Upload
marziah-md-rahim
View
92
Download
12
Embed Size (px)
DESCRIPTION
contoh laporan minggu sains
Citation preview
SPSK PK 01/2
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PANITIA MATA PELAJARAN
Tajuk Program : ........................................................................................................................................
Tarikh Pelaksanaan : ........................................................................................................................................
Aktiviti yang dijalankan :
1.0 PERASMIAN MINGGU PANITIA SAINS
TARIKH : 10 JUN 2013
HARI : Isnin
MASA : 8.00 pagi & 6.00 petang
AJK : En. Mohd Rudin B. Yacob, Pn Marziah Md Rahim
Minggu Panitia Sains bagi tahun 2013 telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Kurikulum, En. Abdul Rais
Bin Mohd Nawawi untuk sesi pagi pada 10 Jun 2013. Majlis perasmian bagi sesi petang pula dirasmikan
oleh Penyelia Petang, Pn. Nazliza Binti Samsudin. Bagi memastikan perancangan berjalan lancar, En.
Mohd Rudin B. Yacob yang merupakan Ketua Panitia Sains telah memberi penerangan terperinci
berkenaan aktiviti sepanjang Minggu Panitia Sains yang berlangsung selama seminggu dalam taklimat
yang diadakan pada 16 Mei 2013.
2.0 AKTIVITI TAHUN 1 : Melodrama Haiwan
TARIKH : 11 Jun 2013
HARI : Selasa
MASA : 4.00 – 5.30 petang
AJK : Pn. Marziah Md Rahim, Pn. Meera, En. Amran B. Awang
Pertandingan membuat Melodrama Haiwan hanya dibuka kepada semua kelas Tahun 1 mendapat
sambutan yang amat menggalakkan. Setap kelas akan menghantar wakil yang telah dipilih oleh guru
matapelajaran Dunia Sains Dan Teknologi masing- masing. Pertandingan ini dilaksanakan bertujuan
mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam membuat model melodrama haiwan seperti apa yang
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]
SK KAMPUNG TUNKU, JALAN SS1/11,PETALING JAYA, SELANGOR.
BBB8305
MINGGU PANITIA SAINS
10 – 14 JUN 2013
SPSK PK 01/2
telah mereka pelajari di dalam subjek Dunia Sains Dan Teknologi. Selain itu, pertandingan berkumpulan
seperti ini membuka peluang kepada murid untuk menyerlahkan potensi diri mereka dalam
mempraktikkan teori yang telah mereka pelajari di dalam kelas dan digabungkan dengan unsur- unsur
seni. Aktiviti ini dijalankan di dewan terbuka dan diadili oleh guru seni dan guru sains.
3.0 AKTIVITI TAHUN 2 : Buku Skrap Haiwan & Makanannya
TARIKH : 12 Jun 2013
HARI : Rabu
MASA : 4.00 – 5.30 petang
AJK : Pn. Noor Syazwani, Pn. Meera, En. Amran B. Awang
Pertandingan Buku Skrap Haiwan dan Makanannya dibuka kepada semua kelas Tahun 2. Setiap kelas
dikehendaki menghantar 3-4 orang wakil dan diberi masa 1 jam setengah untuk menghasilkan buku
skrap masing-masing. Penyertaan adalah amat menggalakkan kerana setiap kelas dapat menghantar
beberapa orang wakil untuk pertandingan ini. Aktiviti ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan
kreativiti murid dalam menghasilkan buku skrap yang terbaik.. Aktiviti ini dijalankan di dewan terbuka
serta dikendalikan oleh guru Dunia Sains dan Teknologi bagi kelas masing-masing. Pertandingan ini
bertujuan membantu murid menambah dan mengingati tentang tajuk haiwan dan makanannya serta
boleh digunakan semasa PdP dijalankan.
4.0 AKTIVITI TAHUN 3 : Bercerita Sains
TARIKH : 13 Jun 2013
HARI : Khamis
MASA : 4.00 – 5.30 petang
AJK : Pn. Meera A/P Marimuthu, Pn. Marziah Md Raim, Pn. Noor Syazwani Bt Shuib
Pertandingan Bercerita Sains dibuka kepada semua kelas Tahun 3. Aktiviti ini bertujuan menarik minat
murid dalam membaca buku cerita dan cerita pendek terutamanya yang berkaitan dengan Sains. Selain
itu, pertandingan bercerita seperti ini membuka peluang kepada murid untuk membina keyakinan diri
untuk bercerita di depan khayalak ramai. Bagi aktiviti Bercerita Sains, semua murid Tahun 3 boleh
mengambil bahagian. Aktiviti ini dijalankan di dewan terbuka serta dikendalikan oleh guru Dunia Sains
dan Teknologi bagi kelas masing-masing. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat bercerita
di kalangan murid-murid tahun 3 serta membina keyakinan diri untuk berdiri di hadapan orang ramai.
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]
SPSK PK 01/2
5.0 AKTIVITI TAHUN 4 : BUKU SKRAP “KEPERLUAN ASAS BENDA HIDUP”
TARIKH : 11 JUN 2013
HARI : Selasa
MASA : 10.45 – 11.30 pagi
AJK : En. Hazami
Pertandingan Buku Skrap “KEPERLUAN ASAS BENDA HIDUP” merupakan pertandingan yang menguji
kemahiran murid diri segi kepahaman murid tentang tajuk dan kreativiti murid dalam mereka buku
skrap masing-masing. Pertandingan ini dibuka kepada semua kelas Tahun 4. Bagi aktiviti ini, semua
murid Tahun 4 wajib mengambil bahagian. Aktiviti ini dijalankan dalam bilik darjah serta dikendalikan
oleh guru Sains bagi kelas masing-masing.
6.0 AKTIVITI TAHUN 5 : PERTANDINGAN CIPTA ROBOT
TARIKH : 12 JUN 2013
HARI : Rabu
MASA : 10.45 – 11.30 pagi
AJK : EN. ZAKUAN
Pertandingan Mencipta robot merupakan pertandingan yang menguji kemahiran dan kecekapan murid
dalam menggunakan teknologi dan kreativiti murid dalam reka cipta. Murid dikehendaki mencipta
model robot. Pertandingan ini dibuka kepada semua murid Tahun 5. Pemenang dipilih berdasarkan
peserta yang dapat mencipta model robot yang paling kreatif. Aktiviti ini dijalankan dalam bilik darjah
serta dikendalikan oleh guru Sains bagi kelas masing-masing. Pertandingan ini bertujuan membantu
mencungkil bakat dan kerativiti murid serta diharap dapat menarik minat murid dalam bidang sains dan
teknologi.
7.0 AKTIVITI TAHUN 6 : BUKU SKRAP BUMI DAN ALAM SEMESTA
TARIKH : 13 JUN 2013
HARI : Khamis
MASA : 10.45 – 11.30 pagi
AJK : En. Mohd Rudin B. Yacob
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]
SPSK PK 01/2
Pertandingan BUKU SKRAP BUMI DAN ALAM SEMESTA merupakan pertandingan yang menguji
kefahaman dan kecekapan untuk tajuk Bumi dan Alam Semesta. Pertandingan ini dibuka kepada semua
kelas Tahun 6. Bagi aktiviti ini, semua murid Tahun 6 wajib mengambil bahagian. Aktiviti ini dijalankan
dalam bilik darjah serta dikendalikan oleh guru Sains bagi kelas masing-masing
8.0 PENYAMPAIAN HADIAH
TARIKH : 15 JUN 2013 (Sesi Petang) & 18 JUN 2013 (Sesi Pagi)
HARI : Isnin
MASA : 6.00 petang & 8.00 pagi
AJK : EN.Mohd Rudin B. Yacob & Pn. Marziah Bt Md Rahim
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada dua sesi berlainan. Bagi sesi petang, hadiah telah
disampaikan oleh Pn. Nazliza Bt. Samsudin selaku Penyelia Petang. Majlis penyampaian hadiah bagi sesi
pagi telah disempurnakan oleh En. Abdul Rais Bin Mohd Nawawi selaku Penolong Kanan Kurikulum.
Hadiah adalah berbentuk plat/trofi serta hamper.
Hasil :
1. Dapat dilaksanakan Ya ( √ ) Tidak ( )
2. Ulasan (Jika tidak dapat dilaksanakan)
..............................................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................................
3. Cadangan untuk penambahbaikan :
..............................................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................................
Lampiran : i) Senarai pemenang: ii) Gambar sepanjang aktiviti berlangsung
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]
Tiada
Menambah bilangan aktiviti supaya lebih banyak penyertaan.
Membuat saringan berperingkat bagi memilih pemenang untuk pertandingan
yang melibatkan penyertaan semua murid secara serentak.
SPSK PK 01/2
LAMPIRAN i
SENARAI PEMENANGMINGGU PANITIA SAINS8 APRIL – 12 APRIL 2013
ACTIVITY : MELODRAMA HAIWAN
YEAR : 1
PRIZE CLASS
1ST 1 DAHLIA
2ND 1 LILI
3RD 1 CEMPAKA
ACTIVITY : BUKU SKRAP HAIWAN DAN MAKANANNYA
YEAR : 2
PRIZE NAME CLASS
1ST ALEYA SOFEA BT AZMAN 2 ANGGERIK
2ND NURIN DAMIA BT HAFIZZUDIN 2 ROS
3RD MUHAMMAD RIFDI MUSLIM B. MUHAMMAD AZRI 2 ROS
ACTIVITY : BERCERITA SAINS
YEAR : 3
PRIZE NAME CLASS
1ST NUR FARAH DIANA BT FARHAN 3 ROS
2ND NUR SHEEFAH 3 ROS
3RD SITI ARBAIYAH 3 KENANGA
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]
SPSK PK 01/2
ACTIVITY : BUKU SKRAP KEPERLUAN ASAS HAIWAN
YEAR : 4
PRIZE NAME CLASS
1ST DJIHAN NABILA ARISSYA BINTI MURTAZA 4 ANGGERIK
2ND SYED IBRAHIM ALHABSHI BIN HAMID 4 ROS
3RD ALLYSHA BINTI AHMAD FIRDOUZ 4 ANGGERIK
ACTIVITY : REKA CIPTA ROBOT
YEAR : 5
PRIZE NAME CLASS
1ST AZLAN BIN ALWI 5 ROS
2ND DANISH ISKANDAR SYAH 5 ROS
3RD PAVAN A/L PACHIMUTHU 5 ROS
ACTIVITY : BUKU SKRAP BUMI DAN ALAM SEMESTA
YEAR : 6
PRIZE NAME CLASS
1ST DIVYA RESHMI A/P SIVA RAJ 6 ROS
2ND ANAQI AS-SYAFIQ BIN AMIR RAZIF 6 ROS
3RD NIK ILLYA NA’IM BIN NIK ANIS AMINEE 6 CEMPAKA
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]
SPSK PK 01/2
LAMPIRAN ii
GAMBAR AKTIVITIMINGGU PANITIA SAINS
10 JUN 2013 – 15 JUN 2013
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]
SPSK PK 01/2
Disediakan oleh : Disemak oleh :
.................................................... .........................................................(MARZIAH BT MD RAHIM) (EN. MOHD RUDIN B. YACOB)Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia SainsSK Kampung Tunku SK Kampung Tunku
Disahkan oleh :
.........................................................(LATIFAH BINTI ABD LATIF)Guru BesarSK Kampung Tunku
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 NOVEMBER 2011 00
Hak Cipta [email protected]