Upload
payzra
View
328
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
1
Citation preview
Mata.
Kaca mata.
Kaca mata baru.
Kaca mata baru biru.
Saya guna kaca mata biru.
Saya buka kaca mata biru.
Baju Nina ada daki.
Nina cuci baju itu.
Baju Nina ada apa?
Ibu beri bayi susu.
Bayi itu suka hati.
Ibu beri bayi apa?
Bapa Rani bela rusa.
Rusa itu suka nasi.
Bapa Rani bela apa?
Bapa beli lori baru.
Lori bapa itu laju.
Bapa beli apa?
Nita suka kopi susu.
Kopi susu ada gula.
Nita beri pada Nani.
Nani beri pada ibu.
Kopi susu ada apa?
Jali ada satu baju.
Baju itu baju baru.
Bapa beli dari kota.
Jali suka baju itu.
Bapa beli baju dari mana?
Ini obor.
Obor itu sedang dinyalakan.
Api obor menyala dengan baik.
Obor juga boleh dibuat penyuluh.
Ini nyamuk.
Nyamuk membiak di dalam air bertakung.
Nyamuk menghisap darah.
Nyamuk Aedes sangat berbahaya.
Itu ular.
Ular belit atas pagar.
Kulit ular belang-belang.
Umar takut lihat ular.
Ular terus kejar Umar.
Ini timba.
Bapa bawa timba.
Timba bapa warna jinga.
Dia bawa timba ke telaga.
Bapa bawa air di dalam timba.
Itu ombak.
Ombak ada di laut.
Atan suka main ombak.
Ayah Atan bawa Atan main ombak
pada hari minggu.
Ini emak.
Ini emak saya.
Emak saya pergi pasar.
Emak pergi pasar beli ikan.
Emak bawa raga untuk isi ikan.
Itu katak.
Katak suka melompat.
Katak boleh melompat tinggi.
Jangan melompat seperti katak.
Katak makan nyamuk dan serangga
halus.
Ini beca roda tiga.
Beca roda tiga ini baru.
Ini beca roda tiga Haji Musa.
Haji Musa suka cuci beca ini.
Haji Musa guna beca ini bawa ubi kayu.
Haji Musa bawa ubi kayu dari desa ke
desa.
Ini ibu Ali.
Ibu Ali suka cili.
Ibu Ali suka cili padi.
Ibu Ali beli cili padi.
Ibu Ali beli cili padi satu raga.
Ibu Ali beri cili padi pada Lili.
Ini baju baru.
Ini baju baru Zizi.
Baju Zizi ini biru muda.
Bapa Zizi beli baju ini dari kota.
Baju baru ini ada tiga saku.
Zizi suka baju baru ini.
Zizi cuci baju baru ini.
Ini kura-kura Sani.
Satu hari, Sani lari bawa kura-kura.
Kura-kura itu kena batu.
Kura-kura itu mati.
Sani beli kura-kura lagi dari Raju.
Sani jaga kura-kura ini hati-hati.
Taman Rekreasi
Ini sebuah taman rekreasi.
Di sini ada buaian,
jongkang-jongkit dan papan gelongsor.
Ramai kanak-kanak suka bermain di sini.
Terdapat juga sebuah kolam.
Dalam kolam ini ada berbagai jenis ikan.
Pemandangan di sini sungguh menarik.
Taman bunga
Ini taman bunga. Taman bunga ini cantik dan bersih. Di
sini terdapat berbagai-bagai jenis bunga. Ada bunga
raya, bunga kertas, bunga tasbih dan lain-lain. Udara di
sini juga segar dan nyaman. Di taman bunga ini juga
disediakan tempat duduk untuk berehat. Kita tidak boleh
membuang sampah di merata tempat. Pada hari minggu
dan hari cuti am, ramai orang pergi ke taman bunga.
Dusun buah-buahan
Datuk saya ada dusun buah-buahan. Di sini terdapat
berbagai-bagai jenis pokok buah-buahan. Ada pokok
durian, rambutan, manggis, langsat,duku dan cempedak.
Di dusun itu ada sebuah pondok kecil. Datuk selalu
berehat di pondok itu. Pada musim durian datuk tidur di
pondok itu. Saya selalu pergi ke dusun datuk bersama-
sama ayah, emak, abang dan adik. Ayah dan abang
pandai memanjat pokok rambutan dan manggis. Saya
sungguh seronok memakan buah-buahan tersebut.
Bapa Harun seorang pekebun sayur. Kebun sayurnya luas.
Ada berbagai – bagai jenis sayur yang terdapat di kebun
itu. Ada sayur sawi, lobak, kangkung, terung, kacang
panjang, kacang bendi, dan timun. Sayuran tersebut di
tanam di atas batas. Bapa Harun bangun awal pagi untuk
menyiram pokok sayuran itu. Dia menyiram pokok sayuran
dua kali sehari. Pokok sayuran itu juga subur. Harun selalu
menolong bapanya membuat kerja di kebun.
Pekebun sayur
Setiap pagi Aina gosok gigi. Gigi Aina putih dan bersih.
Gigi bersih tidak mudah sakit. Aina mandi menggunakan
sabun. Selepas mandi Aina mengelap badannya dengan
tuala. Selepas memakai pakaian, Aina menyikat
rambutnya. Rambut Aina kemas dan bersih. Pakaian Aina
sentiasa bersih. Dia juga menjaga pakaiannya supaya
tidak kotor. Aina juga memotong kukunya seminggu sekali.
Kuku tangan dan kakinya pendek dan bersih.
Kebersihan diri