4
IPOH, 31 Ogos 2017 - Buat pertama kali dalam sejarah, Jabatan Perikanan Negeri Perak (myDOF Perak) telah menyertai perbarisan dalam Kategori Jabatan Kerajaan (Kawad Kaki) sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2017. Kontinjen ini dianggotai seramai 60 orang kakitangan yang terdiri seramai 54 kakitangan lelaki dan 6 orang kakitangan wanita. Moto kontinjen myDOF Perak adalah Kelestarian Sumber Perikanan, Jaminan Bekalan Ikan Negara. Perba- risan lintas hormat Kontinjen myDOF Perak diketuai oleh En Abd Hakim bin Abd Karim, Ketua Pusat Pengembangan Akuakultur, Tapah. Yang Berusaha Dr Bah Piyan Tan,Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) telah mengambil tabik hormat Kontinjen myDOF Perak dihadapan khemah Ketua Ketua Jabatan dan seterusnya lintas lalu sambil memberikan tabik hormat kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak di Pentas Diraja. Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30628 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel : 05-2554061/62 | Fax : 05-2542148 | Laman Web : http://www.dof.gov.my | Emel : [email protected] Diterbitkan Oleh Unit Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi

Buat pertama kali dalam sejarah, myDOF kontinjen myDOF ... · IPOH, 31 Ogos 2017 - Buat pertama kali dalam sejarah, Jabatan Perikanan Negeri Perak (myDOF Perak) telah menyertai perbarisan

  • Upload
    vuminh

  • View
    227

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buat pertama kali dalam sejarah, myDOF kontinjen myDOF ... · IPOH, 31 Ogos 2017 - Buat pertama kali dalam sejarah, Jabatan Perikanan Negeri Perak (myDOF Perak) telah menyertai perbarisan

IPOH, 31 Ogos 2017 - Buat pertama kali dalam sejarah,

Jabatan Perikanan Negeri Perak (myDOF Perak) telah

menyertai perbarisan dalam Kategori Jabatan Kerajaan

(Kawad Kaki) sempena Sambutan Hari Kebangsaan

Peringkat Negeri Perak 2017. Kontinjen ini dianggotai

seramai 60 orang kakitangan yang terdiri seramai 54

kakitangan lelaki dan 6 orang kakitangan wanita. Moto

kontinjen myDOF Perak adalah “Kelestarian Sumber

Perikanan, Jaminan Bekalan Ikan Negara”. Perba-

risan lintas hormat Kontinjen myDOF Perak diketuai

oleh En Abd Hakim bin Abd Karim, Ketua Pusat

Pengembangan Akuakultur, Tapah. Yang Berusaha Dr

Bah Piyan Tan,Timbalan Ketua Pengarah Perikanan

(Pengurusan) telah mengambil tabik hormat Kontinjen

myDOF Perak dihadapan khemah Ketua Ketua Jabatan

dan seterusnya lintas lalu sambil memberikan tabik

hormat kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak di

Pentas Diraja.

Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30628 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel : 05-2554061/62 | Fax : 05-2542148 | Laman Web : http://www.dof.gov.my | Emel : [email protected]

Diterbitkan Oleh Unit Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi

Page 2: Buat pertama kali dalam sejarah, myDOF kontinjen myDOF ... · IPOH, 31 Ogos 2017 - Buat pertama kali dalam sejarah, Jabatan Perikanan Negeri Perak (myDOF Perak) telah menyertai perbarisan

MAJLIS PENYERAHAN TOUCH POINT AKUAKULTUR TAHUN 2017

14 Jun 2017, Enggor - Program ini telah disempurnakan oleh wakil ADUN

Kawasan Bukit Chandan, Encik Mohd. Zakwan bin Haji Sohor. Pejabat

Perikanan Negeri diwakili oleh Puan Azwa bt. Abd. Hamid selaku Timbalan

Pengarah Perikanan Negeri merangkap Ketua Unit Akuakultur Negeri. Ketua

Pusat PIHE, Puan Mastura Bt. Hassan turut hadir.

Program telah dijalankan di dewan makan Pusat Ikan Hiasan Enggor

(PIH Enggor). Seramai 16 orang penternak yang menerima pemberian Touch

Point makanan rumusan ternakan , terdiri daripada 11 penternak ikan dan 5

penternak udang. Mereka ini adalah penternak yang telah terpilih dari seluruh Daerah Kuala Kangsar. Setiap peserta

penternak ikan mendapat 17 beg makanan ikan dan setiap peserta penternak udang mendapat 11 bag makanan udang,

berdasarkan peserta mendapat bantuan sebanyak RM 1,500 seorang. Untuk makluman harga bagi makanan udang

RM132.50/bag sementara makanan ikan

RM83.50/bag.

3ᴿᴰPERAK BETTA SPLENDEN OPEN 2017

ENGGOR - Jabatan Perikanan Negeri Perak dengan kerjasama Syarikat Snakepit

Betta Farm telah menganjurkan pertandingan ikan beta iaitu 3RD

Perak Betta

Splended Open 2017. Program ini telah diadakan pada 12-13 Ogos 2017 ber-

tempat di Pusat Ikan Hiasan Enggor, Perak.

Sebanyak 17 katogori ikan bettadan satu hadiah utama ‘’Best Of Show’ di-

pertandingkan. Seramai 30 orang peserta, dengan keseluruhan 650 ikan betta te-

lah menyertai pertandingan ini. Penganjuran ini telah menarik peserta penggemar

ikan betta dari negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan,

Terengganu dan turut disertai peserta dari negara Indonesia dan Hong Kong.

Majlis penutup dirasmikan oleh Puan Azwa bt.Abd. Hamid selaku Timba-

lan Pengarah Perikanan Negeri Perak merangkap Ketua Unit Akuakultur Negeri.

Puan Azwa mengucapkan tahniah dan terima kasih En. Yen Hussinshah dan

semua yang terlibat dalam penganjuran 3ᴿᴰ PERAK BETTA SPLENDEN OPEN

2017. Beliau berharap kerjasama di antara Snakepit Betta Farm dan Jabatan Peri-

kanan Negeri Perak dapat diteruskan pada masa hadapan.

Page 3: Buat pertama kali dalam sejarah, myDOF kontinjen myDOF ... · IPOH, 31 Ogos 2017 - Buat pertama kali dalam sejarah, Jabatan Perikanan Negeri Perak (myDOF Perak) telah menyertai perbarisan

IJOK – Seramai 70 orang peserta yang terdiri dari kalangan penternak kolam

udang ,penduduk kampung,pesara,suri rumah dan JKKK telah menyertai Kursus Insitu Pengu-

rusan Kolam Ternakan Udang anjuran Pejabat Perikanan Daerah Larut Matang dan Selama

dengan kerjasama Pusat Ikan Hiasan Enggor di Dewan Orang Ramai Pekan Ijok dekat sini.

SELAMA - Sungai merupakan khazanah yang sangat berharga

kepada manusia dan juga alam sekitar. Justeru itu, Pejabat Perikanan

Daerah Larut Matang & Selama dengan kerjasama Jawatankuasa

Kemajuan Kampong (JKKK) Kg. Sg. Bayor dan Kg. Sg. Berdarah,

Mukim Selama telah mengadakan

pelepasan benih ikan di perairan

umum ,sebanyak 68 000 ekor benih

ikan telah di lepaskan di Sungai Sela-

ma.

PROGRAM KESEDARAN PELEPASAN BENIH

UDANG GALAH DI SUNGAI KURAU

KERIAN: Program kesedaran pelepasan benih

udang galah telah dijalankan pada 25/08/2017 di

Sungai Kurau , Kampung Teluk Medan. Pusat

Pengeluaran Benih Udang Galah, Kampung

Acheh Setiawan Perak telah membekalkan

sejumlah 66,490 ekor benih dengan nilai RM

3,989.40 buat pertama kali dilepaskan di sungai

tersebut. Hadir sama Ketua Daerah Perikanan

Kerian dan Ketua Wanita UMNO Puan Zarina binti

Abdol Majid dan Ketua Kampung Teluk Medan

Encik Muhamad Zaini bin Hamid.

PROGRAM DEMONSTRASI IKAN AIR

TAWAR PEKASAM DAN KEBAB TALAPIA

Kerian, 02/08/2017 - Pejabat Perikanan Dae-

rah Kerian bersama Pusat Pengembangan

Teknologi Produk Perikanan Lenggong,

selaku tenaga pengajar telah mengadakan

Demonstrasi Produk Perikanan Air Tawar di

Bilik Peladang Kawasan Simpang Tiga (3)

Mukim Kuala Kurau, Daerah Kerian. Seramai

47 peserta yang terdiri dari Komuniti Isteri

Nelayan, Ahli Amanah lkhtiar dan Kumpulan

Peladang NETA Kampung Kuala Kurau hadir

pada program demonstrasi tersebut.Produk

Pekasam Lenggong dan Kebab isi ikan tilap-

ia telah ditunjuk ajar buat pertama kali di Peladang Kawasan Simpang Tiga (3).Sebelum ini demonstrasi produk seperti

Fish Ball, Fish Cake,Burger Ikan dan Keropok Lekor pernah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Nelayan Kuala

Kurau dalam mukim dan daerah yang sama.

Page 4: Buat pertama kali dalam sejarah, myDOF kontinjen myDOF ... · IPOH, 31 Ogos 2017 - Buat pertama kali dalam sejarah, Jabatan Perikanan Negeri Perak (myDOF Perak) telah menyertai perbarisan

GIMIK PELEPASAN BENIH IKAN SEMPENA HARI PENILAIAN ANUGERAH DESA PERDANA NEGERI PERAK

SLIM RIVER 23 Mei 2017 - Pegawai Daerah dan Tanah Muallim, Puan Nor Sham

Binti Rahman telah merasmikan Hari Penilaian Anugerah Desa Perdana Peringkat

Negeri Perak 2017 di Dewan Orang Ramai, Kampung Kuala Slim, Slim River, Pe-

rak. Pihak Jabatan Perikanan Negeri Perak melalui Pusat Pengembangan Akuakul-

tur, Tapah telah menyalurkan bantuan benih ikan tilapia sebanyak 12,000 ekor

kepada pengusaha ternakan ikan milik En. Ahmad Shahabuddin. Gimik pelepasan

benih ikan disempurnakan oleh pihak juri dan penduduk kampung. Diharap, acara

gimik pelepasan benih ikan ini dapat mempengaruhi pemarkahan pihak juri dalam

penglibatan ataupun komitmen agensi kerajaan, sekaligus dapat membantu Kam-

pung Kuala Slim mendapat pemarkahan yang lebih baik.

PENGLIBATAN SUPER DALAM MENANGANI PENCEMARAN SUNGAI BERNAM

Muallim, 18-19 April 2017 - Titik tolak dari aduan yang dilaporkan oleh SUPER serta nelayan darat daerah Muallim ba-

hawa terdapat pencemaran sungai yang berlaku yang menyebabkan ratusan ekor ikan mati dan menjejaskan pendapa-

tan mereka, Program Penyiasatan dan Persampelan Secara Bersepadu (NBOS) bagi Kes Kematian Ikan Sungai Ber-

nam dijalankan. Ianya melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Perikanan Negeri Perak, Jabatan Alam Sekitar

Negeri Perak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, Lembaga Urus Air Selangor dan Pejabat Daerah dan

Tanah Muallim.

Jabatan Perikanan Negeri Perak khususnya telah menjalankan siasatan dan pemeriksaan kualiti air di sepan-

jang Sungai Bernam daripada Pekan Tanjong Malim hinggalah Kampung Kelawar yang melibatkan 12 lokasi pemerik-

saan bagi mengenal pasti kualiti air Sungai Bernam. Berdasarkan program penyiasatan bersepadu yang dilakukan oleh

agensi yang terlibat, dapat dirumuskan bahawa factor yang menyumbang kepada pencemaran Sungai Bernam adalah

datangnya dari sebuah pusat ternakan ayam milik Eminent Farm Sdn. Bhd. Ladang ternakan ayam ini juga beroperasi

secara tidak sah iaitu tanpa kelulusan Kebenaran Merancang bagi ladang lama dari Jabatan Perancang Bandar dan

Desa dan ladang baru dari Majlis Daerah Tanjong Malim.

Pegawai Daerah dan Tanah Muallim bersama Penasihat Undang-Undang Negeri Perak yang dipengerusi

sendiri oleh YB. Dato’ Rohana binti Abd Malek dengan kesemua agensi yang terlibat dengan Program Penyiasatan dan

Persampelan Secara Bersepadu (NBOS) bagi Kes Kematian ikan Sungai Bernam diadakan pada 1 Jun 2017 untuk

menasihati dan memutuskan tindakan yang perlu diambil.