWE MIN

Tarikh : …11 MAC 2004…

ii

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

DEDIKASI

Buatmu ayah (Chen Nam Hing) dan ibu (Peong Yoke Kuee) yang dikasihi,

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

serta panduan perjuangku dalam kehidupan ini ….

Buatmu insan yang tersayang,

Terima kasih atas sokongan, nasihat,

kepercayaan dan kesabaran yang diberikan selama ini ….

Buatmu pembimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan

tidak akan saya lupai ….

Buat teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

akan ku kenangi selamanya ….

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

ii

PENGHARGAAN Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada

penyelia Projek Sarjana Muda, Prof. Madya Dr. Hj. Md. Nor Bin Bakar atas

bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek

Sarjana Muda ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam

proses menyiapkan projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Seterusnya ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ayahanda dan ibunda

serta semua ahli keluarga tersayang di atas segala dorongan, nasihat dan bantuan

mereka sepanjang saya menyiapkan projek ini. Restu dan doa mereka amat saya

hargai.

Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada pelajar-pelajar

dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Sekolah Menengah Kebangsaan

Pandan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar yang menjadi responden

bagi projek ini. Kerjasama daripada mereka serta pihak sekolah dalam penyelidikan

projek Sarjana Muda ini amatlah dihargai.

Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta mereka

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan projek

ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di atas, projek Sarjana

Muda ini tidak akan disiapkan dengan lancar dan sempurna.

Kerjasama, tunjuk ajar dan maklumat serta dorongan daripada semua pihak di

atas amat penulis hargai. Penyelidik tidak dapat membalas budi baik kalian dan

hanya dapat mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga kalian sentiasa sihat

sejahtera dan diberkati oleh Tuhan.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyelidik serta meninjau tentang

faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

sains di kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar Kuantan, Pahang. Terdapat

faktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru,

persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat dan motivasi pelajar

serta faktor-faktor luaran seperti faktor persekitaran iaitu suasana di dalam bilik

darjah dan keadaan makmal yang menjadi fokus dalam kajian ini. Instrumen kajian

yang digunakan ialah satu set borang soal selidik yang mengandungi 40 item yang

digunakan untuk mengumpul data yang diperlukan. Seramai 120 pelajar dari SMK

Seri Mahkota, SMK Pandan dan SMK Paya Besar telah dipilih secara rawak sebagai

sampel kajian. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical

Package for Social Science (SPSS) versi 10.0 dan dikemukakan dalam bentuk

peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor

luaran membawa pengaruh yang tinggi terhadap keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran sains di kalangan pelajar Tingkatan empat kecuali faktor dalaman iaitu

faktor minat yang membawa pengaruh yang sederhana sahaja. Di samping itu,

beberapa cadangan juga telah dikemukakan bagi kepentingan bersama.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to identify the factors that influence the

effectiveness of teaching-learning process in science among form four students. This

research is focused on the internal factors, involving the teaching techniques,

teacher’s preparation and presentation, learning techniques, student’s motivation and

interest. External factors studied include the condition of class and laboratory. A set

of questionnaire that consisting of 40 items for collecting data. 120 students of SMK

Seri Mahkota, SMK Pandan dan SMK Paya Besar had been chosen randomly as

respondents for this research. The data obtained is based on the percentage and mean.

The data is analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) software

Version 10.0. The result of this research shows that all factors in this research are

highly influenced the effectiveness of teaching and learning process in Science as

compared to interest factor. In addition, some suggestions were suggested for better

improvement.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHAGARAN iv

ABSTRAK v

BAHAGIAN SATU PENGENALAN

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.6.1 Pelajar-pelajar 12

1.6.2 Guru-guru 13

1.6.3 Pengurusan Sekolah 14

vii

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

1.6.4 Kementerian Pendidikan Malaysia 15

1.7 Batasan Kajian 15

1.8 Takrifan 16

1.81 Faktor 17

1.82 Mempengaruhi 17

1.83 Keberkesanan 18

1.84 Proses 18

1.85 Pengajaran 18

1.86 Pembelajaran 19

1.87 Sains 20

1.88 Pelajar 21

1.9 Penutup 21

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 23

2.2 Faktor-faktor Dalaman 23

2.3 Faktor-faktor Luaran 30

2.4 Rumusan 34

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

viii

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

3.3 Sampel Kajian 37

3.4 Instrumen Kajian 38

3.5 Tatacara Kajian 40

3.6 Analisis Data 42

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 44

4.2 Keputusan dan Analisis Data 44

4.2.1 Persoalan Kajian 1 45

4.2.2 Persoalan Kajian 2 52

4.2.3 Perbandingan Nilai Purata Min dan

Peratusan Keseluruhan Faktor 60

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 63

5.2 Perbincangan 63

5.2.1 Faktor-faktor Dalaman 64

5.2.1.1 Faktor Cara Penyampaian Guru 64

5.2.1.2 Faktor Teknik Mengajar Guru 65

5.2.1.3 Faktor Persediaan Guru 67

5.2.1.4 Faktor Teknik Belajar 69

5.2.1.5 Faktor Minat 70

ix

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

5.2.1.6 Faktor Motivasi 71

5.2.2 Faktor-faktor Luaran 73

5.2.2.1 Faktor Suasana Bilik Darjah 74

5.2.2.2 FaktorKeadaan Makmal 75

5.3 Kesimpulan 77

5.4 Implikasi Kajian 80

5.4.1 Pelajar 80

5.4.2 Guru 81

5.4.3 Pihak Sekolah 82

5.4.4 Kementerian Pendidikan Malaysia 83

5.5 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan 84

5.6 Penutup 85

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN 86

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN A 93-95

x

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Soalan-soalan yang Dibahagi Berdasarkan Aspek yang Dikaji 39

3.2 Jadual Skala Likert 39

3.3 Contoh Soalan dalam Instrumen Soal Selidik 40

3.4 Darjah Penilaian Terhadap Responden 42

3.5 Ringkasan Analisis Min 43

3.6 Kategori Skala Pemeringkatan Likert 43

4.1 Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran sains di kalangan

pelajar Tingkatan empat di bandar Kuantan, Pahang. 45

4.2 Faktor-faktor luaran yang mempengaruhi keberkesanan

Proses pengajaran dan pembelajaran sains di kalangan

pelajar Tingkatan empat. 52

4.3 Perbandingan Nilai Purata Min dan Peratusan Keseluruhan

Faktor Dalaman dan Faktor Luaran. 60

xi

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Ilmu pengetahuan sains telah dipercayai bermula akibat manusia pada zaman

prasejarah mempunyai sikap yang ingin tahu serta berusaha untuk “mengenali” dunia

dan persekitarannya. Fenomena ini juga didorong oleh minat manusia terhadap sains

akibat kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Rekod utama bagi

penemuan saintifik hanya bermula pada zaman Babylon purba. Mereka mengkaji

tentang pergerakan matahari, bulan dan planet. Pada zaman Renaissance merupakan

zaman perkembangan ilmu pengetahuan sains dan taakulan. Kaedah pengajaran yang

dititik beratkan pada zaman tersebut ialah melalui pemerhatian dan soal jawab. Pada

kurun ke-15, kajian yang bersistematik berbentuk eksperimen (praktikal) dalam sains

telah dilaksanakan melalui aktiviti dalam makmal. Kemunculan Tamadun Islam pada

kira-kira tahun 500 masihi merupakan titik tolak perkembangan Sains moden ini.

Banyak kajian dan penemuan sains telah berkembang dengan pesat akibat atas

dorongan aktiviti-aktiviti keagamaan. (Hasan, 1999)

Ilmu pengetahuan sains dan teknologi adalah penting dalam mempertingkatkan

martabat sesebuah tamadun serta taraf kehidupan manusia. Kehidupan seharian

manusia pada masa sekarang tidak pernah berpisah dengan penggunaan dan

pengaplikasian sains dan teknologi. Manusia kian menikmati kehidupan yang

berkualiti dan selesa dengan wujudnya perkembangan sains dan teknologi.

Perkembangan ilmu pengetahuan sains dan teknologi telah membawa kesejahteraan

hidup kepada manusia. Oleh itu, manusia berusaha melakukan banyak kajian dan

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

2

penyelidikan sains agar dapat mencapai perkembanagan sains dan teknologi yang

lebih bermakna serta membawa manfaat kepada masyarakat.

Dalam era dimana ledakan ilmu berlaku dengan begitu cepat, kita telah

menyaksikan tamadun dan budaya hidup masyarakat dunia sekarang telah

berkembang pesat daripada masa lampau. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi

telah memangkinkan pembangunan ekonomi, fizikal, robotik dengan begitu meluas

dan pantas. Kemajuan ini jelas dapat diperhatikan di negara-negara maju. Dalam

konteks ini, Malaysia turut tidak akan terlepas daripada mengalami dan menyedari

akan perubahan-perubahan tersebut (Sulaiman 2002).

Justeru itu, mata-mata pelajaran sains memang memainkan peranan penting

bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, seterusnya menyahut

cabaran Wawasan 2020. Aspirasi negara kita tentu dapat direalisasikan jika

masyarakat kita celik sains dan teknologi. Sehubungan dengan perkara ini,

perkembangan sahsiah diri yang mempunyai nilai murni yang mapan amat penting

bagi merealisasikan hasrat negara tersebut. Reaksi daripada kesedaran itu, Perdana

Menteri, Dtauk Seri Dr. Mahathir Mohamad (1991) telah mengilhamkan wawasan

2020 pada 28hb Februari 1991, seterusnya menjadi wawasan negara. Beliau

mengungkapkan, di antara yang lain ialah:

The ultimate objektif that we should aim for is a Malaysia that is a fully

developed country by the year 2020…We should be developed country in our own

mould.

Malaysia should not be developed only in the economic sense. It must be a

nation that is fully developed along all the dimension: economically, politically,

socially, spiritually, psychologically and culturally…

By the year 2020, Malaysia can be a united nation, with a confident Malaysia

society, infused by strong moral and ethical values, living in a society that is

democratic, liberal and tolerant, caring, economically just and equitable, progressive

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

3

and prosperous, and in full possession of an economy that is competitive, dynamic,

robust and resilient...

Beliau juga menggariskan sembilan cabaran utama Wawasan 2020 yang perlu

dihadapi dan diatasi oleh rakyat Malaysia dalam menuju ke arah pembentukan sebuah

negara maju menurut acuan kita sendiri. Pembangunan dari kemajuan sains,

matematik dan teknologi telah diberikan penekanan dalam cabaran yang ke-6 dalam

Wawasan 2020 iaitu:

Untuk mewujudkan masyarakat sainstifik dan progrestif, masyarakat yang

mempunyai daya perubahan dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi

pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun sainstifik dan

teknologi.

Kenyataan cabaran yang ke-6 telah menekankan beberapa perkara penting iaitu

menjadikan masyarakat kita sebuah masyarakat berfikiran saintifik dan mampu

menangani gelombang futuristik serta progesif yang berusaha untuk membudayakan

sains, matematik dan teknologi dalam kehidupan seharian. Masyarakat bukan sahaja

menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kapada perkembangan sains dan

teknologi. Perlaksanaan pendidikan sains dan matematik yang berkualiti agar dapat

melahirkan ahli sains negara yang bestari serta bertaraf dunia. Masyarakat Malaysia

diharapkan dapat memberi sumbangan dalam bidang sains serta teknologi pada masa

yang akan datang agar negara kita mampu bersaing dengan negara-negara maju yang

lain demi mengangkat martabat ketamadunan bangsa Malaysia.

Menurut Jacobson dan Bergman (1991), mata pelajaran sains merupakan

subjek yang popular di kalangan pelajar. Para pelajar diwajibkan mempelajari ilmu

sains serta memupuk minat mereka terhadap sains tanpa mengalami sebarang paksaan.

Pembelajaran sains yang berkesan sesungguhnya datang dari kehendak dalaman iaitu

wujudnya kesedaran serta motivasi diri pada pelajar. Untuk menarik lebih ramai

pelajar meminati dan mengambil bidang sains dan teknikal, Kementerian Pendidikan

Malaysia telah membuat penggubalan Kurikulum Pendidikan Sains supaya lebih

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

4

berbentuk hands-on dan minds-on serta mudah difahami oleh para pelajar. Di samping

itu, para guru sains juga seharusnya memahami Falsafah Pendidikan Sains agar proses

pengajaran dan pembelajaran sains menjadi lebih berkesan di sekolah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Bersesuaian dengan matlamat yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan

Negara, pihak Kementerian Pendidikan telah menggubal Falsafah Pendidikan Sains

bertujuan untuk memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan

kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas, dan berdaya tahan

serta dapat menguasai ilmu sains dan berketrampilan teknologi. Tetapi dukacitanya,

proses pengajaran dan pembelajaran sains gagal dilaksanakan dengan seoptimun yang

diinginkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Perkara tersebut telah

disebabkan oleh beberapa faktor penghalang yang menyebabkan proses pengajaran

dan pembelajaran sains menjadi kurang efektif.

Sebenarnya, mata-mata pelajaran sains harus diajar dengan memberi peluang

kepada pelajar melakukan pelbagai penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu

masalah dan bukan secara mengesahkan sesuatu konsep, prinsip atau maklumat

sahaja. Oleh hal sedemikan, maka strategi pengajaran dan pembelajaran yang berteras

kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri

dan penemuan dialu-alukan agar proses pengajaran dan pembelajaran sains menjadi

berkesan. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), guru disyorkan

mempelbagaikan kaedah mengajar. Misalnya, pendidikan Sains KBSM adalah:

“…berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang mengutamakan

pendekatan inkuiri-penemuan, sama ada secara induktif atau deduktif. Pelbagai

kaedah yang disarankan merangkumi eksperimen, kajian kes, projek, tunjuk ajar,

simulasi dan sebagainya.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990)

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

5

Ini tidaklah bermakna kaedah-kaedah pengajaran tradisional seperti kaedah

kuliah tidak sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadah-

kaedah tradisional boleh digunakan dengan berkesan sekiranya dirancang dengan baik

bersesuaian dengan tajuk dan objektif pengajaran. Pemilihan sesuatu kaedah mengajar

bagi mencapai hasil yang dikehendaki memerlukan pengetahuan tentang pelbagai

kaedah pengajaran dan kesediaan mencuba serta menguji kaedah-kaedah itu.

Menurut Esah (2002), model atau stail pengajaran guru pada masa sekarang

lebih menunjukkan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah

penerangan. Tetapi melalui kajian telah mendapati bahawa pelajar lebih menggemari

amali berbandingan teori yang diajar oleh guru sains mereka. Dalam keadaan

sedemikian maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang efektif akibat

para guru tidak memahami kemahuan serta keperluan para pelajar. Guru juga kurang

mempraktikkan teknik mengajar yang pelbagai seperti kaedah makmal semasa

menyampaikan ilmu sains. Masyarakat pada masa silam telah dipengaruhi oleh

Falsafah Pendekatan Heuristik yang dikemukakan oleh Armonstrong (1896) yang

percaya kepada konsep dimana pelajar perlu mempelajari sesuatu secara sendiri.

Pembelajaran yang berkesan hanya berlaku melalui tindakan dan bukannya melalui

penyerapan maklumat secara pasif. Pengetahuan sahaja tidak akan membawa sebarang

makna, sebenarnya apa yang lebih penting adalah ilmu pengetahuan yang melibatkan

bagaimana caranya menggunakan ilmu tersebut.

Menurut Rashidi dan Abd Razak (1995), tujuan kaedah makmal adalah

untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar menyelesaikan masalah atau

menggunakan pengetahuan konseptual dalam masalah yang konkrit. Aktiviti-aktiviti

makmal juga bertujuan meneguhkan pembelajaran tentang sesuatu konsep yang

dipelajari di dalam bilik darjah. Tetapi dukacitanya, sesetengah guru sains kurang

memberi peluang kepada pelajar melakukan eksperimen di dalam makmal.

Kurikulum pendidikan sains pada 1960-an dan 1970-an juga dilihat telah gagal

menjana literasi saintifik (scientific literacy) atau ‘celik sains’ di kalangan rakyat

sedunia, khususnya di Amerika dan Britain (McConnell, 1982; Fensham, 1988).

Fenomena ini telah menimbulkan kebimbangan kepada pemimpin, ahli sains dan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

6

penggubal kurikulum pendidikan sains di negara terbabit. Kebimbangan tersebut

timbul hasil daripada dapatan beberapa laporan dan kajian status pendidikan sains

yang telah dilakukan seperti National Science Foundation Status of Science Education

Studies, National Science Teacher Assiociation dan sebagainya.

Antara dapatan kajian daripada laporan-laporan tersebut telah menunjukkan

bahawa apa yang harus dipelajari oleh pelajar adalah kurang jelas; populasi pelajar-

pelajar sains semakin berkurangan; kemerosotan bilangan guru-guru sains dan

matematik; bilangan ahli sains dan jurutera semakin berkurangan; pencapaian

akademik pelajar dalam mata pelajaran sains semakin merosot; kualiti guru-guru yang

rendah; orientasi strategi pengajaran inkuiri semakin berkurangan; matlamat dan

objektif kurikulum pendidiikan sains yang tidak jelas dan 90% penilaian dalam kelas

sains berasakan kepada ingat semula fakta atau maklumat (Klopfer dan Champagne,

1990; McConnell, 1982; Penick dan Yager, 1996).

Matlamat Kurikulum Sains KBSM dibina khusus untuk melahirkan

warganegara yang mempunyai pengetahuan asas sains dan kemahiran saintifik yang

secukupnya serta mempunyai akhlak yang mulia. Aspirasi negara kita adalah

membentuk masyarakat yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Bagi

mencapai matlamat tersebut, potensi individu perlu dikembangkan secara menyeluruh

dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Maka proses

pengajaran dan pembelajaran sains harus dapat dilaksanakan secara berkesan.

Kurikulum sains di Malaysia telah banyak kali digubalkan serta membuat

penyesuaian agar pendidikan sains menjadi lebih berkesan. Abu Hasan (1999) telah

menyatakan bahawa melalui kajian-kajian telah menunjukkan bahawa antara

kegagalan perlaksanaan kurikulum sains adalah berpunca daripada guru sains sendiri

tidak memahami Falsafah Pendidikan Sains. Para guru kurang yakin terhadap

kemampuan diri sendiri serta tidak cekap dan berasa khuatir dalam menggunakan

kaedah inkuiri semasa mengajar. Faktor-faktor yang menyebabkan perkara tersebut

berlaku adalah seperti saiz kelas yang terlalu besar, tidak selesa dan sebagainya. Guru

cenderung menggunakan pendekatan dan strategi tradisi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran sains. Menurut Bolster (1983), kebiasaannya, guru-guru lebih gemar

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

7

mengajar mengikut cara bagaimana mereka telah diajarkan sama ada di maktab atau

universiti oleh pensyarah-pensyarah mereka. Apabila seseorang guru telah

memperolehi ilmu atau pengalaman tentang keserasian dalam pengajarannya, maka

mereka begitu sukar untuk berubah.

Sebanyak 23% daripada 4.2 juta pelajar sekolah mengikuti aliran sains

manakala selebihnya memilih aliran sastera. Oleh hal sedemikian, strategi atau

alternatif yang berkesan harus diambil untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang

berpendidikan sains dan teknologi. Ini adalah kerana menjelang abab ke-21, Malaysia

memang memerlukan kira-kira 4600 jurutera serta 10,000 juruteknik. Fenomena

tersebut telah menunjukkan bahawa para pelajar kurang berminat terhadap sains

akibat wujudnya beberapa faktor seperti para pelajar menganggap bahawa mata

pelajaran sains seperti Fizik sukar untuk dibelajar; kebolehan guru sains untuk

menyampaikan konsep sains dan menjadikan sains menarik masih pada tahap yang

sederhana dan sebagainya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995).

Silbermen (1979) membuktikan bahawa faktor peribadi guru juga membawa

kesan ke atas kesukaran pelajar menyelesaikan masalah sains. Keadaan ini berlaku

kerana terdapat sebahagian kecil guru yang tidak cukup bersedia untuk mengajar dan

kurang mengambil berat tentang permasalahan pelajar. Seterusnya beliau

menerangkan bahawa sikap malas guru membuat rujukan yang lebih lanjut dan cara

pengajaran yang tidak efektif membuat pelajar tidak berminat untuk belajar.

Kekurangan tumpuan pelajar terhadap pengajaran guru akan menjejaskan prestasi

pencapaian pelajar. Kaedah pembelajaran dan pengajaran harus dipelbagaikan agar

dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. Pengajaran guru sains yang biasanya

menggunakan cara tradisional atau teknik yang lama bukan sahaja tidak dapat

menimbulkan minat pelajar terhadap sains sebaliknya tidak selari dengan

perkembangan sains dan teknologi terkini dunia.

Menurut Yager dan Penick (1984), kajian mereka telah mendapati bahawa

pelajar-pelajar yang berumur 13 tahun dan 17 tahun berpendapat bahawa waktu mata

pelajaran sains di sekolah merupakan masa yang paling membosankan. Ini adalah

disebabkan para pelajar gagal memperolehi perkara-perkara yang menarik daripada

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

8

pengajaran guru sains mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak suka akan subjek-subjek

sains. Sikap pelajar yang pasif akan menimbulkan pelbagai masalah seperti pelajar

akan cuba ponteng kelas. Para guru sains akan hilang semangat untuk mengajar dan

sebagainya. Penglibatan pelajar yang minimum di dalam bilik darjah akan

menyebabkan proses pengajaran-pembelajaran hanya memusat kepada guru. Oleh hal

sedemikian, guru sains haruslah sentiasa berusaha menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran menarik dengan melakukan perancangan atau membuat persediaan awal

yang rapi, menyediakan alat bantu mengajar, mengajar dengan kaedah yang pelbagai

agar meningkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran sains.

Menurut Abd Rahim (1992), kajian di England telah menunjukkan bahawa

ramai pelajar gagal menjadi seorang pelajar yang cekap dimana kebanyakan mereka

tidak tahu apakah teknik belajar yang boleh dilakukan pada setiap hari bagi setiap

mata pelajaran. Teknik belajar yang betul adalah penting kerana ia akan membawa

kesan-kesan positif yang akan membantu dalam perkembangan proses pembelajaran

sains pelajar.

Menurut Trickett dan Moos (1974) pelajar-pelajar berpendapat bahawa proses

pembelajaran akan menjadi berkesan jikalau wujudnya penglibatan para pelajar secara

maksimum dalam bilik darjah seperti mereka berusaha membuat tugasan atau latihan

serta berasa besar hati apabila belajar di dalam bilik darjah. Di samping itu,

persekitaran bilik darjah harus wujud persaingan positif di antara pelajar. Melalui

pembelajaran secara berkumpulan dimana pelajar dapat bantu membantu di antara

satu sama lain. Dalam bilik darjah harusnya mempunyai peraturan kelas yang jelas

seperti menyediakan jadual bertugas untuk membahagikan kerja-kerja membersih dan

mengkemaskan kelas kepada setiap pelajar di dalam kelas.

Kejayaan dalam pendidikan sains berkait rapat dengan proses latihan amali

dan uji kaji di makmal dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Memandangkan

betapa pentingnya peranan makmal bagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

sains, maka setiap sekolah menengah di negara kita telah diperuntukkan kemudahan

peralatan makmal sains melalui bekalan pusat, iaitu di bawah peruntukan Kementerian

Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana, didapati juga sekolah-sekolah yang tidak

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

9

mempunyai peralatan dan bahan sains untuk latihan amali atau peralatan yang sedia

ada tidak mencukupi, usang, rosak, ketinggalan zaman atau tidak lengkap

(Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, 1997). Untuk melaksanakan pendekatan eksperimen ini masih terdapat

kekangan kekurangan peralatan makmal sains. Akibatnya aktiviti eksperimen terpaksa

diganti dengan tunjuk ajar guru sedangkan kaedah ini kurang berkesan kerana pelajar

tidak dapat melaku sendiri dan pelajar tidak dapat melihat tunjuk ajar disebabkan

bilangan pelajar yang ramai.

Menurut Ismail (2001), pengajaran di makmal tidak berkesan jikalau

pengurusan dan pengendaliannya tidak bersistematik. Kelengkapan makmal juga tidak

memuaskan kerana terdapat radas yang tidak berfungsi dan tidak mencukupi serta

bekalan elektrik tidak menentu. Dengan demikian hanya sekumpulan kecil pelajar

yang melakukan eksperimen sedangkan yang lain memerhati dan menyalin keputusan

dari rakan.Terdapat guru yang kurang menguasai pedagogi dan konten seperti

meninjau pengetahuan sedia ada pelajar, mempelbagai kaedah mengikut persekitaran

dan kebolehan pelajar serta mengaitkan teori dengan amali yang dijalankan.

Menurut Rashidi dan Abd Razak (1995), keberkesaan sesuatu pengajaran guru

adalah bergantung kepada banyak faktor, sama ada terdapat pada guru, pelajar

mahupun pada keadaan fizikal bilik darjah. Setiap pelajar tentu mempunyai keinginan

yang unik dalam memilih tempat dan suasana yang paling sesuai untuk belajar.

Persekitaran yang bersih, kemas dapat mencetuskan minda pelajar agar meningkatkan

kreativiti, pelajar berfikiran positif dan tenang serta membolehkan para pelajar

memberi tumpuan yang maksimum terhadap pembelajaran.

Jikalau situasi pembelajaran tidak menarik, kaedah dan strategi pengajaran

guru yang tidak bersesuaian dengan tahap kognitif atau keperluan pelajar maka akan

menyukarkan guru menyalurkan ilmu kepada pelajar. Kaedah pembelajaran yang

kurang cekap akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi kurang efektif.

Suasana persekitaran seperti bilik darjah dan makmal sains turut memainkan peranan

penting dalam menentukan sama ada proses pengajaran-pembelajaran sains bejaya

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

10

atau sebaliknya. Maka melalui kajian ini, pengkaji ingin mengkaji beberapa faktor

yang mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains di

kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar Kuantan, Pahang.

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) bahawa setiap kaedah

pengajaran melibatkan perancangan awal, persediaan alat-alat bantu mengajar yang

sesuai, bahan-bahan yang selaras dengan kebolehan pelajar dan aktiviti-aktiviti yang

menarik serta berfaedah. Umumnya, proses pengajaran dan pembelajaran yang

diperhatikan pada masa kini masih belum lagi merupakan satu proses yang membawa

kesan positif kepada para pelajar. Kaedah mengajar berpusat kepada guru dimana

murid-murid biasanya pasif. Mereka jarang digerakkan agar gemar untuk bertanya dan

mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran sains. Kaedah yang biasanya

digunakan di dalam bilik darjah adalah menulis dan bercakap. Di samping itu, konsep

bersepadu dan implikasinya dalam proses pembelajaran dan pengajaran belum dapat

dihayati oleh sebilangan besar guru-pelajar di dalam bilik darjah.

Justeru itu, hal ini telah menyebabkan matlamat yang berharapan bahawa

proses pengajaran-pembelajaran sains menjadi berkesan sukar tercapai. Kebanyakan

guru sains pada masa sekarang kurang melakukan usaha-usaha untuk memberi

rangsangan kepada proses pembelajaran pelajar. Dengan itu, para pelajar mudah

keliru, hilang minat dan semangat semasa mempelajari subjek-subjek sains. Di mana

persekitaran seperti suasana di dalam bilik darjah dan keadaan makmal yang selesa

serta mempunyai kemudahan yang lengkap dapat menggalakkan proses pengajaran

dan pembelajaran sains.

Sebenarnya, proses mengajar-belajar merupakan satu interaksi yang dinamik di

antara guru, pelajar dan juga persekitaran. Ketiga-tiga unsur tersebut memang saling

mempengaruhi di antara satu sama lain. Proses pengajaran dan pembelajaran sains

dapat menjadi lebih efisyen dengan adanya usaha untuk mengenal pasti faktor-faktor

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

11

yang mempengaruhi keberkesanaan proses pengajaran dan pembelajaran sains yang

terjadi di kalangan pelajar. Justeru itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin mengenal pasti

“Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran sains di kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar Kuantan,

Pahang.” dari segi faktor-faktor dalaman yang meliputi faktor kaedah mengajar,

persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat dan motivasi pelajar

serta faktor-faktor luaran iaitu faktor persekitaran yang meliputi suasana di dalam bilik

darjah serta keadaan makmal.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian yang ingin dijalankan adalah seperti berikut :

1. Mengenalpasti sama ada faktor-faktor dalaman(teknik mengajar,

persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat dan

motivasi pelajar) mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran sains di kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar

Kuantan, Pahang.

2. Mengenalpasti sama ada faktor-faktor luaran(suasana bilik darjah,

keadaan makmal) mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran sains di kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar

Kuantan, Pahang.

.

1.5 Persoalan Kajian

1. Adakah faktor-faktor dalaman(teknik mengajar, persediaan guru, cara

penyampaian guru, teknik belajar, minat dan motivasi pelajar)

mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains

di kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar Kuantan, Pahang ?

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filefaktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru, persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat

12

2. Adakah faktor-faktor luaran (suasana bilik darjah dan keadaan

makmal) mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran sains di kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar

Kuantan, Pahang ?