12
BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN PERHATIAN: Sebelum mengisi Borang Permohonan, sila pastikan anda telah memenuhi syarat- syarat kelayakan pinjaman dan menyertakan dokumen-dokumen yang perlu mengikut Senarai Semak Pinjaman. 1. Semua maklumat yang perlu diisi dalam Borang Permohonan Pinjaman hendaklah ditulis dengan terang menggunakan HURUF BESAR. 2. Terdapat lima (5) jenis pinjaman yang dibenarkan bagi Pinjaman Pertama dan Pinjaman Kedua mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 10/94 dan SPP 10 Tahun 2005. 3. Bayaran wang proses yang perlu dikemukakan bersama-sama Borang Permohonan ini ialah : i. RM1.00 bagi setiap RM1,000.00 pinjaman bagi pinjaman pertama; ATAU ii. RM2.00 bagi setiap RM1,000.00 pinjaman bagi pinjaman kedua / ubahsuai dan kes pembatalan pinjaman yang telah diluluskan, tertakluk kepada setiap ribu ringgit yang hampir; 4. Hanya satu (1) set Borang Permohonan yang telah diisi dengan lengkap yang perlu dikemukakan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Pemohon juga perlu membuat salinan tiga (3) set Borang Permohonan tersebut bagi maksud:- i. Simpanan pemohon sendiri; ii. Simpanan Ketua Jabatan; dan\ iii. Untuk tindakan Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (dikecualikan bagi pinjaman jenis I dan III bagi harta yang dibeli dari pemaju yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan). 5. Sekiranya memerlukan penerangan lanjut, sila rujuk Laman Web BPPP dialamat: http://bpp.treasury.gov.my .

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN · PDF fileAlamat Penuh Tempat Bertugas ... 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman ... Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN · PDF fileAlamat Penuh Tempat Bertugas ... 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman ... Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN

PERHATIAN: Sebelum mengisi Borang Permohonan, sila pastikan anda telah memenuhi syarat-syarat kelayakan pinjaman dan menyertakan dokumen-dokumen yang perlu mengikut Senarai Semak Pinjaman.

1. Semua maklumat yang perlu diisi dalam Borang Permohonan Pinjaman hendaklah ditulis dengan terang menggunakan HURUF BESAR.

2. Terdapat lima (5) jenis pinjaman yang dibenarkan bagi Pinjaman Pertama dan

Pinjaman Kedua mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 10/94 dan SPP 10 Tahun 2005.

3. Bayaran wang proses yang perlu dikemukakan bersama-sama Borang

Permohonan ini ialah :

i. RM1.00 bagi setiap RM1,000.00 pinjaman bagi pinjaman pertama; ATAU

ii. RM2.00 bagi setiap RM1,000.00 pinjaman bagi pinjaman kedua / ubahsuai dan kes pembatalan pinjaman yang telah diluluskan, tertakluk kepada setiap ribu ringgit yang hampir;

4. Hanya satu (1) set Borang Permohonan yang telah diisi dengan lengkap yang

perlu dikemukakan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Pemohon juga perlu membuat salinan tiga (3) set Borang Permohonan tersebut bagi maksud:-

i. Simpanan pemohon sendiri; ii. Simpanan Ketua Jabatan; dan\ iii. Untuk tindakan Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (dikecualikan

bagi pinjaman jenis I dan III bagi harta yang dibeli dari pemaju yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

5. Sekiranya memerlukan penerangan lanjut, sila rujuk Laman Web BPPP dialamat:

http://bpp.treasury.gov.my.

Page 2: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN · PDF fileAlamat Penuh Tempat Bertugas ... 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman ... Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak

SENARAI SEMAK UNTUK MENGELAK DENDA LEWAT TUAN/PUAN, BERIKUT ADALAH TANGGUNGJAWAB PEMINJAM UNTUK MENGELAK DIKENAKAN DENDA LEWAT OLEH PEMAJU:

1. PERJANJIAN JUALBELI DIBACA DAN DIFAHAMI SEBELUM MENURUNKAN TANDATANGAN;

2. PERMOHONAN YANG LENGKAP DIKEMUKAKAN KEPADA BAHAGIAN PINJAMAN

PERUMAHAN (BPP) TIDAK LEWAT 7 HARI DARI TARIKH PERJANJIAN JUALBELI;

3. PERMOHONAN PINJAMAN MESTILAH LENGKAP UNTUK MENGELAKKAN DITOLAK /KUIRI;

4. BORANG CAGARAN HENDAKLAH DITANDATANGANI DI HADAPAN PEGUAM

DENGAN SEGERA UNTUK DIKEMUKAKAN KEPADA BPP TIDAK LEWAT 14 HARI DARI TARIKH SURAT KELULUSAN;

5. PEMINJAM HENDAKLAH MEMASTIKAN:

i) PEGUAM MENDAFTARKAN DOKUMEN CAGARAN DENGAN SEGERA

UNTUK DIKEMUKAKAN KEPADA BPP TIDAK LEWAT 30 HARI DARI TARIKH BORANG CAGARAN DITANDATANGANI OLEH BPP.

ii) WANG BEZA TELAH DIJELASKAN/BOLEH DIJELASKAN BAGI

MEMBOLEHKAN PEGUAM MEMBUAT PENGESAHAN KEPADA BPP.

6. PEMINJAM HENDAKLAH MEMASTIKAN SUPAYA PEMAJU MENGEMUKAKAN: i) TUNTUTAN BAYARAN SELEPAS URUSAN CAGARAN HARTA KEPADA

KERAJAAN DISEMPURNAKAN.

ii) SURAT TUNTUTAN BAYARAN MENGIKUT TARIKH INVOIS.

iii) SURAT TUNTUTAN BAYARAN YANG LENGKAP BERSERTA SIJIL ARKITEK.

7. PEMINJAM HENDAKLAH SENTIASA BERURUSAN DENGAN PEGUAM DAN PEMAJU UNTUK MENGELAKKAN DENDA LEWAT.

Page 3: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN · PDF fileAlamat Penuh Tempat Bertugas ... 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman ... Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak

BORANG PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN

1. * 1. SPPP 2. 1. HARTA PERTAMA SPP 10/08

2. HARTA KEDUA

2. SPPPI 3. UBAHSUAI (HARTA PINJAMAN KERAJAAN)

4. UBAHSUAI (HARTA BUKAN PINJAMAN KERAJAAN)

(* sila pilih skim pinjaman) Web site: http://bpp.treasury.gov.my e-mail: [email protected] Telefon : 03-88802000

BAHAGIAN A - MAKLUMAT PEMOHON

1. Gelaran ( Contoh : Tan Sri / Dato' ) 2. Nama ( Seperti Dalam Kad Pengenalan/Tentera/Polis ) 3. No.Kad Pengenalan Awam Baru Lama ( Tentera ) ( Polis )

H H B B T T T T

4. Tarikh Lahir 5. Jantina 1. Lelaki 2. Perempuan 6. Jawatan 6.1 Gred Jawatan 6.2 Gaji Hakiki RM , . H H B B T T T T

7. Tarikh Pelantikan Ke Skim Jawatan Sekarang H H B B T T T T

8. Tarikh Pengesahan Dalam Jawatan 9. Jika Memangku H H B B T T T T

9.1 Tarikh Memangku 9.2 Gred Jawatan Dipangku ( Salinan surat arahan pemangkuan hendaklah disertakan ) H H B B T T T T

10. Tarikh Persaraan Wajib / Tamat Perkhidmatan 11. Skim Perkhidmatan 1. Tetap Dan Berpencen 2. Tetap Dan Mencarum KWSP 3. Perkhidmatan Jangka Pendek ( Tentera Sahaja )

12. Jenis Perkhidmatan 1. Persekutuan 2. Negeri 13. Klasifikasi Perkhidmatan 1. Awam 2. Polis 3. Tentera 4. Anggota Pentadbiran Persekutuan/Negeri 5. Ahli Parlimen/ADUN 6. Guru 7. Hakim 8. Badan Berkanun

14. Alamat Penuh Tempat Bertugas Poskod Bandar Negeri No.Telefon No.Telefon Bimbit 15. Email __________________________________________________________

Muka 1/3

T

Page 4: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN · PDF fileAlamat Penuh Tempat Bertugas ... 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman ... Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak

16. No Gaji 17. Kod Pusat Pembayar 18. Jabatan Pembayar Gaji Poskod Bandar Negeri Nombor Telefon 19. Nama Suami / Isteri 20. No.Kad Pengenalan Awam Baru Lama ( Tentera ) ( Polis )

21. Alamat Waris Terdekat Untuk Dihubungi Poskod Bandar Negeri No.Telefon No.Telefon Bimbit

BAHAGIAN B - MAKLUMAT PINJAMAN

22. Jenis Pinjaman 1. Membeli Rumah atau Petak Rumah Yang Telah Siap

2. Membina Rumah Di atas Tanah Sendiri 3. Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan 4. Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah 5. Menyelesaikan Hutang Pinjaman Perumahan Daripada Bank/Intitusi Kewangan 6. Membina Rumah Di atas Tanah Pemohon Yang Dibeli Melalui Pinjaman Kerajaan 7. Membuat Kerja Ubahsuai Rumah

23. Jenis Rumah 1. Banglo/Sebuah 2. Berkembar 3. Rumah Pangsa/Kondo/Townhouse

4. Rumah Teres/Cluster 5. Kediaman Berkedai 6. Lain-lain

24. Rumah Kos Rendah 25. Permohonan Pinjaman 1. Individu 2. Bersama Suami / Isteri 26. Amaun Pinjaman Yang Dipohon RM , , . 27. Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Bulan 28. Wang Proses Atas Nama "Akaun Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia" bernilai RM , . 29. Maklumat Pinjaman Perumahan Daripada Perbendaharaan Malaysia, Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan (Jika Ada): 29.1 Nombor Rujukan Fail Pinjaman 29.2 Amaun Pinjaman Diluluskan RM , , . H H B B T T T T

29.3 Tarikh Pinjaman Diluluskan H H B B T T T T

29.4 Tarikh Pinjaman Telah/Akan Selesai 30. Ubahsuai Harta Bukan Pinjaman Kerajaan

30.1 Nama Bank/Institusi Kewangan ___________________________________________ 30.2 Cawangan Bank/Institusi Kewangan ___________________________________________ 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman RM , .

Muka2/3

T

Page 5: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN · PDF fileAlamat Penuh Tempat Bertugas ... 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman ... Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak

BAHAGIAN C - PENGAKUAN PEMOHON

Saya bersetuju dengan semua syarat dan peraturan pinjaman perumahan mengikut Pekeliling/Surat Pekeliling

Perbendaharaan Malaysia yang berkuatkuasa dan dengan ini saya sahkan bahawa:-

1. Harta yang dibeli adalah seperti dalam Surat Perjanjian Jualbeli.

2. Harta yang dibeli bukan daripada suami / isteri.

3. Saya akan membayar wang beza (jika ada) di antara harga belian dengan pinjaman yang diluluskan.

4. Saya bersetuju memberi kebenaran kepada Kerajaan Malaysia untuk membuat potongan dari gaji, pencen, faedah

persaraandan terimaan dari Kerajaan bagi menyelesaikan apa-apa baki hutang pinjaman yang terkumpul.

5. Saya bersetuju untuk menerima apa-apa kadar faedah dan lain-lain bayaran yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia

yang berkuatkuasa dari masa ke semasa sehingga baki hutang pinjaman selesai.

6. Saya bersetuju untuk menerima apa-apa kadar faedah dan lain-lain bayaran yang dikenakan memberi kebenaran kepada

Kerajaan Malaysia untuk mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan tunggakan dan baki pinjaman terkumpul.

7. Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak hadir bertugas / tamat kerja/meletak jawatan/meninggalkan

perkhidmatan/bertukar alamat/bertukar tempat kerja, saya dengan serta merta akan memaklumkan kepada Bahagian

Pinjaman Perumahan.

8. Saya bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau seorang tidak berkemampuan kewangan atau sedang

diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja.

9. Saya bersetuju menyertai perlindungan Takaful dengan syarikat yang telah saya pilih seperti di Akuan Pemilihan aqad

yang dilampirkan.

10. Saya akan mematuhi semua syarat pinjaman yang ditetapkan dari masa ke semasa.

Tandatangan pemohon Tarikh :

BAHAGIAN D - PERAKUAN KETUA JABATAN

Saya mengesahkan bahawa permohonan pinjaman pemohon ini adalah teratur mengikut syarat pinjaman perumahan melalui

Pekeliling/Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa.

Tandatangan Ketua Jabatan Tarikh:

Nama Ketua Jabatan:

Jawatan:

Cop Rasmi Jabatan:

Muka3/3

Page 6: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN · PDF fileAlamat Penuh Tempat Bertugas ... 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman ... Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak

AKUAN PEMILIHAN INSURANS / TAKAFUL

Saya ____________________________ No. K/P ________________________

dengan ini mengesahkan bahawa saya bersetuju untuk memilih Insurans / Takaful

*_____________________________ sebagai perlindungan Pinjaman Perumahan

Perbendaharaan.

………………..….

( Tandatangan Peminjam)

Nama : ____________________

Tarikh : _____________

………………..….

( Tandatangan Ketua Jabatan)

Nama : ____________________

Tarikh : _____________

Cop Jabatan

• Insurans / Takaful yang boleh dipilih:

a) CIMB Aviva Takaful

b) Etiqa Insurance

c) Etiqa Takaful

d) HSBC Amanah Takaful

e) Prudential BSN Takaful

f) Takaful Ikhlas

g) Takaful Malaysia

Page 7: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN · PDF fileAlamat Penuh Tempat Bertugas ... 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman ... Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak

AQAD UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL CIMB AVIVA TAKAFUL BERHAD Takaful Gadaijanji Saya dengan ini mengaku bahawa semua penyataan di atas dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya. Saya bersetuju bahawa segala penyataan dan akuan yang terkandung dalam boring permohonan ini akan menjadi asas kepada perjanjian Takaful dan ianya disifatkan sebagai tergabung di dalam perjanjian ini. Saya dengan ini bersetuju melantik pihak Syarikat sebagai wakil saya untuk menguruskan sumbangan takaful saya dalam Akaun Peserta dan melaburkannya dengan cara bersesuaian dengan kecekapan pihak Syarikat berasaskan Kontrak Wakalah sebagaimana yang ditakrifkan oleh pihak Syarikat serta menepati hukum Shariah. Sebagai balasan, saya bersetuju membenarkan pihak Syarikat mengambil 20% daripada sumbangan tersebut sebagai Yuran Wakalah. Lanjutan daripada itu, saya juga bersetuju bahawa sebahagian daripada sumbangan takaful saya akan disalurkan ke dalam Tabarru’ (derma) secara bulanan bagi membantu semua orang dilindungi yang ditimpa musibah. Baki daripada sumbangan Takaful di dalam Akaun Peserta akan dilaburkan oleh pihak Syarikat. Keuntungan daripada pelaburan akan dikongsi bersama peserta setelah ditolak perbelanjaan kos dan cukai yang berkenaan, jika ada, akan disalurkan ke dalam Akaun Peserta saya. Lebihan yang terdapat daripada Dana Tabarru' Peserta akan dikreditkan semula ke dalam Akaun Peserta saya seperti yang termaktub didalam percaraan dan peruntukkan saham-saham oleh Pihak Syarikat. Saya faham dan bersetuju bahawa pihak Syarikat akan layak menerimal 50% daripada mana-mana keuntungan yang timbul daripada Dana Tabarru Peserta dan 10% daripada keuntungan yang timbul daripada pelaburan dalam Akaun Peserta. Saya juga besetuju bahawa 25% daripada keuntungan yang timbul dalam Dana Tabarru Fund akan dikekalkan di dalam dana khas untuk memenuhi sebarang kemungkinan. Saya juga besetuju bahawa jika jumlah mana-mana yang dibayar kepada saya atau mana-mana peserta yang layak dibawah sijil ini, kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan oleh pihak Syarikat. Jumlah tersebut mungkin akan dibayar oleh pihak Syarikat kepada mana-man organisasi amal dengan syarat organisasi tersebut disahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Syarikat dan/atau Lembaga Penasihat Shariah. Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang Saya/Kami dengan ini mengaku bahawa semua penyataan di atas dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya/kami. Saya/Kami bersetuju bahawa segala pernyataan dan akuan yang terkandung dalam borang permohonan ini akan menjadi asas kepada perjanjian takaful di antara saya/kami dengan CIMB AVIVA TAKAFUL BERHAD (selepas ini dirujuk sebagai pihak Syarikat) dan ianya disifatkan sebagai tergabung di dalam perjanjian ini. Saya/Kami dengan ini bersetuju melantik pihak Syarikat untuk menguruskan sumbangan Takaful saya/kami dalam Dana Takaful Am' dan melaburkannya dengan cara bersesuaian dengan kecekapan pihak Syarikat berasaskan kontrak Wakalah sebagaimana yang ditakrifkan oleh pihak Syarikat serta menepati hukum Shariah. Sebagai balasan, saya/kami bersetuju membenarkan pihak Syarikat mengambil 30% daripada sumbangan tersebut sebagai Yuran Wakalah. Baki daripada sumbangan takaful saya/kami akan disalurkan ke dalam Dana Takaful Am’ bagi membantu semua Peserta yang ditimpa musibah. Lebihan bersih dari Dana Takaful Am’, jika ada, akan dikongsi di antara saya/kami dan pihak Syarikat mengikut nisbah 50:50.Saya/Kami bersetuju bahawa sekiranya lebihan bersih ini kurang dari RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh) atau sama dengan RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh) maka lebihan tersebut akan didermakan ke dalam Dana Takaful Am’. Saya/Kami juga membenarkan sekiranya lebihan bersih dibayarkan kepada saya/kami melalui cek yang tidak ditunaikan oleh saya/kami setelah tamat sah laku cek, pihak Syarikat akan mendermakan lebihan bersih ini ke dalam Dana Takaful Am’ untuk membantu semua Peserta.

Page 8: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN · PDF fileAlamat Penuh Tempat Bertugas ... 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman ... Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak

AQAD UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL ETIQA TAKAFUL Takaful Gadaijanji Saya bersetuju bahawa berdasarkan kepada prinsip Al-Mudharabah dan lain-lain hukum Syariah yang berkaitan, sumbangan takaful saya kepada Syarikat dikreditkan ke dalam Akaun Pelan Takaful Gadaijanji di bawah Dana Takaful Keluarga oleh Syarikat sebagai Tabarru’ untuk membolehkan pihak Syarikat membayar manfaat takaful kepada pihak yang berhak serta menguruskan pelan ini termasuk pelaburan atas sumbangan tersebut dengan cara yang dianggap bersesuaian oleh Syarikat dan atas pertimbangan itu, saya bersetuju agar pihak syarikat mengenakan Kos Pengendalian sebanyak 6% dari sumbangan Takaful bagi pengendalian ke atas skim Takaful ini. Saya juga adalah berhak ke atas manfaat takaful dan berkongsi lebihan bersih (keuntungan) jika ada berdasarkan nisbah seperti berikut: Takaful Gadaijanji: i- 50% dari keuntungan akan diserahkah kepada Peserta ii- 50% dari keuntungan akan diambil oleh Syarikat Takaful Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang Saya dengan ini bersetuju menyertai skim Takaful am ini berdasarkan prinsip Takaful dan memberi sumbangan untuk membantu mana-manapeserta yang ditimpa musibah berdasarkan tabarru’ dan dengan sumbangan ini, saya juga berhak untuk menerima perlindungan Takaful seperti termaktub di dalam syarat-syarat kontrak ini. Saya seterusnya bersetuju bahawa sumbangan saya dimasukkan ke dalam Dana Takaful Am (Dana) dan dengan ini melantik Etiqa Takaful Berhad untuk melabur serta menjaga pengurusan dana tersebut mengikut cara yang bersesuaian dan menepati hukum-hukum Syarak. Saya juga mengizinkan Etiqa Takaful Berhad untuk membayar tuntutan / manfaat Takaful, membuat peruntukan dan rizab berdasarkan garispanduan dan dasar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan Etiqa Takaful Berhad dibayar upah wakalah berdasarkan 30%. Sekiranya pada penghujung tahun kewangan terdapat lebihan pendapatan dari tanggungan dalam Dana tersebut, saya mengizinkan TNSB untuk menerima 50% daripadanya sebagai insentif sementara baki 50% akan diperuntukkan untuk mengagihan kepada peserta-peserta tertakluk kepada syarat-syarat kontrak ini dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Saya juga bersetuju bahawa sekiranya lebihan bersih ini kurang dari RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh) maka lebihan tersebut akan didermakan ke Tabung Khas untuk tujuan amal jariah peserta.

Page 9: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN · PDF fileAlamat Penuh Tempat Bertugas ... 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman ... Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak

AQAD UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL HSBC AMANAH TAKAFUL Takaful Gadaijanji Saya mengisytiharkan segala maklumat dan dokumen-dokumen yang disertakan di dalam borang permohonan ini adalah penuh, lengkap dan benar dan menjadi asas kepada Sijil Takaful yang akan dikeluarkan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd (Pengendali Takaful). Saya bersetuju untuk menyertai pelan Takaful yang dipilih dan menyumbang sebahagian dari sumbangan sebagai Tabarru (pendermaan) untuk menolong peserta-peserta lain yang memerlukan bantuan mengikut syarat-syarat Sijil Takaful. Saya juga bersetuju sebahagian dari sumbangan saya akan dimasukkan ke dalam Dana Risiko Keluarga untuk Pengendali Takaful melabur dan menguruskan aset-aset Dana Risiko Keluarga berlandaskan prinsip-prinsip Shariah. Saya juga mengizinkan Pengendali Takaful untuk membayar tuntutan/manfaat Takaful, membuat peruntukan dan rizab berdasarkan syarat-syarat Sijil Takaful dan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai balasan, Pengendali Takaful akan menerima upah wakalah sebanyak 20% daripada jumlah sumbangan saya. Sekiranya pada penghujung tahun kewangan terdapat lebihan pendapatan dari tanggungan dalam Dana Risiko Keluarga tersebut, saya mengizinkan Pengendali Takaful untuk menerima 80% daripadanya sebagai upah insentif sementara baki 20% akan diperuntukkan untuk pengagihan kepada peserta-peserta yang layak, tertakluk kepada syarat-syarat Sijil Takaful.. Jika amaun harus dibayar kepada saya adalah kurang atau sama dengan RM10.00, saya bersetuju untuk didermakan kepada badan kebajikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali Takaful. Skim Takaful Empunya Rumah Saya/Kami dengan ini mengaku bahawa semua kenyataan yang tercatit dalam borang ini dan juga lain-lain maklumat yang dikemukakan berkaitan dengan permohonan ini adalah segalanya benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya. Saya/Kami faham bahawa pengakuan ini berserta dengan segala kenyataan dan maklumat yang diberikan akan menjadi asas kepada Sijil Takaful.yang akan dikeluarkan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd (Pengendali Takaful). Saya/Kami bersetuju menyertai skim takaful ini berdasarkan tabarru (pendermaan) untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah. Saya/kami juga berhak menerima perlindungan takaful seperti termaktub di dalam syarat-syarat Sijil Takaful. Saya/Kami seterusnya bersetuju bahawa sumbangan takaful saya dimasukkan ke dalam Dana Risiko Am dan melantik Pengendali Takaful untuk melabur serta menguruskan Dana Risiko Am tersebut mengikut prinsip-prinsip Shariah. Sebagai balasan, Pengendali Takaful akan menerima upah wakalah sebanyak 35% daripada jumlah sumbangan saya. Sekiranya pada penghujung tahun kewangan terdapat lebihan pendapatan dari tanggungan dalam Dana Risiko Am tersebut, saya/kami mengizinkan Pengendali Takaful untuk menerima 80% daripadanya sebagai upah insentif sementara baki 20% akan diperuntukan untuk pengagihan kepada peserta-peserta tertakluk kepada syarat-syarat Sijil Takaful dan peraturan pihak berkuasa. Jika amaun harus dibayar kepada saya adalah kurang atau sama dengan RM10.00, saya bersetuju untuk didermakan kepada badan kebajikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Shariah Pengendali Takaful.

Page 10: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN · PDF fileAlamat Penuh Tempat Bertugas ... 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman ... Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak

AQAD UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL PRUBSN GADAI JANJI DAN TAKAFUL RUMAHKU PENGAKUAN OLEH ORANG YANG AKAN DILINDUNGI (Sila baca dengan teliti sebelum menandatangani borang penyertaan ini)

1. Saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan dalam borang penyertaan ini dan segala keterangan lain yang diberikan kepada Prudential BSN

Takaful Berhad (PruBSN) adalah semuanya benar dan tiada sebarang keterangan yang disembunyikan dan saya memahami bahawa keterangan yang

diberikan dalam borang penyertaan ini kepada PruBSN akan menjadi asas kepada kontrak untuk perlindungan Takaful.

2. Saya memahami bahawa perlindungan takaful ini tidak akan berkuatkuasa sehingga borang penyertaan ini diterima secara rasmi dan Sijil Takaful

menyatakan bermulanya perlindungan telah dikeluarkan.

3. Saya memahami sepenuhnya bahawa organisasi (Peserta) yang memberikan pembiayaan untuk perlindungan takaful ini ialah Bahagian Pinjaman

Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP). Sekiranya terdapat tuntutan yang timbul dari perlindungan takaful ini, kesemua wang takaful akan

dibayar kepada BPP. Baki, sekiranya ada, akan dibayar oleh BPP kepada saya atau menjadi sebahagian daripada harta peninggalan saya sekiranya

saya telah meninggal dunia.

4. Saya seterusnya mengaku bahawa sewaktu melengkapkan borang penyertaan ini, saya tidak memberikan sebarang keterangan berlainan kepada

wakil anda melainkan yang tertulis di dalam borang penyertaan ini.

5. Saya bersetuju bahawa sumbangan takaful saya akan dimasukkan ke dalam Akaun Khas Individu (ISA) dan PruBSN dilantik untuk mengurus serta

melaburkan akaun tersebut dengan cara yang bersesuaian berdasarkan kepada prinsip Mudharabah yang menepati hukum-hukum Syariah.

6. Saya seterusnya bersetuju bahawa sebahagian daripada sumbangan takaful saya di dalam ISA akan disalurkan ke dalam Dana Tabarru’ setiap bulan

sebagai Tabarru’ (derma) bagi membantu ahli lain yang dilindungi semasa musibah berlaku dan membenarkan PruBSN mengambil 15% daripada

Tabarru’ Kasar untuk PruBSN Gadai Janji sebagai Caj Pengendalian Risiko.

7. Saya seterusnya bersetuju bahawa sebahagian daripada sumbangan takaful saya di dalam ISA akan disalurkan ke dalam Dana Tabarru’ setiap tahun

sebagai Tabarru’ (derma) bagi membantu ahli lain yang dilindungi semasa musibah berlaku dan membenarkan PruBSN mengambil 10% daripada

Tabarru’ Kasar untuk Takaful Rumahku sebagai Caj Pengendalian Risiko.

8. Sebagai balasan atas segala perkhidmatan yang diberikan, saya bersetuju membenarkan PruBSN mengambil 25% daripada sumbangan untuk

PruBSN Gadai Janji dan 15% daripada sumbangan untuk Takaful Rumahku sebagai Caj-caj Wakalah Awalan.

9. Saya bersetuju membenarkan PruBSN untuk melaburkan wang di dalam ISA dan Dana Tabarru’ berasaskan prinsip Mudharabah. Saya bersetuju

keuntungan pelaburan (jika ada) daripada ISA dan Dana Tabarru’ akan diagihkan antara ahli yang dilindungi dan PruBSN dalam perkadaran 80% dan

20% masing-masing pada penghujung setiap tahun kewangan. Bahagian saya akan diletakkan kembali ke dalam ISA dan Dana Tabarru’ saya masing-

masing.

10. Saya memahami bahawa saya layak untuk menerima 70% daripada lebihan (jika ada), termasuk bahagian saya di dalam keuntungan pelaburan Dana

Tabarru’, yang terbit daripada Dana Tabarru’ pada penghujung setiap tahun kewangan dan jumlah tersebut akan dikreditkan ke dalam ISA. Baki 30%

akan dijadikan rizab luar jangka di dalam Dana Tabarru’ untuk menampung sebarang defisit pada masa hadapan.

11. Saya mengizinkan syarikat ini menggunakan maklumat yang diberikan untuk memenuhi sebarang tujuan dan keperluan peraturan dan undang-

undang Malaysia.

Page 11: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN · PDF fileAlamat Penuh Tempat Bertugas ... 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman ... Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak

AQAD UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL TAKAFUL IKHLAS Ikhlas Takaful Gadaijanji Saya dengan ini mengaku bahawa semua kenyataan di atas dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya. Saya mengizin dan membenarkan Takaful Ikhlas Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai pihak Syarikat) untuk memperolehi keterangan daripada doktor yang pernah merawat saya atau daripada sebarang hospital atau organisasi yang mempunyai rekod atau pengetahuan kesihatan saya. Saya bersetuju bahawa segala kenyataan dan akuan yang terkandung dalam borang permohonan ini akan menjadi asas kepada perjanjian takaful di antara saya dengan pihak Syarikat dan ianya disifatkan sebagai tergabung di dalam perjanjian ini. Saya bersetuju bahawa caruman takaful saya akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) dan pihak Syarikat akan dilantik untuk mengurus dan melabur PRIA saya bersesuaian dengan kecekapan pihak Syarikat berdasarkan kepada kontrak Wakalah sebagaimana yang ditakrif oleh pihak Syarikat bersesuaian dengan prinsip Syariah. Sebagai balasan, saya bersetuju membenarkan pihak Syarikat mengambil sejumlah peratusan daripada caruman tersebut sebagai Yuran Wakalah (Yuran Wakalah diterangkan di dalam Ilustrasi Manfaat). Saya juga bersetuju bahawa sebahagian daripada caruman takaful saya akan disalurkan ke dalam Dana Risiko dan Dana Khas, sebagai Tabarru' bagi membantu Peserta lain yang ditimpa musibah. Baki selebihnya di dalam PRIA akan dilaburkan oleh pihak Syarikat dan keuntungan daripada pelaburan, jika ada, akan dipulangkan kepada saya setelah ditolak sehingga 20% Yuran Prestasi Pelaburan, seperti yang dinyatakan di dalam Ilustrasi Manfaat daripada keuntungan pelaburan tersebut. Saya juga bersetuju membenarkan pihak Syarikat untuk menolak Caj Pengurusan Lebihan (seperti yang tertera dalam sijil) daripada sebarang lebihan dari Dana Risiko. Saya juga memahami bahawa lebihan bersih dari Dana Risiko, jika ada, akan dikendalikan oleh Syarikat mengikut kaedah dan peruntukan berlandaskan prinsip Syariah yang akan memanfaatkan Peserta dan Dana Khas. Saya selanjutnya bersetuju memberi kebenaran kepada Syarikat bagi mengurus dan menggunakan PRIA saya bilamana terdapat keadaan tanpa bayaran dalam menjelaskan caruman melebihi tempoh yang ditetapkan bagi sijil yang telah berkuatkuasa, bagi memastikan saya tetap menikmati faedah manfaat perlindungan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan oleh Syarikat. Saya seterusnya bersetuju bahawa kesemua pengisytiharan yang dibuat, berserta pernyataan atau jawapan di dalam permohonan ini atau di dalam mana-mana borang kaji-selidik atau dokumen yang diminta oleh Syarikat atau perubahan yang dibuat bersama-sama dengan sijil akan tergabung keseluruhannya di dalam kontrak di antara saya dan Syarikat. Saya juga tidak memberikan apa-apa lagi maklumat selain daripada yang telah dinyatakan di dalam permohonan ini kepada wakil Syarikat, seperti yang bernama di bawah. Jika terdapat pembatalan permohonan selepas Pemeriksaan Perubatan dibuat, Saya bersetuju memberi kebenaran kepada pihak syarikat untuk menolak semua jumlah perbelanjaan Pemeriksaan Perubatan yang telah didahului oleh pihak syarikat daripada caruman yang telah dibayar. Salinan aqad ini akan dianggap sah sebagai salinan asal. Ikhlas Takaful Pemilik Rumah Saya/Kami dengan ini mengaku bahawa semua pernyataan di atas dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan Saya/Kami. Saya/Kami bersetuju bahawa segala pernyataan dan akuan yang terkandung dalam borang permohonan ini akan menjadi asas kepada perjanjian takaful antara Saya/Kami dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai “pihak Syarikat”) dan ianya disifatkan sebagai termaktub dalam perjanjian ini. Saya/Kami bersetuju bahawa sumbangan Takaful Saya/Kami akan diuruskan oleh pihak Syarikat berdasarkan kepada prinsip Wakalah sebagaimana yang ditakrif oleh pihak Syarikat serta menepati Syariah. Saya/Kami bersetuju membenarkan pihak Syarikat mengambil 15% daripada sumbangan tersebut sebagai Yuran Wakalah. Lanjutan daripada itu, Saya/Kami juga bersetuju bahawa baki daripada sumbangan takaful Saya/Kami akan disalurkan ke dalam Dana Risiko dan Dana Khas berdasarkan Tabarru’(derma) untuk membantu Peserta lain yang ditimpa musibah dan selebihnya akan dilaburkan oleh pihak Syarikat. Sebarang keuntungan daripada pelaburan tersebut, jika ada, akan dimasukkan semula ke dalam Dana Risiko. Saya juga bersetuju membenarkan pihak Syarikat untuk menolak Caj Pengurusan Lebihan (seperti yang tertera dalam sijil) daripada sebarang lebihan dari Dana Risiko. Saya juga memahami bahawa lebihan bersih dari Dana Risiko, jika ada, akan dikendalikan oleh Syarikat mengikut kaedah dan peruntukan berlandaskan prinsip Syariah yang akan memanfaatkan Peserta dan Dana Khas.

Page 12: BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN · PDF fileAlamat Penuh Tempat Bertugas ... 30.3 Potongan Bulanan bagi pinjaman ... Sekiranya saya mengambil cuti separuh gaji / tanpa gaji/ tidak

AQAD UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL TAKAFUL MALAYSIA Pelan Takaful Gadaijanji Bahawasanya saya membayar sumbangan takaful ini berdasarkan kontrak Tabarru' (derma) dan kontrak-kontrak lain dalam Syariah. Sumbangan Takaful tersebut akan dikreditkan ke dalam Akaun Khas Peserta Gadaijanji (selepas ini dirujuk sebagai AKPG) dan saya melantik pihak Syarikat untuk mengurus dan melaburkan AKPG mengikut cara-cara yang difikirkan sesuai oleh Syarikat di bawah perniagaan Takaful Keluarga termasuk urusan takaful semula jika perlu berdasarkan kepada kontrak Wakalah (agensi) sebagaimana yang ditakrif oleh Syarikat serta menepati Syariah. Sebagai balasan, saya membenarkan pihak Syarikat mengambil 17.5% daripada sumbangan tersebut sebagai Yuran Wakalah. Saya bersetuju sumbangan takaful saya yang dikreditkan ke dalam AKPG adalah sebagai Tabarru' (derma) untuk digunakan oleh Syarikat bagi membayar manfaat takaful kepada mana-mana peserta takaful yang berhak menerima manfaat tersebut seperti yang termaktub dalam perjanjian takaful. Saya bersetuju untuk meminjam daripada pihak Syarikat berdasarkan kontrak Qardh Hasan (pinjaman tanpa faedah) jika AKPG tidak mencukupi dan pinjaman tersebut akan dibayar daripada sebahagian lebihan bersih (keuntungan) daripada AKPG masa akan datang sepanjang tempoh perjanjian takaful saya. Berdasarkan kontrak Ju'alah (menjanjikan ganjaran), saya dengan ini membenarkan Syarikat mengambil yuran prestasi sebanyak 50% daripada lebihan bersih (keuntungan) yang terdapat di dalam AKPG jika ada. Bahagian lebihan bersih (keuntungan) untuk saya akan diserahkan kepada saya semasa tamat perjanjian takaful saya. Skim Takaful Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang Bahawasanya saya/kami dengan ini membayar sumbangan takaful ini kepada Takaful Malaysia (Syarikat) berdasarkan kontrak Mudharabah (kontrak perkongsian untung) dan hukum-hukum Syarak lain yang berkaitan. Sumbangan takaful tersebut akan dikreditkan ke dalam Kumpulanwang Takaful Am Takaful Syarikat bagi Syarikat menguruskannya di bawah Perniagaan Takaful Am termasuk pelaburan bagi Kumpulanwang tersebut mengikut cara-cara yang difikirkan sesuai oleh Syarikat termasuk urusan Takaful semula jika perlu. Dan di atas pertimbangan ini saya/kami berhak untuk menerima keuntungan berdasarkan sumbangan bersih yang dipegang di dalam kumpulanwang tersebut, jika ada, mengikut nisbah 40% kepada saya/kami dan 60% kepada Syarikat tertakluk sentiasanya bahawa saya/kami tidak membuat apa-apa tuntutan dan/atau menerima apa-apa manfaat di bawah perjanjian Takaful semasa ianya berkuatkuasa. Sehubungan dengan ini saya/kami juga menjadikan tabarru’ mana-mana bahagian daripada sumbangan takaful di atas termasuk keuntungannya bagi membayar manfaat takaful kepada mana-mana peserta takaful yang berhak menerima manfaat tersebut seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian takaful.